JAMZURI ARDANI
Bekas PM, TS Mahiaddin sahkan dihadapan para pengundi Cina Johor bahawa PAS sudah tinggalkan perjuangan hudud ketika parti itu berada dalam pentadbirannya.
JAMZURI ARDANI
Bekas PM, TS Mahiaddin sahkan dihadapan para pengundi Cina Johor bahawa PAS sudah tinggalkan perjuangan hudud ketika parti itu berada dalam pentadbirannya.
Pejabat Mufti WP kata boleh dibenarkan untuk seseorang pemimpin
itu menghadiri majlis yang ada maksiat di dalamnya, dengan syarat dalam hatinya
membenci perkara itu.
Rasanya Pejabat Mufti WP menyatakan ini susulan video sebuah
majlis yang mana ada gadis seksi menari di pentas dan hadir di dalamnya
Mahiaddin dan Hamzah Zainuddin.
Aku tak bangkang fatwa ini. Memang benar. Dalam dunia hari ini,
ada majlis yang perkara maksiat dan yang baik bercampur baur. Majlis maksiat
yang dimulakan dengan doa pun ada.
Tapi masalahnya jika majlis itu dianjurkan oleh individu itu
sendiri, bagaimana keadaannya? Atau ia dianjurkan oleh kumpulan yang boleh
dikawal oleh pemimpin itu? Masihkan dibolehkan?
Soalnya bukan setakat menghadiri. Tetapi tindakan berdiam diri
bila maksiat di depan mata. Sedang bila orang lain buat, ianya jadi itu besar.
tulah yang menjadi persoalan sebenarnya.
Dulu DS Anwar tak ada perempuan seksi berjoget pun. Cuma DS Anwar
ikut sama menari tarian tradisional kaum India. Sekejap saja pun. Tapi habis
dijadikan isu paling sensasi.
Tapi bila Mahiaddin, yang menjadi pengerusi PN, di mana PAS
adalah sebahagian daripadanya, berbuat lebih lagi, tiba-tiba lidah jadi kelu.
Itu yang tak betulnya. Guane boh?
Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor diingatkan untuk memilih
KEADILAN dan Pakatan Harapan mentadbir Johor bagi memastikan suara mereka akan
menjadi dasar negeri.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, sekiranya PH tidak menjadi kerajaan pun maka akan menjadi pembangkang yang kuat dan boleh mendesak Kerajaan Negeri untuk lebih menjaga rakyat.
"Pastikan kerajaan tunduk kepada rakyat jangan mudah beri kuasa. Kita kena ada suara yang berani untuk melawan.
"Suara sebagai pengimbang. Contohnya di Parlimen nak bagi pekerja gig ada perlindungan insurans (Perkeso). Saya tanya bila nak lulus undang undang penghantar makanan (ada Socso), diwajibkan kepada syarikat gig untuk melindungi pekerja secara automatik. Jawapnya (menteri) tak ada keperluan masa kini.
"Tetapi sesi Parlimen kali ini kita desak untuk perkenalkan Akta Anti Lompat Parti, siapa selepas ini kalau lompat mereka hilang kerusi.
"Jadi bila menteri takut dengan rakyat, baru mereka bertungkus lumus nak penuhi. Itulah peranan pembangkang," katanya ketika berkempen di DUN Johor Lama, malam tadi.
Katanya Nurul, di tengah tengah kebencian rakyat kepada ahli politik kerana sering berebut kuasa politik yang baik masih diperlukan untuk memastikan isu rakyat dibela.
"Kalau peringkat kami apa kami nak buat? Politik ini merupakan wadah yang kita boleh guna pakai untuk berkebajikan, termasuk mewujudkan peluang pekerjaan," katanya.
Selain itu, Nurul Izzah juga menempelak kerajaan BN yang tidak membenarkan pembangkang berkempen di saluran media arus perdana sedangkan calon calon kerajaan bebas dipromosikan.
Katanya, dalam suasana pandemik Covid 19 sepatutnya rakyat duduk di rumah menghadap televisyen dan melihat calon calon berkempen.
Semalam banyak cerita di media arus perdana akan komentar Najib
berkaitan hutang 1MDB. Nampak macam hebat. Penyokong Najib tak sedikit yang
bangga sampai terlupa dialah punca negara kita menanggung hutang sebegitu
banyak.
Hinggakan berita ini pun kurang mendapat liputan. Waris Sultan
Sulu menuntut Malaysia membayar sebanyak RM62.59 bilion. Banyak tu! Lebih
banyak daripada hutang 1MDB. Tapi bayaran apa?
Bayaran itu sebenarnya wang penyerahan yang asalnya
ditandatangani oleh Sultan Sulu dengan syarikat Dent & Overbeck bagi
menyerahkan Sabah kepada syarikat tersebut. Perjanjian itu kemudian diluluskan
ke dalam Perjanjian Malaysia 1963 ketika Sabah menyertai Malaysia.
Tapi kenapa sekarang baru dituntut?
Kerana selama ini Malaysia tidak pernah culas buat bayaran.
Sehinggalah tahun 2013, apabila berlaku pencerobohan di Lahad Datu oleh
kumpulan militan daripada selatan Filipina. Kumpulan ini mengaku mempunyai
hubungan dengan waris Sultan Sulu.
Dengan alasan itu, pentadbiran Malaysia membuat keputusan untuk
menghentikan bayaran tersebut. Malangnya kaitan kumpulan militan itu dengan
waris Sultan Sulu tak dapat dibuktikan. Maka pada 2019 waris Sultan Sulu telah
memfailkan timbang tara yang berpihak kepadanya.
Rumit sebenarnya untuk dijelaskan. Kerajaan pun bercadang untuk
mencabar keputusan timbang tara ini. Kalau berminat boleh baca sendiri di
pautan ini: https://www.malaysiakini.com/news/613041.
Bayangkan, bayaran asal hanya RM5,300 setahun. Disebabkan
pentadbiran Malaysia hentikan bayaran maka tuntutan ini dibuat. Dengan
mengambil kira tukaran matawang sekarang serta hasil bumi Sabah seperti minyak,
maka nilainya menjadi RM62.59 bilion.
Kalaulah bayaran tidak dihentikan dulu, mungkin perkara ini tak
berlaku. Tapi siapa yang mengepalai kerajaan di tahun 2013? Najiblah! Siapa
lagi? Mana Najib waktu itu? Kenapa Najib yang bijak sangat tak pastikan
kerajaan tak ambil tindakan yang salah?
Waktu dia sendiri jadi PM, tunggang terbalik jadinya kewangan
Malaysia. Tiba-tiba hari ini Najib jadi sangat cerdik dalam hal hutang 1MDB?
Kalau Najib pandai bab ekonomi, negara kita takkan sampai seteruk sekarang ini.
Rakyat yang sayangkan Malaysia, yang mahukan masa depan yang
cemerlang untuk generasi akan datang, yang tak bercadang nak berhijrah ke
negara lain di masa depan, wajib menolak Najib. Tolak juga UMNO/BN yang biarkan
Najib berbuat sesuka hati ketika itu.
Fikirkan nasib anak-anak kita. Jika orang seperti Najib
dibiarkan terus berada dalam kerajaan, tak mustahil anak kita pula terpaksa
jadi pendatang di negara lain nanti.
Aku akan cnp komen tentang penjanjian ini yang sangat bernas di
ruangan komen. Guane boh?
.
Generasi selepas merdeka
sehingga ke hari ini di Johor masih banyak yang terpaksa berkerja di Singapura.
Mengapakah selama lebih 60 tahun mentadbir, BN tidak mampu membawa masuk pelaburan asing secukupnya untuk mewujudkan pekerjaan di Johor?
Luahan uncle Lau Peck tentang pekerjaan buruhnya di Singapura mewakili 200,000 warga Malaysia yang terpaksa mencari makan di republik itu dan mengharapkan kerajaan Johor mengusahakan nasib yang lebih baik buat generasi akan datang.
"Nama saya Lau Peck. Usia menjangkau 62 tahun. Dulu sebelum PKP, saya mencari rezeki di Singapura. Seawal pukul 2 pagi, saya menaiki kapchai mengharungi jalan raya yang gelap gelita berulang alik Malaysia-Singapura setiap hari. Tidak kira keadaan diri sakit, selama 30 tahun, saya bekerja sebagai pekerja biasa di perlabuhan.
"Saya masih ingat ketika itu perbezaan mata wang Malaysia dengan Singapura hanyalah SG$1 bertukar RM1.60. Kini dah jadi RM3.10. Mengapakah ringgit berdepan dengan perjalanan yang sukar?
"Saya masih cuba memahami mengapa negara sebesar Malaysia, kaya sumber asli tidak mampu menyediakan peluang seperti Singapura?
"Kerja saya susah, kadang-kala berterusan ditindas di negeri orang. Saya berharap agar anak cucu saya tidak perlu lagi bekerja di negeri orang..," katanya.
Justeru, dalam Pilihan Raya Negeri Johor KEADILAN menawarkan untuk mengusahakan membawa lebih banyak pelaburan langsung asing dari Singapura bagi membuka kawasan perindustrian dan komersial baharu di Johor.
KEADILAN juga akan memperjuangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 dan peluang pekerjaan tempatan yang lebih berkualiti buat anak watan Johor.
Rasanya ramai di antara kita boleh bersetuju dengan kenyataan Khairy Jamaluddin bahawa Hasni Mohamad dan Ismail Sabri adalah wajah sebenar BN bagi kempen PRN Johor ini.
Hasni adalah penyandang jawatan Menteri Besar Johor, manakala Ismail Sabri ialah Perdana Menteri.
“Poster boy kami di sini ialah Hasni dan pemimpin negara kami ialah Ismail Sabri dan saya dapat lihat pengundi juga melihatnya,” ujar Khairy atau KJ yang juga Menteri Kesihatan.
Tetapi, walaupun apa yang disebut KJ itu adalah fakta yang seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh BN ke arah mencari kejayaan dalam PRN Johor, entah mengapa, ia seperti tidak ditonjolkan.
Sebaliknya, yang ditonjolkan dan seolah-olah dijadikan ikon oleh BN bagi PRN Johor ini ialah Najib Razak, bekas Perdana Menteri yang namanya tercatat dalam sejarah sebagai punca UMNO kehilangan kuasa pada PRU14 lalu serta sudah pun dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah.
Kenapa UMNO dan BN tidak memanfaatkan dengan sesungguhnya Ismail Sabri atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri?
Apa guna UMNO ada pemimpin yang memegang jawatan Perdana Menteri kalau kedudukan dan kelebihan itu tidak dimanfaatkan?
Kenapa juga Hasni sendiri yang bakal memimpin Johor seterusnya jika BN menang nanti turut tidak begitu ditonjolkan dan seolah-olah tidak menjadi keutamaan?
Mengapa mesti Najib yang terkait dengan skandal 1MDB yang menyebabkan negara ditimpa malu di seluruh dunia, mengakibatkan BN hilang kuasa serta sudah djatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah, terus mahu ditonjol dan diarak ke sana sini dalam PRN Johor ini?
Tidak rasa malukah UMNO dan dengan tindakannya yang sedemikian itu?
Bukankah dengan tindakan berlebihan menonjolkan Najib itu, UMNO dan BN sebenarnya telah mengamalkan gaya politik yang songsang?
Selain UMNO sepatutnya lebih memanfatkan Ismail Sabri dan Hasni atas kapasiti kedudukan kedua-duanya dalam kerajaan yang sudah pasti mempunyai nilai kelebihan di mata rakyat, melalui PRN Johor ini jugalah seharusnya menjadi peluang UMNO untuk memperlihatkan proses peremajaannya tetap menjadi keutamaan.
Dengan Ismail Sabri dan Hasni yang berusia di awal usia 60an dijadikan keutamaan, selain sedang memegang kedudukan dalam kerajaan, inilah sebenarnya proses peremajaan UMNO yang menjadi tonjolan serta kebanggaan untuk diketengahkan.
Bahkan, itulah proses peremajaan yang mahu dilihat oleh rakyat, bukan dengan UMNO mengamalkan gaya songsang ke belakang.
Gaya songsang ke belakang yang dilakukan sekarang yang terus menonjolkan Najib bukan ke arah meremajakan UMNO, sebaliknya menuakan lagi parti.
Orang tua yang pernah mendapat nikmat kedudukan, tetapi mensia-siakannya dengan karenah yang menjadi punca UMNO hilang kuasa, seterusnya telah termasuk dalam kategori kluster mahkamah, lebih wajar direhat dan dibersarakan daripada terus digeli-gelikan dengan penonjolan bak harapan untuk kembali memimpin semula kerajaan.
Pemimpin muda UMNO dan pelapis di bawah lebih patut disediakan lorong yang terbuka seluas-luasnya untuk mengambil alih kepimpinan. – ShahbudinHusin 06/03/2022.

ADAKAH BENAR SUSU FARM FRESH SEBENARNYA BUKAN SUSU SEGAR/FRESH?
Tok rasa Tok dah tertipu. Kita semua dah tertipu. Selama ni Tok percaya dan bermati-matian ingat susu keluaran Farm Fresh adalah susu segar, dari ladang tempatan kononnya. Berbeza dengan susu lain yang ada di pasaran. Belum lagi kempen 48 jam daripada ladang yang jelas-jelas dusta semata-mata.
Sebelum ini brother Azmi Zainal dan para dealer dia sering mengecam brand susu lain. Kata brand lain guna susu tepung dan susu beku. Menggunakan tagline “segar dari ladang” untuk membezakan Farm Fresh dengan jenama lain seperti Dutch Lady dan Goodday.
Hakikatnya, segala ladang dan lembu di Malaysia hanyalah sebuah drama bersiri yang punya agenda. Drama untuk dapatkan tanah, dapatkan geran dan dapatkan insentif kerajaan. Quaza kan jadi DG masa tu. Dia tolong adjust segala geran daripada DVS dan sokong segala usahaga mendapatkan insentif kerajaan seperti tax exemption dan bantuan softloan.
Apa buktinya? Sabar..
Selain itu, setelah Tok cuba memberi rasionalisasi tentang IPO Farm Fresh, ramailah yang datang pm tepi Tok. Ada beberapa cerita yang selari dengan dapatan Tok melalui prospectus IPO Farm Fresh selain daripada cerita-cerita di sebalik tabir.
So sebenarnya, takda beza pun jenama Farm Fresh dengan Dutch Lady mahupun Goodday atau jenama lain. Bezanya yang lain tak buat misleading dengan kempen susu segar dari ladang.
Ada seorang ni mesej Tok kata dialah orang yang tuang susu tepung bancuh dalam formulation Farm Fresh. Dia pun bagitau yang orang DVS pun sudah kawtim. Yelah, Quaza tolong cover. Mestilah selamat.
Belum lagi Tok dengar cerita Azmi kena tampar dengan penternak sebab scam penternak dengan guna geran kerajaan untuk penternak. Yang diorang duduk bangga-bangga tolong usahawan tu, bukan duit diorang, tapi geran usahawan daripada kerajaan. Bukan duit diorang pun yang keluar. Kita semua dah tertipu!
Logiknya, cuaca di Malaysia memang tidak sesuai menghasilkan susu segar berskala besar. Tetapi drama Azmi menyebabkan Tok dan kita semua tertipu. Harap adalah persatuan pengguna saman Farm Fresh sebab scam kita dengan misleading kempen dengan SEGAR dan LOCAL FARM!
Maka Tok pun godek-godeklah disebabkan hipotesis kepala Tok dah kata Tok kena scam dengan drama marketing Farm Fresh ni. Akhirnya segala persoalan telah terjawab!
Persoalan besar – cukupkah susu yang dihasilkan lembu-lembu susu Farm Fresh dari ladang tempatan untuk production susu mereka dengan tagline,
Ini barulah segar!
Bagi menjawab kenyataan Farm Fresh menggunakan susu segar. (Rujuk foto 1 dan 2. Prospectus IPO Farm Fresh m/s 136.)
Fakta di sini menunjukkan Farm Fresh ada membeli susu beku dan susu tepung daripada supplier Australia dengan jumlah yang sangat besar. Takkan guna untuk bagi lembu minum pula kan?
Berapa banyak susu dihasilkan daripada farm di Malaysia?
Tahun 2020-2021, hanya 12* juta liter (9* juta liter farm sendiri + 3 juta liter farm luar) sahaja.
Berbanding dengan keseluruhan susu yang digunakan sebanyak 70* juta liter. Direkodkan susu Farm Fresh sendiri hanyalah 12% sahaja.
Maksudnya yang diimport lebih 80%! Kiranya Farm Fresh ini susu import juga la kan?
(Rujuk foto 3.)
Dalam prospectus juga menunjukkan production di kilang-kilang Farm Fresh adalah 34* juta liter. (Rujuk foto 4)
Walhal pengeluaran susu di Malaysia yang direkodkan hanyalah 12* liter! Dari mana datang selebihnya?
Maka jelaslah segala claim dan kempen marketing adalah sangat misleading. Kesimpulannya,
Kalau ikut definisi yang Tok pegang, susu segar mesti dalam tempoh 48 keluar dari ladang. Tidak dicampur dengan susu beku dan susu tepung. Baru layak claim susu segar. Baru layak nak gebang,
“Ini barulah segar!”
So, Tok nak tanya anak-anak sekalian, adakah sebuah syarikat yang dibangunkan dengan misleading advertising tentang susu segar, mengKUDAkan cap masjid dan memanipulasi perasaan rakyat Malaysia itu sebuah syarikat yang baik?
Fikir-fikirkan. Tok nak minum susu Summerfield lah!
BAYOR!
Bomoh Bursa

Majlis makan malam dan persembahan tarian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru, bukan dianjurkan Perikatan Nasional (PN) sebaliknya oleh komuniti perniagaan Cina tempatan.
Setiausaha Eksekutif PN, Saiful Adli Mohd Arshad, dalam kenyataan hari ini berkata kehadiran pemimpin gabungan itu adalah atas jemputan penganjur.
Kenyataan Saiful menyusul bagi menjawab tohmahan susulan penularan video yang memaparkan kehadiran pemimpin PN pada majlis makan malam itu.
Mereka termasuk Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan Dominic Lau.
“Program bukan anjuran PN dan kehadiran pemimpin PN adalah atas jemputan. Persembahan adalah anjuran penganjur,” kata Saiful.
Terdahulu, video berdurasi 12 saat tular di media sosial memaparkan beberapa wanita berpakaian seksi menari secara provokatif di hadapan pemimpin politik tertinggi.
Dalam persembahan itu, semua tetamu dihiburkan dengan siri tarian yang digandingkan dengan lagu popular penyanyi antarabangsa seperti Candyman dan Ain’t No Other Man oleh Christina Aguilera, Pump It (Bond) dan Upside Down (Paloma Faith).
Kira-kira 800 tetamu hadir pada majlis makan malam turut menampilkan tokoh dikenali ramai iaitu Tan Choon Hwa yang juga Pengerusi Eksekutif TCH Resources Group.

Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah
Ismail hari ini membantu kempen calon N16 DUN Sungai Balang, Abdullah Sahid.
Kak Wan yang juga Ahli Parlimen Pandan itu sempat beramah mesra bersama pengundi pengundi Tionghua di situ sambil memperkenalkan calon.
"Di DUN Sungai Balang bagi memberikan sokongan kepada Cikgu Abdullah, calon no 1 dari KEADILAN.
"Mendengar penerangan saudara Tian Chua dan warga DUN Sungai Balang mengenai permainan Xiangqi atau dipanggil Chinese Chess," katanya.
KEADILAN meletakkan calon 'otai reformis' di DUN itu yang telah bergiat dalam parti sejak 1998.
Cikgu Abdullah juga merupakan anak jati DUN berkenaan dan dihormati oleh masyarakat di sana.
Pengundi dalam Pilihan Raya
Negeri Johor seharusnya memilih berdasarkan nilai nilai murni dan tidak memilih
wakil rakyat secara semberono.
Nasihat itu diutarakan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah di DUN Larkin petang tadi.
Menurut beliau, mengapakah selepas mengetahui para pemimpin Umno BN bergelumang dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), gunakan wang rakyat berjudi, bermewah dan merasuah sesuka hati namun apabila tiba musim pilihan raya mereka diberi undi.
"Anak PM dulu pergi berjudi di Los Angeles pakai duit 1MDB. Tetapi ada tok lebai kata undilah Umno dan BN. Apa benda ini, kalau ya pun bagi lah teguran.
"Saya baca laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Ada disebut kalau nak judi kasino, kena beri akaun bank. Tarikh, nombor akaun itu (jejaknya) Los Angeles, Chicago, London, Singapura, 1MDB. Bayangkan, saya memang anggap mereka ini teruk, tetapi tak terfikir pemimpin Melayu yang laung 'hidup Melayu' seteruk itu (berjudi guna wang rakyat).
"Bayangkan.... kemuliaan seseorang itu kerana akhlaknya.
"Bila mari pilihan raya nak pilih orang kita (rakyat) tak peduli. Akhlak tak relevan, judi tak relevan, curi duit rakyat tak relevan. Jadi yang relevan apa? RM100 (sogokan). Itulah nilai manusia.
"Imam Syafie pernah menyatakan, kalau kita buat keputusan menilai orang dari apa diberi kepada kita untuk makan, nilai kita itu tidak lebih daripada apa yang keluar daripada kita (najis)," katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata lagi, wakil rakyat yang perlu dilantik pengundi Larkin adalah yang boleh membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri.
Wakil yang boleh membuat teguran, bukan seperti wakil BN perintah negara tetapi takut untuk mengarahkan konglomerat besar bayar ganti rugi apabila jerebu ancam kehidupan rakyat atau bayar ganti rugi apabila banjir balak rempuh rumah orang kampung.
"Bila soal kelapa sawit saya bangkitkan. Syarikat kelapa sawit untung bilion, pasal apa bila ada jerebu tak boleh bayar ganti rugi kepada rakyat?
"Pasal apa bila naik harga minyak masak syarikat untung bilion tak ada kuota kecil untuk pastikan orang tempatan B40 beli pada kadar murah? Ini soal dasar tetapi tak mampu PM Ismail Sabri nak lawan sebab dia tak berani lawan korporat kaya," katanya.
Justeru, Anwar menyeru pengundi DUN Larkin untuk mengangkat Dr Zamil sebagai wakil rakyat pada 12 Mac ini.
Katanya, kerusi itu pernah dipertimbangkan untuk Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir yang rajin berkerja di kawasan dan lantang di Parlimen. Namun katanya, Akmal mempunyai tugas sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN dan Dr zamil adalah pengganti yang terbaik.