JUWAIRIYA TAWAR MANIFESTO- AZMIN JANGAN BERANGAN LEBIH

 



Manifesto peringkat DUN akan memudahkan pengundi untuk membuat pilihan dan membandingkan tawaran


Manifesto DUN telah menjadi satu fenomena dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), terutama di kawasan yang wujud persaingan sengit antara calon calon bertanding.

Manifesto tenpatan merupakan dokumen terbaik bagi membolehkan pengundi menilai pihak manakah yang lebih baik tawarannya apabila mendapati sukar untuk memilih.

Sehubungan itu, calon N18 Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli hari ini melancarkan manifesto DUN dengan 6 Teras yang akan menjadikan kawasan berkenaan lebih baik, selesa dan selamat untuk dihuni.

"Kita merangka agenda Hulu Kelang ini dengan 6 teras pendekatan realistik menggabungkan elemen praktikal dengan matlamat yang boleh dicapai.

"Saya yakin pengundi hari ini, mereka tidak ingin melihat kita menjanjikan bulan dan bintang tetapi apa yang kita boleh laksanakan dan capai dengan sasaran kita itu


"Jadi saya tekankan agenda Hulu Kelang ini merupakan satu gerak kerja 5 tekad untuk 5 tahun selari seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Besar sebelum ini.

"Jika kita teliti agenda Hulu kelang ini adalah untuk memenuhi keperluan jengka pendek komuniti juga menawarkan solusi mampan untuk mencapai aspirasi jangka panjang penduduk," katanya dalam sidang media tengah hari tadi.

Teras pertama, kata Juwairiya, merupakan agenda menyangkut masalah kehidupan seharian rakyat dan beliau menetapkan penyelesaian segera bagi masalah dibangkitkan penduduk, terutama mengenai masalah jalan dan projek pembentungan yang mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan di kawasan DUN berkenaan.


"Proses penurapan jalan di AU1 dan AU5 akan disegerakan. Isu ini sudah seakan sinonim dengan Hulu Kelang. Maka dengan apa cara sekali pun, saya harus segerakan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Keramat dan Hulu Kelang.

"Saya telah pun bertemu dengan Menteri Nik Nazmi yang bertanggungjawab dengan projek pembentungan tersebut dan beliau telah memberi komitmen untuk menyegerakan isu ini.

"Pagi tadi semasa saya berkempen mereka telah pun memulakan kerja penurapan jalan.

"Ini menunjukkan komitmen saya. Saya akan terus mendesak jalan untuk segera disiapkan," katanya.

Di samping itu, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat itu juga berjanji menubuhkan pasukan bomba dan penyelamat komuniti, juga pasukan perubatan dengan ambulan; slot khas untuk aktiviti rekreasi wanita di kemudahan sukan awam; khidmat sokongan berkaitan kesihatan mental untuk semua peringkat umur secara percuma; pencahayaan jalan lebih baik dan pemasangan kamera litar tertutup di tempat kurang perhatian serta meningkatkan aktiviti kepolisan komuniti dengan kerjasama PDRM.

Juwairiya turut mengumumkan 5 agenda lain yang tidak kurnag pentingnya, iaitu Menegakkan Islam sebagai Cara Hidup; Memartabatkan dan Mendayaupaya Wanita; Memangkin Potensi Anak Muda; Merancakkan Aktiviti Ekonomi dan Peluang Kerjaya serta Membela Nasib Orang Asli.


Menurut mantan ADUN Bukit Melawati itu lagi, beliau sedaya upaya akan menyediakan khidmat nasihat undang-undang keluarga secara percuma sebagai agenda utama kepada wanita, juga mengetengahkan dan memperkasakan wanita dalam komuniti.

Selain itu, rancangan khusus untuk para belia dengan mewujudkan Hab Pembangunan Anak Muda di Hulu Kelang untuk meningkatkan potensi belia melalui kursus pengaturcaraan komputer, kelas bahasa, dan latihan TVET mini.

Sebagai seorang pencinta alam, Juwairiya juga berjanji akan memberi perhatian khusus kepada hak rakyat Hulu Kelang untuk menikmati alam sekitar yang hijau.

Katanya, beliau komited untuk melindungi zon hijau di kawasan Taman Melawati sebagai ekosistem semula jadi yang berfungsi.

Untuk rekod, Juwairiya akan bertembung satu lawan satu menghadapi mantan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali. Difahamkan Juwairiya dan Azmin dibesarkan di kawasan DUN Hulu Kelang.

 

Mengapa beri surat izin kepada syarikat dikompaun curi REE?

 




Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membuat pendedahan baharu berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.


Dalam satu sidang media, beliau mendakwa satu surat izin memasuki hutan simpan simpanan Bukit Enggang telah diberikan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang pernah dikompaun beberapa bulan sebelumnya akibat kesalahan mencuri REE.


Apa yang menjadi persoalan, kata beliau, adalah kawasan seluas 500 hektar yang dibenarkan eksplorasi itu adalah sama dengan lokasi di mana berlaku kecurian mineral iaitu di Kompartmen 12, Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik.


"Soalan saya, apa justifikasi Sanusi untuk (surat bertarikh) 15 Mei, Kerajaan Negeri keluarkan lagi surat melalui JPNK (Jabatan Perhutanan Negeri Kedah) kepada Mahir Binari (Sdn Bhd) yang merupakan syarikat yang terlibat dalam insiden kecurian (REE) dan telah diambil tindakan.


"Mahir Binari milik Ho Chung Meng yang telah ditangkap pada Januari lalu.


"Jadi persoalannya, setelah dia ditangkap dan bayar kompaun RM130,000 dan dia juga menurut Sanusi telah bayar kompaun bagi pihak Perbadanan Menteri Besar (MBI) berjumlah RM500,000 itu, kenapa bagi lagi surat pada 15 Mei atas alasan pembangunan ladang hutan," soalnya pada sidang media di Padang Terap, semalam.


Berikutan itu, Saifuddin mencabar Sanusi untuk menjawab persoalan tersebut.


"Kedah ini seolah-olah Menteri Besar dia boleh bagi jalan seluas-luasnya, buat lah apa saja. Saya nak tunggu apa maklum balas Sanusi dalam hal ini dan selepas itu saya akan bagi satu lagi pendedahan dalam sidang akhbar seterusnya," kata Saifuddin lagi.

'Infineon labur 5 bilion Euro bincang dengan PM, bukan MB Kedah'

 



Perbincangan di antara syarikat semikonduktor Jerman, Infineon Technologies AG (Infineon) untuk melabur sejumlah 5 bilion Euro di Kulim Hi Tech Park dilakukan antara wakil syarikat itu dan Perdana Menteri Malaysia, bukannya pihak lain.



Oleh itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kenyataan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor kononnya keputusan pelaburan berkenaan telah dibuat bertahun dahulu hasil usaha pentadbiran beliau.



"Saya mahu cerita terus terang, MB Kedah banyak pusing (spin). Dia tipu senang sahaja, orang pun kata... ya, Allahuakhbar.



"Saya beri fakta. Bulan sudah wakil Infineon datang jumpa saya. Saya panggil Tengku Zafrul MITI (Menteri Perdagangan Antarabangsa).



"Dia (wakil Infineon) kata ada RM5 bilion Euro, (bersamaan) RM15 bilion nak labur. Sekarang kita tengok, Malaysia, Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara lain. Dia tanya saya, kita bincang. Saya kata mesti (labur di) Malaysia sebab saya berikan alasannya.



"Dia beritahu saya point (yang dipertimbangkan) Malaysia ini, pertama politik stabil, kuat. Kedua, polisi ekonomi baik. Ketiga, tak ada menteri cari komisen.



"Tetapi dia kata belum ada keputusan. Tunggu menyuarat Lembaga Pengarah di Bonn, Jerman. Apa Sanusi kata, sudah ada keputusan 3 tahun lalu.



"Dan dia (Infineon) buat pengumuman hanya 4 hari yang lalu. Lembaga memutuskan labur 5 bilion Euro, dan saya kata di Kulim Hi Tech.



"Sebab (mereka mahu labur) kerajaan stabil. Dia bukan kata kerajaan Kedah, kerajaan Malaysia, PM Anwar dan dasar ekonomi Madani," katanya dalam ceramah di Pulau Pinang, malam tadi.



Dalam ceramah itu juga, PM mendedahkan perbincangannya bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan yang menyentuh pelaburan negara itu untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pembuatan drone Turkiye bagi rantau Asia dan akan menambah peluang pekerjaan di Malaysia.



"Presiden Turkiye, Tayyip Erdoğan telefon. Dia kata Anwar macam mana election, dia doa. Dia pun sokong kita. Bukan dia sokong itu lebai



"Dia mahu melabur. Sekarang drone Turkiye nombor satu. Dia kata, boleh kita buat kilang di sini, boleh kita eksport drone dari Malaysia ke pasaran Asia," katanya.



Begitu juga dengan syarikat Jepun, kata Anwar. Menurut beliau syarikat Jepun yang melabur di Malaysia telah menangguhkan keputusan untuk mengembangkan pelaburan sejak beberapa tahun lalu kerana ketidakstabilan politik.



Anwar berkata, beliau telah mengambil inisiatif bertemu dengan semua syarikat berkenaan dan hasilnya pelaburan Jepun akan meningkat dalam tahun tahun akan datang.



"Saya jumpa semua syarikat Jepun yang ada di sini, panggil dia bincang. Yang ada di sini dia tangguh (kembangkan pelaburan) sampai pilihanraya. Dia tangguh tengok ada kerajaan stabil atau tidak, tangguh sampai polisi ekonomi betul atau tidak. Sekarang dia setuju tambah RM28 bilion untuk semua syarikat.



"Untuk apa saya susah payah pujuk (Jepun), sebab anak kita mahu kerja. Anak kerja gaji lebih tinggi. Bukan 'hidup Melayu', 'hidup Melayu' Melayu tak ada kerja," katanya lagi.

 


ADAB


Ketua Pemuda Bersatu up satu posting semalam. Menempelak Calon Subang Jaya. Menggunakan gambar Sultan Selangor dalam Billboard. 


Siap kata ADUN biadap menunggang dan mengheret Istana dalam kancah politik. 


ADUN tersebut jawab terus di posting YB WAF, dia berterima kasih dan minta maaf. Dan jelaskan itu gambar ketika Persidangan DUN Pertama di Selangor yang beliau hadiri.  


Saya setuju tindakan ini suatu tindakan manipulasi gambar Sultan. Dan harus dibantah. Salah tetap salah. 


Tapi yang saya nak puji, adab seorang YB bila orang kritik dan tegur. Beliau tidak melenting atau marah. Beliau merendah diri minta maaf dan berterima kasih kepada yang menegur. 


Jauh beza dari YB yang menempelak tersebut. Bila ditegur netizen mengenai posting “miskin diplomasi” dia. Dia punya bongkak tak rasa salah apa.  Itu contoh tidak elok pemimpin muda Melayu Islam kita. 


*****************************


Lagi satu, level hipokrasi YB Jargon ini. 


Minggu lepas Ketua Muslimat PAS Melaka, disoal siasat kerana perlekehkan Sultan Perak. Diolah video asal Tuanku pada tahun 2013, untuk tujuan politik kepartian. Siap Sultan Perak murka dan buat laporan polis mengenainya. 


Itu saya berpandangan lagi teruk kesnya. Buat video jahat serta sebar pada ramai orang. Siap Istana kena ambil tindakan. Masih mereka ini tidak rasa apa dan tidak minta maaf. 


Kesalahan rakan sekolam YB WAF ini, dia buat dek dan tak menegur pun. Tiada pulak kata “biadap menunggang” Istana. Walhal kesalahan lagi teruk pula. 


Adakah pada dia, yang biadap itu hanya terpakai kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu dibolehkan biadap pada Sultan mereka? 


Pada saya, lagi teruklah Melayu yang biadap kepada Sultan kerana menunjukkan tidak tahu adab Melayu yang setia pada Sultannya. Itu Waad kita kepada Sang Sapurba. 


Saya berpandangan, YB Roti Canai ini prinsipnya macam Roti Canai juga. Bertukar2 side macam mengkarung dan sesumpah. 


Nama rasmi pun ada dua. Satu nama Melayu dan Satu nama Cina. Tak pernah lagi saya jumpa mana2 ahli politikus terdesak sebegitu sekali untuk diterima. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



INI ‘SOALAN MAUT’ SAIFUDDIN BUAT SANUSI - JAWAB BOSS, JANGAN TAK JAWAB!!



Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail terus membangkitkan persoalan kepada menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang di Sik, Kedah.


Hari ini Saifuddin mendakwa seorang warga tempatan dari Kuala Krai, Kelantan yang dikaitkan dengan dakwaan itu telah ditangkap dan dikenakan denda sebanyak RM130,000 pada Januari lalu kerana menceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang.


Lelaki Cina itu dikatakan antara 40 orang, termasuk 35 warga asing, yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menceroboh hutan simpan itu.


Namun, kata Saifuddin, kerajaan Kedah yang diketuai Sanusi kemudian mengeluarkan surat bertarikh 15 Mei untuk membenarkan syarikat milik lelaki itu untuk masuk ke kawasan sama dalam hutan simpan itu.


“Hari ini saya nak tanya Sanusi, kenapa keluarkan surat bertarikh 15 Mei untuk benarkan syarikat itu masuk di kawasan sama berkeluasan 500 hektar di hutan simpan.


“Jika (lelaki) sudah ditahan pada Januari, mengapa beri surat 15 Mei atas alasan membangunkan ladang hutan?


“Jadi kita nak tanya Sanusi, sampai bila dia nak pertahan insiden kecurian ini, mengapa surat dikeluarkan kepada orang yang sama yang ditahan dan didenda?” soalnya ketika sidang media hari ini.


Setiausaha agung PKR itu juga mendakwa lelaki tersebut ditahan sekali lagi pada Jun lalu.


Dia berkata akan menunggu jawapan Sanusi berhubung perkara itu, sambil membayangkan dia akan terus membuat pendedahan berkenaan kes tersebut.


Saifuddin dalam siri ceramahnya di Kedah telah membangkitkan dakwaan mengaitkan Sanusi dengan kes REE di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, Kedah.


Sanusi pula berulang kali menafikan dakwaan itu dan mengancam untuk memfailkan saman terhadap Saifuddin.


Malaysiakini tidak mendedahkan nama suspek kes jenayah yang bukan tokoh masyarakat selagi dia tidak didakwa di mahkamah.


Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/674669



KUAT SANGAT BERKOKOK- TAPI ADA DENGAR BERITA JERUNG BESAR NAK KENA CEKUP SPRM.

 





Masa Amerika serang Iraq dulu, propaganda yang disebarkan adalah nak selamatkan Iraq dari rejim Saddam Hussein. Ada rakyat Iraq yang percaya dan bantu Amerika tapi lihat apa yang berlaku.


Iraq bukan selamat daripada rejim Saddam bahkan dijajah pula oleh rejim Amerika. Dah begitu, minyak mereka juga dikawal oleh Amerika. Sudahnya Iraq hanya tinggal kenangan.


Musuh, kalau dia cakap nak tolong, itu maknanya ada niat jahat yang tersembunyi. Takkan dia ikhlas. Pasti dalam hatinya ada dendam.


Macam Annuar Musa ni. Masa dalam UMNO lagi dia dah khianat parti bila letakkan kesetiaan kepada presiden parti lawan. Sekarang ni dia bercakap soal nak pulihkan UMNO. Nak percaya?


Tentu dia ada niat lain. Dengan dendam kesumat, tak mustahil dia hanya ingin melihat kemusnahan UMNO. Atau paling tidak, dia berniat untuk 'jajah' UMNO demi kepentingan sendiri.


Bodohlah kalau ada ahli UMNO yang nak percaya. Takkanlah orang yang pernah nak haramkan UMNO macam Mahiaddin dan Mahathir tu akan menolong untuk pulihkan UMNO. Mustahil.


Propaganda Annuar Musa ni cuma untuk perangkap ahli UMNO. Bila UMNO tunduk kepada mereka, nanti mereka akan sambung semula agenda tergantung untuk haramkan UMNO dahulu.


UMNO boleh pulih hanya jika UMNO mampu meraih kepercayaan rakyat semula. Bagaimana? Dengan menjadi sebahagian daripada kerajaan yang punyai tatakelola yang baik dan berintegriti.


Hari ini, di bawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim, kerajaan ini mula mendapat kepercayaan tak hanya rakyat tempatan, bahkan pelabur luar negara.


Sebagai sebahagian daripada kerajaan ini, UMNO akan mendapat tempiasnya. Andainya UMNO terus bersama kerajaan dan kejayaan terus ditempa, maka UMNO akan kembali gah seperti dahulu.


Tapi kalau UMNO pilih untuk bersama pengkhianat, pastinya UMNO akan dibuli dan penghujungnya, tak ada ruang untuk UMNO bernafas. Akhirnya hanya nisan yang tinggal untuk UMNO.


Bersatu perlukan ahli seperti ahli UMNO untuk terus relevan. Sudah pasti jika Bersatu mengukuh, maka ia akan ambil tapak UMNO. Dan akhirnya UMNO akan runtuh dan menjadi debu.


Manakala Keadilan, Amanah dan DAP punyai target ahli yang berbeza. Jika Keadilan, Amanah dan DAP mengukuh, maka UMNO juga akan turut mengukuh. UMNO akan kekal relevan.


Ahli UMNO usah termakan dengan bisikan syaitan yang sebegini. Satu-satunya cara untuk selamatkan UMNO adalah dengan menguburkan Bersatu dan PAS terus daripada persada politik Malaysia. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



HALLO LEBAI- NAK HABIH TAHUN DAH WOIII

 



Masalah air di Kelantan selesai menjelang 2023. Ni bukan menjelang, ni dah nak habis dah 2023 dah ni. Apa dah jadi?


Tak payah la nak buat alasan konon tukar kerajaan. Dia cakap menjelang. November 2023 tu menjelang la. Apa jadi?


So walaun, macam ni kita munafik tak? Dia dah janji tapi tak tunaikan. Kalau orang lain laju walaun gelar munafik. Yang ini? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



POLITIK PAS/PN MENAKUTKAN





1.   Saya tengok video penjelasan saudara Syazmi Syazli tentang masalah air di Kelantan. Videonya tidak menyentuh soal politik, cuma menegur soal keperluan air bersih yang diperlukan rakyat Kelantan.


2.   Rentetan itu, penyokong tegar PAS menyatakan apa masalah dengan air keruh, bukan najis pun. Seorang lagi menulis, beliau melihat air Kelantan biru bukannya keruh kerana melihatnya dengan hati yang bersih.


3.  Aduhai, sesatnya.


4.  Dalam video yang lain pula, saya melihat banner PMX ditebuk, diconteng dan dipijak. 


5.  Saya risau dangan cara politik PAS ini. Kepelampauan dan ketaksuban sesetengah pemimpin dan penyokongnya boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menggugat keselamatan negara. 


6.  Anak-anak muda. Pemimpin dan parti sebegini tidak layak untuk menerajui negara dan perlu ditolak.


7.   Video ini adalah seruan dan rayuan saya supaya kita dapat sama-sama mempertahankan negara ini dari kepelampauan dan ketaksuban.


~ Prof. Dato’  Mohammad Agus Yusoff



Adakah mentadbir dengan cemerlang bukan sebahagian dari agama?


Nik Hasyudeen.


Saya suka membaca kisah-kisah semasa pentadbiran Umar Al Khattab. Di kala itu Islam berkembang dengan luas menjadikan pentadbiran dan pengurusan negara menjadi semakin kompleks.


Di antara kaedah penting pentadbiran di ketika itu ialah perlantikan gabenor dan pegawai utama. Amirul Mukminin mentadbir melalui gabenor-gabenor yang dilantik di pelbagai jajahan Islam. Ini juga memerlukan gabenor-gabenor dipantau agar mereka menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka dengan berkesan seperti mana yang dikehendaki oleh Amirul Mukminin.


Ada banyak kisah bagaimana Umar berurusan dengan gabenor-gabenor yang merupakan sahabat-sahabat Rasulullah SAW seperti Saad Abi Waqas, Amr Ibnu Al-As dan juga Abu Ubaidah Al-Jarrah. Jika ada aduan dari rakyat, Umar akan memberi respon walaupun ada ketika aduan-aduan itu tidak benar.


Satu kisah yang saya ulang apabila membincangkan berkenaan kecemerlangan pentadbiran ialah apabila Umar melawat Syam. Gabenor Syam di ketika itu ialah Abu Ubaidah. Umar menyuruh Abu Ubaidah membawa dia ke rumahnya. Abu Ubaidah mengingatkan Umar bahawa Umar akan menangis apabila melihat rumah Abu Ubaidah.


Apabila sampai dan apabila Umar melihat sendiri bahawa Abu Ubaidah sebagai Gabenor di wilayah yang bersempadan dengan kerajaan Rom hanya tinggi di dalam kediamanan yang kecil dan hanya ada beberapa alatan asas sahaja, Umar menangis. Umar menyatakan bahawa dunia tidak boleh menipu Abu Ubaidah yang tidak mengambil sedikit pun kesenangan dari jawatan besar yang dia pegang.


Yang lebih menarik ialah status Abu Ubaidah itu sendiri. Di samping termasuk di dalam 10 orang yang dijamin syurga, dia juga digelar oleh Rasulullah SAW sebagai “Amin” umat ini. Dia orang yang paling beramanah. Namun, status berkenaan tidak mengecualikan Abu Ubaidah dari proses pengawasan Umar Al Khattab.


Dari meneliti kisah-kisah pentadbiran Umar Al Khattab, saya membuat kesimpulan bahawa setiap orang yang beliau lantik perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab jawatan dengan sebaik mungkin. Tak kira nama dan status kesyurgaan mereka, mereka diselia oleh Umar dengan kaedah yang sama.


Mesej kepada kita ialah seorang itu dinilai berdasarkan kepada prestasi kerja berdasarkan amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Nama, gelaran dan imej tidak diambil kira. Dapat kerja kena buat, bukan hebat mencari alasan.



SANUSI BUKAN ASET PN TAPI ASET PH/BN

 

Norman Radzuan.



Kini Sanusi bukan lagi hero tetapi liabiliti PN

SANUSI BUKAN ASET PN TAPI ASET PH/BN


Mungkin di kampung2 cara Sanusi berpolitik digemari tetapi menurut pemerhati politik, di peringkat tertinggi parti dan PN sendiri, aksi atau kelakuan Sanusi yg dulu dilihat hero kini menjadi liabiliti.


Bermula dgn aksi sindir menyindir dgn Tengku Mahkota Johor, body shaming kpd Menteri, menghina PM dan menghina Sultan Selangor ia sudah keterlaluan dan hanya membawa mudarat kpd PN sendiri.


Ia hanya menyukarkan kerjasama PN dgn Istana. Malah implikasi tentukan juga melibat Institusi Istana negeri Kedah kerana Sanusi dilihat telah mengguris hati perasaan Istana Johor dan Selangor. 


Rakan saya di Kedah beritahu rakyat negeri itu mula berkata kata dgn kelakuan tidak sopan Sanusi. Ada beranggapan gaya Sanusi bukan sepatutnya ada kpd kepimpinan Kedah.


“ Tak lojik seorang Menteri Besar memaki ‘ kepala bapa hang ‘ dan menghalalkan cara itu. Ia seolah olah mengajar rakyat negeri Kedah menggunakan bahasa yg dianggap kasar atau kurang ajar kpd seseorang,” ujar rakan lama di negeri Jelapang Padi tersebut.


Saya pula tambah minyak sambil disambut ketawa, “Hero apa, polis call tak mahu jawab. Rafizi ajak berdebat tak berani. Dia ni jenis berani depan walaun je. Jenis mai dengar ceramah walaun terkagum dgn lawak2 dan makian dia. Dia tahu yg duduk dkt bawah tu bukan tau apa.”


Rakan pensyarah Universiti malam tadi berborak politik dgnnya memberitahu kelakuan Sanusi hanya menyukarkan PN atau PAS sendiri utk berurusan dgn Istana apatah lagi dgn kerajaan pusat.


Katanya walaupun PAS menang di Kedah jika Sanusi menjadi Menteri Besar ia hanya menyukarkan kerajaan negeri pimpinan PAS memajukan negeri tersebut. Apatah lagi Sanusi berdepan dgn saman dan akan disaman seperti didakwa Mantan MB Selangor, Amirudin.


Malah isu REE ini tidak akan berakhir hingga PRN. Ia akan menjadi lebih serius dan dijangka akan berlaku dakwaan salah guna kuasa oleh SPRM selepas PRN ini. Begitu juga kes Sanusi dgn Istana Selangor telah dibawa ke peringkat siasatan polis.


Kebijaksanaan Saifuddin membongkar secara bersiri telah membuatkan ceramahnya bukan sahaja dinanti oleh rakyat Kedah, media tetapi Sanusi sendiri. Semua ingin tahu apa cerita seterusnya.


Penganalisis politik berkata Sanusi seperti dlm keadaan ‘panik’ apabila siri ceramahnya dilihat beliau bukan berkempen utk parti tetapi utk peribadi.


Disebabkan itu Sanusi perlu disenyapkan dan juga bukan lagi calon Menteri Besar Kedah andaikata PAS memenangi pilihanraya negeri. Sanusi hanya akn menyulitkan kerajaan negeri atau PN memenangi PRN nanti kerana terpalit dgn pelbagai kes siasatan.


Bagi saya Sanusi bukan aset utk PN lagi tetapi aset kpd Kerajaan Perpaduan.  Lagi byk Sanusi bercakap, lagi byk Kerajaan Perpaduan mendapat kelebihan.



TEDIAAAA...GUANE...?



 

PALA BAPAK-UOPPSSSS...BUKAN MAKI TAPI PUJI

 Aurora_69





Sanusi dah Kalah 😵

1. Lari 😨 debat isu REE. 

2. Gagal pertahan hasil bumi Kedah. 🌍

- dicuri dalam kawasan  berpagar 

- bertahun dicuri masih tak sedar. 💤 atau buat tak sedar.

3. Hari tu tak kenal, hari ni kenal. 😲

4. Tidak menggesa PTG buat dan hantar laporan kes. 

5. Makin Merapu 🥴 sampai ke Amerika dan China. - ingat kan Haji Hadi je merapu 🙃.  #TolakPN sokonglah #MalaysiaMadani untuk perubahan Kedah.



AL-KISAH JANJI LEBAI YANG KETINGGALAN.

 




Syair pendek:


Al-kisahhhh.... 

Kata memandaaa.. 

Hendak membinaaaa..

Lapangan antarabangsaaaa..

Stesen bas ada punnn..Sebegitu rupaaa..

Manifesto baru janji mereka ....


Nak syair panjang tambah sendiri yerr.. 😉😁