PM Anwar Salur Sumbangan Kepada 258 KIR Mangsa Banjir Di Segamat

Shanmugam (tengah) mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di Balai Raya PPS Batu Badak, Segamat, Johor pada Selasa. Foto Ahmad Ismail

SEGAMAT, 10 Dis – Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyerahkan sumbangan kepada 258 ketua isi rumah (KIR) yang terkesan di daerah ini, di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas mewakili Anwar, M Shanmugam, di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Batu Badak di sini.

Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri, M Shanmugam mewakili Anwar menyerahkan sumbangan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Terbuka Penghulu Long, Teluk Rimba, Tangkak. Foto Bernama

Shanmugam berkata, bantuan itu bukan setakat untuk mangsa yang berlindung di PPS itu malah turut diagih kepada mereka yang sudah meninggalkan PPS tanpa mengira sesiapa asalkan mempunyai rekod berdaftar dengan PPS selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

“Kita akan teruskan usaha sebegini di semua lokasi terkesan banjir dengan kerjasama agensi Pusat dan negeri.

“Bantuan pula membabitkan kit makanan dan selimut,” katanya ditemui.

Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri, M Shanmugam mewakili Anwar menyerahkan sumbangan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Terbuka Penghulu Long, Teluk Rimba, Tangkak.

Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal, Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Segamat Mohd Helmi Sha’ri @ Shangari dan Timbalan Ketua Polis Segamat Deputi Superintendan Ng Swie Chait.

Terdahulu pada Isnin, Anwar yang turut diwakili Shanmugam menyerahkan sumbangan kepada 50 KIR terkesan banjir di Tangkak, Johor.

Shanmugam mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan itu di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Terbuka Penghulu Long, Teluk Rimba, Tangkak.

“Malaysia MADANI membantu tidak mengira tempat dimana dan tidak mengira agama bangsa. Saya bagi pihak YAB Perdana Menteri sangat bersyukur dapat bersama mangsa-mangsa banjir selain bersama agensi-agensi daripada Persekutuan dan juga negeri,” katanya.


 

SIAPA YANG ZALIM.....?


Pejuang Reformasi. 


MP Pendang kata, Anwar lebih zalim dan pendendam dari Mahathir?


Apa dalilnya? Saya sempat menulis 10 dalil untuk mengiyakan kata MP Pendang yang amat budiman itu.


1.  Atas arahan Mahathir sebagai PM, Ustaz Ibrahim Libya serta berbelas2  para pengikutnya ahli2 PAS di Memali telah ditembak oleh anggota keselamatan kerana dikatakan menentang kerajaan secara kekerasan. Anwar lebih zalim dari Mahathir?


2.  Ramai pemimpin PAS dan pengikut PAS telah ditahan tanpa bicara di bawah Akta ISA ketika era Mahathir. Anwar lebih zalim dari Mahathir?


3.  Tahun 1999, Mahathir selaku PM merampas royalti minyak Terengganu. Anwar lebih zalim dari Mahathir?


4.  Mahathir pernah menyatakan PAS parti sesat. Anwar lebih zalim dari Mahathir?


5.  Sebaik sahaja Mahathir jadi PM kali kedua pada tahun 2018, beliau terus tukar Pesuruhjaya SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan terus memburu musuh2 politiknya kecuali yang sanggup menyokongnya dan sertai partinya. Anwar jadi PM10, hingga kini TIDAK menukar sesiapa pun yg memegang jawatan penting tersebut. Anwar lebih zalim dari Mahathir?


6.  Apabila pemimpin PAS menfitnah Anwar, akhirnya takut disaman, pemimpin PAS tersebut memohon maaf, Anwar terus memaafkannya. Anwar lebih zalim dan pendendam dari Mahathir?


7.  Anwar jadi PM10, dia TIDAK pernah sekat Muhyidin bercuti ke luar negara seperti Mahathir sekat Najib ke luar negara. Anwar lebih zalim dari Mahathir? 


8.  Meski pun Mahathir telah menzalimi dan menfitnah Anwar sehingga beliau terpenjara, dipukul setengah mati, bila Anwar jadi PM10, sedikit pun dia TIDAK mengusik Mahathir. L Anwar lebih zalim dan pendendam dari Mahathir.l?


9.  Waktu era Mahathir, mesyuarat MB-MB sering meminggirkan MB-MB dari negeri Pembangkang, namun bila Anwar jadi PM10, kesemua MB/KM dijemput hadir. Anwar lebih zalim dari Mahathir?  


10.  Penubuhan Bank Islam, Takaful Islam, Insuran Islam, Universiti Islam, dasar pemakaian menutup aurat di sekolah-sekolah. Namun, Anwar tetap lebih zalim dari Mahathir? 


TIDAK larat mahu tulis betapa zalimnya Anwar Ibrahim. Kerana kezalimannya itulah Sultan Brunei sanggup datang ke Malaysia bertemu beliau.  


Pemimpin pejuang Palastine paling awal ucap tahniah kepada beliau kerana dilantik sebagai PM10 dek kerana zalimnya Anwar Ibrahim.  


Satu2nya dalam dunia seorang PM yang zalim, TIDAK mahu mengambil gaji sebagai PM selagi rakyat susah.  


Satu2nya PM zalim dalam dunia yang memotong gaji Menteri2nya. PM zalim itu adalah Anwar Ibrahim. 


Ingatlah, jika kita menuduh seseorang yang baik itu sebagai zalim, kita bimbang kita adalah paling zalim sebenarnya. Zalim kepada diri sendiri iaitu TIDAK berlaku adil...!!!


#copy paste, credit to writter



PAS MEMANG KLUK KLEK.

 

Sham Ghaz




Dato Takiyuddin Haji Hassan Hipokrit! Konon nak jadi  pembela Najib 1Mdb. 


Dulu hentam Najib habis habisan. 

Faktanya Anwar yang bawa usul supaya kes pengampunan Najib dimasukkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.



KEH..KEH..KEH....JANGAN MIMPI LA UN...HENTI LA CITA CITA NAK TEBUK ATAP.


 

*PM ANWAR SURUH WAKIL PASIR MAS MENGHADAP SULTAN KELANTAN ❗️*


Tak sangka Pasir Mas ni busuk perut orangnya...patut pi la tanya Sultan..Saja ja nak malukan orang..Tapi wakil macam ni la yang sipilih.




*Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekolahkan Kota Bharu berkaitan isu titah adendum dan menyindir secara sinis sifat hipokrit mereka ketika Najib menjadi Perdana Menteri.*


*Tak cukup dengan itu, Anwar mencabar Pasir Mas mempertikaikan soal teknikal pengampunan diberikan oleh Sultan Muhammad V semasa menjadi Yang di-Pertuan Aong agar menghadap Sultan Kelantan dan bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku.*


*Lebih mengaibkan pembangkang, Anwar dalam Dewan Rakyat menjunjung kasih atas keputusan baginda memberi pengampunan penuh dan bermakna Sultan Kelantan bersetuju hukuman yang dikenakan ke atasnya merupakan suatu bentuk penganiayaan.*


*Malah Pengarah Penjara Sungai Buloh ketika berjumpa Anwar memaklumkan tidak perlu tandatangan apa-apa (dokumen) kerana namanya sudah dibersihkan sama sekali dari semua tuduhan pada 16 Mei 2018.*


*Sebab itulah Al Sultan Kelantan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi kepada Anwar sempena hari keputeraan baginda Sultan pada 1 Oktober lalu.*


*Jadi persoalannya adakah Pasir Mas berani menghadap Sultan Kelantan bagi menyampaikan ketidak puas hatinya terhadapan pengurniaan pengampunan penuh terhadap Anwar?*



HuHuu Hu


DULU HANG MAKI ORANG.. LA ORANG MAKI HANG, JANGAN LA HANG SENTAP.. DUNIA NI MACAM TU JA PUTAQ DIA.

 

Desa HM


Kepala bapak ni punya pembohong ….


“Dia bebas sebab hari tu Tuanku Ampunkan dia ja”..


Dulu punya pembohong kata orang nak jatuhkan dia,serupa dajay cucu matloh tongkang ni ..




PMQT: Titah Adendum Tak Dibangkit, PM Anwar Yang Mohon Didengar Di Lembaga Pengampunan

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan lisan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Isu Titah Adendum yang didakwa dititah Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak dibangkitkan di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 8 Disember 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu boleh disahkan kerana beliau sendiri berada dalam mesyuarat itu.

“Isu berkaitan Titah Adendum tidak ada dalam agenda,” katanya ketika menjawab soalan sewaktu Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan lisan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto RTM

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai penjelasan kerajaan berkenaan kewujudan Titah Addendum berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 pada 29 Januari lalu yang melibatkan permohonan pengampunan Najib.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mendedahkan bahawa beliau adalah sebenarnya individu yang memohon supaya permohonan pengampunan Najib didengar di Lembaga Pengampunan.

Perdana Menteri berkata, perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu dengan proses berkenaan diberi pertimbangan untuk didengar pada mesyuarat yang berlangsung pada 8 Disember 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan lisan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto RTM

Pada 3 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib, 71, untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden bagi mencabar kewujudan Titah Adendum itu, selepas berpendapat empat afidavit bagi menyokong permohonan Najib, termasuk oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin.

Untuk rekod, Najib telah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 2 September 2022, beliau memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja dan Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Bagaimanapun Najib masih mempunyai satu kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini dalam proses awal perbicaraan.

Pembangkang teruk kena dengan PM gara-gara nak jadi ‘champion’ Najib

 


Dewan Rakyat berlangsung agak tegang pagi ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kemarahan kepada pembangkang yang dianggap hipokrit kerana cuba menjadi juara dalam isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak.


Anwar menempelak Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan mengatakan ahli Pas itu tidak memahami undang-undang dan sengaja mahu meraih politik murahan.

Beliau berkata, pembangkang hipokrit kerana dahulu berapi-api mengecam Datuk Seri Najib Razak “dari rambut sampai kaki”, tetapi sekarang sibuk mahu menjamin beliau.


“Sengaja nak cari cheap political stunt, the hipocracy is suddenly nak jadi champion Datuk Seri Najib. Apa sudah berjaya jadi champion?

“Saya dengar ucapan dia berapi-api mengecam Datuk Seri Najib Habis-habisan dari rambut sampai kaki sekarang nak jadi hipokrit untuk menjamin,” selarnya di Dewan Rakyat pagi ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Takiyuddin mengapa kerajaan tidak mengiakan atau menafikan kewujudan Titah Adendum untuk Najib.


Takiyuddin ketika membangkitkan isu itu berkata kerajaan telah mendustakan titah Yang di-Pertuan Agong dan ia boleh dianggap “wrongful imprisonment” terhadap Najib.






VIDEO-Waktu Pertanyaan Perdana Menteri(10.12.24)




VIDEO- WALAJIB..WALATOK....WALAUN...DENGAR BETUL BETUL....KALAU PMX TAK BAWA PERTIMBANGAN ...

MUKA KAU MEMANG TAK MALU LA.. DULU KAU BANYAK KALI DAH KENA.. KES JUAL PERAIRAN NEGARA... INI KES NAK BELA NAJIB SURUH PM JAWAB... KAU LULUSAN UNDANG UNDANG UNIVERSITI MANA.. SEKALI KENA KAW KAW.

 


INGAT LAGI YA... INGAT LUPA DAH.... AMK HIDUP KA SEGAN MATI TAK MAHU....

 MSO


IDEA BERNAS DARI SHAMSUL ISKANDAR



Cadangan untuk mewujudkan 100 orang hardcore Keadilan disetiap cabang parti Keadilan Rakyat seperti disuarakan Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Shamul Iskandar Md Akin suatu cadangan sangat baik dan tepat pada masanya.


Cadangan itu dilihat ke arah memantap dan menguatkan lagi parti Keadilan. Inisiatif itu perlu segera dilaksanakan kerana waktu ini adalah masa dan peluang terbaik. Perwujudan hardcore (HC) itu juga dilihat sebagai skuad baru buat Keadilan dengan diberikan latihan kepartian serta kefahaman aspirasi kerajaan Madani, disamping itu juga skuad itu boleh dijadikan penggerak institusi bagi membantu kerajaan. 


Mungkin untuk mewujudkan 100 HC ini parti perlu menyediakan peruntukan khas serta pelatihan berousat yang sistemetik buat mereka.


Pemantapan kualiti keahlian serta kefahaman kepada aspirasi kerajaan Madani, bukan tidak boleh diserahkan kepada presiden atau pihak tertentu sahaja, sebaliknya perlu penglibatan semua entiti. Pengerusi yang kini perdana menteri sibuk dan tidak mempunyai kesempatan untuk memperkasakan parti, justeru tugas itu perlu dipangku oleh semua pihak.


Penubuhan 100 (HC) dilihat kearah penyediaan sebuah pasukan atau angkatan baru untuk memacu parti dimasa hadapan serta secara tidak langsung menjadi agen masyarakat membina negara. 


Skuad baru itu perlu ditumpu atau diberi keutamaan kepada generasi baru berumur di bawah 25 tahun. Harus disedari dalam usia  sebeginilah pemikiaran mereka masih segar dan belum terlalu dicemari elemen-elemen negatif yang boleh menghuruharakan negara.


Generasi baru atau mereka yang baru berumur 18 tahun, baru mejadi pemilih, elok menganggotai atau dikerah menyertai skuad ini. Melalui skuad ini nanti mereka bukan sahaja akan diberi latihan dan diserap kefahaman mengenai politik Keadilan dan kerajaan, secara tidak langsung melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan politik. Jika perlu pembentukannya boleh dibuat ala PLKN.


Lantaran itu cadangan dilontarkan oleh Shamsul itu jangan dipandang sesuatu yang retorik sebaliknya perlu pengembelengan semua tenaga dan fraksi dalam parti. Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita khususnya perlu mengambil inisiatif dan peranan utama dalam menjayakan cadangan ini. Usah dilihat ia dicadang oleh individu diluar premis kita maka ia dibiarkan sahaja.


Perlu diingat Keadilan tidak lagi boleh berharap kepada skuad lama, iaitu mereka yang berjuang diawal era reformasi  di tahun 1990an, kerana mereka kebanyakan sudah berumur dan semangat reformasi pun sedikit demi sedikit sudah layu, sudah jadi otai. Reformasi itu sendiri perlu ditransformasikan secara menyeluruh.


Cadangan itu sangat sesuai dan tepat pada masa ini khasnya dinegeri-negeri yang keupayaan Keadilan tidak begitu menyerlah, seperti Kelantan dan Terengganu. Ketua AMK Adam Adly dan Ketua Wanita Fadhlina Sidik harus menyahut cadangan Shamsul itu memainkan peranan mewujudkan 100 hardcore parti itu dan membuktikan keupayaan dan kederat mereka sebagai ketua.


Bayangkan kalau cadangan itu berjaya direalisasikan Keadilan akan mempunyai lebih 20,000 ahli yang terlatih, memahami hasrat kerajaan Madani yang ingin melakukan reformasi, mereka inilah bakal menjadi penggerak dan andalan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Trims.



AKU BAGI GRED A BUAT PAS.. PARTI PEMFITNAH


 Aku bagi Gred A kepada PAS dalam bab memfitnah.

:)




KRONOLOGI PULAU BATU PUTIH SEHINGGALAH MAHATHIR LEPASKAN.







TUNGGU SAJA TINDAKAN KERAJAAN DAN SPRM

 

Ada permintaan untuk aku ulas berkenaan 𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗗𝗶𝗿𝗮𝗷𝗮 (𝗥𝗖𝗜) 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗵 agar satu laporan polis dibuat supaya 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 boleh dimulakan terhadap Mahathir.




Aku pun tak pasti nak ulas bagaimana sebab dah jelas semuanya. Mahathir didapati 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 ketika meminta 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 agar tidak meneruskan permohonan 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 atas keputusan ICJ.


Seksyen 415(b) 𝗞𝗮𝗻𝘂𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 adalah berkenaan perbuatan penipuan sehingga mendorong seseorang itu untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan. Bersesuaian dengan perbuatan Mahathir yang menipu Peguam Negara kononnya keputusan itu adalah keputusan kabinet.


Mahathir buatkan Peguam percaya keputusan untuk tak teruskan permohonan adalah 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁. Sehingga Peguam Negara 𝘂𝘁𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 kepada kerajaan Singapuran. Sedangkan ianya 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿.


Bagi aku, siasatan jenayah itu adalah 𝗮𝗱𝗶𝗹. Biar pihak polis jalankan siasatan dan tentukan adakah Mahathir 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 atau berlaku kekeliruan. Pihak polis mempunyai kepakaran untuk siasat kes sebegini.


Kalau Mahathir yakin tak bersalah, tak ada apa yang perlu ditakuti. Sebab ini 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶. Bukan zaman di mana dia jadi 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 yang 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 dengan 𝗸𝘂𝗸𝘂 𝗯𝗲𝘀𝗶𝗻𝘆𝗮. Aku yakin Mahathir akan dapat keadilan.


Kenapa Mahathir buat keputusan begitu dan kenapa Mahathir menipu, itu juga biarlah pihak polis siasat. Mungkin juga 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗥𝗠 kalau-kalau ada keuntungan yang Mahathir dapat hasil keputusan itu.


Cuma, sebagai ketua kerajaan, perbuatan Mahathir tu 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵. Ini baru satu kes. Kita tak tahu entah apa lagi 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿, dan kemudian jual nama kebinet.


Yang aku pelik, menteri masa tu kayu juga. 𝗧𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗼𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 kenapa belakangkan kabinet untuk keputusan sebesar itu. Ini berkaitan 𝗸𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮! Kenapa masa tu 𝗛𝗮𝗻𝗶𝗽𝗮 𝗠𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻 tak bersuara macam sekarang? Takut?


Apa pun, biarlah laporan dibuat dan kemudian polis siasat biar kita tahu cerita sebenar. Harapnya siasatan ni tak ambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Sebab rakyat nak tahu sangat ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TAK YAH PERASAN SANGAT LAH.. AKIBAT BANYAK SKANDAL LAH RAKYAT TOLAK UMNO.



 Yang ni aku rasa agak kelakar. 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗻𝗶. Dia tak ingat 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗕𝗡 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗥𝗨14 dulu? Atau lebih tepat, siapa buatkan BN kalah? 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗹𝗮. Sebab BN tak nak singkirkan Najib yang 𝗱𝗶𝗴𝗲𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹.



Kes pembebasan Najib ni, sebenarnya PH lebih untung kalau Najib tak dibebaskan. Walaupun keputusan itu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗣𝗛, tapi andai kata Najib bebas, PH akan terkena tempiasnya. Pakar 𝘴𝘱𝘪𝘯 tengah tunggu je nak fitnah PH yang bebaskan Najib tu.


Soal 𝗮𝗱𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 tu, nak kecoh apa lagi? Mahkamah dah buat keputusan. Boleh ke buktikan mahkamah silap dalam membuat keputusan? Perbuatan begini tak boleh dikira hina mahkamah ke?


Untuk peringatan, Najib dalam penjara untuk kes 𝗦𝗥𝗖. Najib masih ada kes 1MDB 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻. Kalau Najib bebas sekarang ataupun dapat tahanan rumah, dia 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗸𝗲 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 untuk kes 1MDB.


Kenapa tak tunggu sampai habis semua kes baru nak minta pengampunan? Najib dalam penjara pun bukan kena 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗻𝗴 macam DS Anwar kena zaman Mahathir dulu. 𝘚𝘰 𝘳𝘦𝘭𝘢𝘹 𝘳𝘦𝘭𝘢𝘹 je la.


Kalau kata Najib dianiaya oleh Mahathir, nak keadilan, nak perbicaraan semula, aku 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗻𝘁𝗮𝗵 juga (walau aku tak sokong) sebab  Mahathir memang diketahui 𝗕𝗮𝗽𝗮 𝗞𝗼𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘀𝗶.


Tapi tengok cara Najib bela diri kes SRC dulu, kalau buat perbicaraan semula pun payah nak menang. Ya la. Asyik kata 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 je. Kalau dah semua benda tak tahu, nak bela diri macamana? Cara jawab pun dah macam 𝘁𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴.


Anak Najib ni tak payahlah nak ugut macam ni. Najib tu bukan siapa-siapa pun sekarang. Sekarang ni cuma 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 je yang gila nak Najib bebas. Majoriti rakyat dah 𝘮𝘰𝘷𝘦 𝘰𝘯. Dah lupa dah kes Najib.


Ekonomi sekarang lebih baik. 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 tunai pun jauh lebih banyak dari yang Najib beri dulu. Lebih hebat lagi sekarang 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂. Selamat dah duit rakyat. Defisit pun menurun, hutang baru berkurang, inflasi pun stabil.


Rakyat sekarang sibuk ambil peluang dari 𝗸𝗲𝗯𝘂𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 sambil ada yang sibuk 𝙨𝙝𝙤𝙥𝙥𝙞𝙣𝙜 ataupun 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Tak ramai pun yang peduli apa jadi pada Najib sekarang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BURUKNYA PERANGAI KAU.

 

Tanda 𝗸𝘂𝗳𝘂𝗿 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁. Kalau benci Selangor sebab PH yang tadbir, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗿 tu dah la. Tak payah nak rosakkan. Selain daripada menyusahkan orang lain, perbuatan ini juga 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗹𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Kenapa jauh sangat dari akhlak Islam ni? Guane boh?




 

Raja Gelap II 


.


PENASIHAT KA PUNAHSIHAT


 

APA PUN TERLETAK DIBAWAH YDP AGONG


 

RAYUAN NAJIB 5 JANUARI.


 

RUNDINGAN TURUN HARGA BERAS KERANA KERAJAAN INDIA HORMAT PMX.


 

NI MAJLIS KENDURI... RAKYAT TAHU ZAMAN KAMU MEMERINTAH.. JUAL BATU PUTIH .. BARANG MAHAL DAN TAK ADA.. TELUR PUN TAK ADA... AYAM MIMYAK MAHAL.

? 

 

ALAAA WALAUN JANGAN KAU NAK SAMAKAN ZALIM... ZALIM APA KERAJAAN MADANI NI.... KONPEMALAS KERJA MANA NAK DAPAT DUIT


 

DIN MAKIN CIRIT


 

PERSIDANGAN MAHASISWA USULUDDIN KEBANGSAAN 2024

 










PERSIDANGAN Mahasiswa Usuluddin Kebangsaan 2024 yang berlangsung pada 9 Disember di Dewan Perdana Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu, telah menarik penyertaan lebih 500 peserta.


Mereka yang terdiri daripada mahasiswa  pelbagai universiti seluruh negara menghadiri program ini sempena Karnival Usuluddin anjuran YADIM Negeri Terengganu, Pusat Pengajian Usuluddin UniSZA dan Yayasan Perkasa Siswa.


Program ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus .


Dalam ucapannya, beliau mengajak peserta menjadi insan yang berani menegur dan memberikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang berlaku dalam negara.


Jelas beliau, semua kelompok termasuk pemimpin dan masyarakat perlu memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam mentadbir urus ekonomi, pendidikan dan sosial.


Beliau turut berpesan kepada mahasiswa yang hadir agar memiliki jiwa yang kuat dalam menghadapi cabaran dunia masa kini.


Terdahulu, Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin Unisza, Prof Madya Dr. Wan Hishamudin Wan Jusoh  telah membentangkan kertas kerja bertajuk ’Memahami Cabaran Zaman Moden Perspektif Pengajian Usuluddin’ manakala Penasihat kepada Presiden OIC Youth Forum Istanbul dan Professor Adjung Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia, Dr. Jufitri Joha pula membentangkan kertas kerja bertajuk 'Peranan Mahasiswa Islam dalam  Memperkukuhkan Agama dan Negara'.


Hadir sama ke program ini ialah Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA, Profesor Doktor Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Ketua Pusat Pengajian Usuluddin, Dr. Muhammad Rashidi Wahab, Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin serta Pengarah Program Persidangan Mahasiswa Usuluddin Kebangsaan 2024, Saudara Muhammad Firdaus Mohamad Ridzuan.


***


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani



KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL





9 DISEMBER 2024


KUASA RAKYAT: KEJATUHAN BASHAR AL-ASSAD DAN PENGAJARAN BUAT DIKTATOR ZALIM


1. Rakyat Syria hari ini menutup lembaran hitam pemerintahan Basyar al-Asad, seorang diktator kejam yang telah mencengkam negara itu selama bertahun-tahun dengan kekejaman dan penindasan. Kemenangan ini diraikan dengan penuh rasa syukur – laungan takbir bergema di jalanan, bendera kebebasan berkibar megah, dan rakyat berkumpul dengan senyuman yang tidak mampu disembunyikan. Ini adalah detik bersejarah yang membuktikan bahawa kuasa rakyat mampu menjatuhkan kekuasaan yang zalim, walau berapa lama ia bertahan.


2. Bashar al-Assad meninggalkan kesan luka yang mendalam terhadap rakyat dan tanah Syria. Di bawah pemerintahannya, ratusan ribu nyawa tidak bersalah dibunuh, jutaan lagi terpaksa meninggalkan tanah air mereka, dan bandar-bandar Syria hancur akibat serangan tidak berperikemanusiaan. Malah, kezaliman rejimnya melangkaui batas – penyeksaan dalam penjara dan pencabulan hak asasi manusia yang tiada penghujungnya. Namun, di sebalik semua itu, rakyat Syria tetap bangkit dengan semangat yang tidak pernah luntur.


3. Kejayaan ini adalah satu tamparan besar kepada mana-mana diktator zalim di dunia. Ia membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kekuatan sebenar, dan kezaliman tidak akan kekal selama-lamanya. Ini adalah pengajaran buat sesiapa sahaja yang menyalahgunakan kuasa untuk menindas – bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hukuman. Dunia sedang menyaksikan, dan rakyat yang tertindas sentiasa memiliki kekuatan untuk bangkit menuntut kebebasan dan keadilan.


4. Syria, yang terletak di lokasi strategik Timur Tengah, menjadi medan proksi kuasa besar serta pertembungan. Syria terus berdepan ancaman penjajahan Zionis, termasuk pendudukan haram di Bukit Golan. Lokasinya yang bersempadan dengan Israel, Turki, Iraq, dan Lubnan menjadikannya pusat geopolitik yang mudah mencetuskan ketidakstabilan serantau. Oleh itu, masyarakat antarabangsa perlu segera membantu Syria membina semula negaranya dan memperkukuh kestabilan, agar negara ini mampu mengekang agenda Zionis Israel serta menjadi simbol kebangkitan dan kedaulatan di rantau ini.


@MUSA'B MUZAHAR

Pengerusi Biro Antarabangsa

Pemuda Amanah Nasional


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara



TAK KAN ADA MANTEL PROBLEM KOT

 

Najib ada tanggung mental ke? Kata 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 untuk jatuhkan dia. Hebat sangat dia tu sampai US pun nak jatuhkan dia?





Tapi kan 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗨𝗦? Pernah main golf dengan 𝗢𝗯𝗮𝗺𝗮. Pernah tawarkan bantuan kepada 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗨𝗦 lagi.


Siapa pemimpin pembangkang 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗶𝘁𝘂 yang pernah dapat peluang macam Najib tu? Mana ada. Kalau kata US pakat dengan Najib, itu lebih logik rasanya.


Najib sendiri pun pernah dakwa 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗿𝗮𝗯 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗶. Arab Saudi tu 𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮. Yang US tak suka,Ana berani Saudi nak bagi duit macam tu.


Najib, tak dinafikan pewalak ko yang ramai tak cerdik. Tapi jangan anggap 𝗵𝗮𝗸𝗶𝗺, dan majoriti rakyat negara ini sama tahap pemikiran dengan pewalak ko. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAHNIAH BOMBA BAGAN SERAI


 Sekalung tahniah kepada anggota bomba yang dipimpin oleh Tuan Suhairi Jumu’ri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai yang telah menghasilkan inovasi robot pemadam api, Serai Generation 1 (SG1) yang telah diundi oleh juri profesional dan awam sebagai pemenang minggu kedua INNOVATHON Musim Kedua.



Robot pemadam api ini juga boleh melakukan siasatan awal terhadap kebakaran yang berlaku sama ada pada skala kecil atau besar sekaligus mengurangkan risiko bahaya kepada pasukan bomba.


Tahniah juga kepada semua inovasi yang bertanding pada minggu kedua. Teruskan usaha dan idea baru untuk mencari penyelesaian kepada masalah sekeliling kita.


Kemenangan pada minggu kedua akan melayakkan mereka terus pusingan akhir untuk berentap dengan bakal-bakal finalis yang akan membentangkan inovasi mereka pada minggu seterusnya.


Jangan lupa untuk saksikan Episod 3 INNOVATHON pada jam 9 malam, 14 Disember (saluran Astro) dan 15 Disember (saluran RTM).


INNOVATHON adalah rancangan realiti televisyen yang menginspirasikan minda terbaik negara untuk mencipta penyelesaian dan inovasi kepada cabaran ekonomi dan sosial yang merupakan kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).



Kalau ikut logik golongan terpaling berwaspada ni...



Tak payahlah Nabi berperang dengan Quraisy... Hanya menguntungkan Musyrikin Toif yang memusuhi Islam dan Quraisy.


Tak payahlah Nabi berperang dengan Rom... Hanya menguntungkan Parsi yang memusuhi Rom dan Islam.


Itu juga barangkali antara logik Abdullah bin Ubai ketua munafik melarang Nabi berperang dengan kaum Yahudi yang khianat. Menguntungkan musuh dan melemahkan Madinah, kononnya, sebab kaum Yahudi lah yang banyak kubu di persempadanan Madinah.


Tahu orang Arab panggil Basyar Assad apa? Toghiyatul 'Asr. Toghut terbesar zaman ini. Demi Allah, saya tidak tahu ada sesiapa pun yang dikatakan mengaku Muslim yang hidup di zaman kita, yang lebih jahat dan buruk daripada Basyar Assad. Segala yang layak diucapkan kepada Netany@hu layak diucap pada keluarga Assad, bahkan mungkin lebih.


Biarlah diorang. Nabi kata, jih@d akan berterusan dalam umat ini hingga hari kiamat. Pilihan kita untuk jiwa kita bersama penerus sunnah ini dalam kalangan umat, mendoakan mereka dan umat Islam supaya dilindungi Allah daripada malapetaka, tipu daya musuh, dan pengkhianatan perjuangan... 


Atau kita memilih untuk menuduh macam-macam yang sebenarnya tak mengubah situasi dan tak menambah pahala pun. Saya sendiri mengira ia termasuk dalam sangkaan yang menambah dosa, seperti disebut Surah al-Hujurat (ayat 12). Mereka yang berjih@d, jika mereka ikhlas dan bertakwa, adalah kesayangan Allah SWT. Mencalarkan maruah mereka dan menuduh mereka bukan-bukan pasti lebih besar dosanya berbanding jika dilakukan kepada orang lain.


Golongan ini juga yang melabel Arab Spring Syria sebagai gagal dahulu, dan kenaikan Presiden Mursi sebagai kegagalan yang sia-sia. 


Hari ini Arab Spring Syria sudah berbuah. 7 Oktober dan kelemahan serta keruntuhan beransur-ansur rejim Z hari ini juga juzuk besarnya adalah hasil bantuan Presiden Mursi pada wilayah G/Asqalan sewaktu beliau Presiden Mesir.


Falasi otak yang cuba dicampakkan golongan ini adalah, siapa yang menyokong jih@d, dia tidak berwaspada. Sama macam falasi yang disebut golongan yang iman dan akalnya lemah dari zaman Nabi sampai sekarang, "Kalaulah mereka tidak berjih@d, pasti mereka masih hidup." Allah tempelak:


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَقَالُوا۟ لِإِخْوَٰنِهِمْ إِذَا ضَرَبُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ أَوْ كَانُوا۟ غُزًّۭى لَّوْ كَانُوا۟ عِندَنَا مَا مَاتُوا۟ وَمَا قُتِلُوا۟ لِيَجْعَلَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ حَسْرَةًۭ فِى قُلُوبِهِمْ ۗ وَٱللَّهُ يُحْىِۦ وَيُمِيتُ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ ١٥٦


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan." (Surah Ali-Imran: 156)


Islam mengajar kita yang jih@d itu tidak bercanggah pun dengan kewaspadaan, asalkan benar cara dan matlamatnya. 


Bahkan orang yang mengelak-elak dari jih@d nyawa dan harta jika sudah tiba waktu kewajipannya, orang itulah yang mencampakkan diri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah: 194-195).


Sokonglah, doakanlah, bertawakallah, dan berwaspadalah! 


Jika tidak pasti, diam, dan berdoalah bersama kami supaya kebenaran dizahirkan dan dibantu Allah SWT.


Kalau kamu baru tersentak nak tahu isu pasal negeri Syam setahun dua ini... Kami dah soroti dari sebelum Arab Spring lagi, dari sumber-sumber pelbagai dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab, dan tentang faksi yang pelbagai. Kalau kamu cuma dengar-dengar berita dari media dan internet yang ada kecenderungan kuasa besar Rusia, Iran, ataupun blok Barat... kami juga dengar apa yang kamu dengar, dan bahkan kami dengar dari orang negeri Syam sendiri, sama ada ahli wilayah Baitul Maqdis, wilayah Asqalan, wilayah Balqa', ataupun wilayah Dimasyq yang bermacam-macam kecenderungan, dan para ulama umat yang juga macam-macam kecenderungan, lalu kami cantumkan gambar itu. We are not the same. Dan apa jua kelebihan itu semuanya milik Allah.


Doakan pertempuran di persempadanan Syria melawan kerakusan rejim Z. Moga menjadi asbab tentera Z makin barai dan rapuh. Wallahua'lam.


- Irfan Bahrin



TENGOK MUKA DIA PUN MELUAT MACAMANA LA ORANG PILIH DIA NI. KAKI FITNAH

 Nampaknya kali ni penyokong PN kena edar "Tong Drum" utk tlg Muhyiddin - tin Milo tak cukup kut😄



PMX DAN SYARIKAT ZTE

 


Petang tadi saya telah menerima kunjungan hormat delegasi ZTE Global yang diketuai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Xu Ziyang.








Perbincangan menyentuh beberapa perkara terkait kepentingan 5G dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang berupaya memangkin negara sebagai hab inovasi, bandar pintar dan teknologi generasi akan datang. 


ZTE menyatakan hasrat dalam mewarnai landskap digital di Malaysia bagi meningkatkan 

infrastruktur kesalinghubungan luar bandar sekaligus merapatkan jurang digital miskin bandar dalam memacu pembangunan inklusif ketersediaan rangkaian di Malaysia dan menjadikan Malaysia hub digital kecerdasan buatan (AI).


Gabungan keupayaan infrastruktur rangkaian dan kepakaran digital tempatan bersama teknologi daripada ZTE telah dibuktikan melalui ujian kepantasan 5G di dunia yang mencatat kelajuan luar biasa sebanyak 28Gbps. 


Lebih menarik, ZTE Global telah beroperasi di lebih daripada 160 negara sebagai peneraju global dalam bidang telekomunikasi dan penyelesaian teknologi. 


ZTE bertapak di Malaysia sejak tahun 2004 dengan kepakaran dalam memacu inovasi 5G yang dilengkapikeupayaan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong inisiatif yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi di negara ini.  


-




BIAQ BETOI. KECOH DI PERLIS OASAI MAMAT NI.

 

Desa HM


Padu dari UMNO Bahagian Padang Besar...


Kat para last sekali tu.. brutal..


"Saya rasa dia tak layak bincang bab2 politik.. kerana lebih baik bagi kpd pemimpin tertinggi parti di Perlis mengikut hierarki, dan bukan nya dia".. kata Timb Ketua UMNO Bhgn Pdg Besar.


Baru dia tau... langit tinggi rendah...


Kami Amanah Pdg Besar... dari awal lagi kami tolak.

PKR Perlis pun tak terima dia.


Dia pi daftar ahli di sebuah Cabang di Kedah. Kemudian, secara senyap2, mohon tukar cabang... Menyusup masuk ke Cabang Pdg Besar...


Tup2... buat perjumpaan... kumpul beberapa ahli2 bawahan... dgn setiap yg hadir diberikan RM 50 ringgit ...

Guna nama  Madani...


Dlm ucapan dia sebut... "nak bawa pelaburan RM 2 bilion dari negara jiran utk rakyat Padang Besar". 


Dua penggal jd MP... bendang org kampung pun harap ayaq hujan jer.. La ni, baru sembang nak bawa masuk pelaburan...


Lagi satu... nak tubuhkan 400 cabang🙄.. 

Agak2 la..


Ingat org Pdg Besar semua benak sngat ker!


🤔🤔🤔🤔






CIRIT LA DIN....


 Ini susulan keputusan mahkamah yang memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi fitnah sebanyak RM1.35 juta kepada bekas menteri kewangan itu.