Gelombang Hijau? Sampai Johor?
Bukan hari tu dia kata Gelombang Hijau bertujuan untuk timbulkan Islamofobia ke? Tiba-tiba hari ini dia pula yang guna istilah tu? Dia nak wujudkan Islamofobia ke tu?
Sebagai orang Johor, aku rasa susah sedikit untuk PAS bertapak. Sebab orang Johor dari kecil sudah belajar asas agama di sekolah agama kerajaan negeri seawal 7 tahun.
DUN Puteri Wangsa ni pernah ada Adun dari PAS tapi itu hasil sokongan pengundi DAP. PRN lepas, calon PAS tewas di sini. Di Johor PAS sukar untuk dapat ruang.
Apa pun, jangan perkecilkan pengaruh Islamofobia, maksud aku Gelombang Hijau. Perpaduan kena mula dari sekarang untuk yakinkan pengundi di situ. Guane boh?
Raja Gelap
.
PATUT
WAJAR sekali.
Tiada kompromi kepada penghasut, pemfitnah, pengadu domba dan pemecahbelah masyarakat.
TUNGGU MASA MELINGKUP.
Norman Radzuan.
Negara kita menuju ke arah kehancuran. Tidak pernah berlaku… percayalah kpd saya ada meramalkan 20 tahun tapi saya pilih 10 tahun negara yang dibina sekian lama ini akn menuju ke arah negara ekstrimis jika mereka berkembang dan tiada tindakan drastik dan keras.
Saya setuju RTM patut terbitkan slot khas ‘ Fitnah apa hari ini’ kerana ia semakin menggila dan sudah tidak terkawal lagi.
[gempak] LOKMAN SIAPA SEBENARNYA DIKTATOR!PAS GELAR SEBAGAI MAHA FIRAUN ...
RENTASAN 1430 | GEMPAR!! AGENSI DI BAWAH MENTERI AGAMA BAKAL 'MEROSAKKAN...
GELOMBANG HIJAU TAK MUNGKIN LANDA DUA PRK JOHOR
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin yakin “gelombang hijau” yang berlaku ketika PRN enam negeri baru-baru ini tidak akan berulang di Johor pada PRK di negeri itu bulan depan.
Beliau berkata ini kerana naratif pembangkang ketika PRN di enam negeri kononnya kerajaan perpaduan atau kerajaan pusat akan jatuh sekiranya pengundi memberi undi kepada pembangkang, terbukti tidak benar.
“(Terbukti) mana ada kerajaan pusat akan jatuh. Itu tidak mungkin berlaku dan faktor (naratif) itu tak boleh digunakan untuk PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Khaled yang juga menteri pendidikan tinggi berkata walau apa pun keputusan PRK, kerajaan pusat akan berada pada tahap yang selesa.
“Atas sebab itu, pentingnya bagi mana-mana parti yang bertanding mestilah parti yang boleh bekerjasama dengan kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri supaya rakyat tidak tercicir,” katanya yang juga pengerusi perhubungan Umno Johor dan pengerusi BN Johor.
Mengenai keyakinan beliau terhadap Amanah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Khaled berkata kedua-dua kerusi berkenaan akan kekal milik Amanah dengan kerjasama mantap antara PH dan BN.
Terdahulu, mesyuarat khas secara tertutup lebih sejam itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi PH Johor yang juga Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Timbalan Pengerusi Amanah Johor Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor Abdul Halim Suleiman.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, diikuti pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian 9 Sept.
Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Sumber – https://www.freemalaysiatoday.
KEMPEN CALON LAWAN BANYAK GUNA DANA, DI MANA AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA?
Penggunaan dana yang berleluasa oleh calon lawan terutamanya saingan Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos lalu menjadi salah satu punca sokongan beralih kepada pembangkang di beberapa negeri.
Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, pengiklanan di media sosial oleh parti lawan misalnya boleh dipertikaikan perbelanjaannya dan mungkin melebihi had yang dibenarkan untuk sesebuah DUN, iaitu sekitar RM100,000.
Katanya, calon BN mengikut peraturan dalam hal had perbelanjaan kempen namun pihak PN didakwa berbelanja lebih besar.
“Saya nak tekan Akta Kesalahan Pilihanraya. Kemungkin kekalahan yang memeranjatkan ini terjadi lebih kepada elemen platform digital advertising. Kita tahu Akta SPR Seksyen 19, Ahli Parlimen hanya boleh belanja RM200,000, ADUN RM100,000. Dia kena senaraikan dalam borang selepas pilihanraya.
“Seksyen 30, kalau langgar syarat itu kemenangan boleh dinafikan.
“Tetapi hari ini kalau lihat apa yang berlaku, satu masa dalam PRU dulu, dan sekarang PRN berlaku lagi, di mana perkembangan digital yang menawarkan parti politik (mengiklan) pada kos begitu besar,” katanya dalam forum atas talian bertajuk “Analisa PRN 2023: Di Mana Silapnya?”, malam tadi.
Azalina mengakui UMNO masih belum biasa dengan penggunaan teknologi digital sepenuhnya untuk berkempen dalam pilihanraya, lebih lebih lagi sebagaimana dilakukan oleh PN yang katanya, seolah olah berkempen untuk menjual produk perniagaan yang mengutamakan keuntungan semata mata.
Menteri Undang undang itu turut membentangkan kos yang terpaksa dibayar untuk membuat iklan di media sosial bagi membandingkan dengan had perbelanjaan yang dibenarkan.
“Kadang kita buka Youtube, ada iklan yang kita boleh skip dan yang tidak boleh. Sekali 15 saat iklan itu kosnya RM46,000. Katakan satu hari 10 kali dimainkan. Katakan untuk 14 hari, kita darabkan.
“Kemudian iklan yang boleh skip kalau target 1 juta orang, RM100,000 untuk 5 saat. Kalau main satu hari 10 kali, jadi maknanya Seksyen 19 ini, had RM200,000 untuk Ahli Parlimen tak terpakai lagi.
“Iklan TikTok kalau pergi ke 10 juta penerima, RM30,000 untuk 7 hari. Saya nak tanya adakah itu fair play dalam makna pilihanraya? Kita gunakan platform pilihanraya seperti platform perniagaan.
“Sebenanrya kita tawarkan calon itu untuk berkhidmat 5 tahun, bukan nak branding menjual sesuatu brand,” katanya sinis.
Mengenai kritikan yang mengatakan UMNO lemah kerana menang terlalu sedikit kerusi di Pulau Pinang dan Selangor serta tiada kerusi di Kedah dan Terengganu, Azalina berkata, Kerajaan Perpaduan yang disertai UMNO masih baharu dan gabungan politik itu masih perlu menyesuaikan diri di peringkat akar umbi dan jentera.
Keadaan akan menjadi lebih baik, katanya, dalam tahun tahun akan datang.
“(Yang penting) status quo (mendapat kembali 3 negeri) bagi saya sesuatu yang penting. Kalau kita melihat ia sebagai definisi kekalahan mungkin itu satu pentafsiran yang sempit.
“Kemudian (kita tengok) ada yang membuat data dari 108 DUN BN bertanding, Undi BN dalam 50 DUN meningkat. Dalam 137 kerusi PH bertanding undi PH di 94 DUN meningkat,” katanya.
Tegas Azalina, UMNO perlu tekankan kejayaan bersama dan selepas ini boleh bersama mentadbir 3 negeri yang mana sebelum ini mereka tidak terlibat dengan Kerajaan Negeri. Cara itu, katanya, kekuatan UMNO boleh dibina kembali pada masa hadapan.
JIKA PEMIMPIN BERI GAMBARAN BERGOLAK, PELABUR LARI
Pemimpin politik pembangkang diingatkan supaya jangan memberi gambaran politik Malaysia sedang bergolak ketika keyakinan pelabur antarabangasa sedang memulih.
Menurut Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi 6 negeri sepatutnya menutup gejolak politik di negara ini kerana telah lengkap pilihanraya membentuk kerajaan pusat serta negeri.
Maka kerajaan yang dilantik atas kehendak rakyat, katanya, perlu menjalankan tugas masing masing di peringkat Persekutuan atau negeri.
“PRN 2023 sewajarnya menjadi noktah kepada sebarang usaha mengganggu-gugat kestabilan politik negara. Rakyat sudah memilih, kini semua wakil rakyat tidak kira dalam Kerajaan mahupun di blok Pembangkang kena menerima keberadaan dan keabsahan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri yang sudah dan bakal dibentuk.
“Kestabilan politik adalah penting untuk negara kita yang masih melalui fasa pemulihan selepas bertahun dibelenggu ketidakstabilan politik dan impak pandemik Covid-19.
“Namun, sekiranya pemimpin-pemimpin politik sendiri memberi gambaran tentang pergolakan politik berterusan, mana mungkin keyakinan dapat dikembalikan kepada kestabilan politik negara?” tanyanya dalam satu kenyataan.
Tegas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu, adalah sangat penting rakyat Malaysia mencontohi negara maju yang politiknya tidak terus bergolak sehingga bertahun tahun selepas pilihanraya.
Katanya, pergolakan seperti itu tidak produktif dan hanya akan mengganggu pertumbuhan ekonomi serta keselamatan sosial.
“Pemimpin dan penggerak parti politik seharusnya menghentikan segala bentuk provokasi dan fitnah bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat termasuk kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab mengenai penutupan sekolah agama di Selangor.
“Pihak berkuasa harus memainkan peranan dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan sebarang percubaan untuk mengganggu-gugat ketenteraman awam dapat dibendung dan dihalang.
“Marilah sama-sama kita membina semula negara ini, sebagai Kerajaan yang berwawasan dan prihatin juga Pembangkang yang bertanggungjawab sebagai penyemak dan imbang.
“Dalam bulan kemerdekaan ini, marilah kita bersatu sebagai rakyat Malaysia, bukan berpecah sebagai penyokong parti.
“Rakyat sudah memilih, kini masa buat kerja, bukan masa buat onar,” katanya sinis.
Terkini pembangkang cuba mencipta pergolakan politik baharu dengan menaja himpunan untuk menjatuhkan kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan.
Sekiranya hal itu berjaya maka mereka berharap kerajaan pusat akan bertukar dan Malaysia masuk semula ke dalam lingkaran kebinasaan seperti penggal lepas apabila dilantik 3 Perdana Menteri dalam satu penggal.
BOLEH PULAK SAMPAI 5 JAWATANG. YB BACHOK YANG KONONNYA BIJAK SANGAT HARI TU KUTUK PMX. YA LA KAN BACHOK DALAM NEGERI TEEMISKIN. DIA GAGAL LA NAK BANTU NEGERI DIA BAGI MAJU.SEMBANGGGG....
Roxy Razit.
Menang semua dun tapi semua portfolio dia nak sapu pun tak guna menang.. 🤣
Orang Ganu ok ke tu 1 org pegang sampai 5 jawatan??
PM baru ambik 2 jawatan pun korang da bising.. ni ambik 5 jawatan korang sanjung pulak ye?? 🤭😅
SESUAI KEBIMBANGAN NURUL IZZAH, ASPEK KOMUNIKASI ADALAH PERKARA NO 1 PERLU SEGERA DIROMBAK
NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar baru-baru ini menyarankan kerajaan agar segera menambah baik komunikasi kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Katanya, perkara itu perlu dilakukan selain untuk mendepani serta melawan politik ekstremisme dan rasuah yang terus menyengat, ia juga perlu dalam usaha untuk melaksana agenda reformasi, memastikan ekonomi rakyat bertambah baik, mendekati dan menjiwai anak muda serta pengundi wanita.
“Saya menyertai korus desakan agar agensi komunikasi kerajaan diperkukuh supaya inisiatif, kejayaan dan usaha murni kerajaan perpaduan sampai terus kepada rakyat.
“Jangan lupa, pertarungan akan tiba lagi nanti – maka usaha memenangi hati dan mendengar denyut jantung rakyat harus berjalan terus,” katanya dalam catatan di Instagramnya.
Sebagaimana banyak pihak sudah bercakap bahawa antara punca keputusan tidak memberangsangkan dicapai PH/BN dalam PRN baru-baru adalah kelemahan komunikasi, penerangan dan penyampaian maklumat kepada rakyat, Nurul Izzah juga nampaknya sedar hakikat tersebut.
Seiring dengan saranan serta kesedaran Nurul Izzah itu, saya ingin berkongsi pengalaman yang tanpa sengaja saya dilalui sehari sebelum pengundian PRN baru-baru ini.
Ketika menghadiri sebuah jamuan di rumah seorang kenalan pada Jumaat malam, 11 Ogos lalu, sekumpulan orang antara enam atau tujuh orang yang duduk semeja dengan saya berbual-bual tentang pengundian yang akan berlangsung pada esok harinya.
Seorang daripada mereka berkata, harapannya ialah mahu melihat keputusan PRN itu nanti mampu menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
Mereka yang lain yang mendengar kata-kata itu ternampak bersetuju dengan perkara itu dan mengangguk-angguk sambil menikmati makanan yang dihidangkan.
Saya kemudian menyampuk dengan mengatakan PRN ini hanya pilihan raya peringkat negeri dan tidak mampu menukar kedudukan kerajaan di peringkat pusat, biar apa sekali pun keputusannya.
Seorang yang lain pula berkata, masalah utama PH ialah mereka tidak ternampak berbuat apa-apa sejak lapan bulan memegang kuasa dan itulah sebabnya pertukaran kerajaan begitu diperlukan.
Ketika itu, saya tidak membalas panjang, cuma sekadar berkata, “banyak sebenarnya yang dilakukan kerajaan.”
Walaupun panjang lagi perbualan di meja makan selepas itu, tetapi kata-kata “PH tidak ternampak berbuat apa-apa sejak lapan bulan memegang kuasa” amat membekas dalam fikiran saya, diikuti pula sepanjang di meja makan itu, keghairahan mereka berbual untuk akhirnya melihat kerajaan perpaduan dijatuhkan begitu bersemarak sekali.
Sejak itu saya sering berfikir, kenapa masih ada yang sampai tidak nampak apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat sejak lapan bulan lalu?
Apakah kerana mereka memang sedia membenci PH atau Anwar, lalu menutup mata dan telinga kepada apa juga maklumat yang diterima?
Apa pun keadaannya, yang nyata, inilah satu petanda lemahnya komunikasi dan sistem penyampaian maklumat daripada kerajaan kepada rakyat.
Kalau maklumat sampai kepada mereka, tidak mungkin ada seseorang yang waras dan berakal tergamak untuk berkata, “PH tidak ternampak berbuat apa-apa” secara terbuka, walhal banyak sekali kebaikan di depan mata telah dilakukan oleh kerajaan perpaduan ini.
Sama ada mereka membenci PH, tidak menonton televisyen, tidak membaca akhbar atau tidak memiliki akaun media sosial, sepatutnya mesti ada ada kaedah bagaimana sesuatu maklumat dan kebaikan kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat.
Jika maklumat tentang tarikh puasa atau hari raya boleh sampai kepada rakyat tak kira walau di mana mereka berada, tidak ada sebab kebaikan kerajaan atau jawapan kepada fitnah-fitnah tidak boleh disampaikan.
Bukankah kerajaan ada pelbagai saluran media – daripada televisyen, radio, akhbar, portal berita, media sosial dan pelbagai lagi?
Selain itu, ada pula pelbagai jentera parti berkaitan komunikasi dan penerangan.
Di mana semua itu dalam membantu kerajaan?
Ringkas cerita, susulan serangan berpanjangan kepada kerajaan perpaduan sejak lapan bulan lalu, diikuti keputusan PRN enam negeri baru-baru ini, jika ia merupakan “wake-up call” agar segera bangun dan berlari untuk bekerja, maka perubahan dan rombakan yang paling awal wajib dilakukan ialah berkaitan komunikasi, penyampaian maklumat dan menjawab segala macam fitnah yang bertebaran.
Dalam konteks komunikasi tersebut, mereka yang sedia ada – daripada yang berjawatan menteri, ketua agensi, ketua pengarah dan lain-lainnya, semua itu harus segera diperbaiki, ditukar, diganti atau dipecat – mengikut keperluan dan kesesuaian, asal Anwar dapat dielakkan daripada ditumbangkan.
Tanpa keberanian melakukan sesuatu yang drastik dan luar biasa, keputusan PRU16 empat tahun lagi tidak akan jauh berbeza dengan PRN baru-baru ini. – ShahbudinHusin 19/08/2023.
https://shahbudindotcom.net/
KENA CERDIK SIKIT
Benda yang paling kelakar ialah bila Muhyidin atau nama sebenar Mahiadin suruh PM dan TPM letak jawatan kerana penolakkan undi Melayu. Tapi apa yang mereka tak sebut ialah PHBN masih lagi menang undi popular, PH pegang 4 negeri ( termasuk persekutuan) BN 4 Negeri, GPS 1, GRS 1, PAS 4 dan Bersatu berapa negeri?
Itu belum masuk lagi kerusi Parlimen Perpaduan 147 ( tolak Pulai) dan PN hanya 74 kerusi. Kali terakhir saya periksa 74 masih lagi kecil dari 147, dan tak ada PM yang gila hendak letak jawatan secara suka-suka kecuali yang mudah lupa. Lagi satu, kalau PMX letak jawatan, takkan nak ganti dengan Din PDF yang incompetent? The only PM yang berbangga rakyat guna wang KWSP sendiri dalam masa yang sama ramai yang kebuluran sampai angkat bendera putih.
Tapi apa significant kemenangan ini terhadap pelaburan antarabangsa? Kita kena baca business news outlet macam The Edge atau Bloomberg, baru tahu apa yang pelabur cari.
Bloomberg via The Edge:
Danny Wong, ketua pegawai eksekutif Areca Capital Sdn Bhd:
Ia menghapuskan isu ketidakstabilan, dan menjadi petanda baik untuk situasi politik yang lebih stabil di Malaysia, di mana ini boleh menjadi salah satu pemangkin kepada sentimen yang lebih baik dan aliran pelaburan asing. Sesetengah pelabur dulu duduk di atas pagar untuk tunggu dan lihat, kini mereka berkemungkinan untuk terus melabur dari menahan pelaburan.
Nirgunan Tiruchelvam, seorang penganalisis di Aletheia Capital Ltd:
Penampilan parti Anwar di peringkat negeri menunjukkan terdapat sokongan yang kuat terhadap gabungannya di seluruh negara, dan beliau boleh menyatukan parti yang berkuasa menjelang pilihan raya umum. Hasilnya adalah positif untuk pasaran saham, dan perniagaan yang bergantung kepada kontrak kerajaan, seperti infrastruktur dan pembinaan, sektor perniagan ini boleh berkembang dengan baik.
Tan Teng Boo, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah urusan Capital Dynamics Sdn Bhd:
Ada harapan cerah untuk kerajaan Anwar jika ia boleh menangani beberapa masalah dengan Umno dengan berkesan. Kesan ke atas pasaran tidak terlalu significant.
Penyelidikan TA:
Kemenangan besar yang dibuat oleh PN di ketiga-tiga negeri yang dimenangi oleh kerajaan perpaduan adalah di luar jangkaan, dan boleh menjadi peredam sentimen bagi ekuiti tempatan, berikutan populariti fundamentalisme yang semakin meningkat. Kami cenderung untuk mengekalkan sasaran FBM KLCI akhir 2022 kami pada 1,515 mata, dan menyebarkan pembelian saham mewah yang terkurang nilai atas kelemahan, serta permainan bertahan dalam sektor pengguna, utiliti, penjagaan kesihatan dan pembinaan.
Insyallah, dalam masa 4 tahun ini kita akan lihat pelaburan masuk yang banyak dan Malaysia boleh menjadi lebih makmur dan maju di bawah kerajaan Perpaduan.
MAK LAMPIR 20 SEN
Adrian Lim
Nazilah Idris... I dok pening terfikir. Kenapalah nama dan muka ini familiar sangat. Nampak tua sikit tapi familiar sangat!
Rupa-rupanya...... Nazilah Idris (nama FB Seri Noor) ialah "MAK LAMPIR 20 SEN".
Inilah Mak Lampir yang tak habis-habis buat hal dan mempertikai caj 20 sen yang dikenakan terhadap penggunaan beg plastik.
Pada tahun 2016, ketika Kerajaan Negeri Selangor ingin menyelesaikan masalah timbunan sampah yang terlalu tinggi di negeri ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan langkah reformasi.
Maklumlah kepadatan penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur sangat tinggi. Lebih 10 juta atau satu pertiga rakyat seluruh Malaysia berada kat Selangor KL.
Semua sampah yang terhasil oleh 10 juta manusia pada setiap hari kene tanam kat negeri Selangor. Korek lubang besar dan tanam.
Engkau bayangkan. Satu pertiga sampah seluruh negara kene tanam kat bumi Selangor. Berapa puluh ribu hektar tanah perlu digunakan sebagai tapak pelupusan tanah?
Nasi, sayur, tulang, sos boleh lupus dan menjadi baja. Tetapi sebilangan jenis sampah seperti beg plastik, bekas polisterin dan straw plastik memakan masa ribuan tahun untuk lupus. Ditanam pada hari ini, sampailah zaman cucu kita punya cucu punya cucu punya cucu pun belum tentu akan lupus.
Sebab itu Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan TIGA polisi pada tahun 2016/17:
1. Total ban straw plastik
2. Total ban bekas polisterin
3. Mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik
Langkah-langkah ini diambil agar masyarakat dididik dan membiasakan diri mengguna barangan boleh kitar semula, supaya timbunan sampah kita dikurangkan dan alam sekitar menjadi lebih lestari.
Dalam sekelip mata, 6 tahun telah berlalu sejak polisi-polisi tersebut dilaksanakan. Kini masuk tahun 2023 dan tanpa disedari, majoriti masyarakat telah membudayakan polisi ini yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Lihat dan fikir.
1. Penggunaan straw plastik berkurang mendadak, diganti dengan straw kertas atau straw yang diperbuat daripada tebu
2. Bekas polisterin hampir pupus, diganti dengan bekas microwave yang boleh dicuci dan digunapakai semula di rumah atau pejabat
3. Beg plastik kecil-kecil sekecil saiz tin minuman dan paket rokok tidak lagi dikeluarkan oleh pengilang. Yang dikeluarkan cuma beg-beg plastik bersaiz lebih besar yang boleh digunasemula sebagai plastik sampah. Beg kain yang boleh diguna semula pun semakin popular sehingga menjadi trend dan gaya pemakaian. Pasar raya dan peniaga juga terdorong membuat beg kain jenama sendiri yang cantik dan boleh diguna untuk pelbagai tujuan seperti letak laptop, letak baju sukan, letak buku dan sebagainya.
Objektif Kerajaan Negeri Selangor tercapai.
Kempen #BebasPlastik Kerajaan Negeri Selangor boleh dianggap berjaya dan masyarakat di Selangor KL semakin maju dari segi kesedaran tentang kemudaratan penggunaan straw plastik, bekas polisterin dan beg plastik.
Kita berjaya kerana pada ketika kempen dilaksanakan pada tahun 2016/17, rakyat tidak termakan hasutan bodoh "Mak Lampir 20 sen".
Kini, "Mak Lampir 20 sen" muncul dengan hasutan yang lebih bodoh dan lebih berbahaya.
Sama ada masyarakat terus maju ke depan atau undur pula ke belakang, terpulanglah sama ada masyarakat termakan hasutan bodoh "Mak Lampir 20 sen" pada kali ini.
TAKUT APA HAL LA PULAK
Kalau takut pun janganlah tunjuk sangat. Failkan rayuan segera pun jadi isu? Habis tu? Nak tunggu berapa lama lagi?
Nak suruh lembab macam Mahiaddin jadi PM dulu? Rakyat dah ramai bunuh diri baru nak cerita pasal bantuan? Begitu?
Kata tak salah kan? Janganlah takut. Chill je. Nanti dalam mahkamah jelaskan je la semua. Tak salah mesti lepas. Guane boh?
Raja Gelap
.
LEK LA MEZAH...ALAHAI...
Hahaha... Takut sangat dah tu Hamzah. Relax la. Mahiaddin lepas bukan sebab dia tak bersalah tapi sebab kesilapan teknikal. Entah macamana SPRM boleh silap buat kerja.
Tapi, itu tak ada kena mengena dengan pertuduhan yang lain. Kalau ada kesilapan teknikal juga, cabar di mahkamah macam kes ni. Kalau tak mampu nak cabar, hadap je la.
Simpan berita ni elok-elok. Hari ni mahkamah kita bebas. Tengok nanti kalau ditakdirkan Zahid lepas, tiba-tiba je mahkamah dikawal oleh kerajaan. Biasa la walaun. Guane boh?
Raja Gelap
.
CERAI KA BLOM.
Nak tanya mamat ni dah cerai bini dia talak 3 ke ??. Memang dah jauh tersesat manusia ni..sanggup menjadi isteri sebagai mainan taruhan sampai nak cerai talak 3. Dulu2 tu YB Paspispos buat sumpah nak cerai bini talak 3 ..Ini Ajaran Sesat Lebai Paspispos mana pulak lagi ?? Masyaallah..
PATUT NAIKKAN SAJA MACAM ZAMAN PN DULU.
Saje la aku bukak app Price Catcher Malaysia nak check harga ayam dan telur. Walaun kata sebelum ni turun harga sebab PRN. Ni dah habis PRN tentu harga naik balik.
Sekali tengok haa... Masih murah. Harga ayam jauh murah dari harga siling. Ni di kawasan aku je ni. Di tempat lain mungkin lebih murah. Temberang lebih je walaun ni.
Usah layan walaun punya penipu. Kita boleh periksa sendiri harga barang di app ini. Download je di Play Store (https://l1nk.dev/u96NN). Jadilah pengguna yang bijak. Guane boh?
Raja Gelap
.
JUMLAH AHLI PARLIMEN DAN ADUN SETELAH SELESAI PRU15 DAN PRN15
Jumlah Ahli Parlimen
Kerajaan Perpaduan = 147
Perikatan Nasional = 74
Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri
Kerajaan Perpaduan = 392
Perikatan Nasional = 208
Ini adalah fakta untuk Abah Idin. Kalau kemaruk sangat nak jadi PM, tunggu PRU16 yer.
😁🙈😬
BAB NAK MOHON BANTUAN TAK PULAK KECOH BAB ISLAM
DUA YB PHBN dianggap penentang perjuangan Islam. YAB MB lupa kut, dua YB DUN Kelantan itu anggota Kerajaan Anwar.
Jadi buat apa mau perkukuh hubungann dengan kerajaan yang menentang perjuangan Islam?
Ini bahaya pada Islam. Makin terancamlah Islam nampaknya.
HA.HA...AKU RASA MELAYU PENANG PUN OK LAGI DARI KELANTAN.
Sedih tengok naratif perkauman terus dimainkan demi politik. Keluarga mertua aku di Selangor. Aku pun selalu balik kampung mertua. Aku tengok ok je. Tak ada lagi kes Melayu tersiksa.
Cerita Melayu gigit jari la, negeri diuruskan orang lain la. Padahal segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri dinikmati oleh majoritinya orang Melayu.
Yang dapat air free, Melayu. Yang dapat insurans percuma, Melayu. Yang dapat skim mesra usia emas, Melayu. Yang dapat beli barang keperluan pada harga diskaun di jualan Rahmah, pun Melayu. Pendek kata, Melayu Selangor dapat segalanya.
Tapi di Kelantan, Melayu dapat apa? Dapat bekalan air yang keruh. Kepala paip keluar angin je tapi bill tetap kena bayar. Disuruh pula mandi di sungai belakang Tesco Kota Bharu. Jalan pun sempit! Bus stand usang. Itu yang dibanggakan?
Yang rasa penderitaan, kesusahan, kesulitan, pahit jerih semua tu siapa? Bukan Melayu? Orang Melayu di Selangor beribu kali lebih terbela dan beruntung kalau nak dibandingkan dengan Melayu Kelantan.
Melayu mana yang berundur di Selangor? Berikan fakta. Setidaknya, orang Melayu di Selangor dapat bekerja. Jabatan kerajaan pun ramai. Di Kelantan cuma keluarga pemimpin yang diterima. Apa kes?
Selangor masih di bawah jagaan orang Melayu. MB orang Melayu. Begitu juga kebanyakan exco. Malah Sultan juga masih Melayu. Apa dia nak kata Sultan Selangor tak cakna tentang orang Melayu?
Kalau nak dihitung, orang Melayu di Selangor lebih selamat, terbela dan bertuah. Sementara orang Melayu di Kelantan hidup dalam serba kekurangan, orang Melayu di Selangor hidup dengan sebegitu banyak bantuan.
Aku sebut Melayu di Selangor. Bukan hanya Melayu Selangor. Itu termasuklah orang Melayu yang bukan dari negeri Selangor. Kesemuanya dapat menikmati kemakmuran negeri secara saksama.
Tengok dulu nasib bangsa kamu di negeri sendiri. Tengok bagaimana nasib Melayu di negerimu yang diperintah oleh 100% Melayu itu dibela. Baru boleh pertikai nasib Melayu di Selangor. Guane boh?
Raja Gelap
.
CINA PH VS CINA PN. MELAYU TAKUT HILANG NEGERI DAN TUDUH HILANG NEGERI.
Menjawab isu yang diangkat oleh walaun kononnya Melayu Selangor berundur serta negeri dikawal oleh bukan Melayu dan sebagainya, di sini aku lampirkan senarai keputusan PRN Selangor.
Kerusi yang dimenangi oleh calon bukan Melayu PH sebenarnya ditentang oleh juga calon bukan Melayu dari PN. Semua kecuali N56. Bererti, sama ada PH atau PN yang menang, penyandangnya tetap bukan Melayu. Jadi walaun buat isu apa?
Kalau nak kata PH gadai negeri kepada Cina DAP, maka PAS nak gadai Selangor kepada Cina Gerakan la ye? Begitulah sampahnya pemikiran PN. Mereka sebenarnya bukan peduli soal Melayu. Mereka main isu kaum cuma untuk kuasa. Guane boh?
Raja Gelap
.
ELOK LA KALAU DAH SOMBONG SANGAT.
Walaun bila senang belagak la.. Lupa diri kutuk- kutuk dan caci dsai .. Bila terkono terduduk mula merayu-rayu .. Pigi da.. Rasakan lu walaun.
HUKUM SUNGGUH....TAPI RAMAI PERCAYA KE DIA....FATWA APA LA PULAK.
Aku jumpa ni di FB aku. Tak pasti betul atau tidak Ustaz Azhar Idrus ada sebut ni. Tapi setakat yang aku tahu, undi pilihanraya ni tak wujud di zaman Nabi saw. Macamana nak kata haram?
Kalau nak hukum dengan qiyas, memanglah haram jatuhkan kerajaan Islam walaupun pemimpin zalim. Ia bagi mengelak berlaku pertumpahan darah. Tapi kalau secara aman macam PRU, apa salahnya?
Tapi aku tak bercadang nak bangkang fatwa Ustaz Azhar ni. Cuma nak ajak semua fikirkan, sebelum nak berhukum sebegini, tanya dulu adakah kerajaan yang hendak ditukar itu kerajaan Islam?
Apakah kerajaan Islam? Adakah kerajaan Islam itu cukup dengan menjalankan undang-undang Islam?
Tak. Negara Islam mesti mengamalkan dasar Islam yang menitik beratkan keadilan. Islam utamakan kesaksamaan dan kesejahteraan hidup rakyat. Tak cukup sekadar praktikkan undang-undang Islam.
Hinggakan Allah wajibkan ibadah zakat. Tak hanya zakat harta, emas, simpanan dan galian, bahkan ada pula zakat fitrah, yang bertujuan membantu orang kurang berkemampuan menyambut raya.
Jadi jika sesebuah pentadbiran mengaku sebagai kerajaan Islam, kesejahteraan rakyat mesti menjadi agenda utama. Keperluan asas mesti sempurna. Peluang perniagaan mesti adil, tak hanya saudara mara yang dapat kerja. Itu baru kerajaan Islam.
Jika sebuah kerajaan itu sibuk menghukum orang awam atas dosa peribadi tapi kesejahteraan hidup rakyat diabaikan, rasuah dan seleweng berleluasa, peluang kerja hanya untuk golongan tertentu, maka bukanlah ia pemerintahan Islam. Sebaliknya jadilah ia negara Taliban.
Bacalah sirah. Teliti sifat dan kepimpinan Nabi saw sebagai ketua negara. Lihat bagaimana Khalifah ar-Rasyidin mentadbir. Ingati kisah Umar al-Khattab dengan wanita yang masak batu kerana anaknya kelaparan. Banding dengan pemerintah yang ada.
Jika si pemerintah itu memerintah tanpa mengikut sifat kepimpinan Nabi saw atau paling tidak para Khalifah ar-Rasyidin, tapi mengaku pentadbirannya sebagai Islam, ketahuilah bahawa dia telah menipu.
Berbalik kepada tajuk asal. Jika sudah pentadbiran itu bukan pentadbiran atau kerajaan Islam, maka apa yang dituturkan oleh Ustaz Azhar seperti dalam gambar ini tidak terpakai sama sekali. Guane boh?
Raja Gelap
.
TERKINCIT KINCIT MINTA MAAF SEBAB TIDOQ TAK LENA...HAAAA...SIKIT KA KALAU 200K ZAMAN NI. MUNG MINTA SOQANG SIKIT TABUNG MILO. WALAUN BERI JA. NANTI FITNAH LAGI.
Zus Din Kembali.
Kah kah...walaun mintak maaf? Dr Hafidzah patut saman jer...Kakitangan awam memg tak sokong PMX dan Kerajaan MADANI.
DULU KALAU SOKONG PKR DI ZAMAM MAHATHIR, CIKGU KENA TUKAR SEKOLAH. SEBAB GB SEMUA UMNO. SEKARANG GB PULA WALAUN..SOKONG KERAJAAN KENA TINDAS...APA PUNYA MALANG NASIB. BADAN.
Ada penjawat awam yang terang-terang menyokong PN dan menentang Kerajaan Perpaduan. Tapi tiada tindakan pun yang dikenakan kerana kerajaan ini memberikan kebebasan berpolitik.
Kalau zaman Mahathir dulu, siaplah mana-mana pegawai kerajaan yang sokong pembangkang. Yang guru dihantar ke ceruk pedalaman. Begitu layanan diberi kepada penyokong pembangkang.
Jangankan Mahathir, dalam tempoh sekejap PN menguasai kerajaan pun, baca apa orang yang walaun panggil Tok Guru ni kata kalau tak sokong kerajaan. Siapa lebih zalim, siapa lebih Islamik ni? Guane boh?
Raja Gelap
.

































