KITA BOLEH SALAHKAN DAP

 




Ini kerja gila!!!! Tak bayar zakat rupanya. Cilaka!!! Kau kelentong umat Islam kata dah bayarkan zakat siap² Kita pun rasa lega dan selamat sebab simpanan bersih Syok hibah tinggi rupanya dosa sama tinggi? *Takpe umat Islam tak marah sebab boleh salahkan DAP






UMNO BN PEROSAK! ZAMAN KEGELAPAN TABUNG HAJI! TAK MASUK AKAL UMNO BN MENAFIKANNYA!


 

DUIT TH MAKNA KATA BANGSA LAIN BOLEH PERTIKAI JUGA LA KAN ?

 


So orang2 Cina dan India pun berhak marah dengan isu Tabung Haji ni. Sebab bail out money came from all rakyat, not just the Muslim ones only Stop telling our non Muskim friends to "diam lah bab Tabung Haji, ngko bukan Islam!" Coz they too have the same equal right to be

Tak cukup umno lagi

 


TUMBANG KHIANAT KITA MASIH BERSANGKA BAIK

 



PRU Negeri Sembilan: PM Anwar Jamin Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri Baharu



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada rakyat Negeri Sembilan yang menjalankan tanggungjawab pada 1 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat diberikan rakyat untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan yang baharu.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Anwar turut memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan negeri demi menjamin kesejahteraan serta kemakmuran rakyat Negeri Sembilan.

Anwar berkata, penghargaan setinggi-tingginya wajar diberikan kepada semua pengundi yang bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab dalam proses demokrasi yang baru selesai.

“Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, PH telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat,” katanya.

Beliau berharap legasi pentadbiran itu dapat terus diperkukuh demi memastikan kemajuan Negeri Sembilan dapat diteruskan.

“Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya,” katanya.



@thekapitanMY TERBAIK SYED SADDIQ BERCAKAP DENGAN


 

@thekapitanMY MAHATHIR TAK AKAN DIAM


 

PH CUBA LAGI...PATUT TAMBAH KERUSI..MALAP PULAK..ADA YANG TAK KENA.


Mazelan Mansor


 Rasmi dari SPR. Tahniah bagi yang menang dan cuba kagi bagi yang Kalah, Sekian.




SAMAN SAJA.





 Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang notis berhubung tuntutan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, sekiranya notis tersebut diterima, perkara itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada peguam bagi mendapatkan nasihat undang-undang sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.


Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, kenyataan yang dibuat sebelum ini adalah berdasarkan beberapa laporan media mengenai kenyataan Perdana Menteri.


Katanya lagi, beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan fitnah yang dibangkitkan sehingga menerima notis rasmi berkenaan.


Sebelum ini, peguam mewakili Anwar, Datuk SN Nair, memaklumkan bahawa satu surat tuntutan telah dihantar kepada Tuan Ibrahim berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.


Kenyataan yang dipersoalkan itu didakwa dibuat di luar Parlimen pada 14 Jun lalu sebelum disiarkan semula menerusi media sosial.


Antara tuntutan yang dikemukakan ialah supaya Tuan Ibrahim menarik balik kenyataan tersebut serta-merta dan membuat permohonan maaf terbuka tanpa sebarang syarat.


Selain itu, beliau turut diminta memberikan aku janji bahawa dakwaan sama tidak akan diulangi pada masa akan datang.


Surat tuntutan itu juga menuntut pembayaran ganti rugi serta kos guaman berkaitan isu tersebut.


Peguam Anwar memaklumkan Tuan Ibrahim diberi tempoh 48 jam untuk memberi maklum balas. Jika gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan dimulakan tanpa notis lanjut.




BN ni memang licik main politik.



Fjor







Satu kaki dalam kolam PH, satu kaki lagi sibuk menjenguk kolam PN. Mana ada untung, situ dia cuba kaut.


Sebab tu walaupun PRU15 menyaksikan BN kalah teruk, parti tu masih mampu tambah pengaruh. Sokongan daripada Kerajaan Perpaduan dia dapat, penyokong PN pun dia tak pernah lepaskan.


PH pula jangan terus jadi "good guy" sepanjang masa.


Kalau lawan main dua kolam, PH pun kena pandai berenang. Pertahan penyokong sendiri, dalam masa yang sama berani masuk gelanggang rebut pengundi atas pagar dan pengundi yang dah mula kecewa dengan politik kebencian.


Politik bukan sekadar siapa paling kuat bercakap. Politik ialah siapa paling bijak membaca medan.


Jangan sampai kita bagi orang lain kaut ikan, kita pula sibuk jaga kolam.


#PolitikMalaysia





TOLAK POLITIK PRESTASI DAN PILIH POLITIK SENTIMEN

 



Aman Muhamad


Menepati ramalan Ilham Center, pengundi Negeri Sembilan menolak politik prestasi dan memilih politik sentimen.


:)




Mohd Fadli Othman.



Prestasi Tewas. Sentimen Menang. Inilah Realiti Politik Malaysia Hari Ini


(1)

Tirai Pilihan Raya Negeri Sembilan akhirnya telah dilabuhkan. Rakyat telah membuat pilihan, dan dalam sistem demokrasi, keputusan itu wajib dihormati. Menang atau kalah ialah lumrah dalam politik. Namun, di sebalik keputusan tersebut, ada satu persoalan yang lebih besar untuk kita renungkan. Apakah asas sebenar rakyat membuat pilihan?


(2)

Jika dinilai dari sudut prestasi pentadbiran, banyak petunjuk menunjukkan Negeri Sembilan mencatatkan pelbagai pencapaian dalam aspek pelaburan, pengurusan kewangan, tadbir urus dan pembangunan negeri. Data, laporan serta pelbagai pengiktirafan telah dibentangkan kepada rakyat sepanjang tempoh pentadbiran. Semua itu bukan sekadar dakwaan politik, tetapi boleh disemak melalui rekod dan fakta.


(3)

Namun, pilihan raya bukan semestinya dimenangi oleh pihak yang mempunyai rekod prestasi terbaik. Dalam banyak keadaan, emosi mengatasi rasional. Sentimen mengatasi fakta. Persepsi mengatasi data. Akhirnya, naratif yang paling kuat bukanlah mengenai pencapaian, tetapi mengenai apa yang mampu membangkitkan rasa marah, takut dan kebencian.


(4)

Inilah cabaran terbesar politik Malaysia hari ini. Politik kepartian sering kali lebih dominan daripada politik kenegaraan. Perbincangan mengenai ekonomi, pendidikan, pelaburan, peluang pekerjaan dan kesejahteraan rakyat tenggelam di sebalik isu perkauman, agama, fitnah dan serangan peribadi. Akibatnya, ruang demokrasi yang sepatutnya mendidik rakyat bertukar menjadi medan mengapi-apikan emosi.


(5)

Sebuah negara tidak akan maju hanya kerana rakyat rajin mengundi. Negara akan maju apabila rakyat mengundi dengan ilmu, fakta dan pertimbangan yang matang. Demokrasi bukan sekadar hak memilih, tetapi juga tanggungjawab untuk menilai berdasarkan integriti, prestasi dan kemampuan mentadbir.


(6)

Apabila rakyat lebih mudah dipengaruhi oleh sentimen berbanding pencapaian yang boleh diukur, itu menunjukkan politik kenegaraan masih belum benar-benar berakar dalam masyarakat. Kita masih cenderung melihat siapa yang paling lantang bersuara, berbanding siapa yang paling berkesan bekerja.


(7)

Keputusan Negeri Sembilan wajar diterima dengan hati terbuka. Namun, ia juga harus menjadi cermin kepada semua pihak. Jika politik Malaysia mahu benar-benar matang, budaya menilai pemimpin berdasarkan integriti, prestasi dan tadbir urus mesti diperkukuhkan. Selagi sentimen menjadi mata wang utama dalam politik, selagi itulah pembangunan negara akan sentiasa berdepan risiko didahului oleh emosi, bukan kebijaksanaan.


(8)

Politik kenegaraan tidak mengajar kita taksub kepada mana-mana parti. Politik kenegaraan mengajar kita meletakkan negara mengatasi kepentingan politik, fakta mengatasi persepsi, dan prestasi mengatasi propaganda. Apabila budaya ini semakin kukuh dalam jiwa rakyat, ketika itulah demokrasi benar-benar menjadi alat membina sebuah negara yang lebih makmur, stabil dan bermaruah.





TAHNIAH UMNO


 Tahun 2022, BN kalah teruk PRU15.
menang 30 kerusi je.

Tahun 2023, BN juga kalah teruk dalam PRN 2023 terutamanya di Kelantan, Kedah, dan Terengganu.

Masa itu, majoriti orang Melayu memang taknak undi BN walaupun aku undi BN dalam PRN Kelantan 2023.

Tahun 2026, dalam tempoh 4 tahun sahaja, BN buat comeback dengan bergaya.

Orang Melayu kini kembali undi BN.
Alhamdulillah.

PH perlu belajar daripada BN bagaimana nak buat comeback tu.

Akhir kata, sebagai rakyat Kelantan, aku doakan BN dapat rampas Kelantan daripada PAS sebagaimana BN rampas N9 daripada PH.

Sama-sama kita doakan.

Alhamdulillah.
Tahniah BN. 
Harap dapat jadi kerajaan solo tanpa PN di N9.

🤲




TAK RESMI

 


TAK RESMI...BN 10-PH 5


 

KITA NANTIKAN KEPUTUSAN INI


 

DASYAT ANAK MUDA

 


Jason


Lain macam gelombang merah kali ini. Rakyat Negeri Sembilan mahu kekal bersama Pakatan Harapan. #KekalHarapan #KekalTokMin
















SAMA JA PARTI JALANG KEMPEN....,LAGI DASYAT....PERBODOHKAN ORANG MELAYU






 Pas menempelak gaya kempen yang dilakukan segelintir pemimpin parti pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.


Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, taktik menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam terhadap Pas hanya kaedah politik lapuk yang sudah tidak lagi relevan.


Menurutnya, pendekatan Bersatu yang berkempen sedemikian sepatutnya ditinggalkan oleh pemimpin berintelek.


berita lanjut layari www.malaysiagazette.com


#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9 


#malaysiagazette #DAP





Keputusan Rasmi Persidangan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan

.


1. Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan telah bersidang pada 31 Julai 2026 di bawah pimpinan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz.


2. DKU mengiktiraf Dato' Klana Petra Muhammad Faris bin Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong yang sah bermula 27 Jun 2026.


3. DKU turut mengiktiraf Dato' Sedia Raja Haji Hassan bin Ab Hamid sebagai Undang Luak Rembau yang sah bermula 27 Jun 2026.


4. Dato' Seri Utama Haji Badarudin bin Abdul Khalid telah dilucutkan jawatan sebagai Dato' Shahbandar Sungei Ujong pada 30 Julai 2026, dan jawatan itu kini kosong.


5. Dato' Haji Maarof bin Mat Rashad telah dipecat daripada jawatan Undang Luak Jelebu berkuat kuasa 31 Mei 2023 akibat kesalahan adat.


6. Semua tindakan Dato' Haji Maarof selepas 31 Mei 2023 adalah terbatal, dan gelaran darjah kebesaran negeri beliau turut ditarik balik.


7. Sebuah pengumuman bertarikh 19 April 2026 telah dibatalkan sepenuhnya oleh DKU kerana melanggar perlembagaan negeri.


8. Tiga individu (Haji Mubarak bin Thahak, Haji Abdul Rahim bin Haji Yasin, dan Haji Maarof bin Haji Mat Rashad) diputuskan tidak pernah bergelar Undang Luak secara sah dan tiada kuasa undang-undang.


9. Kerajaan Negeri Sembilan diarahkan untuk mengambil tindakan segera bagi melaksanakan semua keputusan persidangan DKU ini.









USTAZ HAFIZ JELASKAN ISU SAKAW TH


 

MASEJ ANWAR BUAT RAKYAT NISMILAN


 .

MELAYU ISLAM....KATA TAK ADA BUKTI SAKAW...



Che Ibrahim






 

SIAPA REMBAT DUIT ASNAF ?

 

Eddy Nor Ridzuan



Allahuakhbar.. duit asnaf pun depa rembat.. apa punya bala..






*Dana Yayasan Tabung Haji berjumlah RM22.12 juta yang sepatutnya digunakan untuk asnaf, orang miskin dan umat Islam yang memerlukan telah digunakan untuk tujuan politik


*Laporan polis telah dikaitkatkan dengan Menteri KPDNKK ketika itu, Hamzah Zainuddin


*Laporan polis mendedahkan duit zakat Tabung Haji untuk asnaf berjumlah RM7 juta telah disalahgunakan untuk tujuan politik


Siapa Hamzah Zainuddin pada ketika itu? Menteri dari Umno Barisan Nasional


Berikut adalah terjemahan laporan polis;


Pengadu menyatakan:


1. Saya kini merupakan Setiausaha kepada Jawatankuasa Risiko, Audit dan Tadbir Urus di Tabung Haji.


2. Susulan semakan yang dijalankan terhadap Yayasan Tabung Haji (YTH) dan aktiviti-aktivitinya, beberapa kebimbangan telah dibangkitkan berhubung kegiatan yang berkaitan dengan Program Ziarah Kasih Ramadan Yayasan Tabung Haji 2017, selepas ini disebut sebagai “Program tersebut”.


Program tersebut sepatutnya merupakan program kebajikan untuk golongan asnaf, iaitu umat Islam yang miskin dan memerlukan bantuan.


3. Berdasarkan Audit Khas terhadap Yayasan Tabung Haji bertarikh 15 November 2018, antara perkara yang menimbulkan kebimbangan ialah:


a. Tiada kelulusan diperoleh daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia berkaitan sumber dana bagi program tersebut yang berjumlah RM22.12 juta. YTH juga didapati tidak mengemukakan sebarang permohonan bagi mendapatkan kelulusan penggunaan dana tersebut.


b. Aktiviti yang dijalankan dilihat mempunyai kecenderungan politik.


c. Tabung Haji telah memberikan RM7 juta daripada dana zakatnya kepada YTH bagi melaksanakan program tersebut. Dana zakat sepatutnya diagihkan kepada golongan asnaf. Namun, dana berkenaan telah digunakan bagi tujuan politik.


d. Pihak pengurusan YTH telah mengarahkan supaya lebihan wang daripada program tersebut dikembalikan ke akaun bank YTH. Walau bagaimanapun, didapati beberapa cawangan Tabung Haji telah menyerahkan lebihan wang yang sepatutnya diberikan kepada golongan asnaf kepada wakil sebuah parti politik.


4. Audit tersebut turut mendapati bahawa aktiviti-aktiviti di atas merupakan pelanggaran terhadap perkara-perkara berikut:


a. Memorandum dan Tataurusan Persatuan Yayasan Tabung Haji;


b. Polisi Tanggungjawab Korporat Tabung Haji, versi 1.0 tahun 2017;


c. Garis Panduan Pengurusan Tanggungjawab Korporat Tabung Haji, versi 1.0 tahun 2017.


5. Laporan ini dibuat supaya siasatan lanjut dapat dijalankan terhadap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah program tersebut.


Sekian laporan saya.





AKMAL TAK DE TELUR



Hadi Khawarij


Nampaknya DAP lebih gentle la Akmal Saleh atau bahasa mudah DAP ada telur,UMNO telur hilang SEBAB kat Melaka DAP tak payah tunggu kena pecat tapi sendiri keluar...dengar sembang UMNO gah sangat tapi xdak telur rupanya!






PN NAK DERHAKA PADA YAMTUAN LAGI

 

MAT IDRIS AL SAGUNI



Persiapan Majlis Mengangkat Sumpah MB BN UMNO akan dilaksanakan hari ini jugadi Istana Serting dihadapan YamTuan Besar Tuanku Nadzaruddin - Admin.