PESANAN BUAT SALAH DIN DAN LID JAMBANG


May be an image of 1 person and text that says "HOME MALAYSIA SINGAPORE WORLD MONEY LIFE EAT/DRINK SHOWBIZ OPINION SPORTS TECH/GADGETS DRIVE Amanah's Salahuddin says party will continue supporting Anwar for PM in GE15 Monday, Mar 2021 11:08 MYT BY SHAHRIN AIZAT NOORSHAHRIZAM Ad Buy Factory War Business IN JUST| POPULAR minutesgo In Sarawak five lod against Selango wo on 'Allah' ruling Datuk Salahuddin Ayub Amanah will continue to back Anwar as ong kleptocrats no working ong Yusof SALAHUDOIN the PKR president cluster" are to cooperate As police await orde anxiety grows 'Datuk Seri' father"


1) Sebelum tu, nak tanya dulu....Amacam Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam PAN #K3 yg SEBENARnya lebih sudu dari kuah dan taknak DSAI jadi PM sehinggakan hari-hari serang dan kutuk Pengerusi PH itu? Skrg Salah Din dah kata akan sokong DSAI sebagai calon PM di PRU15, eloklah tu. Tapi hgpa rasa puak GILA tu nak kata apa skrg?

2) CUMA saya nak pesan le pada Salah Din dan Lid Jambang. Hgpa boleh shj sokong DSAI, takde masalah malah dialu-alukan walau hgpa U-terng selepas nampak Org Tua "TERTENTU" mcm tak boleh pi dah. Tapi jangan cuba pula hgpa U-terng lagi nak seret SAKATua OT95 ke dalam apa2 "Grand Coalition" dgn PH. Drpd kerjasama dgn pengkhianat lebih baik kerjasama dgn musuh.

3) Kalau berunding dgn pengkhianat, DSAI dan PH akan sentiasa kena tikam blkg. Kalau berunding dgn musuh kita boleh buat gencatan dan perjanjian.

4) Oleh itu Salah Din dan Lid Jambang tak payah le acah-acah berprinsip taknak terima "Kluster Mahkamah". Yg hgpa pernah kerjasama dgn org yg Mat Serabut kata Ketua Perompak boleh pula? Malah disanjung2 mcm le dia suci sgt sbb pernah bagi jawatan kat hgpa sehinggakan hgpa kemain menyombong dgn penyokong bila jadi Menteri. Hgpa ingat kami bodo dan pelupa? Kami tak lupa.

5) "Kluster Mahkamah" tu biarlah mahkamah uruskan, DSAI tidak akan bertolak ansur bab tu sbb prinsip REFORM dan Keadilan tetap dipertahankan. Salah Din dan Lid Jambang kena ingat, Najib dan Zahid tu adalah "kepala perang" MP2 UMNO yg mahu selamatkan negara dgn bekerjasama dgn PKR.

6) Kalau tanpa "kepala perang" mereka akan berchempera, berselerak sbb mereka ini patuh pada ketua dan sebahagiannya dah terbiasa jadi kepala hangguk. So DSAI tahu apa dia buat dan dia lebih memahami puak UMNO tu. Salah Din dan Lid Jambang berhentilah tunjuk pandai. Zaman pemimpin "tahu semua" dah berlalu, penyokong juga ada akses kpd maklumat 1st hand yg tepat bukan kamu shj Lid. So berhentilah tulis dalam group Whatsapp KUNUnnya kamu lebih tahu. Dah nak termuntah bila kami baca.

7) Saya nak ulang lagi apa yg selalu saya kata....saya dah tak percaya pada Oren Masam sbb "𝗧𝗥𝗨𝗦𝗧 𝗜𝗦 𝗧𝗢 𝗕𝗘 𝗘𝗔𝗥𝗡𝗘𝗗, 𝗡𝗢𝗧 𝗚𝗜𝗩𝗘𝗡". Saya hanya boleh letak sedikit kepercayaan pada Oren Manis. Oren Masam dah hancurkan kepercayaan sebahagian besar penyokong PH so Oren Masam kena buktikanlah. Ia akan ambil masa yg panjang utk bina semula kepercayaan atau mungkin sudah tidak lagi boleh dibina.

8) Ada juga penyokong PH yg lsg taknak percaya dah pada Oren Masam malah mahu Amanah keluar dari PH. Saya tidak boleh salahkan mereka yg jelas kecewa dgn #Ketidaksetiakawan Oren Masam yg telah ditegur oleh penyokong berkali-kali. Andai Oren Masam tak boleh terima DSAI, silalah buat kerjasama dgn SAKATua dan tinggalkan DSAI serta PKR, tak boleh ke? Biarkan Amanah kpd Oren Manis utk terus bersama PH dan DSAI.

9) JUJURnya saya TIDAKlah sampai MAHUkan Amanah keluar dari PH tapi berharap Muafakat 3 parti diperkuat, diperkukuhkan TANPA puak Oren Masam atau sekurang-kurangnya puak Oren Masam tidak dibenarkan memainkan peranan utama, hanya sekadar dok tepi. Anai2 PANtuk yg berjawatan jangan sesekali diangkat jadi calon atau penyokong2 PH mesti boikot calon yg macam ini. Jangan undi PANkhianat. Kami ada SS dan bukti siapa yg khianat kpd DSAI dan PH dgn menyerang Pengerusi PH itu.

10) Oleh itu elok org2 mcm Salah Din dan Lid Jambang jgn banyak songel nak pertikaikan move DSAI atau PKR. Hgpa dok elok-elok jangan cari pasal dgn penyokong, kami pun tak payah pening kalau hgpa tak buat kenyataan songsang.

11) Biarlah DSAI dan PKR uruskan segala perbincangan dan strategi nak bekerjasama dgn pimpinan UMNO yg sudi menyelamatkan ekonomi rakyat dan negara. Mesti ada penentangan termasuk dari Tokong Lim. Tapi percayalah, mcm di Perak, pimpinan DAP yg terlalu anti dgn keterbukaan bekerjasama dgn beberapa pimpinan UMNO akan DITOLAK oleh akar umbi. Sbb Rakyat dah letih dan fedup dgn kerajaan PN tapi hgpa masih nak pentingkan perasaan sendiri yg membenci puak UMNO.

12) Bak kata YB Ronnie Liu, PH mesti berani meneroka wilayah yg belum diterokai iaitu "Uncharted Territory" seperti bekerjasama dgn UMNO. Manakala DSAI pernah kata kita mesti ada kesediaan utk memaafkan utk kita "Move forward".

Wallahualam.

- Zus Din

16 March 2021

***************************

Amanah’s Salahuddin says party will continue supporting Anwar for PM in GE15

KUALA LUMPUR, March 15 — Amanah vice president Datuk Seri Salahuddin Ayub said the party will continue to support Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to be the prime minister candidate in the 15th General Election (GE15), reported Utusan Malaysia today.

He added that Amanah will continue to back Anwar as long as the PKR president rejects to cooperate with kleptocrats but have no problem working with Umno as long as the “court cluster” are not involved.

“If he (Anwar) stays with the continuity of his struggle to reject kleptocracy as before, Amanah has no problem to continue to support Pakatan Harapan (PH).

“Indeed, that is the basis of our struggle all this while, and indeed we will continue to support Datuk Seri Anwar Ibrahim as the Prime Ministerial candidate. As long as the Amanah is in PH, we really have no problem with that,” he told the Malay daily.

It was reported on March 3 that Anwar insisted not to cooperate with corrupts commenting on two MPs (Tebrau’s Steven Choong and Julau’s Larry Sng) who recently quit his party were enticed into supporting the Perikatan Nasional (PN) government.

He also accused the ruling coalition of using government bodies to exert pressure on the two MPs into switching loyalties.

Recently, another PKR MP Datuk Dr Xavier Jayakumar announced that he is quitting the Opposition party to support Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin as an independent.

“Court cluster” is deemed as rival MPs facing trial or with criminal convictions, such as former prime minister Datuk Seri Najib Razak, Umno president Datuk Seri Zahid Hamidi and other politicians affiliated.

Link : https://www.malaymail.com/.../amanahs-salahuddin.../1957899

 

BERSEDIA LAH PENYOKONG

 

IBRAHIM MAT ISA


Assalamualaikum. Setiap pendokong harus ingat bahawa kita hendaklah bersedia untuk suatu penjajaran politik baharu merentasi siapa sahaja menyokong ke arah reformasi.

Menang atau kalah itu ketentuan Tuhan. Yang penting, tekad dan azam supaya Malaysia ini bebas dari belenggu pemimpin jahat dan korup.

Interview MM dengan Anwar Ibrahim.

 





KALAU TUMBANG , BADAK PASTI TIMBUL...KAH....

 May be an image of 2 people and text that says "Ratu Naga Syaru Ema Rena 17m・ Nampak tak? Saya tak buat fake news langsung. Selama ini saya dapat info pun dari belah mereka yang tak puas hati rundingan ni. So ini kebenaran tang dah diperakui Anwar sendiri, BUKAN FAKE NEWS. New news for ahli UMNO, telan benda ni -> Yes Anwar, Yes DAP. Ahli Umno telah dipaksa untuk terima Anwar & DAP. Fikir-fikirkan lah i Astro AWANI Anwar Ibrahim sahkan wujud rundingan PKR dengan UMNO"

PULAK DAH...PATUT PAS DOK PUJUK UMNO BERSATU...TAKUT HILANG JAWATAN LA TU....

 

NORA JAMILAH


Kakaakakakah menggelupur geng PeeEnd tengok lambang ni...

Mana korang pilih ging? Testing, testing...

Anwar+Umno or DAP+Amanah+Atok....?....mohon jawapan jujur...


No photo description available.

BETULKAH PN MANTAP ? ATAU SEKADAR MEMBODEK ?

 

PN dijangka lebih mantap dengan sokongan lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang

Sokongan Ahli Parlimen pembangkang yang lompat parti akan meningkatkan keyakinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN untuk mengadakan sidang Parlimen, kata penganalisis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penganalisis politik yakin tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Atory Hussain

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, sokongan mereka akan meningkatkan keyakinan Muhyiddin dan PN untuk mengadakan sidang Parlimen tanpa digugat usaha pembangkang membawa usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

“Jika sokongan ini menjadi kenyataan, maka Muhyiddin akan memperoleh hampir 120 undi majoriti di Parlimen,” kata beliau kepada FMT.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mendakwa akan ada lagi Ahli Parlimen yang bakal mengikut jejak langkah bekas naib presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, meninggalkan PH.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau difahamkan seramai tujuh atau lapan orang lagi “kawannya” memberi petunjuk bersedia menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN.

Beliau berkata, kebanyakan Ahli Parlimen berkenaan bercadang bertindak sedemikian berikutan prestasi cemerlang kerajaan PN, khususnya dalam menangani wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Atory berkata, di pihak PKR pula, tentunya pengaruh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, dan sokongan terhadapnya sudah mula merosot.

Maka tidak hairanlah beliau sedia bekerjasama dengan Umno demi kelangsungan politiknya, tambah Atory.

Awang Azman Awang Pawi

Sementara itu, Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, kelompok ahli PKR yang keluar adalah daripada rangkaian bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan atau baharu, malah sudah dijangka lama, dan hanya menunggu masa yang sesuai mengikut fasa dan keperluan politik semasa, serta ketahanan prinsip mereka sebagai ahli pembangkang, tambah Awang Azman.

Namun, kata beliau, situasi seperti itu dapat dianggap sebagai “pembersihan dalaman” PKR sendiri untuk menyaring mereka yang setia, tahan uji dan mampu mendukung perjuangan parti.

“Tindakan keluar PKR ini berjaya membuka laluan kepada pemimpin muda yang lebih berintegriti dan setia dalam PKR untuk ambil alih dan main peranan proaktif dalam parti.

“Ini membuka peluang PKR menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang kerana akan ada muka baru yang mampu memadamkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin PKR sebelum ini yang banyak dikaitkan dengan kartel politik yang melawan kepemimpinan Anwar,” kata beliau.

Awang Azman berkata, berkenaan dakwaan PN berprestasi tinggi ketika wabak Covid-19 melanda dan keadaan ekonomi yang sukar di negara ini, hanya rakyat sendiri lebih berhak menilai, bukannya orang politik berkepentingan yang boleh dicop sebagai “masuk bakul, angkat sendiri”.



Adakah akar umbi Umno akan sokong perjanjian dengan PKR?

 



Timbul tanda tanya berkenaan rundingan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dalam Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Bicara mengenai penjajaran politik baharu antara Umno dan PKR dilihat sebagai bukti bahawa dalam politik, tiada permusuhan yang kekal, sementara sebilangan penganalisis politik yakin ahli akar umbi Umno mungkin tidak menerima gabungan seperti itu.

Syed Arabi Idid

Ahli strategi politik, Syed Arabi Idid berkata, pemimpin PKR, Anwar Ibrahim perlu mengatasi beberapa persepsi masyarakat terhadap beliau, berikutan dakwaannya September lalu bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan boleh membentuk kerajaan.

“Anwar mungkin dianggap sekali lagi membuat dakwaan, kali ini untuk menghalang Ahli Parlimen dalam partinya melompat ke Perikatan Nasional,” kata Syed Arabi.

Namun, sekiranya Anwar dilihat bersama presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, maka beliau boleh dianggap mempunyai sokongan nyata, tambahnya.

Bagaimanapun, beliau berkata Umno dan PKR perlu mencari titik persamaan yang boleh diterima akar umbi Umno.

“Sebaik sahaja para pemimpin jumpa titik persamaan itu, mereka perlu merujuk kepada akar umbi,” tambah beliau.

September lalu, Zahid memberitahu Ahli Parlimen Umno beliau tidak akan melarang mereka menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Ini dinyatakan selepas Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu, tujuh bulan selepas Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan.

Anwar berkata, Ahli Parlimen pelbagai parti yang tidak senang dengan kepemimpinan yang sedia ada telah mendekati beliau.

Awang Azman Pawi

Bagaimanapun, penganalisis politik Awang Azman Pawi memberitahu FMT, tidak ada musuh tetap dalam politik seperti yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir Mohamad yang bekerjasama dengan DAP dan PKR.

“Kenapa Umno tidak boleh bekerjasama dengan PKR?” soal beliau.

Lagipun, PAS biasa menggambarkan ahli Umno sebagai “kafir”, tetapi kini “tidur sebantal” dengan Umno melalui Muafakat Nasional, malah bekerjasama dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat, tambah beliau.

Seorang penganalisis politik lain, Azmi Hassan, berkata, pemimpin Umno Najib Razak dan Zahid mungkin telah bersetuju untuk menjalin hubungan dengan PKR, dan masih perlu dilihat sama ada ahli Umno yang lain akan bersetuju kerana PKR adalah rakan kongsi DAP dalam Pakatan Harapan.

“Ada faktor DAP yang perlu dipertimbangkan. Akar umbi Umno tidak akan setuju. (Prinsip) untuk tidak bekerjasama dengan DAP telah menjadi darah daging Umno,” kata beliau.

Azmi Hassan

Azmi menambah, DAP mungkin mahu bekerjasama dengan Umno selepas peristiwa yang menjatuhkan PPBM Perak.

“DAP Perak sekarang tahu bahawa mereka boleh bekerjasama dengan Umno dalam hal-hal tertentu,” kata beliau.

Namun, Azmi meramalkan kerjasama Umno dan PKR mungkin tidak akan berfungsi kerana akar umbi berat hati dengan DAP, menyebabkan Umno akhirnya berjabat tangan dengan PPBM dan PAS selepas isu peruntukan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang diselesaikan.

Baru-baru ini, tiga Ahli Parlimen PKR – Larry Sng (Julau), Steven Choong (Tebrau) dan Xavier Jayakumar (Kuala Langat) – meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


Annuar Musa ingatkan Umno, tak perlu jatuhkan pihak lain

 Annuar Musa ingatkan Umno, tak perlu jatuhkan pihak lain


UMNO tidak harus meletakkan dirinya dalam kedudukan hendak menjatuhkan satu pihak yang lain, kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Berbicara dalam program Kerusi Panas yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi, malam ini, Annuar berkata, tindakan itu hanya akan mengundang rasa benci rakyat pada parti.

“Rakyat akan melihat bahawa kita tidak fokus pada ‘delivery’, kita tidak fokus pada agenda rakyat. Kalau kita jatuh menjatuh rakyat akan benci pada kita. Kerana kita berpolitik terlalu berlebihan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan supaya UMNO tidak memandang rendah pada pihak lawan kerana tiada siapa yang mengetahui strategi mereka.

Kesilapan percaturan hanya akan menyebabkan kerugian pada parti dan juga politik Melayu dan Islam, katanya.

“Politik macam silat. Kalau kita atur strategi nak jatuhkan orang, kita cuma tahu strategi kita. Satu benda kita kena ingat, jangan kita underestimate orang. Kita tak tahu pukulan sebelah lawan. 

“Jangan kita andaikan cara kita sahaja yang boleh berlaku. Nak jatuhkan satu kerajaan bukan mudah. Tanpa kita fikirkan apa yang pihak lawan boleh lakukan. UMNO tak perlu ambil pendekatan itu. Itu boleh menghancurkan kita.

“Kalau satu pihak yang kita tolak itu mendapat satu formula yang memungkinkan kita terpelanting daripada arus kuasa. Jadi rugilah,” katanya.

Justeru, Annuar berkata, pada hematnya, parti Melayu Islam perlu fokus untuk berada dalam tampuk kekuasaan berdasarkan prinsip perkongsian dan bukan menjatuhkan antara satu sama lain.

“UMNO tak perlu mengambil pendekatan sedemikian, kuasa sebegitu kita beri pada rakyat. 

“Sewajarnya bila kerajaan sudah terbentuk, elok kita tumpukan agenda rakyat, tambah pula keadaan sekarang banyak kita perlu beri perhatian dan harapan di luar sana banyak kepada kita. 

“Jika kita bercakap pasal politik sepanjang masa, ia akan meletakkan kedudukan kita tidak elok di kaca mata rakyat. Sedangkan kita akan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat. Jadi saya harap parti kita kurangkan ‘politicking,” katanya. 



MALAYSIA PERNAH BUAT VAKSIN NIPAH, KENAPA TIDAK BANGUNKAN VAKSIN COVID?


Gempar! MIC tinggalkan BN?

 

Gempar! MIC tinggalkan BN?


MIC hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu sedang dipancing meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai blok politik lain.

Presidennya Tan Sri SA Vigneswaran berkata sebaliknya parti itu kekal dengan pendirian untuk bersama BN dan pada masa sama berharap gabungan itu boleh bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Saya nak beritahu secara berterus terang, tak ada jala atau pancing kepada kita untuk disuruh sertai mana-mana (gabungan) parti (yang lain).

“Memang kita nak bersama BN dan mudah-mudahan, BN juga akan bersama-sama dengan PN dalam menghadapi PRU15 walaupun bertanding di bawah tiket BN atau PN harap kerjasama ini dikekalkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di Kuala Lumpur.

Mengambil contoh hubungan Umno dan PAS, Vigneswaran percaya BN dan PN juga boleh bersama.

“PAS kini dalam kerajaan dan juga PN. Umno sudi bekerjasama dengan PAS dan ada kemungkinan BN pun boleh bekerjasama dengan PN,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2019 dan 2020 MIC, beliau berkata ia akan diadakan pada 3 April ini di Klang, Selangor.

Beliau berkata AGM berkenaan akan dijalankan secara hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan juga maya, dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Beliau menjelaskan seramai 400 perwakilan akan menyertai secara fizikal dan baki 400 perwakilan mengikuti AGM itu secara maya.

Selain itu, Vigneswaran berkata pemilihan bagi jawatan presiden parti itu dijangka akan diadakan pada Jun ini, selepas selesai pemilihan cawangan yang akan berlangsung dari 5 April hingga 5 Mei ini.

Beliau juga berkata pemilihan bagi jawatan tertinggi lain parti itu, akan diadakan kemudian bergantung pada keadaan semasa negara.  



UMNO tolak rundingan kerusi dengan Bersatu, kata Tajuddin

 

UMNO tolak rundingan kerusi dengan Bersatu, kata Tajuddin


PENGARAH Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman menolak gesaan Azmin Ali untuk berunding mengenai kedudukan kerusi Parlimen yang asalnya dimenangi parti itu tetapi kini disandang oleh Bersatu.

“Pendirian Umno ialah mengambil semula semua kawasan lompat itu. Jadi bila nak ambil balik, tiada perundingan,” kata Tajuddin seperti yang dipetik dalam Sinar Harian. 




Panas! Anwar sahkan wujud perbincangan PKR dengan UMNO

 


Panas! Anwar sahkan wujud perbincangan PKR dengan UMNO


Desas-desus bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan menjalin kerjasama dengan ‘seterunya’ UMNO semakin kuat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan telah wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.

Menerusi temu bual bersama Mingguan Malaysia terbitan Ahad, Presiden PKR itu berkata, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.

“(Perbincangan) dengan pimpinan parti dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (UMNO) dan mereka lebih faham kita,” katanya memetik laporan tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata, kerjasama tersebut tidak mustahil berlaku sekiranya ia berlandaskan kepada idealisme dan bukan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan ‘menteri’ UMNO.

Jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, perbincangan itu juga bukan soal saling menerima, tetapi apa yang penting adalah naratif baharu politik yang merangkul semua aspek termasuk melibatkan perpaduan gabungan tersebut.

“Kalau konteks ini difahami, maka kalau kemungkinan kerjasama kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan DAP dan kini dengan UMNO yang sehaluan ini, bukan sebab kita nak pertahankan kuasa serta suara-suara pihak tertentu dalam UMNO yang nak pertahankan kedudukan menteri-menteri dia at all cost, sampai boleh meninggalkan pimpinan dan semangat perjuangan parti.

“Tapi kalau mereka terima landasan ini, ia landasan berteraskan idealisme,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada Anwar tidak takut sekiranya percaturan UMNO itu hanya satu strategi politik yang kelak akan memakan diri dan parti, beliau berkata, masih belum ada sebarang keputusan dibuat dan pihaknya masih memberikan ruang.

“Kita lihat beberapa kenyataan pimpinan UMNO agak lebih tegas dalam hal menyelamatkan ekonomi negara dan menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tak sah ini.

“Pada masa sama dasar ekonomi yang seharusnya pro rakyat, itu harus diketengahkan, itu semua nampak selari (antara dua parti ini).

“Sehinggakan DAP pun ambil pendekatan yang lebih lunak terhadap kemungkinan kerjasama ini dalam hal-hal yang kita sepakati,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, bekas timbalan Perdana Menteri itu turut mengulas mengenai kenyataan komponen Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang kerap melabel UMNO sebagai perasuah, sekiranya kerjasama tersebut benar-benar berlaku.

Kata pemimpin politik berusia 73 tahun itu, pendakwa hanya membuat tuduhan sebaliknya yang menjatuhkan hukuman adalah hakim.

“Rasuah ini, yang menghukum ialah hakim bukan pendakwa. Pendakwa ini buat tuduhan saja, tapi yang menghukum, hakim. Maksudnya, hakim yang bebas (tertawa).

“Jadi kita harus terangkan, isu apa sebenarnya kerjasama PKR-UMNO ini,” katanya.

Justeru, tambah Anwar, apa yang lebih penting adalah untuk semua pihak memahami tujuan sebenar kerjasama PKR-UMNO termasuk memastikan tadbir urus kerajaan yang baik.

“Kedua, isu pemacuan ekonomi atau mempercepatkan proses perubahan ekonomi yang sangat diperlukan oleh negara. Jadi bagi saya kalau kita berpakat untuk selamatkan negara, yang majoritinya orang Melayu dan bumiputera, maka itu diharuskan.”

“Saya tak kira ada suara yang keras menentang. Misalnya, Ronnie Liu dari DAP pun, dia sudah ubah sikit pandangannya. Saya tengok ada kenyataan, dia sebut kita harus sedia bekerjasama asalkan jangan meninggalkan prinsip dan idealisme,” tambah Anwar lagi.

Sehubungan itu, Anwar memberi jaminan akan membuat penjelasan kepada akar umbi dan anggota PKR bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul dalam rancangan kerjasama dengan UMNO.

“Di pihak UMNO, tentulah pimpinan UMNO harus selesaikan.

“Kalau PKR pula, saya boleh jelaskan kepada akar umbi. Sampai bila kita nak taksub dengan parti, seolah-olah parti sahaja, sedangkan parti itu sebenarnya hanya satu landasan atau wahana (perantaraan) sahaja,” katanya. 



SYABAS UMNO KERANA TOLAK DAN ENGGAN BERUNDING DENGAN UMNO .

 

Walau UMNO kini masih lagi bekerjasama dengan Bersatu sehingga Parlimen dibubarkan, tetapi ketetapannya enggan bersama dan berkongsi pembahagian kerusi dengan parti serpihan itu dalam PRU15 akan datang adalah suatu keputusan yang betul dan tepat.

Tindakan itu akan meletakkan UMNO mampu mengembalikan keunggulan sebagai parti Melayu yang paling diterima di negara ini, sekaligus mengekalkan Bersatu sebagai parti kecil, tersisih dan cuma serpihan.

Sebaliknya, bekerjasamanya UMNO dengan Bersatu hanyalah untuk memberi nyawa agar parti yang bakal terkubur itu mampu terus hidup dan bernyawa lebih lama dengan selesa.

Sehubungan itu, keputusan UMNO menolak sebarang lanjutan rundingan dengan Bersatu amatlah disanjung dan terpuji sekali.

Azmin Ali, pengkhianat yang bakal terkambus masa depan politiknya jika tanpa kerjasama daripada UMNO, semalam telah merayu dan mengajak UMNO untuk kembali ke meja rundingan demi masa depan negara kononnya.

Menurut beliau, UMNO tidak seharusnya memusnahkan kerajaan yang dibina bersama sejak setahun lalu hanya disebabkan penbahagian 13 kerusi yang menjadi pertikaian dengan Bersatu.

13 kerusi yang dimaksudkan itu ialah kerusi-kerusi pelompat katak daripada UMNO yang beralih menyertai Bersatu selepas PRU14 lalu yang mana UMO bertegas mahu menuntut kembali dan meletakkan calonnya di semua kerusi tersebut dalam PRU akan datang.

“Apakah kerana 13 kerusi ini kita mahu runtuhkan sebuah kerajaan yang kita bina bersama?

“Maka saya ingin ambil pendekatan, jika itulah isunya, ayuh kita tumpu perbincangan terhadap 13 kerusi itu,” katanya.

Begitu pun, Pengarah Pilihanraya UMNO, Tajuddin Abdul Rahman bertegas menolak pelawaan Azmin itu.

Katanya, berikutan ketetapan UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu, bermakna tiada rundingan lanjut diperlukan berkaitan 13 kerusi yang menjadi pertikaian itu.

“Pendirian UMNO ialah kita akan mengambil semula semua ‘kawasan lompat’ itu.

“Jadi, bila kita nak ambil balik, tiada perundingan,” tegasnya.

Veteran UMNO, Shahrir Samad pula menyindir dengan lebih pedas berhubung pelawaan Azmin mengajak berunding itu.

Menurut beliau, bagi ‘durjana politik’, semua perkara boleh dirunding, termasuk prinsip dan maruah.

“Bagi durjana politik, semuanya boleh runding. Harga ke, pendakwaan ke, prinsip ke, maruah ke…runding je,” tulis beliau di laman Facebooknya.

Hakikatnya, rata-rata pemimpin UMNO, kecuali yang telah diracun jiwanya sehingga berubah menjadi pro Bersatu, tetap dengan pendirian menolak kerjasama dengan parti pimpinan Muhyiddin Yassin dalam PRU akan datang.

Ini kerana mereka sedar, kerjasama itu amat merugikan UMNO, tetapi hanya untuk kepentingan menyelamatkan tengkuk Bersatu semata-mata, terutama pemegang kerusi lompat daripada UMNO dan juga PKR.

UMNO sebenarnya mampu kembali berkuasa tanpa Bersatu, tetapi Bersatu tidak mungkin mampu mengekalkan kuasanya lagi jika tanpa kerjasama daripada UMNO.

Kalau dalam PRU14 lalu di mana ketika itu sentimen menolak UMNO begitu kuat sekali, tetapi parti itu masih berjaya memenangi lebih banyak kerusi iaitu 54 berbanding 13 oleh Bersatu, sudah tentu dalam PRU15 akan datang di mana sentimen kebencian kepada Muhyiddin dan kelompok pengkhianat sedang memuncak, UMNO akan jauh lebih unggul lagi kemampuannya berbanding Bersatu.

Bagi Bersatu pula, mereka ini tidak ubah seperti dedalu kerana dulu mereka bergantung kepada PKR dan DAP untuk mencipta kemenangan, dalam PRU akan datang rancangannya ialah untuk memperalatkan UMNO pula.

Berdasarkan realiti ini, sekalung ucapan syabas dan tahniah buat UMNO kerana kekal konsisten dan tetap dengan pendirian menolak Bersatu sehingga apa-apa perundingan pun ditolak mentah-mentah begitu saja. 

(Shahbudindotcom 15/03/2021)



Jawatan PM | Saya belum gagal - Anwar Ibrahim

VIDEO ; BENAR TERJADI- TUN MUSA HITAM KATA " JANGAN PERCAYA MAHATHIR"? ULASAN S...

VIDEO : Menjawab Tuduhan Azmin Terhadap Saifudin, Azmin Haprak

KERAJAAN KATAK

 May be an image of text


BOB KELANANG


Kerajaan PN yang memerintah la nih bukan sahaja sekadar Kerajaan Katak... tapi segala jenis jenayah DAN maksiat ader dalamnya... Ini realiti...

Penjenayah rogol pun ader, penjenayah pedophilia pun ader, penjenayah seksual pun ader, penjenayah rasuah itu paling ramai... DAN macam-macam lagi penjenayah...

KOH KOH KOH… skang depa tengah kumpul seberapa banyak yang ader...

Sebab apa... sebab ader pendalil... sebab ader lobai yang akan bersih cucikan semua penjenayah nih...

ALA… lobai pon bukan bersih sangat lar... https://m.malaysiakini.com/news/566422

KOH KOH KOH… tunggu masa jer akan terdedah...

KOH KOH KOH…

Aper pun.... Ini bukan berita palsu...

KOH KOH KOH… ini berita realiti...

KOH KOH KOH… jilaker!!

 




WISDOM DSAI mendekati pembaca Utusan Malaysia


No photo description available.


Meskipun Media Mulia Sdn Bhd sudah ambil alih dan UMNO tiada lagi cengkaman ke atas UM, ia tetap sebuah akhbar yg sentimental bagi org Melayu. Ramai yg ternanti-nanti kemunculan semulanya satu ketika dulu.

Dibaca ramai Melayu atas pagar dan juga yg totok, yg dulunya menolak DSAI. Soal mereka yakin, percaya atau tidak, tolak tepi dulu. "Pintu" harus mula dibuka.

Ia adalah gelombang yg harus dibina dalam keadaan masing-masing sudah tersangat rimas dengan tekanan demi tekanan ekonomi dan kos sara hidup di bawah kerajaan sediada.

Apapun...yang takut akan kerjasama PKR-UMNO tak akan tidur lena...Org Tua "TERTENTU" akan panas hati. Yg jenis rit dan khianat khabarnya dah merayu pada UMNO utk runding 13 kerusi yg dianggap punca pertikaian dan sengketa.

Begitu juga yang acah-acah berprinsip, nak ikut ke nak lawan? Ada yg keras dan menyanggah. Tapi ada yg dulu acah2 berprinsip tetiba mula lunak dan sedia pertimbangkan kerjasama dengan UMNO.

Masing-masing dah menggelabah, gelisah menunggu apa yang akan berlaku seterusnya. Apakah mereka akan tertinggal "bahtera jajaran baru" yg terus belayar?

Wallahualam.

- Zus Din

15 March 2021

************************

Katanya, matlamat kerjasama itu adalah untuk membentuk KERAJAAN BAHARU yang mana DASAR EKONOMInya mengutamakan RAKYAT JELATA, selain menyelamatkan NEGARA dari kebobrokan yang ada sekarang.

"Kita memberikan ruang dan kita lihat beberapa kenyataan pimpinan UMNO agak lebih tegas dalam hal MENYELAMATKAN EKONOMI NEGARA dan MENOLAK kerajaan Perikatan Nasional (PN) yg TAK SAH ini".

"Pada masa sama dasar ekonomi yang seharusnya PRO RAKYAT, itu harus diketengahkan, itu semua nampak selari (antara dua parti)," katanya.

Tanpa menyebut nama, Anwar berkata, BEBERAPA PERTEMUAN dengan PIMPINAN UMNO telah dibuat dan hasilnya POSITIF.

Hal ini, katanya, susulan PERSEFAHAMAN antara KEDUA-DUA PARTI yang BERJAYA dibentuk, malah beliau MEYAKINI IDEALISME dibawa UMNO.

"PERBINCANGAN ADA, perbincangan tidak rasmi dengan pimpinan parti, dan ia hanya prbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini apa yang saya dapat kesan? Ia satu yg POSITIF. Sebab kita lebih FAHAM mereka (UMNO), dan mereka lebih FAHAM kita".

"Maka kalau kemungkinan KERJASAMA kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan DAP, dan KINI DENGAN UMNO yang SEHALUAN ini, kalau mereka (UMNO) terima landasan ini, ia landasan berteraskan IDEALISME".

"Saya berpuluh tahun dengan UMNO sebab apa? Sebab saya YAKIN dengan IDEALISME itu. Jadi kalau idealisme itu dijadikan landasan, saya tak fikir ada masalah," katanya.

- Petikan Laporan Wawancara Mingguan Malaysia (14/03/2021)