Mat tak makan saman.





Tak sudah-sudah kena saman si Sanusi ni. Dah nak buat macamana. Mulut cabul sangat. Tak sudah dia memfitnah. Mungkin mengikut agama PAS fitnah tu bukan satu dosa. Tapi mengikut undang-undang, ia merupakan satu kesalahan.


Sanusi menuduh Menteri Besar Inc milik Kerajaan negeri Selangor jual pegangannya kepada Berjaya Group sebanyak 55%. Sedangkan fakta sebenarnya, MBI tubuhkan anak syarikat bersama Berjaya Group dengan pegangan 44-55%.


Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk bersihkan Sungai Kelang. Isu ni MB Selangor dah cerita lama dulu. Aku sendiri pun pernah ulas isu. Sanusi takkan tak tahu? Bukan dia tak tahu tapi memang dia nak fitnah untuk bina persepsi.


Isu kedua, Sanusi kata Berjaya Group dapat tanah seluas 600 ekar. Hakikatnya syarikat kerjasama tu yang dapat 103.6 ekar tanah. Dan bukan percuma. Berjaya ditugaskan mencari dana bagi beli tanah tu dari pemilik ikut nilai pasaran.


Baca berita selanjutnya di https://l1nq.com/L4br2.


Tak timbul pun soal kerajaan negeri rugi RM180 juta. Sanusi reka fitnah ni sebab tak mampu lawan kekuatan PH di negeri Selangor. Dia perlukan fitnah untuk burukkan kerajaan negeri kerana tiada salah laku. Tak ada kes kecurian REE di Selangor macam di sebuah negeri lain tu. Nak cerita masalah air pun dah banyak yang selesai.


Sanusi buat fitnah macam tak percaya hari akhirat dah. Dia tak ingat lepas mati kita akan dibangkitkan dan semua amalan dan perbuatan akan dihisab. Dia ingat sebagai penganut PAS boleh bypass al-Mizan ke? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


No comments: