Import makanan cecah RM70 bilion, Bajet 2023 perlu hasilkan makanan dalam negara


 Belanjawan 2023 perlu fokus ke arah menghasilkan makanan dalam negara kerana import makanan telah mencecah sekitar RM70 bilion setahun.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin, pada 2020 import makanan negara adalah sebanyak RM55.5 bilion.


Tahun 2021, Malaysia mengimport RM63 bilion makanan, naik 13.5%. Hal itu, katanya merupakan satu record tertinggi dalam sejarah.


Dengan kenaikan harga komoditi dan makanan di pasaran dunia, jelas Sim, pengimportan makanan tahun 2022 mungkin mencapai RM70 bilion.


"Maka kerajaan dalam bajet 2023 harus menumpukan segala usaha meningkatkan pengeluaran makanan domestik. Lebih kurang 1 juta warga petani, nelayan dan penternak mengharapkan kerajaan menambahkan peruntukan untuk meningkatkan pengeluaran sektor pertanian.


"Sektor pertanian mengalami tekanan yang serius pada tahun 2022," katanya dalam satu kenyataan.


Jurucakap Parlimen Pertanian dan Komoditi KEADILAN itu membariskan masalah yang dihadapi sektor pertanian berupa kenaikan kos input pertanian seperti baja yang naik 150%; makanan haiwan naik 200% dan racun serangga naik 100%.


Lebih memburukkan keadaan, katanya, subsidi kerajaan tidak mencukupi menyebabkan petani mengurangkan pengeluaran di samping masalah mendapatkan pekerja asing.


"Ketika Belanjawan 2023 menjadi tumpuan rakyat Malaysia, apakah perancangan kerajaan mengatasi segala cabaran demi memastikan sekuriti makanan rakyat Malaysia terjamin. Saya ingin mencadangkan 3 penambahbaikan dalam Belanjawan 2023 demi membantu para petani," katanya.


Sehubungan itu, Sim mencadangkan agar dirangka peruntukan khas untuk sektor pertanian seperti memperuntukan RM5 bilion Tabung Subsidi Sektor Pertanian


Katanya, sektor pertanian seperti padi beras, sayur-sayuran dan buah-buahan menghadapi kenaikan kos baja dan racun serangga.


Sektor penternakan ayam, penelur, ruminan, khinzir dan akuakultur pula menghadapi kenaikan kos makanan haiwan. Oleh itu, kerajaan harus memberi subsidi input pertanian demi mengurangkan harga makanan di pasaran.


Juga memperuntukkan RM5 bilion Tabung Pinjaman Pemodenan Agrofood


"Sektor pertanian ini perlu dimodenkan supaya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing. Para petani memerlukan pinjaman faedah rendah dan mudah untuk memodenkan ladang mereka. Kerajaan harus membantu meningkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian.


"Pembebasan cukai secara automatik mesti diberikan kepada semua pengusaha, petani, nelayan dan penternak dalam sektor agro-makanan selama 5+5 tahun.


"Demi menggalakkan pelaburan dalam sektor agro-makanan, kerajaan sewajarnya memberi pembebasan cukai kepada semua pengusaha yang layak.


"Walaupun MoF ada program sedia ada, tetapi ia penuh dengan karenah birokrasi dan selalunya pengusaha kecil dan sederhana tidak berjaya mendapat pelepasan cukai. Pelepasan cukai secara automatik akan membantu petani, nelayan dan penternak yang kecil dan sederhana," katanya.


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru itu, tiba masanya kerajaan mengubah dasar pertanian negara kerana pada tahun tahun sebelum ini amat kurang fokus diberikan kepada sektor pertanian dan makanan.


"Masa sudah berubah. Kerajaan-kerajaan seluruh dunia telah mengubah fokus kepada sekuriti makanan. Malaysia juga perlu berubah fokus.


"Saya mengharapkan Kementerian Kewangan memberi tumpuan yang lebih serius dalam sektor pertanian dalam Belanjawan 2023 ini," katanya lagi.

PERANGKAP MAKAN DIRI Si PELACUR DI MALAM GELAP,GUNDIK DI SIANG BOLONG..




Akhirnya percaturan politik parti agama bulan gerhana yang membawa slogan politik sejahtera memakan diri sendiri. Hasrat parti agama itu untuk jadi king maker dan menajakan projek perpaduan ummah dah jadi King Kong.

 

Zahid Hamidi mendedahkan pertemuan beliau dengan Abdul Hadi Awang Selasa lalu, dimana dalam pertemuan itu Hadi diberi kata dua oleh Zahid. Menurut laporan Zahid memberi tiga syarat untuk Pas kembali bersama Umno dalam MN. Oh ertinya kunjungan Hadi terhadap Zahid itu untuk "rujuk".

 

Pertama putuskan hubungan dengan Perikatan Nasional, kedua memutuskan hubungan dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ (berpisah) seratus peratus daripada PN dan Bersatu.

 

Syarat diberikan Zahid itu menggambarkan Umno sudah tidak boleh berkingsi air lendir lagi, yang sanggup menjadi isteri di mlm. hari dan gundik di siang hari. Mungkin Zahid sudah kenal dan arif dengan gaya politik hipokrit parti agama itu.

 

Zahid juga mendedahkan pertemuan itu atas inisiatif Pas, katanya Hadi yang datang berjumpa dengannya, bukan dia datang berjumpa Hadi. Perjumpaan berlangsung dua hari sebelum mahamah Tinggi Shah Alam membebaskan Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah, di Bangi, Bangi berhampiran kediaman Zahid.

 

Apakah Hadi diberi maklumat awal mengenai pembebasan Zahid itu, walahu'alam.

 

Persoalan kini apakah Hadi sedia akur dengan syarat diberikan Umno itu? Ada tanda-tanda Pas sedia untuk kembali kepada Umno apabila timban presiden Pas mengherdik kenyataan Mahiaddin Yassin yang dianggap memberi kata dua kepada Pas.

 

Membaca senario itu, apa dapat difahamkan syarat dikenakan Umno itu meletakkan Pas dalam keadaan panas sejuk demam tak kebah dan pening kepala.

Telan panadol tak hilang kebah Ini kerana dalam parti itu kini ada dua pihak, satu yang mahu bersama Umno dan satu lagi mahu bersama Bersatu. Pihak yang cenderong dengan Umno dikepala Muryidul Am, Hashim Jasin sementara yang cenderong dengan Bersatu presiden, Hadi.

 

Manakala di antara itu ada pula pihak yang berusaha agar Pas bersama kedua-duanya dengan mengambil sikap menjadi isteri dimlm. hari gundi di siang hari.

 

Ternyata kini permainan Pas telah membedal dirinya sendiri. Ekor sudah berjeluah dengan najis yang menghampakkan keadaan.

30 BULAN HANGPA DAPAT DUTA MAKAN GAJI BUTA


 

YANG SERIK 22 BULAN IALAH UMNO YANG SAPU SANA SINI


 

22 BULAN BUAT APA- TONTON NI


 

MEMORI NGERI BUAT PDRM- TAK KENA TANGKAP KE


 

DIA INGAT RAKYAT BODO MACAM DIA



 

TOLAK PARTI RASUAH DAN TAK TAHU JAGA EKONOMI NEGARA




Sekiranya rakyat memberi mandat dan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH), ini membuktikan bahawa mereka menolak secara total pemimpin-pemimpin BN-PN yang terpalit dengan skandal rasuah dan penyelewengan.

Rakyat perlu lebih berani membuat perubahan dengan memilih pemimpin dan parti yang bersih dan tidak rasuah. Rakyat mempunyai hak untuk menukar parti lebih-lebih lagi jika mereka selama ini memerintah tidak menjalankan tugasnya dengan baik, tidak beramanah, rasuah dan salah laku.

Untuk membersihkan Malaysia, kita mesti elak daripada mengulangi kesilapan-kesilapan dengan memilih BN dan PN yang dilihat gagal dan sekiranya rakyat masih memilih BN-PN untuk berkuasa maka penyalahgunaan kuasa, salah laku dan rasuah akan terus berlaku.

Dengan kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat. Apatah lagi skandal demi skandal melibatkan berbilion wang rakyat hilang begitu sahaja.

Justeru itu, Pada PRU-15 penting bagi rakyat untuk tidak membuat kesilapan dalam memilih pemimpin dan parti yang tiada prinsip.

|Admin|

 

BERANI AZMIN CABAR ANWAR, LIHAT APA JAWABAN ANWAR!!!

JELAJAH AYUH MALAYSIA KE PERAK- SIMPAN DAN INGAT JADUAL CERMAH INI







JELAJAH AYUH MALAYSIA KE PERAK

Hujung minggu ni, trak Ayuh Malaysia akan menjelajah ke Perak untuk bertemu dengan masyarakat setempat dan memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa.

Saya akan sentuh skandal-skandal terbaru disamping menjelaskan perancangan KEADILAN/PH untuk memperbaiki keadaan.

Jemput hadir untuk mendapat pencerahan sebelum mengundi nanti.

PARLIMEN TAPAH (Pentas Ceramah)

Description: 🗓8 Oktober | Sabtu

Description: ⏱9 Malam (saya berucap 9 malam)

Description: 📍Tapak Ekspo Bukit Baldwin (Berdekatan Masjid Besar Tapah)

https://goo.gl/maps/hq64HMDc7R652nuZ8

~~~

PARLIMEN TG MALIM

Description: 🗓8 Oktober| Sabtu

Description: ⏱9 Malam (saya berucap 1030 malam)

Description: 📍Dataran Pasar Awam Sungkai

https://maps.app.goo.gl/qUpdUSqRc5ah81hp9

~~~

PARLIMEN KAMPAR (Pentas Ceramah)

Description: 🗓9 Oktober| Ahad

Description: ⏱9 Malam (saya berucap 9 malam)

Description: 📍Perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang Kampar, Malim Nawar(berhadapan Balai Polis Malim Nawar)

https://maps.app.goo.gl/2RNGdFmMx7DznkJ99

~~~

PARLIMEN TAMBUN

Description: 🗓9 Oktober| Ahad

Description: ⏱9 Malam (saya berucap 1030 malam)

Description: 📍Perkarangan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Hulu Kinta (Lorong Sungai Choh 10, Taman Tanjung Perdana, 31250 Tanjung Rambutan)

https://goo.gl/maps/NkY2cTutAd6zQjBa9

Jom turun beramai-ramai!

Description: 🚚Description: 🚚Description: 🚚Description: 🚚Description: 🚚

#AyuhMalaysia #IniUsahaKita