KENAPA UMNO MOHON MAHATHIR. PULANGKAN SEMULA TANAH MILIK PARTI

 

Ramai yang masih tak faham kenapa UMNO harini mintak Tun Mahathir pulangkan semula tanah milik parti yang atas nama beliau dan beberapa individu lain.




Mereka cepat melatah dan tuduh UMNO ni rakus, balas dendam dan tak kenang budi. 


Tapi mereka lupa , ini bukan soal sentimen tapi ini soal aset amanah parti yang dipegang oleh individu tertentu secara peribadi sejak berdekad.


Tanah tu bukan milik Tun Mahathir secara peribadi. 


Ia didaftarkan atas nama beliau waktu beliau jadi Presiden UMNO atas nama “amanah”. 


Tapi bila dah tinggalkan UMNO, tanah itu tak diserahkan semula pun.


Ini bukan kes terpencil. 


Sejak UMNO diharamkan pada 1988, banyak aset parti seperti tanah, bangunan, syarikat tidak lagi diletakkan atas nama UMNO secara rasmi. 


Sebaliknya guna nama pemimpin, proksi atau nominee. Sebab apa?


Sebab kalu jadi apa² pada parti diharamkan, disiasat, atau kalah PRU sekalipun, aset tu tak dibekukan. 


Tapi strategi ni makan diri bila individu yg pegang aset tu mula guna ikut kehendak sendiri.


Isu ini pernah dibangkitkan oleh ramai tokoh UMNO lama. Malah dalam buku Malaysian Maverick, Barry Wain ada dedahkan bagaimana Tun M dan Daim kendali urusniaga dan aset UMNO tanpa rujuk Majlis Tertinggi parti.


Gomez dan Jomo dalam kajian mereka pun membongkar struktur korporat UMNO yg disusun penuh kerahsiaan mengguna yayasan, GLC, nominee dan kroni untuk kawal kekayaan politik.


Dan inilah salah satu sebab kenapa Anwar Ibrahim akhirnya melawan Tun pada tahun 1998.


Bukan kerana Anwar tu gila kuasa tapi kerana beliau mahu reformasi menyeluruh. 


Anwar melawan kronisme, bail-out syarikat² kroni, sistem aset parti yg tak telus dan jugak budaya menyimpan kuasa ekonomi dalam tangan “inner circle”


Apa jadi pada Anwar Ibrahim ?

Difitnah, dipenjara dan ditendang keluar.


Episod ini menunjukkan bagaimana aset politik Malaysia disusun bukan secara institusi tapi atas nama individu. 


Ini juga memperlihatkan bagaimana pendekatan Reformasi Anwar Ibrahim ditentang oleh sistem gelap sehingga beliau dihukum tanpa keadilan. 


Harini, sejarah mula dibersihkan. 

UMNO kini mintak haknya dikembalikan. 


Tun Mahathir, yang dulunya gunakan aset itu sebagai “presiden trustee”, harini kena serah balik pada parti yang dia dah tinggalkan. 


Dan inilah satu pengajaran untuk semua parti politik.

Jangan lagi simpan aset atas nama individu. 


Institusikan. Reform. Bersihkan.



PAS SUKA ORANG HANYUT

 


Sebelum Ramasamy dipecat dari DAP, PAS kata Ramadamy musuh islam.Bila Ramasamy dipecat dari DAP,pejuag islam dan bawa isu kuil hasut orang india supaya benci kerajaan.Ini lah gaya perangai orang pentingkan diri hasut sini sana.




KEH. KEH.. KEH.. BAIK KO BALIK JAGA NEGERI KO WEEEIIII....

 


KES MUHYIDDIN. 7 PERTUDUHAN DIGABUNGKAN. INI FAKTA BUKAN AUTA.

 


Alif Jamil


Baru 33 bulan pegang kuasa, BERSATU dah kantoi RM500 juta masuk akaun parti. Ini bukan fitnah. 


Ini fakta mahkamah. 


Mahkamah benarkan 7 pertuduhan keatas Muhyiddin Yassin digabungkan. Ini bukan teori konspirasi. 


Ini kes SPRM dan ianya bukti sah yg sedang dibicarakan dalam mahkamah.


Dan ya , duit itu masuk ke akaun rasmi parti BERSATU, bukan akaun tabung Kohilal tapi akaun parti politik dgn bukti transaksi bank yang jelas.


Kita pun pernah tertanya jugak masa PRU15 macam mana PAS dan BERSATU boleh berkempen macam parti kaya raya ? Billboard gergasi bersepah, konvoi macam VIP, kempen besar²an seluruh negara, bendera macam ribut taufan.


Rupanya, jawapan ada di mahkamah. 


RM500 juta deposit masuk akaun BERSATU hasil skim Jana Wibawa atas nama bantu bumiputera tapi yg kenyang kroni dan inner circle.


Fakta kes : 


a. SPRM sahkan lebih RM300 juta masuk akaun BERSATU dari syarikat kontraktor.


b. Akaun BERSATU dibekukan bawah Akta AMLA (Anti Money Laundering).


c. pertuduhan rasmi terhadap Muhyiddin dibacakan di mahkamah.


d. Pertuduhan melibatkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.


Tapi yang paling ironinya depalah yang terpaling Islam, paling suci. 


Kononnya PH ni proksi Yahudi, Anwar ejen Amerika & IMF, DAP musuh Islam.


Padahal..

Depa lah yg rompak atas nama Islam, tipu atas nama Melayu, sakau atas nama bangsa dan agama.


Apa beza kalau kroni yang sapu?

Jenayah tetap jenayah. 


Dan saya berasa jijik bila penyokong Tun dan PEJUANG pula pandai² sindir PH kononnya hipokrit sebab kerjasama dengan BN.


Siap bahan PH sebab lantik "Presiden 47 kes” jadi TPM. 


Tapi bila PN baru 33 bulan memerintah dah kena siasat atas skandal RM500 juta semua pakat simpan otak dalam mangkuk jamban. 


Hello? Sepenggal pun belum dah ada kes sampai 500juta. 


Bukan setakat tebuk atap tapi tebuk poket rakyat. 

Ini kerja gila. 


Yang lawaknya bila PEJUANG yg takde kerusi satu pun, harini nampak berjinak² dgn geng pengkhianat yang depa dulu maki tak cukup tanah. 


Main play safe konon, takut nampak macam khianat terang² lah tu. 


Tapi rakyat dah lama baca tari klentong ampa tu. 


Nak main politik tapi takut kena kecam.

Nak kekal relevan tapi tak berani ambil pendirian.


PH dan BN boleh duduk semeja demi kestabilan dan reform seperti yg disarankan Yang Dipertuan Agong. 


Prinsip PH jelas , kerjasama harus berpaksikan keadilan rakyat dan reform. 


Berbanding dgn kamu yg nak duduk semeja dgn PN yg menunggang agama, sakau dana dan tikam belakang rakyat , 


Itu bukan demi agama bangsa , itu jenayah.


Fikir-fikirkan. Selagi ada akal , guna akal tu dgn elok. 

Jangan simpan otak dalam tandas.



TCO: Tiada Keperluan Intip MB Terengganu?



Tugas Unit TCO bukan untuk “mengintip” sesiapa, apatah lagi sebagai alat politik tetapi untuk memastikan keselamatan komunikasi dan pergerakan VIP. 


Tuduhan tidak berasas ini sekadar mengalihkan perhatian daripada isu sebenar di Terengganu.


Hakikatnya?


Terengganu mencatat penurunan KDNK -7.0% antara 2018 hingga 2025, satu-satunya negeri yang mencatat kejatuhan sedangkan negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.


Di mana fokus pentadbiran negeri, adakah MB ingin menyatakan TCO adalah punca kegagalan pemerintahan, walhal beliau sering sahaja ke luar negara tanpa sebarang sekatan.


Atau adakah ianya berkaitan Muktamar Tahunan Pas ke-71 dijadualkan berlangsung di Kedah pada bulan September ini ?


PM BANYAK MEMBANTU

 


Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang sentiasa terbuka mendengar pandangan dan cadangan daripada penjawat awam selain sangat mengutamakan kepantasan bekerja serta keputusan yang dihasilkan.




Mohd Zuki, yang juga Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), berkata Anwar amat menekankan kebajikan penjawat awam dan ia terbukti dengan keputusan kerajaan untuk menyemak semula gaji penjawat awam melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).


Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2410100


#BernamaNews Anwar Ibrahim




PMX PUN IKHLAS JA BANTU.


 

RAMAI ALIM ULAMAK KELANTAN HADI. BUKAN ULAMAK POLITIK.. TU TAK GUNA SEDUIT


 

SAMBUTAN AIDILFITRI DI KELANTAN


 

KENA ANGKUT DAH.

 


TU DIA SANUSI. ORANG KEDAH MAKI HANG PELAQ

 


NAK MERANA LAGI PILIH LAH PARTI PNNYAKAW


 

AIKKKK..... TIPU JUGA?

 

Kata nak telus ... kenapa tak jawab terus terang? Apa yang nak disembunyikan?





SEKALI KENA DAAAAA...

 


KERAJAAN TAK BAGI?


Sham Ghaz

 

Exco Terengganu, ada tulis kononnya kata Kerajaan Pusat tak bagi duit wang ehsan kepada Terengganu. 






Realitinya Kerajaan Madani tingkatkan sumbangan setiap tahun kepada Negeri ditadbir PAS


Bab sembang mmg boleh terbanglah!


Masa mereka jadi Kerajaan 33 bulan PN/Pas/Bersatu tak mampu nak selesai kan tuntutan Royalti/Wang Ehsan kepada Negeri Kelantan dan Terengganu yang ditadbir Pas, walaupun Menteri dari Pas ada 3, Timbalan Menteri 4 dan Duta Timur Tengah. 


Berikut adalah fakta sumbangan peruntukan Kerajaan Pusat kepada Negeri Pembangkang.


▪️Terengganu; 


Tahun 2023: RM1.57 Billion

Tahun 2024: RM2.02 Billion (naik)


▪️Kelantan


Tahun 2023: RM588 Juta

Tahun 2024: RM762 Juta (naik)


▪️Kedah 


Tahun 2023: RM519 Juta

Tahun 2024: RM524 Juta (naik)


▪️Perlis


Tahun 2023: RM182 Juta

Tahun 2024: RM211 Juta (naik)




SELANGOR PRIHATIN

 


Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, mengumumkan pemotongan gaji bagi Adun, dan penjawat awam berpangkat tinggi untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM500,000 dalam Tabung Prihatin Selangor untuk disalurkan kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.





Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menyumbang RM1,000 daripada gaji mereka, Adun termasuk pembangkang RM200, dan penjawat awam Gred 48 ke atas RM50.


#ohmedia #as



BUKA MULUT JA MUHONG- MANA PERGI MB SEMPOI ! MALULAH KALI INI !

PENIPU JUGA-CALON PAS PRK AYER KUNING KANTOI MENIPU? IKHWAN RAZAK KASI LONDEH!

AMBIL IKTIBAR

 


LEPAS LELANTAN BALIK KE TOK KUN

 











Berakhir majlis di Kelantan, saya terus ke Pulau Pinang untuk beberapa perencanaan yang bermula di kampung halaman saya. Alhamdulillah, terubat rindu pada sanak saudara dan keluarga besar penduduk Kampung Cherok Tok Kun.



Saya luncurkan pembinaan semula Masjid Cherok Tok Kun Dalam yang mempunyai sisi nostalgia terhadap diri dan keluarga. Dengan matlamat suci untuk mengimarahkan masjid, pembinaan semula ini dapat menampung jumlah jemaah yang lebih besar mencecah 1,600 orang pada satu-satu masa.


Insya-Allah ia akan turut dilengkapi dengan kemudahan komuniti yang lebih sempurna untuk manfaat dan kebaikan anak kariah dan orang ramai yang singgah untuk beribadah.


Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM11.4 juta bagi menjayakan projek pembinaan semula masjid ini, dengan tambahan sumbangan RM4.5 juta daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan RM3 juta daripada kariah serta masyarakat setempat.


Saya turut sampaikan sumbangan kepada Surau Haji Yahya Sungai Sintok, Masjid Jamek Jarak Atas dan Masjid Jamek Permatang Janggus sebagai sokongan terhadap pembangunan dan usaha mengimarah rumah Allah.


Firman Allah SWT bahawasanya masjid yang didirikan dengan asas taqwa, akan memberikan keberkatan dan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang menjengah dan beribadah. 


Dalam ucapan, saya menghimbau nostalgia tatkala membesar di kampung dan masjid ini yang telah banyak menyumbang pada pembentukan ilmu, akhlak dan peribadi. Di masjid ini juga saya dilatih menyampaikan khutbah dan di sini juga saya mengenal erti perjuangan dan khidmat bakti pada masyarakat.


Keluarga besar Cherok Tok Kun sentiasa dekat di hati saya. Mereka bukan sahaja ada sewaktu senang, bahkan turut setia bersama tatkala saya terpuruk, dihina, dikeji dan dipukul setengah mati. Jasa dan pengorbanan kalian sentiasa terpahat dalam ingatan.


Sebelum pulang, saya sempat menziarahi kubur Almarhum datuk saya, serta singgah ke kediaman keluarga untuk bertemu abang dan adik serta sanak saudara.


Saya mendoakan semoga warga Cherok Tok Kun terus hebat dan menjadi contoh terbaik masyarakat asbab keindahan akhlak, keperibadian serta kehidupan bermasyarakat kita, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



TAK CERDIK. RITU PERTIKAI BM CALON DAP. CINA TU DAPAT A1 BM, DIA TAK TUNJUK JUGA KELULUSAN BM DIA... ENGLISH MATE LANGSUNG LA.

 


BINA PERSEPSI UNTUK BURUKKAN KERAJAAN.


YM TENGKU GARRY


Dia tengah nk bina naratif bahawasanya kerajaan madani di bawah Anwar Ibrahim ni memerintah ala kuku besi ibarat kerajaan regime israell gitew 🤣



 “Ke mana saya pergi, siapa yang saya temui dan apa yang saya perbualkan – semuanya menjadi perhatian pihak tertentu dan perlu dilaporkan oleh satu cawangan khusus kepada pihak political master atau operator utamanya”.





“Itu realiti harian yang saya hadapi. Dengan perkembangan teknologi canggih hari ini, mereka mungkin juga cuba mengetahui isi perbualan saya dengan individu tertentu terutama pimpinan politik, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar.


Dalam satu kenyataan hari ini, pemimpin Pas itu mendakwa dirinya telah dilabel dan ditandai sebagai Travel Control Office/ Order (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh satu pihak cawangan khusus di negara ini.


#PolitikMalaysia #Malaysiagazette 


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




TERBAIK- IMEJ DBKL TERBAIK DI BAWAH PMX

BINA PERSEPSI - MENANG PRK AYER KUNING TUKAR KERAJAAN! MODUS OPERANDI BODOH DARI PERIKATAN!

MENGHARGAI-RM100 NILAINYA AMAT BERMAKNA, ULASAN DADI SYAFIQ ANUAR

HEBAT-SANGAT SESUAI UNTUK TUDM !! Malaysia Semakin Pasti Untuk Memperoleh Jet ...



Malaysia berada di ambang keputusan besar dalam dunia pertahanan. Selepas bertahun-tahun mencari pengganti ideal untuk pejuang generasi lama, semua mata kini tertumpu pada satu nama: Sukhoi S u-57, jet pejuang generasi kelima Rusia.





WALAUN PEKAK.



 Walaun benak.. buta mata hati, jahil politik, jahil agama, malas berfikir dan malas mengkaji, hanya bertaksub buta main follow saja apa jua yang lebai marang hipokrit kata.




NOHHHH.... MELAYU...

 Fendi Apple. 



Perang mulut dan poster bermula....


Undi BN insyaAllah kekal,

Undi PH insyaAllah akan ke BN,

Undi PN mungkin semakin merosot kerana kegagalan PN sebagai pembangkang.





PM Anwar Arah Percepat Projek Tebatan Banjir Bela Nasib Rakyat


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Kelantan di Dataran Pantai Irama, Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

BACHOK, 12 Apr – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan projek tebatan banjir di Kelantan akan dipercepatkan pelaksanaannya bagi memastikan nasib rakyat negeri ini terbela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan peruntukan dan penyelarasan teknikal dimuktamadkan dan kerja awal akan bermula tahun ini.

“Tidak ada sebab untuk terus berlengah kerana rakyat sudah terlalu lama berdepan kesusahan akibat banjir berulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Kelantan di Dataran Pantai Irama, Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya arahkan supaya semua kementerian dan agensi terlibat menyegerakan tindakan tanpa sebarang kerenah birokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 yang diadakan di Pantai Irama, di sini, pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Kelantan di Dataran Pantai Irama, Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Anwar berkata, langkah awal melibatkan pembinaan benteng sungai, saliran bersepadu dan sistem amaran awal banjir di beberapa daerah berisiko tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Kelantan di Dataran Pantai Irama, Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, kerajaan juga akan meneliti semula pelan tebatan sedia ada agar lebih menyeluruh dan mengambil kira perubahan iklim serta peningkatan populasi.

“Fokus kita bukan hanya penyelesaian jangka pendek, tetapi membina ketahanan jangka panjang supaya rakyat tidak terus menjadi mangsa saban tahun,” katanya.


Politik Fitnah dan Kedangkalan Pembangkang: Cabaran Terbesar Reformasi Malaysia Baharu



 



Oleh: Dr. Shah Nor bin Basri



Sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15, Malaysia menyaksikan perubahan besar dalam landskap politik dan ekonomi. Dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda reformasi negara kini tertumpu kepada pemulihan institusi, pengukuhan ekonomi dan pembinaan semula keyakinan rakyat terhadap tadbir urus.


Namun, di sebalik usaha ini, muncul satu halangan besar: pembangkang yang semakin terperangkap dalam budaya politik fitnah, kedangkalan wacana, dan ketiadaan alternatif dasar yang membina.


Politik Persepsi Mengatasi Fakta



Di era digital, politik persepsi menjadi senjata utama pembangkang. Platform seperti TikTok, Facebook, dan Telegram dijadikan medan menyebarkan maklumat tidak sahih — termasuk tuduhan liar terhadap Perdana Menteri kononnya tunduk kepada agenda luar, meminggirkan Melayu-Islam, dan menggadai maruah negara.

Sebagai contoh, satu kajian oleh Centre for Independent Journalism (CIJ) menunjukkan peningkatan mendadak dalam penyebaran dis/misinformation berkait politik di media sosial sejak 2023, dengan lebih 60% daripadanya bersumber daripada akaun pro-pembangkang [1]. Ini menunjukkan satu usaha terancang untuk mencipta persepsi, bukan membina wacana berasaskan fakta.



Gangguan Terhadap Agenda Reformasi



Dalam tempoh kurang dua tahun, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif: reformasi subsidi bersasar, pelaburan strategik dalam sektor digital dan tenaga boleh diperbaharui, pengukuhan institusi perundangan, dan rangka kerja Ekonomi MADANI yang menggariskan 10 anjakan sistemik negara [2].


Menurut Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2024, Malaysia mencatat pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM329.5 bilion pada tahun 2023 – peningkatan ketara berbanding RM264 bilion pada tahun sebelumnya [3]. Namun, pencapaian ini sering diperkecilkan oleh pembangkang yang lebih gemar memainkan isu-isu picisan seperti pakaian menteri, doa dalam khutbah, atau video manipulatif.



PAS: Politik Retorik, Gagal Bawa Solusi



Antara watak utama dalam politik retorik ini ialah PAS. Dalam banyak kenyataan Presiden dan Ahli Parlimennya, mereka gagal membaca struktur dasar negara yang sedang dibina. Misalnya, dalam sesi Parlimen November 2023, seorang Ahli Parlimen PAS mendakwa subsidi bersasar “menzalimi rakyat”, tanpa menyentuh realiti ketirisan RM17 bilion setahun akibat subsidi pukal, seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri sendiri berdasarkan laporan audit dalaman kerajaan [4].


Presiden PAS pula dalam beberapa ucapannya terus memainkan naratif kerajaan “tidak Islamik” dan mengungkit istilah “kerajaan kafir” — walaupun hal itu jelas bertentangan dengan prinsip maslahah dan maqasid syariah dalam pengurusan negara [5].

Ketiadaan tawaran dasar yang jelas, selain retorik populis dan sentimen keagamaan yang sempit, mencerminkan kegagalan PAS berperanan sebagai pembangkang yang berfungsi dalam demokrasi moden.


Keilmuan: Teras Demokrasi Berfungsi



Dalam demokrasi yang matang, keilmuan menjadi asas utama kepada legitimasi dan keberkesanan dasar. Namun pembangkang — terutama PAS — gagal memanfaatkan forum seperti Parlimen untuk membahas dasar secara berfakta. Laporan The Third World Quarterly menyatakan bahawa pembangkang berkesan adalah yang mampu memeriksa, menyemak dan mencabar dasar berdasarkan hujah ilmiah, bukan emosi atau manipulasi persepsi [6].

Rakyat tidak memerlukan pembangkang yang hanya mengkritik demi populariti. Mereka mahu suara yang rasional, kritikal dan bertanggungjawab.


Politik Nilai vs Politik Kebencian



Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsisten menekankan bahawa kritikan adalah dialu-alukan, tetapi fitnah dan manipulasi adalah pengkhianatan terhadap negara. Beliau mengangkat konsep politik nilai — yakni politik yang berasaskan integriti, ilmu dan kesejahteraan rakyat — sebagai antitesis kepada politik kebencian yang kini menjadi sandaran pembangkang tertentu [7].



Kerajaan Perpaduan, meskipun tidak sempurna, menunjukkan keazaman untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi — dan ini menuntut kestabilan politik serta pembangkang yang rasional, bukan reaksioner.


Kesimpulan: Rakyat Perlu Bijak Memilih Suara Yang Membangun



Malaysia sedang meniti fasa kritikal dalam usaha pembinaan semula negara. Namun usaha ini boleh tergendala sekiranya suara-suara kedangkalan terus diberikan ruang dominan.

Sudah tiba masanya rakyat menuntut pembangkang yang cerdas, bukan yang hanya menjaja mimpi dan ketakutan. Pembangkang yang membawa solusi, bukan sekadar slogan. Dan yang berani berdepan fakta, bukan berselindung di sebalik kebencian.




Jika PAS dan parti pembangkang lain gagal berubah, maka mereka akan terus tenggelam dalam arus Malaysia baharu — arus yang dipandu oleh keilmuan, profesionalisme dan politik bernilai tinggi.

Sumber Rujukan:



  1. Centre for Independent Journalism (CIJ). (2024). Mapping Misinformation in Malaysian Politics — www.cijmalaysia.net
  2. Unit Perancang Ekonomi (EPU). (2023). Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat. — www.ekonomimadani.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia. (2024). Laporan Ekonomi 2024. — www.mof.gov.my
  4. BERNAMA. (2023). Kerajaan tangani ketirisan subsidi RM17 bilion – PM Anwar.
  5. Mufti Wilayah Persekutuan. (2023). Fatwa & Pendirian: Politik dan Agama. — www.muftiwp.gov.my
  6. Third World Quarterly. (2023). Democracy and the Role of Opposition in Southeast Asia.
  7. The Malaysian Insight. (2023). Anwar: Kritikan dialu-alukan, fitnah harus dihentikan.

Dr Shah Nor Basri merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam yang berpengkalan di Jordan







‘Islam Hebat Kerana Tunjuk Contoh Yang Baik, Bukan Maki Dan Hina Orang’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah pada 12 April 2025.

BUKIT MERTAJAM, 12 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk terus menunjukkan contoh dan teladan yang baik tanpa melakukan penghinaan terhadap kaum lain.

Anwar berkata, sikap terpuji itu sekali gus akan membuatkan Islam dipandang mulia dan dihormati semua pihak.

Katanya, salah satu tempat yang boleh dijadikan contoh adalah institusi masjid yang dibina dengan penuh ketakwaan kepada Allah SWT serta nilai-nilai murni yang membawa kepada kesejahteraan masyarakat.

“Islam ini hebat kerana contoh kita, Islam hebat bukan kerana kita maki orang dan Islam hebat bukan kerana kita hina kaum lain.

“Tetapi, Islam itu hebat kerana dia tengok contoh kita itu baik, masjid kita paling bersih, masjid kita paling indah, kariah kita paling baik peribadinya, anak-anak anak kita itu cukup terlatih dan cukup disiplin.

“Oleh kerana itu yang akan menyebabkan orang hormat kita dan bukan kerana angkuh, bukan kerana bengis kita atau bukan kerana kita memilih untuk menghina yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Cherok Tokun Bawah di sini, hari ini.

Pembinaan semula masjid berusia 30 tahun di kampung halaman Perdana Menteri itu dijangka siap pada Februari 2027 dengan kos RM15 juta.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid.

Anwar juga mahu semua pihak supaya terus memainkan peranan dalam menjaga institusi masjid dan zakat supaya bantuan dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

“Ia adalah dengan memainkan peranan dalam memastikan semua nilai-nilai baik diterapkan dalam pentadbiran negara tidak terbabit dengan kesalahan rasuah.

‘Ular sawa kalau dah makan, dia duduk diam (berhenti) tak usik apa-apa dah. Tapi manusia, dia rasuah dan tamak haloba mana dia nak diam.

“Atas sebab itu kita nak jadikan kerajaan MADANI ini perubahan yang sebaiknya,” katanya.

Tegasnya, kepercayaan rakyat yang memberi mandat untuk memimpin harus dibalas dengan amanah, kejujuran dan kesederhanaan bukan dengan menindas atau menyeleweng harta.

“Kalau kita diberi amanah, itu tanggungjawab, bukan lesen untuk ambil kesempatan. Kita jangan jadi tamak hingga hilang arah, hilang akhlak. Kekayaan sebenar bukan pada harta, tetapi pada integriti dan taqwa.

“Jangan lupa kuasa dan jawatan adalah sementara dan akhirnya manusia akan kembali kepada fitrah Allah untuk dipersoal tentang segala tanggungjawab yang telah diamanahkan,” katanya.




Sindiran karikatur jahat terhadap Anwar, Loke tiada nilai tambah, terpesong daripada isu sebenar


 

OLEH: Nga Kor Ming



Saya kesal dengan tindakan parti Perikatan Nasional yang menggunakan karikatur yang seolah-olahnya menyindir PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anthony Loke.


Tindakan ini bukan sahaja tidak wajar, malah mencerminkan pendekatan politik yang sangat tidak matang.


Sindiran melalui karikatur sebegini yang berniat jahat tidak membawa sebarang nilai tambah kepada pembangunan negara, malah cuba memesongkan tumpuan daripada isu sebenar yang perlu kita atasi bersama seperti perang tariff Trump.


Sebagai parti politik yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, kita percaya bahawa perdebatan politik harus berteraskan dasar, pelan pembangunan serta cadangan penambahbaikan, bukannya mempermainkan individu dengan cara yang kebudak-budakan serta memperalatkan ugama dan kaum sebagai modal murahan.


Pakatan Harapan komited dan cakna untuk memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning bagi memperkukuh hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan pembangunan negeri Perak selaras dengan wawasan Perak Sejahtera 2030.


Negara kita memerlukan politik yang membina, bukan membinasa.


NGA KOR MING ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan timbalan pengerusi kebangsaan DAP.



PERARAKAN KE DEWAN PENCALONAN WAKIL DARI KERAJAAN PERPADUAN! BANJIR MANU...

Tambahan Peruntukan Di Kelantan Dan Terenggany Bukti Kerajaan Adil-PM #M...

LAUTAN MANUSIA SAMBUT KETIBAAN PMX AIDILFITRI KELANTAN

PRK Ayer Kuning: Langsung dari Tapah

PANAS PENAMAAN CALON PRK DUN AYER KUNING

LIVE UCAPAN PMX DEPAN MENTERI BESAR RAKYAT KELANTAN

RUMAH UNTUK RAKYAT MISKIN.


 

LAPORAN POLIS KERANA MENGHINA RAJA RAJA


 

CALON PN MENIPU MAKLUMAT PERIBADI

 


MASJID BARU TOK KUN.

 Pertikaian National 


Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam di Kampung PMX 👍🏻




GURU SEKOLAH SUKAN TEMERLOH TOLONG KEMPEN LAK.


 Zulaifa Rahman.




Buang saja duri dalam daging ni!!

makin disimpan makin menanah!!

sudah hilang adab,akhlak,moral sebagai

 pendidik,Sengaja mengabaikan

 falsafah,misi, visi peddikn dan cita-cita

 kerajaan Dan negara!.


BETUL KAH BOLEH DIAM BUKAN SELALU SEBAR BERITA PALESU


Jamzuri Ardani


 "Barangsiapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." -Hadis.


Baguslah kalau PN pilih diam, daripada dok sebar fitnah merata.


Tapi ... hangpa caya ka depa akan diam? Hat jenis ketagih fitnah nie ... boleh diam dua minit ja paling lama.