KISAH REALITI KEHIDUPAN SEORANG SUAMI

 





Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:

- Bil air RM30.00.

- Duit rumah RM700.00.

- Duit kereta RM700.00.

- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.

- Bil elektrik RM170.00.

- Ansuran motor kapcai RM150.00.

- Yuran Tuisyen anak RM150.00.

- Tukar RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.


Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,

'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.


Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.


Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..

'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."


Isteri spontan menyampuk..

'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'


Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..

'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'


Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).


Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).


Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.


Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.


Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.


Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).


Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).


Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .


Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..

'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'


Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).


Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.


Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.


Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!


Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??


Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...

'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'


Lalu isteri menjawab dgn sinis..

'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"


Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...


Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab...




KISAH MENYAYAT HATI. JOM MAK AYAH DENGAR..ANAK ANAK JANGAN BUAT MACAM NI

 


PAS PENUNGGANG ISU ISU POPULIS! DR MUJAHID TEMPELAK PEMIMPIN PAS!

FADHLINA SIDEK BIDAS RAFIZI RAMLI! MAKIN PANAS DAN MENGEMPAKKAN!

JANGAN tanya saya!



Dr Mazslee Malek.








Media dan ramai pihak telah menghubungi saya tentang isu yang hangat mutakhir ini.


Seperti isu BASS (Bella Astila Syed Saddiq), isu ini juga telah ditanyakan bertalu-talu kepada saya oleh media, ahli parti, cikgu-cikgu dan rakan-rakan.


Seperti isu BASS, saya juga tidak boleh berikan jawapan kepada persoalan pertembungan dua orang besar ini.


Cuma saya tertanya-tanya, di manakah Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri, Unit Komunikasi Korporat (UKK) KPM dan pimpinan KPM dari Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalannya?


Sepatutnya kurang 24 jam dari podcast Yang Berhenti Menteri DS Rafizi di mana beliau menyindir KPM, semua pihak ini telah bangkit tangkas menjawab dan bukannya MEMBIARKAN Menteri YB Fadhlina menjadi hentaman awam berdasarkan kritikan DS Rafizi.


DS Rafizi mengkritik KPM sebagai sebuah Kementerian dan bukan sekadar batang tubuh YBM Fadhlinna. KPM sepatutnya bergerak sebagai satu pasukan dan kumpulan.


Apabila DS Rafizi mengkritik KPM, kesemua pimpinan dan bahagian KPM kena bangkit pertahankan, dan bukannya membiarkan YBM Fadhlina berseorangan menjawab.


Saya seperti rakyat lain juga tertanya-tanyakan soalan yang sama kerana kami tidak tahu apakah hujah dan fakta KPM untuk menjawab dakwaan DS Rafizi yang mengatakan KPM tidak membuat apa-apa perubahan dasar yang signifikan.


Harapnya KPM akan keluarkan infografik dan juga penilaian pihak ketiga (bukan cytro dan ahli parti) mengenai pencapaian KPM agar dapat menepis dakwaan DS Rafizi.


Kita tidak mahu populariti sokongan 55% rakyat kepada PM terjejas dengan dakwaan-dakwaan tanpa dibalas dengan fakta dan hujah seperti ini.





Miskin akal budi adab- Pesakit Dari Neraka [Berdasarkan pengalaman doktor zakwan]




Malam tu langit tak menangis.

Tapi aku… dah lama.


Jam hampir 10.45 malam.

Bilik rawatan tinggal satu cahaya,

aku baru nak tutup sistem,

bila pintu kaca tu terbuka kasar 


Seorang ibu, dengan anak kecil demam di dukung.

“Doktor takkan dah nak tutup?! Anak saya ni panas tahu?!”


Aku diam.

Letak balik beg yang dah aku pegang sejak sejam tadi. Kaki dah longgar. Kepala berat.

Tapi aku pakai glove semula, senyum semula, dan buka semula hati yang dah hampir tertutup.


Aku periksa perlahan.

Tonsil merah. Suhu tinggi.

Aku terangkan rawatan. Bagi ubat. Siap tulis label satu-satu dengan tangan sendiri.


Tapi sebaik staff aku serah ubat  dia tembak aku:


“Kenapa ubat mahal sangat? Farmasi jual RM10 je!”

“Doktor ni tak ada hati ke? Anak saya tengah sakit!”


Waktu tu aku nak cakap:

Aku ada hati. Tapi hati aku dah banyak luka.


Aku nak cakap:

Bukan semua yang berkot putih hidup senang.

Sebahagian dari kami… berperang dalam diam.


Tapi aku tahu dia tak nak dengar.

Sebab manusia sekarang, lebih suka menghukum, dari memahami.


Dia keluar tanpa ucap terima kasih.

Dan aku, duduk semula di kerusi 

Dalam klinik yang sekarang terasa terlalu sunyi.


Aku tengok ubat-ubat kat rak.

Semua tu aku beli guna duit sendiri.

Aku tengok bil elektrik.

Printer. Sistem EMR. Tong sharps. Sticker label. Sewa. Gaji staf.


Semua tu tak ada diskaun. Tapi kami, bagi diskaun hari-hari.


Malam tu rasa sangat sedih.

Tapi bukan sebab dia marah aku.

Aku sedih sebab aku penat jadi baik, dalam dunia yang tak tahu berterima kasih.


Esoknya, aku nampak post viral.

Ada nama klinik aku. Ada nama aku.

Ada kata-kata keji dari manusia yang tak kenal pun siapa aku.


Dan di ruangan komen ramai yang menari atas air mata aku.


Kecam tu senang, kan?

Tulis satu ayat, tekan send, tunggu like.


Tapi cuba duduk 12 jam sehari dalam klinik,

tanpa cuti, tanpa MC. Cuba jawab 20 mesej WhatsApp tengah malam. Cuba senyum pada orang yang marah sebab harga ubat RM15.


Cuba rasa, dulu doktor itu pernah bahagia sebelum dia hilang percaya.


Kepada pesakit dari neraka,

Kalau satu hari nanti kau rasa nak tulis sesuatu,

atau kau rasa nak marah pada doktor…


Cuba tahan sekejap. Cuba fikir sejenak.


Sebab kau mungkin cuma hilang duit RM30,

tapi doktor tu mungkin…hilang seluruh percaya pada manusia


Rupanya,


Tak cukup dengan viral fitnah tu…

Minggu seterusnyanya, aku dapat panggilan dari pejabat Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).


Nada suara mereka tegas. Formal.


“Kami terima satu aduan berkaitan perkhidmatan di klinik doktor yang menjual ubat dengan harga mahal"

Kami mohon doktor beri penjelasan bertulis dalam masa 7 hari.”


Aku terkedu.


Aduan?

Aduan dari siapa?


Aku dah tahu jawapannya.

Tapi aku tak sangka...

sampai ke tahap ni.

Harga mahal RM 2 dari farmasi, tak kan tu pun nak buat aduan?


Malam tu aku duduk depan laptop.

Cuba tulis surat penjelasan.


Tapi jari aku beku.

Minda aku kosong.

Sedih, walau Air mata tak turun… tapi dada aku sesak.


Aku terfikir, kenapa aku tak kerja je balik hospital kerajaan? Sekurang-kurangnya kat sana, ada sistem yang lindung. Kat sini? Klinik aku sendiri..


Aku imbas balik waktu awal aku buka klinik.

Aku potong reben dengan tangan sendiri.

Isteri aku tersenyum, anak-anak aku lari keliling.


Aku rasa bangga.


Tapi sekarang…

klinik ni rasa macam kandang.

Dan aku binatang korban dalam kandang tu sendiri.


Fitnah yang sebar tu percuma.

Tapi bayarannya aku tanggung.


Reputasi klinik jatuh.

Pesakit jadi ragu.

Staf tengok aku pun macam pelik.


Dan aku?


Aku masih kena senyum setiap pagi,

walaupun hati aku koyak macam permaidani yang dah terlalu lama dipijak.


Kalau kau rasa cerita ini baru nak habis,

Kau silap. Cerita ni baru nak bermula.


Hari tu,

9.47 malam.


Aku baru nak tutup lampu. Klinik dah sunyi.

Hari ni pun sepi. Lepas cerita viral, pesakit makin kurang. Yang ada pun, tanya harga ubat dan terus keluar senyap.


Aku tarik nafas panjang.

Duduk di kerusi yang dah mula rasa keras macam lantai batu. Baru nak tarik pintu grill 

bunyi ketukan kuat.


Dejavu.


Aku buka.

Dan aku terdiam.


Dia.

Wanita yang pernah fitnah aku, tulis status panjang di Facebook, dan buat aduan rasmi ke CKAPS.

Tapi wajah dia tak nampak bersalah. Tak ada malu.


Tapi kali ni, dia datang sambil dukung anak kecil.

Anak tu nafas laju, pipi pucat, mata layu.


“Anak saya sesak nafas. Dah pergi dua klinik. Semua tutup. Saya tahu klinik doktor ni tak ramai sekarang...Jadi bolehlah rawat anak saya cepat.”


Aku masih diam.

Dalam hati aku remuk.

Tapi aku tengok anak dia  dan aku tahu, tak boleh biar dia terus sesak.


Aku buka pintu.


“Masuk.”


Aku jalankan rawatan.

Nebulizer. Suction. Oxygen.

Monitor O2 sat. Tengok response.


Masa anak dia mula tidur dengan tenang aku rasa lega. Tapi waktu aku kemas semula alat, dia bersuara.


“Saya tahu doktor mungkin simpan dalam hati, tapi…ini kan memang tanggungjawab doktor.”


“Saya tak minta maaf pun.Saya tak menyesal.

Kalau doktor betul-betul profesional, doktor patut tahan benda macam ni.”


Waktu tu, aku tak marah.

Tak balas.

Sebab aku tahu kalau aku jawab, aku akan jatuh ke tempat yang sama dengan dia.


Dia keluar dari klinik macam tak ada apa berlaku.

Tak ucap terima kasih. Tak pandang belakang.

Dan aku…aku duduk semula di kerusi lama tu.


Aku boleh je tolak dia.

Aku boleh kata, “Maaf, saya dah tutup.”

Tapi kalau aku buat macam tu…aku tahu aku takkan boleh tengok muka aku sendiri dalam cermin.


Aku tetap pilih untuk jadi manusia.


Walaupun manusia lain pilih untuk jadi tuhan  yang suka menghukum, tanpa sedar mereka cuma tetamu sementara dalam dunia yang Tuhan punya.


Kekadanh aku terfikir. Kenapalah wujud manusia perangu macam ni..


Korang pernah hadap pesakit dari neraka?

Cuba komen sikit.


25 Jun 2025


Dr Md Azhari Md Zhahir

MD (UKM), OHD, CMIA, MRO

Cert. In Dermatology (AFPM)

Dip. In Dermatology (IOD, Bangkok)




Tinjauan dapati sokongan terhadap Anwar meningkat

PANAS!! - RAKYAT KATA FADHLINA GAGAL - INI SENARAI KEJAYAAN RAFIZI

GEMPAK! YB ANTHONY BUAT PENDEDAHAN YANG MENGEJUTKAN SENERAI SAMAN!

KENAPA PMX NAK DIJATUHKAN ? APA LAGI KEKURANGAN YANG PENGHASUT NAK LAKUKAN. 33 BULAN TANPA BERBUAT APA APA...KINI MENGADU DUMBA ANAK ANAK MUDA?

 




*Wahai Anak² Muda Melayu islam M'sia, Waspadalah Agenda Gengs '3B' : Bangang, Bangsat, BodOoo yg  xhenti² nk tumbang Kerajaan Perpaduan Madani Pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara tebukatap.. Fikir itu Pelita ILMU jaga lah ADAB AkhlaQ Bahasa anda sbagai pewaris kemerdekaan dan Calon² Pemimpin Negara.. Renung dan Bandingkan cara tatakelola urustadbir kerajaan tebukatap 33 bln dgn kerajaan perpaduan Madani yg baru berusia 2 thn lebih🤔adaOtak.Pk.la guna.ilmu.iman🚘0k✍️*


*HAIRAN BIN AJAIB, KERAJAAN MADANI RAKYAT DISANTUNI KENAPA  'AI'  PMX DIHINA 'MF' 🤔Pls. Brain🚘0k ✍️*


*√√ Gaji Penjawat Awam NAIK*

*√√ Gaji minimum swasta NAIK*

*√√Harga getah NAIK*

*√√Harga sawit NAIK*

*√√Bantuan STR NAIK*

*√√Bantuan persekolahan NAIK*

*√√Bantuan pesawah NAIK*

*√√Harga lantai padi NAIK*

*√√Bantuan Khas pelajar NAIK*

*√√Elaun pelajar NAIK*

*√√Bantuan OKU NAIK*

*√√Bantuan warga emas NAIK*

*√√Bantuan  ticket flight pelajar NAIK*

*√√Bantuan sekolah agama NAIK*




PENDEDAHAN BERANI


 

PM ANWAR BEMESRA BERSAMA PELAJAR. PERNAH LIHAT PM SEBELUM NI MACAM NI ?


 

DOKTOR TAK RAMAI. KLINIK TUMBUH MACAM CENDAWAN LEPAS HUJAN PANAS..

 


Saya pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) pagi kelmarin dan telah mendaftar di Klinik Ortopedik sekitar jam 9 pagi. 






Namun, hanya selesai menerima rawatan pada jam 3 petang. 


Saya sempat bertanya kepada doktor pakar mengapa pesakit perlu menunggu begitu lama untuk berjumpa doktor. 


Jawapannya, ramai doktor telah berhenti atau meninggalkan perkhidmatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


“𝘊𝘪𝘬 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘒𝘒𝘔,” 𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢. 


Gambar di bawah dilampirkan sebagai bukti. 


Bagi saya, ini menunjukkan kegagalan Dr. Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan. 


Terkini, pagi ini saya menerima mesej daripada seorang doktor yang memaklumkan mengenai isu ‘quit doktor’, dan difahamkan juga posting saya telah tular dalam kalangan warga perubatan.


Sumber: FB Saleha Fayyah



DOA SEORANG IBU


 

MANA PM DULU NTAH LA. DIA LUPA


 

KES ISMAIL SABRI


 

KES SYED SADDEQ


 

BARUA TOK SAKA KATANYA


 

HARTA ISMAIL SABRI DISITA.


 

RAFIZI AKUI PODCAST KURANG PANAS, JUMAAT INI JEMPUT ISWARDY MORNI JADI MODERATOR



Atas permintaan ramai, YBM yang seterusnya (hari Jumaat, 27 Jun ini) akan menampilkan Saudara Iswardy Morni. 


Kepada yang tidak berpuas hati dengan moderator, kami hargai komen-komen. Saya ada sedikit perangai yang mungkin tidak disenangi orang - saya gemar memberi peluang kepada yang muda-muda untuk tampil.


Lebih banyak kena kecam, lebih bagus kerana lebih mudah untuk mereka belajar. 


YBM yang pertama mungkin dirasakan kurang panas kerana matlamat podcast YBM mungkin berbeza dengan kandungan-kandungan lain yang sedia ada.


Selain mengkritik, saya mahu mencari peluang untuk berkongsi fakta dan perspektif mengenai sesuatu perkara. 


Dalam menguruskan masyarakat dan negara, setiap keputusan ada “trade off” (atau timbal balik) yang perlu berlaku.


Contoh yang baik: menurunkan harga kereta bermakna tidak lagi mengutip cukai eksais ke atas kereta, tetapi adakah itu bermakna cukai lain pula akan naik?


YBM yang pertama perlu menjawab soalan-soalan politik, supaya kita boleh tinggalkan polemik itu dan bergerak ke hadapan.


YBM seterusnya, saya berharap Saudara Iswardy boleh juga tumpukan kepada soalan-soalan mengenai dasar dan permasalahan masyarakat.


Sebaiknya penonton mendapat manfaat dan sedikit ilmu dari setiap sesi mingguan seperti ini.


Jangan lupa menonton YBM #27-06 Jumaat ini.


RAFIZI RAMLI

25 Jun 2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/rafizi-akui-podcast-kurang-panas-jumaat-ini-jemput-iswardy-morni-jadi-moderator/



FAKTOR TIBA TIBA



Norshidah Md Daud 


Sejak dia keluar pada tahun 2018, banyak perkara "tiba tiba" 


Tiba tiba setpol dia Farhash

Kebanyakan reformis x kenal siapa Farhash 


Tiba tiba Farhash di lantik MPN Negeri Perak


Tiba tiba Yusuf Rauter meletup...

Pun kita x kenal...


Tiba tiba meletup kes Sandakan, Azmin & Haziq...

Kita pun x pernah terpikir Azmin macam tu


Tiba tiba PRN Johor dan Melaka PKR hilang sokongan...

Kita panik...

Rafizi dalam mood bercuti...

Butang 999 pun di tekan utk pujuk Rafizi...


Tiba tiba pemilihan parti, Farhash sibuk nak lawan Rafizi...

Wow...

Kita semua melenting...

Datang dari mana ntah tetiba muncul terus nak lawan 'orang lama'...

Anwar buat buat xnmpk ..


Tiba tiba muncul pulak nama Fadhlina bertanding Ketua Wanita...

Pun kita xtau datang dari mana...

Menang pulak tu...

Lagi sekali faktor wow...


Tiba tiba Adam Adli yang belum cukup tempoh keahlian & bukan dari mana2 AMK cabang bertanding Ketua AMK...

Menang jugak...

Wowwww lagi...


Tiba tiba Zaliha jadi menteri...

Ketua JPP je pun...

Bukan ketua MPN atau jawatan tertinggi parti...


Tiba tiba Fadhlina di lantik menteri kanan d Kementerian Pelajaran...

Naib Presiden pun kena sailang...

Banyak betul wow 


Tiba tiba Pemilihan PKR 2025, Nurul Izzah pulak dapat restu lawan Rafizi...

Rafizi tewas...


Tiba tiba pemilihan cabang seluruh negara jadi pelik...

Ketua kalah tapi ajk menang...

Semua orang yg pro Rafizi kena cantas...


Tiba tiba Ramanan dapat undi tertinggi Naib Presiden...

Lagi pelik...

Baru masuk 4 tahun, xtau apa jasa dalam parti dan rakyat...


Terlampau banyak 'tiba tiba'...

Dan akhirnya ramai yg tak perform jadi menteri...


Tu pun tiba tiba yang kalah MP dan parti dapat tempat dalam kabinet seperti Datuk Dr Fuziah Salleh..

Lagi wow terus jadi Setiusaha Agong parti pulak sekarang...


Tiba tiba kajian kata sokongan meningkat...

Betul buat aku tiba tiba rasa nak guling guling atas katil...


Cubit peha kang baru tau...



IKAN YANG SEMAKIN PUPUS

 

Probarbus jullieni,yang dikenali sebagai ikan Temoleh atau Temelian,salah satu spesies ikan cyprinid monster tempatan kerana saiznya boleh mencapai 65" (panjang).





Ikan Temoleh ni sebenarnya semakin terancam tapi amat kurang diperkatakan,populasinya agak terbantut,pada pandangan saya ia berpunca dari kekurangan atau ketiadaan induk liar yang berkualiti akibat penangkapan ikan ini yang tiada kawalan dari segi jumlah (bag limit) dan saiz yang dibenarkan.


Yang ada kebanyakan dijumpai sekarang adalah ikan yang dilepaskan,bukan dari populasi ikan liar. Spesies masih sama,cuma bukan dari baka yang liar,itu pun tak banyak yang tak sukses berkembang biak dan mungkin tak mampu mencapai seperti baka liar.


Taburan asli ikan Temoleh di Malaysia ialah di Sungai Perak dan Sungai Pahang,dan ada yang dilepaskan di beberapa tasik dan sungai di sekitar Malaysia.


Dulu ikan Temoleh ni dianggap spesies common di tempat saya,boleh dikatakan satu ketika dahulu asal ada kenduri saja mesti akan ada hidangan ikan ini yang diolahkan dalam pelbagai resepi,sebab mudah nak dapatkan.


Kali terakhir saya nampak ikan ni ada dijual di pasar di tempat saya ialah pada tahun 2009,itu pun sikit. Namun masih ada nelayan yang perolehi ikan ni cuma tahun demi tahun ia semakin kurang,hinggalah hanya ada 1 rekod saja dalam setahun,dan sejak beberapa tahun ini langsung tiada ditemui lagi ikan ni di Sungai Perak.



MASA SOH CABAR UNDI TAK CAYA... TAK MAU... SAPA NAK GANTI? HADI AWANG? TN BRAHIM? DR SAM?

 


KESIAN DIA NI... SEAWAL JAJA NAMA ANWAR.. SEEHINGGA BERJAYA DI OUNCAK KEJAYAAN... TAPI TAMAK SERAKAH. AKHIRNYA.....

 

Iswardy Morni


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam membenarkan permohonan PKR untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan jumlah perlu dibayar oleh bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin, daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon parti itu.




NOH KAJIAN TANYA BUDAK BUDAK


 

SISTER IN ISLE.... PUJAAN WALAUN...


 

Jangan malu dengan kegagalan. Malulah kalau tak pernah mencuba.”

Hasbullah.





UPSR – Biasa je. 3A je masa tu.


SPM 2007 – 6A 4B 2C. Cita-cita nak sambung Farmasi kat oversea GAGAL, tapi apakan daya, syarat tak cukup. Scholarship pun tak nak pandang result tu. 


Matrikulasi 2008– GAGAL teruk. Pointer 1.9. (Hahaha) Habis gelap dunia. Tapi tak berhenti. Diam2 sem 2 di Matrik aku mohon IPG. Apply tgh malam time semua org dh tido, Malu weh. hahaha


Dapat Masuk IPG – Jadi student ‘tua’ setahun lewat. Tapi usaha punya usaha, akhirnya grad dengan pointer  3 lebih gtu.


Master – Lepas 2 tahun posting, nekad sambung. Duit KWSP orang lain buat deposit rumah, aku bayar yuran pengajian. Siap tangguh sebab isteri bersalin anak ke-2 tengah-tengah Master. 2020 Grad jugak akhirnya.


HLP 2025 – First time mohon. Alhamdulillah dapat temuduga. Alhamdulillah, BERJAYA dapat tawaran bersyarat Biasiswa PhD Luar Negara.


Sebenarnya...

🎯 Hidup ni bukan tentang siapa paling laju. Tapi siapa paling konsisten walau dah jatuh banyak kali.


Terima kasih Allah. Terima kasih mak ayah. Terima kasih isteri & anak-anak. Terima kasih kawan-kawan yang selalu tolong.


Semoga kisah ni jadi motivasi buat siapa-siapa yang pernah rasa ‘tak cukup bagus’. Kadang-kadang jalan kita memang berliku, tapi hujungnya… manis sangat.


StandingInTheEyesOfTheWorld



NOH PERELIS..TUANKU RAJA DAH TEGUR....KALAU ORANG KATA NAK MUNDUR PILIH PAS..NI BUKTI DIA.

 


Malaysia, Kyrgyz Gesa Komuniti Antarabangsa Iktiraf Semula Afghanistan

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan ketibaan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov sempena lawatan rasmi dua hari ke Melaysia di Perdana Putra pada 25 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 25 Jun – Komuniti antarabangsa digesa mengiktiraf semula kedudukan Afghanistan sebagai langkah penting ke arah kestabilan serantau, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut dicapai dalam pertemuan dua hala antara Anwar dan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov yang dizahirkan semasa sidang media bersama sempena lawatan rasminya ke Malaysia di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, penerimaan Afghanistan dalam komuniti antarabangsa perlu disokong dengan semangat keterbukaan, meskipun memerlukan beberapa pemerhatian tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan ketibaan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov sempena lawatan rasmi dua hari ke Melaysia di Perdana Putra pada 25 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebagai negara yang lebih hampir dengan Afghanistan, Kyrgyz mempunyai kefahaman lebih mendalam terhadap keadaan sebenar di sana.

“Justeru, pandangan dan nasihat anda amat berharga buat kami,” katanya.

Taliban kembali menguasai Afghanistan pada 15 Ogos 2021 selepas kerajaan yang disokong Amerika Syarikat (AS) tumbang manakala pemimpinnya melarikan diri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan ketibaan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov sempena lawatan rasmi dua hari ke Melaysia di Perdana Putra pada 25 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Bagaimanapun, kerajaan mereka sehingga kini tidak diiktiraf oleh mana-mana negara dengan kebanyakan dasar dibawa pentadbiran itu dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anwar turut menyentuh krisis berpanjangan yang melanda Gaza dan Palestin, dengan menegaskan Malaysia bertegas mahukan Israel menghentikan segala bentuk keganasan, penjajahan serta genosid terhadap rakyat Palestin.

Katanya, rakyat Gaza terus menderita kerana kegagalan masyarakat antarabangsa mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang paling asas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan ketibaan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov sempena lawatan rasmi dua hari ke Melaysia di Perdana Putra pada 25 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ada percanggahan dan hipokrasi dalam kalangan banyak negara Barat apabila berdepan dengan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dan Gaza,” katanya.

Mengenai pertemuannya dengan Zhaparov, Anwar turut memaklumkan perbincangan dengannya Presiden Iran yang antara lain menyentuh sokongan terhadap usaha perdamaian serta hak Iran mempertahankan diri daripada pencerobohan Israel.

“Saya ada berhubung dengan Emir Qatar atas peranan penting mereka dalam menjayakan gencatan senjata antara Iran dan Israel, selain menerima mesej peribadi daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan ketibaan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov sempena lawatan rasmi dua hari ke Melaysia di Perdana Putra pada 25 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, Zhaparov menyeru semua pihak untuk menahan diri daripada sebarang tindakan yang boleh memburukkan keadaan, sebaliknya, menyelesaikan krisis di Asia Barat secara aman.

Beliau melahirkan kekesalan dengan konflik di Gaza yang masih berterusan.

“Sebagai negara anggota PBB, kami percaya kita semua bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian kolektif terhadap konflik ini secara damai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan ketibaan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov sempena lawatan rasmi dua hari ke Melaysia di Perdana Putra pada 25 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebagai tanda sokongan, Kyrgyz mendukung usaha bersepadu komuniti antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB, bagi dihentikan segera permusuhan, menangani krisis kemanusiaan di Gaza, memulakan dialog politik, dan menyelesaikan konflik Palestin-Israel berdasarkan resolusi PBB,” katanya.




BOLEH KAHWIN DENGAN BELLA. INI KES SYED SADDIQ


 

Selepas lima tahun, akhirnya Mahkamah Rayuan membuat keputusan ini dalam kes Syed Saddiq

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim telah melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan kesalahan berhubung dana Armada Bersatu.


Anggota panel hakim lain ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Pada Julai 2021 Syed Saddiq telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, RM10 juta denda dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi.



Mahkamah Tinggi ketika itu mendapati bahawa Syed Saddiq bersalah melakukan pecah manah jenayah membabitkan dana sebanyak RM1 juta Armada Bersatu.

Beliau yang merupakan ketua Armada Bersatu pertama didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang merupakan timbalan bendahari.


Syed Saddiq juga telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana menyalah gunakan RM120,000 dari Armada.

Mahkamah Rayuan memutuskan dana tersebut diterima oleh Syed Saddiq sebagai benefisiari memandangkan ana tersebut adalah untuk kempen pilihanraya.


Mahkamah Tinggi sebelum ini juga menyabitkan Saddiq untuk kesalahan penggubahan wang haram melibatkan dana RM50,000 ke dalam akaun Maybank Islamic dan Amanah Saham Bumiputeranya.

Noorin yang mengumumkan keputusan sebulat suara mendapati bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf dari menilai bukti sebaik-baiknya dan elemen perundangan yang diperlukan untuk membuktikan tuduhan tersebut.

“Perbuatan menyuruh, mengarah seseorang untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap melupuskan wang.



“Perbuatan mengeluarkan wang sendiri tidak memenuhi elemen actus reus (perbuatan jenayah secara fizikal,” kata Noorin.








HARTA ISMIL SABRI DILUCUTKAN HAK

 



Foto fail menunjukkan Datuk Seri Ismail Sabri keluar dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram. - NSTP/Arkib

 

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dilucutkan hak.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya akan memohon melucutkan kesemua aset itu dalam masa terdekat.

Azam turut mengesahkan, kes membabitkan Ahli Parlimen Bera itu juga sudah selesai dan kini bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk membuat pertuduhan berkaitan jenayah membabitkan Ismail Sabri.

"Setakat ini, TPR bersetuju untuk difailkan proses pelucutan aset yang dirampas itu dalam tempoh seminggu atau dua lagi selepas kita kemukakan afidavit untuk melucutkan hak.

 

Saya juga sahkan kes membabitkan Ismail Sabri sudah selesai disiasat dan bergantung kepada TPR untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Description: https://img1.blogblog.com/img/video_object.png

Azam berkata, aset yang akan dilucutkan hak adalah seperti yang ditunjukkan kepada wartawan dalam sidang akhbar Mac lalu.

Beliau berkata, ketika ini terpulang kepada Ismail Sabri untuk mencabar proses pelucutan hak aset yang dirampas itu.

 

Pada sidang media Mac lalu, SPRM mempamerkan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

 

Wang itu dipamerkan selepas SPRM mendedahkan wang tunai ratusan juta ringgit dan barangan berharga dirampas dalam tiga premis termasuk sebuah 'safehouse', berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri.

SPRM berkata, wang tunai dirampas itu membabitkan nilai dalam Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan.

 

MAHKAMAH BEBAS ATAU DIKUASAI PM ANWAR?

 Isqardy Morny


Kalau pendakwaraya merayu, ada lagi rayuan terakhir di mahkamah persekutuan. Kalau tidak, bermakna dia bebas.





=====


Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada semua sabitan dan hukuman melibatkan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).




PERSEPSI BODOH LEBAI PAS.

 RMS


The lebai and their narrow minded brain, this is what we get,  if  PN come to power in next ge. He already delete it after went viral

Q1



HASILNYA... YANG B40 DAH JADI T20 PUN ADA.


 

PEMBANGKANG TAK ADA ISU...MCA TAK SUKA ORANG BERNIAGA TEMPAT SELESA....DIAM DAH ISU INI.


 

MAHASISWA ATAU WALAUN. TAPI PM ANWAR DAH KATA..ITU TAK APA JANGAN PANDAI AMBIK TINDAKAN. PEMIMPIN BERJIWA BESAR , JADI TAK PERLU AMBIL TINDAKAN.


 

ADAKAH TAK ADA SUBSIDI?

 


DEMONTRASI ANAK MUDA, MEREKA KENA FIKIR SECARA INTELEKTUAL MENILAI YG MANA PERMATA





Ramai yang meminta pelajar yg membakar karikatur PMX diambil tindakan tegas. Tapi PMX berbeza pendapat dan mengarahkan KPT dan UMS agar tidak mengambil tindakan keras sehingga menamatkan pengajian mereka.


PMX lebih sayangkan masa depan anak anak muda tersebut. PMX akui kehendak reformasi dan itulah yg sedang dia lakukan. Malangnya bila beliau lakukan… beliau difitnah bertindak zalim apabila SPRM menangkap perasuah perasuah di kalangan orang politik…


Ikuti ulasan saya mengenai himpunan demontrasi anak anak muda baru2 ini



SOKONG SI TONGONG.



Lebai memang pembela orang kaya. Sebab lebai pun memang kaya-kaya. Walau  je bodoh. Dah miskin, hina pulak tu sokong pembela orang kaya. Budusss... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PENGAKUAN BAPA SAIFUL. JANGAN CARI QAZAF


 

LAGU


 

LAGU


 

BERITA PERANG


 

BERITA PERANG


 

EERRRKKK


 

MOTIVASI


 

LAGU


 

LAGU


 

PERANG