AKHIR ZAMAN. DULU ORANG TAK PERCAYA.USTZ FAWWAZ MAT JAN



JADI USTAZ TAKUT LAGI?





Sampaikan khabar ini kepada Sultan Selangor dan Sultan Johor Darul Takzim

 Oleh kerajaan rakyat

 

Sampaikan khabar ini kepada Sultan Selangor dan Sultan Johor Darul Takzim.

Saya mukadimahkan posting ini dengan ayat "Sampaikan khabar ini kepada Sultan Selangor dan Sultan Johor Darul Takzim" kerna saya adalah anak kelahiran Johor Darul Takzim dan sejak 26 tahun lalu bermastautin di Selangor Darul Ehsan. Maka itu saya rasa bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada kededua sultan berkenaan terutamanya terhadap Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj justeru hadirnya perasaan kasih dan sayang saya terhadap negeri kelahiran saya, Johor Darul Takzim.

Sesuatu yang amat nyata sejak kebelakangan ini rakyat terbanyak mula mempertikaikan secara meluas dan terbuka melalui laman-laman social seperti blog, facebook dan twitter sejarah serta fungsi institusi kesultanan Melayu lantaran kekerapan keterlanjuran tutur bicara, perangai dan tingkah laku dikalangan sultan dan raja-raja Melayu.

Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai paling ramai sultan dan raja. Kerajaan Rakyat yakin ramai rakyat Malaysia tidak pasti apakah sebenarya jasa dan faedah kesemua sultan dan raja-raya Melayu ini terhadapan agama Islam, bangsa Melayu dan negara tercinta. Hanya satu yang pasti; setiap sultan dan raja Melayu ini hidup dengan penuh kemewahan dan ianya dibiayai melalui titik peluh dan keringat rakyat marhean. Sultan bermewah sedangkan rakyatnya derita dalam kemiskinan.

Raja yang baik adalah raja yang bersederhana dalam kehidupan dan boleh menerima teguran walau pun ianya dianggap pahit untuk ditelan. Apakah hidup di alam musafir ini dianggap cukup lama bagi yang berdarjat raja atau sultan sehingga teguran terhadap mereka dianggap satu penderhakaan?

Sepatutnya raja-raja Melayu kembali kepada Islam yang syumul bertetapan dengan amanah yang diberi sebagai Ketua Agama Islam. Tidakkah ini memalukan bagi seseorang yang diangkat menjadi Ketua Agama Islam tetapi kehidupan dan budaya hidup sendiri pun bercanggah dengan apa yang diketuainya?

Raja-raja Melayu patut mengambil iktibar dan contoh para sahabat r.a. yang diberi amanah sebagaimana dilakukan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a.

Kata- kata yang terkenal daripada Saidina Abu Bakar r.a. semasa beliau diangkat menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik di kalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan, bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberi haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan rasul Nya dan jika aku mengingkari Allah dan rasul Nya maka jangan kamu mentaatiku".



Ucapan ini menyatakan kepada kita bagaimana raja dan pemimpin mestilah telus dan terikat dengan undang-undang sebagaimana yang dikenakan terhadap rakyat jelata kerana raja dan pemimpin bukannya kebal daripada sebarang undang-undang. Jika kamu kebal di dunia sekali pun, kamu tidak akan terlepas di hadapan Allah walau sebesar zarah kerana undang-undang Allah adalah seadil-adilnya.

Ini pula pesanan Saidina Umar al-Khattab r.a. ketika mula-mula diangkat menjadi khalifah mengantikan Saidina Abu Bakar r.a. yang mana beliau diingatkan dengan sebilah pedang.

" Saya menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya mengantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabat saya (Abu Bakar r.a.). Sesiapa yang hadir maka kita akan memberi khabar gembira dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggung jawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. Sesiapa yang berbuat baik, maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa yang berbuat jahat, kami akan menghukumnya. Semoga Allah memberi ampun kepada saya dan kamu semua"

Ketaatan kepada raja tidak sesekali sama dengan ketaatan kepada Allah dan rasul Nya. Jika raja sendiri sudah terpesong maka kita tidak wajib mentaatinya walau pun dimurkai kerana kemurkaan Allah tiada batasnya. Kemewahan dan darjat hanyalah pinjaman semata-mata kerana Allah s.w.t. ingin menguji setakat mana keimanan hamba Nya dan kemana di belanjakan hartanya itu.

ORANG BODO CAKAP...SETIAP BUTIR NASI YANG DISUAP ADALAH HASIL PERJUANGAN Umno


 CAKAP PAKAI AKAI...TAK BERSANDARKAN  AGAMA....Itu sebahagaian kecil kot yang Umno  bagi dia berjaya...berlambak lagi yang merempat Umno tak terkata apa ka? awat teruk sangat? setiap butir nasi yang dimakan adalah hasil perjuangan Umno....laaaaaa awat hang teruk sangat?.....Umno tak dak pun ramai yang boleh idup....tak kan la jadi doktor dah cakap cam tu......






DUNIA MODEN PEMANDUAN



MAHATHIR KATA ORANG UMNO BODOH BODOH SEBAB NAJIB TAK BOLEH DISINGKIR

Umno jadi penghalang pengganti Najib, kata Dr M

Ramai pemimpin berkebolehan ganti Datuk Seri Najib Razak tetapi Umno jadi penghalang usaha itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2014.Ramai pemimpin berkebolehan ganti Datuk Seri Najib Razak tetapi Umno jadi penghalang usaha itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2014.























Ramai pemimpin yang berkebolehan menggantikan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri namun Umno menjadi penghalang kepada usaha itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata usaha kemasukan pemimpin baharu ke dalam Umno terhalang ekoran kepimpinan parti itu yang lebih gemar mempertahankan kedudukan sebagaimana yang terlihat di Selangor.
“Sebenarnya ramai, ramai yang layak. Tetapi Umno tak bagi masuk. Umno tak bagi masuk dalam Umno pasal masing-masing jaga tempat dia, kalau masuk orang yang lebih layak daripada dia, dia tak dapat tempat.


“Sebab itu (contohnya) kita cari dalam Umno di Selangor. Selangor ini penuh dengan orang Melayu yang bijak-bijak belaka, yang pandai, yang berjaya tetapi tak boleh masuk Umno. (Kena) cantas, tak boleh. Pasal dia nak jaga tempat dia.

“Ha! (kalau orang itu) masuk, (dia) tak boleh jadi ketua bahagianlah, (dia) tak jadi calonlah, tak dapat jadi datuklah. Jadi pasal masing-masing fikir tentang kepentingan diri. Sebab itu kita cari siapa nak ganti (pemimpin tertinggi) oh tak ada kononnya,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian minggu lalu.
Dr Mahathir berkata perkara itu sebenarnya boleh dielakkan kerana ramai lagi pemimpin di Selangor yang berkebolehan dan berkeupayaan datang dari seluruh negara.

Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu juga bukanlah didorong kerana kepimpinan Najib sebaliknya pengundi parti itu takut kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, pengundi BN bimbang jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menerajui negara maka Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri. 
“Orang yang sokong BN (dalam PRU13) hari itu bukan kerana BN, bukan kerana kepimpinan Datuk Seri Najib (tetapi) kerana takut kepada Anwar. Kalau (kemenangan) dapat (kepada) Anwar, dia (pengundi) nampak Kit Siang nanti mai sama, jadi timbalan perdana menteri lepas itu (menteri) dalam negeri, nanti orang kena tangkap, itu yang (mereka) tolak.

“Tapi kalau Azmin naik, dan Anwar masuk dalam (penjara), mungkin fikiran rakyat akan bertukar. (Mereka) tak takut pada Azmin, (mereka) takut Anwar. Anwar kalau dah masuk, (kena) kurung, takut kepada Anwar itu sudah hilang,” katanya merujuk kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Mengulas mengenai konsep wasatiyyah (kesederhanaan) yang dipromosikan Najib, Dr Mahathir berkata Islam sendiri dilengkapi ciri itu namun tidak dipraktikkan umatnya.

Katanya, Al-Quran sendiri jelas menyeru umatnya agar melakukan pentadbiran yang baik, menerima keberadaan orang bukan Islam dan tidak memaksa golongan itu.

“Tetapi yang berlaku sekarang ialah penganut agama Islam ini keterlaluan, lebih daripada yang disuruh oleh agama. Benda yang dilarang agama pun mereka buat dengan nama agama.

“Umpamanya, dia bunuh orang Islam atas nama Islam. Itu tak kena. Itu bukan Islam.Jadi ini penyelewengan. Bukan agama itu tidak sederhana. Agama itu sudah pun sederhana, tak payah disederhanakan.


“Tuhan dah tunjuk kepada kita dalam Al-Quran, dalam hadis, kita adalah agama yang sederhana,”katanya kepada Sinar Harian. – 8 Disember, 2014.

MAMAT NI LETAK JAWATAN LEPAS DESAK ANWAR LETAK JAWATAN...HA.HA.HA

Shamsuddin letak jawatan ketua pembangkang...WOIIII...AWAT HANG LETAK JAWATAN???

Selepas beberapa kali menolak jawatan pengerusi PAC, Datuk Mohd Shamsudin Lias mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor .
 
Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Speaker, Hannah Yeoh selepas memulangkan Toyota Camry kepada kerajaan negeri pagi ini di Bangunan kerajaan negeri di shah Alam.
 
Bercakap kepada pemberita, ADUN BN Sungai Burong itu berkata beliau membuat keputusan itu berdasarkan prinsip "integriti" 

SAKSIKAN KERETA YANG DIBUAT TANPA KEIKLASAN DAN JATIDIRI PEMBUATNYA.....DARI KELAB KEADILAN LUAR NEGARA



PASMA Untuk Ganti PAS Dalam Pakatan Rakyat-Penubuhan PASMA Kelantan tiada masaalah


Penubuhan PASMA adalah tersangat penting.

Tampaknya kumpulan pro Pakatan Rakyat dlm PAS kemungkinan besar akan mengalami kekalahan teruk dlm pemilihan 2015 kelak.

Makanya, PASMA kelak akan menggantikan PAS apabila PAS keluar PR dan menyertai UMNO atau BN.

Mengikut mereka2 yang berpengalaman, apabila PAS menyertai kerajaan campuran 1972 lepas, mereka yang tidak bersetuju agak ramai. Lebih 40% dari PAS pada masa itu telah tidak bersetuju.

Kesilapannya adalah mereka2 ini mengambil sikap berdiam diri dan bertawaqquf.

Sepatutnya 40% ini keluar dari PAS dan menubuhkan parti Islam yang baru.

Apabila mereka2 ini bertawaquf maka momentum penentangan terhadap UMNO menjadi kendur dlm masyarakat Melayu.

UMNO berjaya membina semula kekuatan mereka dalam keadaan hampir tiada tentangan sama sekali, PASMA kelak akan menjadi wadah yang memastikan momentum penentangan terhadap UMNO diteruskan di kalangan masyarakat Melayu dlm keadaan PAS bersama dgn UMNO.

JAngan mengulangi kesilapan mereka yang menentang penyertaan PAS ke BN tahun 1972 yang lepas.

Dengan mendiamkan diri dan bertawaqquf telah menyebabkan UMNO berjaya membina kekuatan mereka semula.

PASMA akan menghalang UMNO pulih semula walaupun PAS telah menyertai UMNO/BArisan Nasional

TULANG BESI
 
 
 
 

Tiada halangan lancar Pasma Kelantan

Che Ibrahim Mohamed  
Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed menyatakan pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan untuk melancarkan NGO itu di sini tidak lama lagi.

Menurutnya, desas-desus mengatakan Pas Kelantan menolak Pasma adalah tidak benar memandangkan tidak ada ketetapan dikeluarkan dari pihak Pas Kelantan walaupun Mesyuarat Badan Perhubungan parti itu telah diadakan baru-baru ini.

“Mereka (Pas Kelantan) tidak ada kata apa-apa pun tentang pelancaran Pasma ini, malah kita tidak mendapat apa-apa maklumat sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa Pas Kelantan tidak menerima Pasma di sini.

“Buat masa sekarang ini kita tidak mendapat apa-apa maklumat rasmi mengenai perkara tersebut,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh yang menasihati penyokong parti supaya tidak terlibat dengan Pasma.

Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya

Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya-    alhusseyn


Kemelut menteri besar Selangor selama beberapa bulan yang berakhir dengan pelantikan Azmin Ali pada 23 September itu dikatakan menyebabkan krisis teruk dalam kepemimpinan PAS hingga mengakibatkan parti itu kini berpecah kepada lebih daripada dua kumpulan, dan sudah ada pihak yang menuntut presidennya berundur.

 Tentulah bukan kemelut atau krisis menteri besar Selangor (MBS) itu yang menjadi faktor berpecahnya parti PAS, ‘kan!

 Kemelut itu hanya menjadi sebab terpecahnya bisul yang sudah lama menanah dan hanya menunggu masa untuk pecah sahaja. Ia suatu kebetulan saja. Faktor sebenarnya bukan itu.

 Lalu apakah faktor sebenarnya? Untuk mengetahui faktor sebenarnya tidaklah begitu susah. Lihatlah kepada apa yang heboh diperkatakan di kalangan dalaman PAS sejak sebelum kemelut MBS itu dan juga selepasnya. Perkara yang heboh diperkatakan itu ialah mengenai hal kepemimpinan ulama dan bukan ulama di dalam PAS. Itulah yang heboh diperkatakan sejak sekian lama (tiga-empat tahun atau lebih) sebelum tercetusnya kemelut MBS itu dan masih diperkatakan hingga ke hari ini.

 Namun faktor sebenarnya pun bukanlah kepemimpinan ulama itu sendiri. Kepemimpinan ulama di dalam PAS yang bermula dengan era kepemimpinan Yusuf Rawa itu tidak pernah menjadi masalah.

 Yang menimbulkan masalahnya ialah apabila sekumpulan ulama di dalam kepimpinan PAS mulai berasa terancam kedudukan mereka disebabkan kehadiran tokoh-tokoh bukan ulama (lebih popular dengan panggilan "profesional"), yang mulai mendapat kepercayaan para ahli untuk memimpin parti itu; dan mereka pun melancarkan kempen untuk mempertahankan kedudukan mereka.

 Di situlah bermulanya bibit-bibit perpecahan yang sekarang sedang membarah di dalam organisasi parti itu. Ia mencapai puncaknya apabila PAS enggan menyatakan persetujuannya dengan keputusan PKR dan DAP melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Keengganan PAS atau lebih tepatnya keengganan Presiden PAS, Dauk Seri Abdul Hadi Awang itu kurang disenangi sebahagian pimpinan PAS khasnya mereka yang bukan golongan ulama. Dan pernyataan kurang bersetuju golongan ini telah mendapat reaksi yang agak keras pula daripada golongan ulama yang semakin menampakkan sokongan mereka kepada keputusan Presiden itu.

 Ada pelbagai analisa mengenai sebab-sebab mengapa Hadi tidak bersetuju dengan pelantikan Dr Wan Azizah. Antaranya timbullah cerita yang hubungan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sudah lama tidak mesra dan tidak sehaluan. (Sebab apa? Saya fikir lebih baik kita tak usah sentuh hal itu).

 Maka saya ingin kembali kepada hal tadi – golongan ulama dan bukan ulama di dalam PAS. Alkisahnya kemasukan golongan bukan ulama khususnya profesional ke dalam PAS berlaku secara agak besar di zaman Reformasi, iaitu zaman kebangkitan rakyat berikutan Anwar dizalimi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (1998), dan zaman yang menyaksikan kegemilangan pimpinan Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden PAS

 Ustaz Fadzil waktu itu mengalu-alukan kemasukan para profesional dan intelektual menjadi ahli PAS. Bahkan sikapnya yang terbuka dan sanggup mengambil risiko membawa PAS berjuang menuntut keadilan buat Anwar itu adalah faktor utama mengapa ramai golongan profesional dan intelektual masuk PAS. Dan itulah juga faktornya yang mengubah pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap PAS menjadi positif.

 PAS sejak peristiwa Reformasi di zaman Ustaz Fadzil itu sudah mendapat wajahnya yang baru, tanpa mengubah dasar kepimpinan ulamanya. Saya sempat beberapa kali bersama dengan Ustaz Fadzil dalam pentas ceramah (saya baca puisi), majlis makan malam dan sesi wawancara untuk majalah Detik.

 Masih ingat lagi dalam sesi wawancara itu saya bertanya apakah mungkin pada suatu hari nanti PAS akan dipimpin oleh presiden yang bukan ulama? Tanpa teragak-agak beliau menjawab: Ya, mungkin.

 Lalu bagaimana dengan dasar kepimpinan ulama? Tanya saya. Dan jawapan Ustaz Fadzil kepada soalan inilah yang kembali bangkit dalam memori saya sebagai reaksi kepada kempen golongan ulama PAS hari ini yang cuba mengawal seboleh-bolehnya agar semua pimpinan PAS peringkat atasan terdiri daripada golongan ulama. 

 Apa jawapan Ustaz Fadzil itu? Jawabnya: Dasar kepimpinan ulama di dalam PAS bukan bermakna yang presiden PAS semestinya ulama, dan orang yang bukan ulama tidak boleh sama sekali menjadi Presiden PAS walaupun dia layak dan mendapat kepercayaan ahli-ahli.

 Jelas Ustaz Fadzil lagi: PAS sudah menetapkan dasar-dasarnya dan PAS mempunyai Majlis Syura Ulama yang menjadi pengawal kepada dasar-dasar kepimpinan ulama di dalam PAS. Siapa sahaja yang menjadi presiden mesti patuhi dasar-dasar tersebut dan mesti tunaikan amanah ahli-ahli PAS kepadanya agar melaksanakan dasar-dasar Islam yang telah termaktub; manakala yang memerlukan ijtihad pula akan dilakukan oleh Majlis Syura.

 Lebih kurang begitulah penjelasannya. Kita boleh dapatkan penjelasan tersebut secara verbatim kalau kita merujuk kepada majalah Detik yang berkenaan. Saya tidak ingat lagi tarikhnya dan saya pun tidak simpan naskah tersebut. Tetapi saya pasti dan positif, begitulah yang dimaksudkan.

 Hal ini telah pun saya nyatakan kepada beberapa orang kawan apabila ditimbulkan perkara krisis atau konflik antara ulama dan profesional di dalam PAS sejak pemergian Ustaz Fadzil ke alam baqa, dan jawatan presiden itu disandang oleh Hadi.

 Soalnya, kenapakah golongan ulama di dalam PAS selepas era Ustaz Fadzil menjadi tidak mesra dengan golongan yang bukan ulama sebagai pemimpin?

 Kalau Ustaz Fadzil pernah menegaskan demikian mengenai dasar kepimpinan ulama itu, maka siapakah pula yang membuat tafsiran berbeza daripada itu selepas ketiadaan beliau? Dan kenapakah pula terjadi demikian?

 Saya kira masalahnya ialah masalah keyakinan diri. Ustaz Fadzil begitu sekali percaya dan yakin kepada struktur dan sistem kepimpinan dalam organisasi PAS yang dipimpinnya, menyebabkan dia tidak sedikit pun bimbang kepada masa depan kepimpinan ulama di dalam PAS.

 Dan tidak kurang pentingnya ialah keyakinan diri yang ada pada pada ulama dalam kepimpinan PAS waktu itu, khasnya mereka yang menduduki Majlis Syura Ulama. Keyakinan diri itu menyebabkan tidak timbul kebimbangan atau rasa terancam oleh kehadiran ramai golongan profesional.

 Apabila golongan ulama melancarkan kempen (ala-ala Umno itu) untuk mengawal dan memastikan agar calon-calon dari kalangan mereka yang dilantik ke jawatan atasan dalam pimpinan, itu jelas menunjukkan bukan sahaja mereka kurang yakin dengan kelayakan mereka sendiri tetapi juga menunjukkan bahawa mereka mendahulukan kepentingkan politik lebih daripada kepentingan agama.

 Maka di situlah bermulanya kecelaruan di dalam kepemimpinan PAS. Dan apabila itu berlaku di kalangan ahli-ahli Majlis Syura Ulama sendiri maka bayangkanlah. Ia umpama virus yang merosakkan. Tidak hairanlah hari ini imej ulama pada keseluruhannya begitu menyedihkan sekali. Masyarakat seperti sudah hilang kepercayaan kepada ulama.

 Sesungguhnya ini suatu tragedi yang perlu segera disembuhkan. Kembalilah segera kepada kepentingan agama, dan kurangkanlah berpolitik di dalam parti. – 5 Disember, 2014.sumber
Anda mungkin jug

GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA?

(5 GAMBAR) GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA?


(5 GAMBAR) GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA? | Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 8 Mac lepas.

Bagaimanapun, satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.


Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.

Pemeriksaan lanjut Mynewshub.cc mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.

Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan 22 orang penumpang.

Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.


Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel.




Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian gambar berkaitan penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.

Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010
 
 
SUMBER:  http://www.taikotai.com/




PAS mahu masuk BN wahai Pak Daeng !

PAS mahu masuk BN wahai Pak Daeng ! oleh AL HUSSEYN

PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada- Pak Daeng

PERMATANG PAUH: Bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok yakin tidak ada orang PAS yang mahu membawa parti itu ke dalam Umno atau Barisan Nasional (BN).

 "Ada pula orang kata PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada," tegasnya ketika menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Tarbiah: Pasang Surut Perjuangan pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam ini.

 Katanya, jika ada dalam kalangan pemimpin PAS yang berangan-angan demikian kerana untuk mendapatkan jawatan menteri tetapi sebenarnya mereka tidak tahu penderitaan PAS semasa dalam BN.

 "Orang itu tak tahu penderitaan PAS dalam BN, hinanya PAS dalam BN," ujar beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang.

 Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng berharap jangan ada dalam kalangan pemimpin PAS sekarang yang berfikir ke arah itu.

Jangan kata tak ada, ada - Ust Ahmad Awang

Penafian Pak Daeng sebagaimana diatas itu bukan perkara baru. Malah Mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sendiri pernah memperjelaskan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu tidak pernah mempunyai sebarang niat atau perancangan untuk bersama dengan Umno atau BN.Bacalah di sini. 

Dan kini semua orang PAS dah tahu siapa mamat tu sebenarnya kan? Gambar berikut boleh menceritakan.....


Ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.
Ustaz Ahmad Awang ketika itu tidak mendedahkan nama musang yg berbulu ayam tersebut sebagai adab yang mulia dan ketinggian akhlak beliau, namun kini ramai yang sudah mengenali siapa sebenarnya musang itu! 
Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”.~ Ustaz Ahmad Awang – Mantan Naib Presiden 3
Mereka menafikannya, tetapi semuanya kantoi bila Mantan PM Abdullah Badawi sendiri telah mendedahkan mengenai beberapa pertemuan Umno dan PAS.

Dan apakah Pak Daeng begitu naif mengenai apa yg sebenarnya berlaku dalam PAS? Bahawa Hj Hadi sendiri telah mengakuinya sewaktu dalam mesyuarat JKPP pada 25 Ogos lalu?


 Walaupun berita yg dilaporkan oleh  Malaysian Insider tersebut dinafikan oleh Setpol Presiden, itu hanyalah sekadar penafian untuk cuba menutup kemaluan presiden, dan tidak ada langkah-langkah guaman untuk menuntut malu atas berita yg dikatakan berniat jahat itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan


Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.


"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Ironisnya, berita tersebut yang turut menamakan AJK PAS yg terlibat dengan pertelingkahan yg diceritakan itu, sehingga kini, AJK berkenaan tidak pernah menyangkal atau menafikan peristiwa tersebut. 

Cukuplah sekadar itu komentar saya terhadap kenyataan Pak Daeng yang menafikan tentang ujudnya UG.Ucapan sepenuhnya sila baca di HARAKAHDAILY 5/12/2014

GOLONGAN YANG KENA JERAT SYAITAN



LAGU BARU TUMBANG BN



KUTBAH JUMAAT YANG PEMIMPIN UMNO HARUS DENGAR



Serangan Najib terhadap blogger lemahkan jentera siber Umno, kata wartawan veteran

NAYA BLOGGERS Umno DIGELAR BANGGANG SETELAH PUAS MEMAKI HAMUN ANWAR IBRAHIM, DAN NIK AZIZ SERTA DAP DAN JUGA PAS. AKHIRNYA DI GELAR SEBAGAI BANGANG......DIBAYAR TAPI DIMAKI HAMUN. UMPAMA BERI UMPAN DAPAT TAPI TAK IKLAS....HA..HA.HAA   ......KESIAN..


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengakui secara terbuka partinya  mengupah bloggers. – Gambar The Malaysian Insider, 30 November, 2014.   


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengakui secara terbuka partinya mengupah bloggers. – Gambar The Malaysian Insider, 30 November, 2014. Pengakuan Datuk Seri Najib Razak blogger pro Umno didanai akan melemahkan jentera atas talian parti itu, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, pertama kali seorang pemimpin Umno mengakui secara terbuka mereka mengupah bloggers untuk menulis bagi pihak mereka.

“Pendedahan dan herdikan Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber.


"Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan,” kata Kadir menerusi kiriman terbaru di blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.
  Semalam, Najib menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Katanya, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa menggulung ucapan di Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kadir berkata ungkapan bangang yang digunakan Najib kepada blogger Umno semalam adalah keterlaluan, kesat, kasar serta tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

“Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.

“Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Najib itu,” katanya menerusi kiriman yang bertajuk “Mohd Najib kecam blogger upahan Umno”.

Menurut Kadir, sebelum Najib, sudah ada beberapa pemimpin Umno yang menggelar blogger dengan gelaran yang buruk.

"(Tan Sri) Zainudin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi menteri penerangan melabelkan blogger 'goblok'.

"Khairy Jamaluddin menanggil mereka 'beruk' dan (Datuk Seri) Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi timbalan menteri tenaga, komunikasi dan air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi," katanya. – 30 November, 2014.


BN hilang kuasa jika undi merosot 2% di PRU14, kata Muhyiddin

BN hilang kuasa jika undi merosot 2% di PRU14, kata Muhyiddin

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya hilang cuma 2% lagi undi.
Timbalan presiden Umno itu berkata, ahli Umno perlu bekerja keras bagi mengelakkan senario itu berlaku dan meningkatkan peratusan undi sebanyak 5% untuk meneruskan kelangsungan Umno dan BN.
“Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen).
"Kurang dari 112 kerusi bermakna BN pasti kalah. Minta dijauhkan,” katanya semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin berkata, untuk mengelakkan Umno tersungkur semasa PRU14 maka ahli parti itu perlu menggiatkan usaha menangani perspektif negatif yang dilontarkan pihak tertentu.
“Kalau ini hendak diatasi, inisiatif kita mesti diambil secara bersunguh-sungguh. Kalau naik 2%, kita naik ke 141 kawasan Parlimen. Bolehkah kita naik ke paras 141 (kerusi)?
“Kalau kita kerja kuat sikit naik 5%, 159 kawasan, dua pertiga yang kita sasarkan boleh tercapai. Hanya dengan 39 bulan daripada hari ini, pilihan raya mesti diadakan. Dalam tempoh begini singkat, apakah inisiatif baharu yang boleh kita laksanakan untuk mengembalikan keyakinan perbetulkan persepsi?” katanya.
Muhyiddin berkata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga sudah menyatakan komitmen meluangkan lebih masa bagi memantau gerak kerja parti.
“Beliau akan meluangkan lebih banyak masa untuk parti dalam tempoh tiga tahun. Perdana Menteri akan mengorbankan masa selain tugas rasmi untuk melihat urusan parti dan turun ke setiap kawasan,” katanya. – 29 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-hilang-kuasa-jika-undi-merosot-2-di-pru14-kata-muhyiddin#sthash.CPYXpIP1.dpuf

INI NAK CARI KRONI LA CARANYA

Perwakilan seru kementerian terima surat sokongan ketua bahagian Umno



Perwakilan Umno menggesa agar kerajaan menarik balik semula pekeliling dikeluarkan pada 2010 yang membatalkan surat sokongan daripada individu berpengaruh bagi melancarkan lagi urusan parti semasa Perhimpunan Agung Umno ke-68. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2014.Perwakilan Umno menggesa agar kerajaan menarik balik semula pekeliling dikeluarkan pada 2010 yang membatalkan surat sokongan daripada individu berpengaruh bagi melancarkan lagi urusan parti semasa Perhimpunan Agung Umno ke-68. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2014.Surat sokongan daripada ketua bahagian Umno perlu diiktiraf untuk pelbagai urusan kerajaan kerana pemimpin berkenaan banyak berjasa membantu perjuangan parti, kata wakil Umno Wilayah Persekutuan Datuk Zurainah Musa.
Zurainah berkata, tandatangan ketua bahagian bukan saja perlu diiktiraf menjelang pilihan raya tetapi untuk mendapat sokongan bagi rakyat mendapat bantuan kerajaan.
“Jika ketua bahagian mengenali kontraktor dan mengeluarkan surat sokongan, apa salahnya kementerian mengiktiraf surat itu dengan tandatangan ketua bahagian?

“Tidak menjadi kesalahan. Sudah pasti tandatangan ketua bahagian bukan saja diperlukan menjelang tiga atau empat tahun sekali tetapi lebih daripada itu,” katanya dalam menyokong usul kewangan semasa Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini. "Ia perlu lebih bernilai. Tak salah kalau ketua bahagian beri surat sokongan dan kementerian wajib melihat pada surat sokongan ketua-ketua bahagian. Kena lakukan sekarang," katanya.
Zurainah turut bersetuju dengan cadangan yang dilontarkan supaya kerajaan menarik balik semula pekeliling dikeluarkan pada 2010 yang membatalkan surat sokongan daripada individu berpengaruh.
Semalam, perwakilan Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin juga menyatakan gesaan sama memandangkan Umno selaku parti pemerintah perlu mengawal pentadbiran kerajaan.
"Langkah ini bagi menyakinkan orang Melayu yang Umno adalah satu-satunya entiti yang boleh menjaga kepentingan mereka," katanya.
Zahidi yang juga ahli Parlimen Padang Besar turut menggesa supaya sistem surat sokongan dikembalikan semula. – 28 November, 2014.

Comments 0
The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perwakilan-seru-kementerian-terima-surat-sokongan-ketua-bahagian-umno#sthash.2PXGRbKp.dpuf

[LIVE][241114]"Di Ambang Sakaratul Maut"- Ust Abdullah Khairi, Ust Aswad Nason, Ust Jafri Abu Bakar


MENJELANG PERHIMPUNAN POK AMAI AMAI

Melayu mana jadi ‘Red Indian’ jika PAS, Umno tidak bersatu?

Melayu perlu membebaskan diri daripada terus bergantung kepada kerajaan, Umno atau PAS kerana gabungan Umno dan PAS tidak menjanjikan mereka satu bangsa yang kuat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2014. 

Melayu perlu membebaskan diri daripada terus bergantung kepada kerajaan, Umno atau PAS kerana gabungan Umno dan PAS tidak menjanjikan mereka satu bangsa yang kuat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2014.Kenyataan Tun Abdul Hamid Mohamad orang Melayu berisiko menjadi seperti “Red Indian” di Amerika Syarikat (AS) jika PAS dan Umno tidak bekerjasama menggambarkan pemikiran “purba” bekas ketua hakim negara itu.

Kenyataan Hamid juga tidak ubah seperti ibu bapa yang menggunakan “momok” untuk menakutkan anak-anak mereka agar tidak bermain di luar rumah hingga waktu malam.

"Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.


"Sekarang kita berpecah dan digunakan. PAS dan Umno mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR," kata Hamid dalam ucapannya pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur semalam.
  Persoalannya adalah, orang Melayu yang bagaimana dimaksudkan Hamid?

Majoriti orang Melayu yang berada di luar bandar dan kawasan pedalaman atau orang Melayu yang seringkali mendapat manfaat ekonomi kerana hubungan rapat mereka dengan pemimpin tertinggi Umno?
Faktanya adalah Umno sudah menjadi parti tunjang yang memerintah Malaysia sejak hari pertama Malaya merdeka dan Malaysia ditubuhkan.

Sehingga hari ini, Umno masih mengetuai Barisan Nasional (BN) memerintah Malaysia kecuali di negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dengan kuasa yang ada, Umno menghalalkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyenaraikan 558,475 peminjam yang gagal membayar pinjaman di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara, mulai 1 Januari 2015.

Apabila disenaraikan CCRIS, majoriti peminjam yang terdiri daripada orang-orang Melayu ini tidak akan dapat membuat pinjaman lain seperti pinjaman perumahan dan kenderaan.

Namun, bagi orang Melayu seperti bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli, hutang berjumlah RM589 juta boleh diselesaikan di luar mahkamah.

Yang dimaksudkan Hamid bakal menjadi “Red Indian” jika PAS dan Umno tidak bekerjasama; orang Melayu disenarai CCRIS kerana gagal membayar PTPTN atau orang Melayu seperti Tajudin?
Manusia sememangnya tidak akan dapat bersatu kerana mereka mempunyai akal fikiran dan boleh membuat pilihan.
Sudah tentulah masing-masing mempunyai minat dan pemikiran berbeza. Lainlah kalau mereka itu robot, dapatlah semuanya diprogramkan menjadi sama.

Bukan orang Melayu sahaja tidak bersatu, orang Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain juga begitu.
Jika orang Melayu tidak mahu menjadi “Red Indian” di Malaysia, pertama sekali mereka harus membebaskan diri daripada terus bergantung kepada kerajaan, Umno atau PAS.

Orang Melayu harus kembali kepada kekuatan asal mereka iaitu industri pertanian.

Ramai anak-anak muda Melayu yang sudah berjaya dari segi ekonomi apabila memulakan kerja-kerja pertanian tanpa dibantu Umno atau PAS kerana permintaan yang tinggi di pasaran.

Minggu lalu seorang pemandu teksi memberitahu penulis bagaimana beliau mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM6,000 sebulan selepas mula mengusahakan tanah setengah ekar milik orang tuanya di Perak dengan menanam cili.

Seorang lagi kenalan penulis di Negeri Sembilan yang mula berjinak-jinak menanam sayur sejak 3-4 tahun lalu kini sudah mempunyai pendapatan bulanan seperti seorang ketua pegawai eksekutif syarikat korporat yang disenaraikan di bursa saham.

Revolusi perindustrian di Malaysia terbukti tidak berjaya menjadikan majoriti orang-orang Melayu sebagai “tauke” kilang akan tetapi kebanyakannya hanya menjadi buruh kilang.

Tanpa Umno dan PAS sekalipun, orang-orang Melayu boleh maju dan tidak akan menjadi “Red Indian” di Malaysia. Dengan syarat mereka mahu. – 24 November, 2014.


PAS SEMAKIN KEHILANGAN SOKONGAN

Inilah akibatnya bila PAS semakin ego...OLEH AL HUSSEIN

PAS kehilangan seorang lagi penyokong tegar...Entah berapa ramai yang senyap-senyap merajuk membawa diri. 

Aku ucapkan terima kasih diatas sumbangan peribadi Saudara Mohammad Asri kepada cawangan aku selama ini. Banyak jasa dan pengorbanannya kepada kami. Aku tak akan melupakan jasa-jasa kamu selama ini ... Selamat berjuang wahai Asri!

Mohamad Asri A. Bakar :
Kepada Ahli Ahli PAS seramai 1.5 juta org khususnya di N43 Sg Rapat di bawah Pas Gopeng..aku minta maaf selama ini mengada ngada lebih sudu dari kuah menyokong pergerakan Jemaah Syurga Islam PAS...sedangkan aku tak ada no ahli syurga pun...aku minta maaf keluar belanja beli bendera syurga hijau putih tu, suruh org rumah jahit sendiri, pacak sana sini , tanpa kebenaran Al syurga Tuan Guru Hj Hadi..aku minta maaf kerana menyumbang serba sedikit dana kepada markas markas PAS di sekitar Kg Rapat Ipoh, memberi sumbangan derma kepada jemaah PAS, sedangkan rupa rupanya aku bukan ahli PAS berdaftar dan aku hanya di baruakan . 

Aku lupa itun semua...aku berjanji aku tak akan ambil kisah lagi tentang PAS..kerana PAS tak kedarah pun sokongan org atas pagar ini. aku baru sedar bahawasanya PAS mempunyai kasta yg amat tinggi . 

Kewalaan yg menjamin akidah dan syurga.sementara aku tak mampu setanding dengan org org PAS yg maha mulia. Org PAS boleh berguling guling di atas jalan raya menghalang Paduka Sultan , aku tidak boleh dan tak mampu..semoga PAS dengan 1.5 juta ahlinya berjaya menawan Putrajaya PRU14..selebihnya aku merayu pada Allah, walau aku bukan ahli PAS izinkan aku masuk syurgaMu..dengan rahmat mu..walau tanpa restu Tuan Presiden..amin amin.terima kasih.....
JANGAN LUPA MEMABACA ARTIKEL WRLR TERDAHULU:

Hapus subsidi RON95, diesel tindakan terkutuk & tidak bertanggungjawab

Hapus subsidi RON95, diesel tindakan terkutuk & tidak bertanggungjawab

(Oleh Rafizi Ramli)
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau yang mengorbankan kebajikan dan kepentingan rakyat apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dihapuskan sepenuhnya bermula 1 Disember 2014, seperti yang diumumkan sebentar tadi.

Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara. Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya.

Rafizi


Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya.

Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah terbukti tidak berniat untuk menghapuskan rasuah malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain, penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan bermula dengan demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014. Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan.

Sementara menunggu tekanan dari rakyat mengembalikan sistem subsidi petrol dan diesel, saya juga mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak berlaku adil dengan rakyat dengan serta-merta mengumumkan perkara-perkara berikut:

1. Membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal (managed floating pricing system) sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling. Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang. Melalui cara ini iaitu melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan Barisan Nasional seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan;

2. Mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain. Selama ini Barisan Nasional memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai. Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran.


Kegagalan atau keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan kedua-dua perkara di atas bermakna beliau mengundang kemarahan rakyat. Jika cukai-cukai kereta tidak dihapuskan, pentadbiran beliau dijangka mengutip RM17.3 bilion dari rakyat bagi segala jenis cukai kenderaan tahun depan tanpa sedikit pun dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.


Apa pun alasan Dato’ Seri Najib Tun Razak selepas ini, saya menyeru semua rakyat, NGO dan aktivis untuk turun beramai-ramai pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak dan dikembalikan sistem subsidi.

* Rafizi adalah Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan


Jika tidak ada penyelesaian, tiada siapa yang akan bercakap tentang UMNO selepas pilihanraya nanti


Untuk memenangi pilihanraya yang akan datang merupakan isu terbesar dikalangan pimpinan UMNO di semua peringkat. Berbagai-bagai kenyataan didengari yang datang dari pemimpin setiap peringkat bagi memberikan pandangan dan cadangan bagaimana UMNO boleh mempertahankan kuasa dalam pilihanraya yang akan datang, terutamanya di negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan pihak pembangkang.
Yang terbaru ialah penekanan Tajudin Abd Rahman, Ahli Majlis Terrtinggi UMNO yang meminta Najib menukar pimpinan peringkat negeri yang tidak berfungsi dengan baik, yang tidak mampu mempertahankan kekuatan UMNO atau untuk mengambil alih kerajaan-kerajaan negeri yang telah berada di tangan pembangkang itu.
Ini merupakan cadangan yang amat merumitkan kerana jika ditukar pimpinan UMNO negeri-negeri itu satu persoalannya ialah, siapa yang hendak menggantikan pimpinan yang ada sedangkan semuanya adalah dalam kategori yang sama. Menggantikan dengan pimpinan yang lain dalam sesebuah negeri itu tidak akan merubah apa-apa kerana mereka mempunyai budaya yang sama.
Malahan ia bukan sahaja bermasalah diperingkat negeri-negeri, masalah ini juga adalah masalah yang besar diperingkat persekutuan dan tidak ada siapa yang boleh mengganti sesiapa jika dilihat dan dicari dikalangan pimpinan dalam Majlis Tertinggi parti itu. Apa yang disuarakan oleh Tajuddin itu betul, sebetul-betulnya tetapi apa yang Tajudin tidak boleh menjawabnya ialah siapa di kalangan mereka yang boleh menggantikan pimpinan negeri-negeri dan persekutuan itu.
Jika di Perak itu UMNO lemah dibawah pimpinan yang ada Tajudin sendiri tentunya tidak mampu untuk membetulkan keadaannya kerana Tajudin juga merupakan pemimpin yang berbudaya yang sama seperti yang ada. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Perak tetapi juga di negeri-negeri lain dan persekutuan.
Sesungguhnya UMNO sudah kosong dalam hal kepimpinannya dan tidak mungkin boleh melakukan perubahan keatas parti itu lagi. Yang ada kepada UMNO hanyalah pemimpin yang mempunyai kuasa kerajaan yang telah menghilangkan roh dan dan perjuangan serta tidak lagi mempunyai jiwa perjuangan seperti yang telah digariskan oleh parti itu.
Masing-masing pemimpin dalam negeri-negeri dan persekutuan itu menyalahkan sesama sendiri tanpa keupayaan menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi. Mereka merasakan yang mereka sedang berada dihujung tanduk tetapi mereka tidak terjumpa formula penyelesaiannya selain dari menyalahkan sesama sendiri.
Teringat pula cerita pergaduhan diantara ‘ayam dengan kambing’ Kambing menyalahkan ayam kerana ayam walaupun cantik dengan bulu dan balongnya yang lawa tetapi ayam tidak berkasut dan tidak lengkap sifatnya. Ayam pula membalas yang kambing itu apa kurangnya. Walaupun kambing berkasut dan cantik bulunya dan tanduknya tetapi kambing jantan itu tidak ada rasa malu, kerana menunjukan telurnya yang berbuai-buai itu kepada khalayak ramai.
Akhirnya kedua-dua ayam dan kambing itu akan disembelih dan dimakan oleh manusia yang kelaparan. UMNO juga begitu, akhirnya nanti UMNO itu akan jatuh dan akan dipandang seperti sampah ditepi jalan yang tidak akan ada yang mengambil perhatian lagi.
Pendeknya UMNO sudah sampai ketahap tidak menjumpai jalan penyelesaiannya lagi. UMNO wajar mencari seorang yang boleh mencari penyelesaian kepada isu besar parti ini dan juga kepada masalah-masalah negara yang terlalu besar dan berat untuk diselesaikan. Penyelesaiannya hanya akan mampu dilakukan oleh seorang pemimpin yang tidak mempunyai kontroversi dan dihormati oleh semua pihak.
UMNO terpaksa mencari pemimpin luar dari Majlis Tertinggi bagi proses pencarian jalan untuk mengekalkan UMNO dalam kerajaan. Jika pimpinan UMNO di setiap peringkat benar-benar jujur dan serius untuk melihat partinya terus relevan maka itulah caranya yang ada untuk mencapai matlamat itu.
Tidak mungkin  UMNO boleh kekal dengan BRIM nya kerana itu juga adalah rasuah terbesar terhadap rakyat untuk mengekalkan kerakusan kuasa pimpinan hari ini. Bak kata Tun Dr Mahathir, BRIM merupakan rasuah yang tidak ada tolok bandingnya yang dihalalkan oleh kerajaan kerana kelemahan pimpinan parti itu sendiri.
Barisan pimpinan hari ini tidak akan membawa UMNO kepada ‘lubang kubur’ yang dalam dan apabila ianya terjadi UMNO tidak akan mampu bangun lagi. Ia terbukti di Selangor. UMNO di negeri itu dianggap seperti ‘kucing kurap’ oleh rakyat Selangor.
Pemimpin-pemimpinnya terus mendiamkan diri kerana mengalami luka dan kecederaaan dan sedang menumpukan masa menjilat luka-lukanya sendiri. Pemimpin hari ini sanggup dan merelakan partinya hancur semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan rakusnya itu.
Najib dan pimpinan hari ini mungkin merupakan pemimpin UMNO yang terakhir dalam kerajaan jika tidak berani dan mempunyai kudrat untuk berundur dan berkorban untuk parti yang telah menaikan beliau dan rakan-rakan mereka sekarang ini.
Tidak ada siapa yang mengambil perhatian terhadap kata-kata dan tindakan Najib sekarang ini selain dari mereka yang mendapat laba yang masih menyokong beliau.
UMNO sedang menghadap penyakit tua, hanya pandai bengis dan marah-marah dengan semua pihak kerana pemikiran dan tubuh mereka sudah tidak lagi berfungsi seperti biasa. Sesungguhnya kepimpinan Najib sedang menghampiri ‘brain death’ yang hanya mampu kelu dan tidak berfungsi lagi walaupun masih belum diisytihar mati secara resminya.
Ianya hanya hidup diatas ‘life support’ yakni hanya kuasa-kuasa yang masih ada sebagai parti yang masih dalam kerajaan. Jika ‘life support’ ini dicabut maka matilah ia. Satu lagi ‘life support’ yang ada ialah kerana kelemahan Pakatan Rakyat yang dalam ‘as good as dead’ sekarang ini.
Pandai-pandailah mencari pemimpin yang secocok untuk membawa perubahan dan membawa politik negara ke situasi yang baru dan meyakinkan. Ingat kepada janji Tuhan, yang selagi masih ada manusia yang berzikir kepadaNya walaupun seorang, dunia masih tidak akan kiamat.
Jika UMNO bersedia untuk berubah dan memberikan sokongan kepada sesiapa yang masih mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk membawa perubahan itu, UMNO akan masih kekal dan menjadi relevan. Tanpa melakukannya UMNO akan kiamat.