'Negara Islam berdamai, parti Islam Malaysia cuba jatuhkan PM'
Negara negara Islam dunia yang bersengketa sejak puluhan tahun lalu seperti Arab Saudi dan Iran telah pun bersetuju untuk berdamai dalam kerangka memperkukuh Islam.
Bagaimanapun, menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Raja Bahrin Shah keadaan begitu berbeza di Malaysia apabila parti Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam cuba menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pejuang Islam diiktiraf dunia.
"Kerajaan Arab Saudi dan Iran baru baru ini telah berjumpa untuk menjalin semula hubungan diplomatik di bawah initiatif kerajaan China.
"Rombongan Arab Saudi juga telah tiba di Yaman untuk memulakan rundingan damai di bawah usaha bersejarah Oman selepas hampir lapan tahun berperang.
"Di Lubnan, Hizbollah yang ada perbezaan pandangan dengan Hamas mula mengadakan mesyuarat perundingan kerjasama.
"Sementara negara negara Islam lain sedang mengukuhkan kerajaan mereka dan memperkuatkan perpaduan umat Islam, parti yang mengakui diri sebuah parti Islam di Malaysia sebaliknya mahu menjatuhkan Perdana Menteri Islam yang dipilih oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Raja Bahrin turut mempersoalkan propaganda Pas yang dianggapnya ketinggalan zaman berdasarkan tantanan baharu dunia apabila masih melabelkan komunis dan negara komunis sebagai musuh utama Islam.
Sedangkan katanya, di peringkat dunia kebanyakan negara negara Islam mempunyai hubungan haik dengan China dan bekas pengasas ajaran komunis, Rusia.
"Perlu diingat ada pihak yang melabelkan komunis dan bangsa Cina merupakan musuh utama umat Islam di Malaysia.
"Ironinya tuduhan ini. Sedangkan inisiatif negara China komunislah yang telah berjaya mendamaikan dua negara Islam Arab Saudi dan Iran di mana negara Islam lain gagal melakukannya.
"Peristiwa global dunia Islam semasa memerlukan penilaian semula, siapakah sebenarnya menjadi musuh sebenar kepada umat dan negara Islam semasa.
"Pandangan lama bahawa komunis adalah musuh tradisi Islam perlu penilaian dalam konteks antarabangsa hari ini. Hari ini negara komunis seperti China dan Russia mempunyai hubungan baik dengan negara Islam," katanya.
Bagi Raja Bahrin, dengan serba keterbatasan minda pemimpin Pas menelaah politik dunia maka sudah tiba masanya Pas mengubah strategi politiknya daripada berterusan menggunakan fitnah menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, kepada pembangkang yang baik dan menghulur tangan persahabatan kepada pemimpin yang lebih unggul, Datuk Seri Anwar.
"Malaysia pernah menerajui OIC dan Anwar Ibrahim mempunyai ketokohan untuk membawa Malaysia ke tahap kegemilangan dahulu di kalangan negara Islam hari ini.
"Malangnya ada pihak yang ingin mengagalkan peluang Malaysia mencapai tahap kecemerlangan tersebut.
"Adalah lebih baik Pas sebagai sebuah parti yang mengelar diri parti Islam berdamai dan memperkukuhkan kerajaan Malaysia serta tidak cuba mengugat kestabilan dengan usaha berterusan mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang direstui oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam Malaysia.
"Ikutlah contoh global negara Islam lain yang giat berusaha mencari perdamaian dan bukan persengketaan demi penyatuan umat Islam sedunia," katanya lagi.
Justeru, Raja Bahrin berharap dengan semangat Nuzul al Quran dan semangat Ramadan kali ini umat Islam Malaysia boleh berdamai dan melupakan persengketaan panjang politik yang amat merugikan.
KECOH KETIDAKCEKAPAN MENTERI FAHMI
MOHD SAYUTI OMAR
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang seperti nampak
jadi orang penting Anwar Ibrahim sudah cetus masalah apabila dia dikecam
pelbagai badan media.
Fahmi dikecam badan media apabila timbul rasa tidak puas hati terhadap
media yang buat spekulasi kadar dasar semalam (OPR). Fahmi dikecam kerana dakwa
media memfitnah bank. Dakwaan Fahmi itu menyinggung media.
Ketidakcermat Fahmi bakal menjadi masalah kepadanya nanti.
Menteri berambut jelly ini nampak cerdik tetapi tidakkannya tak secerdik rambut
jellynya.
NAJIB HARUS TAHU TENTANGAN DAN KESEDARAN RAKYAT
This shows that, the age of troll and cyber army is coming to an
end.
Rakyat kita makin sedar. Walau berjuta dihabiskan untuk membuat
spin dan propaganda palsu, rakyat tak termakan dengan dakyah songsang.
Yang salah tetap salah.
Let the kayangan knows, the best form of propaganda is the
TRUTH.
~LM~
DOA MEREKA TELAH DIMAKBULKAN- SESUNGGUHNYA JATUHLAH KERAJAAN PN
Walaun ni kata, doa orang yang teraniaya ni makbul. Memang betul. Ini buktinya. Kami rakyat menderita kerana urus tadbir yang curang.
Kami berdoa supaya orang yang bertanggungjawab buatkan kami
menderita diberi pembalasan yang setimpal. Maka ini pun berlaku.
Jelaslah doa orang yang teraniaya itu makbul. Kita panjatkan
kesyukuran kepada Allah kerana tunaikan doa kita. Alhamdulillah. Guane boh?
IMBASAN TITAH AGONG – KUASA MENGHUKUM, PENGAMPUNAN TIDAK WAJAR DIGUNA SEWENANG-WENANGNYA
Di bawah ini adalah titah Yang Dipertuan Agong pada September 2022 lalu berkaitan kuasa menghukum dan pengampunan yang tidak wajar digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Jika kita teliti dan fahami titah baginda ini dengan isu pengampunan Najib Razak yang sedang hangat diperkatakan sekarang berikutan tindakan UMNO secara tergesa-gesa memohonnya, ia sebenarnya mampu memberi kefahaman yang lebih jelas kepada kita semua.
Adalah difahami baginda seorang yang amat teliti yang bukan saja memikirkan keadaan semasa, tetapi juga soal pertanggungjawapan di hari kemudian.
Mari sama-sama kita teliti titah baginda itu:-
———————————————————
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kuasa menghukum dan pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya.
TUUU DIAAA- DIA PUNYA MINTA PENERBANGAN PERCUMA. NI MANUSIA KA APA NIH ? SEKOLAH KA TIDAK ?
Fuiyoh! Dia nak penerbangan percuma! Ini manusia ke apa ni?
Masalah yang selalu diangkat oleh rakyat sebelum ini ialah tiket
penerbangan yang mahal. Bila MOT luluskan penerbangan tambahan, bermakna wujud
persaingan dan itu akan turunkan harga tambang.
Itu tak pernah berlaku sebelum ini. Terutama waktu PN
memerintah. Tiket penerbangan melambung naik harga. Malangnya kabinet PN
dipenuhi dengan pasu, tiada usaha nak bantu rakyat sedikit pun.
Jadi tahun ini, diwujudkan penerbangan tambahan. InsyaAllah
harga akan turun. Walaun dan chaibunge dah tak reti nak kutuk apa, dia boleh
kata rakyat nak penerbangan percuma pula. Dah gadai otak ke?
Agak-agak la kalau nak hentam kerajaan pun. Biar kena dengan
isunya. Budak pergi sekolah pun kena bayar tambang bas. Ini tiket penerbangan
dia nak percuma. Mana pergi rasional dia? Guane boh?
SANUSI TAK TAHU KEDUDUKAN BELIAU DAN KUASA PERKENAN SULTAN.
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIH
Dia ini sama ada tak faham prosedur ataupun sengaja play victim.
Buat cerita sedih tapi tak ada bukti, sama dengan kes katering
MAEPS, saman Fitnah Mahfuz, LIMA langkawi, tengok RAPTOR masa PKP dan Airport
Kulim.
"Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mendakwa ada usaha
terancang menggantikannya dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Norizan Khazali
untuk mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara. Bagaimanapun, beliau
mengakui TIDAK MEMPUNYAI BUKTI untuk menyokong dakwaan itu kerana gerakan
berkenaan belum menjadi realiti."
Pastu benda ini jelas dalam perlembagaan persekutuan yang hak
melantik wakil dalam Majlis Kewangan Negara terletak pada wewenang Sultan
Kedah, jadi dia nak sembang apa? Kalaupun Sultan pilih orang lain itu adalang
perogatif baginda, hang kena muhasabah diri sendiri la. Jenis cerdik yang tak
boleh di ajar.
"Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis
Kewangan Negara perlu diketuai perdana menteri atau mana-mana menteri dilantik
manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan sultan atau Yang di-Pertua
Negeri."



