KENA CERDIK SIKIT


 Benda yang paling kelakar ialah bila Muhyidin atau nama sebenar Mahiadin suruh PM dan TPM letak jawatan kerana penolakkan undi Melayu. Tapi apa yang mereka tak sebut ialah PHBN masih lagi menang undi popular, PH pegang 4 negeri ( termasuk persekutuan) BN 4 Negeri, GPS 1, GRS 1, PAS 4 dan Bersatu berapa negeri?







Itu belum masuk lagi kerusi Parlimen Perpaduan 147 ( tolak Pulai) dan PN hanya 74 kerusi. Kali terakhir saya periksa 74 masih lagi kecil dari 147, dan tak ada PM yang gila hendak letak jawatan secara suka-suka kecuali yang mudah lupa. Lagi satu, kalau PMX letak jawatan, takkan nak ganti dengan Din PDF yang incompetent? The only PM yang berbangga rakyat guna wang KWSP sendiri dalam masa yang sama ramai yang kebuluran sampai angkat bendera putih.


Tapi apa significant kemenangan ini terhadap pelaburan antarabangsa? Kita kena baca business news outlet macam The Edge atau Bloomberg, baru tahu apa yang pelabur cari.


Bloomberg via The Edge:


Danny Wong, ketua pegawai eksekutif Areca Capital Sdn Bhd:


Ia menghapuskan isu ketidakstabilan, dan menjadi petanda baik untuk situasi politik yang lebih stabil di Malaysia, di mana ini boleh menjadi salah satu pemangkin kepada sentimen yang lebih baik dan aliran pelaburan asing. Sesetengah pelabur dulu duduk di atas pagar untuk tunggu dan lihat, kini mereka berkemungkinan untuk terus melabur dari menahan pelaburan. 


Nirgunan Tiruchelvam, seorang penganalisis di Aletheia Capital Ltd:


Penampilan parti Anwar di peringkat negeri menunjukkan terdapat sokongan yang kuat terhadap gabungannya di seluruh negara, dan beliau boleh menyatukan parti yang berkuasa menjelang pilihan raya umum. Hasilnya adalah positif untuk pasaran saham, dan perniagaan yang bergantung kepada kontrak kerajaan, seperti infrastruktur dan pembinaan, sektor perniagan ini boleh berkembang dengan baik.


Tan Teng Boo, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah urusan Capital Dynamics Sdn Bhd:


Ada harapan cerah untuk kerajaan Anwar jika ia boleh menangani beberapa masalah dengan Umno dengan berkesan. Kesan ke atas pasaran tidak terlalu significant. 


Penyelidikan TA:


 Kemenangan besar yang dibuat oleh PN di ketiga-tiga negeri yang dimenangi oleh kerajaan perpaduan adalah di luar jangkaan, dan boleh menjadi peredam sentimen bagi ekuiti tempatan, berikutan populariti fundamentalisme yang semakin meningkat. Kami cenderung untuk mengekalkan sasaran FBM KLCI akhir 2022 kami pada 1,515 mata, dan menyebarkan pembelian saham mewah yang terkurang nilai atas kelemahan, serta permainan bertahan dalam sektor pengguna, utiliti, penjagaan kesihatan dan pembinaan.


Insyallah, dalam masa 4 tahun ini kita akan lihat pelaburan masuk yang banyak dan Malaysia boleh menjadi lebih makmur dan maju di bawah kerajaan Perpaduan.