NANTI BELAJAR DULU SEBELUM NAK BANGKANG.


 

ZAMAN SAPA NI?


 

DAP JADI MENTERI PRAMUGARI BOLEH PAKAI TUDUNG.. 33 BULAN DULU PAKAT PAKAT LENA KA APA?


 

INILAH DIA MANUSIA BERTOPENG

 

Kredit sham ghaz




Skandal BaJa Padi NAFAS RM60 Juta, bekal 15,000 tan berlaku zaman Nik Zawawi Ahli Parlimen Pasir Puteh jadi Timbalan Menteri rupanya.


Sebelum itu dia jadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, kemudian dilantik Timbalan Menteri.


Macamana la kamu sebagai Timbalan Menteri dan bekas Pengerusi LPP tak ambik tahu NAFAS bagi kontrak bekal baja bernilai RM60 Juta kepada syarikat dorman 8 tahun?


Bercakap berdegar kononnya pasal isu Tabung Haji tuduh PMX di Parlimen, rupanya rujukan ya adalah wasap 😅


Low class la Ahli Parlimen Pas.



THE GAGALIS MB KEDAH



 Blueprint atau rangka tindakan The Greater Kedah merupakan satu hala tuju untuk dicapai dalam tempoh menjelang 2050, ke arah membawa kesejahteraan kepada rakyat, mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan melindungi kelestarian alam sekitar di negeri itu.



Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, The Greater Kedah yang diilhamkan oleh Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah itu ialah sebuah gagasan besar meliputi seluruh aspek untuk generasi hari ini serta generasi akan datang.


Persoalannya, adakah The Greater Kedah ini realiti atau retorik semata-mata, memandangkan pelbagai janji pembangunan untuk rakyat Kedah masih belum direalisasikan oleh Sanusi.


Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/693432/edisi/utara/the-greater-kedah-hala-tuju-untuk-dicapai-menjelang-2050---mb



BEKU AKAUN.

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik suami isteri pengasas platform e-dagang, FashionValet bernilai kira-kira RM1.1 juta.



Pembekuan itu adalah susulan daripada siasatan dijalankan SPRM terhadap suami isteri tersebut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ 


#AWANInews



NOHHH CAM KAK ROS NO 2 MALAYSIA.

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pasangan suami isteri pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.



Menurut sumber, sitaan itu dibuat SPRM selepas pasukan penguat kuasa itu membongkar kediaman pasangan suami isteri tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Rabu.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembongkaran tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ 


#AWANInews



PEMIMPIN PUN GILA GAK.. HA HA.

 Desa HM


Adakah kedua dua berita ini, berita palsu?


Harap SKMM boleh pantau sikit Astro dan Sinar Harian...


Mana mungkin negeri Serambi Mekah boleh ada berita mcm ni... 


Yg kita tau... anak2 muda ramai yg pi menadah kitab kat pondok2 pengajian Islam di seberang sana...


Kann....


😆😆😆😆


.




DIA NI ADA DR KOT. TAPI MALAS DAPATKAN MAKLUMAT

 


AKHBAR PARTI SENDIRI PUN TAKUT NAK SIARKAN


Wang Xiang


 EHHHHH .... kenapa Error 404?

Uunnnssstit ada jawapan?





MMMM.. PEMIMPIN PUN SEWEL.

Group Pantai Timur


 Ni semua blah pantai timur..hasil didikan pas katanye..hanat tul..ptt rosak puak2 sane..dri pemimpin sampai walaun🤪🤪




Kisah Hadi vs Anwar bukan lagi soal politik tapi peribadi

 

Kisah Hadi vs Anwar bukan lagi soal politik tapi peribadi



HADI KINI MAINKAN SENTIMEN NABI


Kisah hubungan Anwar dan Hadi Awang bukan lagi berkisar kpd pemusuhan politik tetapi Hadi Awang dilihat berlawan dgn Anwar kerana soal peribadi. Lebih kpd rasa cemburu tidak kesudahan sejak zaman mereka di Abim lagi.


1. Hadi cerita dia mimpi jumpa Nabi wajah warna hitam kusam. Ceritanya Nabi mahu penyatuan Syiah dan Sunnah. Isu skg di negara sendiri dia yg memecah belahkan bangsanya sendiri hingga terjadi solat dua imam, makanan org UMNO tidak sah dan sebagainya. Bagaimana org mahu percaya mimpinya itu dan ada hati hendak satukan Syiah dan Sunnah. Pelik kenapa Hadi nampak mesra dgn Syiah?


2. Hadi guna sekali lagi Nabi… katanya, “ Ada orang lebih dari Rasul tak ambil peruntukan.” Jelas ia bukan lagi soal politik tapi lebih kpd serangan peribadi dgn PMX. Apa masalah Hadi nak bahas tentang gaji ini… apakah haram atau makhruh hukumnya? 


Sdgkan dirinya yg ambil gaji ahli Parlimen tetapi MP paling byk ponteng Parlimen malah ketika menjadi Menteri Ke Timur Tengah tiada apa yg dia lakukan. Adakah makan gaji buta itu lebih mulia daripada mereka yg tidak ambil gaji?


3. Hadi sindir Anwar tidak perjuangkan nasib Palestin bersungguh sungguh. Dunia Arab dan dunia mengiktiraf peranan dan keberanian Anwar dlm isu Palestin hingga PMX dijemput utk memberi ucaptama. 


Malah di hadapan Presiden Amerika Anwar berani bercakap isu Palestin. Tak silap Hadi dulu waktu jadi Menteri Timur Tengah berkata Malaysia ambil pendirian berkecuali isu krisis Timur Tengah.


4. Hadi cemburu Anwar diiktiraf sebagai antara pemimpin Islam berpengaruh di dunia sdgkan nama Hadi di dunia Arab tidak dikenali. Sebab itu tanpa malu2 dia menyerang PMX kerana dia gagal mengawal perasaannya lagi.


5. Akhirnya dari Presiden hingga ke MP Pas hanya membuang masa Parlimen. Presiden dan Timbalan Presiden Pas tidak puas hati kenapa PMX tidak ambil gaji. Isu ini dibangkitkan yg tiada kena mengena utk perbahasan belanjawan.


Manakala MP Hulu Terengganu, Rosol, persoal ayat ketimbang, sorang lagi yg MP Jasin persoalkan istilah Mahakaya… apa yg rakyat dapat hanya mainkan isu bahasa ini? Kalau level pemimpin PN begini apa yg anda harapkan dari penyokong mereka? 


7. Bila perasaan cemburu tidak dpt dikawal, jiwa sentiasa rasa menderita dan terseksa. Bila wujud hasad dengki dlm diri, akn berlakulah hina menghina, fitnah memfitnah dan benci membenci. Percayalah org yg hasad dengki ini hatinya tidak pernah tenang.


8. Yg paling lucu bila tahu PMX ke luar negara baru Hadi hadirkan diri semata mata utk sindir Perdana Menteri. Nak bahas pasal belanjawan tak reti jadi apa yg boleh dia buat sindir pasal gaji. Anak jantan  patut Hadi berhadapan debat secara depan dgn PMX.


9. Hadi yg dulu mengkafirkan org, kemudian ditunggang nama2 haiwan utk musuh politik hingga boleh dibuat zoo nama2 tersebut, kini Nabi pula ditunggang utk mencari pengaruh dan pengaruh pengikutnya utk ketawakan musuh peribadinya.


10. Bagaimana Ulama sebegini mahu dihormati. Rasulullah dikatakan wajah hitam suram. Dahulu Ulama Syeikh Yusuf Qardawi Hadi kata telinga kurang mendengar, mata tidak berapa nampak.


Ia berikutan teguran Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) terhadapnya yg berkunjung ke Tehran Iran. Malah sehingga skg setiap tahun Hadi akn menghadirkan diri ke Iran tanpa pedulikan nasihat tersebut.


Berbeza betul akhlak Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz. Bila rosak pemikiran Melayu… saya sgt rindu akhlak dan cara TGNA yg sgt disayangi semua kaum.



NASIHAT USTAZ BUAT RENUNGAN KITA.



*Nasihat pertama*


*Cubalah berurut urat saraf 3 ke 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.*


*Nasihat kedua*


*Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.*


*Nasihat ketiga*


*Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga*.


*Nasihat keempat*


*Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.*


*Nasihat kelima*


*Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.*


*Nasihat keenam*


*Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.*


*Nasihat ketujuh*


*Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.*


*Nasihat kelapan*


*Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.* 


*Nasihat kesembilan*


*Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.*


*Nasihat kesepuluh*


*Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله.*


*Nasihat kesebelas*


*Makanlah makanan kesukaan Nabi.*

*Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.. Wasiat untuk kita semua*


*TERUSLAH BERSAHABAT SAMPAI ALLAH BERKATA WAKTUNYA PULANG*


*Ketika ada kesempatan*....., 

Pergilah bersama teman-teman.

Berkumpul- kumpul, *bukan* sekadar makan, minum dan bersenang, *tetapi ingat*, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, *bangunkanlah PERSAUDARAAN*.


*Mungkin lain waktu* kita tidak akan bertemu lagi.


*Mungkin lain waktu* kita sudah semakin susah untuk berjalan.


*Umur itu seperti ais batu*, dipakai atau tidak, akan tetap mencair dan berakhir.


Begitu juga dengan *umur kita*. 

Digunakan atau tidak digunakan, umur kita akan tetap berkurang,  dan akhirnya *kembali ke hadrat ILAHI*.


*Kita akan menjadi tua*, sakit, dan meninggal.. 


*Jalani hidup ini* dengan ceria,  sabar dan santai.


*Jangan suka* mahu menang sendiri,  sementara orang lain selalu salah.


*Jangan buang* sahabat cuma kerana tak sepakat.


*Satu keburukan* teman, bukan bererti hilang *sembilan kebaikannya*.


*Perbanyaklah waktu* untuk berkumpul dengan teman- teman dan saudara-saudara kita.


*Siapa tahu* mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak. 

*Buanglah* jauh jauh sifat ego dan iri hati.


*Terimalah* kekurangan dan kelebihan dari sahabat.


*Bertemanlah* dengan apa adanya, bukan karena *ada apanya*.


*Nikmati* semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbedaan. 

*Percayakan* kemampuan teman kita.


*Jaga perasaannya*, tutupi aibnya. 

*Bantu* ketika dia jatuh, sediakan bahu ketika dia menangis.


*Tepuk tangan* dan gembira ketika dia sukses. 

*Sebut* namanya dalam doa kita.


*Bertemanlah* dengan hati yang baik dan tulus. 

Ketika *hatimu baik dan tulus*, percayalah, Allah juga akan selalu bersamamu.


*Teruslah  bersahabat* sampai Allah berkata waktunya pulang.


*SALAM PERSAHABATAN*

 *SALAM PERSAUDARAAN*



KERA PUN BEKERJA.. PEPATAH BUYA HAMKA


 

DIA INGAT DIA PERNAH JF MENTERI KEHAKIMAN TAPI LEKEH


 

KEH.. KEH...

 

Individu yang menjadi pengerusi Khazanah Nasional pada Mac 2018 (iaitu sebulan sebelum dia henti pada PRU14) ketika ianya melabur RM27 juta dalam Fashion Valet juga adalah individu sama yang berjaya naikkan nilai aset bersih Khazanah Nasional hampir 4 kali ganda dalam tempoh 9 tahun dia jaga Khazanah dari RM32 bilion pada tahun 2008 ke RM116 bilion pada tahun 2017.



Tetapi siapa pula yang pantau pelaburan dalam Fashion Valet selepas keputusan melabur dibuat?


Ini adalah pelaburan jenis venture capital dan jenis pelaburan ini perlu dipantau selepas pelaburan dibuat.


Dan siapa pula yang jaga Khazanah sejak April 2018 dan banyak menjual aset-aset bernilai yang dibina masa Najib sehingga nilai aset bersih Khazanah jatuh RM31 bilion ke RM85 bilion pada tahun 2023 lepas?



PATUT LA....BANYAK TU YA.,.

 

PENINGKATAN PRODUK HALAL BERSAMA CHINA.

 

Malaysia berhasrat mempertingkatkan hubungan perdagangan terutama membabitkan produk halal, sektor pertanian komoditi serta menggalakkan pertukaran kepakaran serta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan China.



Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kemas kini di Facebook beliau hari ini, perkara itu antara yang disampaikan ketika mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya dari China, Premier Li Qiang pada Selasa.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



NOHHHH.... TRUMP... CUKUP JOMMLOH DAH..

 


MASA KO JADI PENGARAH SPRM DULU KO TAK BERANI SENTUH PUN... GUANE BOHHH..

 


Inilah contoh 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻. Mana datang idea SPRM dijadikan 𝗮𝗹𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸? Mungkin itu yang dia buat masa dia jadi KP SPRM zaman Mahathir jadi PM7 dahulu kot?




𝗟𝗮𝘁𝗵𝗲𝗲𝗳𝗮 𝗞𝗼𝘆𝗮 tak perlu berlakon acah-acah mulia la. Zaman dia ketuai SPRM dulu, 𝗸𝗲𝘀-𝗸𝗲𝘀 𝗷𝗲𝗿𝘂𝗻𝗴 macam Daim dia tak berani usik pun. Kawan Mahathir kan tu. Berani dia sentuh?  Dia berani tuju 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 je.


Sampai dedahkan kepada umum rakaman 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮 walaupun ia bukan sesuatu yang perlu. Perbuatan tu seolah sengaja nak 𝗺𝗮𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 dan 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺. Hari ni dia pulak nak pantau SPRM? Hilang ingatan ke? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ANWAR IKUT SUNNAH NABI... ALHAMDULILLAH.. KURANG KURANGNYA TAK AMBIL GAJI BUTA...

 


Hadi nak sindir DS Anwar yang tak ambil gaji. Dia pun sentuh perihal 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ 𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻. Tapi, kata Hadi, peruntukan itu Nabi ﷺ tak gunakan semua untuk dirinya sendiri. Sebaliknya dibelanjakan untuk 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 dan sebagainya.



Alhamdulillah. Yang Hadi tak sedar, dia sebenarnya beritahu dunia bahawa perbuatan DS Anwar tak ambil gaji tu 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿𝗶 𝘀𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ. Sebab bila DS Anwar tak ambil gaji tu, maka wangnya dikembalikan kepada 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.


Akhirnya wang itu digunakan untuk pembangunan dan itu termasuklah untuk 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻. Alhamdulillah, kita telah dikurniakan seorang PM yang mengikut 𝘀𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ dalam hal membelanjakan peruntukan ini. Kan hebat tu.


Tu yang aku kata, Hadi ni 𝗱𝗮𝗵 𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝘂𝗸. Niat jahatnya nak memperlekehkan DS Anwar akhirnya mengangkat darjat DS Anwar apabila kisah yang disebutkannya itu membuktikan perbuatan DS Anwar 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 bahkan 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 oleh Rasulullah ﷺ dulu.


Hadi sepatutnya berasa malu kepada diri sendiri. Dia dulu jadi 𝗗𝘂𝘁𝗮 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 tapi makan gaji buta. Ia 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ. Entah mana maruahnya sampaikan mengejek orang berbuat kebajikan sedang dia penuh kesongsangan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PAS PERTAHAN GOLONGAN KAYA RAYA.

 


Hahaha... Inilah T15 yang lebai dan walaun berusaha nak pertahankan. Guane boh?



 

Raja Gelap II 


.


KAU PULAK BERAPA KALI KENA GAS HADI?



 Siapa puak PAS yang ada sekarang ni 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮 sebab Reformasi? Jangankan penjara, 𝗹𝗼𝗸𝗮𝗽 pun jadi la. Ada?


Hadi Awang zaman Reformasi dulu berapa jauh dia berarak? Berapa kali ditembak dengan 𝘸𝘢𝘵𝘦𝘳 𝘤𝘢𝘯𝘰𝘯? 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗰𝗼𝘁𝗮 𝗙𝗥𝗨?


Hadi sebenarnya mengata 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗣𝗔𝗦 sendiri je. Macam yang sorang tu, penyokong berpanas, dia 𝙧𝙚𝙡𝙖𝙭 dalam aircon di hotel.


Tau tau je jadi MP. Lepas tu tunjuk bangang pulak tu dalam dewan. Budak mentah macam 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶, 𝗔𝗳𝗻𝗮𝗻 dan 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 faham ke erti perjuangan?


DS Anwar pernah dipenjarakan di tahun 1974 dalam 𝗱𝗲𝗺𝗼𝗻𝘀𝘁𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗶 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 (𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗶 𝗹𝗮𝗽𝗮𝗿). Hadi pernah ke berkorban begitu?


Hadi sendiri pun bukan berani nak ketuai demonstrasi. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝘂𝘁. Cakap je berdegar. Tapi habuk pun tarak. 𝗛𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


'JANGAN BUSUK PERUT. Pihak persoal niat Anwar tak ambil gaji berlagak seperti tuhan'






Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

                                                                                                                                                              Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan (JPPA) PKR Amidi Abdul Manan berkata sekiranya ada pihak mempersoalkan keikhlasan niat Anwar, maka pihak itu seolah-olah berlagak seperti tuhan yang lebih tahu berbanding malaikat dan nabi berkaitan isi hati manusia.

Amidi berkata hal ini kerana Perdana Menteri telah menyatakan tindakan tidak mengambil gaji berikutan keadaan ekonomi negara yang kurang sihat dengan bebanan hutang yang tinggi.

                                                                                                                                                                      “Secara tersiratnya PMX (Perdana Menteri ke-10) percaya masih banyak wang negara yang boleh dijimatkan bagi memberikan manfaat yang lebih baik kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.                                    

MIMPI BASAH? APA HAL DENGAN HADI INI? MUHYIDDIN PULA CAKAP BESAR & TEMBE...

DIA NI MEMANG BOLEH LETAK LAM MUZIUM...NAYA ORANG LANGKAWI. PATUT HANG CADANGKAN LAH PENIAGA MELAYU LANGKAWI KUATKAN EKONOMI




 

ZAMAN PH ..NAK BAHAS BAWA MAKLUMAT...INI ZAMAN MANGKOK MANGKOK NI JADI PEMBANGKANG..ISU APA YANG DIBAWA ?


 

KALI PERTAMA DALAM MIMPI.


 

JOM LIHAT SPRM SERBU PEJABAT PNB


 

SIAPA TERKAIT DALAM ISU FASHIONVALET


 

MP PN MAIN RUJUK WASSAP, TIKTOK DAN... SURAT LAYANG???


 

JAGA ISLE KONON.... BANGSA KONON.....


 

AMANAH BUAT GEMPAQ APA PULAK?

 


KELUAR PH DULU JIKA AMANAH MAHU TANDING 20 KERUSI DI JOHOR!!


5 November 2024

Selepas bikin gempak mahu meletakkan calon pada PRK Dun Mahkota sebelum ini dan walaupun ia tidak menjadi kenyataan, kini parti itu sekali lagi cuba melakukan satu gempakan yang hampir serupa.

Kali ini Amanah Johor BN mengatakan mereka mahu bertanding antara 12 hingga 20 kerusi Dun pada PRN Johor yang akan datang.

Alasan yang diberi kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan BN Johor yang langsung tidak ada kemahuan untuk membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu selepas berakhirnya PRK Dun Mahkota.

Aduhhh…apa ni Amanah?

Tak usahlah tak habis-habis nak bikin gempak yang tidak mungkin menjadi kenyataan!!

Bikinlah gempak yang mudah dan logik, sesuai dengan kemampuan.

Sedarlah bahawa selagi PH bekerjasama dengan UMNO/BN, tak usahlah Amanah mahu lebih-lebih mahu bikin gempak menuntut itu dan ini.

Semua itu tidak mungkin menjadi kenyataan kerana parti sudah ada persefahaman yang mesti dipenuhi.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu pun tentu saja lebih cenderung untuk mengekalkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan berbanding mendengar tuntutan Amanah Johor itu.

Lihatlah ketika parti itu beria-ia mahu bertanding di Dun Mahkota sebelum ini, apa jadi akhirnya?

Pada PRN Johor 2022 yang lalu, UMNO menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH terdiri DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing menang satu kerusi.

PN pula memenangi tiga kerusi – Bersatu 2 dan Pas 1, manakala Muda juga menang satu kerusi.

Berdasarkan keputusan PRN 2022 itu, di kerusi mana Amanah mahu bertanding dalam jumlah antara 12 hingga 20 kerusi?

Hanya ada satu cara saja jika Amanah Johor benar-benar mahu mencapai impian bertanding antara 12 hingga 20 kerusi pada PRN Johor akan datang iaitu mereka mesti membawa Amanah keluar daripada PH terlebih dahulu.

Selagi Amanah kekal bersama PH dan PH pula masih bekerjasama dengan UMNO/BN, jangan mimpilah keghairahan berlebihan, termasuk mengambil kerusi yang sedia dimenangi UMNO, boleh menjadi kenyataan.

Soalnya, beranikah Amanah Johor menjadi pihak yang paling awal mencadangkan agar Amanah keluar meninggalkan PH?

Fikirlah sikit, kalau masih bersama PH, macam mana cara Amanah nak bertanding sehingga 20 kerusi itu?

Dan kalau tak berani nak cadangkan Amanah keluar daripada PH, lebih baiklah jangan sembang terlalu kencang mahu bertanding banyak kerusi.

Lagi pun, kerajaan BN Johor dibentuk pada 2022 iaitu sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan di peringkat pusat.

Respeklah sikit pada UMNO/BN yang mampu menang dua pertiga ketika itu. – ShahbudinHusin 05 November2024.

Isu NAFAS: Menjawab Fitnah Poster Dari Pembangkang.

 

OLEH SYAM GHAZ


Naratif yang dimainkan oleh pembangkang, lima orang Ahli Jemaah Pengarah ini yang terlibat dalam skandal baja NAFAS RM1.8 billion yang ditahan SPRM berberapa hari lepas.

Padahal kami yang lapor kepada SPRM dan kuburkan kartel Baja di NAFAS sebelum ia hidup balik zaman PN.

Gambar tahun 2019/2020 diwaktu saya salah seorang yang dilantik sebagai Ahli Jemaah Pengarah NAFAS pada waktu itu oleh arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian waktu itu.




Lima yang ditahan SPRM itu babitkan kes pembelian baja 15,000 tan bernilai RM60 juta pada Jun 2022, waktu itu kami dah tiada dalam NAFAS. Kejadian itu berlaku zaman PN berkuasa 33 bulan.

Kami yang lawan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa pula dituduh terlibat dengan skandal baja? Rujuk link dibawah tertera gambar kami yang lapor kepada SPRM pada Feb 2020 membabitkan penyelewengan bernilai beratus juta, hingga NAFAS kerugian pada waktu itu RM50 juta. Baca sini.

MIMPI BASAH? APA HAL DENGAN HADI INI? MUHYIDDIN PULA CAKAP BESAR & TEMBE...


Seorang bekas pemimpin kanan PAS berpandangan betapa Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya sudah berehat daripada karier politik ketika ini. Menurut Mohd Nakhaie Ahmad namun apa yang berlaku ialah, pengikut PAS bahkan menyanjung Ahli Parlimen Marang terbabit secara berlebihan. Malah, kata Nakhaie yang pernah menjadi Naib Presiden PAS itu, ketika ini tiada sesiapa pun yang berani bersuara untuk mencadangkan agar Abdul Hadi berundur daripada politik serta parti. "Haji Hadi patut berehat dah. Tapi pengikut dia duk angkat dia ke tahap dewa. "Siapa pun tak berani nasihat supaya berehat," katanya dalam hantaran ringkas di Facebook, hari ini. Untuk rekod Mohd Nakhaie meninggalkan PAS dan menyertai Umno pada 1989 di sebalik kedudukannya yang senior dalam parti tersebut. Anak kelahiran Kedah itu kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Terdahulu dia turut tampil dalam polemik kesahihan dakwaan Abdul Hadi yang dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan diminta mendamaikan perseteruan di antara golongan Sunni dan Syiah. Walaupun tidak menyebut secara langsung Mohd Nakhaie antara lain berkata, antara tanda sesuatu ajaran itu sesat ialah apabila ia diambil daripada mimpi bertemu Rasulullah dan menerima arahan daripada baginda. "Nabi pesan kepada seseorang dalam mimpi, bolehkah orang itu menyimpan dalam keyakinannya bahawa dia berada di jalan yang benar dengan mimpinya itu? "Tindak-tanduk perjuangannya juga adalah benar, adakah benar? Bagaimana pula dalam realiti hidupnya dia yakin perlembagaan negara ini thagut dan pada waktu sama dia bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan perlembagaan itu? "Apakah yang dilakukannya itu benar dan dia yakin benar? "Soalnya yang dipercayai merujuk kepada Amanat Abdul Hadi suatu masa dahulu," katanya. Dalam hantaran pula bekas Ahli Parlimen Baling itu menjelaskan, Islam tidak dikembangkan berdasarkan mimpi sebaliknya ilmu yang terpancar dari al-Quran dan sunnah. "Sayang, tokoh yang punya banyak mengikut, atas nama Islam membiarkan pengikutnya berfikiran kotor, memuja pemimpin dan jumud," katanya.







KARTEL DITAHAN! KETEGASAN TUMBANGKAN KARTEL PEROSAK YANG ADA DALAM KERAJ...



Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua bekas pengurus besar sebuah pertubuhan badan awam susulan siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta. Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Sazly Md Sani membenarkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an direman selama tiga dan empat hari iaitu sehingga 5 serta 6 November ini selepas permohonan dibuat SPRM pagi tadi. Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 8.30 malam semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan. Katanya, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap kartel perolehan baja membabitkan sebuah pertubuhan badan awam yang dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terkini terhadap kedua-dua suspek. Katanya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.



SELEPAS TUAN IBRAHIM HADI AWANG PULA SINDIR DS AWNAR TIDAK TERIMA GAJI D...


Abdul Hadi Awang (PN- Marang) hari ini menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim apabila membayangkan dia ingin dilihat lebih baik berbanding Nabi Muhammad. Walaupun tidak menyebut nama Anwar secara khusus, presiden PAS itu menghalakan kenyataannya ke atas “orang” yang cuba menunjukkan kesolehan dengan menolak gaji. “Allah memperuntukkan 20 peratus kepada Nabi Muhammad. Ada peruntukan untuk Nabi dan keluarganya…(tetapi Baginda) gunakannya untuk bantu dan mendahulukan orang lain (seperti) orang kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan serta orang musafir. “Namun ada orang yang nak tunjuk lebih daripada Rasulullah (dengan) tak mahu terima gaji. Itu cerita lainlah,” katanya ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini. Sejak menjadi perdana menteri pada November 2022, Anwar berkata dia tidak akan mengambil gaji untuk jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. Awal tahun ini, dia turut berkata akan memulangkan elaun yang diterima selaku pengerui Khazanah Nasional, dan mendakwa dia tidak tahu ada menerimanya. Pada bulan lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga mempersoalkan keputusan Anwar, dengan berkata seorang rasul pun diberikan "peruntukan" oleh Allah untuk rezekinya. Kenyataan itu dibuat semasa perbahasan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, di mana dia mempersoalkan bagaimana Anwar menyara dirinya tanpa gaji. "Tapi kalau zero income, dia nak makan dengan apa? "Kalau dia boleh berdoa - phum! Beras dihantar oleh Kota Raja (Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) depan dia, beras tempatan pulak tu, tak apalah,” kata Hamzah.




Nasihat pendek untuk pesara


Duit gratuiti dan pencen bulanan bukan untuk dijadikan modal perniagaan atau membeli kereta dan rumah baru. 



Ia adalah kewangan untuk perbelanjaan kehidupan harian anda sehingga dipanggil nanti. 


Duit pencen adalah untuk diri anda setelah bekerja seumur hidup.


Apatah lagi untuk dipinjamkan pada orang lain. 


Your money is not your money until you spend it. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar



Tidak Mengambil Upah Sifat Mulia Para Nabi & Pendakwah



Dunia sudah terbalik. Orang yang tidak mengambil gaji disindir kononnya lebih daripada Nabi Muhammad (saw) sedang sepatutnya yang wajar ditegur ialah orang yang mengambil gaji dan elaun kerana berkhidmat untuk rakyat tetapi tidak menyempurnakan amanah dan tugasan. 


Inilah yang dimaksudkan oleh Hadis Dhaif sebagai tahun-tahun penuh tipu daya antaranya orang yang amanah dianggap khianat, pengkhianat pula diberi kepercayaan.


Namun, lupakah kita bahawa tidak mengambil upah itu adalah sifat para utusan dakwah. Ia disebut dalam Surah Yasin yang selalu dibaca oleh orang Melayu khususnya. 


Apabila Isa alaihissalam mengutuskan para pendakwah kepada satu bandar lalu datang seorang lelaki dari pedalaman bertanya: adakah kamu meminta upah dari tugasan kamu? Apabila mereka menjawab tidak, lalu segera lelaki itu mengajak orang-orang bandar mengikut para pendakwah yang tidak meminta upah ini. 


Allah menceritakan kisah ini dalam Surah Yasin: 20-21;  

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَىٰ قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ اتَّبِعُوا مَن لَّا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ

"Dan datanglah dari pedalaman bandar seorang lelaki yang berlari sambil berkata wahai kaumku ikutlah kamu utusan-utusan ini. Ikutlah orang yang tidak meminta sebarang upah dari kamu sedang mereka diberi hidayah".


Ayat ini menunjukkan tidak mengambil upah atas apa-apa pekerjaan itu satu kelebihan dan perlakuan mulia yang sepatutnya dipuji dan bukannya dikeji atau disindir. 


Malah, akhlak tidak mengambil upah inilah menjadi sebab untuk seseorang itu diikuti, didokong dan disokong. 


Bahkan wajar pula menyeru orang ramai untuk mendokong si pelaku itu sebagaimana tindakan lelaki yang dikisahkan oleh Allah dalam ayat di atas bukan sebaliknya menyindir untuk menjatuhkan maruah. 


Bahkan, Nabi kita Muhammad (saw) sememangnya tidak meminta upah atas kerja dakwah yang memenatkan dan meletihkan serta menuntut pengorbanan masa dan meninggalkan kerja-kerja yang lain sehingga Allah mengajar baginda menjadikan akhlak terpuji itu sebagai hujah kebenaran dakwah baginda. Allah berfirman: 


قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ ۖ 

"Sebutlah wahai Muhammad, saya tidak meminta kamu sebarang upah. Maka upah itu adalah milik kamu. Tidaklah upahku itu melainkan atas Allah" (Surah Saba': 47)


Sifat Nabi Muhammad (saw) yang tidak meminta dan mengambil upah atas kerja dakwah disebut juga dalam Surah al-An'am: 90,  Surah Yusuf: 103, Surah Sod: 86, Surah al-Furqan: 57, Surah al-Syura: 23, Surah al-Qalam: 46 dan Surah al-Tur: 40.


Justeru, bagaimana pula disindir orang yang tidak mengambil gaji sebagai "lebih baik dari Nabi", sedangkan ia sememangnya akhlak Nabi (saw)?


Adakah sakit dan umur tua menjadikan seseorang itu lupa atau terlupa sehingga kebaikan pula dilihat sebagai keburukan, akhlak terpuji dianggap keji?


Lebih malang pula bila sindiran terhadap akhlak yang sememangnya terpuji itu turut disokong oleh pendokong-pendokong yang turut digelar guru agama. 


Apakah dunia telah tunggang terbalik dalam menilai kebaikan?


Dr Khairuddin Takiri

Selasa 5.11.2024



JIKA INI YANG ANDA KATAKAN ULAMA....



 

JARANG JARANG DAPAT BERGAMBAR DENGAN PEMIMPI NABI

 Aziani Su



ASRI SAMAN FB WALAUN RASANYA NI.



 Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman terhadap seorang pemilik akaun Facebook atas dakwaan menerbitkan beberapa pernyataan fitnah yang mengaitkannya dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).



Pengurusan kes saman itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ong Yen Li pada 11 Nov ini secara e-review.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



MASA DIA TERANGKAN, KAMU MIMPI.. JANGAN TIDUR SENJA...

 

Roh.. Roh... Roh... Neh.. Neh Neh.. Dok gelak sakan.. Kelantan tak maju gak... Gelak pandai.. Cakap pandai.. Habuk pun tarak... Ngeh.. Ngeh.. Ngeh.... 



MIMPI ANEH...

 

Ringkasan Cerita Kelmarin, Semalam dan Hari Ini.

TOK DOR DAN MIMPI


Berbagai cerita dan peristiwa yang berlaku dalam negara kita atau di luar negara yang membabitkan warga negara kita sehari dua ini. Semua cerita dan peristiwa itu menyayatkan hati. Pertamanya cerita macam mana Tok Dor memberi tahu itjimak tarbawi yang dia bermimpi berjumpa dengan Rasululah yang datang ke Russila dalam keadaan wajah hitam dan muka masam dan hendak dijamu dengan ikan talapia.


Untuk menyakinkan bahawa mimpi itu benar Tok Dor berita tahu dia nampak parut di dahi Nabi kerana perang Uhud. Diawal ceritanya dia sudah beri warnning sesiapa yang berbohong tentang nabi tempatnya di neraka.


Maka bagi mengelakkan orang Pas masuk neraka wajib mempercayai cerita mimpi itu. Biarlah Tok Dor asyik dan lena dengan mimpinya.


ARTIS KELANTAN DITANGKAP KERANA MILIKI PIL KUDA


Cerita yang berkaku semalam juga tentang artis dikir Barat berasal dari negeri yang memerintah secara Islam 30 tahun telah diberkas polis Thailand kerana memiliki pil kuda bersama lima yang lain. Artis itu telah diberkas disebuah hotel di Golok sesudah berhibur.


Kejadian memakukan negeri Kelantan itu diulas oleh timbalan wazir negeri itu dengan mengatakan apa yang berlaku itu adalah takdir Allah. Ulasan itu sangat simplistik sekali.


Sepatutnya kerajaan negeri yang memerintah secara membangun dengan Islam itu ambil peduli kejadian itu. Selaku kerajaan, mereka perlu bertanggungjawab menyelamatkan nasib rakyat mereka. Sepatutnya kerajaan itu berbuat sesuatu termasuk meminta jasa baik diplomatik kita di sana, apa salah dan silap warga kita ia perlu dipertanggungjawabkan. Usah kira dia parti berwarna apa.


Dalam kes artis itu namoak kerajaan Kelantan seperti lepas tangan.


NAFAS YANG SESAK NAFAS


Cerita lain juga yang melarat dan menjadi viral kelmarin ialah tentang Nafas agensi yang berada dibawah jagaan Mat bin Sabu. SPRM telah memberkas beberapa individu yang ada kaitan dengan penyelewengan membabitkan puluhan juta dalam agensi berkenaan. 


Sebelum SPRM ini gelidah Nafas, Mat bin Sabu kelihatan menemui perdana menteri. Pertemuan itu ditafsirkah oleh penyokong Mat pertemuam penuh bermakna kononnya pertemuan yang penuh mesra dan bakal menguntungkan Mat.


Belum pun Mat bin Sabu pijak tangga rumah, SPRM dah tangkap dan soal siasat beberapa individu berhubung penyelewengan dalam Nafas.


Sebelum itu Nafas sudah jadi sesak nafas, apabila berlaku pecat memecat dan gantung menggantung. Mulanya Lembaga Pengarah menggantung tugas Pengurus Besarnya, katanya seorang ketua pemuda Parti Amanah, selepas itu seorang ahli jemaah pengarah pula dipecat. Isu mula memanas.


Tidak cukup disitu kemudian perlembagaan Nafas pula digantung menyebabkan lembaga itu tidak berfungsi dan segala aktiviti dan pengurusan Nafas diletak dibawah kuasa menteri sepenuhnya.


Isu nafas ini sedikit sebanyak beri kesan kepada Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. Walaupun penyelewengan yang berlaku diluar tanggungjawab Mat, tetapi kerana peremis itu dibawa jagaan dan tanggungjawab kementerian KPKM ia memberi kesan tidak kangsung kepada Mat bin Sabu.


Mendengar komen seorang ahli lembaga pengarah yang dipecat, memberi kefahaman kepada umum kekecuhan yang berlaku dalam Nafas itu disebabkan kelemahan Mat sebagai menteri. Mat tidak pandai dan bijak mengurus pergeseren.


Mat tidak berdiplomasi dalam melengsaikan kemelut berlaku sehingga beliau dituduh bertindak secara kejam dan bersikap kukuh besi. Menyedihkan sampai menganggap Mat sebagai gila kuasa. Dalam hal ini saya tidak nampak kesalahannya disebabkan Mat seratus peratus. Apa lagi isu yang berbelit dalam Nafas itu berlaku sejak kerajaan sebelum ini lagi. Mat hanya tukanag cuci najis sahaja.


Kita kenal siapa dia Mat dan sejauh mana kebolehan dan kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Apa yang Mat tahu ialah berceramah, itu keahliannya.


Kerana itu saya percaya apa yang berlaku ke atas Nafas itu ialah kerana Mat menerima nasihat yang salah. Mat hanya ikut sahaja dan menggunakan kuasa yang ada kepadanya. Dalam erti kata lain kemelut yang berlaku dalam Nafas dan menjejaskan KPKM itu adalah kerana kenaifan beliau dalam pentadbiran dan pengurusan dan menjadi bendul kepada sesetengah individu yang menguasainya.


Saya nampak apa yang berlaku dalam Nafas boleh mengheret Mat ke keadaan lebih kritikal lagi. Kejadian itu walaupun tanpa penglibatannya, namun sebagai menteri dia kena bertanggungjawab sepenuhnya dan sedia menerima risiko dan musibahnya.


Nasihat saya sebelum Mat ditegur hatta diganti atau dirihatkan oleh perdana menteri beliau bersedia mengambil risiko atas apa yang bakal berlaku kelak. Sekembali dari China nanti pasti perdana menteri inginkan taklimat penuh dan tuntas daripadanya. 


Dalam hal ini Mat bernasib malang sedikit, bak kata orang hajat Mat nak bersih Nafas dari penyelewengan tidak kesampaian sebalik yang terdedah kelemahannya sebagai menteri. Trims.



PEMBOHONG DAN PEMFITNAH SAMA MACAM ZINA.

 

Ridwan Abu Bakar


"Saya pergi ke Turki pada tahun 80an, saya dengar sendiri azan dalam bahasa Turki" dakwa seorang 'Tok Guru' dalam kuliah dhuhanya pagi tadi di Ipoh. 



"Depan masjid ada patung Mustafa Kamal at Tartuk, sebelum masuk sembahyang kena sembah patung dia dulu" dia tambah Ajinomoto lagi. 


Ni lah bahayanya geng 'asai bunyi' diTuan Gurukan, dah tak dak modai nak cakap, dia khayal dan rujuk kepada khayalannya. 


Sebenarnya, azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab pada awal tahun 50an, ketika Adnan Mundaris dilantik sebagai PM terpilih yang pertama Turki. Dah 74 tahun Tok Guru oiiiii. 


Tok Guru ni pi mana sebenarnya pada tahun awal 80an tu ? 


Bahong pun, agak² la 😃😄😀😃



DAPAT MIMPI. DATANG PARLIMEN KUTUK ORANG TAK AMBIL GAJI.... DIA MIMPI NABI MUKA HITAM..

 


NOHHHH.... PI SG GOLOK..

 

Kim Jaker Jr

Serambi mekah🤣🤣🤣Negeri penunggang agama😎gi Sg. Kolok dengar ceramah agama🤭🤭🤭??? kah musik Bae Yaba Bae🤣biaq betui unnnn ! Mengarutlah Un🤮🤮🤮



DIA TAK KATA DIA BAIK... TAK AMBIL GAJI, TAPI KERJA KUAT. KAMU GAJI SAPU KERJA APA KAMU BUAT SELAMA 33 BULAN?? YELLEK PUCCI... SEMBANG..

Zam bin Zom


 Dah la datang parliamen sekali sekala, datang-datang terus mencela & mengejek orang, Patut la dalam mimpi,dia nampak Rasulallah berwajah hitam, mungkin itu menggambarkan hati dia yang hitam akibat kedengkian & dendam kesumat sebab tak dapat Tebuk Atap walaupun kononnya dah Cukop Jomlah!!



LEBAI BERI NAMA ISTERI PENERIMA ZAKAT.

 C&P


Malaysia yang aku cintai😘apalah nak jadi kalo rumah yang maha pon dijadikan tempat beRasuah😩😩😩dari kalangan orang yang alim sampai orang maha kuasa ! Habis mengorup 😤😤😤Juai Agama, Juai Bangsa, Juai Mimpi, Cuma spender je blum kena juai 🤣🤣🤣🤣🤣