[[LIVE]] 26.4.2021 Gempar! Ingatkan Cikgu Dapat vaksin, rupanya pekerja ...



[[LIVE]] 26.4.2021 Gempar! Ingatkan Cikgu Dapat vaksin, rupanya pekerja KASINO GENTING dapat vaksin dulu. Kerajaan Melayu Islam ke ni? Tiada UPSR, Sekolah bukak tutup, tiada PT3, 150,000 tidak dapat dikesan, kes melebihi angka 3000 #PNGAGAL​. Rakyat kena denda RM50,000 Menteri Semburit berlagak suci cuci lantai Mekah.





RENTASAN 878 | ORDINAN DARURAT: PDRM TAK PATUH GARIS PANDUAN DALAM PENGU...


MENARIK DALAM RENTASAN 878

1. MENTERI ACAH-ACAH PRIHATIN 2. ANTARA GENG NICKY DAN PENIAGA KECIL MELAYU 3. KERAJAAN PIMPINAN PERIKATAN NASIONAL GAGAL 4. INGIN BERKONGSI MEMAKAI BAJU BAHARU MAHARAJA?






PKPD di kampung Tawau tamat susulan protes penduduk


Ketua Polis Daerah Tawau Peter Umbuas bercakap dengan penduduk Kampung Baru Pasir Putih yang terlibat dalam protes malam tadi. (Gambar Polis Tawau)

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menamatkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Kampung Baru Pasir Putih, Tawau, hari ini.

Ini susulan tunjuk perasaan aman oleh kira-kira 350 orang yang diadakan malam tadi terhadap lanjutan PKPD di kampung itu sehingga 12 Mei ini.

PKPD di kampung tersebut pada asalnya dijadualkan tamat hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, keputusan meneruskan PKPD itu dibuat kerana terdapat 151 sampel ujian masih menunggu keputusan setakat semalam.

“Keputusan sampel ujian itu diketahui awal hari ini dan semuanya negatif. Oleh itu, tiada keperluan untuk melanjutkan PKPD,” kata beliau kepada FMT.

Beliau berkata, 23 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 847 orang di kampung itu.

“Sejajar dengan itu dan berdasarkan penilaian risiko terbaru oleh pihak berkuasa kesihatan, kerajaan negeri bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Baru Pasir Putih hari ini, seperti yang dijadualkan pada awalnya oleh kerajaan persekutuan.”

Tetapi, kata beliau, kerajaan negeri pada masa sama mengarahkan pusat kawalan operasi bencana Tawau terus memantau situasi di lokaliti itu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Tawau Peter Umbuas dilaporkan berkata, penduduk kampung yang menyertai tunjuk perasaan aman itu mahu PKPD ditamatkan lebih awal atau syaratnya dilonggarkan.



Kes Zunar bukti kerajaan tak boleh terima kritikan, kata kumpulan hak asasi

 

Polis menyiasat karikatur dihasilkan Zunar yang menyerupai Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

PETALING JAYA: Siasatan terhadap kartunis Zunar atas penyalahgunaan Internet dan perbuatan khianat membuktikan kerajaan tidak dapat menerima kritikan orang ramai, kata kumpulan hak asasi Artikel 19.

Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Alhaque, hari ini berkata polis memaklumkan beliau akan disiasat berhubung karikaturnya yang menyerupai Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan isu pembatalan cuti peristiwa bagi Thaipusam di negeri itu Januari lalu.

“Siasatan terhadap Zunar adalah satu lagi contoh kerajaan Malaysia tidak dapat menerima kritikan awam,” kata pegawai program Malaysia Artikel 19, Nalini Elumalai.

“Penindasan terhadap artis seperti Zunar dan (pereka grafik) Fahmi Reza menyekat ekspresi kreatif, wacana awam dan menjejaskan kepercayaan terhadap pihak berkuasa Malaysia.”

Tindakan Sanusi membatalkan cuti peristiwa bagi Thaipusam tahun ini akibat perintah kawalan pergerakan mencetuskan kritikan dalam kalangan pemimpin politik berbangsa India daripada kerajaan dan pembangkang.

Kumpulan hak asasi turut mengkritik keputusan Sanusi yang disifatkan sebagai tindakan jahil yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.

Terdahulu, Zunar dilaporkan berkata, pembatalan cuti umum Thaipusam menjejaskan struktur sosial yang harmoni di kampung halamannya.

Beliau mempertahankan karikaturnya dengan berkata, beliau mempunyai hak untuk memberi pandangan terhadap isu itu.

Beliau memberitahu FMT, seorang inspektor memintanya hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap Ahad ini.

Katanya, beliau disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap golongan atau kaum lain, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian.

Nalini berkata, Akta Komunikasi dan Multimedia adalah undang-undang utama yang digunakan kerajaan terhadap pejuang hak asasi, aktivis dan rakyat yang mempunyai kaitan dengan politik.

“Dengan penggunaan Akta Komunikasi dan Multimedia secara berulang kali untuk menyasarkan artis dan aktivis, pihak berkuasa memberi isyarat bahawa kritikan dan tentangan politik tidak dibenarkan di Malaysia.”


KEMBALI KE LANDASAN AL-QURAN LAWAN KEZALIMAN, PENINDASAN DAN PENGKHIANATAN – ANWAR


Memperingati turunnya kitab al-Qur’an bukanlah semata-mata soal pentarikhan kerana yang lebih mustahak adalah menangkap pesan-pesan maslahat yang disampaikan oleh Pembicaranya yang Agung yakni Allah SWT.

Intisari penting daripada mesej al-Qur’an yang merangkumi dimensi akidah, syariah dan akhlak adalah serasi dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang menyeru kepada keadilan dan kesaksamaan.

Hakikat ini dikongsi oleh semua bangsa dan kaum serta menjadi dasar kepada apa jua bentuk kerjasama dan permuafakatan.

Bertambah unggul tatkala ia diturunkan pada bulan Ramadan al-Mubarak justeru memberkati kita dengan kemuliaan yang berlipat ganda, sebagaimana yang diabadikan dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:


“Ramadan bulan yang padanya diturunkan al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia serta keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan pembeza (al-Furqan) antara yang benar dengan yang salah.”

Kebenarannya pada hari ini adalah rakyat kita sedang berdepan dengan masalah tadbir urus yang tempang dan yang mengamalkan sistem dua darjat.

Hakikat pahit ini mengisyaratkan pentingnya untuk kita segera kembali kepada prinsip asas al-Qur’an yang berteraskan keadilan, kesaksamaan dan juga rahmat.

Kerana terpukau dengan tawaran laba, kuasa serta pangkat, sebahagian manusia gagal dan kecundang daripada beristiqamah dengan ajaran al-Qur’an.

Mulut terbungkam daripada menyatakan kebenaran, sementara kaki menari mengikut rentak penguasa yang membeli jiwa mereka melalui sogokan.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk peristiwa nuzul al-Qur’an ini diinsafi agar dengannya manusia kembali ke landasan yang benar, serta berdiri tegas melawan kezaliman, penindasan, salahguna kuasa dan pengkhianatan.

ANWAR IBRAHIM

28 April 2021.





VIDEO DISERTAKAN Anwar gesa polis siasat audio suara mirip Menteri KDN atur pegawai polis

 





Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis menyiasat mengenai penyebaran audio kononnya dikaitkan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Terkini ada penyebaran audio yang didakwa suara Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai mengatur ‘orang kita’ sebagai pegawai-pegawai kanan dan tertinggi polis.

“Jadi saya nak tanya sekali lagi apakah ada siasatan dalam kes seperti ini yang jauh lebih serius kerana ini melanggar beberapa peraturan dan melanggar jaminan beliau tak campur tangan dalam urusan ini,” katanya.

Sebelum itu, satu rakaman audio yang disunting bersama video berdurasi satu minit 22 saat tular sejak malam tadi dan dikatakan suara dalam rakaman berkenaan mirip kepada Hamzah.

Antara intipati perbukitan itu adalah mengenai kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, rakaman audio itu turut ada menyebut mengenai lantikan seseorang yang berasal dari Ipoh, Perak.

Anwar ditemui media di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini selepas memberikan keterangan berhubung siasatan klip audio kononnya membabitkannya dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, dirinya dipanggil sebagai saksi untuk membantu siasatan berkenaan.

“Dalam kes siasatan audio, didakwa percakapan antara saya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid. Jadi saya beri kerjasama kepada pihak polis, kes disiasat dibawah peruntukan Seksyen 505 B, Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Anwar yang memasuki Bukit Aman jam 9.58 pagi dan keluar jam 11.24 pagi dan ditemani peguamnya, Sankara N Nair dan Ramkarpal Singh.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mempersoalkan langkah polis yang memanggil beliau memberikan keterangan hari ini.

“Mereka (polis) kata saya dipanggil beri keterangan sebagai saksi. Ini gangguan kepada saya, kenapa nak heret saya ke sini, mereka boleh ke rumah atau pejabat saya untuk merakamkan keterangan,” katanya.

Anwar dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung rakaman klip audio yang dikatakan antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular baru-baru ini.

Ditanya adakah Ahmad Zahid akan turut dipanggil, Anwar berkata; “Saya tidak tahu, melainkan ada lagi perbualan telefon disebarkan.” 



AKU MENGHASUT AGAR NETIZEN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PROFF MANGKOK NI...DIA MUAT NAIK KEMUDIAN DIA PADAM...


 

PKPD di 9 lokaliti di Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan

 

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan lokaliti di Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan mulai esok hingga 12 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, dua daripada lokaliti itu membabitkan Maahad Tahfiz Al Azhari (MTAZ) di Machang, Kelantan serta Kampung Bangkahulu di Gemas, Negeri Sembilan.

Katanya, tujuh lokaliti di Pahang terdiri daripada Kampung Baru Sungai Chalit, Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Sungai Chalit, Taman Sungai Klau, Taman Maju Sungai Klau, Taman Kelau Jaya, Taman Harmoni dan Kampung Sungai Klau di Raub, Pahang.

‘Surat Istana Negara’ tak laku, pasangan dakwa Agong benar rentas negeri ditahan

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek berusia 27 dan 47 tahun itu menyerahkan surat didapati menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara.

PETALING JAYA: Seorang lelaki dan wanita ditahan selepas mengemukakan “surat Istana Negara” sebagai kebenaran untuk merentas negeri ketika pemeriksaan polis, Isnin lalu.

Sebelum itu, anggota Cawangan Unit Rondaan Bermotosikal Balai Polis Dang Wangi melihat suspek terbabit dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah restoran di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, ketika melakukan rondaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, suspek berusia 27 dan 47 tahun itu menyerahkan tiga keping surat, kononnya dokumen yang memberi kebenaran untuk rentas negeri.

“Surat itu didapati menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, dengan surat berkenaan menjelaskan kebenaran diperoleh daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu manakala suspek terbabit direman tiga hari hingga esok bagi membantu siasatan,” katanya, menurut laporan Bernama.

Zainal berkata, wanita itu didapati pernah terlibat dengan siasatan bawah Seksyen 489(c) Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu pada 2017 dan 2018.

Beliau berkata, lelaki itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau.



((PANAS ULANGSIAR )) DATO KAMAL: PENJAJARAN BARU HAMPIR PASTI, PRU15 UMNO+PKR VS PP...

video MASAK DI HALAMAN RUMAH MENTUA DIKOMPAUN RM50,000



“Kanun tidak mempertikaikan kepentingan dan tanggungjawab untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, walau bagaimanapun di dalam kes ini, Kanun berpendapat sebarang tindakan haruslah dilaksanakan mengikut budi bicara. “Mengambilkira tiada pelanggan semasa kejadian dan Wan Mohd Faisal sedang memasak di halaman rumah mentua beliau dan bukannya di kedai atau restoran, Kanun mendesak agar KKM membatalkan kompaun tersebut.


VIDEO Parlimen terus digantung: Azalina persoal justifikasi Takiyuddin



Penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berhubung sebab kerajaan tetap menggantung Parlimen, hanya membangkitkan lebih banyak persoalan. Persoalan itu dibangkitkan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said dalam satu kenyataannya




VIDEO BERHENTILAH MENUNGGANG AGAMA



Tindakan tersebut dikecam oleh pimpinan PAKATAN HARAPAN yang menyifatkan pembelian wakil rakyat dalam cubaan menebuk atap Kerajaan Sabah itu sebagai jahat, tidak demokratik dan tidak bermoral. “Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya politik khianat yang dilakukan Tan Sri Musa Aman, Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Perikatan Nasional serta tawaran sehingga RM32 juta seorang, bersekali dengan tawaran jawatan Timbalan Ketua Menteri,” menurut kenyataan mereka ketika itu.







VIDEO DIKIR "SAMAN COVID RM50K" - TOLONG DENGAR RINTIHAN RAKYAT

KES SEORANG LELAKI MERABA SEORANG WANITA DI KOTA BHARU, KELANTAN



'

[VIDEO] Wanita nyaris dicabul, sempat lari selamatkan diri

TERBARU ...Wanita nyaris dicabul, sempat lari selamatkan diri

Hari tu amoi keno raba punggung.

Pagi ni (27.4.2021) awek nyaris kena. Berlaku di Taman Limau Manis, Kota Bharu.

Ini video penuh mangsa mula diganggu sehingga berkejaran di tengah jalan tapi mujur terselamat.

Memang terciritlah kalau kena macam ni di kawasan sunyi.

Rasanya kena minta AJK taman tambah bilangan cctv memandangkan kejadian yang tidak diingini sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Diharap kaum hawa dapat mengambil iktibar dari video ini.



Video Player
00:05
02:19

 



PERTAMA KALI AKU SETUJU DENGAN TINDAKAN MENTERI PENDIDIKAN INI,

 

Jenaka rogol? Tiada toleransi! - Radzi Jidin

Hasimi Muhamad
Jenaka rogol? Tiada toleransi!  - Radzi Jidin
Menurut Radzi, Kementerian Pendidikan sedang meneliti dan perkara itu masih dalam siasatan polis. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memandang serius dan tdak akan bertoleransi berhubung isu seorang guru lelaki yang didakwa membuat jenaka mengenai jenayah rogol, baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Radzi Mohd Jidin berkata, tiada KPM masih meneliti dan perkara berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.
"Kita ambil serius dan sedang melihat secara mendalam dan jika didapati ada kes, tindakan sewajarnya dan tegas akan diambil," katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.
Jumaat lalu, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Kuala Selangor mendakwa, seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas.
Menurut pelajar berkenaan, guru terbabit bercakap mengenai jenayah rogol ketika membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolahnya.
Jenaka rogol: Kementerian Pendidikan tidak akan bertoleransi
Pelajar berkenaan mendedahkan perkara itu menerusi satu klip video di platform media sosial TikTok, yang kemudiannya diciap di Twitter dan menjadi tular.




STEVEN SIM DAN RAJA MUDA PERLIS. PROFF KANGKUNG N WALAUN BODO TAK MAU SIASAT KAH??

 


STEVEN SIM

Merafak sembah menjunjung kasih ke bawah DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, atas perkenan Tuanku menjemput patik mengiringi kayuhan menyerahkan bantuan kepada asnaf di sekitar Perlis.

Ini kali kedua saya berpeluang berbasikal bersama Tuanku. Sambil membantu golongan susah, dapat juga menikmati pemandangan yang indah di negeri Perlis.

Saya boleh nampak Tuanku begitu disayangi rakyat kerana sering turun padang menyantuni masyarakat tanpa banyak protokol. Pelbagai masalah rakyat berjaya diselesaikan apabila Tuanku sendiri turun padang.

Cara Tuanku mendekati rakyat menjadi inspirasi kepada saya. Jika Raja Muda sendiri turun padang, sebagai wakil rakyat lagi-lagilah saya patut mengikut jejak Tuanku untuk berkhidmat kepada rakyat.

Saya berjanji kepada Tuanku bahawa saya akan terus berusaha membantu semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Tuanku selalu menekan kepada keharmonian kaum dan agama. Begitulah Institusi Raja negara kita menjadi perekat sosial ataupun "social glue" menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Description: ❤️

Saya sempat menyerahkan 50 buah laptop untuk diberikan kepada para pelajar di sekolah-sekolah di negeri Perlis. Dengan pengumuman terbaru kementerian pendidikan untuk kembali kepada pembelajaran online, semoga sumbangan kecil ini dapat membantu anak-anak kita dalam pelajaran mereka.

 

ROSAKNYA MASYARAKAT KITA YANG KURANG AKHLAK . PENGHINAAN PADA WANITA..DUA GURU DI MENTAKAB KOMEN MACAM BUDAK BUDAK.KEMENTERIAN JANGAN TUTUP MATA

 

SAIFUL NIZAM


Wahai lelaki.

Berhentilah berfikir guna zakar.

Ramai berkongsi screenshot komen-komen jelik berkenaan penampilan Ain. Lihat sendiri betapa 'sakit'nya masyarakat kita.

Kebanyakan screenshot ini adalah dari group Facebook yang ahlinya terdiri dari para guru. Malah yang wanita juga ada yang gagal memahami isu sebenar yang sedang diperjuangkan.

Body shaming & cyberbully oleh para cikgu?

Dari isu lawak rogol, kemudian ugutan rogol oleh pelajar seterusnya kini body shaming dan cyberbully. Jika inilah mentaliti kebanyakan guru yang ada, memang tak hairanlah anak-anak kita juga makin hancur akhlaknya.

Saya amat kasihan dengan profesi perguruan yang semakin tercemar oleh individu-individu sampah seperti mereka ini. Dah la nak hadap cabaran mengajar yang semakin menggunung. Terpaksa pula keluarkan wang ringgit sendiri demi untuk teruskan usaha mendidik, sekarang tercalit lagi dengan isu jelik macam ni.

Bersabarlah wahai pendidik yang berjasa dan jujur dalam mengajar. Maafkan saya kerana anda juga terpalit najis dari mereka yang hanya berfikir menggunakan zakar ini.

Perkongsian semalam di Twitter Space oleh

Akhi Fairuz Al-Jengkawi

juga membuatkan saya sangat terkejut bagaimana masalah ini sememangnya sudah terlalu lama dibiarkan dan cuba disorok oleh authority yang terlibat.

Memualkan.

Tak terungkap.

#SaifulNizam #MakeSchoolASaferPlace #StandUpSpeakOut

 





PERANGAI GURU BEGINI KAH?



MENTERI NIKAH KAHWIN DAN RASUAH TAJA KE MAKKAH BILA NAK SIASAT

 May be an image of standing and indoor


IBRAHIM MAT ISA


Salam antara dua darjat:

Kerumunan ini hanya seramai 20 orang sahaja, mereka semua telah disaman kompaun kerana langgar SOP semasa PKP ketika majlis nikah si pompuan itu. Alhamdulillah...

Yang anda nampak ramai sangat itu hanya sekadar kain alas meja saja tu..

Ada yang tanya VVIP yang nikahkan tu tak kena saman juga ke.. Eh.. mereka orang kayangan!

Dengki ke?

 





PERINCIAN PERBELANJAAN 5 BILLION BELIAN VAKSIN...CUBA MARHAEN TENGOK KEAJAAN TEBUK ATAP NI BERBELANJA.

 

SHAHBUDIN HUSIN


Inilah pecahan perbelanjaan RM5 bilion untuk program imunisasi Covid19.

Tak usah pergi jauh, untuk sewaan dan utiliti saja belanjanya RM333 juta.

Meriahhhhhh tuan-tuan  dan puan-puan  sekalian....


No photo description available.

 

INI MENGHINA ATAU MENGANJING RAKYAT NIH ?

 May be an image of 1 person, sitting and text that says "Nik Amar kamu kena ingat kamu dilantik oleh rakyat kalu lagu ni sikap kamu insyaallah kami rakyat Kelantan akan jatuhkan kamu... kamu tunggu 2h. Nik Amar hari ini menyifatkan tindakan peniaga burger yang disaman RM50,000 bukanlah keterlaluan. "Kalau bayar awal, cuma RM 25,000 sahaja," ulas beliau ceria."

DENDA RM50 RIBU KEPADA PENIAGA KECIL, SELAIN MENEKAN RAKYAT DAN TERTINGGI DI DUNIA, SEMUA INI SALAH MAHIADDIN

 

Barangkali di ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid19 sekarang ini, hanya Malaysia satu-satunya negara di mana kerajaan yang berkuasa sampai hati mendenda rakyatnya sendiri setinggi RM50 ribu hanya atas kesalahan melanggar SOP.

Lebih buruk lagi kerajaan yang berkuasa itu pula adalah kerajaan yang mendakwa diri mereka sebagai kerajaan Melayu/Islam di dalam sebuah negara yang majoritinya penduduknya adalah bangsa Melayu yang beragama Islam.

Yang dikenakan denda tinggi itu juga adalah peniaga kecil berbangsa Melayu dan beragama Islam yang mungkin pendapatan seharian mereka tidak sampai pun RM100.

Bagi peniaga kecil yang berpendapatan harian sekitar RM100 sambil dikelilingi lima atau enam anak mahu dibesarkan, jangankan RM50 ribu atau RM10 ribu, mendenda mereka RM1000 juga boleh dianggap kejam dan zalim.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, England, Perancis dan lain-lain misalnya, tidak pernah lagi terdengar mereka pernah mendenda rakyatnya atas kesalahan melanggar SOP pencegahan Covid19 sehingga mencecah RM50 ribu.

Maka, kerajaan PN dengan pengenalan kadar denda yang mungkin mencatat rekod tertinggi di dunia ini bukanlah kerajaan yang membela rakyat namanya, tetapi lebih layak dipanggil kerajaan yang menekan rakyat.

Mengapa begitu sampai hati dan seolah-olah tiada hati perut mengenakan denda sebegitu tinggi?


Di mana pertimgangan mereka dalam menjalankan tugas dan berurusan dengan rakyat yang diketahui hanya golongan biasa dan berpendapatan rendah?

Menambah sadis lagi berikutan denda RM50 ribu kepada peniaga kecil itu, ada pula laporan berita menyebut sebuah syarikat besar dan kaya iaitu Jakel hanya didenda RM10 ribu, juga atas kesalahan melanggar SOP.

Berbanding peniaga kecil menjua burger dan colek yang didenda RM50 ribu atas kesalahan menjalankan perniagaan melebihi had masa, itu pun hanya kira-kira sejam terlebihnya, tetapi Jakel didapati melakukan lima kesalahan melanggar SOP.

Kesalahan Jakel itu, seperti dilaporkan media ialah gagal memastikan bilangan pintu masuk dihadkan kepada satu pintu utama, tiada penjarakan  satu meter, gagal memastikan pelanggan membuat saringan MySejahtera, gagal menghadkan bilangan pelanggan yang masuk ke dalam premis dan gagal memastikan nombor maklumat yang lengkap ditulis dalam buku daftar yang disediakan.


Di mana keadilannya kerana syarikat besar yang melakukan lima kesalahan didenda RM10 ribu, tetapi peniaga kecil yang melakukan satu kesalahan didenda RM50 ribu?

Dalam hal ini, bukan saja perlaksanaan keadilan telah dibutakan, bahkan ternampak jelas dan sengaja bahawa kerajaan mahu nenekan golongan yang lemah dan tak berupaya.

Kenapa semua ini berlaku?

Tanpa keraguan, ini adalah salah kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin yang menguatkuasakan darurat dan kemudian, dalam tempoh darurat itu dan berikutan Parlimen digantung, telah bertindak meminda Ordinan Darurat secara bebas dengan menaikkan kadar denda terhadap pelanggaran SOP kepada kadar yang tidak munasabah, menyusahkan dan tidak masuk akal.

Jika darurat tidak dilaksanakan dan Parlimen tidak digantung, pasti pindaan undang-undang untuk menaikkan kadar denda ke tahap tidak munasabah itu akan dibantah oleh Ahli-Ahli Parlimen, bukan saja daripada pembangkang, tidak mustahil sebahagian wakil kerajaan juga tidak setuju dengannya.

Dengan demikian, apabila Parlimen dibenarkan bersidang seperti biasa, pindaan undang-undang itu mustahil diluluskan dan nasib rakyat akan jadi lebih terbela dengan sendirinya.

Tetapi, itulah perangai penakut Mahiaddin, sudahlah tiada majoriti dan ketika keabsahananya diragui, beliau telah mencadangkan perlaksanaan darurat yang disekalikan dengan menggantung Parlimen bagi melindungi kedudukannya daripada dijatuhkan.


Akhirnya, dengan darurat dilaksanakan dan Parlimen digantung, undang-undang menekan dan menyusahkan rakyat pula telah dipinda dengan sewenang-wenangnya.

Jadi, kesalahan mendenda peniaga kecil setinggi RM50 ribu itu bukan salah penguatkuasa atau pegawai kerajaan yang menjalankan tugas, tetapi merupakan kesalahan mutlak kerajaan PN pimpinan Mahiaddin yang mengutkuasakan darurat, menggantung Parlimen dan meminda undang-undang dalam tempoh darurat tanpa memerlukan ia dibawa dan dibahas di Dewan Rakyat.

Seluruh rakyat wajib mengutuk kerajaan PN dan Mahiaddin yang ternampak tidak mampu bercakap walau sepatah kata memberi respon dalam isu menekan rakyat ini.

Jika pemimpin lain diberi ruang membuktikan sokongan dan dilantik menjadi Perdana Menteri, nasib rakyat bawahan dan marhaen – percayalah – tidak seburuk ini nasib mereka didenda oleh sebuah kerajaan tanpa langsung ada perikemanusiaan.


 (ShahbudinHusin 28/04/2021)