MENTERI AGAMA ...HANG JANGAN BUAT DIAM.....TABUNG HAJI BELI HARTANAH RM1.32B DI LONDON

 KENYATAAN AKHBAR

TABUNG HAJI BELI HARTANAH RM1.32B DI LONDON
1. Menurut berita dari portal The Edge bertarikh 21 July/ 2022, Lembaga Tabung Haji (LTH) telah membeli hartanah di London bernilai £247.5 juta bersamaan RM1.32 bilion. Vendornya Sinarmas menjual semua sahamnya kepada TH pada nilai £247.5juta.
2. Transaksi tersebut tidak menyatakan harga belian sebenar (acquisition price) dan hanya memaklumkan nilai hartanah yang dikenali sebagai bangunan Great Minster. Pihak Menteri perlu telus dalam menyatakan kos sebenar keseluruhan pembelian termasuk yuran brokerage atau komisyen yang dibayar kepada broker yang dilantik. Masalah menyembunyikan harga belian sebenar telah menimbulkan berbagai tanggapan negatif rakyat khususnya umat Islam terhadap ketelusan pihak TH dan kepentingan pihak tertentu yang mengaut yuran komision yang tidak masuk akal tinggi.
3. Dalam keadaan kejatuhan nilai ringgit akhir-akhir ini pembelian tersebut boleh membawa risiko kepada pulangan nilai jika berlaku transaksi untuk dijual kemudian hari. Selain daripada itu melonggokkan pelaburan RM1.32 bilion kepada hanya satu hartanah turut mengundang risiko kepada keutuhan aset TH.
4. Kenyataan saya ini datang atas kebimbangan apakah pengurusan TH kembali ke "perangai lama" tanpa pengurusan risiko aset yang berkesan dan berhemah sehingga potensi menjejaskan 8 juta pendeposit dan menjejaskan fasa kelestarian TH demi kepentingan umat Islam. Adalah lebih baik ditumpukan kepada perubahan struktural regim kos subsidi haji bagi menangani kenaikan kos haji daripada menanganinya dengan pembelian aset yang berisiko tinggi di luar negara.
5. Pengalaman TH sebelum 2018 yang lemah dalam pengurusan risiko aset serta tatakelola kewangan yang tidak telus telah membawa kepada jurang negatif antara aset dan liabilti sebanyak RM4.1bilion yang dicatitkan dalam laporan audit 2017. Sejak 2015 pemberian hibah atau dividen melanggar seksyen 22(3)(a) yang mensyaratkan aset tidak boleh kurang daripada tanggungan. Tujuan penstrukturan semula pada tahun 2018 adalah untuk TH mematuhi perundangan yang ditetapkan untuk tujuan pengeluaran Hibah yang menepati undang-undang tubuh TH. Pihak kami dengan pengurusan yang telus telah berjaya mengimbangi aset dan tanggungan sehingga TH kini kembali ke landasannya yang betul dan mengikut undang-undang.
Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Naib Presiden Parti AMANAH
22 July 2022
No photo description available.

OWH SELANGORKU




Kisah Benar di Selangor yang menyedihkan rakyatnya.
Kisah hidup kami rakyat selangor yg hidup sederhana.
Bangun pagi mandi air percuma.
Lepas itu hantar anak ke sekolah guna bas smart selangor secara percuma.
Anak balik dari sekolah bagi tahu dia demam.
Bawa dia pergi klinik swasta.
Tunjuk kad peduli sihat dapat rawatan dan ubat percuma setahun RM500
Balik dari klinik org rumah ajak pergi singgah pasar raya kata nya barang dapur dah habis.
Bila nak bayar org rumah keluarkan kad kiss trus tak payah bayar.
Dengqn nilai RM200 untuk barang dapur tu di tanggung oleh kerajaan selangor setiap bulan.
Sampai di rumah bukak peti surat.
Bil cukai pintu sampai..Bila buka bil tu, tertulis rumah kos rendah di kecuali kan bayar cukai pintu (bil RM0.00)
Selang beberapa minit jiran ketuk pintu bagi tahu ayah dia meninggal dunia, tak perlu risau tentang duit, sebab kerajaan selangor akan beri sumbangan RM2500 kepada rakyat selangor warga emas yang meninggal dunia.
Itu belum cerita lagi bayi yang lahir di negeri selangor dapat kad tawas.
Bila dah umur 18 tahun tahu dalam akaun ada duit RM1500.
Anak muda masuk universiti dapat lagi RM1000.
Apa pun terima kasih ya Allah yang mengurniakan kami Menteri besar selangor dan wakil rakyat yg selalu memikir kan nasib rakyat.
Syabas dan tahniah dari kami rakyat selangor.

KING APA...KING SAPU..


 

RAKYAT RASA RASUAH TIDAK DITANGANI: KENAPA SPRM TIDAK DAKWA PESALAH DALAM SKANDAL RM1.5 BILION BANK PEMBANGUNAN?

 Dari Rafizi Ramli

22 Julai 2022


RAKYAT RASA RASUAH TIDAK DITANGANI: KENAPA SPRM TIDAK DAKWA PESALAH DALAM SKANDAL RM1.5 BILION BANK PEMBANGUNAN?


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki baru-baru ini dilaporkan berkata kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara yang makin merudum hanyalah persepsi dan bukanlah kedudukan sebenar keadaan rasuah di Malaysia.


Saya fikir kenyataan beliau itu adalah untuk mempertahankan rekod beliau yang menyaksikan CPI semakin merosot sejak beliau menjadi Ketua Pesuruhjaya sejak pertukaran Kerajaan Persekutuan dalam tahun 2020. Kedudukan Malaysia terus turun dari 62 (2017), 61 (2018), 51 (2019), 57 (2020) dan 62 (2021).


CPI membandingkan tanggapan masyarakat mengenai berleluasanya amalan rasuah di sektor awam di antara 180 buah negara di seluruh dunia. 


Pada kedudukan terkini di paras 62 dari 180 buah negara, ia membayangkan rakyat negara ini merasakan amalan rasuah kebelakangan ini sudah sampai ke peringkat semasa skandal 1MDB memuncak dahulu (2017). Jika saya menjadi Azam Baki, saya akan meletakkan jawatan kerana di bawah kepimpinan saya segala usaha rakyat menolak rasuah seolah-olah sia-sia apabila rakyat merasakan keadaan sekarang tidak banyak berbeza dengan semasa skandal 1MDB memuncak.


Indeks ini penting kerana ia diterima pakai di seluruh dunia. Pelabur asing menggunakan indeks ini untuk menilai tahap rasuah di negara kita. Lebih penting lagi, ia satu-satunya kayu ukur yang paling bebas mengenai tanggapan rakyat terhadap amalan rasuah.


Kita tidak boleh salahkan rakyat biasa jika mereka merasakan amalan rasuah semakin berleluasa sehingga telah mencapai tahap 2017 ketika skandal 1MDB memuncak.


Tanggapan rakyat ini dibentuk dengan mengamati tindakan dan gerak-geri SPRM (terutamanya Ketua Pesuruhjayanya) dalam menangani skandal-skandal besar yang melibatkan berbilion wang negara. Walaupun ada saja ikan-ikan bilis yang ditangkap setiap hari, tanggapan rakyat mengenai amalan rasuah tidak akan berubah jika tidak ada tindakan terhadap jerung-jerung besar.


Dalam hal ini, saya mengikuti dengan dekat perkembangan usaha Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dalam usahanya untuk mendapatkan kembali sekitar RM1.5 bilion dana awam yang telah diselewengkan oleh peminjam-peminjam. 


Ia melibatkan pinjaman-pinjaman kepada syarikat-syarikat yang mempunyai “kabel” besar dan diluluskan oleh pengurusan BPMB semasa Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Jumlah pinjaman RM1 bilion yang telah diselewengkan (termasuk dipindahkan ke akaun-akaun luar negara dalam kes-kes tertentu) adalah skandal terbesar dari sebuah bank pembangunan milik kerajaan dalam sejarah negara kita.


Media perniagaan membuat liputan meluas mengenai peminjam-peminjam berkabel besar ini dan usaha BPMB untuk mendapatkan kembali wang rakyat. Laporan-laporan menyebut urusniaga pinjaman dan ekuiti yang diluluskan BPMB semasa Najib menjadi Perdana Menteri, seperti berikut:


1) Pinjaman RM400 juta yang diluluskan dalam tahun 2012 kepada Aries Telecoms (M) Bhd

2) Ambil alih Syarikat Borcos Shipping Sdn Bhd melibatkan dana berjumlah RM337 juta. Syarikat itu jatuh muflis hujung tahun 2017

3) Pinjaman berjumlah RM450 juta kepada Asian Broadcasting Network (ABN) untuk melancarkan stesen TV berbayar. ABN ialah syarikat milik Kenneth Eswaran, seorang yang diketahui sangat rapat dengan Najib dan isterinya Rosmah Mansor

4) Pinjaman berjumlah RM305 juta kepada Nautical Resort Sdn Bhd dan Garuda Suci Sdn Bhd, dua syarikat milik Tan Sri Peter Sondakh yang juga sahabat baik Najib dan isterinya Rosmah Mansor


Kesemua dana rakyat berjumlah RM1.5 bilion yang lesap ini diluluskan semasa Najib merupakan Menteri Kewangan dan BPMB melaporkan terus kepadanya.


Saya telah membangkitkan pinjaman-pinjaman yang disyaki diselewengkan ini sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen dari 2013 ke 2018. Isu ini saya bawa berkali-kali ke Parlimen dan dilaporkan secara meluas:


https://www.theedgemarkets.com/article/abn-loan-was-subject-debate-dewan-rakyat-two-years-ago


https://rafiziramli.com/2017/03/rm305-juta-wang-rakyat-membiayai-projek-hotel-mewah-dan-pusat-persidangan-antarabangsa-langkawi-licc-milik-tan-sri-peter-sondakh/


Kesemua kes ini adalah kes awam yang sepatutnya disiasat oleh SPRM sejak 2014 lagi tanpa pun perlu ada aduan.


Malangnya, saya bersimpati dengan pengurusan BPMB yang terpaksa mengambil jalan saman sivil untuk mendapatkan kembali dana rakyat ini kerana nampaknya tiada tindakan dari SPRM. Pengurusan baru BPMB nampaknya proaktif dengan mengambil jalan saman sivil dengan menyaman dan membekukan aset bekas CEO BPMB (pada ketika itu) dan 26 individu dan syarikat lain yang dituduh menyelewengkan RM400 juta pinjaman kepada Aries Telecom.


Tindakan BPMB ini wajar dipuji dan telah diberi liputan besar-besaran oleh media perniagaan:


https://www.theedgemarkets.com/article/bank-pembangunan-sues-former-md-plus-26-others-fraud-and-bribery


Yang saya pelik, setelah membaca bukti-bukti yang difailkan oleh BPMB melalui saman sivilnya, saya yakin bukti-bukti itu lebih dari cukup untuk SPRM mengambil tindakan jenayah terhadap pelaku-pelaku di bawah Akta SPRM. Lebih penting lagi, untuk memastikan tokoh-tokoh yang belum lagi dihadapkan ke muka keadilan, terutama yang rapat dengan Najib seperti Kenneth Eswaran dan Peter Sondakh juga disiasat sepenuhnya setelah syarikat mereka menyebabkan dana rakyat hangus.


Sudah tentu soalan paling utama: kenapa sehingga sekarang Najib, sebagai Menteri Kewangan yang menjadi bos kepada BPMB ketika itu belum disiasat oleh SPRM mengenai kes-kes ini apabila pinjaman-pinjaman itu kepada kenalan-kenalan rapat beliau?


Ini adalah perkara-perkara yang diperhatikan dan dinilai oleh rakyat.


Apabila kes-kes yang sudah jelas bukti-buktinya ini pun tidak diambil tindakan, sehingga BPMB terpaksa mengambil tindakan saman sivil untuk mendapatkan kembali dana awam, sudah tentu rakyat merasakan amalan rasuah semakin berleluasa di negara ini.


Sebab itu kalau saya Azam Baki, saya akan letak jawatan.


RAFIZI RAMLI


21.07.2022 - PANAS!! NAJIB MENGAKU TIADA DAKWAAN RASUAH TERHADAP HAKIM N...



Datuk Seri Najib Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dengan membangkitkan dakwaan tidak berasas terhadap Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang tidak dapat membela dirinya sendiri, demikian ditegaskan pihak pendakwaan.

APA SEBENARNYA YANG DIRUNDING DENGAN JHO LOW?



Menurut beliau, Pemuda AMANAH memandang serius terhadap isu ini kerana ia berkepentingan awam dan membabitkan maruah negara di peringkat antarabangsa. “Justeru, kami mendesak agar Peguam Negara segera menjelaskan butir rundingan yang didakwa berlaku dan membantah keras sebarang usaha penyelesaian luar mahkamah yang cuba dilakukan terhadap kes 1MDB,” tegasnya.




(The Ayuh Malaysia Show) Rafizi Ramli: Tenaga Boleh Diperbaharui & Isu L...


Saya akan mengupas mengenai krisis #perubahaniklim (climate change) yang akan ada kesan besar kepada kita. Dan anjakan minda yang diperlukan untuk beralih kepada penjanaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy). Saya akan berkongsi bagaimana anugerah #lesenIPP solar (LSS) menjadi rebutan yang jika tidak ditangani akan menambah skandal dalam negara kita. Kredit Video Kepada Rafizi Ramli, Ayuh Malaysia



RENTASAN 1173 | KINI WUJUD USAHA PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH TERHADAP KES...




MENARIK DALAM RENTASAN 1173
1. PROJEK MUSANG KING DI PUNCAK GUNUNG INAS PUNCA BANJIR BALING 2. PENUNGGANG AGAMA MENYOKONG KEZALIMAN 3. APA SEBENARNYA YANG DIRUNDING DENGAN JHO LOW?









NAJIB AKHIRNYA SEDAR BELIAU BAKAL KE DALAM…..KESIAN NAJIB DENGAN BERBAGAI KES...BAIK DOK REHAT KAT SG BULOH


 Di bawah ini adalah reaksi Najib Razak sebagai mengulas tulisan Tun Mahathir Mohamad yang bertajuk ‘Jailing Najib’.

Tun, dengan segala hormatnya orang ramai kini mahu tahu kenapa Peguam Negara kerajaan PH tulis surat luar biasa bodoh yang telah menjejaskan kedaulatan Sabah serta aset luar negara Malaysia bernilai RM66 bilion.

Orang ramai mahu tahu kenapa tiada seorang pun dalam kerajaan PH termasuk PM, Menteri-menteri PH, Timbalan Menteri PH, Ahli Parlimen PH dan Ketua Menteri Sabah masa itu tidak mengetahui kewujudan surat ini dan kita mahu tahu siapa yang luluskan surat tersebut.

Tapi kamu pula tiap-tiap hari ratib Najib, Najib dan Najib.

Tun, dengan segala hormatnya jikapun saya masuk ke dalam pun, ianya tidak bermaksud parti PETAI kamu tidak akan terus mendapat telur pada PRU15 akan datang. Tidak bermakna peluang anak kamu jadi PM menjadi lebih cerah.

Posting Tun M: https://www.facebook.com/100044516073020/posts/pfbid02Zf863JnvSA9jqYkZzWkc4RqL8kAuEpu5bVWGx3r777P1virYwVs8aoXyrSKcz812l/?d=n

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.

Apakah dengan ayat ‘jika pun saya masuk ke dalam’ yang ditulis Najib dalam perenggan akhir itu bermakna sekarang ini beliau semakin sedar dirinya bakal ke penjara?

Rayuan akhir Najib dalam kes SRC International akan didengar di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari bermula 15 Ogos depan.

Dan semalam usaha Najib untuk mendapatkan khidmat Peguam Diraja daripada London dalam kes rayuan akhirnya itu ditolak oleh mahkamah.

Tidak pernah rasanya sebelum ini Najib menyebut ayat ‘jika pun saya masuk ke dalam’ atau yang sepertinya, mahu pun yang membawa maksud seumpama dengannya.

Adakah ini menunjukkan Najib sudah benar-benar sedia untuk ke penjara? – ShahbudinHusin 22/07/2022.



KAH..KAH..MUNG LA TUANG BRAHENG....WALAUN GADUH ANTARA WALAUN SEKOLAH DENGAN TAK SEKOLAH. PAS DIROSAKKAN OLEH PIMPINAN PAS DAN JUGA PARA WALAUN YANG TIDAK BIJAK...

 

Tuan Ibrahim bimbang suasana perpaduan dalam Pas

Sinar Harian
Tuan Ibrahim bimbang suasana perpaduan dalam Pas
TUAN IBRAHIM: Wahai sahabatku, ukhuwah ini lahir daripada hormat serta thiqah (mempercayai) kita dan di waktu yang sama adalah akhlak kita. - Gambar fail
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kebimbangan terhadap tahap perpaduan antara ahli dan kepimpinan dalam partinya.
Tanpa memberikan sebarang perincian berkenaan individu atau kumpulan dimaksudkan, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, terdapat kenyataan dikeluarkan terhadap kepimpinan Pas dilihat dilakukan tanpa adab dan hikmah.
“Kadang kala, sehingga kita rasai seolah pimpinan kita tidak mengetahui apa yang kita ketahui. Bahkan ada yang menegur pimpinan tentang bahaya musuh seolah-olah pimpinan tidak mengenali musuh.
“Wahai sahabatku, ukhuwah ini lahir daripada hormat serta thiqah (mempercayai) kita dan di waktu yang sama adalah akhlak kita.
“Engkau tidak mungkin merasainya tanpa sifat tersebut. Lantaran itu, belajarlah untuk menghormati orang lain atau pandangan yang berbeza dengan kita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

NI HANTU APA NIH...NAK TAKIUTKAN ORANG RAMAI NI....

 

Lima kampung diganggu ketukan misteri 1 pagi.



Astro Awani
Lima kampung diganggu ketukan misteri 1 pagi
Lebih 50 rumah di lima kampung di mukim Pendek, Kota Bharu diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah mereka sejak seminggu lalu. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Lebih 50 rumah di lima kampung di mukim Pendek, Kota Bharu diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah mereka sejak seminggu lalu.
Penduduk mendakwa ketukan serta dentuman yang kuat dikatakan berlaku hampir serentak pada awal pagi tetapi setelah disiasat, mereka tidak berjaya menemukan pelakunya.
Malah, menurut mereka, kesan ketukan juga tidak terdapat di permukaan dinding atau pintu meskipun bunyi tersebut dikatakan sangat kuat.

BAKI KOMITMEN HUTANG 1MDB RM32.08 BILION, ‘JASA’ NAJIB YANG TIDAK HARUS DILUPAI

 

Jumlah baki komitmen hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah RM32.08 bilion setakat 30 Jun 2022 dengan andaian kadar tukaran wang asing AS$1 bersamaan dengan RM4.50, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, bagi tempoh April 2017 hingga Mei 2022, kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan sebanyak RM10.85 bilion melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB berikutan masalah kewangan dihadapi 1MDB sebelum ini. 

“Selain daripada bantuan kewangan langsung kerajaan, faedah hutang 1MDB juga dibiayai dengan menggunakan dana pemulihan aset 1MDB yang disimpan dalam satu Akaun Amanah di bawah MOF yang dikenali sebagai Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset,” katanya dalam jawapan bertulis di persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata setakat 30 Jun 2022, jumlah dana pemulihan aset 1MDB yang berjaya diperoleh semula adalah sebanyak RM19.28 bilion daripada beberapa mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat, dolar Singapura dan dolar Australia.

“Dana ini telah dan akan digunakan bagi tujuan pembayaran hutang 1MDB dengan sebanyak RM10.84 bilion telah digunakan untuk tujuan pelunasan hutang 1MDB setakat 30 Jun 2022.

“Pada masa ini, dana itu masih berbaki sebanyak RM8.83 bilion (termasuk hibah dan untung atau rugi tukaran asing),” katanya. 

Selain itu, Tengku Zafrul berkata proses untuk mendapatkan semula dana 1MDB sedang berjalan dan menyifatkannya sebagai suatu proses rumit dan panjang serta boleh memakan masa bertahun lamanya.

“Ini bukan sahaja melibatkan kerjasama beberapa agensi tempatan dengan asing, malah turut meliputi proses perundangan di mahkamah dan proses rundingan penyelesaian,” katanya.

Namun, beliau menegaskan bahawa kerajaan tetap komited dalam meneruskan usaha untuk mendapatkan semula semua dana berkaitan 1MDB yang telah diseleweng, sama ada melalui tindakan undang-undang mahu pun rundingan penyelesaian.

“Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan pulangan bagi melunaskan hutang 1MDB dan mengurangkan beban kewangan kerajaan,” kata beliau. – Bernama.



PRU15: APA PUNYA KOMAN SPANA PAS NI...DULU GUNA BENDERA SENDIRI..SEKARANG BUKAN SAJA SEKONGKOL DENGAN BN/PN TAPI NAK JUGA KONGSI BENDERA,

 

PRU15: Pas setuju guna logo baharu PN - Abdul Hadi

Astro Awani
PRU15: Pas setuju guna logo baharu PN - Abdul Hadi
Jelas Ahli Parlimen Marang itu, meskipun akan menggunakan logo baharu selepas ini namun ia tidak bermakna parti itu menolak Muafakat Nasional (MN).- Gambar fail/BERNAMA
MARANG: Pas secara dasarnya bersetuju untuk menggunakan logo baharu Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata bagaimanapun perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibincangkan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat terdekat.
Jelas Ahli Parlimen Marang itu, meskipun akan menggunakan logo baharu selepas ini namun ia tidak bermakna parti itu menolak Muafakat Nasional (MN).
"MN terus, Pas membawa agenda perpaduan ummah tidak berganjak. Masalah logo itu akan dibincang kemudian bersama dengan semua sekali termasuklah Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Terdahulu Abdul Hadi dilapor berkata, parti itu sedang mempertimbangkan untuk menggunakan logo baharu dalam pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan lambang PN.
Beliau menjelaskan isu pengunaan logo dalam PRU15 akan datang masih lagi dalam perbincangan.
Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Pas akan menggunakan logo sendiri di tiga negeri yang dikuasainya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.


TIDAK DAPAT DIUPDATES BUAT SEMENTARA WAKTU. AKAN DI UPDATES LEWAT PETANG.

 

ADMIN MOHON MAAF TIDAK DAPAT MENGUPDATES PAGI INI DAN AKAN MUNCUL LEWAT PETA NG KERANA MASAALAH TALIAN INTERNET.