‘Siapa lagi saya nak luah kalau tidak kepada penjawat awam’, PM mohon maaf bersuara tinggi

 


Perdana Menteri memohon maaf jika nada teguran beliau terhadap penjawat awam kedengaran agak tinggi tetapi menegaskan ia lahir daripada keprihatinan untuk memastikan agenda negara dapat dilaksanakan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sering dinasihatkan supaya bercakap dengan lebih tenang dan menyantuni rakyat selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun, jelasnya yang juga Menteri Kewangan, ada ketika beliau perlu meluahkan pandangan dengan tegas terutama apabila menyentuh perkara yang menyentuh hati nurani dan tanggungjawab terhadap negara.

“Saya mohon maaf sekiranya nada tinggi sedikit. Banyak orang pesan kepada saya, awak sudah jadi Perdana Menteri, kamu tidak boleh tinggikan suara. Kamu kena cakap tenang dan baik serta menyantuni rakyat.

“Saya cuba, kadang-kadang bila menyentuh soal hati nurani. Saya mohon maaf kalau itu bukan wajar seorang Perdana Menteri.

“Saya tidak tahu Perdana Menteri itu perlu tenang. Tak, tak,” katanya.

Anwar berkata demikian pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Zon Tengah di Dewan Sultan Idris Shah, Universiti Islam Selangor (UIS), semalam.

Anwar berkata, teguran yang disampaikan itu bukan bertujuan untuk memarahi penjawat awam, sebaliknya kerana beliau melihat mereka sebagai jentera penting dalam menjayakan agenda pembangunan negara.

“Kalau dianggap kesilapan saya mohon maaf, tapi percayalah, saya luahkan apa yang saya rasa kepada siapa lagi saya nak luahkan kalau tidak kepada anak buah saya, jentera yang boleh menjayakan program negara kita,” kata Perdana Menteri lagi.



13 Stesen Minyak Sempadan Dikesan Jadi ‘Port’ Penyeludup

 


Sindiket menjadikan bahan api sebagai komoditi utama kerana permintaan tinggi di negara jiran selain faktor keuntungan cepat dalam pasaran gelap.

PADANG BESAR, 21 Jul – Penyeludupan bahan api bersubsidi khususnya diesel dikenal pasti sebagai antara jenayah paling dominan dalam aktiviti rentas sempadan di utara negara sejak pelaksanaan Op Tiris.

Trend itu dilihat berterusan apabila sindiket menjadikan bahan api sebagai komoditi utama kerana permintaan tinggi di negara jiran selain faktor keuntungan cepat dalam pasaran gelap.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, kawasan sempadan Kedah dan Perlis yang mempunyai banyak laluan darat tidak rasmi termasuk kawasan hutan dan ladang turut menyumbang kepada kesukaran membanteras aktiviti berkenaan secara menyeluruh.

“Kalau kita lihat barang kawalan di bawah kategori ini, ia termasuk diesel, petrol, minyak masak, tepung dan gula enam item utama yang sering dibawa masuk ke Thailand tanpa kebenaran dan daripada semua itu, diesel adalah yang paling utama.

“Dari segi laluan, sindiket menggunakan laluan haram di sempadan termasuk kawasan dari Wang Kelian, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam hingga Chuping sebagai laluan utama,” katanya ketika meninjau operasi penugasan PGA Briged Utara di Padang Besar.

Beliau berkata, kawasan tertentu di sempadan dikenal pasti sebagai laluan berulang sindiket yang memanfaatkan kelompongan struktur sempadan untuk mengelak pengesanan.

Dalam masa sama, katanya, sindiket didapati bergerak lebih tersusun dengan rangkaian peranan berbeza bagi memastikan penghantaran barangan kawalan berjalan lancar tanpa dikesan pihak keselamatan.

“Keadaan di sempadan utara menunjukkan penyeludupan bahan api masih menjadi antara cabaran utama walaupun kawalan dan operasi bersepadu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Selain diesel, barangan kawalan lain turut dikesan dalam aktiviti rentas sempadan, namun tidak menunjukkan tahap dominasi seperti bahan api bersubsidi.

“Kita dapati penyeludupan berlaku secara satu hala, di mana barangan kawalan ini dibawa keluar dari Malaysia melalui laluan haram,” katanya.

Mengulas pelaksanaan Ops Tiris, Mohamad Suzrin berkata, kawalan di sempadan serta stesen minyak yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko dipertingkatkan sejak operasi itu dilaksanakan pada pertengahan April lalu.

“Di kawasan utara, kita mempunyai 13 stesen minyak di sempadan yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ penyeludupan.

“Kawalan oleh PGA di negeri-negeri sempadan turut dipertingkatkan.

“Pada bulan pertama, jualan di stesen minyak di sempadan menurun sebanyak 20 peratus dan kita percaya jumlah itu sebelum ini digunakan bagi penyeludupan ke Thailand,” katanya.

 

Suzrin berkata, siasatan turut mendapati sindiket menggunakan dua kaedah utama membawa diesel keluar dari negara ini.

“Mereka menggunakan laluan haram di sepanjang sempadan, selain melalui laluan sah dengan menggunakan kenderaan yang diubah suai untuk membawa minyak dari Malaysia ke Thailand,” katanya.

Katanya, maklumat risikan mengenai kegiatan itu turut dikongsi dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta agensi lain bagi membolehkan tindakan bersepadu diambil dalam mengekang ketirisan subsidi di sempadan.




Semua janji PH ditunai, kecuali satu yang disekat Umno – Aminuddin

 


Pakatan Harapan (PH) mendakwa hampir keseluruhan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat Negeri Sembilan sejak mengambil alih pentadbiran pada 2018 telah berjaya dilaksanakan, kecuali satu komitmen yang gagal direalisasikan kerana tidak mendapat sokongan Umno di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, satu-satunya janji yang tidak dapat ditunaikan ialah cadangan mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal, selepas usul pindaan itu tidak diluluskan oleh DUN.

“Manifesto ini bukan sekadar janji. Bagi saya yang paling penting ialah ia mampu dilaksanakan.

“Kita tidak perlu berjanji semata-mata, tetapi pelaksanaan adalah keutamaan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Menurut Aminuddin, rekod pentadbiran PH sepanjang lapan tahun lalu membuktikan kerajaan negeri memberi keutamaan kepada pelaksanaan berbanding retorik politik.

Katanya, pengalaman mentadbir sejak 2018 memberikan keyakinan kepada PH bahawa semua komitmen baharu yang ditawarkan dalam manifesto kali ini juga mampu direalisasikan.

“Rakyat mahukan manifesto yang boleh dilaksanakan dan saya yakin kami mampu melaksanakannya.

“Kita ada rekod pencapaian. Kita sudah lapan tahun memerintah dan kita percaya kita boleh tunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya.

Manifesto PH Negeri Sembilan kali ini menggariskan 10 komitmen utama, termasuk mengekalkan pentadbiran yang stabil, bersih dan mesra rakyat, memperkasakan Skim Sejahtera Rakyat (SSR), mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi serta membina 20,000 rumah mampu milik.

Turut menjadi fokus ialah usaha memperkukuh sektor pendidikan, memperkasa belia, wanita dan institusi keluarga, selain meneruskan agenda pembangunan yang disifatkan mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat.

PH juga berjanji mempercepat pelaksanaan beberapa projek strategik bersama Kerajaan Persekutuan, antaranya Pelabuhan Antarabangsa Port Dickson, landasan Bypass Senawang–Port Klang, Hospital Bandar Enstek, pembangunan Seremban Sentral serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan komuter antara Seremban dan Kuala Lumpur.

Aminuddin berkata, semua tawaran itu dirangka bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara langsung oleh rakyat, selain mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan pelaburan yang dicapai Negeri Sembilan sepanjang dua penggal pentadbiran PH.



JOM ISTIQOMAH...TAKDIRRR


 







ARAK DAN JUDI..CINA DAP BAGI JADI 12...MASUK JA PN...NAIK BALIK 22.

 


Alif Kadir Al Katami



Ustaz Idris Ahmad, Tuan Ibrahim Tuan Man Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, kacip fatimah dengan wiski Timah adalah 2 minuman berbeza ya. Kenapa diam aje ni? Bawah PN-PAS ni kan 🤣




PERAHHHH...MABUK...

 


Man Slow





Kalau nak sembang Bab mabuk zaman hangpa la BN PN keluaq wiski baru timah .


Judi Dari asai BN 22 Kali ?naik balik BNPN pun 22 Kali? Nak aku tunjuk sekoq2 kaki minum todi bar dalam rumah dengan taik Judi sekali bagi hang puas hati?


 Oii oii? Sabaq2... Dia tajuk lain tu, depa suci Tak mau jadi dulu?.. oo terlajak kata la ni?...tunggu mati dulu..kata lain..




RUPANYA NAK JUGA DUNIA....SIAPA KATA LEBAI TAK NAK KUASA...BAGI DAH 33 BULAN..APA BUAT ?


Irfan Abdullah



 Sambil makan pulut lauk rendang ayam menyiapkan hujahan balasan yang tertangguh, posting ini lalu di muka.


Sekali lagi memori zaman kenit dulu datang, terkenang perbalahan politik PAS UMNO ini sampai ada yang tak nak berimamkan solat dengan ahli UMNO, tak pergi kenduri orang UMNO dan orang UMNO yang ada kuasa pula tak nak “sign” borang buku teks sekolah, sekadar menyebut beberapa pengalaman. Banyak lagi tapi benda sensitif.


Perangai buruk masing-masing ini menyebabkan ramai traumatik antaranya mangsa dalam Peristiwa Memali.


Sekarang Perpaduan Ummah pula, tak pastilah kali ke berapa. Waktu tak berpadu, lawannya semua penuh buruk, rasuah, kaki judi, kaki perempuan, gila kuasa, ustaz sesat dan penunggang agama sekadar contoh. 


Kemudian, semuanya hilang bila berpadu atas dinamika kuasa.


Rupanya, dinamika kuasa ini penuh dengan cara Machiavelli. Matlamat menghalalkan cara untuk penuhi kehendak nafsu kuasa. Kuasa membawa laba dan harta di puncak sana.



PEMUDA PAS






Tuan Guru Ayah Chik menggagaskan Penyatuan Ummah bagi memastikan kuasa politik Melayu dan Islam sentiasa terpelihara serta terjamin.


Itulah harapan terbesar umat Islam di Malaysia. Malah, ramuan yang sama turut menjadi asas perjuangan umat Islam di pelbagai negara.


PRN Negeri Sembilan menjadi medan permulaan untuk Penyatuan Ummah ini kembali diperkukuhkan. Dua koalisi utama yang memimpin politik Melayu dan Islam kembali ke meja rundingan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.


Kegagalan kepimpinan PH dan DAP menunaikan janji, di samping pelbagai isu yang menyentuh institusi adat, menjadi pemangkin kepada usaha merealisasikan semula Penyatuan Ummah.


InsyaAllah, saya yakin rakyat Negeri Sembilan sudah bersedia untuk menterjemahkan gagasan besar ini melalui kertas undi. Inilah masanya memastikan Negeri Sembilan ditadbir oleh sebuah kerajaan yang stabil, berintegriti serta mengangkat dan mempertahankan kepentingan adat, agama dan seluruh rakyat.


Kini tiba masanya untuk merealisasikan segala yang telah direncanakan.


Nismilan Kito Jago!


Kredit: YB Ustaz Mohd Hafez bin Sabri, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia



KITA LAWAN SAMPAI LUNYAI




 TEBUK ATAP SELEPAS PRN N9?


21 Julai 2026


Meskipun UMNO/BN berkali-kali meyakinkan bahawa mereka tetap menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana sehingga habis penggal, bahkan perkara itu dinyatakan turut terkandung dalam perjanjian pembentukan kerajaan perpaduan pada 2022, tetapi ia bukanlah  jaminan mutlak bahawa tebuk atap tidak boleh berlaku.


Terbaru, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud sebarang pertemuan melibatkan Ahli Parlimen pelbagai blok bagi tujuan membentuk kerajaan baharu.


Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula dilaporkan memberi jaminan tidak akan berlaku tebuk atap sebelum PRU16 akan datang.


Tetapi, satu perkara harus diingat ialah politik itu bersifat dinamik dan pendirian boleh berubah mengikut masa, keadaan dan kepentingan.


Jika tidak melakukan perubahan di ketika masa, keadaan dan kepentingan menuntut untuk berubah, kekal statik tidak berubah dengan pendirian lama, ia hanya akan menyebabkan sesebuah parti itu tenggelam dibadai arus perubahan.


Lihat saja bagaimana UMNO dengan slogan “No Anwar No DAP” selama bertahun-tahun, tapi akhirnya akur juga untuk menjulang Pengerusi PH itu sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 lalu apabila keadaan menuntut demikian.


Dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan di mana kerjasama BN dan PN dijangka oleh banyak pihak akan membuahkan kejayaan besar, ia juga dijangka tidak mustahil membuatkan BN berubah pendirian daripada janji mempertahankan kerajaan perpaduan sampai habis penggal.


Realitinya, kesediaan BN  bekerjasama dengan PN di PRN Negeri Sembilan adalah gambaran janji tidak lagi melekat di hati.


Sebab itu,  jika setelah BN dan PN menang besar mengalahkan PH di Negeri Sembilan, bukan sesuatu yang pelik lagi jika hubungan kerjasama itu dianjak lagi ke fasa kebahagian yang seterusnya.


Selain tebuk atap diramalkan akan berlaku selepas PRN Negeri Sembilan, sudah ada juga yang menamakan siapa Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri jika perkara itu menjadi kenyataan.


Diperkatakan lagi, berikutan kerjasama BN dan PN telah  berhasil lumayan di Negeri Sembilan dan merupakan gambaran awal mampu mengambil alih kerajaan di peringkat pusat pada PRU16 akan datang, ia turut ditambah dengan pandangan lain bahawa adalah lebih baik pengambil-alihan itu dilakukan lebih awal lagi tanpa menunggu pilihan raya diadakan.


Ini kerana, jika Perdana Menteri bertindak melewatkan tarikh pilihan raya sehingga betul-betul di akhir penggal, macam-macam perkara boleh berlaku yang mungkin akhirnya memberi kelebihan kepada PH untuk terus mengekalkan kuasa.


Selain itu, jika PRU16 dilewat, ia turut boleh menghilangkan momentum kemenangan yang telah diperolehi melalui kerjasama BN dan PN.


Dengan itu, projek tebuk atap sebagaimana dilakukan terhadap Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin sebelum ini dilihat sebagai pilihan yang sukar untuk dielakkan oleh BN dan PN.


Kelebihan jika tebuk atap berjaya ialah BN dan PN akan memasuki PRU16 sebagai kerajaan baharu yang sudah tentu banyak keistimewaannya berbanding status sekarang di mana BN sebahagian kerajaan, manakala PN masih pembangkang.


Diyakini jika  kerajaan dapat diambil alih lebih awal, kemenangan yang bakal diperolehi pada PRU16 juga akan lebih besar lagi.


Begitu pun, kiranya mengambil alih kerajaan tidak berjaya dan tebuk atap yang dilakukan  memberi Anwar tiada pilihan selain membubarkan Parlimen dengan segera, kelebihan tetap memihak kepada BN dan PN.


Ia berikutan momentum kemenangan di Negeri Sembilan  masih terasa panasnya untuk dijadikan hidangan kepada rakyat sebagai modal untuk  mengambil alih Putrajaya pula.


Pendek kata, projek tebuk atap sebelum penggal Parlimen ini berakhir, dengan syarat BN dan PN menang dengan cemerlang di Negeri Sembilan, boleh dikata tidak dapat dielakkan lagi. 


Tebuk atap, sama ada berjaya atau tidak, tetap memberi kelebihan kepada BN dan PN, tetapi tanpa tebuk atap,  ia hanya memberi lebih ruang Anwar kekal lagi sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua. - ShahbudinHusin 21Julai2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1340896048033511&id=100063393840098




BUAT AKAUN2 JAHAT YANG SEDANG MAIN ISU KWAP KENA SCAM 200 JUTA, KORANG SHARE! SHARE! SHARE! FAKTA INI ! 👇


Mohd Saudi






" Aku cuba jawab dengan bahasa elok supaya semua yang baca boleh dapat maklumat yang tepat. 


-Julai 2023, KWAP labur US$47.7 juta (lebih kurang RM200j) dalam Series D eFishery


-Siapa yang buat investment? Investment Panel KWAP. Bukan arahan terus dari MOF. Menteri jugak tak campur tangan deal-by-deal


-Siapa luluskan? CEO KWAP, Nik Amlizan. CEO since 2020 sampai 2026 nanti. Sebelum Anwar jadi  PM dia dah jadi CEO KWAP


-Pengasas eFishery dijatuhi 9 tahun penjara atas tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA)


-16 Julai 2026 PMX dedahkan di parlimen, benda ni well planned fraud. Dia tak sorok. Kalau betui la PMX yang bodo kena scam, takkan dia nak announce dalam parlimen? Gila apa nak bagi bola tanggung ke pembangkang?


-PMX bagi lampu hijau untuk KWAP mulakan tindakan undang-undang, kutip balik dana, buat internal review, dan perketat safeguard. Sebahagian dana dah dipulangkan. Tengah tunggu baki


-Konsortium pelabur termasuk KWAP dah fail saman bersama lepas fraud ni terbongkar


-Dalam kes ni duit yang kena tipu tu tengah dituntut semula melalui mahkamah, bukannya lesap. Sebab tu la PMX dedahkan di parlimen. Bukannya sorok. Kalau hang ada bukti PMX terlibat lulus pelaburan ni masa 2023, tunjuk. Lepaihtu baru boleh sembang kata PM yang kena scam, ada paham?


Setiap pelaburan bawah RM500j kuasa melulus adalah Panel Pelaburan KWAP, bkn Menteri Kewangan. Menteri Kewangan cuma bentang dasar umum, bukan lulus satu2 syarikat Indonesia.."





"AMBIL CERMIN TENGOK DIRI, JANGAN SEMBANG" ! LOKMAN SINDIR AKMAL ?


 

"MATLAMAT DIA PECAHKAN BN & PH" ! LOKMAN INGATKAN UMNO JANGAN PERCAYA PAS !


 

KENAPA KDNK MALAYSIA MELETOPPP?!!


 

Santai Mesra Perdana Menteri bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Tengah - Ucapan Anwar Ibrahim


 

VIDEO KJ JAWAB MAT HASSAN CAKAP UMNO KALAH KERANA FITNAH! KJ MASUK UMNO JUAL PRINSIP SEMULA!


 

Disangka cuma RM200 setahun, ini fakta sebenar bantuan mahasiswa hasil usaha pentadbiran Tok Min

 








Dakwaan bahawa mahasiswa anak Negeri Sembilan hanya menerima bantuan sara hidup sebanyak RM200 setahun mencetuskan kekeliruan di media sosial, sedangkan kadar sebenar bantuan berkenaan ialah RM200 sebulan atau bersamaan RM2,400 setahun.

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan itu merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, bagi meringankan beban pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Kadar bantuan tersebut dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan bermula pada 2025, mencerminkan komitmen pentadbiran Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Tok Min dalam memperkukuh kebajikan serta akses pendidikan anak-anak Negeri Sembilan.

Inisiatif berkenaan diteruskan pada 2026 menerusi Yayasan Negeri Sembilan, dengan Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM3.6 juta bagi Skim Dermasiswa Sara Hidup untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam.

Langkah itu memperlihatkan usaha berterusan pentadbiran Tok Min memastikan mahasiswa yang layak tidak tercicir atau terbeban akibat peningkatan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Berdasarkan syarat rasmi, bantuan berkenaan terbuka kepada pelajar sepenuh masa peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di universiti awam serta politeknik, bermula dari semester pertama hingga semester akhir.

Keluarga pemohon, sama ada ibu atau bapa, juga perlu menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, manakala pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga tidak boleh melebihi RM5,000 sebulan.

Pemohon yang dilahirkan di Negeri Sembilan perlu menetap di negeri berkenaan. Mereka yang bukan kelahiran Negeri Sembilan pula masih boleh dipertimbangkan sekiranya telah bersekolah di negeri itu sekurang-kurangnya enam tahun dan mengemukakan dokumen pengesahan yang ditetapkan.

Program tersebut dikendalikan melalui Bahagian Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan sebagai sebahagian daripada agenda Kerajaan Negeri untuk membangunkan modal insan dan membantu anak negeri melanjutkan pengajian.

Justeru, dakwaan bahawa mahasiswa hanya menerima RM200 bagi tempoh setahun adalah tidak tepat.

Sebaliknya, penerima yang layak memperoleh RM200 sebulan, bersamaan RM2,400 setahun, hasil usaha Kerajaan Negeri pimpinan Aminuddin dalam memperluas jaringan bantuan pendidikan dan kebajikan mahasiswa.

Orang ramai disaran merujuk saluran rasmi Yayasan Negeri Sembilan sebelum menyebarkan sebarang maklumat berkaitan bantuan kerajaan bagi mengelakkan kekeliruan.





Mengapa BN tak pilih KJ? Beliau lebih sesuai daripada Mat Hasan

 




Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak menamakan Khairy Jamaluddin sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan terus mengundang persoalan apabila seorang pakar Perlembagaan berpandangan bekas Menteri Kesihatan itu berada pada kedudukan yang lebih sesuai untuk bertanding berbanding pemimpin tertentu dalam parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari berkata, Khairy atau KJ tidak memegang sebarang jawatan dalam Kabinet Persekutuan, sekali gus tidak berdepan konflik tanggungjawab bersama seperti yang dihadapi calon BN di DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan(Mat Hasan).

“Berdasarkan kedudukan KJ, beliau jelas berada dalam keadaan yang lebih sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya. Saya tertanya-tanya mengapa beliau tidak dipilih dan sama ada ada pihak yang menghalangnya,” katanya.

Memetik laporan portal MalaysiaGazette, Aziz menjelaskan, Mat Hasan yang juga Timbalan Presiden Umno dan Menteri Luar perlu lebih berhati-hati ketika berkempen kerana masih terikat dengan prinsip tanggungjawab bersama sebagai anggota Jemaah Menteri.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan anggota pentadbiran supaya tidak menyerang Kerajaan Persekutuan sepanjang kempen meletakkan Mohamad dalam kedudukan yang sukar.

“Mohamad Hasan sememangnya berada dalam dilema yang sebenar.

“Berdasarkan kenyataan PMX dan kedudukan Mat Hasan sebagai calon PRN Negeri Sembilan, ia menjadikan beliau kelihatan begitu janggal,” katanya.

Aziz berkata, Perdana Menteri telah memberi isyarat yang jelas bahawa menteri, timbalan menteri atau ketua agensi bebas berkempen mengenai isu negeri, namun jika memilih untuk menyerang Kerajaan Persekutuan, mereka sepatutnya melepaskan jawatan masing-masing.

Mengulas reaksi Mohamad yang menyatakan kesediaan meletakkan jawatan Kabinet jika diarahkan Perdana Menteri, Aziz berkata Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan menetapkan semua anggota Jemaah Menteri terikat dengan prinsip tanggungjawab bersama.

“Walaupun peruntukan itu ringkas, implikasinya amat besar,” katanya.

Beliau turut membandingkan kedudukan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menurutnya lebih selesa kerana tidak bertanding dalam PRN Negeri Sembilan.

Katanya, Zahid juga dilihat lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berbanding Mohamad.

“Beliau (Mohamad) perlu memilih sama ada mahu terus kekal dalam Kabinet atau menjadi calon dalam pilihan raya negeri,” katanya.

Aziz turut mengkritik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan pelantikan seseorang sebagai menteri adalah atas budi bicara Perdana Menteri.

Menurutnya, kenyataan itu hanya meletakkan Anwar dalam keadaan sukar.

“Sebagai ahli politik yang berpengalaman, kedua-duanya sepatutnya memahami implikasi keputusan mereka. Pada ketika ini, mereka seharusnya sudah tahu bahawa dengan mengambil pendirian sedemikian, sudah jelas apa yang perlu dilakukan.

“Bagaimana hendak mengelakkan daripada menyerang Kerajaan Persekutuan apabila seseorang cuba mempromosikan kerjasama antara Umno dan Pas?” soalnya.

Khairy sebelum ini disebut-sebut sebagai antara tokoh yang berpotensi menjadi wajah utama BN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan, namun namanya tidak tersenarai dalam barisan calon yang diumumkan parti.




PAS memang pembangkang terpaling tak guna.

 


AMAN MUHAMMAD








PAS memang pembangkang terpaling tak guna.

Ada satu kejadian lucu semasa perbahasan belanjawan semalam, MP Pasir Puteh bangun bertanya soalan.
Punyalah dia takde idea nak kritik nak hentam belanjawan Madani, sampaikan dia terpaksa minta tolong MP Kerajaan (Rafizi) tolong hentam bagi pihak pembangkang.
Memang tak guna sungguh tuan-puan.
Begini teks ucapan dia:
"Perbentangn belanjawan ni ada sedikit sebanyak seolah-olah satu pembentangan yang ada unsur-unsur kosmetik.. err.. di dalam pembantangan ini.
"Jadi sebab itu, saya kira pihak kerajaan, dia tidak boleh membentangkan belanjawan ini sebagaimana yang disebut oleh Pandan (Rafizi).
("Soalan Pasir Puteh, sebab masa pendek ni."
"Jadi saya minta Pandan.. err.. untuk komen, apakah bajet yang dibentangkan ini mampu dilaksanakan oleh kerajaan, dalam masa terdekat ini, mengikut pandangan Pandan.
"Dan yang keduanya, saya tengok perhati Pandan ni, sentiasa lihat di sebelah ini.. tengok.. dan saya rasa lebih indah kalau Pandan berpindah ke sebelah ini lagi mantap bercakap."
Dan ini Rafizi balas:
"Pasir Puteh, sebenarnya belanjawan itu disediakan mengikut peraturan kewangan antarabangsa.
"Mana angka yang disemak, mana angka yang diunjurkan, semua tu mengikut peratutan antarabangsa.
"Kalau kita ahli dewan yang tak reti baca, tu salah kita.
"Jadi sebab itu, penting bagi kita untuk faham satu-satu, dan itulah gunanya perbahasan kali ini, supaya kita boleh bawa kepada rakyat semakan, unjuran dan sebagainya."
Nampak tak betapa tak gunanya MP PAS dalam Parlimen.
Sedikit pun tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, apatah lagi dia mewakili rakyat Pasir Puteh.
Nak kata bodoh, dia tu bekas Timbalan Menteri, pernah jadi kerajaan, takkan tak pandai baca angka-angka dalam belanjawan.
Jadi terbukti, memang tak pandai pun.
Aku menyeru kepada pengundi Pasir Puteh, usahlah undi calon PAS lagi.
Cukup-cukuplah hantar lebai yang tak reti apa-apa ke Parlimen.
Kita mengundi nak pilih wakil rakyat, untuk bawa masuk suara rakyat ke Parlimen.
Bukan untuk bawa masuk kebodohan ke Parlimen seperti MP PAS ni.
Janganlah terpedaya lagi dengan imej agama, jubah dan serban.
Semoga pengundi Pasir Puteh berani berubah dan membuat perubahan.
🫰
p/s: inilah golongan Ruwaibidhoh yang Nabi sebut, iaitu orang bodoh yang menguruskan hal ummat.