LELAKI IRAN KAWIN ORANG TUA... JOM BACA
Lelaki ini ialah Muhammad Abbas yang berusia 30 tahun. Abbas berasal dari Iraq dan menjadi pelarian di Jerman kira-kira tujuh tahun lalu.
Selepas beberapa bulan berada di Hamburg, Jerman, Abbas kemudian bertemu dengan seorang wanita berusia 73 tahun yang bernama Jessica.
Jessica ini seorang yang kaya raya dan telah melabur kira-kira $350 juta di Audi (syarikat automotif terkemuka di Jerman)
Muhammad Abbas kemudian mahu mendekati wanita ini dan kemudian berkahwin dengannya.
Selepas berkahwin selama 6 tahun, Jessica akhirnya meninggal dunia dan Abbas telah membuat pengebumian secara besar-besaran untuk Jessica.
Seorang wartawan bertanya kepada Abbas mengapa dia sanggup berkahwin dengan wanita lanjut usia seperti Jessica yang 40 tahun lebih tua daripadanya dengan umurnya yang masih sangat muda.
Abbas pun menjawab "Cinta tiada batas dan saya mencintai Jessica dengan hati yang ikhlas"
Minggu lepas, Abbas menerima surat daripada Majlis Bandaraya Hamburg yang mengandungi wasiat isterinya Jessica. Isi surat itu tertulis
" Hello Abbas, saya sangat gembira kerana menghabiskan sisa2 hidup saya dengan awak dan saya tidak akan lupakan awak. Saya juga ingin mahu memberitahu awak bahawa saya mendermakan kesemua harta saya kepada badan amal dan gelandangan. Saya berharap awak akan menemui kerja yang sesuai dengan awak"
Ulasan isu pertanyaan imuniti Perdana Menteri kepada Mahkamah Persekutuan.
1. Terima kasih Ketua Pemuda PAS kerana memperlihatkan SAHIHNYA pertanyaan peguam DSAI kepada Mahkamah sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti semasa dalam tempoh berkhidmat.
2. Apa lagi melibatkan saman sivil yang boleh berlaku dalam pelbagai isu.
3. Bayangkan apabila seorang Perdana Menteri menghadapi pelbagai saman sivil yang tidak semestinya berasas, tetapi terpaksa pula bercuti.
4. Ketua Pemuda PAS cadangkan supaya PM BERCUTI bagi mengelakkan campur tangan eksekutif dan memastikan ianya berjalan dengan telus, adil dan saksama.
5. Sebelum ini Hannah Yeoh dipertikaikan oleh Cybertrooper PN kerana hadir di mahkamah berkaitan saman fitnah. Kononnya Hannah Yeoh meninggalkan tugas rasmi dan lebih mementingkan hal peribadi.
6. Awal dari itu TPM Zahid Hamidi dipertikaikan kerana hadir ke mahkamah dengan pasukan keselamatan. Dilihat pula menyalahgunakan kuasa.
7. Untuk rekod Yusuf Rawther (YR) telah mengadu dicabul oleh Anwar Ibrahim pada 2018.
8. Anwar kemudiannya menyaman YR atas tuduhan tersebut.
9. Pada 2020 pihak Peguam Negara tidak mendakwa Anwar atas tuduhan tersebut atas alasan kurang bukti.
10. Anwar dinasihatkan oleh peguamnya untuk menarik balik saman terhadap YR. Anwar juga menggangap nama beliau telah dibersihkan kerana kes tersebut tidak diteruskan oleh pendakwaraya.
11. Pada 2021 YR kemudiannya membuat saman sivil terhadap Anwar atas tuduhan yang sama.
12. Kronologi diatas menunjukkan bagaimana DSAI sentiasa mengikuti saluran undang-undang yang dibenarkan.
13. Malah sejak 1998 apabila beliau didakwa atas pelbagai tuduhan, Anwar tegar menggunakan saluran undang-undang untuk melawan walaupun pada waktu itu sistem Kehakiman negara tercemar dengan pelbagai isu.
14. Cuma dalam kes ini, memandangkan Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri, yang mana beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan dalam dan luar negara, perbicaraan di mahkamah boleh menyebabkan tugas beliau seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan terjejas.
15. Kes ini juga boleh dimanipulasi oleh pihak pembangkang untuk menjejaskan maruah dan reputasi Perdana Menteri.
16. Tidak kurang juga dengan YR sendiri yang secara terbuka pernah menyokong negara haram Isr@el.
17. Sedangkan PMX pada waktu ini terkenal sebagai pemimpin nombor satu baik dari timur mahupun dunia Islam sebagai penyokong kuat isu Palestin.
18. Sebab itu peguam DSAI bertanya kepada Mahkamah Tinggi, boleh atau tidak mereka ingin bertanya kepada Mahkamah Persekutuan sama ada seorang Perdana Menteri mempunyai imuniti semasa menjalankan tugasnya.
19. Tujuannya bukan untuk meminta imuniti sama ada kes sebelum atau semasa sebagai Perdana Menteri, tetapi untuk memastikan Perdana Menteri tidak diganggu dengan kes dan konspirasi pihak tertentu.
20. Walaupun kes ini berlaku sebelum Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, namun persepsi bahawa ianya adalah satu konspirasi tidak dapat dielakkan.
21. Ini kerana Perdana Menteri waktu itu Tun Mahathir berusaha menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. Untuk rekod peguam yang sering dikaitkan dengan Tun Mahathir Hanif Katri juga merupakan peguam YR.
22. Untuk rekod, terdapat perjanjian bertulis supaya Tun Mahathir menyerahkan kepimpinan kepada Anwar Ibrahim selepas kerjasama mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Najib Razak pada 2018.
23. Tindakan peguam DSAI merujuk soal imuniti bukanlah bukti bahawa DSAI takut dan bersalah. Sebaliknya bukti bahawa beliau sentiasa menggunakan ruang dan saluran undang-undang yang ada.
24. Dalam kes cabul ini sebenarnya memang sukar dibuktikan. DS Shahidan Kassim yang kini MP PAS juga pernah terlepas didakwa atas tuduhan mencabul.
25. Oleh itu tindakan sesetengah pihak seolah-olah begitu yakin dan gembira dengan kes ini kononnya bukti bahawa DSAI seorang homoseksu@l adalah tidak berasas.
26. Sebaliknya anda sebenarnya telah terperangkap dengan jerat yang dipasang secara konsisten oleh musuh-musuh Anwar Ibrahim.
Terima kasih
Fairul al Qasas
Aktivis Keadilan Rakyat
UZBEKISTAN LAYAK KE PIALA DUNIA
RMS
Uzbekistan mencipta sejarah layak ke Piala Dunia...
Semua pemain lokal, tidak ada nama nama pelik seperti skuad Malaysia.. 😉😉
TULISAN SEORANG WARTAWAN LAMA... TAPI SEJAK AKHIR AKHIR INI, PENULISAN BELIAU DIKRITIK HEBAT. JADI PANDANGAN SEORANG YANG BUKAN AHLI PKR, BACA BOLEH TAPI DEMOKRASI MEMBENARKAN UNTUK DIBUAT PROTES JIKA NAMPAK SANGAT JALAN BENGKANG BENGKOK NYA.
MSO
Jelang Raya Korban
PKR DALAM AMBANG KRISIS?
Permohonan bekas seorang ahli parlimen PKR Mohd Imran Abd Hamid agar Jabatan Pendafatran Pertubuhan (ROS) membatalkan semua permilihan PKR disemua peringkat membuka robek yang memarahkan dalam parti berlambangkan mata itu.
Bekas Ahli Parimen Lumut itu, meminta pemilihan diadakan semula dan kembali ke cara lama, satu undi untuk satu anggota.
Beliau membuat laporan tentang penyelewengan dalam pemilihan diperingkat Cabang seakan sudah diuatur demikian rupa menyebabkan wujud fenomena ada badan tak ada kepala. Bersamanya terdapat 190 aduan dari Cabang membuat aduan kepada ROS.
Langkah Imran itu adalah menuntut keadilan dalam parti Keadilan itu, namun dari sudut lain ia boleh menyebabkan berlaku krisis dalam parti berkenaan yang boleh memporak perandakan parti itu.
Sesiapa pun berhak menuntut keadilan dan memastikan apa-apa proses dan prosuder pemilihan berjalan dengan telus.
Bagaimana pun, ada tidak baiknya dengan tindakan itu, sekiranya ia diterima atau dilayan ia akan menjadi precedent (dahuluan), dimana semua proses pemilihan lepas boleh dibatalkan apabila dibantah.
Keputusan yang dibuat oleh pihak MPP dan perlembagaan parti berkaitan dengan sistem pemilihan itu sepatutnya tidak perlu dipertikaikan, sebab ia sudah dibuat dalam mesyuarat dan muktamad. Sesuatu yang sudah di sel sepatutnya tidak dibuka lagi.
Sedikit pelik dan aneh, kalau Imran dan pihak 190 yang melaporkan itu tidak berpuas hati dengan prosuder pemilihan, mereka sepatutnya tidak mengambil bahagian dalam pemilihan dalam kongres 23 Mei lalu. Mereka harus boikot pemilihan itu. Anehnya mereka ikut sama bertanding, dan yang menang tidak pula membantah proses dan prosuder pemilihan tersebut.
Kalau pun proses itu hendak dipinda semula, (sel dibuka), bukan dengan minta batalkan proses yang sudah selesai dan mutkamad itu, tetapi cadang dan bawalah ke dalam kongres parti untuk dilakukan perubahan di masa akan datang. Cara ini baru bijaksana.
Sekiranya cadangan Imran itu diterima, ia tidak akan ada kesudahan dan penyelesaian, sebab mana-mana pihak yang kalah dan menganggap kekalahan kerana manipulasi akan membuat cadangan serupa dimasa akan datang. Rasa tidak puas hati dari kalangan yang kalah tidak akan ada penyelesaian, itu lumrah dan fiil manusia.
ROS boleh menyiasat terhadap laporan dibuat, dan sekiranya apa-apa keputusan diputuskan nanti hendaklah diterima dengan rasa keterbukaan.
Langkah Imran dan 190 pihak yang membuat laporan itu tidak menerima konsep dan prinsip demokratik, dan bersifat prajudis apabila mereka berada dipihak yang kalah. Walhal yang kalah adalah minoriti kandati yang menang yang menerima proses itu sebagai baik.
Seandainya persepsi Imran itu benar, seharusnya individu dalam team yang kalah, tetapi menang, patut ikut sama memprotes pemilihan itu, sebaliknya ia tidak berlaku. Ertinya bukan semua anggota dalam team yang kalah itu mempertikaikan proses pemilihan parti tersebut pada 23 Mei lepas.
Laksamana Pertama (B) Imran dan lain-lain sebelum mengambil keputusan membela diri seharusnya meletakkan kepentingan dan kehormonian parti dihadapan bukannya mengutamakan kepentingan peribadi. Dan dalam keadaan presiden kamu yang juga perdana menteri diserang dari belakang dan hadapan kamu tidak menyerabutkan fikirannya dengan isu-isu peribadi yang remeh. Trims.
PAS NAK JOIN KERAJAAN ANWAR?
Desa HM.
Hmmmm....
Mcm ada bau2 ikan...
Betul lah telahan netizen selama ini, akan ada satu 'move' baru dlm politik negara kita...
Korang tunggu lah... tak lama dh akan pecah lubang... kabarnya 'move' ini dh bnyk bulan dah diatur.. cuma masanya shj belum sampai...
Dari sembang2 politik dgn bnyk 'pihak' sblm ini... memang, tidak mustahil move ini akan menjadi realiti...
Korang sabar jap... sambil teruskan follow up perkembangan...
Sbg org bebas ni.. aku... mcm biasa. Apa pun yg bakal berlaku, aku tetap mcm ni...
Duduk rumah, layan cucu2... kebetulan depa cuti sekolah. Esok pulak nk raya. Semua dh berkumpul.
Jap lagi nk bwk depa jln2 shopping kat Aeon... sambil2 nk beli stock tambahan, kacang Ngan Yin cap Tangan...
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
.
AFNAN DAN FADLI SAARI LAYAK JADI PRESIDEN. SAHIH PAS AKAN MELINGKUP LEBIH SESAT
Siapa paling layak ganti Hadi Awang?
Hasrat Hadi Awang yang beri bayangan berundur dari jawatan Presiden Pas menimbulkan persoalan siapa yang layak menggantikan beliau.
https://jom.sinar.la/33hy8wyv
📲Jom follow Instagram Sinar Harian. https://www.instagram.com/sinarharian/
TAK PAYAH LA TUAN.... TUAN BUKAN ELITIS. TAK DAK SAPA NAK DENGAQ....KALAU NAK BAGI BETUL DAN ELOK,.. MEMANG ELOK DAH DARI AWAI. INGAT AHLI PKR NI KOKAK BELAKA KAH?
INFO BOLASEPAK ASIA.
Zainuddin Omar
Dengan kemenangan 1-0 Indonesia ke atas China dan kemenangan 2-0 Arab Saudi ke atas Bahrain, Indonesia kini berada di kedudukan keempat dalam Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia.
Ini memastikan Indonesia layak ke Pusingan Keempat kelayakan, bukan perlawanan play-off secara langsung.  
Status Terkini Kelayakan Indonesia
• Kedudukan Kumpulan C selepas 9 perlawanan:
• 1. Jepun – 20 mata
• 2. Australia – 16 mata
• 3. Arab Saudi – 13 mata
• 4. Indonesia – 12 mata
• 5. Bahrain – 6 mata
• 6. China – 6 mata   
Dengan satu perlawanan berbaki, Bahrain dan China tidak lagi boleh mengejar kedudukan Indonesia, memastikan tempat Indonesia dalam empat teratas dan melayakkan mereka ke Pusingan Keempat.
Apa Itu Pusingan Keempat?
Pusingan Keempat melibatkan pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat dari setiap kumpulan dalam Pusingan Ketiga. Pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bermain dalam format liga untuk merebut dua tempat terakhir ke Piala Dunia 2026. 
Siapa Lawan Indonesia Seterusnya?
Lawan Indonesia dalam Pusingan Keempat belum ditentukan kerana perlawanan terakhir Pusingan Ketiga masih berlangsung. Selepas semua perlawanan selesai, AFC akan mengumumkan pembahagian kumpulan untuk Pusingan Keempat.
KALAU AKU, AKU SUKA SI AFNAN DAN FADLI SAARI JADI PRESIDEN..... BARU IDUP KEBODOHAN
RMS.
Bukan sekadar spekulasi lagi.. aku dah tulis beberapa hari lepas.. akan ada pertandingan dalam PAS...
Team Ulama VS Professional..
Jika team Ulama menang, PAS tak mungkin dapat jawatan Perdana Menteri, kerana itulah team Professional akan meletakkan calon mereka dipemilihan kali ini..
SELAMAT TINGGAL SAHABAT
Saya pernah bela banyak haiwan. Tapi awak lain.
Awak tak pernah berbicara…
Tapi awak selalu buat saya rasa difahami.
Dalam diam awak, saya jumpa ketenangan yang manusia jarang beri.
Saya pernah duduk di sisi awak waktu langit gelap, waktu jiwa saya serabut, waktu hidup saya sempit.
Saya tak perlu bercakap banyak. Saya cuma letak tangan atas kepala awak. Dan entah kenapa, saya rasa… dunia jadi perlahan. Nafas saya jadi dalam.
Macam awak, seekor lembu, sedang ajar saya cara untuk hidup perlahan-lahan.
Awak tak pernah cakap “saya sayang awak”. Tapi awak tunjuk dalam seribu cara.
Bila saya datang ke kandang, awak paling dulu datang.
Bila saya sakit, awak pandang saya lama-lama, tunduk kepala dekat lutut saya.
Bila saya menangis diam-diam waktu suap awak makan… awak tenung saya macam awak tahu, awak tak akan lama.
Saya mula sayang awak bukan sebab awak besar, cantik, jinak.
Saya mula sayang awak… sebab awak jadi tempat saya belajar erti redha.
Dan sekarang, saya sedang kira hari.
Sebab saya tahu, masa kita dah tak panjang.
Raya korban kali ni, awak bukan sekadar haiwan yang saya sembelih.
Awak sahabat.
Awak saksi.
Awak perpisahan yang saya relakan demi Tuhan saya.
Saya tahu awak tak faham apa itu pengorbanan.
Tapi bila awak rebah nanti, saya percaya… awak akan bawa cinta saya kepada Tuhan, dalam bentuk darah dan takbir.
Saya takut hari tu. Saya takut tengok awak jatuh.
Tapi saya tahu… ada cinta yang paling tulus bukan dalam memiliki, tapi dalam melepaskan.
Dan saya lepaskan awak… bukan sebab saya tak sayang.
Saya lepaskan awak sebab awak terlalu saya sayang.
Saya harap awak tunggu saya.
Sebab di Padang Mahsyar nanti, bila semua amalan saya terlalu kotor untuk diangkat…
Saya cuma nak ada satu saksi.
Yang akan datang dari arah kanan. Yang akan kata,
“Dia pernah lepaskan saya demi Tuhan.
Dia pernah menangis untuk redha.
Dan saya datang hari ini… untuk bantu dia melintas ke syurga.”
Kredit: Khairul Johari
MUKA MUKA PELINGKUP MELAYU, RASUAH TERKAIT MACAM MACAM KES... TU PUN NAK BELA MELAYU...
Che Ibrahim
Mereka adalah watak watak yang menyumbang kepada perpecahan melayu, anehnya mereka juga yang mengajak kepada perpaduan melayu dengan dengan berlindung di bawah payung mereka yang sudah berkali kali gagal.
BERITA PALESU. LAMA DAH PUAK KHWARIJ DOK MAIN ISU.. CUBA CERDIK SIKIT NAK JADI PEMBANGGANG PUN
TULAR TAPI PALSU, DAPATKAN SUMBER SAHIH
Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menegaskan bahawa satu jadual tarif elektrik yang sedang tular di aplikasi WhatsApp adalah PALSU dan tidak dikeluarkan oleh TNB.
Jadual tersebut memaparkan kenaikan tarif berserta dengan logo TNB yang digunakan tanpa kebenaran. Kandungan ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan.
Setakat hari ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi.
Orang ramai dinasihatkan supaya:
✔️ Tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan.
✔️ Merujuk saluran rasmi Kerajaan dan TNB untuk sebarang pengumuman berkaitan tarif.
Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh hubungi TNB di saluran berikut:
• Private Message (PM) di Facebook TNB Careline
• Direct Message (DM) ke X (Twitter) @Tenaga_Nasional
• E-mel kepada tnbcareline@tnb.com.my
• Hubungi 1300-88-5454
---------
DON'T FALL FOR THE VIRAL CONTENT, CHECK THE FACTS
Tenaga Nasional Berhad (TNB) wishes to clarify that a tariff schedule currently circulating on WhatsApp is FAKE and not issued by TNB.
The false schedule misleadingly suggests a tariff increase and unlawfully features the TNB logo. This misinformation is creating unnecessary confusion among customers.
As of today, no official announcement has been made.
We strongly advise the public to:
✔️ Avoid sharing unverified information
✔️ Refer only to official Government and TNB platforms for updates on electricity tariffs
For accurate information or enquiries, please contact us via:
📩 Facebook PM: TNB Careline
📲 X (formerly Twitter) DM: @Tenaga_Nasional
📧 Email: tnbcareline@tnb.com.my
📞 Call: 1300-88-5454
SITA LAGI..
#KualaLumpur Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai yang dikatakan milik keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, disita.
CARI LA MUDA SIKIT....
Che Ibrahim
Takdak dah ke wat muda muda sikit tampil ke depan untuk membela melayu??...muak dan cuak dah dok dengar suara yang sama....
BANYAK NAK KENA JAGA NI
Siapa nanti nak jaga 4 ekor kuda yang bernilai RM400,000 kerana kuda-kuda tersebut perlu duduk dalam kandang aircond 24 jam?
**********
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata sitaan itu membabitkan 14 akaun individu berjumlah RM 4.5 juta, lapan akaun syarikat (RM 33 juta), kondominium mewah dan sebidang tanah (RM 24.5 juta), serta sembilan unit kereta bernilai RM 7.65 juta.
TIDAK ketinggalan, 13 kereta yang masih belum diserahkan kepada pasukan siasatan.
Azam berkata SPRM turut menyita jam tangan mewah bernilai RM 25 juta, tas tangan (RM 3 juta), barang kemas serta berlian (RM 6 juta), empat ekor kuda (RM 400,000), minuman keras mewah (RM 3 juta), aset luar negara yang dianggarkan bernilai lebih RM 15 juta serta aktiviti perjudian yang dipercayai mencecah RM 20 juta.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara 2016 hingga 2020 membabitkan dana sukuk yang diluluskan kira-kira RM 1.35 bilion dan melibatkan penyelewengan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM 360 juta serta RM 416 juta, selain pinjaman fasiliti bank lain sebanyak RM 50 juta.
KARNIVAL BELIA MADANI PANDAN
Karnival Belia Madani 2.0 di Parlimen Pandan sudah pun melabuhkan tirai pada hari Ahad lepas. Empat hari yang penuh dengan aktiviti, gerai makanan, jualan murah, saringan kesihatan percuma, semua ada.
Saya sempat turun padang untuk rasmikan karnival pada hari terakhir. Seronok tengok sambutan baik dari warga Pandan dan kawasan sekitar. Saya tak dapat hadir pada karnival yang pertama pada tahun 2023 kerana menjalani prosedur rawatan jantung.
Terima kasih kepada semua yang hadir, yang bantu jayakan, dan yang menyokong dari awal sampai habis.
Insya-Allah kita akan terus fokus untuk tingkatkan skala dan mutu program di Pandan supaya kesannya dapat dirasai oleh rakyat Pandan dan yang berdekatan.
KEH.. KEH.. KEH..
DUNIA IKTIRAF MALAYSIA
Dunia iktiraf Malaysia dan terkejut dlm tempoh 2 tahun ekonomi Malaysia antara terbaik di dunia menurut Tengku Zafrul dan pandangan pakar dunia.
Kunjungan pemimpin hebat dunia, dari negara2 Arab dan Afrika terbaru mahu belajar dari Malaysia. Berita kehebatan negara di bawah Anwar Ibrahim tersebar hingga ke Afrika.
Tiba ‘si pencari tahi babi’ kata ekonomi Malaysia merudum. Belajar ekonomi dgn sekolah mana? Sebab itu dikatakan motor pakai diesel percaya…tabayyun bukan2 dol.
KES YUSOF RAWTHER VS ANWAR IBRAHIM
Semalam ada kawan minta untuk ulas berkaitan dengan permohonan Anwar Ibrahim untuk merujukkan 8 soalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.
Di dalam S. 84 Akta Mahkamah Keadilan 1964 menyatakan Mahkamah Tinggi boleh merujukkan isu-isu berkaitan Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan jika isu-isu timbul dalam mana-mana peringkat prosiding di Mahkamah Tinggi.
Apabila timbul permohonan tersebut, pihak Yusof Rawther tidak berpuashati kerana ini bermakna Mahkamah Tinggi akan menangguhkan perbicaraan yang telah ditetapkan di dalam bulan Jun, 2025.
Dalam perbicaraan sesuatu kes, cara dan tindakan lawyer akan memainkan peranan yang penting. Yusof Rawther telah memfailkan tindakan sivil ke atas Anwar Ibrahim setelah beliau gagal untuk meyakinkan Pendakwa Raya (Peguam Negara) untuk menuduh Anwar Ibrahim telah melakukan kesalahan jenayah ke atas dirinya.
Isu merit kes ini kita tidak boleh ulas kerana ianya akan menjadi subjudis. Kita tidak mahu mendahului dapatan Mahkamah terhadap kes ini. Isu yang dibincangkan di sini adalah bagaimana strategi yang diambil peguam untuk anakguamnya.
Apa yang menarik dan tidak terjangka oleh pihak Yusof Rawther adalah permohonan Anwar untuk merujukkan isu Perlembagaan ini kepada Mahkamah Persekutuan. Tindakan peguam Anwar ini adalah satu tindakan yang boleh dikatakan strategik.
Terdapat 8 isu yang ingin dirujukkan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Peguam Negara dalam satu kenyataan media bertarikh 31.5.2025. Antara lainnya adalah, sama ada tindakan sivil berkaitan perbuatan sebelum memegang jawatan boleh diteruskan sekiranya ia menjejaskan keupayaan Perdana Menteri untuk mentadbir. Peguam Negara juga menyatakan ia adalah soalan struktur mengenai tadbir urus Perlembagaan dan bukan mengenai kekebalan peribadi.
https://www.facebook.com/JabatanPeguamNegara/posts/pfbid02jxywvec5BNMpdfjtmaGTj268W4JC11tPLfioweX3RzXowSAiiPpVaMSmRq7gLstZl?__cft__[0]=AZVyaSq1uFdnWlUo0bF0QNEwtpA7AKXiiZFtqSz40cGGzca0BjGgZizhojdzIObB8peHZjAGCJISolLVnZUajs6JBKsYAZO1QxABt9nO44RxPOrF9BHXihSsCtp9MmYX0q4yPi-ihV90cwo1Ur5Mj60C_z1eJN1SovrVWiRgXtnozfejtTzt0wLftH8AjZQOVrAse7yVhpLn4zNzToygj_Mx&__tn__=%2CO%2CP-R
Sebagai peguam, kita dikehendaki untuk menjaga kepentingan anakguam. Selagi ada proses yang boleh digunakan maka peguam tersebut harus membentangkan kepada anakguam dan anakguam akan membuat pilihan sama ada ingin membuat permohonan sedemikian.
Adakah tindakan Anwar itu salah? Tindakan Anwar itu tidak salah dan menjadi haknya di bawah S. 84 Akta Mahkamah Keadilan. Begitu juga. Per. 128(2) Perlembagaan telah memberikan kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan hal tersebut.
128 (2) Tanpa menjejaskan apa-apa bidang kuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah yang mengawal selia perjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu.
Apakah hak Yusof itu telah dinafikan? Hak Yusof tidak dinafikan kerana hak Yusof adalah untuk didengar. Namun, bilakah hak Yusof itu boleh didengar bukanlah menjadi satu isu kerana Mahkamah perlu menyelesaikan dahulu apa-apa perkara yang berbangkit. Setelah isu berbangkit selesai maka Yusof akan diberikan peluang untuk didengar.
Isu yang dibangkitkan Anwar ini adalah isu yang besar kerana ianya melibatkan Perlembagaan. Isu Perlembagaan tidak wajar ditolak mentah-mentah oleh Mahkamah semata-mata untuk mempercepatkan proses perbicaraan.
Isu berkaitan dengan kekebalan (immunity) ini pernah diputuskan dalam kes MOHAMMAD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK v. THOMAS THOMAS @ MOHAN K THOMAS & ANOR
[2023] 4 MLRH 356. Dalam kes ini Najib telah menyaman Tommy Thomas antara lain menuduh Tommy telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Peguam Negara untuk melancarkan beberapa pertuduhan ke atasnya bagi tujuan politik. Mahkamah menyatakan,
90] ...... Further, the process of bringing anyone like the Plaintiff/suspect to justice will have to go through several stages within our Criminal Justice System (as explained earlier) whereby the fate of an accused will be determined not by the Defendant/Public Prosecutor but by the Courts based on the evidence adduced and the PUBLIC PROSECUTOR/HIMSELF ENJOYS IMMUNITY BY WAY OF DISCRETION granted to him by the Federal Constitution under art 145(3) in the first place.
Isunya dalam kes Yusof vs Anwar ini adakah Anwar juga memperolehi kekebalan yang sama? Per. 145(3) itu tidak menyatakan Pendakwa Raya itu kebal tetapi Mahkamah mengendorskan bahawa Pendakwa Raya itu kebal ketika menjalankan tugasnya. Tugas yang dijalankan oleh Anwar sekarang selaku Perdana Menteri adalah tugas yang disebut dalam Perlembagaan sama seperti tugas Peguam Negara. Maka, ada kewajaran diputuskan sama ada seorang Perdana Menteri itu kebal sama seperti seorang Peguam Negara. Jika Perdana Menteri itu kebal, setakat manakah kekebalan itu diberikan? Adakah termasuk kekebalan itu terhadap kesalahan tort atau termasuk juga kesalahan kontrak? Adakah kekebalan itu meliputi kausa tindakan tort yang berlaku sewaktu dia belum memegang jawatan Perdana Menteri atau terhad kepada tindakannya semasa menjadi Perdana Menteri.
Apa yang menjadi perencah tambahan dalam kes Yusof vs Anwar ini adalah tiba-tiba ada 3 pemimpin pembangkang yang memohon menjadi pencelah iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran). Adakah ketiga-tiga ini mempunyai apa-apa kaitan dengan Yusof dan apakah kepentingan ketiga-tiga orang ini khasnya Dr Sam sendiri menyibukkan diri dengan kes Mahkamah sedangkan keutamaan sepatutnya kepada melaksanakan agenda pembangunan negerinya sendiri.
Justeru, nampaknya kes Yusof ini bukan lagi menjadi satu kes peribadi kepada Yusof malah sudah menjadi kes politik. Oleh itu, tidak hairanlah jika Anwar memfailkan permohonan ini sebagai salah satu strateginya dalam menangani kes kerana kes ini sudah berubah daripada kes tort biasa kepada kes politik berprofil tinggi.
Dr Zulqarnain Lukman
4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H
WALAUN PERCAYA APEK SIONG
Jenuh terangkan isu 𝗴𝗮𝘀 𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘂𝗻𝗴𝘂 ni tapi walaun rela tunjuk bodoh, buat-buat tak reti. Antara puncanya inilah dia. Seorang ahpek bernama 𝗪𝗲𝗲 𝗞𝗮 𝗦𝗶𝗼𝗻𝗴 yang sensasikan 𝗽𝗲𝗺𝗲𝘀𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 ini.
Aku rasa tak payah jelaskan lagi soal siapa yang layak dan tak dapat dapat subsidi gas LPG tu. Cuma aku nak 𝘩𝘪𝘨𝘩𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 dekat sini, peraturan gas LPG komersil tu 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 2021! 𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗡.
Kisahnya... Rupanya yang 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙗𝙖𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙧𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 tu 𝘀𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Malah Ka Siong sendiri 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 masa tu. Jadi apa yang dia macam tak faham bahasa sekarang ni?
Tiga kemungkinan. Pertamanya, mungkin 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 mentadbir 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 masa tu. Buat keputusan sesuka hati dia tanpa rujuk kabinet dulu. Sebab itulah benda macam Ka Siong tak tahu pasal ni.
Kedua, mungkin Ka Siong ni 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗽𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 macam si Hadi juga. Gaji nak penuh tapi 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴. Sebab tu dia ketinggalan keretapi. Atau yang ketiga, Ka Siong dah terjangkit 𝘃𝗶𝗿𝘂𝘀 𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝘂𝗸 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿.
Kemungkinan ketiga tu masuk akal juga. Sebab Ka Siong ni 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗹𝘂𝗽𝗮 dia MP kerajaan, dan bukannya pembangkang. Tapi main fitnah macam dia MP PN pulak. Memang dia 𝗱𝗮𝗵 𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝘂𝗸 agaknya.
Masalahnya, bukan Ka Siong je nyanyuk, seluruh PN juga nyanyuk. Sebab semua jadi 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂 melenting tak ketentuan hala. Dijelaskan pun 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿. Tak pun, pemimpin PN 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸? Padahal lebai-lebai pun terlibat sama buat peraturan ini.
Undang-undang dibuat tahun 2021. Tapi biasalah PN. Berani cakap je. Sembang 𝗯𝗮𝗯𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴. Tapi mana berani buat. Lepas tu bila orang buat, dia tiba-tiba jadi terpaling 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘆𝗮. Padahal dia punca.
Tapi yang aku nak tekankan, 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 dalam kerajaan perpaduan ini. Yang 𝗯𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 semuanya dari kelompok UMNO dan BN. Mangkuk macam Puad, Akmal dan Wee Ka Siong dibiarkan bermaharajalela.
Mungkinkah UMNO 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗠𝗖𝗔 sampai tak berani nak tegur makhluk perosak dalam MCA tu? Kalau kritikan tu betul tak apa lagi. Ini jelas 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Nak biarkan lagi?
Pembangkang memang geng 𝗲𝗷𝗮𝗸𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗿𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴. Dorang memang mudah melompat. Dulu isu subsidi ayam dan telur pun macam tu juga. Lompat dulu, fikir kemudian. Yang pastinya, akhirnya terbukti mereka itu 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Guane boh?
Raja Gelap II
.
WALAUN PAS PEMBELA HOTEL 5 BINTANG.. KIOK
Dulu aku selalu la duduk hotel 5 bintang di KLCC. Malam, kalau malas nak keluar, aku selalunya 𝘰𝘳𝘥𝘦𝘳 makan dalam bilik je.
Tekak aku tekak Melayu. Duduk hotel 5 bintang pun, aku order tetap nasi goreng, mee goreng. Tak selera aku nak makan 𝘸𝘦𝘴𝘵𝘦𝘳𝘯 ni.
Order nasi goreng. Rasa lebih kurang kat mamak je. Tapi harga, macam makan 8 orang kat mamak. Tapi peduli apa aku. 𝘊𝘰𝘮𝘱𝘢𝘯𝘺 bayar.
Tapi aku nak beritahu, hotel macam ni la yang wajib gunakan 𝗴𝗮𝘀 𝗟𝗣𝗚 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗿𝘀𝗶𝗹. Sebab dia ambil untung berlipat kali ganda.
Bayangkan, pakai gas bersubsidi, jual harga Yahudi. Tapi pelik, walaun sekarang ni jadi pembela kapitalis yang jiwa Yahudi macam ni.
Subsidi hak rakyat tapi kapitalis gunakan untuk dia tambahan keuntungan. Golongan ini yang lebai dan walaun bela? Bodoh? Guane boh?
Raja Gelap II
.
MAHATHIR NI TINGGALKAN LAH DIA TU...
Parti pas + bersatu + Mahathir sebagai pembangkang yg tak berfungsi dan lemah di Malaysia cuba kacau iklim politik di Singapore, nah...hari ini bangsa Melayu Singapore sendiri bersuara!
EZAM SEMAKIN KE PENGHUJUNG
W. Faudzin
Inilah susuk tubuh jantan yang hari ini setiap hari menyalak memburukkan peribadi PMX. Dalam politik, nama dia naik kerana susuk tubuh bernama Anwar Ibrahim. Apabila dia berbalah dengan Azmin, dia lari tinggalkan parti. Kemudian join Umno untuk cari makan. Di dalam Umno, dia dapat kedudukan sebagai senator. Kemudian di bawah Najib, dia dapat jawatan sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan.
Apabila dia melihat Najib sedang kesusahan dan akan tumbang, dia tinggalkan Najib dan Umno. Dia cuba mahu jadi hero dengan menyaman Najib dalam isu skandal 1MDB. Kemudian tubuh parti sendiri, tetapi dia sendiri bubarkan. Apabila melihat Keadilan dan PH bersinar untuk menjadi kerajaan, dia cuba menunjukkan sikap kononnya untuk bersama Keadilan.
Dia wujudkan NGO bernama Gerak 98. Saya terlibat untuk membantunya melawan pengkhianat iaitu Mahathir, Azmin, Muhyidin termasuk puak2 lebai. Saya tersilap sangka kerana saya jangkakan mamat Ezam ini sudah insaf dan sedar dan ingin ke pangkal jalan. Saya sendiri dan rakan2 yang lain cadangkan dia cuba untuk mohon sertai Keadilan semula. Akhirnya dia mohon sertai Keadilan. Waktu itu, dia setiap hari memuji kehebatan Anwar Ibrahim. Dia sanggup mohon maaf kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya di atas tingkah lakunya sebelum ini. Ikhlas ke dia mohon maaf? Punyalah mahu sertai Keadilan semula.
Alhamdulillah, PMX seperti telah dapat ilham untuk tidak memberi ruang kepadanya. Ternyata benar tindakan PMX tidak menerima pengkhianat dan munafik seperti ini. Ezam kemudiannya hilang hala tuju. Dia sertai berbagai parti seperti Berjasa dan PRM. Beliau mencuba nasib untuk menguji pengaruhnya dan menyertai pilihanraya di negeri lahirnya iaitu di Selangor. Beliau hilang deposit.
Akhirnya, dia pilih jalan lain yang dia rasa dia boleh cari makan. Pas menjadi pilihannya kini. Pas gunakan beliau semahu-mahunya dan Ezam kembali berwatakkan seperti dahulu yang bercakap tentang peribadi Anwar Ibrahim.
Sesungguhnya Allah tidak melihat awal kehidupan kita, tetapi Allah melihat penghujung kehidupan kita. Apakah penghujung buat Ezam ?
WFAUZDINNS



































