25+ PELUANG KERJAYA DI INVOKE




INVOKE adalah sebuah syarikat pemula teknologi (“tech startup”) yang membangunkan produk berbentuk platform berasaskan data (“data-driven platforms”).

Sebahagian besar dari 150 tenaga INVOKE adalah dari kalangan anak muda di bawah umur 30 tahun (60% Melayu/Bumiputra Sabah Sarawak, 30% Cina dan 10% India). Mereka berkelulusan dari universiti-universiti ternama dari seluruh dunia dalam bidang kejuruteraan perisian (“software engineering”), sains data (“data scientists”), pemasaran digital, seni kreatif digital dan lain-lain. 30% dari tenaga muda INVOKE mendapat ijazah kelas pertama di universiti dan lulus A dalam semua mata pelajaran di peringkat SPM.

Gaji untuk siswazah tanpa pengalaman bermula RM3,200 sebulan. Purata kenaikan gaji tahunan adalah di antara 8% hingga 20% bergantung prestasi. Kebiasaannya anggota kerja INVOKE yang berumur 24-25 tahun mendapat gaji sekitar RM4,000 hingga RM5,000 (bergantung bidang dan prestasi) selepas bekerja 2 tahun.

Jumlah tenaga kerja di INVOKE meningkat 60% - 70% setiap tahun. Kami bermula dengan seramai 50 orang dalam tahun 2019 dan kini mencecah 150 orang. Kami dijangka mencecah 200 orang tenaga kerja dalam tahun 2023.

Pengambilan seterusnya ialah untuk jawatan-jawatan dalam bidang kejuruteraan perisian, sains data, pemasaran digital, seni kreatif digital dan komersial.

Untuk memohon, sila klik capaian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat jawatan, syarat kelayakan dan cara memohon melalui www.adnexio.jobs :

Jurutera perisian (10-15 kekosongan, terbuka kepada siswazah dalam apa-apa bidang teknikal yang berminat menjadi jurutera perisian)

https://adnexio.jobs/jobs/4377

Saintis data (3-4 kekosongan)

https://adnexio.jobs/jobs/5429

Pemasaran digital (3-4 kekosongan)

https://adnexio.jobs/jobs/4378

Seni kreatif (3-4 kekosongan)

https://adnexio.jobs/jobs/5428

Komersial (Bahasa Inggeris dan Mandarin) (1-2 kekosongan, menguruskan pasaran Asia Timur seperti Taiwan, Singapura & Cina)

https://adnexio.jobs/jobs/5427

Komersial (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) (1-2 kekosongan)

https://adnexio.jobs/jobs/4289

Untuk maklumat lanjut, layari www.invokeisdata.com

 

Kelewatan bentang RUU Anti Lompat Parti harus jadi akta lebih baik

 












Pertubuhan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengharapkan kelewatan membentang Rang Undang undang (RUU) Anti Lompat Parti akan membawa kepada pembentukan akta yang lebih baik dan sempurna.



Menurut kenyataan BERSIH, kelewatan pembentangan yang dijanjikan pada 11 April ini sedikitnya menimbulkan kekecewaan dalam kalangan rakyat yang mahukan pilihan raya adil pada masa hadapan, namun diharapkan kerajaan akan berusaha keras membentangkannya pada sidang Julai nanti.



"BERSIH menuntut kerajaan agar komited membentangkan RUU anti-lompat baharu dan lebih kukuh pada minggu pertama sidang Parlimen Julai.



"Bagi mengelak kelewatan selanjutnya, (dicadangkan) RUU Anti-Hopping Recall yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said harus diterima pakai untuk rundingan dan penyempurnaan segera.



"Namun BERSIH berasa kecewa dengan berita terkini bahawa Kabinet Persekutuan telah membuat pusingan U pada pembentangan RUU Anti Lompat Parti yang dijadualkan pada Isnin ini, biarpun Menteri Undang-undang Datuk Seri Wan Junaidi dilaporkan berkata sidang khas Parlimen akan diteruskan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan yang akan memudahkan pengenalan RUU anti-lompat pada masa hadapan," kata mereka.



Menurut BERSIH lagi, RUU Anti Lompat Parti sedia ada masih terdapat beberapa kelemahan dan boleh diperbaiki sementara tempoh penangguhan kerana ketua parti boleh memecat Ahli Parlimen sekiranya tidak sehaluan dan boleh mengosongkan kerusi untuk diadakan Pilihan Raya Kecil.



Oleh itu, BERSIH mempromosikan RUU yang mana rakyat diberi peluang menentukan sama ada wakil rakyat tersebut perlu dipecat atau dikekalkan melalui Undang-undang Anti-Hopping Recall yang telah digubal oleh BERSIH dan dimajukan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini.



"Dalam reka bentuk itu, kerusi mana-mana Ahli Parlimen boleh dikosongkan atas tiga alasan; Ahli Parlimen keluar atau dipecat oleh parti, Ahli Parlimen Bebas menyertai parti, serta lompat parti oleh parti yang tidak dilindungi oleh Akta Anti Lompat parti.



"Dengan menyerahkan keputusan kepada pengundi, Undang-undang Anti-Hopping Recall boleh mengatasi dua kecacatan dalam cadangan semasa Akta Anti Lompat Parti," kata mereka.



Namun walau apa pun tafsiran dan RUU yang akan dibentangkan, BERSIH berharap proses itu dapat disegerakan dan kerajaan tidak melakukan sekali lagi pusingan U yang akan merosakkan keyakinan pengundi kepada proses pilihan raya.



Menurut BERSIH, apabila RUU Anti Lompat Parti dibentangkan pada Julai, Ahli Parlimen atau parti yang enggan menyokong rang undang-undang itu perlu bersedia untuk menghadapi kemarahan pengundi yang terpaksa mengalami ketidakstabilan politik selama bertahun-tahun dan melihat undi mereka dikhianati oleh ahli politik.



Kerajaan BN gagal kawal harga barang - PH

 

Kerajaan BN kelihatan tidak mampu mengawal harga bahan mentah makanan pada bulan Ramadan dan dikhuatiri akan menjejaskan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam.



Alasan perang Rusia dan Ukraine yang biasa didengar sejak sebulan lalu juga tidak boleh digunakan sebagai dalih kerana terdapat bahan bahan mentah yang mengalami kenaikan tersebut dihasilkan di Malaysia.



Menurut Jawatankausa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH), kerajaan seharusnya mengawal segera harga barang yang melambung kerana hal itu menyukarkan lagi kehidupan rakyat yang baru hendak pulih daripada pandemik Covid 19.



"Jawatan kuasa Kos Sara hidup menggesa agar Kerajaan supaya bertindak segera mengawal harga barang yang melonjak di luar kawalan sekarang.



"Sebagai contoh, tepung gandum kini dijual pada harga RM3 sekilo, 50 sen lebih mahal. Susu pekat dijual RM3.80 iaitu 60 sen lebih mahal.



"Begitu juga cili padi kini dijual RM25 sekilo. Sebelum ini harganya RM17 sekilo," kata kenyataan jawatankuasa terbabit.



Mengenai harga ayam yang telah dijadikan harga kawalan sejak sekian lama, jawatankuasa itu hairan kerana harga yang ditetapkan kerajaan tidak boleh dijual oleh peruncit.



"Kerajaan juga kelihatan gagal mengawal harga ayam di pasaran. Hari ini, ayam dijual RM10.50 sekilo melebihi harga kawalan yang ditetapkan pada RM8.90 sekilo," kata mereka.



Tambah Jawatankuasa itu lagi, kemungkinan kerajaan gagal mengimport atau menyediakan bekalan ayam bulat secukupnya di pasaran.



Namun mereka menegaskan, menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk memastikan harga barang pada kadar yang berpatutan dengan apa cara sekali pun.



"Kami bagi pihak PH menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna supaya segera menjalankan penguatkuasaan yang menyeluruh di seluruh negara," kata mereka lagi.



Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang, KEADILAN); Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat, AMANAH); Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, DAP); Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN); Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP); Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP); Asmirul Anuar Aris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, AMANAH); Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah, DAP) dan Puan Norhayati Bachok (Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Maharani, AMANAH).

 

Anggota KEADILAN segera daftar sebagai pemilih - Saifuddin Nasution







 Pemilihan KEADILAN 2022 akan menjadi penentu kekuatan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.


Sehubungan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa agar anggota KEADILAN segera mendaftar diri sebagai pemilih dan mengambil bahagian pada hari pengundian 13 Mei ini.


"Saya Setiausaha Agung KEADILAN. Pada tahun ini akan berlangsung pemilihan parti pada tanggal 13 Mei 2022.


"Dengan kekuatan 1.2 juta anggota saya suka mengambil peluang ini untuk menggesa anggota parti beramai ramai mendaftar sebagai pemilih," katanya dalam satu siaran media.


Menurut Saifuddin, terdapat dua cara untuk anggota memilih kepimpinan pada kali ini, iaitu melalui aplikasi ADIL atau mengundi di dewan secara biasa.


"Pertama pemilih atas talian. Daftar melalui aplikasi ADIL dan ini memberi peluang anda untuk mengundi pada 13 Mei dengan menggunakan gajet smartphone anda. Sudah tentu parti juga menyediakan satu lagi kaedah pengundian, iaitu secara fizikal di dewan pengundian.


"Kesempatan ini saya ulangi untuk mengajak anda semua, anggota parti menunaikan tanggungawab mendaftar melaui aplikasi ADIL bagi memudahkan anda menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih," katanya lagi.


Dengan dilanjutkan tempoh akhir pendaftaran hingga 21 April, KEADILAN mengharapkan lebih banyak anggota akan mengambil bahagian dalam menentukan kepimpinan pada kali ini, terutama apabila parti telah menyediakan kemudahan mengundi atas talian, iaitu yang pertama seumpamanya digunakan dalam mana mana parti politik di Asia Tenggara.



LARI...SIRIM DATANG


 

KONSEP LADANG HUTAN MENGABUI TEBANG BALAK


NEGERI NI DULU ADA BERUK MANA KATA TAK BOLEH AZAN BAGAI...NAK TANAM JERAT CINA LA......NI BAGI SAGUHATI PADA GURU TAKMIR...ISH..ISHHH

 

212 guru takmir P Pinang terima saguhati raya RM750







Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Ahmad Zakiyuddin Abdul
 Rahman (dua, kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada guru takmir
 Abdul Manap Abu Bakar pada Majlis Ijtimak dan Iftar Jamaie Guru
 Takmir Peringkat Pulau Pinang hari ini. (Gambar Bernama)

KEPALA BATAS: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memberikan sagu hati RM750 kepada setiap guru takmir di negeri itu sempena Ramadan dan akan dibayar sebelum Aidilfitri.

Yang Dipertua MAINPP, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, pihaknya memperuntukkan sejumlah RM159,000 untuk sagu hati kepada 212 guru takmir berkenaan.

“Semoga pemberian sagu hati ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban perbelanjaan guru takmir bersama ahli keluarga mereka pada Ramadan dan seterusnya meraikan Aidilfitri nanti,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Ijtimak dan Iftar Jamaie Guru Takmir Peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.

Turut hadir, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor dan Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Roslan Said.

Ahmad Zakiyuddin berkata MAINPP turut memperuntukkan RM500,000 setiap tahun bagi pembiayaan pelaksanaan program, aktiviti dan kursus keilmuan kepada guru takmir di negeri itu dalam usaha meningkatkan kemahiran ilmu dalam kalangan mereka.

Beliau berkata, Jakim pula menyediakan peruntukan sagu hati bagi membayar elaun sagu hati mengajar kepada setiap guru takmir sebanyak RM100 bagi setiap sesi mengajar atau maksimum sembilan kali mengajar iaitu menyamai RM900 sebulan.

“Saya berharap semua guru takmir di Pulau Pinang dapat menyertai semua kursus dan program yang dianjurkan sama ada secara bersemuka atau dalam talian. Ini antara usaha MAINPP meningkatkan lagi ilmu mereka,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, Jakim bersetuju menambah sebanyak 49 kuota perjawatan bagi guru takmir di Pulau Pinang menjadikan jumlah 261 orang di negeri ini.

Siapa musuh dalam selimut RUU Anti-Lompat Parti?



Pada 24 Mac lalu, Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengumumkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti akan dibentangkan pada 11 April (Isnin depan).

Namun tidak sampai dua minggu, kerajaan membuat pusingan U – RUU anti-lompat parti perlu dikaji lagi; termasuk takrif lompat parti itu sendiri! Menghampakan.

Yang akan dibentangkan Isnin ini adalah pindaan kepada peruntukan Perlembagaan yang berkaitan dengan RUU itu sendiri.

Jadi, bilakah sebenarnya RUU itu akan dibentangkan? Wallahu’alam.


Yang pasti, pemimpin-pemimpin tertentu akan mengulang wirid sama – “kita tetap komited, kita terus berazam” dan macam-macam lagi untuk meyakinkan rakyat akan iltizam mereka merealisasikan RUU berkenaan.

Namun wirid sebegini tidak menjelaskan punca RUU tidak dibentangkan Isnin ini. Sudah dua kali pembentangan ditunda. Sebelum ini ia patut dibawa ke Dewan Rakyat pada 24 Mac dan terbaru 11 April. Jika perkara asas masih belum dimuktamadkan, mengapa dua kali buat pengumuman?

Justeru rumusan logik yang boleh dibuat ialah, ada dalam kalangan parti dalam kerajaan yang tidak bersetuju RUU anti-lompat parti diperkenalkan untuk mengekang budaya politik katak yang mencengkam negara?

Presiden Umno, Zahid Hamidi sendiri bertanya sama ada penangguhan RUU itu disebabkan ada gunting dalam lipatan. Ada pihak “dalam selimut” kerajaan yang menghalang RUU menjadi realiti?

Persoalan itu munasabah kerana Pakatan Harapan sebagai blok pembangkang terbesar menuntut Ismail Sabri memperkenalkan undang undang anti-lompat parti sebagai syarat untuk memeterai MoU kerjasama dengan kerajaan.

Umno sendiri, sebagai pihak yang terkesan dengan katak politik sebelum dan sesudah Langkah Sheraton pada 2020, juga antara yang paling lantang mahukan undang-undang anti-lompat parti, segera!

Malah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi keutamaan cukup tinggi kepada RUU itu sebagai sesuatu penting untuk menjamin keutuhan hak pengundi dan sistem demokrasi itu sendiri.

Justeru persoalan “gunting dalam lipatan” yang dibangkitkan Zahid wajar diperhalusi. Adakah Ismail menjadi mangsa parti tertentu dalam kerajaan yang mempunyai motif tersendiri menolak RUU itu?

Semalam, laporan media menyebut Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menolak syarat Ahli Parlimen yang lompat parti perlu mengosongkan kerusi mengikut RUU yang dicadangkan itu.

Laporan itu segera ditolak oleh jurucakap Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, yang mendakwa laporan itu “langsung tidak melambangkan semangat perbincangan mesyuarat MPT” berkenaan.

Wan Saiful berkata pandangan rasmi parti akan dinyatakan apabila “kita mendapat salinan draf sebenar” seraya menegaskan pemimpin Bersatu seperti Mas Ermieyati Samsudin ada peranan penting dalam proses menyediakan draf akta berkenaan.

Untuk menunggu sehingga mendapat salinan draf sebenar sebelum memberikan pandangan rasmi adalah cara selamat untuk sesebuah parti jika ia enggan memberikan komitmen jelas menyokong RUU itu sendiri atau pun peruntukan tertentu di dalamnya.

Namun sama ada Bersatu bersetuju atau tidak dengan peruntukan tertentu, ia harus mengatakannya dengan tuntas.

Bersatu dalam posisi membuat kenyataan jelas kerana seperti yang diakui oleh Wan Saiful sendiri, wakilnya, Mas Ermieyati “memainkan peranan penting” dalam penyediaan draf akta berkenaan.

Sayangnya, Bersatu walaupun “memainkan peranan penting” dalam proses RUU ini nampaknya lebih banyak berdiam.

Tidakkah tindak-tanduk Bersatu berhubung isu RUU ini sebenarnya bak bidalan “lontar batu sembunyi tangan”? Tentunya hanya kenyataan tegas pimpinan tertinggi Bersatu boleh meleraikan persepsi bertebaran bahawa parti itu sebenarnya tidak teruja dengan RUU Anti-Lompat Parti ini.

Menurut Wan Junaidi, beberapa perkara RUU sedang disemak semula termasuk apa yang ditakrifkan sebagai lompat parti.

Veteran Umno, Shahrir Samad, sinis berkata, tidak mudah bagi sebuah kerajaan yang jemaah menterinya merangkumi mereka yang pernah lompat parti untuk bersetuju dengan tafsiran lompat parti atau katak politik.

Antara 39 Ahli Parlimen yang keluar parti asal selepas memenangi PRU14, termasuklah Mas Ermienyati, Mustapha Mohamad, Hamzah Zainuddin, dan Latiff Ahmad – semuanya keluar Umno dan berhijrah ke Bersatu dengan kerusi yang dimenangi atas tiket Umno.

Selain Bersatu, parti dalam kerajaan yang kelu seribu bahasa ialah PAS, sekutu utama Bersatu dan Muhyiddin Yassin.

PAS yang mendakwa ia mengutamakan politik matang sepatutnya menjadi pendokong utama RUU Anti-Lompat Parti namun tingkah lakunya kini memaparkan sebaliknya.

Tidak ada gesaan atau desakan PAS kepada kerajaan menuntut RUU dibawa ke Parlimen seperti mana dijanjikan kepada rakyat. Malah tidak ada peringatan dikeluarkan PAS akan ‘dosa’ Ahli Parlimen yang keluar parti membelakangkan mandat rakyat.

Yang masih terus dikitar cuma dapatan Hadi bahawa rakyat “tertipu” mengundi Pakatan Harapan, justeru PAS tampil memberi sokongan kepada Muhyiddin bagi menubuhkan kerajaan baharu ‘pintu belakang’.

Tentunya Bersatu tinggal sebagai satu-satunya gandingan realistik untuk PAS menghadapi PRU15. Lantas memang masuk akal jika PAS ikut sahaja telunjuk Bersatu dalam membuat pendirian bersabit RUU.

Namun kedua-dua parti itu tidak boleh menutup mata kepada denyut nadi politik rakyat yang mahu RUU dilaksanakan untuk mengekang amalan politik katak, demi memulihkan kestabilan negara.

Langkah Sheraton memburukkan kestabilan politik negara bukan membaikinya. Tindakan Ahli Parlimen lompat parti dan menukar haluan untuk keuntungan peribadi – himpun harta benda atau melepaskan diri daripada geraham perundangan, harus diberhentikan serta merta.

Itu harus menjadi kunci kepada segala pertimbangan mana-mana parti dalam membuat pendirian berhubung RUU.

Dengan jaminan Pakatan Harapan semua 90 Ahli Parlimennya akan menyokong RUU berkenaan seharusnya Ismail tidak teragak-agak mengotakan janji.

Perahu sudah air, dayung sudah di tangan, Ayuh Pak Mail berdayunglah ke jeti yang lebih adil, rukun, dan demokratik demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

 

AKU SAHKAN DIKAU ....