Isu kerajaan negeri nak sita ladang FGV. Apa fakta yang tidak diketahui?


The Greatest Ganu







1. 92% saham FGV kini dimiliki oleh Felda. Sebahagian saham lagi dimiliki Koperasi Peneroka


2. FGV bukan milik korporat, taikun atau parti politik tertentu sepertimana yang dituduh


3. Hasil keuntungan ladang digunakan Felda bagi membantu peneroka. Bina rumah, pendidikan, pekerjaan, duit raya, bantuan tanaman semula dan pelbagai lagi


4. Lebih 100 ribu peneroka dan keluarga menerima manfaat hasil keuntungan ladang. Hampir semuanya adalah Melayu


5. Apabila Felda meneroka lebih 14 ribu hektar tanah di Terengganu bermula 1985, tanah-tanah itu asalnya hutan belantara


6. Jika bukan kerana Felda usahakan, tanah itu masih hutan. Terbiar dan tidak digunakan


7. Kerajaan Terengganu tiada kewangan bagi membangunkan tanah seluas itu dalam masa yang singkat. 


8. Pembangunan tanah tersebut telah memberikan kehidupan yang lebih baik kepada puluhan ribu rakyat Terengganu


9. Apabila ladang2 ini diuruskan FGV pada 2011, Felda telah membayar sekitar RM40 juta kepada kerajaan Terengganu 


10. Kerajaan Terengganu di bawah Dato Ahmad Said telah menuntut 30% perkongsian keuntungan yang akan diberi untuk rakyat miskin


11. Kadar ini walaupun agak tinggi tapi munasabah kerana ketika itu sebahagian saham FGV dimiliki oleh syarikat-syarikat besar


12. Oleh itu keuntungan yang nak diberi kepada rakyat miskin itu adalah keuntungan yang diambil daripada pemegang korporat / pelabur. Ia tidak menjejaskan peruntukan kepada peneroka 


13. Apabila dinyahsenarai pada Ogos 2025, Felda telah membeli hampir semua saham FGV


14. Oleh itu, tuntutan perkongsian keuntungan oleh kerajaan negeri secara langsung hari ini akan mengurangkan pendapatan Felda dan peruntukan kepada peneroka


15. Jesteru tindakan kerajaan lama dan kerajaan hari ini adalah berbeza impaknya


16. Seterusnya tindakan menyimpan bayaran daripada Felda selama 14 tahun di bawah pentadbiran 3 Menteri Besar


17. Selepas diketahui umum, barulah dipersetujui hari ini agar wang itu dipulangkan semula


18. Tindakan menerima dan menyimpan bayaran tersebut selama 14 tahun dibimbangi boleh dianggap sebagai tacit consent (kebenaran melalui perbuatan / tersirat) oleh mahkamah. 


19. Admin dapat lihat melalui tindakan dan kenyataan Felda dan FGV seolah-olah mereka SANGAT NEKAD menyambut 'cabaran' kerajaan negeri dengan selesaikan melalui mahkamah -- bukan lagi rundingan


20. Tindakan FGV yang telah mula mengosongkan ladang-ladang mereka di Terengganu boleh menyebabkan ladang terbiar, kehilangan hasil dan menjejaskan bantuan kepada peneroka 


21. Oleh itu usaha perbincangan antara TPM Dato Seri Zahid bersama YAB MB Dr Samsuri adalah dialu-alukan bagi mengelakkan ia berlaku


22. Admin menyokong usaha kerajaan negeri menambah pendapatan mengikut lunas undang2. Dengan menghormati hak dan sumbangan semua pihak 


23. Semoga dipermudahkan urusan dengan segera demi rakyat jelata


#MajuTerengganuKu




SAMSUL KATA DISOGOK..SAMSUL SOGOK SIAPA PULAK...CUBA CARI....


 Iswardy Morny


Yang sabah hari tu apa cerita? 






Shamsul dan ahli perniagaan Albert Tei  akan didakwa dengan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menawar dan menerima rasuah.


Tei mendakwa dia menyogok Shamsul melalui pelbagai pembelian dan bayaran, termasuk tunai, bernilai lebih RM600,000.




๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›? ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ญ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—œ




RAFIZI RAMLI


PRN Sabah telah selesai. Keputusannya jelas. Diagnosis awal sudah ada.


Saya akan hurai dengan lebih mendalam faktor-faktor yang mendorong keputusan itu dalam podcast YBM Jumaat ini 5 Disember.


Salah satu faktor yang penting ialah rasa kecewa pengundi dengan prestasi reformasi dan pembaharuan, terutama dalam membersihkan negara dari rasuah. 


Kelebihan utama PH dan PKR sebelum ini ialah harapan rakyat agar sistem negara bebas dari rasuah. Ini kehendak utama pengundi-pengundi PH, yang rata-ratanya dari golongan kelas menengah.


Saya selalu mengingatkan kerajaan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa data-data kaji selidik sejak 2024 menunjukkan kebimbangan rakyat mengenai prestasi mencegah rasuah kekal menjadi kritikan utama terhadap kerajaan. 


Lebih-lebih lagi kerana di sebalik ucapan-ucapan dan berita mengenai usaha mencegah rasuah, perubahan itu tidak dirasakan dengan cepat.


Persepsi ini disahkan oleh statistik kes-kes rasuah yang berakhir dengan hukuman. 


Peratusan yang dituduh berbanding kertas siasatan dibuka menurun dari 56% tahun 2020 kepada 39% tahun 2024. 


Sabitan bersalah juga menurun, daripada 300 kes bersamaan 36% kertas siasatan berakhir dengan sabitan dalam 2021, berbanding 2024 hanya 256 sabitan, iaitu 22% berjaya disabitkan.


Tambahan pula, ada kes-kes berprofil besar yang berakhir dengan DNAA, atau kes digugurkan, atau tertuduh dilepaskan selepas membayar kompaun.


Minggu ini, soalan saya kepada Perdana Menteri mengenai kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM naik.


Soalan saya mudah:


Adakah YAB Perdana Menteri bercadang untuk menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi kali keempat selepas ini, dalam keadaan kritikan mengenai penyambungan kontrak perkhidmatan tersebut turut datang dari Timbalan Presiden parti beliau sendiri?


Jawapan kerajaan kabur, sama seperti surat sokongan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri.


Ini jawapan kerajaan.


Walau apa pun keputusan Perdana Menteri mengenai perkara ini, beliau tidak boleh lari dari hakikat bahawa pandangan rakyat mengenai komitmen beliau melawan rasuah bergantung kepada keputusan beliau menyambung perkhidmatan Tan Sri Azam Baki.


Bukan untuk dua kali. Bukan tiga kali. 


Tetapi empat kali.


Jika kontrak itu disambung lagi, keputusan itu akan terus mencemarkan kredibiliti PH dan PKR sebagai parti yang tegas melawan rasuah.


Dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan nama beliau, sudah sampai masanya kontrak itu tidak disambung lagi.


Jadi jika orang tanya saya apa yang PH perlu lakukan sebagai reaksi awal kepada kekalahan teruk di Sabah, mulakan dengan membina kembali kredibiliti melawan rasuah.


Mula dengan melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.


Kalau saya seorang yang mendesak, Perdana Menteri tidak akan dengar.


Lebih baik jika Nurul Izzah juga desak secara terbuka.


Lebih baik lagi jika Anthony Loke dan DAP juga desak secara terbuka.


Barulah kredibiliti lawan rasuah PH dan PKR dapat dibaiki sedikit demi sedikit.




APA PAS BUAT UNTUK ISLAM DALAM MASA 33 BULAN JADI KERAJAAN??


Che Ibrahim


Allah telah uji Pas dengan diberi kuasa memerintah di beberapa negeri. 








Allah telah uji Pas dengan kuasa di peringkat Persekutuan (walaupun secara songsang @ luar tabie dan hanya 33 bulan).


Apa yang telah Pas lakukan untuk perkasakan undang undang Islam dengan kuasa yang ada itu atau Pas sekadar suka berretorik?? 





Hudud yang pernah dianggap sebagai nyawa Pas, Ruu 355 yang barangkali sebagai penyambung nyawa pun tak sempat dibuat apa apa selama 33 bulan berkuasa. Kedua duanya sekarang hilang seperti hilangnya MH370, tapi MH370 lebih bernasib baik dari hudud dan Ruu 355 kerana masih ada usaha pencariannya.



KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI



๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—จ ๐—ญ๐—”๐—™๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ญ๐—œ๐—ญ ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—œ๐——๐—”, ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—จ๐— ๐—จ๐—  ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ


PEJABAT PERDANA MENTERI

3 Disember 2025





๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ, ๐—ก๐—œ๐—” & ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—œ ๐—›๐—จ๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—จ๐—ก๐—š — ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ, ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐˜€ & ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐˜€


Leon Wen






๐˜ฟ๐™ž ๐™จ๐™–๐™–๐™ฉ ๐™‹๐™†๐™ ๐™จ๐™ž๐™—๐™ช๐™  ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™˜๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ฅ๐™ช๐™Ÿ๐™ž-๐™ฅ๐™ช๐™Ÿ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™˜๐™ฎ๐™—๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ง๐™ค๐™ค๐™ฅ๐™š๐™ง ๐˜ฟ๐™–๐™ข๐™–๐™ž, ๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐™๐™–๐™ ๐™ž๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™ฅ๐™–๐™๐™ž๐™ฉ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™– ๐™—๐™š๐™จ๐™–๐™ง ๐™™๐™ž ๐™™๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™–๐™ฉ๐™–:

Tanpa Rafizi, semua “strategi” mereka rupa-rupanya cuma doa dengan excel kosong dan keyakinan palsu.

Yang tinggal hanya kelam-kabut, kronisme gaya baharu, dan arahan ikut suka hati anak beranak PM.


๐™‚๐™–๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐™„๐™ฃ๐™ž ๐˜ฝ๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ž๐™—๐™–-๐™๐™ž๐™—๐™– — ๐˜ผ๐™ฃ๐™ฌ๐™–๐™ง ๐™Ž๐™š๐™ฃ๐™™๐™ž๐™ง๐™ž ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™‚๐™–๐™ก๐™ž


๐—•๐—ฎ๐—ฏ ๐Ÿญ. ๐—”๐—ป๐˜„๐—ฎ๐—ฟ & ๐—ก๐—œ๐—”: ๐——๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ผ๐˜๐—ฎ, ๐—ง๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ข๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐— ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ธ


“Anwar di anjung gaung bersama NIA yang dikendong sebagai pewaris suci Reformasi — walhal jokers di sekelilingnya cuma tunggu peluang tutup lubang-lubang projek sambil halau Rafizi jauh-jauh sebab dia susah nak ‘dikorbankan’ pada meja rundingan korup.”


Ini bukan politik —

Ini Shakespeare versi ๐™๐™š๐™›๐™ค๐™ง๐™ฉ๐™ง๐™–๐™œ๐™ž๐™จ.


๐—•๐—ฎ๐—ฏ ๐Ÿฎ. ๐—ง๐—ต๐—ฒ ๐— ๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜ ๐—ง๐—ต๐—ฒ๐˜† ๐—™๐—ถ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ: ๐—š๐—ฎ๐—บ๐—ฒ ๐—ข๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ, ๐—–๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐˜€ ๐—ฅ๐—ผ๐—น๐—น, ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต


Damai punya keyakinan:

“PKR boleh menang 80 kerusi tanpa Rafizi!”


๐™๐™š๐™–๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ž:

20 kerusi Sabah → Menang 1, itu pun hasil lompatan, bukan kekuatan.

Kalau ini bukan ๐™๐™š๐™›๐™ค๐™ง๐™ข๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™จ, aku tak tahu apa lagi namanya.


๐—•๐—ฎ๐—ฏ ๐Ÿฏ. ๐—”๐—ป๐˜„๐—ฎ๐—ฟ’๐˜€ ๐—•๐—ถ๐—ด๐—ด๐—ฒ๐˜€๐˜ ๐—œ๐—น๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป: ๐——๐—ถ๐—ฎ ๐—œ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ถ๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฃ๐—› ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด — ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—น ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐——๐—ถ๐—ฎ ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ป


Mereka lupa satu fakta suci:

Anwar ini bukan GPS politik. Dia Waze versi offline.

Yang tunjuk arah, yang ukur jalan, yang gerakkan wave, yang buat angka — semua Rafizi.


Bila “orang yang ukur jalan” kau tendang…

Maka jadilah kau ๐™‹๐™ˆ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™š๐™จ๐™–๐™ฉ ๐™ฅ๐™–๐™ ๐™–๐™ž ๐™ฅ๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™™๐™– ๐™ฅ๐™–๐™ก๐™จ๐™ช ๐™‚๐™š๐™ฃ๐™œ ๐˜ฟ๐™–๐™ข๐™–๐™ž.


๐—•๐—ฎ๐—ฏ ๐Ÿฐ. ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป → ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐˜€ → ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐˜€


Segala ๐™–๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™›๐™ž๐™ฏ๐™ž:

– Salah lantik

– Salah calon

– Salah bacaan data

– Salah gaya kempen

– Salah timing

– Salah fokus

– Salah gerak

– Salah prioriti

– Salah nak kejar walaun sampai tinggal M40, anak Sabah, anak Sarawak, Cina, India, semua.


Semua Rafizi cakap dulu.

Semua Damai gelak.


Sekarang Sabah gelakkan mereka balik.

Next Sarawak.

Then Semenanjung.

Then PRU16: PKR tinggal nostalgia & bendera lama dalam stor.


๐—•๐—ฎ๐—ฏ ๐Ÿฑ. ๐—ž๐—ฟ๐—ผ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฒ ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—œ๐—”๐—ฝ๐—ผ๐˜๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฒ ๐—ก๐—ฒ๐˜„ ๐—˜๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป: ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ “๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ”


Bila letak NIA sebagai ikon parti dan buang Rafizi, mesejnya jelas:


“๐˜‹๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜—๐˜’๐˜™ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช, ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜จ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช.”


Dan bila orang tanya, “๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ?”

Jawapan paling jujur:

Sebab Anwar fikir setia itu lebih penting daripada kompeten.


Padahal negara ini bukan kedai runcit keluarga.


๐—•๐—ฎ๐—ฏ ๐Ÿฒ. ๐—”๐—น๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜ ๐—ง๐—ฒ๐—ถ, ๐—ฉ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ผ ๐—ง๐—ฎ๐—ธ ๐—–๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฝ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ถ, ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ธ ๐—ง๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ด๐—ถ — ๐—”๐—ธ๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐˜„๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ผ


Kalau skrip tak kemas, editing pun berterabur.

Kes Albert Tei ni macam drama murah:


Episod 1: Video tak cukup bukti.

Episod 2: Siasatan belum tamat lagi.

Final episod: Tiba-tiba “tindakan tegas” ala gestapo masa minggu undi.


Ini bukan tindakan.

Ini last-minute desperado nak kejar undi yang dah lama lari.


Rakyat bukan bodoh.

Rakyat cuma sabar — sampai tahap mereka muak.


๐—•๐—ฎ๐—ฏ ๐Ÿณ. ๐——๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐—ต: “๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ!” — ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป.


Kami Tunggu Hari Kematian Politik Damai bingai Itu.


Geng Damai sibuk cakap:

“Kita tak perlukan Rafizi!”

“Kita boleh menang 80 kerusi tanpa dia!”


Kawan,

Satu Sabah pun kau tak mampu bahagi 20 kerusi dengan bermaruah.


Satu.


Saja.


๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€:


Damage control paling pedih:

Datangkah rombongan merisik Anwar & NIA kepada Rafizi dan Team Hiruk?


Aku serta beberapa Otai Reformasi telah di hubungi geng Damai (๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฌ; ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฉ, ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฑ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ฌ; ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ ๐˜ญ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ด๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ญ) yang nak merangkul kita.


๐™…๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™–?

Hanya satu:


> ๐™†๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ก๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ง๐™ค๐™ ๐™„๐™™๐™š๐™–๐™ก๐™ž๐™จ๐™ข๐™š ๐™๐™š๐™›๐™ค๐™ง๐™ข๐™–๐™จ๐™ž.

Bukan Reformasi anak-beranak.

Bukan Reformasi projek tepi.

Bukan Reformasi untuk cronies makan sebelum negara bangun.


๐˜ฟ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™–๐™ก๐™–๐™ช ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ง๐™ช๐™ฃ๐™™๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™&๐˜พ?

Senang.


Tunaikan apa yang PKR janjikan.

Lawan rasuah habis-habisan, bukan separuh jalan untuk peluk semua demi kekal kuasa.


๐™๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™๐™–๐™›๐™ž๐™ฏ๐™ž?

Dia dah kata awal:

Dia selesa di luar sandiwara kuasa.

Dia sedang bina joran untuk anak muda — Fleximart, Kesum, generasi masa depan.


๐™‹๐™๐™๐Ÿญ๐Ÿฒ?

Maybe dia akan sit-out.


๐˜ฝ๐™ž๐™–๐™ง๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™†๐™ ๐™—๐™ช๐™ ๐™ฉ๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ฎ๐™–๐™ฉ ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™ช๐™ ๐˜ฟ๐™–๐™ข๐™–๐™ž:

“๐™‹๐™†๐™ ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™ฅ๐™– ๐™๐™–๐™›๐™ž๐™ฏ๐™ž.”


> Kami telah sedar dan menyesal. Boleh bayar kamu semua dulu, sebut harga, sila kembali dan pujuk Rafizi sekali.


๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ ๐™–๐™ข๐™ž ๐™๐™š๐™ฃ๐™™๐™–๐™  ๐™—๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™œ,

๐™๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™ ๐™š๐™—๐™š๐™ฃ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™ช๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ.


๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ, ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฎ ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ & ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ —

๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ… ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ.


Kongsikan komen anda di bawah:

๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ด๐˜ต ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜™๐˜ข๐˜ง๐˜ช๐˜ป๐˜ช?


====>>>

✍️ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข: Leon Wen | ๐˜๐˜ช๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜Œ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฆ๐˜ด

- ๐˜’๐˜ถ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ฑ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ.

๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜จ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฉ.

๐˜‹๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ — ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ.


๐˜•๐˜ฆ๐˜น๐˜ต:

๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ, ๐—ก๐—œ๐—” & ๐——๐—œ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐——๐—”๐— ๐—”๐—œ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ ๐—ด๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐—ด. ๐—˜๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต:

KRONIK Kejatuhan Yang Sudah Dijangkakan, BUKAN Dongeng.

Bila Amaran Rafizi Jadi Kenyataan, PKR Tersungkur Dalam Lubang Yang Dia Cuba Tutup.

๐˜๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ต๐˜ช ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ด, ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜—๐˜’๐˜™ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ถ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜จ๐˜ข๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜‹๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช ๐˜จ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ด?

"๐˜Ž๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ด ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ด, ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ณ๐˜ถ๐˜จ๐˜ช ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ข": 

๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฅ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ถ ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ.


•••




Shamsul Iskandar Tersungkur


Zuwairi Md Yusof



Shamsul Iskandar dan Albert Tei akan hadapi lima pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009.Sofia Rini Buyong tidak akan di tuduh dan akan menjadi Saksi kes. - Azam Baki 


Padan dengan muka kau Sialan DAMAI,KARTEL PKR.Hari2 gelap menantimu dan berakhir sudah segala kejahatanmu terhadap YB Rafizi,HIRUK dan Rakyat Malaysia yang terkesan dengan pengkianatan kalian semua yang berkenaan.Tinggal lagi nama AZAM BAKI turut ada dalam video itu jadi Anwar Ibrahim wajib menggantung KP SPRM serta merta dan biarkan orang lain menyiasat AZAM BAKI supaya tiada gangguan berlaku sepanjang siasatan kes ini.Jangan cuba2 sambung lagi kontrak AZAM BAKI.Itu RED FLAG buat PH PRU16 2026 depan.



Reformasi Madani Tersadai Di Kontrak Azam Baki.


1️⃣ PRN Sabah bukan sekadar kalah kerusi.Itu referendum senyap: pengundi terutama kelas Menengah dah muak dengan slogan “lawan rasuah” yang tak selari dengan apa jadi di Mahkamah & Institusi.



2️⃣ Kekuatan asal PH dulu senang: Rakyat percaya mereka sanggup bakar Jambatan lama demi Negara bebas Rasuah.Bila dah jadi Kerajaan,jambatan lama tak di Bakar,Azam Baki pun kekal jadi Penjaga Tol.


3️⃣ Data yang Rafizi petik Pedih: kertas siasatan → dakwa turun 56% ke 39%.Sabitan turun 36% ke 22%.Billboard tulis “zero tolerance” tapi conversion rate dari siasat → Penjara makin merudum.Rakyat nampak bukan Buta Huruf.






4️⃣ Dalam masa sama kes profil tinggi berselimut DNAA,kompaun, kes di Gugurkan.Bagi orang ramai mesejnya jelas: kalau Marhaen, bayar Harga.Kalau Elit, bayar Peguam.


5️⃣ Sebab itu Azam Baki jadi Simbol.Isunya bukan Peribadi tapi apa yang dia wakili: continuity zaman lama.Dan bila kontrak di sambung bukan sekali,bukan dua kali tapi Empat kali.Itu bukan lagi Warisan itu Pilihan Politik.


6️⃣ Di sini sasaran sebenar Rafizi Ramli: Anwar.Komitmen lawan rasuah kini “bergantung kepada keputusan PM” sama ada mahu sambung lagi kontrak Azam.Kalau di Sambung juga kredibiliti PH/PKR tercalar atas nama PM sendiri.


7️⃣ Lebih pedas bila jawapan kerajaan pasal kontrak SPRM “kabur”, sama kabur macam Surat Sokongan politik yang pernah jadi bahan. Naratif institusi bebas tak jalan bila orang nampak tangan politik di hujung Pen.


8️⃣ Yang menarik, Rafizi sendiri sedar suaranya tak cukup.Dia ajak Nurul Izzah Anwar,@Anthony Loke,DAP desak secara terbuka.Ini sebenarnya pengakuan: dalam kerajaan Perpaduan suara Reformis dah jadi Minoriti yang terpaksa menjerit dari tepi.


9️⃣ Ironinya, Azam dah lama jadi isu.Nada setegas ini hanya meletup selepas PH bungkus di Sabah.Soalan sinis: kita sedang lihat keberanian Prinsip atau Damage Control bila Undi Protes sudah sampai depan pintu?


๐Ÿ”Ÿ Apa pun mesejnya jelas: kalau MADANI serius tentang Reformasi,mula dengan jangan sambung kontrak Azam Baki.Kalau simbol status quo pun tak berani di sentuh,jangan terkejut kalau PRU16 akan datang cuma ulang skrip Sabah.


Semua ADUN2 GRS yg terpalit dalam video harus di siasat semuanya termasuk HAJIJI.Jika terbukti bersalah maka mereka akan hilang jawatan ADUN,PRK terpaksa di buat semula semua kerusi DUN itu.Lantik Tan Sri AYOB KHAN menerajui SPRM, rakyat akan kembali percaya Pakatan Harapan serius ingin hapuskan Rasuah Anwar Ibrahim.


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1996122276211970284





KEH KEH KEH BRAINDEAD


Fadli Saari


 Saya tengok ada komen dari seorang peminat setia saya, dia kata saya full of crap ๐Ÿ˜…





Dia begini kak, saya tak defend pun Exco Terengganu tu, bahkan saya tidak setuju pun tindakan dia tulis surat tu. Saya dah nyatakan dalam hantaran saya yang kak komen tu. Dan saya tak bercakap bagi pihak dia pun, kerajaan negeri Terengganu ada Menteri Besar dan Exconya sendiri untuk buat penjelasan.


Saya hanya nyatakan perbandingan antara dua surat itu oleh PMX pagi ini tak betul dan songsang. Dan saya sebut perbezaan-perbezaannya. Kalau isu baru dapat lesen, eh ada ke peraturan kena ada tempoh bertenang selepas dapat lesen baru dapat kontrak? Apa yg pasti dua daripada lima syarikat yang disenaraikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu ialah syarikat bermasalah dan tidak patut disenaraikan oleh seorang Setiausaha Politik apatah lagi Menteri Kewangan itu sendiri Perdana Menteri!


Saya tidak setuju walaupun geng saya sendiri. Adakah anda juga mengkritik tindakan keluarkan surat sokongan oleh Setpol PMX sebelum ini? Apa pula suara anda apabila video-video babitkan geng PMX sendiri keluar bersiri? Siapa full of crap kak? 


Pound sterling ada? ๐Ÿ˜




KEMBALIKAN RAFIZI UNTUK PRU 16




 SELEPAS LIMA CALON BEBAS MENANG DI SABAH, MUNGKINKAH POTENSI YANG SAMA BERLAKU PADA PRU16?


3 December 2025


Selain DAP yang tidak menang walau satu kerusi dan PKR yang menang cuma satu kerusi (itu pun melalui calon yang diterjunkan daripada GRS) yang dianggap sebagai keputusan mengejutkan dalam PRN Sabah baru-baru, kemenangan lima calon Bebas juga sesuatu memeranjatkan.


Meskipun calon Bebas boleh dikira pernah menang di Sabah dan Sarawak sebelum ini, tetapi sehingga lima orang calon Bebas mampu menang tentu saja sesuatu yang luar biasa.


Apakah rahsia mereka?


Yang nyata, dengan kemenangan itu, nama dan kekuatan parti bukan lagi ukuran untuk seseorang calon itu beroleh kemenangan.


Jika mereka dikenali sebagai pemimpin yang baik, berkhidmat dengan cemerlang, mesra rakyat dan diyakini kemampuannya berperanan sebagai wakil rakyat – tanpa parti, tanpa naungan kerajaan, tanpa dikempen oleh Perdana Menteri, Ketua Menteri atau menteri-menteri, tanpa manifesto, tanpa jentera kerajaan dan tanpa Jkom – kemenangan tetap boleh diperolehi.


Kelima-lima calon Bebas di Sabah itu memilih untuk terus bertanding kerana diketepikan sebagai calon oleh parti mereka.


Logiknya, jika parti tersebut benar-benar diyakini dan  seseorang pemimpin itu kononnya tidak mampu berkhidmat dengan baik tanpa parti yang menaunginya, tentunya mustahil pemimpin yang bertanding atas tiket Bebas mampu mencapai kemenangan.


Di Semenanjung sebelum ini, Shahrir Samad pernah mencipta kejutan dan diperkatakan sekian lama kerana menang atas tiket Bebas di Parlimen Johor Bahru.


Tetapi selepas itu, tidak pernah lagi ada pemimpin lain mampu mengikut jejak langkahnya.


Dengan kemenangan lima calon Bebas di Sabah dan persekitaran politik di Semenanjung ketika ini yang memperlihatkan ada sejumlah personaliti politik diketepikan oleh parti masing-masing, ada baiknya jika mereka mula meneroka kemungkinan yang sama.


Rafizi Ramli beberapa Ahli Parlimen PKR dan Hishammudin Hussein serta Khairy Jamaluddin (UMNO) adalah antara personaliti politik yang tidak mungkin dicalonkan lagi oleh parti masing-masing pada PRU16 akan datang.


Kecuali Hishammuddin yang agak mendiamkan diri, Rafizi dan beberapa pemimpin kumpulannya serta KJ sebaliknya terus popular di mata rakyat melalui pendekatan dan cara mereka yang tersendiri.


Melihat kepada populariti dan rakyat lebih ramai yang “like” kepada mereka berbanding sesetengah menteri, potensi untuk mereka menang jika bertanding Bebas jangan ditolak ke tepi.


Pastinya lebih menarik dan menggerunkan, baik kepada kerajaan atau parti yang berhasrat untuk menjadi kerajaan kiranya diwujudkan kesepakatan dengan personaliti-personaliti laon yang popular di sisi rakyat untuk sama-sama bersedia  bertanding sebagai calon Bebas.


Katalah dapat dikumpulkan dalam 30 orang dan kiranya 20 atau 25 orang daripadanya beroleh kemenangqn, kumpulan Bebas itu dengan sendirinya mampu menjadi “king maker” selepas PRU16 akan datang.


Mungkin bagi sesetengah orang, perkara itu mustahil menjadi kenyataan, tetapi melihat kepada kedudukan kerajaan dan blok pembangkang yang sama-sama kurang diyakini ketika ini, Bebas mungkin menjadi pertimbangan.


Jika tidak dicuba, tembok kemustahilan itu tidak dapat dirobohkan.


Sama seperti lima Adun Bebas yang menang di Sabah baru-baru ini, barangkali ramai juga yang mengatakan mustahil mereka akan beroleh kemenangan.


Hakikatnya, empat daripada Adun Bebas Sabah itu sekarang ini sudah bergelar pembantu menteri. – ShahbudinHusin 03Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/calon-bebas-juga-ada-potensi-di-semenanjung/




KRITIK TAK APA TAPI JANGAN FITNAH.. KENA KUTIP DSH. KESIAN HANG.

 


MUDA MUDA DEPA KATA TAK BETOI


 

NEGERI ORANG NAK AMBIK DAH


 

KOLA NERANG POKOK SENA LANGGAQ... HIJAU JALAN KIRI KANAN...


 

TAK SAMA SURAT SAM DAN BADIGOL DIGANU.

 


Dah lama aku tak menulis. Sibuk tu satu hal. Tapi naik menyampah pun satu hal lagi. Bukannya menyampah dengan ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ.







Bukan walaun! Yang walaun kita dah tau la bebal. Ini sekumpulan pewalak lain. Yang sekarang ni dah jadi sama hebat dengan walaun bebalnya.


Kerja cuma cari salah kerajaan. Kemudian manipulasi cerita supaya nampak kerajaan sekarang ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ด la kononnya sebab pujaan dia tak ada.


Komen pun aku dah lama tak tengok. Tadi je baru aku tertengok. Sekali ada walaun tanya aku kenapa aku tak ulas isu ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐˜€๐˜‚๐—น ๐—œ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ.


Pertama sekali, aku memang dah lama tak berkenan dengan Shamsul tu. Dari dulu aku selalu tertanya apa kelebihan dia yang PMX nampak.


Tapi dalam isu ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป tu, aku tak nampak ada unsur rasuah pun. Tak nampak salahnya. Cuma aku rasa tak berbaloi nak ulas.


Tapi takpe. Sebab walaun ingat aku tak berani, jadi aku ulas la sikit. Senang je ceritanya. ๐˜๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ ๐˜ด๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜จ๐˜ฉ๐˜ต ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฅ.


Shamsul hantar surat yang ada  nama ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜. Dan dia hantar ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป suruh lantik tapi meminta agar ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป. Itu sahaja.


Bagi aku, itu lebih kurang macam tambah ๐—ผ๐—ฝ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป. Nak bagi senang cerita, kalau manusia, macam kita nak jodohkan kawan kita la. Tunjuk dia gambar lima gadis suruh dia pilih.


Kalau dia suka, dia pilih satu. Kalau tak berkenan, dia pilih lain pun kita tak kisah. Kita cuma nak tolong je kebetulan kita kenal jadi yang cari calon suami. Gitu.


Bukan macam surat Exco Terengganu. Dia beri cuma ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ dan ๐—น๐—ผ๐—ฏ๐—ถ ๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฎ-๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฎ suruh lantik syarikat tu. Macam mak bapak yang paksa anak setuju kahwini gadis pilihan mereka. Begitu baru salah.


Adalah perbuatan Shamsul tu melanggar etika? Ya sebab kerajaan ini janjikan ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ. Adakah dia langgar undang-undanng? Jawapannya, ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž.


Ok itu pasal surat sokongan. Yang pasal kes rasuah tu, sekali imbas aku dah boleh nampak yang ๐—”๐—น๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜ ๐—ง๐—ฒ๐—ถ tu adalah ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป seseorang.


Dalam isu ni, yang ๐—ฝ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜ adalah si Albert tu. Berapa ramai orang politik yang dia rasuah. Kita dia tu ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ. Itu hero walaun?


Dan bab ni satu benda yang bermain dalam kepala aku. Albert beri Shamsul hampir ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ๐˜  untuk dapatkan duit yang dia dah beri Adun Sabah.


Shamsul ni ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜‚๐˜ ๐—ต๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ke apa? Aku ingatkan dia rasuah untuk dapat projek. Tapi nak suruh kutip duit. Kalau setakat nak suruh kutip duit macam tu baik upah samseng je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


JOM BACA...TAPI BAGI AKU JASA RAFIZI JANGAN DIKETEPIKAN.


 Norman Radzuan



KC telah maklumkan dan kita telah mencuba


BUKAN ANWAR TIDAK TAHU TAPI DIA FIKIR TANGGUNGJAWAB BELA MELAYU DAN MARHAEN


Maaf semalam saya berbual dgn ramai teman2 selepas mereka membaca artikel (saya tidak anggap post mortem ) mengenai faktor keputusan PRN Sabah tidak memberangsangkan di Sabah baru2 ini.


Saya lebih menjawab isu2 yg dibangkitkan dan dicadangkan mereka. Adakala perbualan kami menjadi tegang kerana berbeza pandangan.


Akhirnya 5 org teman yg merupakan ahli parti (team A & B ) dan non partisan itu bersetuju dgn hujah saya walaupun sedikit tegang dgn hujah masing2. 


So better saya kongsi di sini sebagai sinambungan yg dijanjikan sebelum ini. Ini bukan mencari alasan… ya kita hanya menang 1 kerusi fakta di bawah. 


Antara isu yg ditanyakan kpd saya…


1) Betul ke PKR tiada strategi utk menawan pengundi Sabah?

- Mana ada parti yg bertanding tiada strategi? Cuma strategi parti2 tempatan Sabah lebih ampuh dgn memainkan naratif ‘Sabah fo Sabahan’ atau tolak parti Malaya.


Akhirnya BN, PN dan PH menjadi mangsa kpd strategi tersebut. Walaupun parti2 ‘Malaya’ memainkan tagline utk menambat hati pengundi di Sabah seperti PN dgn ‘Kasi Bagus Sabah’, BN dgn ‘Bikin Balik Sabah’ dan PH ‘Harapan Orang Sabah’ ia tetap ditolak walaupun bukan secara total. 


2) Ada yg kata Panglima Perang baru gagal?

- Saya telah beri penjelasan sebelum ini. Di Sg.Bakap kita ada tiga Panglima Perang dan dua darinya bertaraf Menteri. Kita tewas lebih teruk dari sebelumnya iaitu hampir dua kali ganda.


Isu kekalahan itu semua ahli parti ketika itu setuju kerana penolakan atau sabotaj pengundi Cina. Tapi bila berlaku di Sabah ada yg pertikaikan kenapa tak berjaya tambat hati pengundi Cina???


Anda mesti ingat PN bawa turun Ulama Besar tersohor dunia, Tuan Guru TS Abdul Hadi Awang pun 36 calon mereka hangus wang deposit. Sdgkan PRN sebelum itu PN memenangi berpuluh kerusi DUN hingga menjadi kerajaan negeri.


Tentu ada pelbagai isu menyebabkan pengundi Sabah terutama bangsa Cina berbuat demikian. Patut yg disalahkan adalah DAP kerana mereka parti dominan Cina di Sabah.


Walaupun saya mempunyai info tetapi sebagai org parti yg ditugaskan di sana ‘post mortem’ dari saya tentulah mesti mengikut disiplin organisasi parti iaitu diberikan secara dalaman bukan di public.


Gambar ( Loh Ker Chen ) dtg ke Sabah pada bulan September. Dia bertemu saya dan maklumkan bahawa org Cina tolak DAP. Bila tolak DAP tempias pastinya kena pada PKR yg bertanding di kawasan urban dan semi urban.


Sb itu sebelum Ker Chen atau saya panggilnya KC ke China saya panggil dia bantu ke Sabah. Esoknya dia tiba ke KK bantu saya dgn menyampaikan info survey dan juga melakukan podcast dalam bahasa Mandarin.


Pelbagai cara kita lakukan terutama pimpinan bertemu dgn pengundi Cina, pertemuan dialog dgn pimpinan komuniti Cina, makan malam bersama komuniti Cina ( KK, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Tenom, Inanam ) dan bermacam mcm lagi. Itu belum lagi dilakulan pihak DAP. 


So jgn kata kenapa kita tak tackle pengundi Cina. Kita patut tanya kenapa kita dpt telur ayam di Terengganu yg pengundi bangsa Melayu sendiri… isunya serupa cuma berbeza etnik.


Cuma semalam kawan saya org Dusun sindir dalam gurauan…Katanya org Cina lari ke Warisan akhirnya tiada bangsa Cina dlm kabinet Sabah kali ini buat sekian kalinya.


3) Ada kawan dari KL beritahu dia tak nampak pun live dan content kempen parti di Sabah?

- Algoritma Semenanjung berbeza. Saya di sini bila memasuki bulan kedua sudah kurang dpt melihat content TT Semenanjung. Yg lalu semua content2 Sabah.


Kempen live setiap Cabang ada lakukan. Content setiap 25 Cabang ada lakukan malah calon2 juga ada content tersendiri. Sb itu media PKR antara terbaik selepas Warisan menurut rakan media di Sabah.


Sabah Onsoi, My Community, Berita Keadilan Sabah, Sabah Vibes dan byk lagi termasuk beberapa blackops mendapat tontonan yg baik. Itu belum dari media DAP.


So ada yg komen tentang media itu saya katakan mereka boleh bercakap apa sahaja. BN dulu berjuta spend utk media ketika election 2018, tapi mereka tewas kerana sentimen persepsi yg menimbulkan wave di kalangan rakyat.


4) Jika media ok, penerangan ok, kempen ok kenapa kalah?

- Kalah itu sb menang 1 tetapi melihat konteks keseluruhan kita tidak berjaya memenangi byk kerusi. Jika kita menang 2 kerusi kita dianggap seri.


Undi popular PKR masih lagi baik jauh mengatasi PN yg bertanding 41 kerusi sdgkan PH hanya 20 kerusi.


PKR tidak hilang deposit berbanding PN dan parti2 tempatan. Sdgkan ada 389 calon termasuk parti tempatan hilang deposit. Jika PKR hilang deposit semua calon… itu barulah kita anggap gagal dlm erti kata sebenarnya.


Sometimes dlm football match, you control the game but still lose. Kita tewas dlm majaoriti yg kecil utk beberapa kawasan.


5) Strategi tidak betul?

- Yg sebut tidak betul itu detailkan di mana dan apa formula utk atasi kegagalan tersebut. Undi Cina tolak…ya berikan formula bagaimana utk tackle pengundi Cina kpd DAP yg dominan pengundi Cina tetapi hanya dpt telur ayam. 


Sdgkan di Sg Bakap kita semua bersama di PRK ( semua pimpinan PKR, cytro & influencer )… kita gagal mencari formula utk menarik pengundi Cina atas isu diesel.


Saya beritahu isunya utama faktor kekalahan ada dua. Pertama tolak parti Malaya dan kedua swing pengundi Cina. Keduanya telah cuba diatasi. Jika bukan kerana swing pengundi Cina pastinya Api Api, Inanam dan Karamunting akan menjadi milik PKR.


Saya sindir kawan yg agak keras dgn saya semalam… jika kamu hebat tahun depan pilihanraya Sarawak… silakan dan buktikan kamu boleh tackle pengundi Cina atau org Iban atau Dayak di sana.


6) Kenapa GRS dan Warisan berjaya?


70% pengundi Sabah sudah tertanam di minda mereka oleh pimpinan parti2 Sabah… ‘Hanya undi parti tempatan tidak kisah yg mana satu kamu suka. Selamatkan Sabah!’


So 2 parti utama diyakini rakyat Sabah adalah GRS dan Warisan yg menjadi seteru utama. Dua parti ini ibarat Liverpool dan MU.


Kedua parti ini berperang bagai perang dunia kedua tetapi tetap menjadi pilihan kerana sentimen anti parti Malaya.


GRS diserang dgn isu Zara. Solidariti Zara ke seluruh Sabah umpama kempen pilihanraya utk burukkan GRS pimpinan Hajiji.


Tidak cukup dgn itu Albert Tei turut menjadi ‘panglima perang’ utk memusnahkan pimpinan GRS dgn skandal korupsi disertakan dgn video sebagai bukti. Pun tetap gagal kerana mindset ‘urang’ Sabah pilih parti local.


Begitu juga Warisan diserang sebagai parti PATI, skandal Syafie Apdal, kerosakkan dilakukan Syafie hingga Lebuh Raya Pan Borneo gagal disiapkan, penghinaan kata2 Syafie kpd suku2 tertentu… tetap org Sabah pilih Warisan.


Pola pengundi di Sabah tak ubah sepertimana pengundi di Pantai Timur. Biarlah pemimpin mereka gagal mentadbir, ada kes rasuah, ada byk kes fitnah, jual agama… tetap memilih PAS.


Atau mudah cakap…Warisan juga ditolak pengundi Semenanjung apabila mereka bertanding dahulu dgn kelalahan teruk. Sentimen kenegerian, agama dan bangsa sebenarnya membunuh masa depan Malaysia utk maju dan harmoni.


Lebih unit di Sabah selain parti, servis calon, calon etnik mana memainkan peranan. Jika kawasan itu ramai Bugis… kena letak calon Bugis.


7) Ada yg menulis Anwar jangan kejar undi walaun. Kerja sia2. Tumpukan pada M40 & pengundi Cina yg pangkah PH.

- Bukan Anwar Ibrahim tidak sedar. Anwar boleh sahaja lakukan dgn menjaga kepentingan org2 kaya, tauke2, berikan apa yg dimahukan bangsa Cina.


Tapi Anwar tahu dgn kuasa yg ada padanya dia perlu membela rakyat marhaen semua bangsa yg menderita kerana pimpinan dahulu hanya menjaga tauke2 besar.


Rakyat marhaen di negara ini yg susah kebetulan ramai org Melayu. Anwar tahu risikonya tapi dia juga tidak mahu suatu hari nanti dia dan anak cucunya menanggung penghinaan bahawa dirinya tidak membela nasib bangsanya sendiri.


Sebab itu golongan petani, nelayan, peniaga2 kecil, gaji kakitangan awam, pembinaan Kota Madani semua itu dilakukan tujuannya utk membela nasib org2 Melayu.


Risiko inilah yg diambil oleh Anwar. Malah risiko yg diambilnya ini dibalas dgn hinaan oleh bangsa Melayu sendiri. Sdgkan pengorbanannya sanggup dipenjarakan, dipukul, dicerca demi membela bangsa Melayu.


Dlm masa sama Anwar mesti bela nasib rakyat marhaen dari pelbagai kaum. Bukan dia jadi hamba kpd bangsa Cina atau sesiapa kerana dia adalah ketua kerajaan utk semua bangsa.


Beliau bukan mencuri harta rakyat malah beliau sanggup tidak bergaji utk rakyat lebih merasa dari dirinya. Kita tidak sedar pengorbanan dilakukan Anwar utk rakyat marhaen bukan menjaga tauke2 besar. 


Sebab kita tidak positif atau mengenali siapa Anwar Ibrahim. Jenerasi akn dtg akn kenangkan jasa Anwar sepertimana bangsa ini kenangkan jasa Tun Razak satu ketika dahulu. Percaya kata2 saya ini.



WOIII FADLI..LIAYA MARZUKI AJAK HANG BERMUZAKARAHNKA DEBAT KA..ADA BRANI KE ? DALAM BAHASA MELAYU.

 


KOYAK


Saya menilai seorang pemimpin dengan cara dia kawal emosi. Cara dia berkomunikasi dengan rakyat. Walaupun berbeza pendapat. 


Kerana bila dia jadi pemimpin negara. Mewakili negara dalam rundingan antarabangsa, bukan saja kena probok2 ye. Akan diuji, dimanipulasi malah boleh kena game.


Kalau YB Pembangkang pun dah koyak hanya kerana teguran seorang wanita, siap screenshot bagai, 

Galakkan pengikut dia buli siber pula ๐Ÿ˜Š

Tunjukkan dia tak tahu kawal emosi. 

Dengan wanita biasa pun koyak sekali. 


Apa gerenti Fadhli Shaari boleh tahan kena mind-game dengan Trump yang YB dok puja. Atau Putin dan Netanyahu, confirm terkulai layu. 


Makanya kita boleh tahu level mana kawalan emosi dia. Tak boleh percaya dia nak uruskan benda high level, dasar dan rundingan negara. 

Nescaya koyak, kita yang masak. 


***********


Ingat tak dulu dia kantoi menipu pasal falsampah kambing biri2 dan monyet. Berhari dia sorok posting bila orang bising. Lepas reda, baru muncul kembali. Dia ingat rakyat Malaysia tak tahu dia punya spin? 


Inilah jadinya bila dia ingat Rakyat tak celik. 


Macam ni lah YB. 


Ini “peminat “ YB nak ajak YB ber-MUJADALAH isu ni. 


Marilah… kita bincang elok2… isu surat sokongan ni. 


Saya boleh juga try bagi YB tusyen pasal— 


♦️Surat Pekeliling SPRM pasal Surat Sokongan

♦️Intipati kesalahan Salah Guna Kuasa melalui Surat Sokongan

♦️ Elemen jenayah bawah Akta SPRM dan Kanun Keseksaaan. 


Kot-kot YB terlupa atau tak tahu nak cari mana Aktanya. 


***********


Lagi satu, saya dah sentuh mengenai isu ini. Bandingkan dua surat sokongan dari SECPOL MOF dan ADUN Terengganu, dari sudut pandang undang2. Namun, nak terus kata depa ni bersalah tanpa siasatan dan maklumat macam YB tengah buat, itu bukanlah tindakan bijak. 


Itu tindakan “jump the gun” a.k.a meroyan tak kena tempat. 


Sama saja bila saya tak kupas kes tuduhan rasuah YB Sanusi, atau kes jual tanah MB Terengganu kepada isteri. Saya tunggu dan perhalusi dulu. Takde saya tuduh melulu. 


Tapi YB kes pemimpin sekolam langsung tak berdehek bunyi. 


Tapi kes pemimpin lawan, mak aiiii… Surat sokongan yang comply arahan dan pekeliling Kerajaan, YB naik hantu! 


Mana letaknya otak YB, adakah sudah migrate ke lutut? ๐Ÿ˜Š


***********


Kita minta tolong cari keadilan untuk rakyat kawasan YB pun YB buat dek. Setakat wayang2 di Parlimen. Tanya2 soalan dua tiga line. Walhal ibu Wan Ahmad Faris mintak tolong YB dah bertahun. 


Tapi bab nak pandirkan rakyat dengan half truth. 

YB punya lah jaguh. 


Nah… apa kata YB tunaikan permintaan “peminat” YB ni, mari berdebat. Platform JPO asyik ajak YB, pandai YB mengelak bertahun. 


Takkan la dengan “peminat” perempuan pun nak takut. 

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Salam hormat,

Liyana Marzuki



TANPA RAFIZI PKR LEMAH ? LONTARAN MENARIK DAN BUKTINYA.

Marlina Pretty


 *Tanpa Rafizi, PKR Runtuh – Anwar Kini Menarik PH Terus ke Liang Lahad*


Sebaik sahaja beliau meninggalkan politik aktif, PKR mula berdarah teruk.


Pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil – Melaka, Johor, dan banyak lagi – bertukar menjadi pembantaian.


Penyokong Pakatan hanya mampu melihat dengan ngeri ketika parti mereka dihina berkali-kali. Moral jatuh. Harapan lenyap.


Pejuang menjadi penonton. Tiada hala tuju, tiada strategi, tiada semangat yang tinggal.


Mereka merayu Rafizi kembali.


Beliau kembali – bukan kerana jawatan, tetapi kerana Malaysia.


Dengan data INVOKE yang tajam, beliau melancarkan Ayuh Malaysia. Beliau mengelilingi negara tanpa henti. Beliau membina gelombang demi gelombang. Beliau merangka naratif strategik yang tepat. Beliau membina semula moral dari abu.


Beliau janji 80 kerusi PRU15.


Semua ketawa. “Terlalu ambisius,” kata mereka.


Beliau serah 82 kerusi.


Beliau beritahu Anwar Ibrahim untuk bertanding di Tambun – kerusi yang penganalisis ramalkan sebagai bunuh diri politik. Mereka tuduh Rafizi mahu ‘tanam’ Anwar. Anwar tetap percayakan dia.


Anwar menang besar. Dari runtuhan pembangkang, mereka mara ke Putrajaya.


Rafizi menjadi lelaki di belakang takhta: strategis, panglima perang, ketua pengarah pilihan raya, pembina gelombang, penggerak massa, suara yang menggerakkan jutaan.


Beliau berjaya. Senyap. Konsisten. Berkesan.


Kemudian beliau mula mendesak – sopan, profesional – untuk reformasi sebenar.


Dan ketika itulah mereka putuskan dia perlu disingkirkan.


Mereka menendang Rafizi keluar kerana lima dosa besar:


1. Beliau mahu reformasi cepat. Mereka mahu “business as usual”.


2. Beliau berprinsip, anti-nonsense, anti-rasuah. Mereka mahu cari makan – saham, lantikan, kontrak, projek, dana gelap, dan surat sokongan.


3. Beliau terlalu berpengaruh, terlalu kompeten, terlalu popular. Kuasa besar dalam parti terasa terancam – seperti maharaja lama yang membunuh jeneral setia yang membawa mereka ke takhta.


4. Beliau mahu menunaikan manifesto yang beliau sendiri rangka pada 2018. Mereka mahu U-turn setiap janji sebaik saja terhidu kuasa dan keuntungan.


5. Beliau mahu mempertahan dan memperkukuh asas penyokong PH – M40, Melayu progresif, masyarakat India, Anak Sabah, Anak Sarawak, dan komuniti Cina. Mereka mahu mengejar undi walaun – penyokong tegar PAS – walaupun terpaksa mengabaikan golongan yang sebenarnya mengundi PH.


Dan dosa terakhir? Rafizi enggan main “Cash is King”. Tiada projek kroni. Tiada sampul. Tiada dana bawah meja.


Kemudian beliau mula memberi nasihat – sopan, profesional – kepada Perdana Menteri dalam isu demi isu.


Anwar senyum di depan, tetapi buat sebaliknya di belakang.


Kepercayaan hilang. Nasihat tidak diendahkan. Amaran dipandang sepi.


Ia memuncak dengan pengkhianatan terbesar: Anwar merestui anaknya sendiri, Nurul Izzah, memimpin kudeta dalam pemilihan PKR untuk menjatuhkan Rafizi dan seluruh pasukan reformnya.


Mesejnya jelas: darah lebih pekat daripada kompetensi.


Sementara itu, musuh Rafizi dalam PKR – “Team Damai” – mengejeknya semasa pemilihan parti:


“Kita tak perlukan Rafizi.”

“Kita tak perlukan INVOKE.”

“Kita tak perlukan big data.”

“PKR boleh hidup 100 tahun lagi!”

“Kita boleh menang lebih 80 kerusi dari 31 kerusi sekarang – senang!”

“Data kita lagi bagus. J-KOM cukup untuk komunikasi strategik.”


Enam bulan kemudian – hanya enam bulan tanpa Rafizi – Pakatan Harapan bertanding 20 kerusi dalam PRN Sabah.


Mereka menang satu. Dan itu pun hasil katak politik, bukan kekuatan sendiri.


Hancur lebur. Terhina total. Peristiwa bencana tahap kepupusan.


Ketika Rafizi menjadi Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Anwar Ibrahim tidak pernah sekali pun perlu berkempen dalam lebih 13 PRK selepas PRU15. Jentera berjalan sempurna.


Di Sabah, mereka ada dua pengarah pilihan raya PKR (Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution), ditambah Anwar sendiri terbang saat akhir untuk “selamatkan” kempen.


Keputusannya?

1 daripada 20.


Seorang Rafizi lebih bernilai daripada gabungan Anwar + Nurul Izzah + Saifuddin Nasution + Amiruddin Shaari.


Semua skandal yang meletup sekarang – Farhash, Shamsul Iskandar, kegagalan Fadhlina sebagai Menteri Pendidikan – Rafizi sudah menegur Anwar secara peribadi, berkali-kali.


Anwar tidak peduli.


Enam bulan lalu, data INVOKE menunjukkan PH sudah hilang 32% sokongan Cina dan 38% sokongan India.


Mereka ketawa. Kata data palsu. Kata Rafizi membesar-besarkan.


Kerusi majoriti Cina Sabah? Licin. Tepat seperti yang diramalkan.


Ketika PKR umum calon, Rafizi ingatkan: ini tentang Reformasi, bukan Reformanan atau Reformusa.


Mereka kata dia “kuat merajuk”. Terlalu sensitif.


Jadi mereka potong dia.


Kini Shamsul Iskandar – lelaki yang memanggil Rafizi “pemimpin sialan” – menjadi sumpahan sebenar yang menanam PH di Sabah.


Setiap kali Rafizi cuba membantu, cybertrooper DAMAI, profesor upahan, dan penulis setia parti dihantar untuk memfitnahnya. Mereka malah cabar beliau keluar parti dan tubuh parti baru.


Beliau keluar.


Dan kini domino tumbang: Sabah hari ini, Sarawak esok, Semenanjung lusa.


Kali ini, Rafizi tidak akan kembali.


Sekali digigit, dua kali serik.


Anwar boleh naikkan anaknya sesuka hati. Dia boleh bermimpi tentang dinasti keluarga.


Tetapi apa gunanya memerintah sebuah kerajaan yang tinggal abu?


Tanpa Rafizi Ramli dan big datanya, PKR sesat. Pakatan Harapan berdarah teruk.


Dan harapan terakhir Malaysia untuk reformasi telah dikhianati oleh lelaki yang beliau sendiri bawa masuk ke Putrajaya.




KES GAY DI KL: CIKGU BARD BUTA KAYU DAN NAK BALAS DENDAM KE POLIS SEBAB TIDAK BERJAYA REMAN SEPERTI DIA SELALU KENA KE?






1. Cikgu Bard kena tahu, undang undang tu sejak dari BN, PH, PN dan kini Kerajaan Madani.


2. Tidak boleh nak tangkap dan dakwa suka suka. 


3. Nak salahkan Polis? Polis KL dibawah KDN sekarang all out nak banteras LGBT! Lihat sahaja kes kes tangkapan di Kelantan, KL dan Penang berberapa bulan ni.







4. Dalam masa singkat, tiga negeri kena serbu serentak Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang. Semua operasi ini hasil intipan berbulan-bulan dan bukti kukuh.


5. Di KL: 201 orang ditahan, termasuk 17 penjawat awam. Kelantan: pesta gay dalam banglo, lebih 20 lelaki ditangkap bersama kondom & ubat HIV. Penang: 13 lelaki termasuk warga emas dan pelajar IPTA diseret keluar dari pusat sauna.


4. Tiga operasi besar, tiga lokasi berbeza. Ini bukti Kerajaan Madani melalui KDN dipimpin oleh Saifuddin Nasution telah memperhebat tindakan terhadap kegiatan tak bermoral dan tidak lindung mana-mana pihak.


5. Soal “kenapa mereka bebas?” itu memang prosedur undang-undang Malaysia. Polis hanya boleh tahan 24 jam awal. Jika perlu, baru mohon reman kepada majistret. Kalau reman ditolak, maksudnya siasatan awal sudah LENGKAP!


6. Orang Kena Tuduh (OKT) telah keluar dengan jaminan polis, tapi masih dalam siasatan dan boleh dipanggil bila-bila masa.


7. Malah guru terlibat di KPM pun telah digantung tugas, pegawai Ptd/Kerajaan, Doktor, lawyer dll pula tunggu masa nak kena pecat dan dikenakan tindakan keras atas aktiviti tidak bermoral.


8. Jadi bila Cikgu Bard, Papabodo dan Ratu Badak yang cuba pusing isu reman, itu tanda habis modal.


9. Isu pokoknya: kerajaan tangkap di KL, tangkap di Kelantan, tangkap di Penang. Tanpa pilih bulu, tanpa ikut pangkat demi menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar yang PN ketika memerintah 33 bulan tak mampu lakukan. 


10. Yang bising pasal reman itu bukan pembela moral.

Itu cuma meriam buluh bunyi kuat, tapi tin kosong!


KDN zaman Kerajaan Madani sedaya upaya mencegah budaya songsang ni, sama sama kita doakan kejayaan dan digerakan habis habisan usaha lupuskan saki baki kaum sodom ni! 


Syam Ghaz




KEKAYAAN MAHATHIR...