Pada rangkap ucapan pertama Sanusi, dia sebut begini:
Pada rangkap ucapan pertama Sanusi, dia sebut begini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis peluncuran rasmi AI Malaysia di Putrajaya pada 28 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
CYBERJAYA, 28 Jul – Seramai 100,000 belia berusia antara 18 hingga 30 tahun bakal menerima akses langganan percuma kepada perisian kecerdasan buatan (AI) selama tiga bulan menerusi program AI Untuk Rakyat yang akan dibuka mulai 31 Ogos ini, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, kemudahan itu bagaimanapun diberikan kepada peserta yang melengkapkan modul latihan khas berkaitan AI dalam tempoh ditetapkan.

Menurut beliau, syarat tersebut penting bagi memastikan golongan muda bukan sahaja menggunakan teknologi AI, malah memahami aspek keselamatan, etika dan penggunaan teknologi berkenaan secara bertanggungjawab.
“Sebab itu penggunaan AI untuk rakyat mesti dijadikan satu keutamaan. Kita menawarkan akses dan langganan perisian AI secara percuma kepada belia yang melengkapkan modul khusus di bawah program yang ditetapkan.

“Untuk golongan berusia 18 hingga 30 tahun, kita sediakan modul khusus dan mereka perlu melengkapkannya sebelum menerima kemudahan perisian AI secara percuma,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dan menyempurnakan Majlis Peluncuran AI Malaysia di Menara Cyber Axis, Cyberjaya pada Selasa.

Anwar berkata, modul berkenaan merangkumi aspek penting seperti keselamatan AI, AI generatif, keselamatan siber serta penggunaan kemudahan awan (cloud) bagi memastikan peserta mempunyai asas pengetahuan yang kukuh.
Katanya, kerajaan menganggarkan sehingga 100,000 belia akan mendapat manfaat daripada program tersebut pada peringkat awal pelaksanaannya.

“Belia yang melengkapkan modul AI berkaitan akan menerima langganan percuma selama tiga bulan dengan aplikasi AI yang ditawarkan.
“Tetapi syaratnya mereka perlu mengikuti kursus dan latihan yang disediakan supaya teknologi ini digunakan dengan cara yang betul serta memberi manfaat kepada masa depan mereka,” katanya.


Ahli Parlimen Jelutong MP RSN Rayer (tiga dari kiri) bersama beberapa pemimpin DAP selepas membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Jempol, Shamsulkahar Deli di Balai Polis Seremban 2 pada 28 Julai 2026. Foto RSN Rayer
SEREMBAN, 28 Jul – Beberapa pemimpin DAP membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Jempol, Shamsulkahar Deli, susulan kenyataannya yang mengaitkan parti itu dengan satu hantaran gambar yang menghina Sultan Selangor.
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, berkata laporan itu dibuat hari ini di IPD Seremban 2 selepas beberapa pemimpin DAP menemui rakaman video ucapan Shamsulkahar ketika berkempen di Seremban Jaya.
Rayer diiringi Senator Dr RA Lingeshwaran, Senator S. Thiagarajan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, S. Preakas.
Dalam satu kenyataan, Rayer berkata Shamsulkahar, yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), didakwa merujuk kepada satu gambar yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebelum bertanya mengapa DAP berani melakukan perkara seperti itu.
Beliau berkata kenyataan Shamsulkahar telah memberikan gambaran salah kepada orang ramai bahawa DAP bertanggungjawab menghasilkan imej tersebut.
Rayer turut menuduh pemimpin Umno itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap DAP, serta menggesa polis menjalankan siasatan menyeluruh.
Sebelum ini, Bukit Aman dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook ‘Huayan The Pureland Learning Centre’ dipercayai memuat naik kandungan menghina Sultan Selangor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada Februari lalu, Sultan Selangor menzahirkan pendirian tidak berkenan jika ada mana-mana kawasan dijadikan tempat penternakan babi.
Lantaran kontroversi menyusuli kenyataan Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki berhubung penternakan babi secara moden, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menyangkal tuduhan bahawa partinya tidak menghormati institusi diraja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman pada 28 Julai 2026. Foto PMO
KUALA LUMPUR, 28 Jul – Susulan cabaran bekalan gas dihadapi Bangladesh kini, kerajaan negara itu memohon bantuan Malaysia, termasuk menerusi kerjasama dengan PETRONAS, bagi membekalkan gas asli cecair (Liquified Natural Gas – LNG) untuk memenuhi keperluan mendesak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, perkara itu disampaikan oleh Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman, dalam perbualan telefon mereka, hari ini.
Beliau berkata, perbualan mereka menyentuh pelbagai perkara berkaitan usaha memperkukuhkan hubungan Malaysia-Bangladesh, khususnya dalam bidang tenaga dan pelaburan, demi manfaat bersama.
“Dalam perbualan telefon itu, turut dibincangkan kerjasama ekonomi, termasuk kemajuan pelaburan membabitkan Axiata dan potensi kerjasama strategik bersama MMC Port, dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua negara,” katanya.
Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus komited memperkukuhkan hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin dengan Bangladesh berteraskan semangat saling menghormati, kerjasama pragmatik dan iltizam untuk membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Menurut laporan media antarabangsa, kekurangan bekalan gas di Bangladesh berikutan konflik Asia Barat, menjadi lebih parah akibat kemalangan di sebuah kemudahan industri.
Kerjasama politik yang dibina hanya untuk menghadapi pilihan raya tanpa kepastian, prinsip dan akhlak dikhuatiri tidak akan bertahan lama, malah boleh mengulangi perpecahan yang menimpa Muafakat Nasional (MN).
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Senator Mohd Hasbie Muda berkata, pengalaman politik lalu menunjukkan hubungan antara parti yang kelihatan mesra di pentas ceramah boleh berakhir apabila mereka memilih untuk bertembung sesama sendiri dalam pilihan raya.
Hasbie yang mewakili Angkatan Muda Harapan (AMH) berkata demikian ketika menjadi panel program Berani Semuka Sinar Harian bertajuk “Seteru Jadi Kawan, Kawan Jadi Seteru: Politik Matang atau Huru-Hara” malam ini.
Menurutnya, pendekatan yang diambil dalam kerjasama politik bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan dan Johor perlu memberikan kepastian kepada rakyat, bukannya sekadar persefahaman sementara yang berubah setiap kali tiba musim pilihan raya.
“Apa yang dilakukan di peringkat Negeri Sembilan dan Johor itu, bagi saya kita mahukan satu kepastian.
“Sebelum ini, kerjasama antara parti akhirnya menyaksikan perpecahan selepas memilih untuk bertembung dalam pilihan raya di peringkat negeri,” katanya.

Hasbie mengambil contoh MN yang lahir pada 2019 dengan penuh semangat penyatuan Melayu-Islam antara Umno dan Pas.
Beliau berkata, penyatuan itu pada awalnya turut diterima secara positif oleh pihak di luar kedua-dua parti kerana dilihat berpotensi menamatkan perseteruan panjang yang pernah memecah-belahkan masyarakat Melayu-Islam.
“Muafakat Nasional ditubuhkan pada 2019, siap menangis di WTC.
“Saya walaupun daripada parti berbeza pun seronok melihatnya. Walaupun Amanat Haji Hadi tidak ditarik balik, apabila dua parti Melayu-Islam bersama, bagi
Namun, menurut Hasbie, kemesraan tersebut tidak bertahan lama apabila Umno dan Pas mula memilih haluan berbeza serta bertembung dalam pilihan raya negeri.
Bekas pemimpin Pemuda Pas itu berkata, perpecahan mula menjadi semakin jelas ketika pilihan raya di Melaka dan Johor ketika itu, walaupun kedua-dua parti terbabit masih berada dalam kerajaan Persekutuan.
“Tetapi tidak sampai dua tahun, perpecahan itu bermula di Johor dan Melaka apabila kedua-dua kabilah parti Melayu ini bertembung.
“Walaupun di peringkat kerajaan Persekutuan mereka masih kerajaan, apabila mereka bertembung di Johor dan Melaka, mereka berpecah,” katanya.
Pengalaman itu, tegasnya, perlu dijadikan pengajaran supaya penjajaran politik baharu tidak sekadar dibina atas kepentingan pilihan raya atau usaha menjatuhkan lawan bersama.
Dalam masa sama, Hasbie turut menyindir perubahan mendadak dalam hubungan Pas dan Umno apabila Perikatan Nasional (PN) bersama BN.
Katanya, ketika kerjasama itu diperlukan, segala perbalahan dan pertentangan yang berlaku selama puluhan tahun tiba-tiba dianggap sebagai kekhilafan yang boleh dilupakan begitu sahaja.
“Apabila PN mahukan BN, semuanya baik. Perbalahan selama 40 tahun itu khilaf sahaja, sedangkan dalam isu Memali, contohnya, sampai dikafirkan,” katanya merujuk pada tragedi berdarah Memali pada 19 November 1985 di Kampung Memali, Baling, Kedah.
Beliau turut membangkitkan kandungan Amanat Haji Hadi yang disifatkannya menggunakan bahasa sangat keras terhadap Umno.
Antara ungkapan yang pernah digunakan, katanya, ialah penentangan terhadap Umno bukan disebabkan nama parti itu, tetapi kerana didakwa mengamalkan “politik suku, agama suku”.
“Amanat Haji Hadi itu sangat keras bahasanya. Istilah-istilah itu sangat dahsyat,” katanya.
Mengulas lanjut, Hasbie bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menurutnya berjaya mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menarik balik penggunaan gelaran “Umdap” di tiga negeri.
“Saya ucap tahniah kepada Asyraf Wajdi kerana berjaya memaksa Sanusi menarik balik gelaran Umdap di tiga negeri,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh terus terperangkap dalam kitaran penjajaran politik yang berubah setiap kali pilihan raya semakin hampir.
Katanya, keadaan tersebut boleh menyebabkan negara sentiasa berada dalam suasana berpolitik dan gagal memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran, ekonomi serta penyelesaian masalah rakyat.
“Kita cukup bimbang kita akan terus kerap dengan politik pilihan raya,” katanya.
Lebih membimbangkan, menurut beliau, ialah penggunaan sentimen perkauman jadi modal untuk menjayakan sesuatu penjajaran politik.
Hasbie merujuk kenyataan bahawa masyarakat Cina mempunyai negara China dan masyarakat India mempunyai negara India sebagai contoh ucapan yang tidak wajar diucapkan.
Katanya, kenyataan sedemikian bukan sahaja bercanggah dengan semangat kebersamaan rakyat Malaysia, malah sudah menerima teguran daripada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Belum lagi inai di jari kering, Presiden Umno sudah menegur pemimpin PN. Belum apa-apa sudah kena,” tempelaknya.
Hasbie turut menyuarakan kebimbangan terhadap kemerosotan akhlak dalam kempen politik, termasuk tindakan pemimpin menggunakan gelaran menghina serta mengheret nama ibu bapa lawan.
Menurutnya, politik matang tidak boleh hanya diukur berdasarkan kesediaan bekas seteru untuk duduk bersama atau berkongsi pentas.
Sebaliknya, kematangan politik perlu diterjemahkan melalui prinsip yang konsisten, penghormatan kepada kepelbagaian rakyat dan kemampuan berbeza pandangan tanpa menghina peribadi seseorang.
“Akhlak dalam berkempen juga menggerunkan kita apabila ada pemimpin PN gelar-menggelar, mengheret nama ayah dan sebagainya,” kata Hasbie lagi.
Kempen Pakatan Harapan (HARAPAN) di Negeri Sembilan semakin hangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun sekali lagi ke negeri Adat Perpatih itu bagi menghadiri lima program bersama rakyat pada hari ini.
Anwar yang juga Pengerusi HARAPAN berkata, kunjungan tersebut bertujuan menyantuni masyarakat setempat selain memberikan dukungan kepada calon dan jentera parti menjelang hari pengundian.
“Saya akan sekali lagi ke Negeri Sembilan untuk beberapa rencana bagi menyantuni masyarakat setempat serta memberi dukungan kepada calon dan jentera HARAPAN.
“Kita jumpa esok 9hari ini), insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial lewat malam tadi.

Berdasarkan jadual yang dikongsikan, program Anwar bermula pada jam 5 petang menerusi acara Minum Petang Bersama PMX di kawasan parkir MR DIY, Simpang Durian dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.
Selepas itu, beliau dijadualkan menghadiri Program Temu Anwar pada jam 6.25 petang di Dewan Pusat Dakwah Islamiah.
Program tersebut dijangka menjadi ruang kepada masyarakat setempat mendengar sendiri penerangan Anwar mengenai hala tuju Kerajaan MADANI, prestasi pentadbiran negeri serta kepentingan mengekalkan kestabilan politik di Negeri Sembilan.

Pada jam 8 malam, Perdana Menteri akan menghadiri majlis makan malam bersama masyarakat India di Klana Resort.
Kehadiran Anwar dalam program berkenaan memperlihatkan pendekatan HARAPAN yang terus mendekati masyarakat pelbagai kaum.
Kunjungan Pengerusi HARAPAN itu juga bukti komitmen gabungan itu untuk memastikan semua kelompok rakyat mendapat perhatian dalam agenda pembangunan negeri.
Kemuncak kunjungan Perdana Menteri ialah dua program Grand Finale Kekal HARAPAN Negeri Sembilan.

Program pertama akan berlangsung pada jam 9 malam di Jalan Durian Emas 1, Betaria Business Centre dalam kawasan DUN Sikamat.
Anwar kemudiannya akan bergerak ke Tapak Pasar Malam Desa Cempaka bagi menghadiri program penutup di DUN Labu pada jam 10.30 malam.
Anwar dalam hantarannya turut menggunakan tanda pagar #KekalHARAPAN dan #UndiHARAPAN, sekali gus mengajak rakyat Negeri Sembilan memberikan mandat kepada calon-calon HARAPAN.

TENGOK INI WAHAI ANGGOTA POLIS DAN TENTERA, TAK PERNAH TERKURANG SEDIKIT PUN DALAM PERLEMBAGAAN 153 HAL EHWAL BERKAITAN DENGAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA...SEBUT 1 YANG TERKURANG...
TENGOK BAWAH NI...DALAM 3 TAHUN LEBIH APA YANG PMX DAH BUAT UNTUK RAKYAT DAN NEGARA!BERTUNGKUS LUMUS...ORANG YANG TENGOK DENGAN MATA KEPALA HATI SAJA YANG DAPAT MENILAI KEIKHLASAN PMX
SENARAI BANTUAN DI BAWAH KERAJAAN PMX (ANWAR IBRAHIM)
🟠Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
🟠Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
🟠Bantuan Awal Persekolahan
🟠Bantuan Khas Kewangan RM2000 Kepada penjawat awam sebelum kenaikan gaji
🟠Bantuan Khas Aidilfitri
🟠Bantuan Bakul Rahmah
🟠eMadani / eTunai Belia Rahmah
🟠eWallet RM100 M40 & B40
🟠Baucar Perlindungan Tenang
🟠Subsidi Barangan Asas
🟠Diskaun Bil Elektrik
🟠Program Menu Rahmah
🟠Jualan Rahmah (PJR)
🟠Skim Perlindungan MySalam
🟠Skim Peka B40
🟠Saringan Kesihatan Percuma
🟠Rawatan Mental & Psikososial
🟠Bantuan OKU
🟠Program MySTEP
🟠Bantuan Rumah Perlindungan
🟠Diskaun Bayaran PTPTN
🟣Penangguhan Bayaran PTPTN
🟣Baucar Buku / eBaucar Pelajar
🟣Elaun Latihan Industri
🟣Bantuan MyBrain15
🟣Subsidi Yuran TASKA/TADIKA
🟣Insentif PERKESO Graduan TVET
🟣Bayaran Latihan Pekerja Gig
🟣Dana IPR (Inisiatif Pendapatan Rakyat)
🟣Dana TEKUN / AIM
🟣Dana Usahawan Tani
🟣Geran Padanan Usahawan Muda
🟣Kredit Mikro MADANI
🟣Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
🟣Latihan Kemahiran & TVET
🟣Pas MY50 / MY100
🟣Diskaun Pengangkutan Pelajar & Warga Emas
🟣Tambang Percuma OKU
🟣Bas Percuma Wilayah
🟣Skim Perumahan MADANI
🔵Bina Rumah Mesra Rakyat
🔵Subsidi Pesawah
🔵Insentif Harga Getah (IPG)
🔵Insentif Pengeluaran Lateks (IPL)
🔵Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
🔵Subsidi Baja & Racun
🔵Bantuan Input Pertanian
🔵Elaun Sara Hidup Nelayan
🔵Insentif Tangkapan Laut & Darat
🔵Elaun Pekebun Kecil
🔵Program Rezeki Tani MADANI
🔵Elaun Imam
🔵Elaun Bilal
🔵Elaun Siak
🔵Elaun Guru KAFA
🔵Peruntukan Masjid & Surau
🔵Sumbangan Maal Hijrah
🔵Insentif Khas Guru KAFA
🟡Bantuan Khas Penjawat Awam
🟡Bantuan Khas Pesara Kerajaan
🟡Bayaran Khas Gred 56 ke bawah
🟡Kenaikan Elaun ITKA
🟡Insentif Awal Aidilfitri
🟡Geran PMKS One-Off RM1,000
🟡CahayaMata Keluarga Malaysia
🟡MyBAS50 (Johor Bahru)
🟡Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama
🟡Penstrukturan Subsidi Diesel & RON95
🟡Bantuan Tunai Diesel Bersasar
🟡Pembatalan Kebankrapan Golongan Rentan
🟡Dividen Tambahan & Had Pelaburan ASB/ASB2
🟡Penambahbaikan Gaji Penjawat Awam
🟡PTPTN percuma untuk B40
🟡Mengembalikan Bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah dihentikan zaman Tun M (2003)
🟢🟢🟢🟢🟢DANNNN......MENCADANGKAN ANUGERAH PINGAT TAN SRI KEPADA ALMARHUM TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT YANG TAK DIBUAT ZAMAN PAS PN JADI KERAJAAN.🟢🟢🟢🟢🟢
🟢 Kerajaan MADANI bukan sekadar janji – tapi terbukti memberi manfaat langsung kepada rakyat pelbagai lapisan.
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
NEXT PRU MENANG LAGI...SAMPAI 2031 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
#MalaysiaMadani
#KekalAnwar
Ringkasan perolehan ATM - Belanjawan 2026 & RMK13 👉
Jumlah RM7.313 bilion✅
1) Tentera Darat (TDM) 👉 RM1.573 bilion
16 projek - Sistem pertahanan udara jarak dekat, sistem komunikasi taktikal, aset mobiliti, persenjataan & kelengkapan khas.
2) Tentera Laut (TLDM) 👉 RM2.74 bilion
3 projek utama - 1) 2 buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS), 2) Sistem Pelancar Peluru Berpandu Surface-to-Surface Missile (SSM) untuk Kapal Skuadron Ronda Ke-17, 3) Penukaran Sistem Action Speed Tactical Trainer (ASTT)
3) Tentera Udara (TUDM) 👉 RM3.0 bilion
2 projek - 1) 2 bateri Sistem Misil Pertahanan Udara Jarak Sederhana (MERAD) Fasa 1, 2) Mid Life Upgrade (MLU) helikopter EC725 AP.
-------
* TDM : Dalam penilaian teknikal & proses tender
* TLDM : MRSS (proses G2G), SSM & ASTT jangka muktamad hujung 2026
* TUDM : SST jangka ditandatangani 2027
Rujukan Parlimen - Kementerian Pertahanan,
Oleh Salman Al Farisy
Photo contoh sahaja
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG
Berita baru, Dalam Mesyurat kedua 2026 , Penggal Lima Parlimen kelima belas hari ini , Kementerian Pertahanan menjawab soalan daripada YB SENATOR DATUK BOBBEY BIN SUAN tentang status perolehan aset baharu untuk Angkatan Tentera Malaysia di bawah peruntukan RM6 bilion Belanjawan 2026
Kini, Kementerian Pertahanan telah meluluskan 4 perolehan besar untuk TLDM dan TUDM dalam tahun 2026 ini , pertama adalah perolehan 2 buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS) kerajaan akan G2G bagi perolehan ini , kedua perolehan Sistem Pelancar Surface-to-Surface Missile (SSM) atau dikenali sebagai nama Anti Ship Missile bagi 6 buah Kapal NGPV Skuadron Ronda Ke-17 , ketiga penukaran Sistem Action Speed Tactical Trainer , keempat ialah perolehan2 bateri Sistem Misil Pertahanan Udara Jarak Sederhana (Medium Range Air Defence - MERAD) Fasa 1 untuk Tentera Udara Diraja Malaysia di bawah RMK13 dan Pada masa ini, Tim Kajian Ground Based Air Defence (GBAD) ATM sedang menjalankan penilaian teknikal terhadap beberapa sistem MERAD yang bersesuaian sebelum proses perolehan dimuktamadkan
Manakala bagi Tentera Darat Malaysia Kini sebanyak 16 projek perolehan aset dan kelengkapan yang bernilai RM1.573 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan , perolehan sistem pertahanan udara jarak dekat (SHORAD) , sistem komunikasi taktikal, aset mobiliti, persenjataan serta kelengkapan khas bagi meningkatkan kesiapsiagaan operasi TDM dan juga Pada masa ini, projek-projek tersebut sedang berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan seperti penilaian teknikal, penyediaan dokumentasi tender dan proses perolehan