TAK MAU TAK PA LAH MAIL - KAMI TAU AWAL DAH.....SAJA MENCABAR SAJA MENGUJI

 

Ismail tolak debat calon PM dengan Anwar




Ismail Sabri Yaakob menolak debat calon perdana menteri dengan
 Anwar Ibrahim kerana berpandangan tidak akan mendatangkan
 sebarang hasil.

KUALA LUMPUR: Ismail Sabri Yaakob menolak cadangan Anwar Ibrahim supaya calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berdebat secara terbuka, sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Perdana menteri sementara itu, berkata debat bukan “bukan budaya kita” dan perbahasan disarankan tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

“Bukan budaya kita, dia tak datang apa-apa hasil. Kalau bagi debat, dia akan sebut janji dia bulan bintang akan sebut, jadi tak perlu,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ismail berkata demikian ketika ditanya cadangan Anwar supaya tiga calon perdana menteri PH, PN, dan BN untuk mengadakan debat secara terbuka.

Pada 20 Okt, Anwar berkata, perbahasan itu perlu memberi tumpuan kepada soal dasar, perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan dan menerusi langkah itu rakyat boleh menilai tentang soal hala tuju dan masa depan negara.

Anwar merupakan calon perdana menteri bagi PH, manakala Muhyiddin Yassin calon bagi jawatan itu bagi PN.

Mengulas lanjut, Ismail yang juga naib presiden Umno, berkata kerajaan dibentuk berdasarkan kepercayaan diberikan rakyat.

“Saya rasa tak perlu ada debat, kita sibuk di kawasan kita, kawasan masing-masing berkempen,” katanya.

Ismail ketika ditanya mengenai persediaan senarai calon BN untuk menghadapi PRU, berkata pimpinan tertinggi parti itu sudah mendapat pembentangan mengenai senarai calon dari setiausaha parti negeri.

Bagaimanapun, pihaknya akan membuat saringan sekali lagi termasuk semakan di Mahkamah Syariah.

“Kita akan buat saringan dengan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi.

“Mungkin kali ini pejabat agama, pejabat kadi (kalau ada) kahwin siam, timbul isu nanti. (Ia termasuk) isu nafkah anak tak bayar, (atau) ada pertuduhan dari Mahkamah Syariah,” katanya.

TPM 2, BN TIRU POLISI PAKATAN RAKYAT?


AUN BODO...KEH..KEH


 

TIPU


 

JANGAN DOK PERCAYA






 

Ayo bangkit basmi kleptokrasi


Memandangkan PRU-15 semakin hampir dalam tempoh kurang daripada sebulan, kita mesti berazam untuk memilih pemimpin yang bukan sahaja bebas daripada kegiatan rasuah, tetapi yang akan membantu untuk menghapuskan semua unsur kleptokrat yang menjangkiti kerajaan di semua peringkat dengan penyakit ini.

Istilah kleptokrasi sangat penting untuk memahami perbezaan antara negara yang hanya dipengaruhi oleh rasuah, daripada negara yang dikuasai oleh rasuah. Istilah negara kleptokratis merujuk kepada negara yang dikuasai ‘maling’ atau pencuri harta rakyat.

Sebuah kleptokrasi merupakan pemerintahan oleh pencuri yang menyamar sebagai pegawai negara yang jujur. Ciri utama kleptokrasi adalah ia sejenis ‘jenayah negara’. Seorang kleptokrat merupakan pegawai negara yang mencuri daripada dana dan sumber negara melalui kegiatan rasuah. Rasuah ditakrif sebagai pencurian melalui penipuan terhadap badan pemerintah, syarikat swasta, ataupun orang awam dan terdiri daripada tiga komponen, iaitu, penyuapan, pemerasan, dan nepotisme.

Penghubung bagi tiga jenis rasuah ini, adalah, penempatan kepentingan masyarakat umum di bawah kepentingan peribadi serta pengkhianatan kepercayaan.

Menurut Syed Hussein Alatas dalam buku beliau bertajuk “Korupsi: Sifat, Sebab dan Fungsi”, ciri rasuah yang penting adalah dwifungsi pada mereka yang terlibat dalam kegiatan rasuah. Contohnya, ketika seorang pegawai disuap oleh pihak yang menawarkan pemberian supaya mengeluarkan lesen perniagaan, perbuatan mengeluarkan lesen itu merupakan fungsi, baik pun daripada segi jawatannya mahupun daripada segi kepentingan peribadinya. Rasuah terdapat di semua negara, tetapi bukan semua negara yang dikuasai oleh daya rasuah. Negara yang dikuasai rasuah dapat digelar sebagai kleptokrasi atau pemerintahan oleh maling.

Istilah kleptokrasi berasal daripada dua perkataan, iaitu, “klepto” (mencuri) dan “krasi” (pemerintahan). Negara seumpama ini dikuasai oleh para kleptokrat yang melibatkan diri dalam amalan rasuah sebagai cara pengumpulan modal yang utama. Kleptokrat-kleptokrat yang utama tidak terdiri daripada pekerja perkhidmatan awam yang memeras atau menerima suapan untuk membiayai hidup mereka, tetapi daripada elit-elit politik dan birokrasi yang menggunakan rasuah sebagai cara mengumpulkan modal, memajukan kepentingan ekonomi peribadi, dan memperkayakan diri sendiri.

Ciri-ciri negara kleptokratis

Penerimaan lesen-lesen, francais, insentif, dan konsesi cukai dimudahkan melalui hubungan penaung dan yang dinaungi dan seringkali juga melibatkan nepotisme. Sebuah kleptokrasi itu dikuasai oleh pegawai negara dan ahli politik yang amat egoistik. Tujuan mereka melakukan rasuah bukan untuk membantu kaum keluarga dan sahabat disebabkan oleh perasaan kewajipan moral dan timbal-balik, tetapi oleh ketamakan yang berlebihan.

Tekanan untuk membantu kaum keluarga seringkali didorong oleh kepatuhan kepada apa yang difahami sebagai norma masyarakat. Menurut teori kebudayaan rasuah, amalan rasuah itu selaras dengan nilai tradisional, apabila orang tua membantu anggota keluarga yang muda. Kita menolak teori ini kerana norma masyarakat kita, walaupun menggalakkan pembantuan sesama keluarga, tidak pada waktu yang sama mendorong kegiatan jenayah. Sebenarnya, rasuah dalam konteks kleptokrasi berasaskan kepada keinginan untuk keuntungan peribadi. Seorang kleptokrat mempunyai perwatakan egoistik.

Pelbagai perkara dianggap ciri negara kleptokratis termasuk:

  • ia sejenis jenayah negara;
  • hubungan rasuah antara ahli politik dan birokrat pada satu pihak, dengan ahli kelas pemodal pada pihak lain;
  • rasuah merupakan salah satu alat pengumpulan modal yang utama dan dapat dianggap faktor pengeluaran dalam bidang ekonomi;
  • ia berasas kepada peranan dwifungsi negara dalam proses pembangunan;
  • ia berdasarkan kepada permintaan dan penawaran pertolongan;
  • kleptokrasi adalah transistemik, iaitu, terdapat di kedua-dua negara demokratis dan autoriter;
  • dalam sebuah negara kleptokratis, kebanyakan pegawai negara terlibat dalam rasuah, sekurang-kurangnya secara berskala kecil, supaya status quo dapat dikekalkan. Pertikaian dan pertentangan daripada dalam negara dielakkan;
  • negara kleptokratis itu merupakan oligarki, iaitu, negara itu dikuasai oleh segolongan kleptokrat egoistik yang kecil.

Bahaya rasuah

Oleh kerana negara memain peranan yang amat penting, khususnya di negeri-negeri membangun, negara kleptokrasi dapat membawa kesan yang amat buruk terhadap ekonomi, termasuk kehilangan pendapatan pemerintah, kekurangan kecekapan, herotan dasar-dasar kerajaan, dan penumpuan modal.

Ada yang berhujah rasuah dapat menambahkan kecekapan kerana pekerja yang menerima wang segera akan menjadi lebih produktif tanpa tambahan gaji. Pemerhatian ini kurang tepat kerana wang segera biasanya tidak membeli kecekapan, tetapi hanya suatu perkhidmatan yang tidak akan diberi tanpa insentif kewangan itu.

Pemerintahan kleptokratik juga menyebabkan penyimpangan dasar-dasar kerajaan. Sesuatu dasar yang bertujuan memanfaatkan segolongan tertentu dalam masyarakat akhirnya dimanfaatkan golongan-golongan lain.

Contohnya, di sebuah negara di Asia Tenggara beberapa tahun yang lalu, pemerintah memperuntukkan ribuan ekar untuk sebuah syarikat besar sedangkan tanah itu dikhaskan untuk ribuan keluarga.

Rasuah juga mengakibatkan penumpuan modal. Rasuah dan, khususnya, nepotisme memain peranan yang penting dalam penumpuan modal. Ini merujuk kepada sejauh mana segolongan kecil syarikat menguasai industrinya daripada segi jumlah pengeluaran dan guna tenaga.

Contohnya, kadar penumpuan modal dianggap agak tinggi jika 75% daripada guna tenaga dalam industri dalam lima syarikat terbesar.

Negara kleptokratis amat berbahaya. Kesedaran tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pembangunan ekonomi dan politik seharusnya dipertingkatkan sehingga muncul gerakan sosial menentang kleptokrasi.

Malangnya, selain segolongan kecil sarjana seperti Syed Hussein Alatas, Peter Evans, dan Bjorn Beckman yang mengambil perhatian tentang dimensi rasuah dalam pengkajian negara, masih ada kekurangan usaha mendidik rakyat tentang bahaya fenomena negara kleptokratis.

Izinkan saya menamatkan makalah ini dengan beberapa petikan daripada Qasidah Anti-Korupsi yang dikarang di Indonesia. Saya rasa ada beberapa ajaran bagi warga Malaysia yang dapat diperolehi daripada sikap anti rasuah dari seberang.

Islam agama yang bersih lagi suci,
Umatnya dilarang berbuat mencuri,
Apalagi korupsi, lebih jahat lagi,
Ayo kita bangkit membasmi korupsi,

Bagaimana Indonesia diberkahi,
Kalau pejabatnya banyak yang korupsi,
Memberantasnya pun hanya pilih-pilih,
Ayo kita bangkit membasmi korupsi,

Negeri RI bangkrut bukan sebab subsidi,
Bukan juga karena luasnya negeri,
Tapi negeri bangkrut lantaran korupsi,
Ayo kita bangkit membasmi korupsi,

Rakyat banyak melarat akibat korupsi,
Sekolah jadi mahal akibat korupsi,
Rumah sakit antri akibat korupsi,
Ayo kita bangkit membasmi korupsi,

Ma‘siat merajalela akibat korupsi,
Preman di mana-mana akibat korupsi,
Rakyat diadu domba akibat korupsi,
Ayo kita bangkit membasmi korupsi,

Miskin makin miskin akibat korupsi,
Bangkrut makin bangkrut akibat korupsi,
Rusak makin rusak akibat korupsi,

Jika kita benar-benar menyayangi negara, jangan kita memberi kesempatan untuk kleptokrat dan maling memerintah. Mari kita memperalatkan undi kita untuk memajukan kepentingan rakyat dan bukan kepentingan segolongan kecil.

 

TAU DAH...MEMANG DOK RAMAL MACAM TU SEBAB KAMI INGAT NAK UNDI AMENO....MMMMM...AMENO SUKA TIPU KAMI..BAGI BERAS NGAN TEPUNG JA....DEPA MAKAN DAGING KAMBING...KAMI MAKAN SARDIN......KAMI AGAK BN NI TAK LEPAS 40 KERUSI....

 

BN sukar menang PRU15 kerana rakyat tak puas hati, kata Rafizi



Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mencadangkan bahawa Najib Razak akan mengurangkan subsidi untuk rakyat apabila beliau menerajui kerajaan.

PETALING JAYA: Sukar bagi Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan prestasinya, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Merujuk tinjauan statistik yang dibuat PKR, Rafizi berkata, kebanyakan rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan dan situasi ekonomi.

“Malam ini, saya nak cakap di sini, tidak ada bukti yang menyokong Umno menang besar pada PRU ini,” katanya pada kempen “Ayuh Malaysia”, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya, undi golongan muda berusia 18 hingga 24 tahun sukar untuk diramalkan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, berdasarkan statistik partinya, 84% pengundi muda tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi Malaysia serta cara kerajaan mengendalikan masa depan mereka.

“Ini kerana isu negara tidak berubah. Malah, ia semakin teruk kerana kos sara hidup meningkat,” kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

Rafizi berkata, Pakatan Harapan (PH) akan berdepan tugas sukar untuk “memperbaiki” isu yang melanda negara jika gabungan itu menang pada PRU15.

Beliau menegaskan, bekas perdana menteri Najib Razak akan mengurangkan subsidi untuk rakyat apabila beliau menerajui kerajaan.

“Apabila PH menang pada 2018, harga minyak terpaksa distabilkan kerana subsidi mesti menjadi satu mekanisme paling baik untuk kita elakkan wang pergi (masuk) ke dalam poket mereka.

“Najib fikir bijak untuk potong subsidi ketika itu, tetapi lihatlah keadaan sekarang. Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dan Ismail tidak berani potong subsidi kerana mereka tahu ia satu kesilapan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, BN gagal menyelesaikan isu melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Akhirnya hutang PTPTN menjadi 40 billion pada 2018. Kami cuba selesaikan isu ini dengan memastikan mereka yang berpendapatan (lebih) RM4,000 perlu bayar (hutang), tetapi mereka yang bekerja dengan gaji tidak setimpal, tidak perlu kena bayar. Kami cari cara lain bayar balik pinjaman itu.

“Bagaimanapun, hutang terkumpul (BN) terlalu banyak. Sebab itu penting untuk undi kerajaan yang boleh mengukuhkan ekonomi (Malaysia),” katanya.


Anwar jadi ‘panglima’, ajar pimpinan jangan pilih kawasan selamat, kata Farhash

 


Bekas ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata
 beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya Pakatan Harapan (PH)
 bagi Parlimen Tambun.

PETALING JAYA: Keputusan Anwar Ibrahim bertanding di Tambun merupakan langkah “panglima yang mahu menunjukkan cara berperang” dengan bertindak masuk ke kerusi tidak selamat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata bekas ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Katanya, tindakan itu demi ‘mengajar’ pimpinan parti tidak mudah mengambil kerusi selamat semata-mata.

“Sebab kalau jeneral perang tak tunjuk cara nak pergi perang, orang lain tak akan ikut sebab kebiasaannya kepimpinan ini semua nak ambil ‘seat’ (kerusi) selamat sahaja. Alhamdulillah, beliau sudah tunjuk langkah panglima perang, harap itu akan jadi lonjakan PRU kali ini,” lapor Utusan Malaysia.

Pada 20 Okt, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun ketika berucap pada Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Ipoh.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Kerusi berkenaan kini disandang Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu yang menang di kawasan itu dengan majoriti 5,320 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ahmad Husni Hanadzlah dan Ibrahim Zakaria dari PAS, pada PRU14.

Farhash yang pernah menjadi pembantu Anwar juga mengesahkan tidak bertanding pada PRU15 kerana mahu menumpukan perhatian sebagai pengarah pilihan raya PH bagi Parlimen Tambun.

“Saya ditawarkan bertanding, tapi saya rasa lebih penting untuk memberi kemenangan kepada Anwar,” katanya.

Mengulas berhubung peluang Anwar di Tambun, beliau berkata, presiden PKR itu adalah nama besar dengan Ahmad Faizal merupakan ‘underdog’.

“Tapi sudah tentunya Anwar adalah nama besar dan Peja (Ahmad Faizal) adalah ‘underdog’. Orang bercakap Anwar bukan orang tempatan, (Ahmad Faizal) buat tagline ‘ayor, ayaq’. Untuk saya, Tambun memilih perdana menteri, bukan memilih Ahli Parlimen,” katanya.

Pada 21 Okt, Ahmad Faizal yang juga menteri belia dan sukan mengumumkan akan mempertahankan kerusi disandangnya itu. Baru-baru ini, beliau juga mengesahkan tidak akan mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang kerana mahu menumpukan perhatian di Parlimen Tambun.

KAH..KAH....MAKAN SAHAM BERTAHUN TAHUN....DIA LUPA ..

 

Mantan KPN, hanif omar ada menulis tentang betapa bahayanya jika Anwar jadi PM. Islam akan terancam, itu gambaran yang Hanif Omar beri.  


Korang percaya ke cakap bekas orang kuat Genting Berhad yg kononnya berjuang utk Islam? Hanif Omar ni pejuang Islam sangat ke? Perjuangan dia dlm Genting dulu lebih Islamik berbanding dgn Anwar berjuang dlm ABIM?


Tidak pelik kalau orang yg pernah bergelumang dalam Genting ni takut Anwar jadi PM.SEBAB UTAMA DIA TAK JUMPA HADIS LARANG MAIN JUDI.


W.Faudzin




SOKONG LAGI PAS- TAK BAGI SITA SELALU.


 

BAGI BERAS SEKAMPIT PANGKAH BALIK LA....OTAK PAJAK PADA ORANG LAIN TU SAJA LA.


 

PAS BUKAN AGAMA..PAS ADALAH PARTI POLITIK YANG MENJAJA AGAMA.


 

Tuan Ibrahim dedah Pas akan bekerjasama dengan Umno lepas PRU-Pas akan khianati Bersatu ?




Pas beri bayangan kerjasama dengan UMNO tidak akan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kata timbalan presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ini kerana UMNO mendakwa parti itu tidak ada pendirian tetap.

Kata Tuan Ibrahim, parti itu sebaliknya tetap dengan pendirian tidak akan tinggalkan Bersatu demi untuk bekerjasama dengan UMNO.

UMNO, tegas beliau, sepatutnya melihat kerjasama itu dalam kerangka yang lebih besar.

Kata beliau, hampir tiga tahun Pas berusaha supaya berlaku penyatuan antara UMNO, Pas dan Bersatu bagi membentuk sebuah gagasan yang kuat bagi menghadapi PRU15 namun kini tidak kesampaian.

“Pas ni kita setia dengan rakan kita walaupun UMNO letak syarat macam tu.

“Bagi kami tak boleh letak syarat demikian. Kalau kita nak penyatuan, kita melihat pada kerangka besar.

“Sebagaimana yang kita tahu, Pas tegas bersama Bersatu, bersama dengan gerakan untuk menghadapi Pilihan Raya ke-15 atas slogan Perikatan Nasional,” kata Tuan Ibrahim.

Menurut Astro Awani, beliau juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan UMNO pascakeputusan pilihan raya umum itu nanti.


 

Zahid janji tiga jawatan TPM, Ismail Sabri kata tunggu menang dulu


 

Barisan Nasional (BN) perlu menang terlebih dahulu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baharu isu berhubung tawaran tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) boleh dipertimbangkan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri kerajaan sementara itu mengulas berhbung kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang berkata tiga jawatan TPM akan diwujudkan yang terdiri daripada wakil negeri Sarawak dan Sabah jika berjaya menang PRU-15 nanti.

“Tak tahu lagi, biar kita menang PRU dulu. Kalau benda ini dalam manifesto, tentu sahaja kita pastikan ia dilaksanakan.

“Kita tunggu lepas menang dulu. Baru kita bincang,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Jelasnya lagi, perkara dibangkitkan Zahid itu akan dibincangkan terlebih dahulu dan perlu menunggu sehingga tiba hari keputusan PRU-15.

“Tentu sahaja kalau teruskan dengan cadangan ini, manifesto kita ini, tentunya nama itu dari Sabah. Kalau wakil Sabah, tentunya Sabah bagi nama. Kalau wakil sarawak, kerajaan Sarawak akan bagi nama. Kita akan bincang.

“Tapi tunggu dulu lah. Biar undi kita dulu,” katanya lagi.

Semalam, Zahid mencadangkan gabungan itu melantik tiga TPM jika ia memenangi PRU pada 19 November.

Selain Zahid, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengutarakan cadangan yang hampir sama untuk mewujudkan jawatan TPM bagi mewakili negeri borneo tersebut.

Namun, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengkritik BN dan Pakatan Harapan (PH) kerana membuat janji untuk mewujudkan jawatan tersebut dan menyamakannya dengan tawaran “mi segera” untuk memenangi Sabah dan Sarawak.

 

 

SAYA ANGKAT TANGAN MENGAKU SALAH, SAYA DENGAN INI AKUR ANWAR PERLU LUANGKAN MASA JUMPA TUN MAHATHIR SELEPAS 19 NOV NANTI


 Hari ini saya ingin membuat suatu pengumuman penting – saya dengan ini angkat tangan, mengaku kalah dan menarik balik semua penegasan dalam beberapa tulisan kebelakangan ini yang condong agar Anwar Ibrahim tidak melayan keinginan Tun Mahathir Mohamad untuk bertemu dengannya.

Tidak cukup dengan membuat saranan sedemikian, saya turut membuat kesimpulan bahawa sokongan Tun Mahathir tidak diperlukan lagi untuk Presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri, malah kerjasama politik yang diingini itu hanyalah untuk menyelamatkan nyawa politik GTA semata-mata

Setelah menerima pelbagai respon dan reaksi, saya mendapati tulisan-tulisan saya itu agak keterlaluan dan sangat beremosi.

Dengan itu, setelah berfikir panjang, saya merasakan perlu untuk membetulkannya demi masa depan negara ini.

Kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang menyebut pembangkang sepatutnya bekerjasama agar dapat memaksimumkan kekuatan untuk mengalahkan UMNO dan BN, sebenarnya adalah sesuatu yang tepat dan membantu menyedarkan saya.

“Tiada sebab tidak boleh bekerjasama kerana matlamat perjuangan kita adalah sama,” tambahnya.

Lantaran itu, sebagaimana Khalid, saya juga akhirnya tidak faham dengan pendirian PKR dan Anwar yang menolak mentah-mentah untuk bekerjasama, malah bertemu dengan Tun Mahathir.

Saya juga setuju dengan kenyataan Khairuddin Abu Hassan, salah seorang pemimpin GTA yang mengingatkan PH agar jangan bersikap angkuh kerana menolak begitu saja keinginan Tun Mahathir untuk berjumpa itu.

Beliau berkata, semua pihak harus mementingkan agenda untuk menguburkan UMNO/BN buat selama-lamanya kerana pemimpin-pemimpinnya tidak pernah insaf dan masih bersifat kleptokrat.

Yang penting, tambah Khairuddin lagi, biarlah Tun Mahathir bertemu dan berbincang dengan Anwar terlebih dahulu.

Selain itu, saya tidak ketinggalan diberi mesej pesanan ringkas oleh seorang penyokong Tun Mahathir yang berbunyi – jangan terlalu sombong.

Penyokong tersebut menambah lagi, Tun Mahathir ingin berbuat sesuatu yang baik untuk negara melalui tawaran kerjasama yang dihulurkannya kepada Anwar itu.

“Jadi, kenapa harus bersikap terlalu sombong sampai enggan berjumpa?” soalnya lagi.

Di waktu yang sama, banyak pula respon dan reaksi tambahan yang saya terima lebih menjurus kepada mahu terwujudnya kerjasama antara semua parti pembangkang, khususnya antara Anwar dengan Tun Mahathir.

Kata mereka, hanya dengan cara itu saja UMNO/BN dapat dikalahkan.

Lagi pun, apa salahnya Anwar bertemu dahulu dengan Tun Mahathir, demikian kebanyakan respon yang saya terima.

Semua reaksi yang saya baca dan terima itu secara perlahan-lahan telah memberi kesedaran kepada saya daripada keterlanjuran yang jika dibiarkan, mungkin berlarutan sampai bila-bila.

Maka itu, setelah memikir panjang sambil menghirup kopi panas dua tiga cawan dengan tenang, saya akhirnya sedar bahawa saya agak keterlaluan dan semacam anti perpaduan.

Saya ingin membetulkan semua kesilapan sebelum ini dan dengan itu, secara terbuka serta sukarela bersetuju agar Anwar melapangkan sedikit masanya untuk bertemu dengan Tun Mahathir.

Anwar, lupakan segala perasaan yang ada dalam hati, jumpa serta bincanglah elok-elok dengan Tun Mahathir.

Buang yang keruh, ambillah yang jernih.

Tetapi…jumpalah hanya selepas 5 November nanti.

Jangan sesekali meluangkan masa berjumpa Tun Mahathir sebelum 5 November.

Lebih elok lagi jika perjumpaan itu diadakan selepas 19 November nanti, mana tahu ia dapat pula diadakan di Bangunan Perdana Putra atau Sri Perdana, dua tempat yang pernah diduduki oleh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum ini. – ShahbudinHusin 24/10/2022.



BAGAIMANA SEORANG BANDUAN BOLEH MUNCUL DALAM TV BERKEMPEN

 



Dah berabad lama rasanya aku tak tengok TV1 dan TV3. Jadi hari ini bila tersebar berita yang mantan PM yang kini bergelar banduan diberi slot berucap di TV1, tak dapat aku pastikan kebenarannya.

Kalau ini benar, maka seluruh rakyat Malaysia wajar berasa malu. Bagaimana seorang perompak yang telah disabitkan kesalahan dibenarkan muncul di saluran milik kerajaan? Di manakah integriti?

Adakah UMNO begitu terdesak dalam menghadapi PRU ini hingga sanggup menolak nilai moral dan merelakan perkara sejengkel ini berlaku? Apakah normal bagi UMNO menyanjungi penyamun?

Perkara begini sepatutnya diberi teguran oleh para agamawan. Kerani perbuatan begini turut jejaskan nama Islam. Seolah Islam tidak menitik beratkan nilai. Tetapi ramai yang diam. Mungkin sebab Najib ada sebut insya, maka agamawan rasa ia tak apa.

Kalau ya pun nak sangat Najib berucap di tv, biar dia pakai baju banduan. Buat ucapan dalam sel. Ini nampak gaya macam dia bebas. Di mana letaknya kedaulatan jika banduan diberi kebebasan begini?

Rakyat semua boleh lihat bagaimana sang banduan yang sedang menjalani hukuman diberi layanan seistimewa begini. Yang terang pun dia berani nak salah guna kuasa. Apa lagi yang gelap. Beranikah anda serah nasib negara kepada mereka? Guane boh?

Raja Gelap

.

JANGAN DENGAR ORANG JAHIL KOMEN ..SEBAB DIA PUN JAHIL DAN TENGIN MENYOKONG KEMUNGKARAN




Owh... Bila sebut InsyaAllah je auto jadi Islam eh? Macam sebut kalimah syahadah pulak dia buat.

Apa masalah kalau Nga Kor Ming nak sebut Insya Allah pun? Itu maknanya dengan izin Allah. Betullah tu. Sebagai muslim kita percaya segalanya berlaku hanya dengan izin Allah.

Ini sebenarnya isu rasis. Tujuannya nak bangkitkan kemarahan orang Islam. Niatnya nak suruh orang Islam rasa yang pemimpin DAP permainkan Islam. Itu je la sentimen UMNO.

Bila orang bukan Islam guna InsyaAllah, dia anggap permainkan Islam. Tapi pemimpin Islam yang laung Islam terancam tapi dalam masa yang sama begitu aktif merompak duit rakyat, dia tak anggap permain Islam pulak.

Bila pemimpin Muslim gunakan nama Islam untuk halalkan perbuatan mengkhianati, dia tak rasa pula Islam diperguna dan diperkotak-katikkan. Betapa sengetnya pemikiran machai UMNO.

Ini machai. Yang level atas sikit dari machai, main isu DS Anwar tak sebut InsyaAllah pula (sebenarnya ada sebut tapi mungkin masa tu dia sedang khusyu berzikir jadi dia tak perasan).

Sama je semua. Sebenarnya cara dia begini lebih lagi menunggang Islam berbanding orang bukan Islam yang guna kalimah InsyaAllah. Tanpa malu mereka pancing kebencian antara kaum dengan gunakan Islam sebagai sentimen.

Usahlah bersikap rasis. Kalau Nabi Muhammad saw dulu rasis, kita semua lahir sebagai kafir. Sebab Islam hanya khusus untuk bangsa Quraisy sahaja jadinya. Sedar diri sikit.

Islam agama Allah yang diturunkan sebagai rahmat untuk sekalian alam. Ia bukan milik orang Melayu sahaja. Dan Nabi saw tak pernah ajar membenci orang yang bukan Islam.

Nabi saw ajarkan kita untuk berdamai dan dakwah dengan hikmah. Nabi saw juga ajarkan kita untuk adil dan amanah. Jangan sampai politik jadikan kita menjauhi apa yang Nabi saw ajarkan.

Rakyat mesti menolak semua jenis penunggang agama. Baik yang berjubah mahupun yang berbaju batik. Islam agama kedamaian. Kalaulah mereka yang rasis dan penunggang agama diberi ruang mentadbir negara, nescaya negara kita akan segera hancur. Berwaspadalah. Guane boh?

Raja Gelap

 

GEMPAR!! - DEEPAK TANYA - BERAPA JUTA JHO LOW BAGI NOORYANA? | Kes 1MDB ...



Mungkin antara kita tidak kenal siapa Deepak Jaikisyan. Dia adalah seorang peniaga permaidani kontroversi, dan pengkritik lantang bekas perdana menteri Najib Razak, dan isterinya Rosmah Mansor. Sebelum 2015, Deepak dilaporkan sebagai sekutu Najib dan Rosmah, yang banyak terlibat sebagai orang tengah, dalam beberapa transaksi perniagaan dan juga salah laku rasuah. Deepak juga didakwa menjadi orang tengah, yang didakwa membuat pembayaran besar kepada saksi utama, di perbicaraan kes Altantuya. , Semalam, Deepak kembali lagi dalam temu secara langsung, di facebook Jom Channel. Beliau telah melontarkan suatu soalan panas kepada anak najib dan rosmah, Noorliyana najwa, berapa Juta Noryana dapat dari Jho Low? Adakah Nooryana akan menjawab soalan ini? Deepak juga mengumumkan akan bertanding dalam PRU 15 nanti. Dikerusi mana beliau akan bertanding, bersama parti mana? Cuma, janganlah bersama parti dalam pakatan harapan!


SOALAN KUIZ : KERAJAAN MANA AGAKNYA YANG YAHUDI ATAU MOSSAD SUKA?

 

1. Kjaan Umno/Bn - cabutan judi 22 kali setahun

2. Kjaan PH - Kurangkan kpd 8 kali saja.

3. Kjaan tebuk atap PN/Bn dan Pas - Kembali kpd asal iaitu 22 kali setahun.

*Jika Yahudi atau Mossad diminta untuk memilih kerajaan mana yg mereka suka, agak2 mereka pilih mana satu?*

 

30 bulan jadi kerajaan pun gagal nak haramkan DAP…. Nak bentang RUU355 pun gagal… Apa yang berjaya pun tak tahu…


 

PARTI LAMA USANG-JANGAN BELI KETA BARU


 

penyatuan ummah pas hanya kepentingan politi pas