LUAHAN HATI DR. SHAHRUDDIN - ANDAI SAYA PERLU LETAK JAWATAN, SAYA AKAN LETAK JAWATAN....



‎السلام عليكم

1. Masa berlalu begitu pantas, seumpama kilat, hari nie saya dah janji nak tulis lagi, tulisan lepas bertarikh 15 Mei, iaitu hari lahir saya,

2. Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan telah berlalu, dan sekarang kita pun sudah berada lebih seminggu di bulan Syawal, kita sibuk berpuasa 6 sekarang,

3. Juga telah berlalu tarikh 18 Mei 2020, tarikh persidangan Dewan Rakyat penggal ini, tarikh yang cukup digeruni dan ngeri oleh sesetengah pihak, tidak boleh tidor lena dibuatnya,

4. Persidangan yang hanya merupakan hari Perasmian Dewan oleh Baginda Tuanku Yang DiPertuan Agong,

5. Tidak ada perbahasan, tidak ada soal jawab soalan-soalan lisan, luar dari kebiasaan, norma baru, agaknya takut kan covid 19,

6. Dewan Rakyat akan disambung nanti bulan Julai, bulan depan, insha Allah, semua kita ahli-ahli Parlimen menunggu, penuh debaran! Siap, Jaga kau! (bahasa bangsa Johor),

7. Saya telah berkunjung hormat Tun M di Ibu Pejabat Bersatu pada jam 3 ptg hari Jumaat 29 Mei 2020, yang pada mulanya patut berjumpa di Yayasan Kepimpinan Perdana YKP,

8. Memang tak sabar-sabar nak jumpa Tun, pengasas Bersatu dan Negarawan,

9. Tun selalu membebel dalam mesyuarat MPT berkenaan keahlian Bersatu, kesian pada Saudara Akram Shah yang kena jawab, berapa ramai ahli Bersatu sekarang? Saya sebagai SUA kecut perut dibuatnya, itulah dia Tun,... tegas ! No play play !!! Macam- macam hal berkenaan keahlian Bersatu dibangkitkan! Panas ,...!

10. Saya berjumpa Tun hari Jumaat lepas antara lain sebagai reaksi surat SUK kepada Tun, yang kandungan nya kata, Tun dah gugur keahlian Bersatu secara automatik, disqualified himself,..

11. Pulak gitu,..

12. Perlembagaan Bersatu ditafsirkan begitu, katanya oleh pakar undang-undang. Tun dah duduk di barisan pembangkang di Dewan Rakyat dalam persidangan bulan lepas. Maka Tun dah masok pembangkang,

13. Saya tanya Tun, betul kah Tun dah masok Parti pembangkang? Tidak sekali-kali katanya! Tun nafikan,..

14. Saya ambik keputusan untuk menyertai PN dan menyokong TSMY jadi PM. Beliau telah dapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat dari kalangan ahli-ahli Parlimen,

15. Sebagai ‘budak’ TSMY pastinya saya amat gembira apabila beliau menjadi PM,

16. Saya bertanya pada diri sendiri, adakah Perikatan Nasional PN ini telah wujud sebagai badan sah? Lengkap dengan Perlembagaan dan pendaftaran ROS,

17. Sepanjang ingatan saya, PH adalah badan sah didaftar dengan ROS dan ada sijil pendaftarannya,

18. Pada saya, PN adalah sekadar nama badan persatuan tidak rasmi antara ahli-ahli Parlimen yang bersetuju TSMY sebagai PM,

19. PN bukan gabongan parti-parti, apatah lagi saya belum lihat, kaji dan bahas sedalam-dalamnya Perlembagaan PN yang telah dibawa ke Perhimpunan Agong Khas atau setidak-tidaknya ke MPT dan telah sama-sama kita putuskan disitu bahawa Bersatu telah BERSETUJU masok PN?

20. Tun tak masok atau setuju dengan perkara 18,

21. Bolehkah ditafsir Tun masok pembangkang? Sokong parti pembangkang,...

22. Saya tak mahu lihat Bersatu lemah kerana kita berpecah dan berbalah. Boleh pengsan bila kita baca perbahasan kita dalam media sosial,... kita saling melondeh kain sendiri,.. di viral,.. dah tak ada segan silu lagi,.. mana kita dapat budaya begini rupa?,..

23. Saya jugak tak mahu lihat Bersatu mati tidak berkubur, tidak berbatu nisan,

24. Saya sayangkan Bersatu, sayang sangat-sangat, ... betapa sukarnya membina Bersatu, susah payah lawan BN, ke sana ke sini bersama Tun dan TSMY dan rakan-rakan versi 1.0,..

25. Masa tu saya ADUN Jorak, ulang alik antara Ibu Pejabat Bersatu menjalankan tugas-tugas SUA dan menjaga kawasan di Pagoh, tidor dalam kereta di RnR tu biasa, itu belum lagi kempen road show Bersatu dan PH,.. Allah saja yang tahu betapa nikmat dan sengsaranya pada ketika itu,..

26. Terkenangkan akan Tun M dan Tun Siti begitu komited berkempen, sana sini, utara selatan, timor barat,.. ribuan yang hadir,.. الحمدالله ..... kita menang bentuk Kerajaan!

27. Majoriti yang masok jadi ahli Bersatu adalah kerana Tun,.. bukan pasal nama saya!!! Shahruddin,.. tak siapa yang kenal ! ADUN saja, EXCO pun tak, semasa dalam BN dulu, jasa pun tak ada,..

28. Jasa Tun, umpama sebesar dan seberat bumi ini,.. Tanpa Tun, Bersatu akan terkujur layu, mati lah Bersatu,..

29. Hari ini hari Isnin, tanggal satu Jun tahun 2020, saya berjanji nak buat kenyataan, azam dan hala tuju saya dalam Bersatu dan Kerajaan, tidak ada niat lain saya,..

30. Saya nak lihat Bersatu kuat dan kukuh; sayang saya pada Bersatu mengatasi sayang saya pada Tun dan TSMY,... Barang di jauhkan sekali parti Bersatu di lihat sebagai melukut di tepi gantang dan ahli-ahli awal yang tulin dalam perjuangan pula dipingggirkan,...

31. Andai kata saya perlu letak jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Kerjaraya, saya akan letak jawatan, demi memperkukuhkan Bersatu, supaya masa sepenuhnya dapat saya tumpukan pada Bersatu. Sebagai SUA pertama saya kenal KB, Srikandi dan Armada. Mengajak dan memujuk ahli-ahli yang ramai di bawah sana supaya tidak berbalah yang hanya akan melemahkan Bersatu. Ada yang dah merajuk, dah nak keluar Bersatu,... saya kata,.. JANGAN LAH BERTINDAK BEGITU!! Please,... BERSATU LAH,...

32. Andaikata saya perlu meninggalkan rakan-rakan  PN dan kembali semula kepada PH dan disitu ada JAMINAN bahawa Bersatu akan kuat dan terus hidup, maka saya akan jugak sedia lakukan!

33. Akhir kalam untuk kali ini, cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya. Saya sekarang adalah ahli Parlimen Sri Gading. Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah tanpa bahas untuk menerima calon ahli Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading di PRU15 nanti? PN atau PH?  Itu jugak adalah jawapan kepada satu soalan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH?,.. Saudara jawab!!!

Jaga jarak, jaga kesihatan, jaga Iman.

YB Shahruddin Salleh
Ahli Parlimen Sri Gading P149.
01-06-2020

CORETAN MP KANGAR



Usaha menjatuhkan PH sebenarnya telah bermula sejak keputusan pilihan raya diketahui.

Pasti semua ingat Najib tidak mahu mengaku kalah. Dalam kenyataan akhbar pada pagi 10 Mac 2018, beliau cuba memberi isyarat bahawa tidak ada mana-mana parti mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan.

Beliau ada menghubungi Anwar Ibrahim yg ketika itu masih dalam tahanan. Anwar menasihatkan beliau untuk mengaku kalah.

Sidang Parlimen dibuka seperti biasa. Namun usaha mereka tidak berhenti. Pada 9 November 2018, saya telah dihubungi oleh satu nombor persendirian. Saya tidak kenal siapa. Pemanggil mendakwa “bekerja di Parlimen” dan ingin berjumpa atas tujuan penting.

Saya berkata jika dia bekerja di Parlimen maka dia boleh berjumpa dgn saya di Parlimen. Katanya apa yg ingin dibincangkan dgn saya tidak boleh dilakukan di Parlimen. Maka kami setuju bertemu pada 12hb November 2018 di Restoran Rebung, di luar Parlimen.

Mereka dtg bertiga. Tujuannya jelas. Mereka bertanya akan kesanggupan saya meninggalkan PH untuk bersama membentuk satu gabungan politik baru.

Apa yg mengejutkan ialah mereka ini berani name-dropping. Habis nama Raja-Raja Melayu dijualnya. Tegas mereka Raja-Raja Melayu tidak mahukan Tun M sebagai PM. Mereka siap tawar untuk bawa saya bertemu dgn mana-mana Raja Melayu.

Saya diam. Senyum. Cuba menunjukkan rasa berminat untuk mendapat lebih banyak maklumat.

Mereka beri gambaran usaha sedang diatur. Ayatnya “YB tak dengar apa-apa”? Saya jawab tidak. Mereka kata tidak lama lagi kerajaan akan bertukar. YB boleh masuk Kabinet atau dilantik ke dalam mana-mana GLC.

Saya cuba korek siapa di belakang mereka ini. Maka saya tanyakan siapa calon PM? Semasa pertemuan mereka agak keberatan menyatakan. Mereka kata itu boleh dibincang. Kemudian barulah mereka bagi gambaran “ambil yang lama” (baca: Najib)

Saya tidak menjawab dan mengabaikan usaha mereka untuk berhubung semula. Hal ini ada saya sampaikan kepada beberapa rakan MP. Ada juga MP-MP baru yang turut dihubungi oleh broker-broker ini (tidak pasti orang yang sama atau tidak). Umumnya ia tidak diambil serius.

Dari semasa ke semasa di Parlimen saya akan duduk minum atau makan atau hanya berbual dengan MP-MP pembangkang pada waktu itu. Ada beberapa kali soal peralihan kuasa disentuh dalam perbualan santai kami.

Ada juga yang menyampaikan kepada saya secara serius bahawa sesuatu sedang berlaku di sebalik tabir. Mereka boleh sahkan bahawa ada elemen dalam kerajaan pada waktu itu yang merundingkan sesuatu dengan mereka.
Sudah tentu mereka ini menjual nama Tun M. Menjadikan tindakan mereka dilihat serius dan direstui.

Pada masa yg sama mereka mahu menggambarkan Anwar tidak sabar mahu menjadi PM dan sedang merancang sesuatu untuk menjatuhkan PM.

Suka atau tidak, Bersatu merasakan Tun M patut kekal sehingga akhir penggal. Sebagai sebuah parti yg baru dan bukan memegang kerusi terbanyak, mereka mahu mengukuhkan kedudukan. Lagipun ini parti PM.

Pada peringkat awal, Bersatu cuba memancing sejumlah MP UMNO untuk menyertai mereka. Ia berhasil. Di Parlimen ada MP UMNO yg menggelar mereka pengkhianat. Ada pemimpin PH menegur Tun kerana menerima MP UMNO ini.

Usaha untuk mewujudkan gambaran gabungan politik baru dibuat dengan pelbagai cara. Pemimpin-pemimpin pembangkang bersilih ganti bertemu PM. Program diatur untuk mewujudkan sentimen kesatuan Melayu dan anti-DAP.

Nak kata Kesatuan Melayu sangat pun tidak juga. Kesatuan politik tertentu saja sebab ada sesetengah pemimpin Melayu tidak dilibatkan. Macam selalu berlaku sejak dulu, kekayaan pemimpin yg menjerit Hidup Melayu meningkat berkali ganda berbanding org Melayu yg susah.

Kemuncak keseriusan dirasakan apabila sejumlah MP BN hadir ke rumah Azmin pada satu malam ketika Sidang sedang berlangsung. Ingat mereka serius sangat pasal hadir Sidang?

Sementara ada tuduhan Anwar mahu jatuhkan Tun M, setakat saya jadi MP itu tidak pernah berbangkit. Yg saya ingat Anwar sentiasa pesan agar beri khidmat di kawasan, usaha kukuhkan kerajaan. Kita ikut perjanjian PH. Bab peralihan biar beliau bincang dgn Tun dan Majlis Presiden PH.

Kita sebenarnya dapat mengesan sikap panik drpd ulasan-ulasan Azmin berkaitan peralihan kuasa. Dia yg beria nak Tun kekal sampai akhir penggal sdgkan dia yg protes Tun dinamakan calon PM PH.

Azmin mula kendur bila Tun beri isyarat lepas dinamakan calon PM “ada orang lain layak jadi PM tetapi dia tidak dipilih”. Azmin sekali lagi tidak puas hati sbb dlm hierarki PH dia nak diletakkan sbg Timbalan, bukan Naib.

Cerita usaha di belakang tabir ini turut diketahui oleh sejumlah penjawat awam. Mereka juga byk kali bertanya kpd saya. Jawab saya mmg usaha itu ada, tetapi InsyaAllah akan cuba ditangani sebaiknya.

Semasa JK Khas Parlimen mengenai Belanjawan (yg mana saya adalah ahli jawatankuasa ini) ke Berlin pada pertengahan Februari 2020, desas-desus terus kedengaran. Kami sampai bergurau adakah saya ke Berlin sebagai MP kerajaan dan balik sebagai MP pembangkang?

Pengerusi JK ini ialah Tok Pa. Semasa di Berlin Tok Pa ada memanggil kami MP-MP PH untuk berbincang pada satu malam ttg bagaimana PH boleh diperkukuhkan memandangkan masih ada dasar-dasar yg belum dibuat untuk memenangi hati rakyat. Tgk2 dia pun lompat.

Pada 19 Februari 2020 saya berada di Myanmar utk 1 misi hak asasi manusia yg dianjurkan ASEAN Parliamentarian for Human Rights. Hari tersebut saya mendapat mesej drpd orang kanan Azmin.

Beliau mengajak saya bertemu. Saya katakan esok saya ada di KL. Sebenarnya 20 Februari adalah hari lahir saya. Tapi kerana tidak banyak masa lapang saya setuju untuk bertemu pada hari itu. Saya sudah menjangka perbualan akan berkisar tentang power struggle.

Kami mula berbual tentang buku, tentang khidmat saya di kawasan. Beliau memulakan perbualan tentang power struggle ini dgn kenyataan “So, big wave is coming”. Saya akan ingat ayat ini sampai bila-bila. Sengaja saya menjadi naif untuk mendengar dgn lebih banyak.

Mungkin kerana hubungan kami baik sejak kira-kira 20 tahun lalu, dan saya selalu menganggap beliau antara org yg byk membimbing saya dlm hal ehwal intelektual, maka beliau cuba berhujah dgn saya secara intelektual tentang keperluan sebuah gabungan politik baru.

Ini kemudian dituliskan beliau dalam satu artikel bertemakan demografi. Seorang rakan lama kami ada menulis jawapan balas terhadap artikel tersebut yg dibayangkan sebagai sisi gelap penulis yg seingat saya antara yg terawal mempopularkan perkataan pencerahan.

Saya sendiri menulis dua artikel untuk mengimbangi pandangan politik demografi tersebut kerana demografi bukan hanya terhad kepada soal kaum atau agama.

Sebenarnya semasa pertemuan tersebut saya telah sampaikan pandangan-pandangan saya yg menolak hujah-hujah yg meskipun boleh dipakai dlm dunia politik, bukanlah menggambarkan politik pembaharuan yg ingin dikembangkan.

Sebagai menghormati beliau, saya hanya menjawab “biar saya fikirkan” ketika ditanya “are you in or not?”. Beliau meminta diri selepas kira-kira 1 jam setengah. Pesannya jgn berlama. Beri jawapan sebelum matahari terbenam.

Dalam pertemuan tersebut jelas. Beliau nyatakan gabungan baru tanpa Anwar dan DAP. Saya sedar bahawa usaha ini serius. Cuma beliau ada juga katakan paling lama masa hanya ada kurang setahun.

Kenapa kurang setahun? Beliau tidak nyatakan. Tetapi saya dapat menghidu bahawa ia mesti dilakukan sblm Tun M menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas APEC. Drpd kata-kata kurang setahun itu saya mengesan bahawa mereka tahu Tun M mahu menunaikan janjinya.

Ketika pulang saya membuat panggilan kpd seorang rakan MP tentang pertemuan ini. Saya sampaikan kpd beliau apa yang diperkatakan. Saya balik dan bersiap untuk majlis makan malam 10 tahun IDEAS.

Saya dijemput ke majlis makan malam ini sebagai bekas staf. Saya pernah berkhidmat sbg penyelidik di Malaysia Think Tank, London (nama sebelum IDEAS, ketika semua pengasasnya berada di UK). IDEAS didaftarkan di Malaysia pada tahun 2010 bila Wan Saiful pulang ke Malaysia.

Saya tidak ikut bersama IDEAS kerana menerima tawaran berkhidmat di Pejabat Dato’ MB Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim. Pada 2012 saya kembali ke IDEAS sbg Pengurus Operasi dan Projek bila dipujuk oleh Wan Saiful.

Majlis Makan Malam itu dirasmi oleh TPM, DS Wan Azizah. Dr Maszlee selaku mantan Felo Kanan tidak hadir kerana kurang sihat. Sepatutnya beliau duduk di sebelah saya. Selesai makan saya sampaikan kpd Wan Saiful tentang pertemuan dgn Khalid Jaafar pada ptg itu.

Saya masih ingat Wan Saiful mengakui ada usaha besar dalam Bersatu untuk membentuk the Grand Malay Coalition. Dibayangkan kpd saya beliau menolak usaha ini tetapi kumpulan yg menolak ini minoriti. Beliau sendiri mengakui kpd saya bahawa Tun M menolak skim ini.

Wan Saiful juga menyatakan kpd saya Ahad ini (23 Feb) Bersatu akan adakan mesyuarat khas. Tapi surat tak keluar lagi. Katanya kali pertama mesyuarat khas ini dibuat ialah masa nak tukar MB Johor. Maksudnya ada keputusan besar yg perlu dibuat.

Saya dimaklum apa yg berlaku pada 23hb Feb sama sebagaimana apa yg diceritakan oleh YB Syed Saddiq. Tun meninggalkan mesyuarat lebih awal.

Kem Azmin sebenarnya telah mula berkampung lebih awal. Sekejap di Pulse Grande, sekejap di Everly, sekejap di Sofitel. Kononnya Saifuddin Abdullah menjadi perantara yang dapatkan green light untuk bertindak daripada Tun M.

Kumpulan Azmin adalah yg terakhir menandatangani SD sokongan kepada Tun M untuk menjadi PM Perikatan Nasional.
Ikut perancangan mereka Tun M letak jawatan PM PH dan kemukakan SD-SD yg ada untuk ambil jawatan PM PN. Situasi jadi tak menentu pada 24hb Februari 2020 apabila Tun M menolak untuk mengemukakan SD-SD sokongan menjadi PM PN dan secara mengejut meletakkan jawatan Pengerusi Bersatu.

YB Noor Amin Ahmad
Ahli Parlimen Kangar

HEBAT DIMANA KAH MUHYIDDIN

Baik dimana yiddin, hebat tang mana yiddin? Dia ni dari dulu sehingga kini Tak pernah cemerlang pun!!!!

SCHEME OF THINGS MUHYIDDIN YASSIN

Senarai Lantikan Ahli Parlimen, ADUN atau Ahli Politik Pengkhianat Nasional (PN) ke GLC dan Agensi Kerajaan:
(Kemaskini: 1 JUN 2020)

Umno:
1. MP Jelebu/Umno - Dato Jalaluddin Alias - Pengerusi UDA Holding
2. MP Gerik/Umno- Dato Hasbullah Osman - Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad
3. MP Cameron Highlands/Umno - Dato Ramli - Pengerusi Amanah Raya Berhad
4. MP Padang Terap/Umno - Dato Seri Mahdzir Khalid - Pengerusi TNB
5. MP Pasir Salak/Umno - Dato Sri Tajudin Abd Rahman - Pengerusi Prasarana
6. MP Jerantut/Umno - Dato' Hj Ahmad Nazlan Idris - Pengerusi Lembaga Getah Malaysia
7. MP Machang/Umno - Datuk Ahmad Jazlan Yaakub - Pengerusi MPOB
8. MP Besut/Umno - Dato Seri Idris bin Jusoh - Pengerusi FELDA
9. MP Kimanis/Umno - Datuk Mohamad Alamin - Pengerusi MyIPO
10. Calon (Kalah) Umno Parlimen Pasir Gudang PRU14 - Datuk Seri Khaled Nordin - Pengerusi Boustead Holding Berhad.
11. MP Jempol/Umno - Dato' Salim Sharif - Pengerusi RISDA
12. MP Tanjong Karang/Umno - Tan Sri Noh Omar - Pengerusi MISC Bhd

MCA:
13. Calon PRU14 kalah Parlimen Tanjung Malim/MCA - Dato Seri Mah Hang Soon - Timbalan Menteri Pendidikan.
14. Calon PRU14 kalah Parlimen Seremban/MCA - Datuk Ching Sin Woon - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang.
15. Calon PRU14 kalah DUN Machang Bunok/MCA - Dato' Tan Teik Cheng - Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang
16. Calon PRU14 kalah DUN Bemban - Datuk Koh Chin Han -  Pengerusi Pelabuhan Melaka.
17. Naib Presiden MCA - Dato Sri Tian Li Ker - Timbalan Menteri Perpaduan Nasional

PAS:
18. MP Marang/PAS - Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri
19. MP Bachok/PAS - Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - Pengerusi Kesedar
20. MP Pasir Putih/PAS - YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.
21. MP Pasir Mas/PAS - YB Ahmad Fadhli Shaari - Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
22. MP Dungun/PAS - Wan Hassan Mohd Ramli - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
23. MP Setiu/PAS - YB Tuan Shaharizukirnain Bin Abdul Kadir - Pengerusi TEKUN
24. ADUN Jabi, Exco Terengganu/PAS - YB Dr Azman Ibrahim - Pengerusi Lembaga Kenaf & Tembakau Malaysia

GPS:
25. MP Bintulu/GPS - Datuk Seri Tiong King Sing - Duta Khas Ke China Bertaraf Menteri
26. MP Hulu Rajang/GPS - Datuk Wilson Ugak Kumbong - Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Niosh)
27. MP Sibuti/PBB - YB Lukanisman Awang Sauni - Pengerusi SEDA
28. MP Tanjung Manis/GPS - Datuk Yusuf Abdul Wahab - Pengerusi CIDB
29. MP Betong/PPB - Datuk Robert Lawson Chuat - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu.
30. MP Serian/SUPP - Dato Sri Richard Riot - Duta Khas Ke Asia Timur Bertaraf Menteri
31. MP Baram/GPS-PDP - Anyi Ngau - Pengerusi Lembaga Koko Malaysia
32. MP Igan/GPS-PBB - Ahmad Johnie Zawawi - Pengerusi Bukan Eksekutif Indah Water Berhad (IWB)

PPBM:
33. ADUN Permas/PPBM - Che Zakaria Mohd Salleh - Pengerusi Kejora.
34. MP Beaufort/PPBM - Datuk Azizah Mohd Dun - Pengerusi MARA
35. Ahli Dewan Negara/PPBM - Razali Idris - Pengerusi Ketengah
36. MP Sabak Bernam/PPBM - Dato Hj Mohd Fasiah Hj Mohd Fakeh - Pengerusi FAMA
37. MP Tasek Gelugor/PPBM - Shabudin Yahaya - Pengerusi Felcra
38. ADUN Kempas/PPBM - Dato Osman Sapian - Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia
39. ADUN Bukit Kepong/PPBM - Dato Dr Sahruddin Jamal - Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

MIC:
40. Bekas KP MIC - Datuk Nelson Renganathan - Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Bebas:
41. MP Bukit Gantang/Bebas - Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal - Pengerusi LKIM.

fitnah katanya..sila saman DOJ, FBI, CIA, INTERPOL



Udalan matak

itupun kalau still nak kata ini semua fitnah la,bossku.seingat aku,PM angkat kau sekarang ini.dia la yang banyak bercakap pasal 1mdb semasa pru14

Tak pernah dengar Najib minta maaf pada rakyat' Malaysia pasal 1 MDB dan tabung haji serta Mara...malahan masa itu,di gelarnya rakyat yang tak jelas kan bayaran income tax itu sebagai pengkhianat sebenar dan di bangsatkan negara...

dia dan keluarga nya dengan duit yang banyak jumpa di rumahnya.dan account peribadi dia ada bayar incometax ka? Siapa yang lebih bangsat dan pengkhianat negara?

Poraaahhhh...kalau 1mdb itu 1 fitnah..kenapa mahkamah arahkan anak dia bayar balik wang 1mdb...MAKIN LAMA MAKIN PELIK......memalukan..😅😅

INI SAHAJAKAH MATLAMAT HAJI HADI ?


MIQDAD ZAKARIA

Malaysiakini - Hadi: PAS-Umno pertahan Dr M jadi PM sampai habis ...


Semua tahu.. Semua maklum.. Di antara matlamat Haji Hadi dalam perjuangan dia adalah untuk hapuskan AMANAH.. Tidak ada siapa yang boleh nafi perkara terbut..

Tapi..

Ana senyum ja.. Sebab ana kenal siapa Haji Hadi.. Seorang manusia yang dari muda nak kuburkan UMNO.. Akhir sekali tidak berjaya.. Yang paling malang.. Dia pulak bersama parti yang dia kata sesat dulu..

Jadi..

Kalau panjang umur.. In syaa Allah.. Tak mustahil dia akan "melutut" dengan sebuah parti yang dia cerca dan maki setiap hari (AMANAH) seperti dia "merangkak" pergi kepada UMNO hari ini..

Salam Subuh Un..

Hukum menipu dalam agama Islam adalah haram.. Dalilnya banyak dalam Quran dan Hadis.. Perkara itu jelas seperti sinaran matahari yang terbit di waktu pagi..

Tapi..

Kenapa hukum menipu boleh dibenarkan dalam politik PAS.. Sehingga dibenarkan oleh Presidennya sendiri kononnya atas dasar "maslahah"..

Disebabkan perkataan "maslahah" ramai agamawan di dalam PAS khususnya menjadi syaitan bisu.. Takut untuk menyatakan perkara tersebut adalah HARAM kerana alasan itu untuk menjaga hayat sebuah parti dari menjaga maruah agama Islam..

Perangai seperti ini sebenarnya bukanlah perkara baru.. Kerana Allah sendiri telah menempelak golongan jahat seperti ini di dalam Quran sejak dahulu lagi..

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 174 dan 175 :

(إِنَّ ٱلَّذِینَ یَكۡتُمُونَ مَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَیَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنࣰا قَلِیلًا أُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَا یَأۡكُلُونَ فِی بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا یُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ وَلَا یُزَكِّیهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمٌ)

(أُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ ٱشۡتَرَوُا۟ ٱلضَّلَـٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡعَذَابَ بِٱلۡمَغۡفِرَةِۚ فَمَاۤ أَصۡبَرَهُمۡ عَلَى ٱلنَّارِ)
Maksudnya..

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya"

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu"

Lihatlah kesan dari kemurkaan Allah kepada golongan seperti ini.. Semuanya menakutkan kita.. Menggerunkan kita.. Tapi tidak pada mereka.. Mereka boleh menebalkan muka mereka.. Seolah-olah "penipuan atas dasar parti" itu satu tuntutan dalam beragama..

Nauzubillah..

Miqdad Zakaria
Rusila, Marang

BARU 22 BULAN MEMERINTAH, PH DAH BEBANKAN RAKYAT DENGAN 50 PERKARA BERIKUT?



1. Yang kurangkan harga internet Unifi dan mobile data - PH

2. Yang laksanakan tender terbuka bukan direct nego - PH

3. Yang bayar hutang 1mdb - PH

4. Yang hapuskan GST - PH

5. Yang kurangkan tol dan mansuhkan tol motorsikal - PH

6. Yang stabilkan dan subsidi harga minyak - PH

7. Yang naikkan cukai judi dan kasino - PH

8. Yang meneruskan BR1M melalui BSH - PH

9. Yang perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah - PH

10. Yang berjaya pulihkan Tabung Haji - PH

11. Yang bawa perasuah ke muka pengadilan - PH

12. Yang bawa balik dana 1mdb dari luar negara - PH

13. Yang turunkan usia mengundi ke 18 tahun - PH

14. Yang naikkan denda kepada pencerobohan nelayan asing - PH

15. Yang tubuhkan unit anti hina islam di Jakim - PH

16. Yang kekalkan institusi raja-raja - PH

17. Yang mengekalkan kebebasan bersuara - PH

18. Yang beri kebebasan media tiada lagi tv3 suku - PH

19. Yang bagi duit RM1.2Billion untuk Jakim - PH

20. Yang kurangkan beban guru-guru - PH

21. Yang tambah bajet kepada Kementerian Kesihatan - PH

22. Yang jimatkan projek-projek mega tanpa membatalkannya - PH

23. Yang hapuskan akta anti berita palsu yang mudah disalahguna - PH

24. Yang naikkan ranking anti rasuah Malaysia di dunia - PH

25. Yang lantik teknokrat dan pakar ketuai GLC - PH

26. Yang mansuhkan jabatan kerajaan berunsur politik seperti JASA, BTN dan MEIA - PH

27. Yang bagi royalti minyak kepada negeri pembangkang - PH

28. Yang beri duit kepada sekolah tahfiz - PH

29. Yang beri duit RM600 juta kepada kelantan & terengganu - PH

30. Yang naikkan elaun guru KAFA - PH

31. Yang beri bantuan khas kepada imam, bilal, guru takmir dan tok siak - PH

32. Yang berjaya kekalkan kes Covid19 bawah 50 kes - PH

33. Yang bagi bantuan persekolahan RM100 - PH

34. Yang perkenal pas bulanan tanpa had RM100 untuk rapidkl dan rapidpenang - PH

35. Yang hapus kadar faedah pinjaman peneroka FELDA - PH

36. Yang samaratakan gaji minimum semenanjung dan S&S dan naikkan gaji minimum - PH

37. Yang perkenal skim Mysalam insurans kesihatan untuk B40 - PH

38. Yang berjaya tangani krisis pencemaran air sungai kim kim dan menangkap pelaku - PH

39. Yang berjaya tangkap dan dakwa beberapa orang menghina islam dan Raja - PH

40. Yang perkenalkan wawasan kemakmuran bersama 2030 - PH

41. Yang turunkan tarif elektrik - PH

42. Yang pulangkan kontena sampah plastik haram ke negara asal - PH

43. Yang berjaya lesenkan E-hailing - PH

44. Yang berjaya tangguhkan UEC - PH

45. Yang usul Sabah&Sarawak diberi taraf seperti perjanjian asal - PH

46. Yang kekalkan demokrasi berparlimen dan beraja di Malaysia - PH

47. Yang bagi rebat bil elektrik RM40 untuk keluarga miskin - PH

48. Yang perbaiki sekolah daif (bukan buat projek solar) - PH

49. Yang set harga minimum getah sekerap - PH

50. Yang perkenalkan Skim Kesihatan Khas untuk atlet - PH

Inilah agenda PH yg mahu berkuasa di Malaysia. Selama mereka memerintah negara kita walaupun sekejap lihat lah kejayaan demi kejayaan yg telah berlaku. Sedarlah wahai seluruh bangsa tanah air ini..  Apa yg berlaku sebelum ini kita jadi kan pengajaran buat generasi baru.


VIDEO: Laporan SPRM terhadap PM Tan Sri Muhyiddin Yassin - Isu Sogok Jawatan GLC


Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa berlaku suapan jawatan menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

APA MAKSUD PENANGGUHAN INI ?


AHMAD DANIEL

Surat KSN UPE.S.12-12/2/1(4) bertarikh 29 Mei 2020 memaklumkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Mei 2020 bahawa pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) yang dijadualkan pada 6 Ogos 2020 di Parlimen ditangguhkan kepada awal Januari 2021.‬
‪Apa makna penangguhan RMK-12 ini?‬
‪⚫️ PM Muhyiddin Yassin tidak yakin memiliki majoriti Parlimen untuk meluluskan RMK-12 pada sidang Julai-Ogos 2020 akan datang.‬
‪⚫️ Kerajaan PM Muhyiddin Yassin tiada keupayaan untuk merancang pembangunan masa depan negara bagi menanggani kemelesetan ekonomi pasca COVID-19.‬




BERSATU INDERA MAHKOTA SOKONG TUN M, SATU TAMPARAN BUAT MP INDERA MAHKOTA

Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada Bersatu Bahagian Indera Mahkota yang berani, tegas dan berprinsip apabila tidak menyokong pengkhianat dan meneruskan sokongan kepada Pengerusinya, Tun Dr Mahathr.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bersatu Indera Mahkota merupakan satu tamparan yang memalukan kepada MP Indera Mahkota, YB Saifudin Abdullah, salah seorang pengkhianat yang telah menipu pengundi-pengundi di Indera Mahkota. Beliau telah bertanding di atas tiket Keadilan mewakili PH, tetapi telah melompat keluar dan bersama dengan pengkhianat yang telah menjatuhkan kerajaan PH yang telah diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu.
Jelas bahawa pimpinan Bersatu di Indera Mahkota serta para penyokongnya yang majoritinya menyokong PH dan berdiri di belakang Tun M lebih bermaruah daripada MP Indera Mahota itu sendiri. Kita pun tidak pasti MP Indera Mahkota sekarang mempunyai parti atau tidak. Seperti kata SUA Bersatu, Dato Marzuki beliau tidak pernah melihat borang kemasukan ke dalam parti Bersatu oleh mana-mana pimpinan dari Keadilan yang telah melompat ini. Apakah Indera Mahkota sekarang ini memiliki seorang wakil rakyat yang bukan sahaja khianat tetapi tidak mempunyai parti?
InsyaAllah, pada PRU15 akan datang wakil rakyat yang khianat ini bukan dikuburkan oleh PH tetapi akan disepak keluar oleh rakan-rakannya sekarang dari BN/PN mahupun MN. YB Saifudin akan berkubur tanpa nisan nanti.
WFAUZDIN NS

ERDOGAN HUBUNGI YDPA




KELAB SAHABAT ANWAR


Presiden Erdogan amat menghormati Tun M. Dia juga bersahabat baik dengan DS Anwar. Itu, semua orang pun dah tahu. Yiddin pulak, tak di kenali oleh sesiapa pun...kesian.
Hari ini, selepas sahaja selesai mesyuarat Khas pemimpin-pemimpin PH..Erdogan telah menghubungi YDPA. Erdogan telah mengundang YDPA ke negaranya pada bulan April tetapi Covid-19 menghalangnya. Maka dia pun menghubungi YDPA atas alasan untuk mengeratkan hubungan 2 hala antara Malaysia dan Turkey. Sambil-sambil tu....tersebut nama Tun dan Anwar.
Soalan: Kenapa dia (Erdogan) tak berminat nak bercakap dgn Yiddin? Hmmmm..
Gementar dan menggigil lah seluruh badan Yiddin dan Azmin. Hadi pula hampir pengsan ketika MPMP yang UMNO lainya yang menyokong gagasan PN juga, hampir tumbang.
Itu adalah signal mudah bhw...pimpinan PH yg baharu, akan di terima oleh pemimpin2 dunia.
Bukan spt Pimpinan PN yg mendapat MALU kerana tidak pernah di iktiraf di peringkat antarabangsa.
Selamat kembali PH ke Putra Jaya. Jaga tingkah laku anda dan berjuanglah untuk rakyat serta negara yg tercinta.


MENGAPA TIADA BANTUAN AIDILFITRI KERAJAAN PERAK BUAT IMAM, BILAL?

LEBAI NAK KHIANAT UMNO PULA?

UNDI TIDAK PERCAYA BOLEH BERLAKU DIKETIKA PERBENTANGAN BELANJAWAN



Bulan oktober hingga disember nanti, Parlimen bersidang untuk pembentangan bajet tahun 2021.
Perbahasan dan pengundian akan dibuat bukan sahaja untuk keseluruhan bajet, tetapi juga untuk setiap kementerian. Perbahasan dan pengundian juga akan dibuat di peringkat jawatankuasa yang memperincikan setiap butiran bajet.
Biasanya perbahasan di pelbagai peringkat boleh meleret sehingga lewat malam dan pernah sampai ke jam dua atau tiga pagi sebelum pengundian dibuat.
Sekitar 40 kali pengundian di buat keseluruhannya. Kalau tidak lulus, implikasinya sama seperti UNDI TIDAK PERCAYA kepada kerajaan.
Sangat memenatkan untuk setiap hari berjam-jam, berada di kerusi Dewan (air-con pulak sangat sejuk).
Sebab itu pembangkang akan menggunakan pelbagai taktik untuk menggagalkan bajet kerajaan. Ini termasuk membuat “ambush” pada bila-bila masa meminta supaya undian belah bagi (head count) dibuat ketika pihak kerajaan kurang bersedia.
Ini adalah game biasa dalam sistem berparlimen kita. Kurang kehadiran sama seperti membiarkan pintu gol terbuka. Alasan penjaga gol ke tandas tak boleh pakai. Implikasinya sangat buruk.
Kerajaan yang mempunyai majoriti tipis berhadapan jalan sukar untuk mempastikan bajet tahun depan lulus dan kerajaan “survive”. Setiap masa dan ketika semua anggotanya mesti berada dalam Dewan. Baik di kalangan backbenchers mahu pun menteri dan Perdana Menteri. Tiada alasan keluar negara, tiada alasan tidak sihat, tiada alasan mahkamah, tiada alasan mesyuarat di l
uar, tiada alasan menerima tetamu negara, atau balik kawasan (kecuali hujung minggu).
Sekiranya Ahli2 Parlimen kita mudah ke sana – ke sini, keadaan semakin sulit (termasuk keluar masuk parti).
Kita belum berpengalaman melalui keadaan sebegini. Meniti atas tali merentasi bangunan yang tinggi adalah kerja akrobat. Perlukan keberanian, kemahiran, kesimbangan dan nasib.
Semoga dipermudahkan.
Ahmad Shabery Cheek
Bekas Menteri UMNO.
Kongsikan artikel ini



PN BELA MELAYU, KENAPA DUIT RAYA PENEROKA FELDA RM300 SAHAJA?

Mahfuz Omar: Kerajaan PN Kerajaan Yang Dibentuk Oleh Kumpulan Yang Saling Bermusuh Sebelum PRU14





Mahfuz Omar: Bagaimana Pemimpin PAS Telah Melakukan 1 Pembohongan Yang Besar Terhadap Ahli-Ahli PAS?



Mahfuz Omar: Keadaan Perikatan Nasional Di Peringkat Negeri Dan Federal Tidak Stabil



RENTASAN 686 | PANAS!!! AGENDA PM-8 SOGOK JAWATAN UNTUK DAPAT SOKONGAN PIMPINAN UMNO DIDEDAH?


MENARIK DALAM RENTASAN 686
1. PERIKATAN NASIONAL PERLU JELASKAN HUBUNGAN NAJIB-ISRAEL, KATA FAIZ 2. KERA MENGAMBANG DI PEJABAT PENGERUSI BERSATU? 3. PEMIMPIN PERIKATAN NASIONAL MAHU LARI KE MANA? 4. JANGAN JADIKAN MODAL INSAN HANYA RETORIK






PH Bukan Kerajaan Melayu-Islam, PN Bodohkan Rakyat






YB Nurin menolak isu PH memperkecilkan Islam sebagaimana didakwa PN sebelum ini. Juga tuduhan kononnya kerajaan PH Kedah bukan Melayu Islam. Faktanya PH ada 19 kerusi, hanya 6 ADUN bukan Islam. 13 adalah Melayu Islam. Apakah isunya? 68% Islam dalam kerajaan PH Kedah? Hal yang penting PH tidak pernah mengenepikan Islam sebagai agama rasmi. Dalam konteks lebih besar, pemikiran Melayu - Islam sukar dipecahkan kerana sering dipropagandakan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Namun ada juga bukan Islam yang lebih baik daripada Melayu. Juga ada orang Islam yang korup. Nilai Islam sebenarnya tidak mengukur berasaskan bangsa. Kerangka pemikiran itu sukar dipecahkan. Melayu-Islam bukanlah isu penting tetapi sengaja dijadikan persepsi. Pertempuran politik di Malaysia selalu gunakan isu kaum dan agama. Ini yang perlu diperbaiki dalam budaya politik baru.

PH Kedah Atasi Masalah Bekalan Air Selama Dua Dekad





Isu air Kedah yang berlarutan selama 2 dekad berjaya diselesaikan oleh pentadbiran DS Mukhriz Mahathir. Khusunya dalam parlimen Merbok isu air mula diselesaikan secara berperingkat. 

Peruntukan untuk menaiktaraf logi Bukit Selambau telah diperolehi. Rakyat mengharapkan masalah air di Merbok akan selesai biar pun kerajaan PH Kedah telah dijatuhkan.

Di pihak ahli parlimen juga peruntukan RM500,000 (peruntukan kawasan) digunakan untuk memperbaiki pam-pam air bagi kelancaran penyaluran ke rumah penduduk.

VIDEO : PH 129 - PN 93 - Mandat Rakyat Kembali?



Iswardy Morni : Rupanya Inilah Punca Sebenar Mengapa Bersatu Mahu Jatuhkan Kerajaan PH

KENAIKAN BIL ELEKTRIK: PERIKATAN NASIONAL JANGAN CUCI TANGAN




Saya ingin merujuk kepada rungutan dan tidak puas hati rakyat terhadap kenaikan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara ini mula ditimbulkan di laman sosial sekitar 19 Mei 2020 iaitu hampir 2 minggu lepas dan sehingga hari ini perkara melibatkan soal kenaikan bil elektrik kerajaan Perikatan Nasioal (PN) masih belum dapat diselesaikan dengan baik.
Selepas aduan demi aduan dibuat, akhirnya hanya pada 28 Mei 2020 telah dilaporkan di media bahawa YB Dr Shamsul Anuar Nasarah iaitu Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengakui perkara tersebut namun seolah-olah meletakkan kesalahan kepada rakyat yang kononnya keliru dengan pengiraan bil.
Seterusnya, Menteri berkenaan mengeluarkan lagi satu kenyataan semalam iaitu 31 Mei 2020 bahawa beliau telah memanggil pihak TNB untuk memberi penjelasan di pejabatnya hari ini.
Saya berpandangan bahawa PN tidak sewajarnya hanya menyalahkan rakyat yang kononnya keliru dengan pengiraan bil atau peningkatan penggunaan elektrik atau menyerahkan isu ini kepada pihak pengurusan TNB semata-mata.
Saya melihat perkara ini daripada 3 sudut:-
1) Dasar PN yang mengelirukan: Apa jadi diskaun bil elektrik hingga 50%?
YAB Perdana Menteri pada hujung bulan Mac telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan diskaun elektrik sebanyak 15% sehingga 50% sebulan. Malah diskaun ini diumumkan berkuatkuasa dari April 2020 selama 6 bulan.
Diskaun yang dinyatakan adalah mengikut blok tarif iaitu diskaun 50 peratus bagi penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. Selebihnya diskaun 2 peratus.
Kekeliruan ini berpunca dengan janji PN sendiri bahawa bebanan bil elektrik akan dikurangkan. Pengumuman ini telah dibuat lebih daripada 2 bulan namun sepanjang isu kenaikan bil elektrik dibangkitkan, Menteri masih gagal memberi penjelasan mengenai diskaun kepada pengguna. Adakah pengguna berhak menikmati diskaun ini sehingga Oktober 2020? Ini adalah isu pokok yang perlu diselesaikan.
2) Pelaksanaan dan pengiraan bil
Terdapat 2 isu utama berkaitan dengan pengiraan bil yang boleh diselesaikan dengan mudah iaitu:-
i) bacaan bil secara anggaran berdasarkan bulan sebelumnya. Kalaulah ini yang berlaku, sepatutnya tiada bil yang lebih tinggi daripada bulan yang lalu. Ada sedikit kelemahan di pihak TNB kerana bacaan meter secara fizikal tidak dapat dibuat sepanjang PKP. Ini dapat diselesaikan dengan bacaan fizikal yang mana TNB memaklumkan akan dilaksanakan bermula 1 Jun 2020.
ii) bacaan bil diambil melebihi tempoh sebulan. Ini menimbulkan rungutan kerana kekhuatiran pengguna bahawa penggunaan elektrik yang telah melebihi blok tarif terendah akan dikira blok tarif yang berikutnya yang lebih tinggi kadarnya. Perkara ini dapat diselesaikan dengan mengambil bacaan secara prorata yang memang menjadi amalan TNB.
Sebenarnya tidak perlu timbul mengenai kekeliruan kaedah pengiraan bil jika Menteri komited daripada awal untuk membuat penjelasan yang mudah difahami.
3) Apa faedah lantik MP UMNO sebagai Pengerusi TNB?
YB Mahadzir Khalid, iaitu Ahli Parlimen Padang Terap telah dilantik sebagai Pengerusi TNB berkuatkuasa 12 Mei 2020.
Justifikasi lantikan ke dalam GLC kononnya mewakili kepentingan orang ramai tersasar.
Berdasarkan Laporan Tahunan TNB tahun 2019, secara purata pengarah bukan Eksekutif (Non-Executive Directors) mendapat bayaran sebanyak RM240,000 setahun dan elaun menghadiri mesyuarat mencecah RM112,000 setahun.
(Emolumen untuk pengerusi lebih tinggi mungkin melebihi RM500,000 setahun, namun anggaran sebenar sukar dibuat disebabkan berlaku pertukaran lantikan dan jawatan yang bertindih pada tahun 2019)
Apakah faedah kepada rakyat apabila lantikan Pengerusi TNB daripada Ahli Parlimen UMNO tidak bersuara untuk kepentingan rakyat dan bakal menerima bayaran lebih daripada RM30,000 sebulan?
KESIMPULAN
Laksanakan 3 perkara berikut sekiranya PN benar-benar jujur ingin membantu rakyat dalam soal kenaikan bil elektrik:-
1) Realisasikan diskaun yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dengan pengurangan bayaran bil yang terpaksa ditanggung pengguna.
2) Keuntungan yang diperoleh oleh TNB pada tahun ini dan juga terutamanya akibat peningkatan penggunaan elektrik di kawasan kediaman dipulangkan kepada rakyat. Ini penting dalam keadaan ramai yang kehilangan pekerjaan dan terpaksa berdepan dengan pendapatan yang lebih rendah.
3) Lantikan Pengerusi daripada MP UMNO perlu dinilai semula. Sekurang-kurangnya, bayaran dan elaun kepada Pengerusi TNB yang baru dilantik dipulangkan sepenuhnya untuk tempoh 6 bulan.
Penerangan lanjut boleh rujuk kepada ulasan saya di https://www.facebook.com/akmalnasir.keadilan/videos/713840679427365/
Sekian, terima kasih.