PATI TIDUR BERPARANG DICEKUP IMIGRESEN"
PM, Kabinet hadir pemukiman mantap kerjasama, tentu halatuju
Oleh: Helmi Mohd Foad
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 31 anggota Jemaah Menteri hari
ini menghadiri program pemukiman kerajaan Madani 2024 di Cyberjaya bagi
memantapkan halatuju pentadbirannya.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan berkata, program
yang akan berakhir esok itu turut membawa matlamat untuk memantapkan kerjasama
antara Jemaah Menteri dan kepimpinan perkhidmatan awam.
Menurutnya, program itu turut memperkuatkan iltizam dalam
melaksanakan pelan-pelan tindakan bagi merealisasikan aspirasi Ekonomi Madani.
"Program ini dilaksanakan selaras hasrat Perdana Menteri
untuk menyampaikan mandat kepada semua anggota Jemaah Menteri dan kepimpinan
tertinggi perkhidmatan awam tentang hala tuju dan strategi kerajaan bagi tahun
2024 serta bagi jangka masa sederhana dan panjang," kata kenyataan itu
hari ini.
Pemukiman yang berlangsung hingga esok dihadiri 31 anggota Kabinet
dan 15 orang jemputan khas.
Kata kenyataan itu, pemukiman tersebut juga bertujuan mencapai
penjajaran matlamat serta mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan anggota
Jemaah Menteri terhadap pelan tindakan bersepadu kerajaan berteraskan konsep
‘whole of government dan whole of nation'.
Kenyataan itu berkata program selama dua hari ini membawa beberapa
sesi wacana dan forum yang melibatkan pakar-pakar dari sektor awam, sektor
swasta, industri dan organisasi antarabangsa.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan mencakupi aspek-aspek
penting termasuk cabaran dan hala tuju ekonomi; kebajikan dan keselamatan
sosial; pembangunan infrastruktur dan kemampanan; tadbir urus, inovasi dan
komunikasi ke arah kemakmuran negara.
Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba pukul 2.42 petang
tadi disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sebelum ini, Anwar memaklumkan, permukiman itu bagi meneliti
pelaksanaan dasar-dasar yang telah dilancarkan kerajaan sepanjang tahun lepas.
[panas] MP MACHANG MEROYAN LAGI! PENCERAHAN PANAS BRO ISWARDY!
Pelarasan tarif air bukan isu politik, semua negeri bersetuju
Oleh: Helmi Mohd Foad
ANALISIS: Pagi ini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuat
pengumuman berkaitan pelarasan tarif bekalan air bersih bagi pengguna domestik
di semua negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada awal
Februari ini.
Boleh dikatakan semua hantaran atau flash berkaitan pengumuman ini
di media sosial mendapat pelbagai bentuk reaksi. Bagi golongan netizen dan
laskar siber pembangkang, berita ini sudah tentu dijadikan peluru untuk menyerang
kerajaan dalam pelbagai bentuk mesej.
Pelarasan itu sendiri melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen
bagi setiap meter padu yang dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif.
Struktur dan komponen tarif air diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung
serta Labuan dan ia akan dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan
keselarasan dalam penentuan bayaran.
Kenyataan SPAN menjelaskan pelarasan tarif tersebut tidak lagi
boleh ditangguhkan demi untuk tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan
air dalam jangka panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan
bekalan yang dinikmati rakyat.
"Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos
sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter
padu berdasarkan rekod sebenar 2022," kenyataan SPAN dipetik.
Fikir secara rasional kenaikan
tarif air
Tiada siapa yang gemarkan sebarang berita berkaitan kenaikan harga
ke atas apa saja bentuk barangan atau perkhidmatan konsumerisme. Namun adakah
semua pihak boleh berfikir secara rasional terhadap sebarang langkah
membabitkan pelarasan tarif air ini?
Langkah pelarasan itu sudah menjadi bahan kajian sejak sekian
lama. Baik ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah atau pada waktu
Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pada 2018, dan kemudian ketika dikuasai
Perikatan Nasional (PN) pada 2020 - 2022.
Perkara ini bertitik tolak daripada peningkatan kos yang besar
dalam industri bekalan air bersih selain masalah kadar air tidak memberikan
pendapatan (NRW) atau kebocoran yang tinggi akibat paip usang.
Orang ramai mahu perkhidmatan terbaik namun kos untuk menghasilkannya
begitu menjerut semua operator air di negeri-negeri. Negeri yang paling
kritikal ialah Selangor yang turut membekalkan air ke Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur yang kepadatan penduduknya cukup tinggi.
Selangor sering menjadi sasaran serangan pihak pembangkang tetapi
hasil keberkesanan pengurusan Air Selangor, masalah tersebut berjaya ditangani
dengan baik.
Justeru itu, jika diimbas kembali dalam sidang Dewan Undangan
Negeri Selangor pada November lalu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari
sendiri sedar mengenai taktik pembangkang yang hanya menunggu masa untuk
mengeksploitasi isu tersebut. Beberapa kali Ketua Pembangkang Azmin Ali cuba
'memerangkap' Amirudin agar beliau mengumumkan bila kenaikan tarif air akan
berlaku.
Namun semua pihak perlu tahu bahawa sebarang pengumuman kenaikan
tarif hanya akan dilakukan oleh SPAN setelah diputuskan di peringkat Kerajaan
Persekutuan.
Kata Amirudin mana-mana negeri akan bersetuju dengan peningkatan
tarif yang menjadi penyelesaian kepada peningkatan kos operasi yang ditanggung
oleh syarikat konsesi.
"Mana-mana menteri yang bertanggungjawab untuk menguruskan
air, sumber asli akhirnya akan bersetuju peningkatan tarif adalah sebahagian
dari solusi," katanya dipetik.
Namun Selangor kekal meneruskan pemberian air percuma sejak tahun
2008 walau berdepan kos yang tinggi selepas melihat kemudahan itu memberi
kebaikan kepada rakyat.
Negeri pembangkang setuju naik
tarif air
Bagaimana pula dengan Kelantan, negeri yang ditadbir Pas sejak
tahun 1990 yang dilaporkan masih terus berdepan dengan masalah bekalan air
bersih hingga memerlukan dana besar daripada Pusat.
Sebab itu pendirian tentang pelarasan tarif turut menjadi pegangan
kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini. Menteri Alam Sekitar dan Air dari
Pas ketika itu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan antara kekangan
yang dihadapi oleh syarikat atau operator pembekalan air bersih di seluruh
negara adalah berkaitan tarif air.
"Isu-isu bekalan air ini sebenarnya isu yang berlaku di
banyak negeri. Isu besarnya adalah berkaitan tarif air yang mana, di sesetengah
negeri sudah 40 tahun tak pernah naik," katanya dipetik pada Julai 2022.
Begitu juga dengan Kedah turut terbeban dengan masalah bekalan air
yang jika tiada sebarang pelarasan tarif akan lebih menyukarkan lagi syarikat
operator melaksanakan sebarang usaha menaik taraf.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dipetik dari
HarakahDaily pada November lalu berkata; "Kalau tarif air boleh
diselaraskan, Alhamdulillah,".
Sanusi juga berkata, kali terakhir kenaikan tarif air di Kedah
pada tahun 2010 sebanyak 10 sen.
Menurutnya selama 13 tahun Kedah menunggu kajian tarif air,
sedangkan kerajaan negeri perlu membayar hutang kepada kerajaan Persekutuan
selama 45 tahun.
"Dahulu setiap tahun (bayar) RM45 juta tetapi selepas proses
migrasi bayaran tahunan berkurangan kepada RM35 juta setahun tetapi tempoh
bayaran 45 tahun.
"Biar pun berlaku pengurangan RM35 juta setahun, namun
kerajaan negeri perlu menyediakan sekurang-kurang RM4 juta setiap bulan untuk
tujuan berkenaan," katanya dipetik
Menurutnya kenaikan tarif air akan memberi sedikit kelegaan
kewangan kerajaan negeri untuk membayar semula hutang kepada kerajaan
Persekutuan.
Isu kenaikan tidak boleh
dipolitikkan
Jadi sama ada kerajaan atau pembangkang tidak boleh menggunakan
isu pelarasan tarif air sebagai alat politik. Negeri ditadbir Kerajaan
Perpaduan memerlukan pelarasan tarif begitu juga negeri yang ditadbir PN
memerlukannya sebagai salah satu langkah untuk menyelesaikan program
penggantian paip usang dan menaik taraf kemudahan loji rawatan sedia ada.
Apa yang diperlukan kerajaan ialah rakyat memahami keperluan
kenaikan. Bagi Kerajaan Negeri mereka seharusnya menyambut baik saranan SPAN
agar meneruskan program bantuan bersasar kepada rakyat yang kurang berkemampuan
bagi mengurangkan beban mereka susulan pelarasan tarif air tersebut.
Paling penting ialah bagaimana negeri-negeri boleh memanfaatkan
pelarasan tarif ini walaupun tidak sepenuhnya mampu menampung kos untuk
menyediakan perkhidmatan bekalan air terbaik untuk keseluruhan rakyat.
[gentar] HASUTAN, HINA SULTAN & AGONG REEFORNUSI TAKUT CARI ALASAN UNTU...
PANJI ALAM HARGAI, TERHUTANG BUDI KEBERANIAN AFRIKA SELATAN HERET ISRAEL KE ICJ
Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia
atau Panji Malaysia tampil menyatakan sokongan atas keberanian Afrika Selatan
mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana jenayah genosid
(pembunuhan beramai-ramai) terhadap rakyat Palestin.
Penaung NGO berkenaan, YM Tengku Azlan
Almarhum Sultan Abu Bakar berkata dalam sidang medianya menegaskan, keberanian
yang ditunjukkan negara Aftika itu sememangnya sesuatu yang amat membanggakan.
Katanya, walaupun Afrika Selatan bukan sebuah
negara Islam, tetapi tindakannya mengheret Israel ke ICJ benar-benar
memperlihatkan sikap kemanusiaan yang tinggi oleh negara berkenaan.
“Bukan saja rakyat Malaysia rasa terhutang
budi kepada Afrika Selatan, malah seluruh dunia Islam juga patut mempunyai
perasaan yang sama,” katanya.
Kata beliau, tindakan Afrika Selatan itu
menyebabkan Israel kini berhadapan dengan pendengaran awam di ICJ di The Hague,
Belanda selama dua hari.
“Afrika Selatan telah memfailkan kes itu pada
Disember lalu bagi mendakwa Israel yang telah melakukan pembunuhan
beramai-ramai terhadap umat Islam Palestin di Gaza yang dilaporkan membunuh
hampir 24,000 jiwa
“Oleh itu, Afrika Selatan telah mengemukakan
senarai dakwaan berkaitan tindakan pembunuhan beramai-ramai ini,” ujarnya.
Sehubungan itu, YM Tengku Azlan yang mewakili
Panji Malaysia mengajak seluruh rakyat negara ini agar sama-sama berdoa supaya
keputusan ICJ nanti dapat menghentikan perang di Gaza.
“Ia bukan sahaja membawa berita positif tetapi
juga mengakhiri episod kehilangan nyawa yang tidak berkesudahan, terutama
insan-insan yang tidak berdosa.
“Oleh itu, Panji Malaysia sentiasa bersama
dengan perjuangan rakyat Malaysia dan menyokong apa jua usaha untuk
menghentikan perang di Gaza,” katanya lagi.
Untuk rekod, Afrika Selatan telah menfailkan
setebal 84 muka surat mengenai senarai keganasan Israel melanggar Konvensyen
Genosid 1948 yang dibuat selepas Perang Dunia Kedua.
Negara itu seterusnya meminta langkah
sementara daripada ICJ untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk meminta
Israel segera menghentikan serangan tentera mereka.
Dalam perbicaraan di ICJ, pihak Israel
dijangka mengemukakan pembelaan mereka pada Jumaat ini. –
ShahbudinHusin 17/01/2024.
PERAK TOLAK NAIKKAN TARIF AIR?
Perak belum membuat keputusan
ke atas tarif airnya walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
membenarkan ia dinaikkan purata 22 sen bagi setiap meter padu bermula 1 Feb.
Menteri Besar, Saarani Mohamad, berkata Lembaga Air Perak perlu
menjalankan kajian terhadap pelarasan tarif air negeri dan tidak tertakluk
kepada keputusan SPAN berkenaan.
“Jika LAP hendak mengikut sepertimana dibenarkan oleh SPAN maka
LAP perlu bawa cadangan itu dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah sebelum di
bawa ke mesyuarat exco,” katanya menurut Sinar Harian selepas menghadiri
lawatan kerja meninjau Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di
Changkat Jering.
Beliau yang juga pengerusi LAP berkata, exco kerajaan negeri
akan buat keputusan muktamad berhubung kenaikan tarif air di negeri itu.
“Perkara ini tidak tertakluk kepada ‘kita mesti ikut’ kerana kita bergantung
kepada kajian terlebih dahulu untuk melihat kelebihan dan kekurangan.
“Kajian ini masih berjalan, ia tidak boleh terhenti setakat
satu-satu waktu kerana mengambil kira bilangan pengguna yang bertambah, usia
paip, meter dan sebagainya,” katanya.
Hari ini, SPAN dalam kenyataan berkata, pihaknya membenarkan
tarif air domestik akan dinaikkan purata 22 sen bagi setiap meter padu di
Semenajung dan Labuan, berkuat kuasa bulan depan.
Katanya, pelarasan tarif air itu berdasarkan keperluan dan
permintaan kerajaan negeri, namun kerajaan persekutuan melalui SPAN akan
memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air
dilaksanakan selaras kenaikan tarif.
Sumber –
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/17/perak-belum-putus-naik-tarif-air-kata-mb/
DAH KAU KENAPA?
Ramasamy tuduh kerajaan abaikan orang India kerana tiada India dalam kabinet. Kemudian Mahathir respon dengan mengatakan Ramasamy sebagai rasis.
Menarik ni. Cuba kita tengok apa sebenarnya sebalik drama terbaharu ni.
Tuduhan Ramasamy tu tak pelik. Tapi yang pelik bila Mahathir yang respon. Dah kenapa dia nak respon? Apa kena mengena dengan dia?
Mahathir bukan dal kerajaan. Penyokong kerajaan pun bukan. Buat apa dia nak jadi palam pencucuh dengan menghidupkan perdebatan sebegini?
Kalau difikirkan, nak kata Mahathir dan Ramasamy tu berpakat pun boleh. Sebab yang penting bukannya apa yang Mahathir dan Ramasamy kata, tapi apa yang bakal PMX katakan.
Bila cerita ini keluar, nanti akan ada media soal PMX atau menteri yang lain untuk berkomentar. Apa saja yang PMX cakap nanti, akan dipusingkan.
Masa itu, apa yang Mahathir dan Ramasamy cakap dah tak jadi isu. Tapi tumpuan akan diberikan kepada PMX dan menteri. Dan ia akan jadi bahan kempen.
Tapi DS Anwar takkan mudah termakan umpan yang sebegini. Aku cuma risau ada menteri yang tak biasa dan mula cakap yang tidak tidak.
Mahathir tu licik. Walaupun dah tua bangka, jangan pandang rendah kebolehan dia menipu dan perdaya rakyat. Kena hati-hati. Guane boh?
Raja Gelap II
#PenjarakanPapaGomo
.
AMANAH TEMERLOH SAMPAIKAN SUMBANGAN DARI DERMA ORANG RAMAI
Jawatankuasa AMANAH Temerloh mewakili Ketua Kawasan Cikgu Azizul Shah menyerahkan sumbangan #DermaKilat yang dilancarkan baru-baru ini buat Puan Rosiah bt Kadir seorang ibu tunggal yang mengalami kemusnahan rumah akibat kebakaran di Kg Bachap,Temerloh.
Semoga dengan bantuan ini dapatlah meringankan beban yang ditanggung oleh Puan Rosiah dan keluarga.Dikesempatan ini juga pihak kawasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang.
#AmanahProgresifPeduli #pedulitemerloh
SOKONG PALESTINE MENJADI ANGGOTA PBB.
Pagi ini saya dan jemaah menteri telah menandatangani dan mengirim sekeping poskad khas yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.
Poskad khas ini adalah bagi menzahirkan hasrat rakyat Malaysia dengan mendesak PBB menerima Palestin sebagai negara anggota dan menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis segera dihentikan.
Poskad khas ini akan diserahkan menerusi Wakil Tetap Malaysia ke PBB. Saya berharap suara tulus rakyat Malaysia ini mendapat perhatian serius daripada Guterres.
Rakyat Malaysia boleh ikut serta dalam Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB dengan membeli poskad ini bermula esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Berhad.
#MalaysiaMADANI
















