NAJIB MUNGKIN KESAL TIDAK ADAKAN PILIHANRAYA LEBIH AWAL



Semua orang kini ghairah bercakap mengenai Pakatan Harapan sebaik saja struktur kepimpinan dan logo barunya dimuktamadkan secara rasmi semalam.

Selain munculnya semula gandingan Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang mantap dan menyeluruh sambil menggariskan enam matlamat yang ingin didokong serta tujuh sasaran selepas 100 hari menubuhkan kerajaan, segala-galanya kini bagai munculnya sebuah harapan baru bagi rakyat untuk berteduh dan bernaung.

Dalam masa yang sama, isu perpecahan dan berbalah sesama sendiri dalam Pakatan Harapan yang sebelum ini digembar-gemburkan akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasa, dengan sendirinya tidak lagi berbangkit. Gabungan itu kini automatik jadi solid, mantap, menarik dan dipercayai.

Semua jalur kepimpinan dan lapisan lain dalam semua parti Pakatan Harapan nampaknya sepakat untuk lebih mengutamakan perjuangan menyingkirkan Najib Razak dan kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpinnya.

Dalam sekelip mata, bersama gandingan Tun Mahathir - Anwar, struktur kepimpinan yang mantap, logo yang menarik, enam matlamat yang menjadi dokongan dan tujuh sasaran dalam tempoh 100 hari, Pakatan Harapan lebih diyakini untuk membentuk sebuah kerajaan baru bagi menggantikan UMNO dan BN.

Di mana-mana, orang bukan lagi sekadar bercakap mengenai kerajaan baru yang jelas pro rakyat akan terbentuk selepas pilihanraya akan datang, bahkan sudah ada yang meneka-neka apa jadi kepada Najib setelah beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri nanti.

Siapa tidak mahu sifar GST? Siapa tidak mahu harga petrol yang stabil? Siapa tidak mahu kos sara hidup diturunkan? Siapa tidak mahu reformasi institusi yang selama ini banyak rosak dan binasa? Siapa tidak mahu rasuah diperangi, bukan saja di akar umbi tetapi juga di peringkat tertinggi? Siapa tidak mahu Suruhanjaya Diraja 1MDB? Siapa tidak mahu Felda dipulihkan?

Dengan Pakatan Harapan yang terbentuk sekarang ini, ruang untuk mereka menjelalah dan berkempen ke seluruh negara jelas terbuka dengan lebih luas. Pakatan Harapan bukan saja boleh meyakinkan rakyat bahawa mereka akan menunaikan semua enam matlamat dan tujuh sasaran yang digariskan itu, bahkan akan membangkitkan lebih kesedaran dan keghairahan pelbagai kaum menuju perubahan.

Di ketika keghairahan rakyat membuak-buak ini, jika Pakatan Harapan dapat segera mengatur program jelajah, ceramah atau bertemu rakyat ke seluruh negara, pasti dengan mudah puluhan ribu akan menghadirinya. 

Kalau momentumnya dapat dikekalkan sehingga tarikh pilihanraya diadakan, pastilah juga suatu tsunami rakyat benar-benar akan terjadi yang akhirnya mampu merempuh dan menenggelamkan Najib, UMNO serta BN.

Aura dan pengaruh Tun Mahathir tidak dinafikan adalah suatu kelebihan bagi Pakatan Harapan dan ia terlalu sukar untuk ditandingi oleh pemimpin-pemimpin UMNO sedia ada. Bersatunya kembali beliau dengan Anwar, bagi mereka yang mahu berfikir, adalah bukti nyata bahawa kepimpinan Najib untuk negara jauh lebih teruk berbanding perseteruan 18 tahun antara kedua-duanya selama ini.

Menghitung hari-hari ke depan, Najib barangkali semakin sukar menafikan masa depannya kian kabur dan kelam dengan perkembangan Pakatan Harapan ini. Semakin sukar untuk rakyat mahu mengekalkan UMNO dan BN sebagai kerajaan di ketika mereka dihimpit kiri dan kanan dengan pelbagai kesusahan dan tekanan dalam meneruskan kehidupan, di samping imej beliau pula terus menjadi bualan buruk yang menyesakkan dada.

Menoleh ke belakang pula, satu-satunya perkara yang mungkin dikesali Najib ketika ini ialah tidak mengadakan pilihanraya lebih awal lagi. 

Jika beliau membubarkan Parlimen lima atau enam bulan sebelum ini atau tidak lama selepas Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, di mana ketika itu Bersatu belum ditubuhkan, Pakatan Harapan masih bercelaru, logo tidak menentu, Tun Mahathir belum sempat berbaik dengan Anwar dan sesama pimpinan mereka juga kerap bertelagah sesama sendiri, tidak mustahil peluang UMNO dan BN mengekalkan kuasa jauh lebih baik lagi.

Beliau mungkin menjangkakan lagi masa dilewatkan, lagi banyak masalah akan timbul dalam Pakatan Harapan, di samping mengharapkan penilaian rakyat terhadap kepimpinannya bertambah baik.

Tetapi, tempoh masa lima enam bulan yang berlalu telah memberi ruang kepada Pakatan Harapan menyelesaikan banyak perkara sambil memantapkan kedudukannya sementara kedudukan Najib, UMNO dan BN terus juga merudum disebabkan terlalu sarat dengan isu dan dosa-dosa yang tak terkira yang tidak mudah diabaikan begitu saja.

Benarlah kata pepatah, sesal kemudian sudah tidak berguna lagi. Segala-galanya kini sudah terlambat bagi Najib untuk menjadikan peluangnya kekal berkuasa jadi bertambah baik. (ShahbudinHusin 14/07/2017).

Kenapa Salleh Keruak mengelupur dengan muafakat kepimpinan HARAPAN?




KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Kenyataan menteri UMNO, Datuk Seri Salleh Keruak kononnya DAP telah dipinggirkan dari saf kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) cukup untuk menggambarkan parti itu gelisah dan bimbang dengan perkembangan mutakhir ini.
Salleh seperti dilapor media mempersoal ketiadaan wakil DAP di peringkat tertinggi HARAPAN selain meremehkan keupayaan gabungan parti yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad itu kononnya belum mampu menandingi Barisan Nasional (BN).
Menurut Naib Ketua Sosialis Muda DAP Subang, Farhan Haziq, reaksi Salleh kononnya DAP dipinggirkan sepatutnya tidak timbul kerana tumpuan utama Harapan saat ini ialah untuk menjadi kerajaan yang mampu menawarkan polisi-polisi terbaik untuk rakyat.
“Saya percaya beliau sebenarnya bimbang bagaimana Harapan mampu menawarkan satu saf kepimpinan yang jitu dan inklusif kepada rakyat Malaysia.
“Beliau juga resah kerana saf kepimpinan ini cukup ampuh untuk menumbangkan BN yang diselaputi skandal kewangan, salah urustadbir dan kronisme,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan semberono Salleh itu juga menunjukkan pemimpin UMNO terbabit berasa aneh dengan semangat demokrasi dan muafakat Harapan apabila membariskan 3 tonggak utama dalam barisan kepimpinan.
Menurut Farhan, Harapan berbeza dengan BN yang hanya dimonopoli oleh UMNO dalam masa yang sama parti-parti komponen BN yang lain menjadi parti kelas kedua dan tidak berani untuk mengkritik kepimpinan Najib.
“Beliau tidak perlu bimbang kerana Harapan bukan BN malah tidak pernah sama dari segi struktur, konsep serta muafakat di antara DAP, Amanah PKR dan PPBM.
“Harapan adalah pakatan demokrasi dan bukan barisan pak turut seperti BN,” katnya.
Justeru kata Farhan, segala dakwaan Salleh sengaja dimainkan kerana menteri UMNO itu sudah ketandusan modal politik untuk mengelirukan rakyat.
“Katakan begini, jika banyak wakil DAP dalam kepimpinan Harapan, mereka pastinya akan memutarbelitkan cerita  dengan mengatakan DAP ingin  menguasai dan parti lain pula terpinggir.
“Ini adalah cara halus mereka untuk memecahkan Harapan dan mengelirukan rakyat,” katanya lagi.
Dalam pengumuman malam tadi, Pakatan Harapan memutuskan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum gabungan pembangkang itu manakala, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu pula dilantik sebagai timbalan presiden.
Jawatan naib presiden HARAPAN pula disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub manakala Jawatan ketua setiausaha disandang disandang Datuk Saifuddin Abdullah dan bendahari diisi M. Kula Segaran

YANG DI KELANTAN INI IKUT PANDUAN AL-QURAN ATAU TIDAK?



Meneruskan pembelaan terhadap dirinya setelah dikecam teruk kerana menyamakan saman sivil DOJ sebagai suatu bentuk campurtangan asing, Presiden Pas, Hadi Awang dalam tulisan terbarunya berkata,  kemelut 1MDB harus diselesaikan berpandukan ajaran Al-Quran.

Beliau juga memetik sebuah pesanan Rasulullah melalui hadis yang bermaksud:- 
"Sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang baik nescaya dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut contoh baiknya tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun dan sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang jahat nescaya dia memikul dosanya dan dosa orang mengambil teladannya selepasnya tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun (riwayat Muslim)".

Alhamdulillah, siapa pun yang beragama Islam dan beriman dengan Al-Quran dan Hadis, pasti tidak menolak kebenaran kata-kata Hadi itu.

Jika Al-Quran yang diikuti dengan teliti, bukan sekadar dibaca tanpa meresap ke hati, tidak saja semua kemelut mudah diatasi, bahkan skandal 1MDB, kehilangan wang, pemindahan tunai beribu juta kepada akaun peribadi, joli dan shopping di sana sini dengan wang curi atau sumber yang diragui, semuanya tidak mungkin akan terjadi.
Tetapi, sementara mengatakan Al-Quran sebagai jalan penyelesaian terpuji, apa pula hukumnya berbaik-baik dengan pencuri?

Bagaimana pula dengan Pas yang dikata mahu menegakkan hukum Islam dan mungkin mampu membawa penyelesaian kepada kemelut 1MDB berpandukan Al-Quran, namun hanya mahu bertanding 100 kerusi saja?

Adakah Pas benar-benar mahu berkuasa atau sekadar ingin membantu penguasa sedia ada, bukan saja untuk terus berkuasa, bahkan mungkin melindungi dan menutup terus penyiasatan 1MDB?

Oppps...sebelum terlupa, terlanjur Hadi bercakap tentang berpegang kepada panduan Al-Quran, adakah beliau sedar tentang projek karbon di Kelantan yang melibatkan 1 juta ekar hutan simpan?
Sebagaimana yang didedahkan oleh Husam Musa, syarikat yang terbabit bukan saja tiada kelulusan Bank Negara dan ada kaitan dengan pelaburan yang meragukan, malah pejabatnya juga didakwa tidak wujud.

Soalan mudah saja, adakah ajaran Al-Quran benar-benar diikuti dan dijadikan panduan sebelum Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan projek tersebut? (ShahbudinHusin 05/07/2017)

Father of modern Malaysia backs jailed former deputy in attempt to oust PM


Mahathir Mohamad says former deputy Anwar Ibrahimm, jailed on charges of sodomy, should be freed to contest election against scandal-ridden Najib
Mahathir Mohamad, the former prime minister
 Mahathir Mohamad, the former prime minister, said his former protege Anwar Ibrahim is the victim of a political vendetta. Photograph: Martin Godwin for the Guardian
Mahathir Mohamad, the father of modern Malaysia, is backing the man he sacked as his deputy and saw imprisoned on charges of sodomy to be prime minister, in an attempt to unseat the scandal-ridden incumbent.
In a remarkable political U-turn ahead of a general election next year, Mahathir now says that his former protege Anwar Ibrahim, Malaysia’s most famous political prisoner and its most charismatic public figure, ought to be released from jail and allowed to contest parliamentary elections.
Human rights groups have long said the allegations against Anwar are politically motivated attempts by his opponents, including Mahathir and the current prime minister Najib Razak, to silence him.
Speaking to the Guardian on a visit to London, Mahathir, who in power was accused of being an autocrat, said Anwar is a victim of a political vendetta and that a new administration would seek a royal pardon to allow him to re-enter politics. 
Anwar’s lawyers are currently seeking to get him released after evidence emerged that suggested an impartial government-appointed prosecutor was paid a sum equivalent to £2m from a bank account controlled by the prime minister.
“In the case of Anwar we can make a case that he was unfairly treated. The decision of the court was obviously influenced by the government and I think the incoming government would be able to persuade the King to give a full pardon for Anwar,” Mahathir said. “In which case he would be able to participate in politics and become PM. I can have no objection to that.”
Malaysia’s opposition has gained ground in recent years, and nearly toppled the governing party in 2013, winning the popular vote in the general election.
Since then prosecutors have filed a multitude of cases against government critics, including opposition figures, a professor and a cartoonist. A national security act, widely criticised by rights campaigners, came into force last year which gives the army and police sweeping powers for seizure and arrest, and does away with inquests into the deaths of anyone killed in zones declared under a “state of emergency”.
Advertisement
Mahathir stepped down in 2003 after 22 years in office, with no heir apparent. He brooked little dissent during his time in office, and ousted Anwar – seen by many as his natural successor – during a power struggle, ostensibly over an argument over the use of capital controls, in 1998.
A few weeks later Anwar was arrested, beaten by police, then charged with sodomy and corruption. After a trial widely considered to have been politically rigged, he was given a six-year jail term for abuse of power, sparking widespread protests.
Following his release in 2004 he became a leading opposition figure, before returning to prison in 2015 when a court upheld a five-year sentence on another sodomy charge.
Mahathir now accepts he made a mistake by not allowing Anwar to “succeed him”, and that he held on to power for too long, only to anoint two men who subsequently disappointed him, especially the current PM Najib, who is embroiled in one of the world’s largest kleptocracy cases.
According to lawsuits filed by the United States Department of Justice (DoJ), at least $4.5bn has been stolen from a state investment fund 1MDB. The purpose of the fund, which was set up by Najib as prime minister in 2009, was to promote economic development in a country where the median income stands at approximately £300 per month.
Instead, the DoJ alleged that stolen money from 1MDB found its way to numerous associates of Najib, who subsequently went on a lavish spending spree across the world. It also accused Najib of receiving $681m of cash from 1MDB. Najib has denied that claim, and all other allegations of wrongdoing.
Money from 1MDB, the US also claimed, helped to purchase luxury apartments in Manhattan, mansions in Los Angeles, paintings by Monet, a corporate jet, and even financed the Wolf of Wall St, a major Hollywood movie. Last week Australian model and actress Miranda Kerr handed over $8m of jewelry that US authorities say was given to her as part of a Malaysian money laundering scheme.
Advertisement
“Najib is bad news for Malaysia. For the PM to be accused of stealing huge sums of money, I think that is something we don’t expect of any other PM. Certainly not in Malaysia. The money he is said to have taken is mind boggling,” said Mahathir.
Mahathir remains hugely popular with a broad swath of rural Malay voters who remember the boom years of his rule.
He has registered a new party and is in talks to join the opposition coalition led by Anwar’s party.
He now accepts that the authoritarian turn Malaysia took under his rule – including the use of the colonial-era Internal Security Act to jail troublesome opponents and tighten laws covering protests and the press – needs to be reversed.
Mahathir said he never foresaw a prime minister like Najib who was willing to “implement laws in a much more oppressive way than during my time”.
“Are the checks and balances not good enough? I agree to a certain extent they are not. We in Malaysia live in a multi-racial society and cannot be ever as liberal I think as the USA or Britain. But we should allow free expression in the press. Najib has a new security act that allows him to declare any territory under a state of emergency and detain people without any reason. I inherited and used the law. I did not abolish it and make another one even worse.”

Since you’re here …

… we have a small favour to ask. More people are reading the Guardian than ever but advertising revenues across the media are falling fast. And unlike many news organisations, we haven’t put up a paywall – we want to keep our journalism as open as we can. So you can see why we need to ask for your help. The Guardian’s independent, investigative journalism takes a lot of time, money and hard work to produce. But we do it because we believe our perspective matters – because it might well be your perspective, too.
I appreciate there not being a paywall: it is more democratic for the media to be available for all and not a commodity to be purchased by a few. I’m happy to make a contribution so others with less means still have access to information.Thomasine F-R.
If everyone who reads our reporting, who likes it, helps to support it, our future would be much more secure.

PEMBAHAGIAN KERUSI PAS – PKR DI SELANGOR NODAI PERJUANGAN PH?

BUKAN KEJUTAN JIKA AMANAH MENANG DI KUALA KANGSAR – PROF TERMIZI

"1MDB, JHO LOW DAN MO1 YANG SABOTAJ EKONOMI, BUKAN SAYA"



Panglima utama kepada Dato’ Seri Najib Razak iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menuduh saya berniat jahat dan ditafsirkan beliau sebagai usaha mensabotaj ekonomi negara. Dalam satu tulisan semalam, Datuk Seri Rahman mendakwa penglibatan 1MDB di dalam industri penjana bebas (IPP) telah berjaya menstrukturkan kembali perjanjian pembekalan tenaga bebas agar tidak berat sebelah seperti sebelum itu.
Tindakan serta-merta Datuk Seri Rahman menuduh saya cuba mensabotaj ekonomi negara (apabila saya menyeru supaya dana awam tidak terlibat di dalam penyenaraian Edra milik syarikat Kerajaan China) menunjukkan rasa cemas pentadbiran Dato’ Seri Najib mengenai cadangan penyenaraian itu. Rasa cemas itu sudah tentu berpunca dari kebimbangan Dato’ Seri Najib bahawa pembelian saham-saham Edra dari syarikat milik Kerajaan China oleh dana awam akan sekali lagi mengundang kemarahan rakyat.
Maka, alasan-alasan yang diberikan untuk menunjukkan “jasa” 1MDB (melalui Edra) kepada rakyat menjadi tidak keruan. Saya tunjukkan di bawah beberapa alasan yang tidak benar dan boleh dipatahkan dengan mudah:
i. Datuk Seri Rahman mendakwa oleh kerana 1MDBlah maka perjanjian pembekalan tenaga oleh penjana bebas (IPP) menjadi lebih adil lalu harga yang dibayar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada IPP adalah lebih murah. Akibatnya, keuntungan TNB meningkat berbanding sebelum ini.
(Rujuk perenggan: Berbanding mencatatkan kerugian dan memerlukan bantuan kerajaan sebagaimana berlaku pada masa lampau, terma dan kadar PPA yang adil di mana melibatkan 40 peratus dari kos, kini menyumbang kepada TNB yang turut mencatatkan keuntungan berbanding sebelum ini.)
Berhubung perkara ini, saya hanya ingin mengajukan satu soalan kepada Datuk Seri Rahman untuk menunjukkan bahawa alasan ini tidak benar: jika benarlah 1MDB (melalui Edra) telah menyebabkan perjanjian IPP lebih adil dan mengurang kos menjana dan membekal elektrik kepada rakyat, kenapa tarif elektrik tidak turun selari dengan penurunan kos dan keuntungan TNB seperti yang didakwa? Sebaliknya tarif elektrik menjadi lebih tinggi sejak pembabitan 1MDB di dalam industri penjanaan elektrik bebas.
ii. Datuk Seri Rahman mendakwa oleh kerana 1MDB jugalah tanggungan subsidi gas oleh PETRONAS adalah jauh lebih sedikit berbanding sebelum itu.
(Rujuk perenggan: Manakala bil subsidi gas Petronas bagi 2015 adalah satu pertiga dari apa yang perlu ditanggung pada 2012, penjimatan sebanyak RM10 bilion. Penjimatan besar ini dibelanjakan bagi pembangunan dan kebajikan yang memanfaatkan rakyat di kala kerajaan mengekalkan kadar elektrik rendah untuk semua.)
Saya tergelak membacanya kerana jelas Datuk Seri Rahman seolah-olah beranggapan rakyat jelata mudah diperbodohkan. Kos subsidi gas yang ditanggung oleh PETRONAS (kerana gas asli dijual lebih murah kepada penjana bebas berbanding harga pasaran) turun mendadak bukanlah disebabkan oleh “jasa” 1MDB seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Rahman. 
Subsidi gas sekarang adalah jauh lebih rendah (berbanding tahun 2012 seperti yang didakwa) adalah kerana harga minyak mentah dunia telah jatuh mendadak sekarang berbanding tahun 2012 (lihat carta harga minyak mentah Brent di bawah, harga jatuh dari sekitar USD115 setong dalam tahun 2012 kepada sekitar USD50 setong dalam tahun 2016 – 2017).
Seluruh dunia tahu bahawa tarif elektrik masih kekal tinggi di Malaysia dan tidak pernah diturunkan (walaupun Datuk Seri Rahman mendakwa kos menjana elektrik turun mendadak kerana “jasa” 1MDB). Seluruh dunia juga tahu jumlah subsidi gas yang ditanggung PETRONAS turun mendadak selari dengan jatuhnya harga minyak mentah; bukannya disebabkan oleh “jasa” 1MDB.
Seluruh dunia juga tahu bahawa 1MDB menanggung hutang yang tinggi kerana membeli aset-aset penjanaan elektrik bebas dari syarikat kroni pada harga yang lebih tinggi dari nilaian. Seluruh dunia tahu aset-aset itu kemudiannya dijualkan sepenuhnya kepada syarikat milik Kerajaan China (iaitu China General Nuclear Power Corporation atau CGNPC) walaupun TNB membidanya untuk mengurangkan hutang-hutang 1MDB.
Kini, apabila CGNPC ingin menyenaraikan Edra (yang dibeli dari 1MDB) bagi tujuan mengutip kembali RM5 bilion dari jumlah asal RM9.83 bilion yang dibayar kepada 1MDB, ia samalah seperti rakyat Malaysia yang menanggung hutang 1MDB buat kali kedua jika saham-saham itu dibeli oleh dana-dana awam yang dimiliki rakyat seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji, PNB, PERKESO dan Khazanah.
Oleh itu seruan saya supaya dana-dana awam jangan terlibat membeli saham Edra adalah selari dengan kemahuan rakyat yang sudah serik dengan penyenaraian FGV satu ketika dahulu dan tanggungan hutang-hutang 1MDB yang sehingga kini tidak berkesudahan.
Lagi pun, jika benarlah Edra ini satu syarikat yang mempunyai potensi keuntungan yang tinggi seperti yang diwar-warkan, saya pasti CGNPC milik Kerajaan China itu mampu menjual saham-sahamnya kepada pelabur antarabangsa yang lain dari dana-dana antarabangsa tanpa perlu bergantung kepada dana awam milik rakyat Malaysia.
Isu menghalang dana awam dari terlibat dengan penyenaraian Edra ini adalah isu utama yang perlu diberi perhatian. Saya juga mempunyai banyak lagi jawapan-jawapan dan fakta-fakta untuk membidas hujah songsang Datuk Seri Rahman mengenai isu ini.
Hakikatnya, yang mensabotaj ekonomi Malaysia bukanlah orang seperti saya yang hanya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen pembangkang untuk memastikan dana awam tidak digunakan untuk pelaburan berisiko tinggi. Rakyat juga tahu bahawa pihak yang mensabotaj ekonomi Malaysia adalah Jho Low, 1MDB dan MO1 yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung hutang sehingga RM50 bilion.
Oleh itu, cara yang terbaik membincangkan perkara ini ialah melalui satu perdebatan terbuka yang disiarkan secara langsung baik di televisyen nasional (sama ada RTM, TV3 atau TV lain) dan melalui Facebook LIVE. Saya percaya banyak pihak yang berpengalaman luas menganjurkan perdebatan seperti Sinar Harian boleh menguruskan debat ini dengan cepat.
Sepatutnya jika Datuk Seri Rahman benar-benar yakin 1MDB telah banyak membantu rakyat Malaysia melalui pembabitannya di dalam industri penjanaan tenaga bebas; atau yakin bahawa potensi pelaburan di dalam Edra adalah baik (dan dana awam tidak perlu bimbang dengan risiko pelaburan), maka beliau tidak wajar gentar untuk berdepan dengan saya di dalam satu perdebatan.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Ulasan Blog - Jawapan atau huraian Rafizi di atas tidaklah terlalu sukar untuk difahami sebagai jawapan kepada dakwaan yang dibuat oleh Abdul Rahman Dahlan semalam.
Selain itu, apa yang disebut oleh Rafizi sebelumnya iaitu agar dana-dana awam tidak digunakan untuk membeli saham Edra Energy apabila ia disenaraikan di Bursa Malaysia pada November nanti, bukanlah suatu bentuk sabotaj kepada ekonomi negara, tetapi suatu peringatan kepada kerajaan supaya wang rakyat tidak sesuka hati digunakan untuk menyelamatkan atau memberi keuntungan kepada pihak lain.
Bagi yang rasional dan objektif, mereka tentunya akan berterima kasih dengan peringatan seperti itu. Jika tidak diingatkan, kecuali jika Najib Razak dan kerajaan benar-benar tidak tahu malu, mungkin saja sekali lagi dana awam akan digunakan untuk membeli saham-saham Edra itu.
Kenapa Abdul Rahman menyifatkan peringatan Rafizi sebagai sabotaj kepada ekonomi negara?
Adakah ia bermakna memang sudah sedia terpatri dalam minda kerajaan untuk mengarahkan KWSP, Khazanah, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan lain-lain institusi pelaburan awam untuk membeli saham Edra itu, lalu ia kini terencat berikutan Rafizi sudah menjangkanya lebih awal?
Jika tidak, bukankah Abdul Rahman sepatutnya juga berterima kasih atau setidak-tidaknya mengatakan kerajaan tidak sesekali berhasrat mahu melibatkan institusi awam untuk membeli saham Edra tersebut?
Ohh...satu lagi, diharap Abdul Rahman juga dengan senang hati dapat menerima cabaran Rafizi untuk berdebat secara langsung dengannya mengenai perkara yang sama bagi kita sama-sama mengetahui apakah 1MDB, Jho Low dan MO1 benar-benar dapat dipertahankan lagi.
Jangan cuba-cuba lari - berani kerana benar, takut kerana salah. (ShahbudinHusin 06/07/2017).