YA LAH...PARTI KUAT DAN RAMAI AHLI LA KATAKAN.

 

SOUR GRAPES? DENGKI? IRIHATI? GERAM? Dalam hati ada sakit? 

Pasal dia takdak dalam list sejak awal dan tak tahu menahu tu yang keluaq statement lagu ni. Sedangkan DSAI kata pejuWANG boleh buat keputusan kemudian.

Ada pakar Teori Konspirasi pejuWANG kata yang sebenarnya yang ada cukup numbers ialah PT95 tapi DSAI umum untuk gagalkan dia.

Ni Teori Konspirasi dari kepala lutut. Kalau benar PT95 ada cukup numbers, dia tak perlu sibuk nak meremeh2kan usaha DSAI. Pi la ngadap YDPA.

Atau PT95 akui memang DSAI got the numbers? Haaa...kantoi. 

- Zus Din

25 September 2020

 


BUSUK PUNYA OLANG.DAH LEPAS JAWATAN DUDUK SAJA LA DIAM DIAM

 

ZUBAIDI SUDIN


Walau dah diumum DSAI ada majoriti, OT95 masih tak puashati. 

Nampak sangat dia sanggup terima Abah Yiddin asalkan DSAI gagal jadi PM. 

Lalu dok cuba nak nafikan laluan untuk DSAI lagi le tu. Punya busuk hati.


Anwar kena tunjuk bukti, kita sanggup pergi Dewan Rakyat - Dr M


WARISAN TERDESAK ATAU PAS MEWA


Setelah PAS memenangi Pilihan Raya Umum 1990 di Kelantan, Almarhum Dato' Nik Aziz Nik Mat tidak khayal dengan kemenangannya sehingga menjadi mewa. Beliau belajar dari pengkhianatan UMNO, ketika menghadapi rusuhan pada 13 Mei 1969, parti itu dibantu oleh PAS.


RENTASAN MINGGUAN 083 | PM-8 HILANG MAJORITI, KERAJAAN MUHYIDDIN BAKAL T...



MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 083
1. TANGGUNGJAWAB KITA SELAMATKAN NEGARA 2. PILIHAN RAYA NEGERI SABAH - TIBA MASANYA KITA INSAF 3. PAS SEMAKIN TIDAK SIGNIFIKAN 4. PRINSIP ROH DAN NYAWA PAKATAN HARAPAN






KENYATAAN ANWAR: PEMIMPIN BERSATU DITERTAWA NETIZEN


Kenapa Presiden PAKATAN HARAPAN itu mahu mengambil alih pentadbiran PUTRAJAYA? Alasan beliau amat berketepatan dengan senario yang menyelubungi negara masa kini: "Rakyat Malaysia berhak mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dengan kepemimpinan yang cekap dan yakin, untuk mengurus krisis ekonomi dengan bijaksana dan tuntas.



MACAI MEROYAN TAKUT HILANG ELAUN.BUAT LAPORAN POLIS.KAH.....


W.Faudzin

Macai Zek dari Bera buat kerja bodoh. Takut sangat hilang elaun yang dia dapat dari Finas selama 6 bulan. Tu la..sape suruh ikut pengkhianat?

Ni peringkat bawah bawah saja ni...ada lagi peringkat atas atas dengan berbagai cara dan ragam...buat lah selagi boleh. Bukan lama pun kalau Tuhan nak balas kelakuan masing -masing..



KERAJAAN PN DIJANGKA TUMBANG?

 

RINA HAMZAH

Pas gelabah semacam jer mewaun nihhhhh, takut hilang glc, menteri, timb menteri dll jawatan termasuk hilang pencen. Ada lebai-lebai baru bercita-bercita masing masing mahu diangkat sebagai dato.

Lepas ni boleh laungkan balik isu adib dan perkauman. Isu hudud dan ruu355 Tak dilupakan. Kedai arak dan judi di umpan. Datang yang bodoh ikut meroyan ehhhhh so rhyme lahhhhh!

 Image may contain: text

 

MATEMATIK DEWAN RAKYAT

 

MD ZULAIMI KAZIM


Sebelum ini bila undi berbelah bagi dibuat, PN dpt 112 dan Pembangkang dpt 110.

Bila Anwar umum semalam, ramai yg sinis.... hahaha mai sini nak habaq.

Zahid Presiden Umno dah keluar notis mana2 MP Umno nak sokong PN atau sokong Anwar tiada masalah, Umno tiada ikatan dgn PN, jelas.

Kalau 2 MP Umno sokong Anwar, Pembangkang jd qqw dan PN jadi 110.

GPS Sarawak pula lebih cenderung kpd mana2 pihak yg dpt majoriti (walaupun depa nafi sokong Anwar semalam) dan bila Anwar dpt 112, GPS pula berpindah sokongan kpd Anwar.

112 + 18 = 130.

Jadi kalau ada yg kata 134 tu saya cenderung utk setuju sbb dikatakan tidak kurang 8 org MP Umno sokong Anwar.

Sepatut 140 kalau benar 8 org MP Umno sokong Anwar tp kemungkinan team Tun M 6 orang tolak Anwar jadi 134.

134 muktamat.

PESANAN BAKAL PM BUAT RAKYAT SABAH

 

Esok rakyat Sabah akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekaligus akan membentuk kerajaan negeri.

Di ruangan ini saya ingin menggesa rakyat Sabah supaya mengundi demi masa depan. Ini bermaksud kita tidak mahu pengulangan semula kebijakan lalu yang gagal.

Kita mahu Sabah dilihat setara dan tidak lagi disisihkan dari pembangunan, dan rakyat Sabah tidak digula-gulakan oleh politik wang dan sogok.

Saya gesa untuk pilih calon yang berintegriti yang mampu menjuarai isu dan hak rakyat Sabah. Aspek ini sangat penting dalam memastikan ekonomi yang kukuh untuk negeri dan yang membela semua.

Pastikan datang awal dan disiplin mengikuti SOP yang ditetapkan KKM dan SPR.

Undilah KEADILAN dan Warisan Plus demi masa depan yang bermaruah dan saksama.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Pengerusi PH

25 September 2020.



Kempen saat akhir di DUN Klias bersemangat

 

Kempen hari penghabisan Pilihan Raya

Negeri (PRN) Sabah di N32 DUN Klias meriah apabila Penerangan KEADILAN Johor turun membantu menganjurkan flashmob KEADILAN bersama calon Abdul Rahman Md Yakub.

 Flashmob dianjurkan pada pagi tadi di

jalan utama pekan Beaufort dan mendapat sokongan menggalakkan dari penduduk setempat serta pengguna jalan raya yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.


"Penduduk tempatan memberikan

sokongan kepada kami dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing

"Flashmob ini berjaya dianjurkan

atas kesepakatan anggota KEADILAN Johor, sekaligus menaikkan lagi publisiti buat calon dan parti.

"Tidak lupa juga kepada jentera

KEADILAN Cabang Beaufort dan WARISAN Bahagian Beaufort yang mengambil bahagian," kata satu kenyataan di Facebook Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.

Kempen saat akhir akan berterusan sehingga jam 12 malam ini

sebelum tamat dan pengundian akan bermula pada jam 8.00 pagi, 26 September.

KEADILAN giat berkempen hari terakhir di DUN Matunggong

 


Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, Sazalye Donol Abdullah terus giat berkempen pada hari terakhir di Kota Marudu, Sabah.

 Kempen beliau dikuatkan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang sentiasa berdampingan dengan calon sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Aminuddin juga ditemani oleh ADUN Sri Tanjung, M Ravi bersama seluruh jentera KEADILAN Negeri Sembilan.

Kempen hari ini bermula dengan pertemuan bersama pengundi di Terongkongan Darat.

Sazalye kemudian mengadakan pertemuan dengan seluruh ketua adat dan ketua kampung di DUN Matunggong.

 Aminuddin juga sempat memberi amanat terakhir kepada Sazalye sebelum hari mengundi esok.

"Pastikan KEADILAN dan Warisan Plus menang, selamat menyumbang kepada kemenangan Sabah," katanya.

 DUN Matunggong merupakan salah satu kerusi yang mempunyai potensi besar untuk dimenangi KEADILAN kerana terdapat pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

 

Seramai 17,111 pengundi berdaftar di DUN Matunggong dengan 10,579 pengundi berasal dari etnik Rungus.

 

 

 

KALAU DONGENG KENAPA GELABAH

 

KALAU DONGENG KENAPA CEMAS


Shahidan Kassim kata konon ada MP sokong Anwar sebegai gimik politik dan dongeng saja. Kalau ia dongeng kenapa awak layan gimik berkenaan patut senyap dan jangan dedahkan kegusaran.

Awak kata MP bawah awak sebagi ketua backbenchers 50 orang dan 32 Umno, apa jaminan mereka tidak akan lari dan koner sebab sejarah dah merakam terdapat lebih 15 orang MP Umno dah lari tinggal Umno.

Itu fasa pertama fasa kedua dalam proses. Sepatut you tahu mereka yang lain tidak menghadapi masalah seperti setengah yang lain, mereka mungkin saja lari meninggalkan Umno kerana ingin selamatkan diri.

Hanya orang yang tahu berenang sahaja tetap tak hiraukan banjir yang datang melanda sebab mereka reti berenang. Trims.MSO

 

ANWAR TERIMA KUNJUNGAN YB MUJAHID

 Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor, text that says "Dahulu Kini"

Terima kunjungan YB Mujahid Yusof Rawa tadi. Beliau berkunjung santai bertanya khabar sambil saya singkap kenangan lalu bersama ayahnya allahyarham mantan Presiden PAS Tuan Haji Yusof Rawa.

Kini kami bersama dalam perjuangan yang panjang untuk melonjakkan negara tercinta ke satu tahap yang lebih baik. Semoga persahabatan dan perjuangan ini terus diberkatiNya.

Anwar Ibrahim Mampu Memacu Negara Menjadi Maju,Bertamadun Dan Berkebajik...

WARTAWAN BERTANYA GURU TOK TENTANG ANWAR( TOK USIN UG )


Lepas solat jemahat kat sejid rusila tadi, sebaik je guru tok pijak tangga keluar sejid, berpuluh wartawan menyerbu guru tok untuk bertanyakan beberapa soalan kpd duta khas timur leste, err...timur tengah ini. Guru tok terpaksa cari kerusi untuk duduk kerana guru tok sukar mahu gerakkan jari jemari dan lututnya jika berdiri. Berikut soalan yg ditanya yg sempat tok ingat dlm kepala batu tok:

W: Wartawan. H: Hadi (guru tok le teww)

W: Tuan guru duta, kelmarin Anwar kata dia dah cukup jumlah MP untuk dia jadi PM. Apa komen tuan guru duta?

H: Jumlah tak penting. Kalau bas banyak mane pung, kalau tak berenti steseng, takdop gune seseng habuk (jari jemari mula bergerak beransur2)

W: Maksud saya, Anwar mungkin akan mengadap Agong dan Muhyidin mungkin akan tumbang. Jadi, bagaimana pendirian parti tuan guru duta dalam isu ini?

H: ye...ye...Macang ana bgtahu tadi, bila bas tak mboh berenti steseng, camne bas ini mahu ke istana? (jari jemari semakin ligat berketik)

W: Ermmm..tuan guru duta, apakah parti tuan guru akan menyokong anwar?

H: Ye..ye..yang penting moral. Kalau bas itu ada moral, dia akang berenti di steseng macang burung hud-hud yang engkar perintoh nabi sulaimang. (lutut telah mula bergerak sedikit seiring dgn jari jemari di atas peha)

W: Err..apa kaitan? Maksud tuan guru duta?

H: Gini, Islang ni mudoh. Ekonomi islang mesti diuruskan dengan baik. Contoh ekonomi yg baik adalah seperti burung hud hud. Pahang dok mantik ana? (kepala lutut berlaga semakin laju seperti menghampiri klimaks)

W: Tak faham, tuan guru.

H: mung biasa naik bas dok? (tajam mata menjeling, sesekali tersenyum sumbing)

W: Biasa la. Apa kaitan dengan ekonomi dan burung hud hud, tuan guru?

H: Eheh..eheh..eheh..(ketawa gatal) kalau mu naik bas, mu bayar tambang dok?

W: Ye...tentulah. beli tiket.

H: Kalau mu beli tiket, mu dapat duduk depan ke atau belakang? (kepala lutut terus berlaga, jari jemari mula ligat berpusing)

W: Errmm..ikut no tempat duduk la dlm tiket tu...

H: hahhh...itulah dia islang. Kalau bas tak berenti steseng, orang tak boleh naik, maka bas akang kosong dan tiket takdop orang nok beli. Bila takdop orang beli tiket, ertinya bas itu mengalami defisit ekonomi dan mengakibatkan hibah tak boleh dibayar kepada tabung haji....

W: Adoii...pening saya..

H: Memang pening sebab nok buat RUU 355 bukang mudoh macang buat keropok lekor kat kedai depang nuh...

W: Apa kaitan pulak dgn burung hud hud, tuan guru?

H: Haa...baru ana nak ekpleng kat anta. Baik, burung hud hud ini adalah sejenis burung yang tiada dalang zoo negara. Kalau burung ini ada, sudah tentu tiket masuk zoo negara akang dinaikkang. Naiknya tiket akang menyebabkang inflasi kpd negara kita. Ini menjejaskang KDNK negara di mana negara ini tidak akang mampu melaksanakang hudud nanti. (lutut semakin kuat bergetar seperti hampir sangat nak klimaks)

W: Adeii..err..tuan guru, kesimpulannya, isu anwar tadi, bagaimana pendirian tuan guru duta?

H: ye...ye..kesimpulang nye...anwar mesti naik bas berenti di steseng, jual tiket, dan tentukang burung hud hud ada di zoo negara di mana kalau musim ujang turung, tadoh la air agar isu air di kelantang boleh diatasi. (mula bangun untuk balik)

W: Maksudnya?

H: Ye..ye..maksudnya, selagi ada Dap, kite tokleh berkawang dengan anwar. Udoh..udoh..ana lapar nak makang ni..(terus capai tongkat, turun tangga dan berlalu sambil tersenyum puas hati)

W: (garu kepala sambil berkata kpd tok ) betul la kata orang, tak semua lebai itu cerdik.

Tok: Na"am. Kalau guru tok cerdik, takkan dia jadi presideng parti tok...teeheheheee...

W: Kehkehkeh..

Kami ketawa bersama.

TOK USIN

Rusila

 


KERAJAAN PN SUKAR LULUS UNDANG-UNDANG, MUHYIDDIN PATUT LETAK JAWATAN


MUAFAKAT DAH NAK KARAM KOT?

 Image may contain: text

HA..HA..JIWA KACAU BUDAK NI...STROKE DIA BAIK BELUM?


W.FAUDZIN


 No photo description available.

MashaAllah. Kesihannya aku tengok makhluk ini. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba melompat maki hamun macam orang gila kena histeria. Sepatah ayat pun Anwar tak pernah usik batang tubuh kamu, tapi kamu seperti tidak tenteram dan tidak boleh tidur selagi kamu tidak maki hamun Anwar. Sedarlah, sebelum kamu dimamah tanah.



Undi Warisan Plus bererti lindungi autonomi Sabah, tingkat dana pembangunan

 

Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan)

Rakyat Sabah mengundi Warisan Plus dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri bererti mengundi untuk melindungi autonomi Sabah dan peningkatan dana pembangunan daripada kerajaan Persekutuan.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah jelas merupakan pertempuran antara dua pemimpin, Warisan Plus yang dipimpin oleh Shafie dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyokong Warisan Plus jelas merupakan undian rakyat Sabah untuk Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri, sedangkan undian untuk GRS akan membolehkan Muhyiddin memilih siapa Ketua Menteri Sabah yang seterusnya.

Rakyat Sabah tidak mempunyai pilihan selain menyokong Shafie, jika mereka ingin mengekalkan kuasa autonomi mereka untuk memilih Ketua Menteri mereka sendiri dan tidak membiarkan orang luar membuat keputusan.

Tambahan pula, menyokong Shafie juga dapat membantu meningkatkan dana pembangunan Sabah daripada kerajaan Persekutuan dengan menghantar mesej yang jelas dan tegas bahawa orang Sabah tidak akan dibuli, sebaliknya menuntut pembahagian yang adil daripada dana pembangunan yang diperlukan untuk mengeluarkan Sabah daripada kedudukan malang sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Bahkan sebelum hari mengundi esok, Muhyiddin telah mengembalikan semula projek bernilai RM4.2 juta yang telah saya luluskan sebagai Menteri Kewangan, untuk menaik taraf 24 jambatan di Kampung Sim-Sim di Sandakan. 

Projek ini adalah antara lima projek PH di Sandakan yang telah dibatalkan pada 8 Julai oleh kerajaan PN sekarang.  Empat projek lain di Sandakan yang masih dibatalkan adalah: –

  • RM4 juta untuk memasang sistem kumbahan untuk 400 rumah di Kampung Cina Sim-Sim,
  • RM400,000 untuk menaik taraf balai raya,
  • RM1 juta untuk projek jalan raya di persimpangan Jalan St Monica; dan
  • RM1 juta untuk memperbaiki rumah orang cacat penglihatan.

Mengundi Warisan Plus dapat memberi pengajaran kepada PN untuk tidak membatalkan dengan kejam projek untuk rakyat di Sabah semata-mata kerana dendam politik.

PN harus menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan cadangan Suruhanjaya Cobbold agar Sabah diberi layanan sebagai rakan kongsi setara. 

Adakah Muhyiddin lupa bahawa tanpa Sabah tidak akan ada Malaysia? Rakyat Sabah yang mengundi Warisan Plus akan mengingatkan Muhyiddin bahawa orang Sabah tidak akan dibuli dan status istimewa Sabah sebagai rakan kongsi setara.

PH telah meningkatkan dana pembangunan untuk Sabah sebanyak RM1.1 bilion daripada RM4.1 bilion di bawah Belanjawan 2018 kepada RM5.2 bilion di bawah Belanjawan 2020.

PH telah memudahcara pelaburan berjumlah RM 18.2 bilion untuk masuk ke Sabah dalam 22 bulan, berbanding dengan BN yang hanya membawa RM9.7 bilion dalam lima tahun daripada 2013-2018.

Walaupun kemenangan Shafie akan mempengaruhi kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin belum berjanji akan melakukan yang sama atau lebih baik daripada PH.

Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang dipilih oleh rakyat Sabah, akan menjadi peringatan berterusan kepada Muhyiddin bahawa dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang besar dan mesti melakukan lebih banyak lagi untuk Sabah. 



Shafie Apdal tak mungkin kalah, Warisan Plus tak mustahil menang bergaya

 

Oleh Nor Miswary Ramli

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal telah menunjukkan jalan keluar kepada gerombolan Musa Aman yang cuba mengambil alih Kerajaan Sabah apabila beliau tanpa ragu-ragu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bulan Julai lepas.

Selepas tumbangnya beberapa kerajaan negeri di Johor, Melaka, Perak dan Kedah maka dengan modus operandi yang sama, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan mereka punyai laluan mudah seperti itu di Sabah.

Shafie Apdal telah beberapa kali mengulangi betapa rakyat Sabah tidak perlukan mereka dari Kuala Lumpur untuk menentukan kepimpinan di Sabah.

Tegas beliau, rakyat Sabah-lah yang berhak sepenuhnya memilih pemerintah di Sabah.

Mesej beliau ini juga menjelaskan bagaimana corak kepimpinan yang mahu dipersembahkan kepada rakyat Sabah oleh pemimpin Sabah sendiri sekiranya Warisan Plus memperolehi mandat.

Saya kira Abah dan ‘kaum kerabatnya’ yang datang dari Kuala Lumpur sudah sepatutnya telah dapat mengenal pasti mengapa beliau dan kerajaan pimpinannya temui jalan buntu bagaimana untuk menandingi Shafie Apdal.

Shafie Apdal tak mungkin kalah dengan imej “Abah” dari Kuala Lumpur yang telah tewas pusingan pertama melalui langkah khianat proksinya, Musa Aman dan Warisan Plus tak mustahil menang bergaya berdepan PN dan GRS yang masih keliru siapa bakal Ketua Menteri pilihan mereka.

Lanjutan moratorium: Muhyiddin harus dengar keluhan rakyat

 

Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan)

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengecewakan ramai rakyat Malaysia kerana gagal melanjutkan moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan lagi ketika dia mengumumkan bantuan kewangan tambahan RM10 bilion di bawah Kita Prihatin semalam. Dia mengatakan bahawa 98% permohonan untuk pelanjutan moratorium dan bantuan bank secara bersasar telah diluluskan, dengan lebih daripada 1.4 juta peminjam, dan lebih daripada 380,000 peminjam telah mengesahkan bahawa mereka memerlukan bantuan tersebut.

Walau bagaimanapun, jumlah peminjam ini masih jauh lebih rendah daripada 8 juta peminjam individu dan korporat yang akan mendapat faedah daripada lanjutan 6 bulan moratorium pembayaran balik pinjaman bank secara automatik.

Moratorium pembayaran balik pinjaman yang akan berakhir pada 30 September 2020, telah membantu meringankan beban kepada perniagaan dan isi rumah yang terjejas pasca Covid-19, dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman, termasuk untuk pinjaman gadai janji (mortgage) dan sewa beli. Nilai moratorium pinjaman ini kepada 8 juta peminjam individu dan korporat adalah RM 90 bilion, suatu bantuan kewangan yang besar yang telah membantu menyelamatkan mata pencarian, perniagaan dan pekerjaan.

Bantuan bank secara bersasar dan pelanjutan moratorium secara terpilih jauh lebih kecil impaknya berbanding pelanjutan moratorium pembayaran balik pinjaman bank 6 bulan secara automatik. Pemulihan ekonomi yang tidak menentu selepas penguncupan pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 17.1% pada suku tahunan kedua, iaitu prestasi yang terburuk di kalangan negara-negara ASEAN, bertambah teruk dengan gelombang kedua jangkitan COVID-19 yang berlaku di banyak negara asing.

Tan Sri Muhyiddin harus mendengar keluhan lebih daripada 6.2 juta peminjam yang tercicir apabila moratorium pembayaran balik pinjaman tamat pada 30 September, terutamanya pengundi Sabah yang akan menghadapi pilihan raya negeri Sabtu ini, untuk melanjutkan moratorium tersebut selama 6 bulan lagi. 

MASA UNTUK BERSATU, JANGAN LAGI TUDUH KHIANAT PH