BERMULA SEMALAM, ZAHID HAMIDI ORANG PALING BERKUASA DI NEGARA INI

 

Berikutan pembubaran Parlimen berkuatkuasa semalam, Ahmad Zahid Hamidi kini menjadi orang politik paling berkuasa di negara ini.

Kejayaan merealisasikan tekanan membubarkan Parlimen menjadi kenyataan, bermakna bermulalah terbuka gerbang kuasanya.

Dengan kuasa memberi watikah calon ada di tangan beliau, semua calon BN, termasuk Perdana Menteri dan menteri-menteri, untung nasib mereka sekarang ini amat bergantung kepada budi bicara dan kehendaknya.

Walaupun mungkin mustahil beliau tidak memberikan watikah calon kepada Ismail Sabri Yaakob yang kini merupakan “Perdana Menteri caretaker”, apa yang nak disebut di sini ialah kuasa memberi watikah itu adalah keistimewaan yang dimilikinya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang tidak ada pada sesiapa selain beliau pada ketika ini.

Kepada menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen sedia ada, tidak mustahil kedudukan sebahagian daripada mereka sedang dalam penelitian oleh Zahid Hamidi sama ada mereka perlu diberi watikah calon atau sebaliknya.

Kalau tak diberi watikah calon, bererti “bye byelah” untuk bertanding lagi dan terlepaslah dengan sendirinya semua jawatan yang ada dalam kerajaan sekarang ini.

Tambahan lagi kepada menteri, timbalan menteri dan ahli parlimen yang pernah mengkritiknya secara terbuka, mengadakan sidang media membalunnya tanpa segan silu atau sehingga sekarang masih tidak sebulu dengannya, tentu mereka mula susah hati dan resah gelisah sejak semalam lagi.

Bagi yang ada harga diri, mungkin mereka tak kisah sama ada mahu dipilih lagi untuk bertanding atau tidak.

Bagi mereka, semua itu ketentuan rezeki dan Tuhan yang menentukannya.

Namun, bagi yang tebal muka dan ghairah mahu bertanding lagi, tambahan lagi kerana belum puas menikmati kedudukan dalam kerajaan, tidak mustahil ada di antaranya tanpa segan-segan mula menghimpit dan mendekati Zahid Hamidi.

Bukan saja mereka sanggup bertunggu tangga di pejabatnya, barangkali ada juga yang menjejakinya sehingga ke rumah pada waktu malam atau tersembul di muka pintu selepas waktu subuh.

Kalau beliau ada perbicaraan pula, jangan terkejut jika tiba-tiba kelihatan ramai wajah ahli parlimen hadir memberi sokongan, walhal sebelum ini sebelah kaki pun haram mereka tak pernah memijakkan kaki ke mahkamah.

Ketika inilah, bermacam-macam ikrar dan janji taat setia akan sanggup dilafazkan terhadap Presiden UMNO itu, asalkan nama dalam senarai watikah calon tidak diketepikan.

Tanpa jawatan dalam kerajaan, bahkan masih berdepan 47 kes dalam perbicaraan, bertukarnya kedudukan Zahid Hamidi menjadi orang paling berkuasa ketika ini adalah suatu pencapaian yang sangat menakjubkan.

Tidak pernah ada mana-mana Presiden UMNO pernah meraih kemuncak seperti ini kerana sebelum ini semua Presiden UMNO dan Pengerusi BN ketika mereka dikejar oleh ramai orang untuk mendapat watikah calon, termasuk ada yang menangis merayu agar tidak digugurkan, mereka dalam masa yang sama adalah berkedudukan sebagai Perdana Menteri.

Berbeza dengan Zahid Hamidi, beliau tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan, manakala jawatan Perdana Menteri disandang oleh Ismail Sabri.

Selepas proses pemberian watikah calon, diikuti penamaan calon dan seterusnya pengundian, Zahid Hamidi selepas keputusan PRU15 diumumkan nanti dan jika ditakdirkan BN mencapai kemenangan, sekali lagi bakal menjadi orang paling berkuasa di negara ini.

Ketika itu, dengan kedudukan sebagai Pengerusi BN, di tangannyalah menjadi penentuan siapa yang bakal dinamakan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Beliau boleh mengekalkan atau mengenepikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, meletakkan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sebagai calon Perdana Menteri yang baharu atau tidak menamakannya, menamakan mana-mana pemimpin UMNO lain yang dikehendakinya sebagai Perdana Menteri, malah boleh juga mencalonkan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri ke-10.

Lagi pula, meski masih berdepan kes mahkamah dan desas-desus beliau sebagai bakal Perdana Menteri ke-10 sudah sekian lama kedengaran, sekali pun Zahid Hamidi tidak pernah membuat penafian mengenainya.

Kenapa tidak pernah ada penafian dan susah sangatkah untuk Zahid Hamidi menyatakan – Saya tidak mahu sama sekali jadi Perdana Menteri!! – ShahbudinHusin 11/10/2022.



ULASAN JEBAT DERHAKA TERHADAP UCAPAN ZAHID HAMIDI.


 

TAHNIAH KEJAYAAN PAS SEJAK JADI KERAJAAN DAN KAPIRKAN ORANG


 

KEH..KEH..KEH..AKU DAH TULIS BANYAK KALI....UMNO KENA KAFIR SEMULA SEBAB TAK BAGI PARTI PELACUR NI JOIN UMNO...


 

INGATAN BUAT PEMIMPIN UMNO

 


BILA MENYONDOL TIDAK MENJADI....DIA HENTAM UM NO..

 

90 Peratus pengundi muda tolak BN - 'Datuk Nik Amar

 

KELANTAN: Sebanyak 90 peratus pengundi muda dijangka menolak BN dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurut beliau, penolakan itu disebabkan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengundi muda menyebabkan mereka mahu menolak parti berkenaan

"Bagaimanapun, semangat menolak BN tersebut diharap akan memberi undi kepada Pas.

"Cuma parti mana yang mereka akan pilih nanti, ia sukar untuk dibuat telahan," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Kota Darulnaim di sini.

Tambah Mohd Amar, semua itu bergantung kepada senarai calon yang dapat memenuhi aspirasi pengundi muda.

"Golongan muda mahu pemimpin yang mempunyai latar belakang yang elok dan bersih daripada sebarang isu terutama rasuah," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini untuk memberi laluan kepada PRU15.

Ismail Sabri mengumumkan perkara itu secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan jam 3 petang pada Isnin.

Sumber: Sinar Harian

Kiriman: Noor Azam

Like Facebook Description: 👉Kelantan State - Tourism

Like Facebook Description: 👉Kelantan State TV

Join Group FB : https://www.facebook.com/groups/415189197047059/?ref=share

Instagram: https://www.instagram.com/kelantan_state/

 

SINDIR MENANTU


 LM

Saya kongsikan coretan wanita pertama yang mendapat gelaran Sasterawan Negara, Datuk Zurinah Hassan.

Halus cara orang lama sampaikan amanat dan nasihat. I wish I have that ability.
Banyak kena belajar lagi.
Mak: Milah, kau kena kahwin Milah. Tahun ini juga.
Milah: Musim-musim banjir ni pun mak nak buat kenduri?
Mak: Ya, kau mesti kahwin. Ramai yang nak kan kau, si Banau, si Panau, si Pahau. Kau mesti pilih sorang.
Milah: Semua Milah tak suka. Depa semua jahat.
Mak (lembut memujuk). Tak boleh begitu Milah, kita terpaksa memilih. Banjir tak banjir, kenduri mesti jadi. Kalau dah semua jahat, kita pikir-pikir lah siapa yang kurang jahat.
....ha, kau pengsan Milah.

Ya..baik..baik ada makna tu.. Kerjasama dengan PNPAS la tok..tak sabar tengok walaun puji atok


 

PARTY MAN

 

PARTY MAN

Saya pernah tulis, ramai golongan atas pagar yang dah mula buka mata dengan PM9. Terutamanya segmen yang sebelum ni berpatah arang dengan UMNO. Mereka rasakan DSIS ni lain.

Sikap dia yang bukan gung-ho sangat. Political moves dia dalam diam. Classy kata orang. Namun apa yang berlaku semalam, tunjukkan diri beliau yang sebenar.

Sejak bulan 6 dan lepas PRN Johor lagi beliau telah ditekan. UMNO nak pembubaran. Selama ini beliau bertahan. Tapi apabila PM6 dah dipenjarakan, kes Akalbudi dah masuk level pembelaan, Presiden parti tak keruan.

DSIS tahu, this is it. Kalau tak dibuat PRU sekarang, UMNO mungkin akan kalah tahun depan. Nak jadi PM lagi sekali pun, takkan ada harapan.

UMNO betul2 berharap, PRU ketika musim tengkujuh ni akan menyekat orang keluar mengundi. IS tahu ini saja window yang ada. Kalau lambat lagi, lagi teruk orang marahkan dia.

Bukan saja rakyat, tapi parti sendiri. Kalau kalah, dia akan jadi PM kedua UMNO yang kalah pilihanraya. Habislah peluang nak naik semula.

Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri ada boss diatasnya. Presiden parti sendiri. Yang menekan tak henti2. Pertama kali jua dalam Perhimpunan UMNO, ahli menganjing Perdana Menteri sendiri. Sampai di boo di sana sini.

Pada saya simple. Tak stabilnya Kerajaan buat masa ini kerana PM kita sendiri bukan orang nombor satu parti. At the end, dia terpaksa mengalah juga. Watikah pilihanraya orang lain yang sign, bukan dia.

Mungkin pada dia, table Budget separuh jalan itu akan jadi gula2. Orang ada sneak peak apa yang mereka dapat selepas pilihanraya. Provided dia diangkat semula.

Cuma, ini merupakan satu gamble. Dia dijanjikan jadi poster boy pilihanraya. Mungkin juga UMNO menang dan tubuh Kerajaan sendiri. Tetapi adakah beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri?

Adakah beliau akan kekal tak campur tangan kes mahkamah? Walau ditekan Presiden sendiri.

Adakah beliau akan buat tak tahu sekiranya ramai menekan untuk pengampunan PM6 kemudian hari?

Dan yang paling penting…

Adakah beliau akan menang pemilihan Presiden Parti, selepas PRU15?

Kluster mahkamah ini licik, 3 Kerajaan mereka telah jatuhkan. That’s the history. Yang sudah terpetri. Dan tak boleh ditukar lagi.

Apa yang saya dapat rumuskan, he’s a PARTY MAN after all. Not level Statesman atau Negarawan. Belum level itu lagi. Banyak lagi yang beliau perlu buktikan diri.

Soalan yang harus kita tanya, apabila beliau diangkat kembali, adakah selamat dan stabil kerusi Perdana Menteri? Terutama bila Kluster Mahkamah tak dapat apa yang mereka hajati.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

WALAUN SUKA BERITA INI.



Yang terima rasuah orang lain! Yang kena dakwa orang lain!




 

DOK RATIP PH KENCING ...TUHAN BAYAR TUNAI LEBAI KENCING WALAUN...NAK HERAN APA DALIL JADI MAINAN

 MMMS










Benda paling kelakar ialah menunggu RUU355, katanya ada berita baik akan di umum, rupanya basah lecun di tipu lebai.

RCI Tabung Haji pun katanya selesai Julai lepas, kalau dah selesai kenapa sembunyi?

Ke takut yang laporan RCI kata usaha PH memulihkan tabung haji berhasil sebagaimana yang di iktiraf oleh Jabatan Audit Negara?

Ataupun kedua-dua ini sama darjat dengan perlantikan dota khas yang mampu tingkat pelaburan?

Anda sebagai pengundi berhak dapat kerajaan yang lebih baik dengan #undiHarapan; katakan tidak pada PN dan juga BN.

 

KISAH ANAK TERBUANG DAN DIPELIHARA BANGSA LAIN




Saya hairan kerana kedua-dua budak lelaki ini memanggil wanita tua itu 'mummy'. kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya . . .

"Aunty, budak dua orang ini siapa?"

"Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya."

"Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga,"

"Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan,"

Saya terpegun, Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

Lokasi: Sabah

Oleh: DailysinchewSabah.

Saya hairan kerana kedua-dua budak lelaki ini memanggil wanita tua itu 'mummy'. kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya . . .

"Aunty, budak dua orang ini siapa?"

"Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya."

"Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga,"

"Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan,"

Saya terpegun, Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

Lokasi: Sabah

Oleh: DailysinchewSabah.

 

Pura pura berkawan akhirnya menjadi lawan Paling cepat SPR boleh lakukan Pilihanraya 29 Oktober APA STRATEGI AMPUH PH DLM MASA SUDAH TIADA?

 

Norman Radzuan


Pura pura berkawan akhirnya menjadi lawan

Paling cepat SPR boleh lakukan Pilihanraya 29 Oktober

APA STRATEGI AMPUH PH DLM MASA SUDAH TIADA?

Rakan2 yg dekat dgn saya memang mengetahui pandangan atau pendirian saya utk mengalahkan BN/UMNO bukanlah sukar tetapi mahukah kita bersatu? Akhirnya Liyana Marzuki telah menzahirkan apa yg tersirat. Terima kasih Puan Lawyer 08.

Saya tidak nampak akn berlaku penyatuan kerana penyokong PKR tidak mahu bekerja dgn pengkhianat manakala PAS tak mahu bekerja dgn DAP. Atas dasar itulah UMNO sgt yakin mereka akn menang pada PRU ini kerana undi pembangkang terpecah byk.

Mereka satu kek makan sorang kita satu kek kongsi bertiga. Ada juga saya berhujah dgn rakan2, mereka kata biar kalah asal berprinsip. Saya kata kita akan kalah sanggup utk tempoh 1800 hari bersama Najib, Rosmah dan Zahid?

Secara jujurnya dlm politik prinsip itu perlu ada tetapi strategi itu lebih penting asal tidak melanggar prinsip. Maksudnya kita tidak mahu merasuah atau dirasuah. Lebih baik ambil risiko daripada tewas sebelum bertanding.

SELESAIKAN SEGERA SOAL MUDA

Baiklah kita lupakan soal 1 lawan 1 kerana saya rasa dlm keadaan skg ia sukar dilakukan kerana masa sudah terlalu suntuk. Jadi saya ingin memberi cadangan segera yg perlu dilakukan dlm persedian separuh masa kita sekarang.

PH malam ini atau esok kena selesaikan mengenai isu parti MUDA. Tanya saya melihat kejadian PRN Johor di Larkin… MUDA ini bukanlah tin kosong seperti disangka.

Di Larkin MUDA yg baru berusia beberapa bulan mampu meraih hampir 5 ribu undi sdgkan PH/PKR yg sudah berpuluh tahun hanya mampu meraih 6448 undi sahaja. Hanya dibezakan 1,400 undi. Berdasarkan data dan fakta itulah saya dpt merasakan parti itu ada sokongan dari anak muda.

Org bertanya kpd saya mereka ini tiada grassroots. Saya kata inilah kelebihan yg ada pada MUDA. Mereka tahu generasi mereka bukan jenis turun dgr ceramah. Dgr ceramah di Youtube pun mereka malas apa lagi nak suruh berkumpul ramai2 di padang.

MUDA saya lihat mereka fokus menguasai media sosial. Mcm anak2 kita beli makanan pakai Foodpanda, shooping guna Shopee, berkenalan guna Omi dan ke sana sini guna e- hailing. Malah anak2 muda skg ramai yg berniaga secara online.

Jadi jgn terkejut 20 tahun nanti ceramah2 politik ini hanya sesuai dibuat di Teluk Bakong atau Ceruk Tok Kun sahaja. Kita jgn jadi mcm abg teksi dulu2… tak mahu ikut arus pemodenan teknologi, dipukulnya pemandu Grab.

Bagi saya PH perlu selesaikan segera soal MUDA. Kalau mahu atau tidak beri kata putus segera. Kita boleh tolak Pejuang, Bersatu dan PAS tetapi saya rasa MUDA wajar dipertimbangkan… sebab2nya ulasan seterusnya di bawah.

PH MESTI ADA STRATEGI AMPUH

UMNO cukup startegi dlm berpolitik walaupun cara mereka mengkhianati atau zalim kpd rakyat. Pernah dgr falsafah if you can't beat them, join them? Pasti pernah dan ini dilakukan oleh UMNO tanpa PRU mereka mampu menjadi kerajaan.

Mereka pura2 berkawan dan skg menjadi lawan. Sekarang mereka sebenarnya melakukan serangan hendap dlm kita sdg merangka persedian strategi pilihanraya. Ini semua ada dlm kitab Art Of War.

Dlm kita tidak yakin ada PRU mereka lakukan segera. Skg menurut rakan paling awal SPR boleh lakukan PRU15 pada 29 Oktober ini.

Secara jujur kita tidak bersedia dan perlu meeting dan meeting dan meeting sehingga hari minggu ini utk mencapai keputusan utk segera melakukan strategi.

PH PERLU FOKUS

Saya ingin memberi pandangan saya kpd PH dlm masa yg terlalu suntuk ini. Please focus….

Kepimpinan tertinggi PH mesti pecahkan pemidato2 hebat mengikut kesesuaian pengundi. Tidak perlu bawa satu bas cukup membawa penceramah2 yg sesuai dgn hadirin.

Bagi saya rugi Pemuda2 parti menyertai tour ceramah PH sdgkan 90% yg hadir adalah golongan 40 tahun ke atas. Kita kena fokus pada sasaran pendengar.

Kita fokus kepada pengundi semi urban dan luar bandar majoriti Melayu mengikut kelebihan dan kesesuaian yg ada pada seseorang penceramah.

A) Anwar Ibrahim, Hussam Musa, Saifuddin Nasution, Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Siti Aishah, Anthony Loke, Dr Aziz Bari, Sheikh Umar, Adly Zahari, Tengku Zulpuri, Mazlee Malik, Mahfuz, Khalid Samad, Hatta Ramli, Suhaizan Kaiat, Mujahid Rawa, Nik Omar, Cikgu Amidi, Rodziah Ismail, Fahdlina Sidek, Dr Siti Mariah dan lain2

B ) Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Gobind Singh, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Khan, Tony Pua, Tan Kok Wai, Chon Kow Yeow, Tereso Kok, Chan Lin Kang dan lain2 fokus kpd kawasan pengundi 60% Cina atau majoriti Cina.

———————————————————————————-

DUA FOKUS PALING PENTING

Jika UMNO, Bersatu, PAS dan Pejuang berebut undi Melayu….PH sukar utk mengatasi mereka dan paling kuat kita hanya mampu menarik 30 peratus pengundi Melayu semi bandar dan luar bandar.

Kelompok Melayu luar bandar ini jika matahari terbelah dua sekalipun mereka tetap akan mengundi UMNO atau PAS. Jadi kita jangan buang masa berkempen di sini.

PH hanya mampu menarik pengundi Melayu kawasan semi bandar, bandar atau golongan intelektual. Jadi PH perlu fokus 100% kepada dua kelompok ini.

1. UNDI ATAS PAGAR

Ramai lupa kelompok ini adalah penentu kpd kemenangan PH pada PRU 14 yg lalu. Jadi kita perlu fokus kpd pengundi2 ini yg akn memilih berdasarkan isu sepertimana berlaku tsunami 2018.

Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Fahmi Fadhil, Sim Chee Keong, Hannah Yeoh, Teo Nie Ching, Syahredzan Johan, Yeo Bee Yin, Amiruddin Shaari, Akmal Nasir , Mohd Sany Amzan adalah mereka yg fokus kpd pengundi atas pagar. Mereka bergerak dlm team mereka sendiri dan tidak perlu bercampur dgn team2 yg lain.

2. UNDI ANAK MUDA

Buat pertama kalinya undi anak muda menjadi penentu kepada kemenangan pada PRU15. Ini kerana jumlah mereka mencapai 7.8 juta orang pengundi. PH ada kelebihan di sini.

Disebabkan itu kita berharap PH boleh bekerjasama dgn MUDA utk menambah sedikit impak bahawa PH dilihat sebagai parti atau wadah utk anak anak muda menentukan masa depan mereka.

Jadi PH melalui AMK PKR, Pemuda Amanah dan DAP boleh bekerjsama dgn MUDA utk sekurang kurang mempengaruhi minat anak muda utk mengundi dan memilih PH.

Nama2 seperti Adam, Fahmi Zainol, Howard Lee, Mohd Kamil, Hasbi Muda, Jamaliah Jamaluddin, Young Safura, Sheerlena Rashid dan team dari MUDA seperti Syed Sadiq, Amir Aisha dan ramai lagi mampu utk menarik sekurang kurang 70% pengundi di kalangan org muda.

 

PRU-15; Suatu Senarai Jika.. Tulisan ini ialah penulisan politik.

 

PRU-15; Suatu Senarai Jika..

Tulisan ini ialah penulisan politik.

1. Jika UMNO BN menang dengan cukup majoriti untuk membentuk kerajaan, maka rakyat akan mendapat Zahid Hamidi, Tok Mat Hassan, Ismail Sabri, Ahmad Maslan, Annuar Musa dan Shahidan Kassim untuk kembali membentuk kabinet. Semua mereka ini sebahagian besar sudah pun berada dalam jemaah menteri yang ada sekarang.

Pendek kata, rakyat akan mendapat kumpulan manusia pentadbir yang sama kembali. 5 tahun.

2. Jika UMNO BN menang tetapi tidak cukup majoriti, lalu perlu mengambil PAS bagi membentuk kerajaan. Maka rakyat akan mendapat kembali Tuan Ibrahim Tuan Man, Taqiyuddin, Idris Ahmad, Duta Khas Bertaraf Menteri ( jangan disebut nama ), dan Khairuddin Takiri untuk kembali membentuk kabinet jemaah menteri. Semua ini pun sudah ada kini.

Pendek kata, rakyat tetap akan mendapat kumpulan manusia pentadbir yang sama kembali. 5 tahun.

3. Semua alasan yang menjadikan PRU ini dibuat juga dengan segera walaupun musim hujan lebat ialah kerana mahu kerajaan stabil. Mahu pasukan ampuh untuk berdepan ekonomi meleset tahun depan dan mahu selamatkan bangsa melayu dari bahaya golongan tidak beriman dan tiada moral.

4. Lantas pasukan yang rakyat mesti pilih untuk selamatkan negara bagi 5 tahun ke depan ialah pasukan pentadbir sama yang memerintah negara sekarang. Tiada beza. Cuma mungkin Azmin Ali dan Faizal Azumu yang bakal tiada. Rasanya tidak mungkin ambil Mokhtar Senik sebagai pemain ganti. Tak tahulah kan..

5. Sepanjang 35 bulan sejak Langkah Sheraton, muka sama memerintah yang disebut kerajaan tidak stabil dan ekonomi merosot. Lalu rakyat perlu memilih muka yang sama kembali untuk membawa kestabilan dan kemakmuran ekonomi negara bagi lima tahun ke depan.

Hebat

. Inilah tanah airku.

Ada falsafah menyebut, membuat kerja yang sama dengan cara yang sama bahkan orang pun sama tetapi mengharap hasil berbeza itu disebut apa..?

Selamat Mengundi Rakyat Malaysia..

Anda mampu mengubahnya..

Zamir Ghazali

Ketua Angkatan Muda Harapan Terengganu

 

BILA UMNO TOLAK NAK KERJASAMA SELEPAS MEYONDOL MACAM KERBAU PENDEK- UMNO PULA DIKAFIRKAN. TAK SALAH AKU KATA UMNO BAKAL KAPIAQ LAGI


 

NAK BUAT MACAMANA- SUKA SEKSA MAK AYAH KAT KAMPUNG


 ASRAFF JEFFY


Sesiapa yang bermaustatin di Negeri lain, pergilah tukar pusat mengundi anda. Ketahuilah dengan balik mengundi di kampung,pilih apa-apa parti sekalipun, anda sedang menganiaya penduduk setempat.

.

KALAU PEMIMPIN YANG ANDA PILIH MENANG DAN TIDAK AMANAH.




 

Ahli parti ana punya excited tunggu… Last2 bubar…. Padan kena main macam tu je la….


 

AGAK AGAK BERAPA KERUSI MENANG

 


Sebelum PRU cakap nak selamatkan negara, lepas PRU tak ckukup majoriti kau bergabung dengan BN jugak.