'Mentaliti terkepung', manipulasi agama punca kekalahan di Kemaman


 Kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam biar pun telah diduga tetapi tidaklah ke tahap Pas memperolehi majoriti sebesar 37,000 undi.



Biar pun terdapat hujah Pas mengekalkan undi pada Pilihan Raya Umum ke 15 tetapi pengundi Pakatan Harapan dan BN yang kurang keluar membuang undi, namun bagi Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, kekalahan PRK lebih kepada kejayaan strategi Pas memanipulasi emosi pengundi dan menggunakan hujah agama sempit.



"Modal (kempen) masih sama, sokong Pas masuk syurga. Ditambah isu konsert LGBT, konsert Coldplay. Pas juga berjaya tunjuk mereka lebih sokong Palestin daripada orang lain.



"Orang Terengganu ini sentimen kepada agama kuat. Antara kelemahan orang Terengganu kita tengok ialah mudah dimanipulasi tentang isu agama. Sangat sensitif bab agama. Pas berjaya dalam hal ini," katanya.



Menurut beliau, Pas juga mengelirukan pengundi dengan naratif kononnya Kerajaan Perpaduan tidak bersungguh sungguh membantu orang Islam Palestin.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg/v1/fill/w_360,h_240,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg

Ahmad Nahdir Yop



Sedangkan pada era Pas-PN memerintah (2020 - 2022) tiada pun agenda untuk Palestin yang diperjuangkan.



"Pencerah Pas bawa naratif Parlimen Malaysia gagal bawa isu Palestin. Orang termakan. Ini bukan masalah penerangan lagi, bukan tak sampai, tetapi orang anggap apa kita beritahu itu bohong, yang sebelah sana betul



"Ini di luar (gerak kerja) penerangan. Kita di pihak parti buat (penerangan), kerajaan buat tetapi ia berpunca daripada fitnah atas agama dan bangsa.



"Orang Melayu di sini termakan semua itu," katanya.



Perkara yang lebih membimbangkan, kata Ahmad Nadhir ialah 'mentaliti terkepung' yang disumbat ke pemikiran orang Melayu dan menganggap orang agama lebih suci atau betul daripada masyarakat biasa.



"Di sekolah agama terutama di Terengganu dan Kelantan ada mentaliti terkepung. Kamu adalah 'insan terpilih' yang bersih, suci, holier-than-thou, orang luar dari bidang agama lakukan maksiat dan sebagainya.



"Orang Pas kebanyakannya lulusan sekolah agama dan dia rasa diri sebagai utusan Tuhan untuk membersihkan. Itu ditanam dalam doktrin sekolah agama," katanya.



Sikap rakyat yang kurang mahu memastikan kebenaran juga, kata Ahmad Nadhir, menyukarkan penerangan dan pemahaman sesuatu isu terutama yang mempunyai kaitan dengan sentimen agama.



"Mereka (orang Terengganu) merasakan apa yang Pas bawa itu agama (yang benar). Yang lain daripada Pas bawa, bukan ajaran Islam (sebenar)," katanya lagi.



Dalam PRK Kemaman semalam calon Pas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengalahkan calon BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti besar.



Kekalahan calon BN dianggap lebih buruk daripada PRU 2022 terutama apabila dicampurkan jumlah undi BN dan PH pada pilihanraya itu.

Dr Samsuri menang besar, Bersatu usah berangan kerusi PM


 Oleh : Noraini Nordin



ANALISIS: Kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam, bahkan dengan majoriti lebih besar berbanding PRU15 lalu, secara umumnya membawa mesej yang pelbagai kepada masa depan politik Malaysia.



Bagaimanapun, kemenangan Pas melalui Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar, kanan), Menteri Besar Terenggganu sebagai calon, dengan majoriti 37,220 undi berbanding 27,179 undi diperolehi calon Pas pada PRU15 lalu, mesej utamanya ialah pukulan hebat kepada Bersatu, salah satu komponen yang selama ini menggambarkan diri mereka sebagai “abang besar” dalam PN.



Dalam PRK Kemaman ini, Pas bukan sahaja menang dengan majoriti lebih besar melalui calonnya yang dilihat lebih diterima dan disenangi, bahkan bersama gambaran bahawa Ahmad Samsuri adalah calon Perdana Menteri selepas ini.



Ini bermakna, majoriti besar yang diraih oleh Naib Presiden Pas itu bermakna suatu 'penerimaan' penyokongnya kepada keinginan untuk melihat beliau menjadi Perdana Menteri selepas suatu ketika nanti.



Melihat kepada keterujaan penaksub yang menjaja secara terbuka Ahmad Samsuri sebagai bakal PM apakah nasib Muhyiddin Yassin?



Dalam keadaan ini, di mana kedudukan Muhyiddin yang diketahui umum masih mengidam untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, malah telah membuat Pusingan U dengan ingin mengekalkan lagi jawatan sebagai Presiden Bersatu pada pemilihan tahun hadapan.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_331f4f600a8a42388515f696ba66bc39~mv2.jpeg/v1/fill/w_360,h_250,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_331f4f600a8a42388515f696ba66bc39~mv2.jpeg

Noraini Nordin



Kalau bukan untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi, untuk apa beliau mahu kekal memimpin Bersatu?



Tetapi dengan adanya Ahmad Samsuri ini, sediakah Muhyiddin mengundur diri untuk memberi laluan?



Begitu juga dengan Hamzah Zainuddin, Ketua Pembangkang sekarang yang turut dilihat sebagai calon Perdana Menteri kedua bagi blok pembangkang selepas Muhyiddin, apakah beliau juga sedia memberi laluan kepada Ahmad Samsuri?



Dengan kedudukan Pas yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam PN iaitu 43 kerusi, logiknya memang wajar parti itu mempertaruhkan calon Perdana Menterinya dalam PRU16 akan datang dan bukan lagi sebagai penumpang.



Berbanding Bersatu yang sebelum ini mempunyai 31 Ahli Parlimen, tetapi setelah lima daripadanya telah mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlahnya kini makin berkurangan dengan hanya tinggal 26 sahaja.



Sementara Bersatu makin mengecil, Pas sebaliknya seperti mendapat laba besar dengan menonjolkan Ahmad Samsuri sebagai calon Perdana Menteri melalui PRK Kemaman semalam.



Berdasarkan kenyataan terbaru Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan yang menyebut, parti itu kini sedia memikul tanggungjawab lebih besar di peringkat nasional berikutan kemenangan Ahmad Samsuri, ini adalah petanda jelas, sekaligus suatu isyarat buruk buat Bersatu, Muhyiddin dan juga Hamzah.



Nampaknya Pas tidak mahu menoleh ke belakang lagi, sebaliknya ingin terus mara dengan agendanya, sambil berharap agar Muhyiddin dan Hamzah tidak sukar memahaminya.



Melihat semua perkembangan ini, Bersatu memang tiada pilihan lain kecuali terpaksa akur untuk menyerahkan baton calon Perdana Menteri kepada Pas dalam PRU16 akan datang.



Lagi pun, apa pilihan yang Bersatu ada, ia adalah parti yang tiada akar umbi, malah jumlah cawangan di bahagian-bahagian juga amat terbatas sekali.



Semua kemenangan calon Bersatu pada PRU15 lalu, terutamanya dari segi kempen dan penyediaan jentera parti, adalah dengan menumpang dan melalui sumbangan kekuatan yang dimiliki Pas.



Bermula di Kemaman dan dijangka berterusan sehingga PRU16 akan datang, Pas diramal akan terus ke depan dengan agenda untuk memimpin negara, sementara Bersatu secara perlahan-lahan bakal dimendungi awan gerhana.

 

KESIHAN BERSATU- BILA PAS SUDAH ADA AHMAD SAMSURI SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI, MAHIADDIN DAN HAMZAH ELOKLAH DUDUK DIAM-DIAM DI TEPI


 

Kemenangan bergaya Pas melalui calonnya, Ahmad Samsuri Mokhtar dalam PRK Kemaman semalam, sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah sudah dijangka.


Ini kerana, Terengganu berdasarkan keputusan PRU15 dan PRN lalu, jelas lagi terbukti memang merupakan kubu kuat Pas.


Pas menyapu bersih semua lapan kerusi Parlimen pada PRU15 dan kemudian menyapu licin 32 kerusi DUN pada PRN.


Atas hakikat tersebut, ditambah lagi kemenangan Pas melalui calonnya, Che Alias Hamid pada PRU15 lalu adalah dengan kelebihan 27,179 undi, memang sudah dijangka Pas “makan kacang” saja di Kemaman.


Dengan majoriti besar tersebut, adalah disedari juga oleh sesiapa yang waras bahawa memang mustahil untuk BN boleh berjaya merampas kerusi Parlimen Parlimen.


Cuma, ramai yang menjangkakan, kemenangan Pas dengan meletakkan Menteri Besar Terengganu sebagai calon, majoriti yang mungkin dicapai sekitar 30 ribu undi lebih sedikit saja.


Sedikit mengejutkan apabila majoriti yang dicapai oleh Ahmad Samsuri adalah sebanyak 37,220 undi, lebih 10,041 berbanding majoriti Che Alias pada PRU15 lalu.


Agaknya, majoriti besar itu adalah disebabkan gembar-gempur bahawa Ahmad Samsuri adalah calon Perdana Menteri Pas pada masa depan.


Seronok nampaknya pengundi Kemaman nak dapat Ahli Parlimen mereka sebagai bakal Perdana Menteri.


Begitu pun, di sebalik majoriti besar yang dicapai Ahmad Samsuri, undi yang beliau raih sebenarnya kurang berbanding yang diperolehi Che Alias.


Che Alias pada PRU15 lalu memperolehi 65,174 undi, tetapi undi Ahmad Samsuri ialah 64,998 – kurang 176 undi.


Hal ini mungkin disebabkan ramai pengundi luar yang tidak pulang mengundi.


Yang paling malang sekali ialah Raja Mohamad Afandi Raja Mohamad Noor yang dipertaruhkan BN sebagai calon dalam misi mustahil untuk merampas Kemaman.


Beliau bukan saja gagal, malah undi yang diperolehinya cuma 27,778 undi iaitu jauh lebih rendah berbanding 38,535 yang dicapai oleh Ahmad Said pada PRU15 lalu.


Soalnya ke mana pergi 10,757 undi lagi?


Lebih malang lagi jika dicampur undi Ahmad Said sebanyak 38,535 dengan undi calon PH, Hasuni Sudin sebanyak 8,340 pada PRU15 lalu, Raja Afandi sepatutnya boleh mendapat lebih 45 ribu undi.


Mengapa beliau hanya berjaya mendapat 27,778 undi?


Adakah pengundi UMNO sendiri menolak Raja Afandi dan kerjasama BN dengan PH tidak diterima oleh pengundi Melayu?


Apa pun, kejayaan cemerlang Pas di Kemaman dengan meletakkan Ahmad Samsuri sebagai calon, disertai dengan gambaran beliau adalah calon Perdana Menteri bagi masa depan, ini bererti sudah sampai masanya bagi Mahiaddin Md Yasin untuk bersara dan Hamzah Zainuddin untuk turut berlapang dada memberi laluan.


Lagi pula dengan Pas mempunyai 43 kerusi Parlimen, paling besar dalam gabungan PN, bahkan terbesar antara semua parti dalam negara ini, memang sudah sampai waktunya bagi parti itu meletaklan calon Perdana Menteri yang nampak berwibawa dan “boleh dijual” kepada pengundi dalam PRU16 akan datang nanti.


Jika selepas ini ada lagi PRK di mana-mana dan Ahmad Samsuri diturunkan dengan lebih kerap sebagai wajah calon Perdana Menteri, rasa-rasanya Pas akan lebih mudah memikat hati pengundi, seterusnya mencipta kemenangan.


Mahiddin dan Hamzah, dengan perkembangan ini bukan saja bertukar menjadi “PM Tepi”, malah boleh terus duduk diam-diam di tepi. – ShahbudinHusin 03/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/03/bila-pas-sudah-ada-ahmad-samsuri-sebagai-calon-perdana-menteri-mahiaddin-dan-hamzah-sudah-boleh-duduk-diam-diam-di-tepi.html

SEJAUH MANA KEBENARAN DAKWAAN MUHAMMAD SANUSI?



“Saya dijemput hadir dalam perundingan projek jajaran jalan menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao, Thailand yang akan dibuat satu pintu masuk baharu bagi menangani kesesakan trafik di pintu sedia ada. “Dalam jemputan itu, jadual penuh diberikan dari pagi hingga petang diuruskan pegawai tadbir diplomatik (PTD) PMO dan pejabat Menteri Besar Kedah berdasarkan prosedur biasa hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan negeri,” katanya dalam sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Rabu.




RENTASAN 1498 | PANAS!! KINI MB KEDAH 'RASA TERHINA' DENGAN TINDAKAN 'LI...




MENARIK DALAM RENTASAN 1498
1. BUKTI SUDAH BERLAMBAK, TUNGGU APA LAGI? 2. BEGINILAH DEMOKRASI DIRAI 3. SEJAUH MANA KEBENARAN DAKWAAN MUHAMMAD SANUSI?


[gempak] PAS ANGKAT SUMPAH PM11? PEMIMPIN BERSATU ‘TERCABAR’. PENYOKONG PAS TERTIPU LAGI


Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berdepan satu lagi cabaran menerajui Putrajaya apabila ada pemimpin Bersatu mencanangkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri masa depan dari Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis politik.
Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata sebelum ini Hamzah diuar-uarkan bakal menggantikan Muhyiddin Yassin jika beliau melepaskan jawatan presiden, disokong kenyataan ‘beliau dilatih’ untuk menjadi pemimpin masa depan. Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 24 Nov lalu, Muhyiddin mengumumkan hasrat enggan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan, namun membuat pusingan U keesokan harinya selepas mengambil kira pandangan ahli serta keluarganya.





SELEPAS MENANG KEMAMAN, MUHYIDDIN KENA LAGI KE 3R


 

TAK APA NANTI CUBA LAGI


 

FORMULA YANG DIANGGAP BERJAYA. BETUL RAFIZI RAJA FORMULA YANG BERJAYA


 

BILA MASAK DIAJAK


 

SANUSI SPIN PULAK

 

Sanusi tidak terlibat dan tidak dijemput menyertai Mesyuarat Pre-Council di Raia Hotel Alor Setar. Dia boleh tipu walaun, tapi jangan spin isu ini dalam Sidang DUN…. Inilah sikap pimpinan PAS.




MENANG DAH. BILA NAK DI LANTIK JADI PM

Nak jadi 'PM' negeri Terengganu boleh lah. Nak jadi PM Negara berbilang kaum tak boleh. Boleh kucar kacir Negara

ISU DR AGUS DAN CABARANNYA BUAT ANWAR



Suka atau tidak, isu yang kini menjadi perbualan ramai melibatkan bekas Ketua Pengarah J-Kom, Prof Dr Mohd Agus Yusof adalah petaka yang sedikit-sebanyak telah mencalarkan imej Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Sekurang-kurangnya ada dua penyebab yang berpunca daripada Dr Agus yang menyumbang kepada tercalarnya imej Anwar itu.


Pertama, Dr Agus telah gagal total selaku Ketua Pengarah J-Kom dan kerana kegagalannya itu menyebabkan Anwar dipersalahkan lantaran melantik bekas pensyarah UKM itu ke jawatan tersebut.


Selain ada yang menyifatkan Anwar telah salah pilih dan gagal melantik orang yang betul untuk mengetuai J-Kom, tidak kurang ada yang ingin tahu, siapakah yang mencadangkan nama Dr Agus kepadanya?


Sama ada melantik Dr Agus dulu itu adalah keinginan Anwar sendiri kerana latar belakang kerjayanya atau kerana ia dicadangkan oleh orang lain kepadanya, banyak pihak bagaimanapun tetap meletakkan kesalahan akhir adalah kepada Perdana Menteri.


Kata mereka, Anwar sepatutnya membuat lebih penelitian terhadap Dr Agus sebelum mahu melantiknya mengetuai J-Kom.


Tambah mereka lagi, jika Dr Agus sejak awal lagi berjaya “ deliver” dalam tugasnya sebagai Ketua Pengarah J-Kom atau jika sekiranya individu lain yang benar-benar berkemampuan dan boleh bekerja dilantik mengetuai agensi itu, sudah pasti nama Anwar tidak tercalar ketika ini.


Perkara kedua yang turut menyumbang kepada tercalarnya imej Anwar ialah berikutan perlakuan tak senonoh yang didakwa dilakukan Dr Agus sebagaimana terpapar dalam “video Wahab” yang tular di alam maya, seterusnya diikuti laporan polis oleh Wahab sendiri yang mendakwa dirinya diganggu secara seksual oleh bekas Ketua Pengarah J-Kom itu.


Memandangkan J-Kom adalah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, disertai pula peranan pentingnya adalah untuk mempromosi agenda kerajaan serta menjulang kebaikan Perdana Menteri, apa yang terserlah mengenai sisi lain Dr Agus itu jelas merupakan suatu kontradiksi yang memercikkan rasa malu kepada Anwar.


Sekali lagi dipertanyakan ramai, kenapa Anwar tidak memeriksa betul-betul latar belakang Dr Agus sebelum mahu membawanya berkhidmat dalam kerajaan?


Namun demikian, oleh kerana semuanya sudah berlaku, bahkan kini sedang dalam siasatan pihak polis, Anwar tiada pilihan lain melainkan menerima semua itu sebagai pengajaran, sekallgus cabaran dalam mengemudi negara.


Untuk akan datang, sementara difahamkan banyak pihak sedang melobi untuk mengisi jawatan Ketua Pengarah J-Kom, sama ada melalui pegawai-pegawai PMO, melalui mereka yang rapat dengan Anwar atau barangkali ada yang melobi terus dengan Perdana Menteri sendiri, setidak-tidaknya tiga kriteria harus diambil kira dalam lantikan yang bakal dibuat nanti.


Pertama, pilihlah mereka yang diketahui dan dikenalpasti benar-benar boleh bekerja dan mampu melaksanakan tugas menerajui J-Kom dengan baik.


Kedua, lantiklah orang parti dan mereka yang faham serta ada pengalaman dalam sepak terajang politik di lapangan.


Hanya orang politik yang lebih faham bagaimana untuk “memasarkan” imej kerajaan dan Perdana Menteri secara lebih berkesan di mata rakyat, selain perlu berperanan menangkis tohmahan, manakala ahli akademik, pegawai kerajaan atau lain-lain kelompok tidak sebaik itu kemampuan serta pengetahuan mereka.


Ketiga, belajar daripada apa yang baru berlaku, seseorang yang mahu dilantik mengetuai J-Kom juga mestilah diketahui dan dikenalpasti dengan jelas naluri seksualnya.


Jika lelaki, ia mestilah lelaki sejati yang naluri keinginannya hanya kepada wanita, bukan lelaki yang suka kepada lelaki.


Begitu juga jika wanita, ia mestilah wanita sejati yang keinginannya cuma kepada lelaki, bukan wanita yang suka kepada wanita.


Lelaki atau wanita sejati adalah manusia normal yang biasanya lebih mampu mengawal nafsu dan ada keupayaan menghindar diri daripada terjebak dalam gejala yang bersifat melampau.


Jika tiga syarat di atas diambil kira, Insya Allah Anwar akan selamat dan tidak tercalar lagi imejnya, bahkan J-Kom lebih mampu menyerlah dalam peranannya yang sebenar. – ShahbudinHusin 02/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/02/isu-dr-agus-dan-cabarannya-kepada-anwar.html#google_vignette



GITULAH DI NEGERI KELANTAN


 Zaha Zek


Ulamak dilarang ceramah agama.Artis buat konsert sparuh bogel dibenarkan.



NAMPAK GAYA CARA FITNAH BERKESAN DALAM POLITIK

 



Che Ibrahim.


Tahniah pengundi Kemaman... BN hilang 10808 undi, Pas hilang 716 undi berbanding PRU 15.


Nampaknya Kerajaan Perpaduan masih teraba raba mencari formula kebersamaan menjelang PRU 16 sekitar 4 tahun lagi.

DULU PUN KAU KHIANAT


MohdRosli


 Masa kau khianat dulu kenapa tak letak jawatan




ADA LAGI BAKAL LOMPAT

 


Seramai empat hingga lima Ahli Parlimen dari Bersatu dilapor akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.


Sinchew Daily melaporkan, wakil rakyat tersebut adalah dari Kedah, Perak dan Terengganu 😁😁

HATI HATI MENGKAPIRKAN ORANG



Ahmad Mursi


 Macam kunyah kacang je panggil "Kapir". Tambah 'ha ha ha' pula. Cuba Ulama2 PAS jelaskan, kita nak panggil fenomena apa kalau bukan Khawarij?


Tarbiyyah apa yg walaun seperti ni lalui sampai sdikit pun tak rasa takut tuduhan akidah itu kembali padanya?


Kata2 mcmni jadi rutin biasa di medsos dan whatsapp dan sangat menakutkan.


Marah dan benci sekuat mana skali pun pada seseorang, saya tak akan berani panggil begini kerana kekufuran itu akan balik pada saya.



𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗞𝗔𝗛 𝗣𝗠𝗫 𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜?ATAU DENGKI DENGAN APA YANG DICAPAI ANWAR SEJAK ZAMAN MUDA BELIAU DAN PENCAPAIANNYA. APAKAH HADI TIDAK MAHU JADI PM JIKA DAKWAAN BELIA PADA ANWAR?



1. Kata Haji Hadi di kempen PRK Kemaman: "Undilah kepimpinan yang jadikan orang Melayu memerintah, Islam memerintah dan memimpin, jatuhkanlah kerajaan yang ada ni, kerajaan yang rosakkan Islam, kita kena jatuhkan kerajaan ini tak boleh biar lama-lama".


2. Tidak Melayukah Anwar Ibrahim? Tidak Islamkah PMX dan pemimpin Kerajaan hari ni? PN-PAS sahajakah Melayu dan Islam?


3. Kalau tidak Takfiri dan Khawarij, apa yang kita boleh istilahkan fikrah ini?


4. Bagaimana yang Hj Hadi maksudkan 'rosakkan Islam' hingga jadi alasan untuk jatuhkan kerajaan? Hanya Khawarij fikir Islam mesti tertegak di tangannya.


5. Faktanya, banyak hal yang membangunkan Islam di Malaysia BUKAN di tangan Hj Hadi dan PAS sebagai Kerajaan.


6. Bukan Haji Hadi yang bangunkan Bank Islam, Universiti Islam, Pendidikan Islam, Muamalah Islam, Mahkamah Syariah, Sekolah2 Agama Kerajaan, Undang2 Syariah.


7. Di tangan PMX: Bantuan Sekolah Agama Rakyat dipulangkan selepas TunM hapuskan 20thn dulu, Hadith 40 di Sekolah, Tahfiz Kemas, Tahfiz TVET, Plan Tindakan Tahfiz Negara 2.0, perjuang Nasib Palestin.


8. Di tangan Hj Hadi pula, AMANAT Hj Hadi yang jadi punca bencana perpecahan umat Islam tahun 80an dan 90an. Hingga kini tak mohon Maaf.


9. Disebabkan AMANAT itu, berlaku peristiwa Memali dan 18 terbun*h kerana doktrin Khawarij  "Islam vs Kuffar" dipasak dalam politik demokrasi seperti kempen Hj Hadi hari ini.


10. Saya harap Hj Hadi hentikan cara politik Khawarij dan mohonlah maaf kepada ramai Umat Islam yang jadi mangsa Amanatnya sejak 80an selagi ada peluang ni.


Ahmad Mursi



SEMUA ORANG KENA KREATIF . BAB NAK UTANG KERETA DAN HP TU PAKAI HP BERAPA LINE..





 Kalau aku, jual kereta tu, beli yang bulanan bawah RM500. Kalau tak mampu kereta baru, beli kereta terpakai. Janji bulanannya murah.


Banyak yang ada masalah macam ni. Beli barangan tak ikut kemampuan. Misalnya susu anak. Beli yang brand kayangan. Lepas tu mengadu susah.


Aku dulu masa baru kahwin pun susah juga. Sama tak cukup duit juga. Pakai proton wira terpakai je. Bulanan RM500 pun tak mampu.


Lepas kahwin, refinance Wira letak nama isteri aku. Dapat kurangkan bulanan RM300 lebih. Banyak lagi yang aku buat nak kurangkan komitmen.


Sebenarnya itulah caranya. Bukan mengadu sana sini hidup ini keras. Fikirkan cara untuk kurangkan belanja. Ikut keperluan, bukan kemahuan.


Kalau ikut posting ni, selain kereta, belanja boleh juga dikurang pada bill telefon. Dan mungkin ada belanja lain yang boleh dinilai semula.


Begitulah hidup. Kena kreatif. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KENAPA SEBAHAGIAN ORANG INGGERIS MENGATAKAN MELAYU BANGSA PEMALAS?





Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu memang rajin dan 'pantang duduk diam'. Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu, mengharung laut mencari ikan, meredah sungai mencari bijih dan turun ke bendang membajak sawah.


Waktu senggang di rumah, orang Melayu bertukang, mengayam tikar, menenun kain dan mengait jala. Waktu malam pergi ke masjid, mendengar pengajian dan membaca Yasin. Memang rajin dan penuh dengan aktiviti seharian. Semua ini orang Inggeris nampak dan sedar.


Kalau dibaca kajian pengkaji-pengkaji Inggeris tentang Melayu seperti Crawfurd, Marsden, Raffles, Gardner, Newbold, Woolley, Linehan, Wheatley dan ramai lagi memang jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu dulu adalah bangsa yang rajin dan kreatif.


Tapi kenapa sebahagian orang Inggeris seperti Swettanham mengatakan bahawa Melayu adalah bangsa pemalas? Mudah sahaja jawapannya, kerana orang-orang Melayu enggan menjadi buruh Inggeris, apatah lagi nak menggendong 'kemalasan' Inggeris seperti dalam gambar-gambar ini.


Hasanuddin Yusof

Maktab Penyelidikan

Tamadun Alam Melayu dan Islam




BUDAYA KAWARIJ

 

Azril Iznil


Budaya yang semakin menular dikalangan walaun. Diharap tindakan segera oleh pihak polis.


Berani buat, berani tanggung. Jangan beri alasan yang sama dan bodoh.





Digital ID


Jamzuri Ardani


Estonia adalah antara negara yang setahu saya telah melaksanakan Digital ID sepenuhnya.  Rakyat Estonia tidak perlu mempunyai kad pengenalan fizikal. 


Mereka boleh mengundi tanpa perlu pergi ke pusat mengundi.  Malah mereka boleh mengundi ketika sedang bercuti di luar negara. 


Urusan dengan agensi kerajaan boleh dibuat sepenuhnya dalam talian. Semuanya dilakukan menggunakan digital ID.  


Di China, ada ATM yg boleh melakukan transaksi pengeluaran tunai hanya dengan imbasan muka.  Tidak perlu kad ATM.  


Potensi manfaat ID Digital sangat luas.  Jika penggunaannya di manfaatkan sepenuhnya, manusia tidak pagi perlu kepada dompet.  Tidak perlu bawa IC, lesen memandu, wang tunai, kad bank, dan seumpamanya. 


Anda hanya perlu lakukan imbasan muka atau imbasan cap cari untuk melakukan transaksi manakala pengesahannya anda boleh lakukan melalui telefon bimbit atau alat-alat digital yang lain.  Di lapangan terbang, anda tidak perlu lagi menggunakan kad pengenalan atau passport.  Cukup dengan melalui kaunter pengimbas automatik. 


Paling utama, ianya adalah cara paling mudah dan berkesan melaksanakan subsidi bersasar.  Di kaunter bayaran atau di pam stesen minyak, anda sudah dikenalpasti kelayakan untuk mendapat subsidi atau tidak.




TU DIA..NI DIA CIRI CIRI YANG KITA SELALU LIHAT BACA DAN DENGAR.

Che Ibrahim


 Ciri Ciri Khawarij


1. Taksub yang tinggi kepada ketua dan puak. 

2. Mudah mengkafirkan atau memunafiqkan orang lain.

3. Bersikap ghuluw @ melampau dalam tindak tanduk harian.

4. Kebanyakan pengikutnya berusia muda dan tidak matang.

5. Merasakan diri mereka sahaja yang terpaling Islam.

6. Pendek akal @ otak telah dipajak kepada pemimpin pujaan mereka. 

7. Orang lain semua tak betul, hanya mereka yang betul. 

8. Sanggup melakukan apa saja termasuk membunuh demi puak mereka.



WALAUN KALAU TAK BUAT LAWAK BODO BUKAN DIA LA. ID DIGITAL TU TANAM HANG LAM KUBOQ WALAUN OIIIK..KAH...KAH...KAH



 Kecoh jugalah isu ID Digital ni. Ada yang minta aku tulis. Tapi 2 hari ni aku sibuk atas jalan. Tak sempat nak tengok pun apa sebenarnya ID Digital ni.


Nak jelaskan secara terperinci, aku sendiri pun tak pakai lagi. Jadi susah juga nak memandai-mandai. Tapi setakat nak ulas komen walaun tu, InsyaAllah.


Kelakar bila ada walaun kata Digital ID ni akan buat tubuh kita ditanam dengan chip. Entah macamana boleh terfikir benda mengarut macam ni agaknya.


Nak tanam chip ni kena pergi hospital. Bukan boleh buat online. Kena serah diri macam nak vaksin dulu baru baru boleh tanam chip dalam tubuh. Macam mana nak tanam kalau setakat daftar online je?


Kalau betul tanam chip pun, apa yang ditakutkan? Takut kita diawasi? Tak payah tanam chip la walaun oi. Telefon kita tu dah cukup untuk awasi kita.


Korang tak perasan, korang berbual pasal kereta, tiba-tiba buka feed, penuh . Kenapa? Tak pulak rasa bimbang guna telefon bimbit tu, kan?


Takut apa lagi? Takut pemikiran dikawal? Ini kesan banyak sangat tonton filem Hollywood. Macamana otak boleh dikawal hanya dengan penanaman chip?


Kita manusia, bukan mesin. Yang kawal tubuh kita ni otak. Otak kita bukan diprogram macam CPU. Kalau boleh kawal otak dengan chip, dah lama dah Zionis buat dekat rakyat Palestin. Tapi tak boleh.


Setakat yang aku faham, ID Digital ni lebih kepada single sign on (SSO). Tempat kerja aku dah lama guna. Sign in masa on laptop je. Lepas tu nak buka aplikasi atau website dah tak payah log in lagi dah.


Bagusnya ID Digital ni, kita boleh kenal pasti identiti seseorang ni. Maksudnya, lebih dipercayai. Kurang sikit kes penipuan atas talian sebab identiti palsu.


Jadi ini boleh mengurangkan kegiatan scammer. Mungkin itu yang walaun tak suka. Sebab majoriti walaun kan guna akaun palsu. Takut la tu.


Dengarnya, idea nak bangunkan ID Digital ni dari pemerintahan PN dulu lagi. Siap nak ambil data biometrik lagi. Maknanya PN dah rancang awal.


Tapi ID Digital yang akan dibuat ni takkan kutip data biometrik seperti cap jadi dan gambar iris macam yang PN rancang dulu. Kalau betul ID Digital jahat, maknanya rancangan PN yang jahat.


Rasanya walaun dan lebai tak bodoh. Mereka pun tahu ID Digital ni bukan ancaman. Tapi sengaja nak reka persepsi untuk menakutkan rakyat.


Tujuannya nak buat rakyat benci kerajaan. Itu saja. Walaupun perkara itu berfaedah, mereka tetap akan hasut kerana mereka bukan tak fikirkan kebajikan rakyat sebaliknya mereka hanya nak kuasa. Supaya dapat sambung menyakau. Itu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

𝗞𝗦𝗡 𝗽𝘂𝗷𝗶 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗣𝗠𝗫 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺





Mohd Zuki berkata, sikap Perdana Menteri memberi kepercayaan kepada penjawat awam mewujudkan rasa selesa dalam kalangan kakitangan. Apa jua pandangan penjawat awam, akan dihargai dan diminta pandangan. Itu yang saya lihat satu perkara besar dibawa.


Langkah kerajaan tidak lagi bergantung kepada perunding luar dalam menasihat pentadbiran berhubung dasar dan strategi atau melaksanakan projek pembangunan memberi impak besar serta nilai tambah kepada penjawat awam.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata langkah terbabit bukan sahaja memberi penjimatan kepada kerajaan, malah mengamanahkan kepercayaan kepada penjawat awam untuk mempamerkan bakat mereka.


Mohd Zuki berkata ia sejajar dengan kepercayaan tinggi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin Kerajaan Perpaduan terhadap keupayaan penjawat awam dalam melaksanakan projek dan agenda pembangunan, daripada bergantung kepada khidmat perunding luar.


“Sebab itu perdana menteri selalu sebut dulu di peringkat awal kita sering kali melantik perunding untuk menjalankan tugas (tetapi) dia selalu berkata, tidak, tidak, tidak.


“Kamu semua (penjawat awam) ada keupayaan untuk melaksanakan tugasan, jadi diberikan kita (penjawat awam) peranan untuk membangunkan negara,” katanya dalam wawancara sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mohd Zuki berkata pelaksanaan projek pembangunan kerajaan yang melibatkan kumpulan penjawat awam sepenuhnya dapat mengurangkan kos perbelanjaan pelaksanaan kerana perunding luar dibayar sehingga mencecah ratusan ribu ringgit terutamanya jika melibatkan perunding dari luar negara.


Sekarang ini, katanya, kerja-kerja rundingan membabitkan projek pembangunan dilakukan sepenuhnya oleh penjawat awam termasuk membuat rangka tindakan yang membuktikan kumpulan penjawat awam berkeupayaan untuk melaksanakan tanggunjawab yang diberikan.


Katanya lagi, menggunakan khidmat perunding dalaman juga dapat mempercepatkan pelaksanaan projek dengan kerjasama penjawat awam rentas kementerian yang akan bekerja sebagai satu pasukan.


“Contohnya projek sekolah daif di SK (Sekolah Kebangsaan) Bandar Baru Bangi yang berjaya disiapkan dalam tempoh 22 hari sahaja berbanding jangkaan awal mungkin mengambil masa hampir setahun.


“Dulu kalau nak bina sekolah-sekolah ini kena lantik perunding luar bagi khidmat arkitek, jurutera, juruukur bahan dan sebagainya, tetapi sekarang semua kita buat dalaman, ada pegawai teknikal iaitu seperti pasukan perunding dari Jabatan Kerja Raya sendiri, ” katanya.


Ini kerana pelbagai prosedur yang menjadi kekangan contohnya seperti proses perolehan bagi projek menaik taraf sekolah daif mengambil masa lama sehingga tiga bulan, sedangkan sekolah tersebut perlu diperbaiki dengan cepat, katanya lagi.


Mohd Zuki berkata penjawat awam seharusnya bersedia untuk menjalani latihan untuk menimba pengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam bidang yang diperlukan dalam projek pembangunan trersebut.


Menurutnya, perdana menteri amat menggalakkan penjawat awam mengikuti kursus-kursus bersifat jangka sederhana di syarikat konglomerat yang besar dan berjaya seperti menerusi Program Penempatan Silang.


“Sudah ada yang dihantar ke Petronas, dan dia (Anwar) meminta lebih ramai lagi (dihantar)… kalau boleh peringkat kedua. Makanya, pelapis-pelapis yang akan menjadi ketua di masa akan datang lebih bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab. Kita kena buktikan dengan memberikan perkhidmatan,” katanya.


Pada masa sama, Mohd Zuki berkata penggunaan khidmat kepakaran dalaman juga merupakan satu langkah untuk mengelakkan pertindihan kerja antara perunding luar dengan kakitangan dalam projek-projek yang akhirnya mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.


Mohd Zuki berkata menerusi inisiatif Bitara Madani yang menggunakan pendekatan keseluruhan kerajaan oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (Star) yang dipengerusikannya juga bertindak mempercepatkan pelaksanaan projek penyelenggaraan kecil berkepentingan rakyat.


“Untuk pelaksanaan sesebuah projek contohnya kita perlu rujuk 10 agensi, jadi kenapa kita tidak wujudkan pusat sehenti? Jadi di sini Star sebagai pemudah cara, semua agensi berkaitan bekerja sebagai satu pasukan, ia akan mempercepatkan (pelaksanaan),” katanya.


Dia berkata kerjasama rentas kementerian merupakan satu manifestasi kejayaan Star tanpa menggunakan khidmat perunding dalam pembangunan negara.


Ditanya mengenai perancangan pada tahun hadapan, Mohd Zuki berkata perdana menteri akan memfokuskan terhadap perihal seperti penyelenggaraan lif, penyediaan gerai bagi membantu komuniti setempat menjalankan perniagaan, menyediakan lebih banyak kemudahan.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1183915/kerajaan-perpaduan-letak-negara-di-trajektori-tepat-ksn



TAK PA. NANTI TADAH JA DULU TIN MILO. KENA LA HANG JIHAD DALAM KEHIDUPAN.

 





Ustad Shafie guru agama di Maktab Mahmud Kulim,Kedah telah di tahan di Jitra,Kedah sebab terlajak bodo buat ugutan kepada PMX padan muka.Jika ada 10 000 lagi macam dia semua 10 000 orang kita akan tangkap heret ke mahkamah dan beri hukuman setimpal dengan ugutan yg kamu buat.Kamu GURU ka,PEGUAM ka,WALAUN ka,Anggota Penguatkuasa ka berani buat berani tanggung akibatnya.Sejarah membuktikan PAS memang pelampau ekstremis militan taliban macam MADEY sendiri pernah beritahu suatu ketika dahulu.Kamu semua yg ade otak dan akal jangan tertipu sama puak haluan kiri sebenar bernama PAS.



MB KELANTAN BERBOHONG DI KEMAMAN ?





Di dalam ceramah Grand Finale PRK Kemaman malam tadi, MB Kelantan Ustaz Nusuruddin Daud mendakwa usul menentang Israel tidak dibenarkan dibawa ke parlimen.  


Hakikatnya, semua kita ikuti secara live di Parlimen bahawa semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sebulat suara menyokong perjuangan rakyat Palestine.  Kenyataan resmi di parlimen tercatat di dalam hansard, dan kenyataan resmi kerajaan juga telah dikeluarkan bahkan kenyataan negara Malaysia turut disuarakan dengan tegas oleh PMX di persidangan UNGA (PBB).  


Tidak bolehkah sesaat lebai tidak menfitnah dan menipu ?


WFAUZDIN NS



KERJA MAKI ORANG SAJA. MASA JADI KERAJAAN APA PUN HANGPA TAK BUAT


 

RAMAI LAGI YANG NAK BELAH


 

DENGAR KATA NAK TUKAR..TUKAR JA LA


 

TAK PA LA CAKAP MACAMANA PUN PORCHE PAKAI DAH


 

NAK HARAP APA PADA SANUSI. APA PUN DIA TAK BUAT ...


 

NAK HARAP APA PIMPINAN MACAM NI


 

TU DIA...NEGERI CINA KAPIAQ TAK DAK DSH DOK MENARI TEMPAT TERBUKA MACAM NI.PULUH TAHUN DAH PENANG TAK DAK BENDA NI KECUALI TEMPAT TERTUTUP


 

CERAMAH MAKI HAMUN ORANG SAJA. MASA ADA KUASA APA PUN HANGPA TAK BOLEH NAK BUAT PN NI PENYAKAW SAJA


 

KALAU HANG KERJA SEKOLAH KERAJAAN. BOLEH LUPA LA. HANG TANYA MOKHTAR SENIK BUKA SEKOLAH DAN ABDULLAH KHAIRI. DIA KENA PI PULAU KETAM DIA BEHENTI.

 


Ahmad Mursi


Ustaz Shafie yang keluarkan ugutan bunuh PMX dah dicekup. Bermalam di lokap. 


Kerjaya pun terumbang ambing. Anak murid pun bercakap2 perihal ustaznya. Dengan kawan2 semua malu. Kalau didakwa risiko penjara hingga 2thn.


Benarlah sabda Nabi perihal Khawarij: "Kaum yang berusia muda (ahdasul asnan), berfikiran pendek (sufahaul ahlam)."


Hanya pemimpin PN-PAS boleh hentikan kegilaan ni..



JADIKAN SEKTOR PERTANIAN PEMAKANAN LAIN SEBAGAI PERTANIAN BESAR BESARAN

 

Rafizi Ramli



Ramai yang tahu bahawa salah satu punca Malaysia terdedah kepada risiko kenaikan harga makanan mendadak ialah kerana industri pertanian berkaitan makanan bukanlah aktiviti besar dalam ekonomi negara. Memang betul kita ada sumbangan yang besar kepada ekonomi dari sektor pertanian, tetapi ia lebih kepada industri perladangan besar-besaran untuk kelapa sawit.


Jadi apa kena mengena tugas Kementerian Ekonomi dengan industri pertanian moden? Kementerian Ekonomi adalah perancang dan penyelaras kepada semua kementerian dan agensi dalam perkara-perkara yang bersabit ekonomi. Hala tuju pertanian negara adalah kunci untuk memperbaiki beberapa kekangan utama dalam ekonomi, seperti import makanan yang tinggi, kenaikan harga makanan dan pengwujudan peluang pekerajaan di kawasan luar bandar untuk menghidupkan ekonomi luar bandar.


Usaha memodenkan industri pertanian ke arah kestabilan penawaran dan permintaan serta keterjaminan makanan banyak pula bergantung kepada guna tanah bagi tujuan pertanian, serta kemampuan negara menggerakkan lebih banyak guna tenaga ke dalam sektor pertanian.


Semua ini tidak akan berlaku hanya melalui slogan atau arahan dasar. Ia memerlukan data yang lengkap dari seluruh negara - berapa banyak tanah yang digunakan untuk pertanian, tanaman apa yang diusahakan, mutu tanah yang berbeza-beza, topografi bumi, jumlah pekerja, kos untuk menghasilkan produk pertanian dan sebagainya.


Bagi tujuan ini, agensi Kementerian Ekonomi iaitu Jabatan Perangkaan (DOSM) akan memulakan Banci Pertanian 2024, iaitu usaha pengumpulan data menyeluruh mengenai industri pertanian di seluruh negara. 


Banci Pertanian dijalankan oleh pentadbiran terdahulu sebanyak 3 kali sahaja sebelum ini, iaitu semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1960), Tun Hussein Onn (1977) dan Tun Abdullah Badawi (2005). Ia langsung tidak dijalankan semasa pentadbiran Tun Mahathir Mohamad atau Dato' Seri Najib Razak - yang memberi gambaran bagaimana dalam dekad-dekad terdahulu, tumpuan perancangan pertanian tidak menggunakan data yang paling terkini dan tepat.


Saya teruja dengan dapatan Banci Pertanian 2024 ini yang akan membantu perancangan pertanian moden negara untuk 10 tahun akan datang.


Saya tahu ada yang terus melalak mana hasil, Insya Allah perancangan yang baik, dari data yang lengkap, disusuli dengan pelaksanaan berfokus, akan merungkai masalah keterjaminan makanan dan kestabilan penawaran dan permintaan makanan dari satu tahun ke satu tahun.