MEMINTA JAWATAN ,NABI TIDAK SUKA, BAYANGKAN JIKA MERAMPAS JAWATAN YANG BUKAN HAK?


Bayangkan, kalau orang yang meminta jawatan itu pun Nabi tak suka, apatah lagi orang yang "merampas' jawatan hak orang lain.  Dapat jawatan melalui tebuk atap.  


Jawatan PM,  menteri dan sebarang jawatan dalam kerajaan pusat itu ditentukan oleh rakyat dalam PRU.  Kalau kamu tidak diberi mandat oleh rakyat, tapi kamu masuk juga dengan cara haram iaitu bersubahat dengan pengkhianat yang merampas mandat rakyat, ertinya jawatan kamu itu hasil rampasan dan khianat.  


Adakah Nabi suka dapatkan jawatan cara rampas dan khianat?  


WFAUZDIN NS



 

Bagaimana mereka menuduh saya Syiah

 

Bagaimana mereka menuduh saya Syiah


Bila ada sesiapa yang tolerate dan bukannya endorse pemikiran yang dikira asing dari Islam terus dilabel orang itu liberal dan sesat, bila seseorang keluar dari group mereka terus dilabel dengan pelbagai label yang nafsu mereka suka seolah mereka semua kebal dari dosa!

Satu kisah lucu berlaku ke atas saya dan keluarga. Puak suci menuduh saya berfahaman Syiah bila mereka lihat di rumah saya ada koleksi kitab tafsir al-Mizan karangan ulama Iran.

Maka mereka terus jatuh hukum… sedangkan di rumah, saya juga memiliki koleksi kitab tafsir para ulama Saudi dan hatta saya ada serta baca buku-buku tokoh Komunis, Athiest, Kristian, Hindu, Buddha, Liberalist, Yahudi, Feminist dll.

Saya perlu membaca untuk mengetahui kerana saya, secara relatif banyak “engage” dengan pelbagai jenis manusia.

Yang lebih lucu puak suci hukum saya dan keluarga saya Syiah hanya kerana lihat anak saya solat tak pakai sejadah kat rumah..mereka lihat anak saya bersujud atas lantai bersimin (batu) ..so anak saya Syiah lah menurut teori suci mereka!

Maaf samdol, depa tu bukan Syiah lah tapi depa malas pakai sejadah !!!

Saya terfikir jika para ilmuan Islam dahulu pun berfikiran sempit macam puak suci tu, apalah akan jadi?


TAHAP KEBENCIAN- FAHMI REZA


 

Kerajaan PN perlu wujudkan Dasar Jaminan Pekerjaan

 






Gelombang ketiga pandemik Covid 19 meruntuhkan ekonomi Malaysia.

Bagi Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Chan Chun Kuang (gambar), kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajib merangka satu pelan pemulihan ekonomi untuk mengelakkan negara dihimpit kemelesetan lebih teruk.

Katanya, berdasarkan laporan Jabatan Statistik Negara, pengangguran telah meningkat kepada 4.7% pada Ogos 2020 berbanding 3.3% pada Ogos 2019.

Peningkatan tersebut, katanya, amat merisaukan kerana lebih banyak individu dan keluarga akan menghadapi krisis kewangan sekiranya kadar pengangguran terus meningkat.

"Pada Ogos 2020, bilangan rakyat yang menganggur meningkat sebanyak 42.6% iaitu bersamaan dengan 221,400 penganggur jika dibandingkan dengan bilangan penganggur pada Ogos 2019. Ia bermaksud sebanyak 741,600 rakyat menganggur dan saya yakin mereka yang menganggur ini jauh lebih tinggi daripada data yang ditunjukkan.

"Apa yang berlaku terhadap mereka yang telah menganggur dan hilang punca pendapatan ini?

"Kami menyaksikan beberapa kejadian rakyat yang hilang pekerjaan memilih untuk menamatkan nyawa mereka setelah menghadapi tekanan ekonomi dan sosial.

"Kami juga menyaksikan banyak perniagaan terpaksa menamatkan perniagaan mereka kerana tiada keuntungan, di mana ia menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Malahan, beberapa hari lepas Persekutuan Majikan Malaysia juga mengaku bahawa majikan menghadapi cabaran besar dalam meneruskan perniagaan, mengekalkan pekerja dan mengupah pekerja baru," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Chan lagi, berdasarkan situasi sukar itu kerajaan PN harus melaksanakan segera dasar jaminan pekerjaan bagi mengelakkan defisit keyakinan ekonomi rakyat yang semakin memburuk, sekali gus mengurangkan daya beli mereka dan merosakkan putaran ekonomi keseluruhan.

"Saya mencadangkan agar Kerajaan PN dapat memberi pertimbangan untuk perlaksanaan Dasar Jaminan Pekerjaan kepada penganggur-penganggur dengan menawarkan kerja sementara atau berdasarkan gaji jam bekerja bagi menjalankan kerja-kerja di sektor awam, badan berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan badan bukan bersifat keuntungan.

"Jaminan pekerjaan sekurang-kurangnya dapat memastikan penganggur-penganggur mempunyai pendapatan minima bagi meneruskan kehidupan mereka. Penyokong kepada dasar ini seperti Bernie Sander dan Kirsten Gillibrand berpendapat ia merupakan pendekatan yang paling berkesan dan stabil untuk memulihkan ekonomi negara terutamanya situasi pandemik Covid-19 yang semakin tidak terkawal," katanya lagi.

Justeru, Chan menekankan agar Kerajaan PN mengumumkan langkah-langkah drastik untuk menyelamatkan ekonomi dan sosial negara dalam Belanjawan 2021 dengan melaksanakan Dasar Jaminan Pekerjaan untuk mereka yang menganggur.



Pengangguran Cecah 1 Juta, PH Mahu Syor Dipakai Dalam Belanjawan 2021

AHLI POLITIK PATUT DISEBAT SEBAB BEBAL - NETIZEN


BOB KELANANG

Kita lantik mereka bercakap pasal masalah kita di Dun atau parlimen. Mereka juga patut jadi contoh dalam pelaksanaan undang-undang.

Isu Selangor kecoh pasal baju melayu ni tak patut berlaku. Setiap tahun perkara yang sama timbul. Peraturan tu boleh ubah.

Tak kan takda YB yang usul supaya peraturan pemakaian diubah atau diwujudkan satu kod pakaian yang boleh diterima semua ahli Dun. Bukan isu besar pun.

Speaker buat kerja dia. Kalau tak enforce nanti orang kata dia tak ikut undang-undang.

Sebab dia penjaga rumah dia. Peraturan pemakaian dah cakap macam tu. Tak setuju, tahun depan bawa usul peraturan dewan tentang tata perilaku pemakaian rasmi di Dun.

Tak susah pun. Sampai menjadi isu utama di akhbar tu dah tak betul.

Begitu juga Takiri dilihat megah, berlagak dengan tingkahlaku tak pakai mask bila jumpa orang. Kalau tak nak pakai pun jangan tunjuk gambar kita jumpa orang tak pakai mask.

Atau dia rasa dia kebal sangat. Kita ahli Dun dan parlimen adalah contoh dan teladan rakyat. Kalau kita dilihat melanggar undang-undang. Apa yang boleh dipelajari rakyat dengan perangai kita?

Malah kita memberi tauladan tak betul kenapa rakyat. Tambah lagi kita tu orang islam dan mewakili parti Islam. Kalau tak nak ikut undang-undang parti la. Buka parti baru nama Parti Bebas Bergerak – BEBAS. Senang dan rakyat pun faham.

Ia satu perkara yang betul untuk dijadikan contoh kepada rakyat. Dun dan parlimen ini dua-dua buat masalah adalah dari YB Pas dan komen bagus tak pakai mask pun YB Pas.

Awak dah kenapa? Bodo sangat ker..!!


Image may contain: 1 person


SEJAK ZAMAN BN BAJU MELAYU DIPAKAI SIDANG DUN HARI JUMAAT!


MASA TAN SRI KHALID RIZAB SELANGOR TINGGI, KENAPA WAKTU AZMIN MEROSOT?

EN HADI NI TAK TAHUKAH ?


Image may contain: 2 people, text


MBN MEMANG KUMPULAN RASIS PUN. NAK BUAT LAGU MANA LAGI EN. HADI oooiiii.... Merungut Melayu-Islam dalam MBN terlalu majoriti plak dah..?? 

Muafakat #BARISAN Nasional ni memg rasis pun. Tak bleh lari dari sentimen itu jika masih dengan keanggotaan berasaskan kaum dan agama. En. Hadi sembang apa? Tengok beza PH dengan MBN.

Lihat PH....

1. Amanah - terbuka kepada semua kaum dan agama dengan syarat menerima prinsip Islam.

2. PKR - terbuka kepada semua kaum dan agama dengan prinsnip Keadilan untuk semua.

3. DAP - Terbuka kepada semua kaum dan agama degan prinsip CAT : Cekap, Amanah & Telus.

4. Bersatu - Meskipun parti bumiputera tapi benarkan Ahli Bersekutu dari bangsa atau kaum bukan Melayu dan Non Muslim.

5. Warisan (Parti bersekutu PH) - Terbuka kepada semua kaum dan agama.

Tengok MBN plak...

1. UMNO - Majoriti Melayu-Islam. Nama pun United Malay / Mamak National Organization. Abam Besar yang tunduk pada Taiko.

2. PA$ - Majoriti Melayu Islam. DHPP berapa kerat? PA$ khadam UMNO dan MCA.

3. MIC - Kaum India semata-mata walau ada jugak sekerat dua yang Islam.

4. MCA - Cina Bukit teruih. Taiko BN. Anti nilai-nilai Islam bak kata Ridhuan Tee.

- Zus Din

05 November 2019

 

TAK GUNA PUNYA BERUK...

 

W.FAUDZIN

Beruk yang kita bela tu jenis tak sedar diri. Hari-hari dok fikir nak menipu. Kita suruh dia panjat kelapa ambil kelapa yang molek, dia ambil kelapa buruk kena tebuk tupai. Orang tak suruh turun dari pokok kelapa, diam-diam dia turun. Lepas tu, sibuk nak naik atas pokok kelapa lagi. Beruk Langkawi memang camtu...

 ke?Image may contain: text that says "Che Ibrahim Mohamed 17j Walau pun berok tua tu sudah tak larat pulas nyor/kelapa, usahlah kamu mengutuknya atau membangkit bangkitkan kejahatannya, tak malukah kamu kerana kamu jugalah yang dulunya mengheret berok itu ke hulu ke hilir. Wpun kini mungkin kamu tergila gila berok jantan peliharaan orang lain, usahlah kamu mengutuk berok tua itu kerana kalaupun kamu ada sedikit rasa tak puashati kepadanya, tapi kini taringnya sudah tidak larat untuk gigit kamu, takkanlah sekadar dia berkeriyah sikit pun kamu dah gerun."

APA YANG SEBENARNYA BERADA DALAM KEPADA MUHYIDDIN,COVID 19 ATAU KEMARUK KUASA?

 

Semua parti utama di Sabah, kecuali Bersatu, sudah pun mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRK Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Disember depan.

PH, BN, PBS, STAR dan SAPP membuat keputusan demikian sebagai sumbangan mereka untuk sama-sama mengekang penularan wabak Covid19.

Dengan yang demikian, sebagaimana kerusi Batu Sapi dimenangi Warisan dalam PRU14 lalu, parti itu hampir pasti diberi kemenangan secara percuma.

Tetapi, Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri yang setiap kali muncul dalam perutusan khasnya meminta rakyat mengambil berat dan bersama kerajaan mengekang Covid19, nampaknya “tidak cakap serupa bikin” dalam hal ini.

Ia berikutan dalam kenyataannya semalam, beliau telah mengarahkan supaya beberapa aspek perundangan dikaji bagi membolehkan PRK Batu Sapi ditangguhkan terlebih dahulu sehingga pandemik Covid19 berakhir.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR dan Jabatan Peguam Negara untuk berbuat demikian.

“PRK ini dilihat agak sukar untuk dilaksanakan di ketika pandemik Covid19 masih memuncak di negeri Sabah,” ujarnya lagi.

Nak ditangguhkan buat apa lagi?

Apa dan di mana susahnya PRK tersebut kalau semua parti tidak meletakkan calon mereka dan Warisan diberi laluan untuk menang percuma?

PRK Batu Sapi hanya akan bermasalah dari segi kemungkinan menularnya Covid19 jika ada pertandingan yang melibatkan parti-parti utama yang kemudiannya akan sibuk dengan pelbagai aktiviti kempen.

Lebih bermasalah lagi, sementara semua parti lain sudah memutuskan untuk tidak meletakkan calon di Batu Sapi, hanya Bersatu yang diketuai oleh Muhyiddin belum lagi berbuat demikian.

Kalau sekadar calon Bebas yang bertanding, tentu saja risiko merebaknya Covid19 begitu minimum kerana tarikannya untuk membuatkan orangramai berhimpun amat terhad sekali.

Maka dalam hal ini, susahkah untuk Muhyiddin membuat keputusan agar Bersatu yang dipimpinnya turut sama tidak bertanding dan memberi kemenangan percuma kepada Warisan?

Bukankah Muhyiddin juga selalu mengatakan beliau tidak berpolitik ketika Covid19?

Atau Bersatu sebenarnya yang gila kuasa dan tetap mahu meletakkan calon di Batu Sapi bagi menambah majoritinya di Parlimen, lalu tidak sedia untuk memberi kemenangan percuma kepada Warisan dan seterusnya tidak peduli pun dengan ancaman Covid19?

Kalau peduli dengan bahaya Covid19, umum saja Bersatu tidak bertanding…habis cerita!!

Sekali lagi, susahkah mahu berbuat demikian?

Dalam kepala Perdana Menteri ini apa yang sebetulnya selalu ada dalam fikirannya – Covid19 atau kemaruk kuasa? (Shahbudindotcom 05/11/2020)

MUHYIDDIN TENGAH BERPELUH..

 

PUTAR BELIT MAKSUD HADITH SEBAGAI DALIL TOLAK ANWAR, TAPI BUTA MATA SOKONG PENGKHIANAT



Lebai Hadi tak sokong Anwar sbb katanya ada hadith melarang menyokong orang yg meminta2 jawatan.  Lebai ni tak tahu beza kot meminta jawatan dgn yg disokong untuk pegang jawatan.  Anwar diangkat dan disokong ramai untuk jawatan tersebut.  Habis tu, lebai Hadi jadi Presiden parti pernah isi borang jadi calon Presiden tak?  Lebai Hadi jadi wakil rakyat ada isi borang jadi calon tak?  Tandatangan kan?  Lebai Hadi di kira meminta jawatan la camtu ye?  Boleh pulak?  Kena pada kamu halal selalu.  


Jual agama untuk nak tolak Anwar.  Tapi boleh pulak sokong PM yang khianat dan rampas mandat rakyat?  Owhhh...sebab dapat jawatan kan?  Itulah lebai.


WFAUZDIN NS



ISU Baju Melayu Dikecohkan, SOP Ke Masjid Lebai Buat Tak Tahu

APA CERITA MAHFUZ DAN HUSAM?

 

Dari FB Wall MSO...

APA CERITA MAHFUZ DAN HUSAM?

Tidaklah saya faham kenapa Mahfuz Omar sampai menjawab dakwaan Husam Musa mengatakan OT95 yang didakwa awal-awal lagi sudah merancang untuk menjatuhkan kerajaan PH. Alasan diberikan Husam antaranya kerana OT95 tidak mengisi segera kekosongan 16 Senator yang kemudian dengan mudah dipenuhi oleh Muhyiddin Yassin apabila dia mengambil alih.

Nampaknya Mahfuz terasa dengan dakwaah Husam itu, kenapa? Apakah kerana OT95 berbudi kepadanya kerena tidak disangka-sangka dilantik menjadi timbalan menteri, dan budi itu harus dikenang walaupun ia sudah terburai? Kalau itulah sebabnya di sini, menunjukkan budi jawatan telah membelakangkan setiakawan dalam perjuangan. Satu sikap tidak tepat mengutamakan orang luar sampai berselehing sesama sendiri.

Bagi Husam beliau ada hak untuk mengatakan demikian atas perspektif dan analisa politiknya. Peliknya kenapa pula Mahfuz tampil menjadi orang Pejuang membela OT95? Apakah beliau pernah sarung baju Pejuang?

Keadaan ini sedikit memelekan. Sepatutnya mereka berdua saling berfikir dan berpakat macam mana untuk kembalikan mandat rakyat. Kunci utamanya menguatkan parti “rumput gelang sambal” itu, agar tidak kelayuan di tengah jalan.

Segala kehebatan dan baik budi OT95 sudah wajar dilupakan apabila beliau gagal mempertahankan kerajaan PH. Tidak siapa dapat menafikan punca kenapa kerajaan PH tumbang selain daripada pengkhianatan dalaman parti-parti PKR dan Bersatu, punca utamanya terletak kepada OT95. OT95 lah penebuk kerajaan PH.

Cuba beliau ikhlas dan jujur mematuhi konsensus PH, semua kecelakaan itu tidak berlaku. Pintu rumah PH tidak terkopek dan lantainya tidak berlubang.

Berbalik kepada perihal Mahfuz dengan Husam itu, dalam kes ini Mahfuz seperti membeli barang yang tidak dijual tetapi teringin kerana semacam dia berduit?

Kata Mahfuz kenyataan atau dakwaan Husam itu bersifat peribadi, maka apa pula hak beliau untuk mempertikaikan dakwaan Husam itu. Husam mendakwa OT95 itu tidak pun memakai nama Amanah. Trims.

 

Kalau Darurat,Lulus Apa Pun Boleh Lulus,RUU Apa Pun Boleh Lulus, Raja Pu...

2. Mengapa Sidang Parlimen Hanya Sampai Jam 1Ptg? Apa Yg Kita Boleh Expe...

TENANG BILA BERSAMA YANG LAIN

 

Bila jiwanya tenang, hatinya lapang, walaupun berdepan dgn penfitnah nya beliau tetap yakin melangkah. Utk kekal istiqomah dsai tak perlu ada penjaga mahu pun saka didlm dirinya....

 

Atok Taknak Anwar Jadi PM, Atok Nak Azmin

COVID ATAU KUASA?

 

Semua parti, kecuali Bersatu, sudah mengumumkan tak mahu bertanding di Batu Sapi agar Warisan diberi kemenangan tanpa bertanding. Tujuannya tidak lain ialah untuk mengelak penularan Covid19.

Tapi Muhyiddin nampaknya masih lagi nak tangguhkan PRK tersebut. Untuk apa?

Kenapa tak cakap saja Bersatu yang gila kuasa, mahu meletakkan calon di Batu Sapi dan tak mahu memberi kemenangan percuma kepada Warisan?

Dalam kepala PM kita ni dia sebenarnya banyak fikir tentang Covid atau kuasa?

Image may contain: 1 person, text that says "malaysiakini BERITA UTAMA PM arah kaji perundangan, tangguh PRK Batu Sapi sampai Covid-19 berakhir Muhyiddin Yassin berkata beliau telah meminta SPR dan Jabatan Peguam Negara berbuat demikian ketika Sidang Khas MKN hari ini."



IDEA TIPU YANG


Amani Zafran


HEBAT

Atas alasan Covid, PN mencadangkan hanya 80 Ahli Parlimen dibenar berada di Dewan Rakyat - 41 kerajaan dan 39 pembangkang.

Bermakna, di sepanjang masa jika ada pengundian, PN tetap akan menang dengan kelebihan satu undi.

Bab bagi idea nak menipu depa ni memang

hebat

Image may contain: ‎text that says "‎ilיור Berita Seksye Perikatan cadang hanya 80 ahli Parlimen dibenar masuk Dewan Rakyat, kata laporan Dikemas kini 41 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Nov 2020 9:56PM 0 Komen Ⅱ Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) melaporkan wujud cadangan menghadkan jumlah ahli Parlimen masuk ke dalam Dewan Rakyat bagi mengekang penularan Covid-19. -Gambar fail The Malaysian Insight, November, 2020.‎"‎







Belanjawan 2021: Ada apa untuk belia?


Oleh Farid Maulud

(Ketua DAPSY Bahagian Bukit Bendera)

Sidang Parlimen Sesi Perbentangan Belanjawan 2021 merupakan sesi yang sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendengar inisiatif kerajaan dalam menangani kesusahan rakyat semasa musim Covid19 ini. Sudah semestinya suntikan belanjawan bantuan kewangan merupakan intipati yang ditunggu oleh semua rakyat Malaysia.

Antara yang penting untuk difokuskan ialah apa suntikan kepada belia? Belia merupakan individu yang paling terkesan akibat pandemik Covid-19. Ramai antara kami telah kehilangan pekerjaan. Ramai telah terputus talian kewangan namun masih perlu menanggung perbelanjaan-perbelanjaan bulanan. Ada yang telah memulakan perniagaan sendiri. Namun dengan kuasa beli yang sedang jatuh dengan drastik, apakah nasib mereka?

Oleh itu, kami mendesak pihak kerajaan untuk mendengar keluhan kami sebagai golongan belia di negara ini. Kami memohon agar pihak kerajaan melanjutkan moratorium selama 6 bulan lagi. Moratorium ini sangat penting bagi membantu golongan belia menstabilkan kewangan untuk bangkit semula ketika fasa covid-19 ini. Bayaran pinjaman kereta, rumah dan lain lain perkara perlu ditangguhkan seketika sementara keadaan ekonomi kembali stabil.

Bantuan secara bulanan kepada golongan belia juga harus dikaji. Bantuan BPN bulanan khusus kepada golongan belia harus diberikan untuk membantu menampung perbelanjaan bulanan.

Aspek peluang pekerjaan juga perlu diusahakan oleh pihak kerajaan dalam sesi belanjawan 2021 ini. Kerajaan perlu mencari alternatif untuk industri terus memberikan peluang pekerjaan kepada belia. Pihak kerajaan juga boleh mencipta peluang pekerjaan secara kontrak dalam badan-badan kerajaan yang boleh diisi oleh golongan graduan.

Sebagai rakyat Malaysia, kami juga mendesak pihak kerajaan mengurangkan kadar perbelanjaan barisan Menteri dan Timbalan Menteri. Kami mendesak supaya gaji para menteri dipotong dan elaun-elaun tambahan dihentikan terlebih dahulu sehingga kita semua keluar dari masalah ekonomi ini.



Pasca Pilihan Raya AS: Ramalan Perang Saudara?

 

Pasca Pilihan Raya AS: Ramalan Perang Saudara?