VIDEO : Gerak98 Beri Amaran Kepada Tan Sri Hamid Bador






Ezam Mohd Nor meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador menyelesaikan kes berkaitan Jho Low dan Azmin Ali yang berlarutan sudah sejak sekian lama.



VIDEO JAWAB HADI DAN RAZMAN : HARTA APA YANG PERIKATAN NASIONAL SELAMATKAN?



“Pelupusan ini termasuk urus niaga jualan tertutup (private sale), pasaran sekunder terbuka (open secondary market) dan penempatan saham (placements) serta aktiviti korporat (corporate action exercises) seperti pertukaran saham dan pengurangan modal,” katanya seperti dipetik, 30 Disember 2020. Tengku Zafrul berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan Ahli Parlimen PAKATAN HARAPAN Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berhubung aset alih dan aset tidak alih Khazanah yang dilupuskan sejak Mac sehingga Oktober 2020.






ASAL JAWATAN TETAP KEKAL...

 

BIAR la orang nak kata bodo bagai ASALKAN selamat jawatan menteri…

KOH KOH KOH… jilaker!!

 

Orang nak kata apa pun taka pa lah asal dapat bertenggek dan menjadi parasite demi jawatan….

 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎רוli TheMalaysianlnsight @msianinsight Persidangan #Parlimen tidak akan diadakan semasa #darurat berikutan sebilangan besar ahli Parlimen adalah warga emas yang dianggap berisiko tinggi. Translate Tweet מויר Tiada sidang Parlimen Parlimen_semasa semasa darurat, kata Takiyuddin Hassan. Mac 2021‎"‎‎

ALAHAI ....TUKANG JAWAB PUN TAIK TINGGAL RATA CERUK-NAK JAWAB ZUL YAHYA...?

 


Pas jawab Zul Yahya, kata taknak layan orang kecewa

Pas jawab Zul Yahya, kata taknak layan orang kecewa

Secara peribadinya saya nak jawab. PAS tak kesah pun kalau dengan sbb kekecewaan kamu itu kamu nak keluar dari PAS.

PAS bukan khadam yg nak kena layan agar manusia tak kecewa.

PAS ialah parti Islam yg dasarnya Islam dan ia cuba begerak mengikut kemampuan yg ada dengan mengambilkira suasana dan keperluan semasa.

Nak kira lama dlm PAS, Mat Sabu, Mahfoz, Khalid Samad dan pimpinan PAN itu lagi lama dlm PAS.

Bila mereka buat keputusan nak tinggalkan PAS kami tak kesah pun. Apa lagi yg kami nak kata.

Sbb sebagaimana yg saya sebut diatas PAS bukan bekerja melayan kehendak individu. Individulah yg sepatutnya sesuaikan diri dgn jamaah bukan jamaah yg kena sesuaikan diri dengan individu.

Kena mengaji bab FIQH JAMAAEI lagi nii.

Saya lagi lama dlm PAS berbanding kamu. Sya lagi banyak melihat kelemahan PAS berbanding kamu. Tapi sya boleh je bersama PAS sampai sekarang.

Sbb apa? Sbb nya kerana saya sesuaikan diri saya dgn realiti PAS. Kalau ada kelemahan PAS saya cuba bantu untuk disempurnakan.

Perlu diingat..kalau nak parti ikut semua yg kita hajatkan sampai bila pun kamu tak akan bertemu dengan parti seperti itu.

UMS
Kuantan Pahang.
7.3.21




NAK CUCI MACAMANA...YANG JANJI NAK BUAT PUN TAK JADI JADI BERABAD ABAD DAH ....

 

MOHD SHAH RIM

Masa PH, Malaysia berjaya meningkatkan indeks persepsi rasuah dikedudukan yang credible.. masa PN merudum teruk dalam masa setahun saja.. Hadi tak peduli... Pembenci PH adalah terdiri pada penyokong konservatif dan extremis.. mereka memang tak akan menyokong PH..pemimpin golongan ini kini gagal membuktikan mereka lebih baik dari PH, tapi diterima dgn alasan kerajaan melayu/islam..

Ni yang perlu kita LAWAN...!!

 

contohnya

Dah nyanyuk dan hidup dalam ilusi sendiri, seolah semasa PH, semua tak kena.. sedangkan dia lupa, era PH lah skandal 1MDB dibongkar, penyelewengan FELDA, MARA, TH juga disiasat dan hasilnya dapat diihat hari ini..

Tak perlulah berdalill pakai untuk menghalalkan benda yang membelakangkan demokrasi semata mata PAS sebahagian dari kerajaan, diberi dan ditawarkan jawatan, tapi apa sumbangan PAS dalam kerajaan..?? Apa sumbangan Duta Khas Bertaraf Menteri..?? ADA..??

 

 Sukar untuk bersihkan peninggalan Pakatan Harapan


sinarharian.com.my
Sukar untuk bersihkan peninggalan Pakatan Harapan
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sukar untuk membersihkan peninggalan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa tahun ini. Abdul Hadi mendakwa, PH membuat pelbagai kecamuk sewaktu era pemerintahan mereka yang pendek.




Pertembungan UMNO-Bersatu menyusahkan rakyat, kata Hamidah

 Pertembungan UMNO-Bersatu menyusahkan rakyat, kata Hamidah


Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyifatkan keretakan hubungan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyebabkan pentadbiran kerajaan sedia ada terjejas sekali gus menyusahkan rakyat.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, keadaan itu menimbulkan suasana tegang dalam pentadbiran sama ada sesama menteri mahu pun exco kerajaan negeri.

Menurutnya, tanggungjawab mereka sebagai anggota pentadbiran tidak akan berjalan dengan baik apabila masing-masing terus bersikap prejudis kerana tidak mahu parti lain memperoleh kelebihan.

“Mereka tentunya tidak akan bekerja bersungguh sungguh kerana tidak mahu parti lain mendapat mileage. Sebagai contoh di Perak, takkan exco kerajaan negeri dari Bersatu nak beri kelebihan pada Menteri Besar dari UMNO. Begitu juga di peringkat pusat, takkan menteri UMNO nak bagi mileage kepada Perdana Menteri dari Bersatu.

“Tak guna pun umum tidak bekerjasama tapi masih nak terus berada di dalam kerajaan sebab yang akan terima kesan tersebut adalah rakyat,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan rasmi UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi meneruskan sokongan di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga habis penggal.

Dalam pada itu, Hamidah yang juga Pengerusi Penyelaras Putra Perak menegaskan bahawa parti itu mengekalkan keputusan untuk bertanding sekurang-kurangnya 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Malah katanya, Putra tidak akan bekerjasama dengan mana-mana blok politik lain kerana yakin dengan kemampuan parti itu untuk memenangi kerusi pada PRU15 nanti.

Menurutnya, Putra kekal bergerak sebagai blok ketiga di dalam PRU15 nanti untuk menjadi pilihan alternatif kepada pengundi yang sudah bosan dengan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) mahupun Muafakat Nasional (MN).

“Saya bersama pimpinan Putra sedang mempersiapkan manifesto kami pada PRU15 nanti dan kita akan lancarkan dalam masa terdekat.

“Kita sudah bersedia untuk berdepan PRU15 ini dan berkeyakinan mampu membawa kejutan kepada parti-parti sedia ada di negara ini,” katanya.

Pada 20 Februari lalu, Putra Perak mendedahkan bahawa mereka sudah menyediakan calon menteri besar sekiranya parti itu berjaya menguasai majoriti DUN pada pilihan raya akan datang.

Hamidah berkata, calon tersebut merupakan seorang tokoh terkemuka anak Perak yang hanya akan didedahkan apabila tiba masanya. 



Kenyataan Media Ahli Parlimen Sekijang


10/10/2018 YB HAJAH NATRAH ISMAIL... - Harapan Rakyat P141 Sekijang



Pada 7hb Mac 2021


Hari ini saya telah membuat satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya perolehi dengan pemberian sokongan tersebut.


Kejadian itu telah berlaku pada 3hb Mac yang lalu, dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.


Saya membuat laporan ini berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan.


Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera.


Sekali lagi saya nyatakan bahawa saya tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya tidak mahu mengkhianati Parti Keadilan Rakyat, pimpinan, dan yang terpenting pengundi-pengundi Parlimen Sekijang.


Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat atau pembangkang amnya, berhenti lah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk.


Kepada kerajaan minoriti hari ini, saya cuma ada satu kata: “Lawan!”


YB Hjh Natrah Ismail

Ahli Parlimen Sekijang



APA KAH INI NORMA BARU ? - OLEH TAMBRIN TUN GHAFAR

 APA KAH INI NORMA BARU  ? 


Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 06/03/2021
( 1 -  23 )


1.  'The Ends 
      Justify
      The Means' 

      BERMAKSUD 

     'Matlamat
      Menghalalkan
      Apa Cara
      Sekali Pun' 

2.   Baru - baru ini 2 Ahli Parlimen, Julau di Sarawak dan Tebrau diJohor  dari PKR  telah 'berhijrah' atau mungkin TERPAKSA  MENYELAMATKAN  DIRI  dari segala jenis 'ugutan',  dan  mungkin juga dalam masa yang sama bagi kesenangan mereka dan keluarga di sogok dengan 'tawaran' yang amat lumayan seperti   berjuta wang ringgit dan projek  

3.   Selang beberapa hari  Shafie Apdal , mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan  telah MEMBONGKAR   usaha yang sedang rancak dilakukan oleh beberapa orang tertentu , bagi tujuan  yang sama dengan  menggunakan taktik yang sama  juga seperti yang dilakukan terhadap 2 Ahli Parlimen tersebut 

4.  Siapa kah DALANG  SEBENAR  yang  bak kata pepatah : 

       Baling Batu
       Sembunyi  Tangan 

             ATAU 

siapakah  yang  sebenarnya  menarik  tali di belakang tabir 

5.  Logik kah ikan bilis menangkap jerung ? ; siapa yang membayai atau finance operasi ini dan dari mana sumber kewangan  mereka ; kepada mereka yang TERLIBAT  nasihat saya BERHATI - HATI  lah kerana  anda semua  BOLEH  disiasat sehingga ke akar umbi  bila hilang kuasa kelak 

6.  Cerita  4 - 5  Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah  dari Parti Warisan dan beberapa orang Ahli Parlimen nya  termasuk Shafie sendiri AKAN  MENYEBERANG  menyokong Muhyiddin  telah berlegar di Kuala Lumpur sejak seminggu  dua yang lepas 

7.   POLITIC  OF  GANGSTARISM  AND  POLITIC  OF  BUYING  SUPPORT   atau  POLITIK  UGUTAN  DAN  POLITIK  MEMBELI  SOKONGAN  sememang nya berlaku  sejak penubuhan  KERAJAAN  PINTU BELAKANG ekoran  RAMPASAN  KUASA yang  di ketuai Muhyiddin dengan SOKONGAN UMNO dan PAS , Parti yang beliau  benci  dan meminta rakyat menolak mereka 

8.   Sebelum Parlimen Bersidang semula  Muhyiddin PERLU  MENENTUKAN  jumlah undi atau sokongan terhadap  beliau  cukup untuk mengekalkan jawatan yang disandang ; jestru  beliau , Hamzah dan Azmin MISTI  MELAKUKAN apa sahaja termasuk kata nya MENGUGUT  DAN  MEMBELI  seberapa ramai Ahli Parlimen yang boleh 

9.  Walaupun PERNAH  MENASIHATKAN   Parti - Parti dan ahli politik   TIDAK  BERMAIN politik tetapi sebenarnya  rakyat  nampak dengan jelas seperti : 

     Dah Terang
     Lagi Bersuluh 

siapa sebenarnya yang tak henti - henti  berpolitik 

10.   Oleh kerana TAKUTKAN  kedudukan beliau TERJEJAS , maka DARURAT di gunakan  dengan MENGGANTUNG  Parlimen atas alasan yang bodoh ; ia tidak  kena mengena dengan wabak COVID 19 yang terus meningkat SELEPAS Perintah Darurat di laksanakan 

11.  Tolong sebutkan berapa buah negara dalam dunia yang  telah MENGISTHIARKAN  DARURAT  dan pada masa yang sama MENGGANTUNG  PARLIMEN  semata - mata kerana wabak COVID ? 

12.   Baru - baru ini Istana Negara setelah TEKANAN  atau PRESSURE  rakyat  mengumumkan bahawa Agong akan memanggil Persidangan Dewan Parlimen  DIWAKTU  YANG  DI FIKIRKAN  SESUAI  DAN  SELEPAS  MENDAPAT  NASIHAT  PERDANA  MENTERI  ?? 

13.   MENGAPA  PERSETUJUAN  ITU   BERSYARAT  ? ; bukankah  Sejak RAMPASAN  KUASA   Muhyiddin  atau Abahcow yang bermaksud 'bapa lembu' telah berusaha  agar Persidangan Parlimen ditiadakan ,  dan  Undi Tidak Percaya  TIDAK  DIBENARKAN  atas berbagai alasan Speaker Parlimen yang senantiasa MENGIKUT  TELUNJUK 

14.  Walaupun Muhyiddin berjaya MENGUGUT  DAN MEMBELI  2 Ahli Parlimen  itu dan mungkin akan membeli beberapa orang lagi , namun majoriti beliau maseh boleh dipertikai dan di persoalkan : 

     Nyawa Beliau 
     Berada
     Di Hujung  Pedang 

beliau senantiasa   MEMERLUKAN  oksigen  untuk terus bernafas seperti ikan tercungap - cungap  didarat 

15.  Oleh kerana keadaan dan kedudukan beliau tidak menentu , Menteri - Menteri , Timbalan dan Pengurusi - Pengurusi GLC  BOLEH  LAKUKAN  apa saja kerana Mahyuddin yang TAKUT HILANG  SOKONGAN  TIDAK  AKAN  BERANI  MENGGAMBIL  TINDAKAN terhadap mereka ; jestru amalan  rasuah terus meningkat seperti kajian yang dilakukan oleh Transperancy International ,  Badan Bangsa - Bangsa Bersatu 

16.   Sedar kah Agong dan  Raja - Raja Melayu ,  sejak  menggambil alih  kuasa  setahun yang lepas  Kerajaan PN yang tidak ada majoriti ini GAGAL  mengatasi  beberapa perkara : 

i.    Ekonomi negara susut 5.6% 

ii.    Pelaburan Terus Luar Negara atau Foreign Direct Investment ( FDI )  susut  68% 

iii.  Pengganguran kini telah mencecah  ke 773, 000 orang 

iv.  Hampir 200, 000 orang telah hilang pekerjaan 

v.   Hutang dan liabiliti Kerajaan  berada pada tahap yang paling tenat iatu RM 1.3 trillion 

namun apa yang dilakukan  ATAS  PERSETUJUAN  BERSAMA  AGONG  dan  RAJA - RAJA  Melayu , Darurat berkuatkuasa sehingga 1hb Ogos 2021 dan dalam masa yang sama Parlimen digantung 

17.  Rakyat PERCAYA  Agong  AKAN  senantiasa  BERSAMA  32 juta rakyat BUKAN seorang  yang TERBUKTI  TIDAK  ADA  sokongan  majoriti Ahli Parlimen 

18. Raja - Raja Melayu faham : 

TIDAK  ADA  RAJA  JIKA  TIDAK  ADA   RAKYAT 

19.  Apakah  PERLEMBAGAAN  DI KETEPIKAN  begitu  sahaja  WALAUPUN  Muhyiddin SEBENARNYA SUDAH  TIDAK  ADA  SOKONGAN  MAJORITY lagi ? 

20.  Apakah  SCHEMES  OF THING  yang digunapakai Muhyiddin sejak RAMPASAN  KUASA itu  TERMASUK  MENGUGUT  dan MEMBELI  Ahli - Ahli Parlimen  yang belum lagi menyokong beliau 

21.  RAKYAT YAKIN AGONG  YANG TELAH  BERSUMPAH  DENGAN  NAMA  ALLAH SWT MEMELIHARA  DAN  MENJUNJUNG  PERLEMBAGAAN   TIDAK AKAN SEKALI - KALI   MENGGUNAKAN  KEDUDUKAN  UNTUK MERAIH   SEBARANG  KEUNTUNGAN  DAN  TIDAK AKAN  MEMBENARKAN  DIRI DAN  KELUARGA  DI PENGARUHI  OLEH   'SCHEME OF THING'  Muhyiddin 

22.  JADI LAH  AGONG  KEPADA  KERAJAAN  MAJORITI   BUKAN  KERAJAAN   MINORITI 

23.   Semoga pesan datuk nenek kita dijadikan pedoman dan pegangan hidup kita dulu , kini dan selama - lamanya : 

JANGAN  SEBAB  NILA  SETITIK  ROSAK  SUSU   SEBELANGA 

Wassalam
Terima Kasih




MEMBICARAKAN TENTANG LOMPAT MELOMPAT DALAM BERPOLITIK

 

Kadangkala rasa malas nak berkarya dalam hal politik. Banyak yg berlaku dlm politik, tetapi apabila kalian terlalu ekori rapat akan hal politik... mata & pemikiran akan automatik lupa kepada isu perkembangan lain. Lebih tepat lg sudut pandang yg bias terpengaruhi emosi. Kesemuanya tidak akan ke mana selagi permainan naratif itu di kendali mengikut emosi.

Apabila seorang dr kalian mula penulisan yg tidak puas hati, org lain akan balas dalam penulisan juga. Akhirnya kalian sesama PH sendiri bersengketa.

Kami sendiri malas nk beri komentar sebegini.

Isu mana2 ahli @ parti politik itu berpindah bukan baru semalam berlaku. Hal ini berlarutan puluhan tahun. Bagi kami sendiri, sekiranya ada mana2 MP @ ahli melumpat dalam PH itu sendiri... itu bukanlah suatu perkiraan yg berat. Suasana emosi yg terkait, akan bertelagah sesama sendiri. Contohnya dari Amanah ke Keadilan, di makinya ketidakpuasan hati kpd Anwar. Luncat ke parti lain tidak pula berbunyi. Tapi yg herannya Aziz Bahari lumpat ke DAP, tidak pula rasa tersinggung @ maki. Ya benar, suatu ketika dahulu kami sendiri pun terasa berdasarkan kebolehan & keilmuan yg berpindah kpd parti lain... sungguhpun begitu tetap berbesar hati kerana masih dalam satu kumpulan.

Dah terlalu lama kami nyatakan, PH perlu ada Keadilan - Parti Tindakan Demokratik - Amanah di dalamnya dan perlu di perkuatkan. Tetapi ada kalangan seseorang pemimpin kalian cenderung ke pihak luar yg tidak berdaftar. Akhirnya Mujahid dalam kalangan parti itu sendiri di maki ahli partinya sendiri. Hal ini tidak seharusnya berlaku!

Sekali lg kami juga turut berasa pelik akan parti Keadilan, mereka ibarat terlepas beban hati jika ada kalangan mereka yg keluar dr parti tersebut.

Pokoknya di sini, siapa yg mampu membawa Malaysia ini keluar dr masalah. Siapa yg benar2 mampu dan berwibawa mengemudi negara dalam kalangan PH. Dan siapakah yg akan negara luar senang bekerjasama di dalam masa yg sama Malaysia dapat sedikit kelebihan bagi pencapaian ekonomi.

Kalian dh ada nafas lega dgn kenyataan Majlis Presiden menyokong Anwar sbg peneraju. Itu keputusan pucuk pimpinan tertinggi dan kalian perlu akur & hormat. Utamakan PH adalah kuncinya di sini.

Ini tidak, kami melihat seorang ahli politik dr PH sendiri mempertikaikan mengapa Anwar tp tidak Mahathir. Berilah Mahathir tu berehat... dah nak 100 tahun, dah jadi PM 2x tidak termasuk interim. Lebih malang, ahli politik yg sama tersebut semakin galak berbicara kununnya tetap merebut akan meletakkan kerusi pertandingan partinya. Isu rebut kerusi ini bukan bekas menteri tersebut yg buat keputusan sebaliknya meja Majlis Presiden.

Begitulah wajah kalian berpolitik... berkisar akan hal sama. Mula sebut akan perkataan berperang & macam2 lg. Tapi kalian lupa...,

Malaysia berada dalam kadar hutang yg lebih parah. PH berjaya tutup lubang walaupun x sempurna akibat kebejatan Kleptokrasi. Sellepas langkah Sheraton itu... hutang Malaysia jadi tidak terkawal dalam senyap. Siapa nak uruskan masalah ini ? Mahathir sekali lg ? Memerintah bukan buat Malaysia, tapi anak beranak & kroninya saja. Ada beberapa projek besar berbilion yg kami mengetahui terkait kpd sykt anaknya dan kroni, Najib tahu akan hal ini dan cuba membalas serangan kpd Mahathir. Ya kami juga bersalah dalam hal ini, ingatkan dah tua tu datanglah insaf... tapi... Description: 😩

Sekali lg, siapa yg akan bayar hutang di buat oleh Muhyiddin ? Itu persoalan yg bermain di fikiran kami.

Dalam saat ini, kami tidak mencampuri urusan politik seketika. Menguruskan di bahagian FDI & pengembangan, termasuk beberapa hal dalam isu kaitan raja-raja & institusi Parlimen. Sebut dua institusi ini, asyik tercucuk hidung ja. Entah apa agaknya mandrem dr PM Zimbabwei hingga terpesona sangat ikut cakapnya.

Lantaklah, cakap lebih nnt hati terguris bak benang reput bila2 masa pulis depan rumah. Suka hatilah, dah jadi Indonesia 2.0 @ Myanmar 2.0 baru tahu ke mana arahnya nanti apabila semakin lemas. Kita cakap itu ini serta kaitan kegagalan masalah ekonomi yg Malaysia hadapi... buleh buat kelip mata ja hari2.

Kelak dh terhantuk lagi tengadah, orang berehat dgn cucu pun di paksa sorong uruskan masalah.

Yang berkarya:

Gino Marvela

aka Gin Marvel.

 

ADAKAH DUSUKI TAKUT UNTUK KE MAHKAMAH?

 



Anak saudara tarik diri cabar Hadi di Marang | Free Malaysia Today (FMT)


Walaupun antara kalian ada pertelagahan isu politik setiap kali sdra Miqdad Zakaria menulih lepaih subuh saban hari, dalam isu saman RM450k oleh Dusuki dari parti lebai... Bukan bererti menyokong tetapi perlu berfikir secara betul & baik.

Di fahamkan 3 individu yang di saman oleh Dusuki iaitu sdra Miqdad Zakaria & Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kubang Kerian, Abdullah Zawawi Abdul Wahab tidak menerima writ saman adalah sebab & punca sehingga di kenakan penghakiman engkar gagal hadir bicara kes berkenaan. Ekoran itu mahkamah sesyen Kuala Terengganu tetapkan taksiran gantirugi RM200,000 bagi ganti rugi am beserta kos untuk kes pertama. Kes kedua pula sebanyak RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM50,000 untuk ganti rugi teladan beserta kos.

Soqang lagi yang Dusuki ni saman ialah ketua pemuda Amanah Kelantan iaitu Hazmi Hassan. Yang ini pula di wakili peguam Faiz Fadzil utk bicara September 2021 nanti.

Sekali lagi perlu di beritahu, tidak suka bagaimanapun kalian pada sdra Miqdad dalam posisi politiknya, perkara betul perlu di lakukan. Apa perkara betul tersebut?

Kes ini perlu di buat permohonan utk di bicarakan semula. Semua hujah pembelaan & lawan perlu berada di depan hakim. Persoalannya apakah si Dusuki itu takut berlawan dgn adil di mahkamah ? Jika hantar writ saman ke bukan empunya badan tiba2 nak dapat duit mudah dlm tuntutan proses penghakiman engkar... itu adalah suatu perkara yg paling lemah oleh pihak plaintif.

Kami pun nak dengar hujah plaintif, juga hujah defendan. Proses itu perlu berlaku...

Hantarkan notis, dapatkan tarikh bicara semula. Jika sdra Miqdad & rakan yg lain gagal dlm bicara, itu baru kalian ulaskan dgn baik. Jika nak beri si Dusuki tu duit mudah kemudian syok dia tabur ayaq lioq lg merata tempat, fahamilah itu adalah kekuatan tenaganya setakat itu saja yg diri beliau buleh lakukan.

Dalam hal ini, kami simpan nukilan sehingga perbicaraan selesai. Dusuki & 3 yang di saman tersebut perlu berada di padang rata.

Yang berkarya:

Gino Marvela

aka Gin Marvel.

 

URUSAN LOMPAT SI KATAK LOMPAT MUNGKIN ADA JALAN UNTUK DISEKAT.

 


JIKA dilihat secara umum lompat parti ini adalah "Legally Right but Morally Wrong". Tapi JIKA tidak sehaluan dengan parti atau parti pun dah menyimpang...lalu tindakan melompat adalah bermaruah drpd kekal dlm parti tapi jadi duri dalam daging.

Perkara 48(6) boleh dipinda. Setuju. Tapi ia tidak akan mengekang masalah lompat parti dan cemuhan penyokong parti berkenaan KUNUNnya MP atau ADUN itu bawa lari kerusi. Malangnya utk menggubal akta lompat parti, ia bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak memilih dan bersuara setiap individu.

Oleh itu saya bersetuju dgn cadangan ZMY (Dato' Zaharin Mohd Yasin) bahawa kita patut mengkaji undg2 yg digunakan oleh Indonesia dan beberapa negara lain.

Akta SPR perlu dipinda, pertandingan di PRU bukan lagi oleh individu tetapi oleh parti. Kerusi itu MILIK PARTI yg bertanding hanya meletakkan individu atau sbgai mewakili parti. JIKA individu itu melompat, maka kerusi itu ditinggalkan kpd parti dan parti berhak melantik org baru menggantikan wakil Kerusi itu yg melompat.

Sbbtu di negara-negara yg amalkan sistem ini, tidak wujud Pilihanraya Kecil. Saya kira ini harus diambil perhatian dan dikaji oleh Lawmakers bagi mengelakkan keadaan caca merba, kebosanan dan kejijikan rakyat menonton aksi jual maruah beli kerusi.

Wallahualam.

- Zus Din

07 March 2021

..


May be an image of 1 person and text









VIDEO : KLIP VIDEO PENYUNTIK SEMANGAT KITA

PUNYA LA PENAKUT PAK LEBAI NAK BUAT MUKTAMAR......KALAU SEKALI LAGI JADI MACAM APA YANG BERLAKU SEHINGGA LAHIRNYA AMANAH, MAU QUYUB PAS NI...

 

Punyalah lebai panakut berhadapan dgn ahli parti sendiri, sanggup tangguh muktamar selepas PRU15. Lebai tahu, walaun tengah marah sbb tembelang mereka yang selama ini hanya penjual agama telah mula terbongkar.

Pak lebai ingat semua walaun Pas bengap ,walau ada yang baru tak sampai 10 tahun berjinak dengan Pas jadi walaun bodo.Ahli lama Pas sedang emmerhati walau tak cakap. Tetapi nadi mereka mula tertetkan kerana Pak Lebai yang mereka harapkan untuk melaksanakan RUU 355 dan Duta Khas ke Arab Saudi membawa berbillion masyukkk tapi tak masyukkk masyukkk... hanya mereka sahaja yang masyukkkk...


May be an image of 1 person and text that says "astroawani.com/berita-p TERKINI ENGLISH MALAYSIA VIDEO DU PropertyGuru Pas tangguh muktamar selepas PRU15 Muhafandi Muhamad Mac 2021 09:22 MYT Takiyuddin berkata penangguhan muktamar termasuk pemilihan diputuskan dalam mesyuarat pimpinan Pas bagi menumpukan soal pilihan raya. -Gambar fail"