Ekonomi unggul, pendidikan berkualiti keutamaan Selangor




 Teras pertama dalam manifesto Kerajaan Perpaduan Selangor menumpukan kepada ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti.


Hal itu, kata Pengerusi Pakatan Harapan Selangor akan mampu menghasilkan modal insan terbaik dan memberi tenaga kerja berkualiti kepada pelaburan berteknologi tinggi yang masuk ke Selangor.


"Memfokuskan usaha pembangunan ekonomi kepada industri pertanian moden, aeroangkasa, rel dan bas elektrik, perkhidmatan 5G, robotik dan automasi, kecerdasan buatan, tenaga boleh diperbaharu serta e-sports.


"Menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada orang muda Selangor dengan menarik pelaburan tempatan dan luar negara," katanya dalam majlis Pelancaran Tawaran Kita Selangor, malam tadi.


Untuk itu, kata Amirudin, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Pelabuhan Ketiga di Pulau Carey, Pelabuhan Klang, agar Selangor menjadi destinasi utama pelaburan di Asia Tenggara.


Kerajaan negeri juga akan mewujudkan tiga perbandaran baharu di Sepang, Sabak Bernam, dan sepanjang jajaran Sungai Klang diterajui oleh PKNS, MBI, dan sektor swasta dilengkapi dengan perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor.


Mewujudkan lebih Taman Perindustrian Mampan ke arah menjadikan Selangor negeri neutral-karbon dan meningkatkan komitmen kepada piawai ESG.


Kerajaan Negeri akan melengkapkan keterhubungan 5G supaya Selangor menjadi negeri 5G tercekap di Asia Tenggara.


"Satu lagi, ajan diwujudkan Jajaran Kita Selangor yang menghubungkan perkhidmatan rel di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang, dan Sabak Bernam.


"Juga menghubungkan jajaran rel di KLIA ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek agar Wilayah Pantai Barat Selangor menjadi Koridor Perkhidmatan Rel," katanya.


Perpaduan menjanjikan latihan TVET bagi 10,000 orang muda Selangor dengan kerjasama bersama syarikat teknologi tinggi seperti Apple, Siemens, Festo, dan Dassault Systemes. Meluaskan skop peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dengan sasaran 200 ribu peserta.


Manifesto juga menawarkan kelas pembelajaran bahasa percuma seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun, dan Korea. Juga Bantuan Mahasiswa Kita Selangor berjumlah RM1,500 kepada setiap mahasiswa.


"Baucar pembelian buku RM200 kepada orang muda Selangor turut dijanjikan di samping menawarkan peluang latihan industri (internship) dengan bayaran RM1,500 sebulan bagi 2,000 orang muda Selangor.


"Merangsang kemahiran kreatif generasi muda dan belia dengan mewujudkan Geran Digital Kita Selangor mensasarkan 10,000 Duta Kreatif Kita Selangor dengan peruntukan RM 5 juta untuk 5 tahun akan datang," katanya lagi.




Rafizi Ramli - Ucapan Penuh Di Majlis Pelancaran Academy In Industry (Ai...


MAJLIS PELANCARAN ACADEMY IN INDUSTRY (AiI-SLDN) 1 OGOS 2023 (SELASA)

RENTASAN 1417 | PANAS!! TERNYATA PELUANG JUWAIRIYA KALAHKAN AZMIN CERAH?



MENARIK DALAM RENTASAN 1417
1. JANGAN BENARKAN PN RAMPAS RUMAH INI 2. COP MOHOR PENGKHIANAT DI DAHI AZMIN 3. PAS KAMBUS LEGASI NIK AZIZ 4. AKHLAK MULIA SUDAH DIBAKULSAMPAHKAN KE?



[memalukan] MUSLIMAT PAS DI TANGKAP! MANIPULASI DAN FITNAH TERDESAK!



Manipulasi titah Sultan Perak demi raih sokongan PRN, Pemimpin Wanita Pas ditangkap Polis Difahamkan muslimat PAS yang membuat tiktok mengenai titah Sultan Perak tempoh hari telah ditangkap oleh pihak polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan. Berpolitik ni biarlah ada sempadannya. Nak bergaduh, bergocoh sekalipun, pastikan jangan libatkan pihak yang tidak sepatutnya khususnya Institusi DiRaja.



TERCABAR SANUSI!! - KHIZRI PANGLIMA JENERI SEJATI | PRN KEDAH


inilah dia calon PHBN yang akan berhadapan dengan MB Sanusi di DUN Jeneri nanti. Saksikan kehebatan Muhamad Khizri Abu Kassim berada diatas pentas dan latar belakang pendidikan dan politik beliau. Yang pasti Mat Sanusi semakin gementar dan kemungkinan besar akan kecundang. Yes! PPRN ini Sanusi tumbang. Tak susah mana pun!

Saifuddin Nasution - Ucapan Penuh Di Ceramah Perpaduan di Pengkalan Kund...

TERKINI - Sesi Soal Jawab PM Anwar Ibrahim Di Program TEMU ANWAR Kuantan @ KKTM Ku...

KONON NAK BELA MELAYU. TAPI KAMU PUNYA KEKAYAAN LUAR BIASA TERMASUK ANAK ANAK KAMU YANG MAHAKAYA.


 

DJ RADIO INI PUJI USAHA PMX


 

UBAH KELANTAN


 



SULTAN DAN ISTANA PUN DISERET UNTUK KEPENTINGAN PARTI.

 



Tunggang agama ✅

Tunggang kaum ✅

Tunggang istana ✔️


PAS yang tak serik-serik. Senang cerita, PAS ni tak faham ketinggian kedudukan Raja-Raja Melayu di dalam Malaysia khususnya masyarakat Melayu Islam sehingga Sultan pun dijadikan bahan untuk berkempen.


PAS sebar video tahun 2013 (sungguh PAS tak reti move on) kononnya Sultan Nazrin memuji PAS. Tapi mengikut Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Sultan Nazrin sebenarnya memberi ulasan yang seimbang antara PAS dan UMNO.


Malah lebih penting, dalam ucapan tersebut Sultan Nazrin mengingatkan kesemua parti politik dalam keghairahan meraih sokongan dan kuasa, jangan sampai pecah belahkan perpaduan bangsa dan memusnahkan negara.


Tapi PAS spin konon macam Sultan sokong PAS je. PAS tak sedar yang mereka olok-olokkan itu adalah titah dari seorang Sultan? PAS ingat sultan sama level dengan presiden parti yang boleh dikarutkan? Baca di https://rb.gy/5itlf.


Tampak PAS tak menghormati Institusi Di Raja. Apa yang rakyat terutama orang Melayu boleh harapkan kepada parti yang melanggar prinsip Rukun Negara begini? Kalau Sultan pun tak dihormati, selamatkah Melayu dengan mereka? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


BAHAYA NI DALAM ISLAM. NI TERANCAM NI.


Adrian Lim Chee Ann




Kat PN macam-macam ada.

Ada Muslim jadi Paderi.

Ada Hindu jadi Pengerusi Pusat Tahfiz.


Ini bahaya.

Adakah proses Kristianisasi sedang berlaku?

Adakah proses Hindunisasi sedang berlaku?



SAJA ULANG BANYAK KALI SEBAB DIA NI AKTIF LAMA DAH. JADI ELOK KENA BERI PENGAJARAN PADA DIA.





 Jenis tak faham bahasa juga lebainita ni, Polis dah bagi amaran jangan petik isu 3R, yang pi cherry picking video lama lepas tu buat Sultan sokong hangpa buat apa? Tunjuk la prestasi hangpa jaga negeri ke, dari segi ekonomi ke.


Oh lupa lebai mana reti apa, prestasi ke laut, ajak debat lari. Nanti kalau dah ke dalam jangan pula salahkan kerajaan Madani, hang yang jolok sarang tebuan, hang la yang kena sengat. Moga di permudah urusan ke dalam.


Sumber: Mohd Mukhlis Mohd Sharif


DIA KLUAQ UMNO CARI TOK LAKI BARU- TAPI ORANG TAK SUKA.KESIAN MU.


 

HANG DOK MOHONG ORANG KAMPUNG HANG NAK AMBIK DUIT MANA. AIR PUN TAK DAK DAN TAK SELESAI


 

DIA KUTUK USAHA ORANG LAIN, TETAPI USAHA DIA SATU PUN TAK ADA DI KEDAH. PETANI TETAP TAK BOLEH MAJU .


 

SELAMAT MASUK LOKAP


 

SURAT DEWAN DIRAJA PERAK.



 

Oooooo...ORANG KEDAH KALAU SEBUT PALA BAPAK HANG TU PUJI...SANUSI KATA.

 



Ibrahim Mat Isa.


Kepala bapak hang itu kata-kata pujian katanya.. sikit hari lagi anak-anak yang makin membesar di Kedah akan sebut butopakhang untuk memuji bapa mereka..

INILAH ORANGNYA....


 *BIADAB!!!* Lepas Sultan Selangor, kali ini kacau Sultan Perak pula. Kerana politik dan gilakan kuasa sanggup PAS manipulasi ucapan lama tahun 2013 sampai Dewan Negara Perak keluar kenyataan menafikan sokong PAS! *#TolakPN* *#PNBiADAB!*




TERIMA SEMULA DEBAT




Saya telah dimaklumkan bahawa Sdr. Syahir telah menerima semula jemputan saya untuk berdebat setelah mendapat keizinan pimpinan beliau.


Saya ucapkan terima kasih. 


Platform debat adalah peluang bagi parti-parti membentangkan idea dan tawaran kepada rakyat.


Maklumat lanjut debat akan dimaklumkan tetapi tarikh setakat ini adalah 9 Ogos 2023.

BELAJAR DENGAN SIFU




Shahir punya sambut cabaran pada Rafizi saya terkejut sb mana ada pemimpin PAS berani berdebat. Mereka hanya berani di hadapan penyokong mereka yg ternganga mulut mendengar khayalan dan propa2 mereka sambil ketawa… bersetuju tanpa berfikir.


Sebab itu samada berdebat soal agama apatah lagi ekonomi pemimpin PAS tidak akan berani kerana bimbang penyokong mereka tahu pemimpinnya tidaklah hebat mana.


Bagi saya cabaran itu sekadar nak tunjuk hero depan penyokongnya. Mcm dulu Sifu dia nak buktikan kononnya di pihak benar dia saman… menjerit la walaun. Tiba2 dia tarik saman dan bayar ganti rugi. Patut org yg kena saman minta saman ditolak ini org yg saman pula tarik saman.


Samalah dia yg cabar Rafizi dan dia juga yg tarik diri. Apa nak buat, memang mereka yg berani borak berdegah degah di depan mereka yg lemah. Bersyarah tiada soal jawab jadi org tak tahu ilmu level mana. Mereka pula pemegang dalil dunia…


Patut pembangkang yg akan ajak berdebat tapi kali ini kerajaan yg ajak pembangkang berdebat. Seperti juga dulu patutnya pembangkang yg mahukan audit negara dan kerajaan menolak tetapi itulah bila bersalah mereka akan takut utk rakyat tahu.



BUAT NIK ABDUH – DARIPADA BERPUASA, LEBIH BAIKLAH TERUS SAJA BERSARA!!

 

Anak Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh semalam mengumumkan beliau mahu berpuasa daripada politik untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan.

Kata Nik Abduh, apa yang sedang dihadapi sekarang merupakan detik yang paling sukar dalam kehidupan dirinya dan keluarga.

“Saya puasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda,” katanya dalam hantaran di media sosial miliknya.

Walaupun tidak menyebut sebab mengapa keputusan berpuasa itu diambilnya, tetapi tidaklah sukar menyelami bahawa ini adalah berikutan namanya tidak tersenarai sebagai calon dalam PRN Kelantan yang kempennya sedang berjalan sekarang ini.

Selepas digugurkan pada PRU15 lalu dan tempatnya di Parlimen Bachok diambil alih oleh Syahir Sulaiman, Setiausaha Politik kepada Hadi Awang, barangkali harapan Nik Abduh di PRN inilah tersedia tempat ganti untuknya.

Berikutan tidak tersenarai itu, bapa saudara Nik Abduh iaitu Nik Din Nik Mat lantas mendakwa, semua ini adalah perancangan Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Dakwanya, Hadi Awang telah bersetuju untuk meletakkan Nik Abduh sebagai calon, tetapi Mohd Amar yang tidak memasukkan nama anak saudaranya itu.

Lantas itu, melalui sebuah video, Nik Din menyeru agar Mohd Amar dikalahkan pada PRN 12 Ogos ini.

Sementara Mohd Amar menafikan penglibatannya dalam mengenepikan Nik Abduh dan menganggap segala tuduhan Nik Din itu adalah fitnah terhadapnya, persoalan lain ialah mengapa Hadi Awang tidak berusaha menyenaraikan semula anak Tok Guru Nik Aziz itu sebagai calon setelah diketahui namanya diketepikan?

Bukankah pemgumuman calon Pas Kelantan diadakan dua hari sebelum hari penamaan calon?

Menukar calon setelah majlis pengumuman adalah perkara biasa dan banyak parti telah selalu melakukannya.

Bahkan dalam PRN kali ini pun ada juga beberapa parti menukar nama calon mereka pada saat-saat akhir srbelum hari penamaan calon.

Tidak mustahilkah sebenarnya, entah-entah Hadi Awang juga mungkin tidak berapa berkenan dengan Nik Abduh dijadikan calon?

Apa pun, kepada Nik Abduh yang tinggi ilmu agamanya, anggap sajalah tidak dicalonkan ini sebagai suratan tiada rezeki untuknya daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Terlepas jadi calon dan terlepas rezeki adalah kejadian lumrah yang berlaku tiap-tiap hari dalam kehidupan manusia kerana ia adalah rahsia Tuhan ybg tidak berbaloi untuk kita pening-pening kepala memikirkannya.

Yang penting, terus berusaha adalah perkara yang seharusnya kekal menjadi milik kita sepanjang kehidupan ini.

Dalam perjuangan, tiada ada istilah berpuasa, rehat seketika atau tidak mahu berusaha lagi selepas terlepas sesuatu rezeki.

Apabila Nik Abduh mengambil keputussn untuk bepuasa untuk sstu tempoh yang tidak dinyatakan, lebih-lebih lagi apabila difahami sebabnya keputusan tersebut diambil adalah kerana tidak terpilih sebagai calon, ia dengan sendirinya memperlihatkan beliau tidak nemiliki jiwa yang kental dalam perjuangan.

Tidak keterlaluan, Nik Abduh sebetulnya bukan orang perjuangan berdasarkan keputusan diambilnya ini.

Orang perjuangan, jangankan tidak terpilih sebagai calon, dalam penjara pun jiwa mereka untuk terus berjuang tetap bergelora.

Buat Nik Abduh – daripada berpuasa, lebih baiklah terus saja bersara!! – ShahbudinHusin 01/08/2023.



Lapangan terbang KXP atau pengairan padi diperlukan rakyat Kedah? - Mahfuz







 Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dianggap penting oleh Kerajaan PN Kedah belum tentu dianggap keperluan utama rakyat di negeri itu.



Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar sebaliknya berkata, langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan projek pengairan moden bagi membolehkan petani menanam padi 5 kali dalam 2 tahun lebih praktikal buat majoriti penduduk.



Malah, katanya, projek KXP yang dicanang Menteri Besar Datuk Seri Sanusi Md Nor tidak mempunyai pembiaya atau pihak swasta yang sanggup menyediakan dana buat masa ini.



"Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai perancangan yang rapi. Mereka hanya membina (KXP) atas sentimen nak bina naratif kononnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi kerjasama kepada usaha dilakukan mereka.



"Saya tak nampak bagaimana kita boleh mendukung sebuah Kerajaan Negeri yang tidak memunyai idea cukup lengkap nak memacu (ekonomi) negeri. Adakah KXP diperlukan atau pun sistem pengairan padi yang perlu dibaiki?



"Sebab itu Datuk Seri Anwar lebih melihat kepada persoalan realiti. Realiti di Kedah ialah pengairan untuk padi. Sebab negeri ini jelapang makanan negara," katanya kepada Suara Keadilan.




Mahfuz melawat penduduk kurang sihat dalam kempen



Tegas Mahfuz, dua idea tersebut perlu dibezakan oleh pengundi menjelang 12 Ogos ini. Mana satukah akan memberi lebih keuntungan kepada mereka, sama ada meningkatkan hasil padi atau projek lapangan terbang yang belum tentu mereka boleh bekerja dalam sektor terbabit.



"45% padi untuk dijadikan beras dalam negara kita datang dari negeri Kedah. Jadi kalau tak dijaga yang ini, dia akan merosot.



"Oleh itu kita nak upgradekan hasil padi Kedah untuk memastikan keterjaminan makanan. Ini kita nampak perbezaan antara Datuk Seri Anwar dengan Sanusi yang dok tekan soal KXP.



"Orang sini (kampung) pun tak fikir (lapangan terbang). Orang sini fikir saliran, di sesetengah tempat dah berapa musim tak boleh buat padi (akibat masalah pengairan).



"Yang ini Datuk Seri Anwar berpijak di bumi nyata," katanya.



Menurut Calon DUN Alor Mengkudu itu lagi, dengan peruntukan RM3 bilion daripada Kerajaan Persekutuan maka sistem pengairan sawah di Kedah akan sama moden dengan di Sekinchan, Selangor yang mempelopori penanaman padi 5 musim dua tahun.



Malah kawasan bendang yang bermasalah di Alor Mengkudu sejak sekian lama, katanya, boleh diusahakan semula asalkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan diperintah oleh parti yang sama bagi memudahkan urusan mendapat peruntukan.



"Di Alor Mengkudu ada dua tempat (bendang bermasalah), di Titi Liverpool dan Titi Gerigih. Di Titi Liverpool (jambatan) perlu diangkat jadi lebih tinggi untuk saliran air. Jambatan rendah menyebabkan keadaan sawah tenggelam dengan laluan air, tersangkut dengan pokok pokok yang tumbuh terapung.



"Isu itu saya jumpa MADA, melawat dengan bot dan MADA dulu luluskan peruntukan RM500,000 tetapi tak cukup dan projek tidak diteruskan, jadi hal ini kita perlu angkat semula.



"(Sekarang) tidak ada masalah, Menteri Pertanian Datuk Seri Mohamad Sabu (satu parti), jadi saya rasa lebih mudah untuk mengatasi masalah dihadapi oleh petani di sini," katanya lagi.

 

PM pelawa penduduk Kuantan hadiri sesi Temu Anwar





Warga sekitar Kuantan dijemput hadir ke sesi Temu Anwar yang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar memaklumkan hadirin akan diberi peluang untuk bertanya langsung kepada beliau soal-soal pentadbiran dan isu semasa yang berkaitan rakyat termasuk politik dan kekuasaan, falsafah, agama atau apa sahaja.



"Seperti yang selalu saya tekankan bahawa rakyat mesti diberi ruang secara terus untuk menyoal pemimpin melibatkan pelbagai isu yang mengesankan warga, dan ini adalah sebahagian dari rencana untuk melonjak negara ke arah sistem masyarakat yang madani.

"InshaAllah ruang ini kita gunakan sebaiknya dalam mencambah budaya wacana yang sihat dan segar ketimbang gejala mencerca dan yang tidak mencerdikkan masyarakat," katanya.



"...dan ini adalah sebahagian dari rencana untuk melonjak negara ke arah sistem masyarakat yang madani," katanya.



Berdasarkan poster yang dikongsi menerusi hantaran itu, sesi Temu Anwar akan berlangsung pada 1 tengah hari dan pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang temuanwar.com.

 

 

Projek tanaman padi SMART SBB bakal diperluas


 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berusaha memastikan projek tanaman beras SMART SBB Mini Sekinchan MADA-BERNAS dapat dilaksanakan secara berskala besar.



Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, selain itu kerajaan juga akan berusaha memperluas projek itu ke seluruh negara sebagai langkah memastikan bekalan beras di negara ini mencukupi.

Mengulas mengenai kemungkinan berlaku gangguan import susulan keputusan India menghentikan pengeksportan beras, beliau menjelaskan, negara tidak berdepan kesan besar dari keputusan itu namun sentiasa perlu bersedia dengan menghasilkan lebih banyak beras tempatan.

"India sudah umumkan akan henti eksport beras mereka. Pakistan, Veitnam dan Thailand juga kata begitu sekiranya cuaca terus tidak menentu tahun depan.. kita perlu bersedia.



"Kita bawa teknologi baru (tanaman padi) bermula di Sekinchan, Selangor. Kita bawa ke Perlis, Terengganu dan Pahang. Bagi projek di Arau (Perlis) yang akan dituai bulan Ogos, jika mampu capai 10 tan beras, kita akan perluaskan," katanya dipetik.



Mohamed berkata begitu selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) ke-38 di Kuala Lumpur.



Mengulas lanjut, Mohamad berkata langkah itu bukan sahaja meningkatkan keterjaminan bekalan beras di Malaysia, malah ia mampu mengurangkan kebergantungan kepada beras import dan membantu negara mencapai tahap sara diri (SSL) dalam pengeluaran beras.



"Selain itu, langkah tersebut juga mampu membantu meningkatkan pendapatan pesawah tempatan," tambahnya.



Minggu lalu, Mohammad berkata Malaysia perlu bersedia untuk mencapai tahap sara diri (SSL) dalam pengeluaran beras.



Bercakap pada satu program di Alor Setar, beliau berkata tempoh enam tahun akan datang menjadi tempoh kritikal untuk negara mencapai matlamat itu berikutan risiko negara pengeksport mengurangkan atau menghentikan eksport makanan ruji berkenaan bagi melindungi permintaan domestik masing-masing.



Bagi tujuan itu jelasnya, Kerajaan bercadang memperuntukkan RM3 bilion bagi menambah baik infrastruktur di bawah MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) bagi memperluaskan tanaman padi lima musim dalam dua tahun.

 

TUUU DIIAAAAA. AAIIIHHHH NOH...





MMMS.


Biodata calon bersepah-sepah, rajin betul belajar dekat overseas di Missionary Christian University tapi takat Diploma in Business Management. Cuma kalau Diploma, celah mana boleh pakai title Dr Kumar? Lepas tu pengerusi tahfiz Al-Quran? Tahfiz mana pula ni? Macam-macam lah calon Pertikaian Nasional ni.



TMJ HENTAM BEKAS KAPTEN MALAYSIA.....KAH..KAH..KAH...


 

HANG NAK HENTAM SEHARI SATU KA IKUT HANG LA. TAPI JAWAB LA APA YANG PERLU JAWAB.


 

CALON BACA TEKS VS CALON KOMPETAN. ORANG KEDAH, HANGPA NAK CALON BACA TEKS KA....


 

NI CALON APA NI. BACA BUKU KA CERITA KA PANTUN KA..?

 

Shahbudin Husin



Berat calon PN ini, semalam dia kata hanya akan keluarkan manifesto selepas dia dimenangkan terlebih dahulu.


Sekarang pula, tak tahulah dia berucap atau sedang baca buku…😅😅




SELAIN KELANTAN, PILIHAN KEDUA TUN MAHATHIR DITAWAR BERTANDING ADALAH DI MELAKA


Berikutan artikel yang saya tulis semalam mengenai wujudnya rancangan untuk menjadikan Tun Mahathir Mohamad kembali sebagai Ahli Parlimen dengan meletakkan beliau bertanding di Kelantan selepas berakhirnya PRN ini, seseorang yang berada dalam “circle” Proklamasi Orang Melayu atau POM telah menghubungi saya melalui telefon.


Pada mulanya saya ingat dia ingin meluahkan rasa tidak puas hati dengan penulisan tersebut, tetapi rupa-rupanya mahu memberi maklumat tambahan.


Orang berkenaan berkata, apa yang saya tulis itu tidak berapa lengkap.


Lalu saya bertanya – yang lengkapnya bagaimana?


Beliau mengakui memang wujud rancangan untuk menjadikan Tun Mahathir kembali semula sebagai Ahli Parlimen.


Katanya, ini kerana peranan Tun Mahathir dalam usahanya untuk bersama-sama dengan blok pembangkang bagi menjatuhkan Anwar hanya akan berkesan jika bekas Perdana Menteri itu berstatus Ahli Parlimen.


“Tanpa kedudukan sebagai Ahli Parlimen, keyakinan orang ramai kepada Tun Mahathir tidak cukup kukuh.


“Dengan berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, keyakinan itu secara automatik akan menjelma kerana ketika ini hanya Tun Mahathir dirasakan mampu mentadbir negara ini dengan baik,” ujar beliau.


Menurut beliau, tidak dinafikan negeri Kelantan adalah pilihan yang dibincangkan untuk Tun Mahathir bertanding semula dan sudah ada Ahli Parlimen Pas yang sedia untuk mengosongkan kerusinya bagi tujuan itu.


“Negeri Kelantan menjadi pilihan kerana ia dilihat sesuai dengan jiwa serta dasar perjuangan Tun Mahathir mengenai penyatuan Melayu berikutan negeri itu 99 peratus penduduknya adalah Melayu,” tambahnya lagi.


Namun, jelas orang kuat POM itu lagi, ada juga kawasan Parlimen di negeri lain yang menjadi pertimbangan sebagai pilihan kedua bagi Tun Mahathir tandingi.


Setakat ini, katanya, kerusi Parlimen Jasin di Melaka adalah pilihan kedua yang paling hampir untuk diberi laluan kepada Tun Mahathir bertanding, selain perancangan asal di Kelantan.


Tambahnya, di samping Kelantan yang hampir pasti mampu dimenangi dengan mudah oleh Tun Mahathir, Jasin juga dipercayai tiada masalah bagi bekas Perdana Menteri dua kali itu beroleh kemenangan.


“Lagi pun, apabila Tun Mahathir bertanding di situ, orang akan faham tujuannya ialah untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri.


“Mustahil orang Jasin dan Melaka menolak kehadiran seorang bakal Perdana Menteri untuk menjadi wakil rakyat mereka,” kata orang kuat POM itu dengan penuh yakin.


Sebagai makluman, kerusi Parlimen Jasin dimenangi oleh PN pada PRU15 lalu melalui calon Pas, Zulkifli Ismail yang berjaya menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon BN, Roslan Ahmad, calon PH, Harun Mohamed serta calon Pejuang, Mohd Daud Nasir


Kemenangan Zulkifli yang juga Pesuruhjaya PAS Melaka, sekaligus menyaksikan Jasin buat pertama kali jatuh ke tangan pembangkang selepas kawasan itu dikenali sebagai kubu BN sejak merdeka lagi.


Mungkinkan Jasin bakal mencipta sejarah sekali lagi dengan beroleh Perdana Menteri pula? – ShHbbudinHusin 31/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/



MEMANG DIA TAK CEKAP. DIA BUKAN CERDIK SANGAT . MENGATA KE ORANG SAJA DIA PANDAI.

 




Sanusi  ni sebuk sangat berpolitik, sampai berbulan-bulan lori keluar masuk angkut curi REE harta Rakyat Kedah pun dia tak sedar. 


Nak curi REE ni bukan kerja mudah, perlu bina kilang khas, kena ada pekerja yang ramai, kena buat jalan untuk lori masuk, ada sistem logistik dan lain-lain.


Ibarat gajah meniarap di ruang tamu, tapi tuan rumah buat bodoh macam tak ada apa berlaku.


 #SanusiBodoh



NAMPAK GAYA PAS TAK PILIH DAH PALA BAPAK NI JADI MB.

 

Mohd Afendi Abas.



Ambik Cow Sanusick! 



Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menghalang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada mengeluarkan, mengulangi dan menerbitkan kenyataan yang memfitnah Perdana Menteri itu di media sosial, laman web dan mana-mana platform lain.


Peguam Datuk S.N. Nair, yang mewakili Anwar berkata Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan Pengerusi Pakatan Harapan itu pada prosiding semalam.


#AWANInews



AL KISAH MUSLIMAT PAS YANG TIDAK CERDIK.PEJABAT SULTAN PERAK LAPOR POLIS.

 Al-kisahnya. 


Raja Perak pada tahun 2013, pernah sampaikan titah dan ucapan. Mengenai Perpaduan Ummah. Dalam



Titah Baginda, ada lah Baginda bagitau sejarah PAS dan UMNO sambil pujilah dua2 parti. 

Nasihat kan juga mereka, dalam berpolitik jangan sampai timbulkan perpecahan di kalangan umat. 


Fast forward 2023, ada Cik Kak ni nama Hawa, Ketua Muslimat Pas Melaka viral kan video Sultan. Cuma kali ni dia edit yang bab Sultan puji PAS saja. Bab lain dia tak highlight. Seolah2 nak tunjuk, Sultan Perak pun suruh undi PAS masa PRN nanti. 


Tengok lah cara mereka ni, sampai Sultan pun diguna nak cari undi. 


Sultan jelas murka, suruh Wakilnya report polis. Dilaporkan tindakan ini “mencemarkan nama baik takhta”. 


Lepas ni kalau polis buat tangkapan. Jangan salahkan Kerajaan pula. Atau play victim.


Raja pun korang main langgar, ada hati nak memerintah negara. Melayu tapi derhaka Raja, buat malu keturunan saja. 


~LM~


TERTINDAS NI MACAM DI KELANTAN DAN KEDAH. AIR TAK ADA..HAPA PUN TARAK....RAKYAT KENA TINDAS...


 Kalau tengok, ramai pemimpin PN yang kata yakin dapat tawan Selangor dengan alasan kebangkitan rakyat. Aku jadi tertanya pulak apa maksudnya dengan kebangkitan rakyat?


Bangkit ni kalau rakyat tertindas. Tapi sekarang ni tak nampak ciri rakyat tertindas. Tak macam masa 33 bulan dulu. Menteri makan komisen, rakyat pula sampai kibar bendera putih.


Sekarang ni tengok rakyat bebas ke sana ke mari. Boleh pergi kerja. Boleh shopping. Tak lagi disaman jika solat berjemaah di masjid. Jadi tak ada bukti rakyat sedang ditindas.


Atau dia maksudkan bangkit dari lena dan mula hadapi realiti? Jika begitu, aku rasa boleh setuju. Sebab rakyat dah mula nampak kebenaran.


Rakyat dah nampak kini yang inflasi boleh ditangani  tanpa perlu naikkan OPR setiap tiga bulan.


Rakyat juga dah nampak harga barangan keperluan boleh turun jika diuruskan dengan betul.


Rakyat nampak bekalan minyak masak bersubsidi boleh mencukupi jika tak disorok anak menteri.


Rakyat juga nampak pelaburan berlumba-lumba masuk jika politik stabil dan tidak ada usaha untuk khianat dan rampas kuasa.


Juga jelas di mata rakyat tak perlu sampai kibarkan bendera putih bila dalam kesusahan jika kerajaan prihatin.


Rakyat nampak menteri yang kreatif akan mampu hasilkan inisaitf yang membantu rakyat seperti IPR dan Menu Rahmah.


Rakyat juga nampak yang mengaku bersih belum tentu bersih. Yang mengejek kluster mahkamah kini turut menjadi kluster mahkamah.


Rakyat juga dah nampak kini siapakah pihak yang tak menghormati dah derhaka terhadap Raja-Raja Melayu.


Pendek cerita, rakyat dah boleh nampak kebenaran sekarang. Memang rakyat dah bangkit dari tidur  yang didodoikan dengan alunan perkauman dan ekstremisme agama.


Kebangkitan rakyat? Ya, rakyat dah bangkit. Rakyat kini bangkit untuk menolak mereka yang gunakan isu kaum dan agama untuk kuasa kemudian sakau bila kuasa sudah di tangan. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


APAKAH RAHSIANYA . SILA BUAT LAPORAN POLIS . WALAUN BETOI.


 Tadi aku terbaca komen seseorang yang dikatakan berpengaruh. Katanya dia sokong PN sebab dia dah baca 'buku rahsia' DAP. Wow...


Dia boleh baca buku rahsia. So takde la rahsia lagi kan? Tapi aku tak pernah baca. Rasanya ahli DAP pun ramai yang belum baca.


Apa isi buku tu? Rahsia apa? Rahsia nak hapuskan orang Melayu? Rahsia nak tukar perlembagaan? Ke nak hapuskan Raja-Raja Melayu?


Kalau betul ada buku rahsia tu, dan kalau betul buku tu memperkatakan soal yang sensitif, sebarkanlah. Jangan simpan sendiri.


Laporkan kepada polis. Tunjukkan kepada rakyat. Jangan setakat cerita tapi bukti tak ada. Itu fitnah namanya. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.