PM pelawa penduduk Kuantan hadiri sesi Temu Anwar





Warga sekitar Kuantan dijemput hadir ke sesi Temu Anwar yang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar memaklumkan hadirin akan diberi peluang untuk bertanya langsung kepada beliau soal-soal pentadbiran dan isu semasa yang berkaitan rakyat termasuk politik dan kekuasaan, falsafah, agama atau apa sahaja.



"Seperti yang selalu saya tekankan bahawa rakyat mesti diberi ruang secara terus untuk menyoal pemimpin melibatkan pelbagai isu yang mengesankan warga, dan ini adalah sebahagian dari rencana untuk melonjak negara ke arah sistem masyarakat yang madani.

"InshaAllah ruang ini kita gunakan sebaiknya dalam mencambah budaya wacana yang sihat dan segar ketimbang gejala mencerca dan yang tidak mencerdikkan masyarakat," katanya.



"...dan ini adalah sebahagian dari rencana untuk melonjak negara ke arah sistem masyarakat yang madani," katanya.



Berdasarkan poster yang dikongsi menerusi hantaran itu, sesi Temu Anwar akan berlangsung pada 1 tengah hari dan pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang temuanwar.com.

 

 

No comments: