RAFIZI – SELAIN TIADA MASALAH PERTAHAN SELANGOR, NS DAN PP, UNDI PH/BN JUGA AKAN BERTAMBAH

 

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata Kerajaan Perpaduan tiada masalah mengekalkan kemenangan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Malah, beliau percaya undian terhadap Kerajaan Perpaduan di tiga negeri yang secara tradisinya dikatakan sebagai ‘kubu kuat’ Pakatan Harapan (PH) akan bertambah dengan sokongan daripada pengundi Barisan Nasional (BN).

“Di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan memang saya nampak tiada masalah.

“Pada pendapat saya, undi Melayu di ketiga-tiga negeri ini melepasi paras untuk kita kekal menang.

“Sementara di Kedah dan Kelantan, ada lonjakan yang baik dari segi sokongan, cuma oleh kerana asas kekuatan undi penyokong Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) ni memang dah tinggi, jadi keadaan masih dapat dilihat sehingga minggu terakhir ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Jelajah Madani di Telok Ayer Tawar di Tasek Gelugor, semalam.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata setakat ini, PN dilihat masih kekal ‘di hadapan’ di Terengganu. 

Mengulas mengenai peralihan sokongan pengundi Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang daripada antara 30 hingga 31 peratus tiga minggu lalu kepada 42 peratus, Rafizi berkata sebahagian besar pengundi atas pagar mahukan parti politik yang mempunyai idea dan pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah mereka seperti ditawarkan oleh manifesto PH-BN.

Katanya kelebihan PN ialah sekadar memiliki ahli politik yang mempunyai watak seperti ‘pelawak’ ketika berkempen menarik pengundi.

“Bagaimanapun saya yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal di Pulau Pinang tapi kita jangan ambil mudah dan kita perlu menyentuh setiap kumpulan pengundi terutamanya daripada bukan Melayu,” katanya.

Sumber – Bernama


BERSATU AKAN BERKUBUR SEPERTI S46

 


Susuk tubuh yang dulu saban bulan meratib Kerajaan akan tumbang melalui tebuk atap. Ahli Majlis Tertinggi PPBM, letak jawatan pagi ni. 


Bukan saja letak jawatan begitu je, dia juga senaraikan segala macam keburukan dan kelemahan parti. 


Little bird bagtau saya, PPBM ni puak Kartel telah kuasai. Ahli lama yang berjuang dari mula, diketepikan ketika PRN. Ada yang sanggup bakar bendera parti kerana tak puas hati baru2 ni. 


Pada saya, sikit masa lagi PPBM akan ditelan oleh PAS atau taken over oleh Geng Kartel dan nasibnya akan jadi seperti Semangat 46. 


Satu saja saya percaya, 


“Dan mereka merancang, dan Allah lah sebaik2 perancang” 


Ratib parti lain cepat tumbang, takut berbalik ke parti sendiri. 


~LM~



Mat tak makan saman.





Tak sudah-sudah kena saman si Sanusi ni. Dah nak buat macamana. Mulut cabul sangat. Tak sudah dia memfitnah. Mungkin mengikut agama PAS fitnah tu bukan satu dosa. Tapi mengikut undang-undang, ia merupakan satu kesalahan.


Sanusi menuduh Menteri Besar Inc milik Kerajaan negeri Selangor jual pegangannya kepada Berjaya Group sebanyak 55%. Sedangkan fakta sebenarnya, MBI tubuhkan anak syarikat bersama Berjaya Group dengan pegangan 44-55%.


Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk bersihkan Sungai Kelang. Isu ni MB Selangor dah cerita lama dulu. Aku sendiri pun pernah ulas isu. Sanusi takkan tak tahu? Bukan dia tak tahu tapi memang dia nak fitnah untuk bina persepsi.


Isu kedua, Sanusi kata Berjaya Group dapat tanah seluas 600 ekar. Hakikatnya syarikat kerjasama tu yang dapat 103.6 ekar tanah. Dan bukan percuma. Berjaya ditugaskan mencari dana bagi beli tanah tu dari pemilik ikut nilai pasaran.


Baca berita selanjutnya di https://l1nq.com/L4br2.


Tak timbul pun soal kerajaan negeri rugi RM180 juta. Sanusi reka fitnah ni sebab tak mampu lawan kekuatan PH di negeri Selangor. Dia perlukan fitnah untuk burukkan kerajaan negeri kerana tiada salah laku. Tak ada kes kecurian REE di Selangor macam di sebuah negeri lain tu. Nak cerita masalah air pun dah banyak yang selesai.


Sanusi buat fitnah macam tak percaya hari akhirat dah. Dia tak ingat lepas mati kita akan dibangkitkan dan semua amalan dan perbuatan akan dihisab. Dia ingat sebagai penganut PAS boleh bypass al-Mizan ke? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


NUSI CING LAGI. PISTON ADA 24 JAM TAKU APA NUSI...



Dia bagitahu orang kampung ada isu keselamatan…. Elok je buat live tu… Kuat kena kelentong orang kampung dengan nusi ni….




[bongkar] SETIAP HARI MERATIB & MEROYAN RAMPAS KUASA LOKMAN ADAM BALUN K...

[gempak] PENGAKUAN USTAZ ZULIAH ABDULLAH! PENTAKSUB KEPADA PAS KINI KEM...



Kisah bekas Imam Majlis Rusila, Marang, Terengganu, Ustaz Zuliadi Abdullah. Pernah menjadi Pentaksub PAS menemui jalan sebenar Islam dalam erti sebenar. Apa yang membuatkan beliau berubah? Apa kisah PAS yang kita mungkin kita tidak tahu.



Saifuddin Nasution - Ucapan Penuh Di Ceramah DUN Alor Mengkudu, Kedah

Calon DUN Pinang Tunggal optimis kekalkan kemenangan PH




 Oleh: Abdullah Zaid



Misi memastikan DUN N.03 Pinang Tunggal dipertahankan dalam penguasaan Pakatan Harapan (PH) begitu mencabar dalam Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang kali ini apabila berhadapan 'gelombang hijau' yang masih dirasai di kawasan Melayu.



Namun calon PH, Zainuddin Mohamed optimis dapat mengekalkan kemenangan di kerusi itu pada 12 Ogos ini.



Bekas Ahli Majlis Seberang Perai (MBSP) itu berkata, sepanjang tempoh 10 hari berkempen rata-rata masyarakat dan jentera memberi respon yang positif kepadanya, sekali gus memberi kelebihan buat calon baharu berkenaan.



"Walaupun saya calon muka baru tapi hakikatnya saya dah lama berkhidmat kepada masyarakat.



"Tetapi saya tak nak terlalu yakin. Namun saya lihat ada sinar dari segi penerimaan pengundi termasuk masyarakat kampung.



"Ia ditambah lagi dengan sokongan daripada jentera UMNO yang terdiri daripada pemuda dan wanita turut sama membantu sepanjang kempen ini," katanya kepada Suara Keadilan.



Selain itu, Zainuddin juga mengakui ada menerima maklumat bahawa jentera PN sengaja menggunakan sentimen untuk menakut-nakutkan pengundi DUN Pinang Tunggal.



Bagaimanapun, calon KEADILAN itu lebih memilih cara yang efektif untuk menarik hati pengundi atas pagar bagi memenangi PRN.



"Ada perbualan yang kata jangan undi PH atas sebab perkauman, jadi saya ditanya bagaimana untuk menjawab dakwaan tersebut.



"Saya katakan kita ada tiga kelompok iaitu penyokong PH dan pro PN, serta Atas Pagar.



"Jadi pada saya, tak perlu beri banyak penerangan kepada kelompok tegar (PN) sebaliknya fokus pada kategori Atas Pagar yang tiada pengaruh politik. Mereka menilai berdasarkan apa yang diperhati," jelasnya lagi.


Calon DUN Seberang Jaya ketengahkan AkuJanji


 Oleh: Abdullah Zaid


Takkala Pakatan Harapan dan Barisan Nasional membentangkan Manifesto Perpaduan kelmarin, calon DUN Seberang Jaya Datuk Seri Johari Kassim juga mengetengahkan AkuJanji buat pengundi di kerusi itu.


Berbekalkan pengalaman menjadi Ahli Majlis di DUN tersebut, sudah pasti calon KEADILAN itu memahami denyut nadi dan keperluan pengundi Seberang Jaya.


"Di sini isu-isu rumah kos rendah selalu berlaku jadi langkah awal yang bakal dibuat ialah mengadakan perjumpaan melibatkan persatuan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi selama ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, anak jati negeri tersebut juga ingin meneruskan hasrat menambah baik penempatan semula penjaja supaya masyarakat setempat lebih selesa untuk berjual beli.


"Masalah penjaja yang berselerakkan perlu disusun semula dan ditempatkan di premis yang kondusif.


"Justeru, saya berhasrat untuk melaksanakan idea itu agar penjaja dapat berniaga dengan lebih selesa," ujarnya lagi.


Sementara itu, pada 2 Ogos lalu, PH-BN Pulau Pinang melancarkan Manifesto Perpaduan dengan 16 tema utama antaranya cakna kebajikan dan memperjuang sosioekonomi rakyat.


Tawaran tersebut antara lain ialah kesinambungan yang menyentuh isu dasar, polisi dan rekod prestasi Kerajaan Negeri selama 15 tahun ini.


Antara manifesto yang ditawarkan ialah penubuhan Tabung Pembangunan Sosial Negeri, memberi bantuan RM1,000 kepada setiap jemaah haji daripada golongan B40 dan memulakan pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang dan Kereta Kabel Bukit Bendera.

Ustaz Rosidi tawar 7 teras manifesto DUN Penanti




Oleh: Abdullah Zaid



Manifesto setiap DUN menjadi fenomena baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi pengundi menilai apakah yang mereka akan perolehi selepas memilih seseorang calon.



Calon Pakatan Harapan (PH) N.12 DUN Penanti, Rosidi Hussain atau lebih dikenali Ustaz Rosidi menawarkan tujuh teras buat pengundi di kawasan itu.



Menurut beliau, tujuh agenda yang ingin dibawa ialah meningkatkan produktiviti pengeluaran padi bagi kawasan sentral negeri Pulau Pinang; Meneruskan usaha menjadikan Penanti sebagai destinasi eko-pelancongan nombor satu di Pulau Pinang dengan kekayaan biodiversiti pinggiran sungai dan kehidupan desa; Meningkatkan daya huni Penanti dari aspek menyediakan perumahan mampu milik dengan kerjasama agensi Wakaf Pulau Pinang.



Dalam sektor perniagaan pula, Ustaz Rosidi mahu mengggalakkan industri kecil sederhana (IKS) dan penaiktarafan gerai serta pasar malam.



Beliau juga akan merancakkan program jatidiri dalam meningkatkan semula 'self esteem' remaja serta mewujudkan kaunter tetap Cari Kerja untuk anak muda serta penambahan fasiliti sukan.



 

Meningkatkan pendidikan anak muda dan menyediakan kemudahan mencari kerja salah satu manifesto Ust Rosidi



Beliau akan berusaha mengembalikan minat belajar dalam kalangan pelajar sekolah yang terkesan pandemik dengan mewujudkan Pusat Tuisyen Rakyat (PINTAR) dan memperkenalkan Penanti sebagai daerah penghayatan ilmu Islam (thurath) dengan kembali merujuk kepada kitab-kitab asal serta membangunkan pengajian digital di masjid atau surau.




"Tekad ini mampu direalisasikan dengan adanya sokongan rakyat dan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan," kata Ustaz Rosidi lagi.



Rosidi yang berkelulusan bidang Undang-Undang Syariah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan berbekalkan pengalaman 10 tahun dalam bidang politik yakin mampu membawa khidmat terbaik kepada pengundi di DUN Penanti.



Pada PRN ini, beliau bakal bertemu dengan lawannya Zulkefli Bakar daripada PN.

 

 

KAH..KAH..KAH.....SANUSI REE


 

KENAPA AKU TIDAK SUKA PAS


 

BAGAIMANA MEMBINA EKONOMI


 

INI JAWAPAN RAFIZI BILA DITANYA PEMULIHAN EKONOMI


 

AIR.

 

Gino Marvela.


Cukup-cukuplah agenda pembodohan puak pembangkang menyamakan air keroh (kopi&teh) terus dari sungai tu tak kotor & bukan juga najis, boleh ambil air wuduk...tidak menghalang ibadah, dan lebih teruk di suruh bersabar dgn ujian.


Ujian bersabar dah 35 tahun di Kelantan, apakah rakyat mereka masih lg tak bersabar ? 


Memang betul air kotor tu tak menghalang ibadah. Tapi sehingga nak mandi jenazah pun takda air, lokasi lain pula air terlalu kotor...terpaksa usung mayat ke rumah kakaknya, patah balik ke rumah makcik & itu pun pinjam air takungan rumah2 penduduk, itu adalah kegagalan kerajaan Kelantan yg paling nyata!


Jadahnya dok pi kata nak isley ke nak air...nak akhirat ka, nak syorga. Org dah la susah, di benakkan lg dgn kemujudan. Apa jenis puak kabilah la manusia lebai & untit ni semua.


Anak pak lebai pi skolah, pandai pula nak air bersih. Tu warga kampung anak nak pi skolah, baju putih pun dah serupa kusam...bau busuk dek cuci dgn ayaq kopi dari paip. Tak malu ke ?


Mak ayah di Kelantan di suruh paksa & bersabar. Anak2 pi kerja di Penang & Selangor, nikmati kemudahan yg baik. 


Ini bukan hal air kotor dari paip tu najis ke tidak. Ini hal maslahat umum, bukan lebai pas saja yg duduk di sana, bangsa lain pun ada.


Paip ada, air kecik...bila air besar, warna yg keluar serupa air teh & kopi. Pakai boring, air masin. Kalau dh seluruh Kelantan korek boring & pakai berpuluh tahun, lama kelamaan apa jadi deposit air bawah tanah ? Dah tentu kering & lebih menyusahkan. 


Kalau tak cakap hal nih, kesian pula dgn rakyat di sana. Tapi bila bercakap hal ni, di tuduh pula kapir, tak Islam sebagaimana mereka yg terlebih Islam. 


Lantak hangpa lah labu! Hiduplah dalam dunia fantasi puluh tahun. 


Sebelah tu selatan Thai, umat Islam di sana baik ja ada ayaq paip keluar jernih. Masuk ja Kelantan, macam2 hal yg ada. Rakyat Kelantan di cas harga air kopi & teh dari paip setiap bulan. Hutang sykt air ratus juta, boleh pula minta Anwar sbg PM hapus kira. Pada masa yg sama, minta lg RM7 bilion nak uruskan air di Kelantan. 


Manalah nak letak muka dgn keadaan air busuk & kotor sebegitu. Buleh pula dia cakap ayaq kotoq bukan ayaq najis & buleh buat amal ibadah. 


Agenda pembodohan ekstrim, memekatkan lg proses kebenakan lebainisasi. Dia ja yg Islam, rakyat lain tak Islam gamaknya.



KESIHAN MAMAT NI BUAT KAJIAN-AKIBAT MALAS BERSEKOLAH

 




Oh... Rupa2nya tiktok alat bancian yg paling tepat pada firasat mereka...

Ok lah... Klu ikut data tiktok Aji Hadi Tok Kira SD Awang chukop jomlaahhhh tu dah angkat sumpah Perdana Menteri lah kannnn...


Komen yg last tu yg tak bleh blah... Dah ler aritu pertikaikan titah Tuanku Seri Paduka Baginda YDPA bersama Majlis Raja-Raja tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan dan perkenan melantik DSAI sebagai PM Malaysia 🇲🇾.. Lagi mau ingat teringat nak perkenan SiNusi jadi PM???... Silap2 apply job jadi guard kat pintu istana pun belum tentu dapat... Bukan kaleng2 korang punyer halusiNusi dan imagiNusi...



INI TAWARAN JIKA JUWAIRIYA MENGALAHKAN PENGKHIANAT AZMIN


 

SATU CADANGAN YANG BIJAK