KENAPA LEBAI FITNAH TABUNG HAJI MASIH BEBAS BERCERAMAH ?




 Macam mana Ahmad Dusuki boleh kuliah di Masjid Al Ikhlas Shah Alam?

Susulan arahan Majlis Agama Islam Selagor (Mais) menarik balik tauliah mengajar dalam kalangan aktivis politik, hari ini netizen mempersoalkan bekas AJK Ulamak Pas Pusat Ahmad Dusuki Abdul Rani mengadakan kuliah di Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam.

Ahmad Dusuki dikatakan dijemput oleh pihak masjid berkenaan pada 19 Januari lalu dengan tajuk  ‘Kematian’ mengalu-alukan netizen untuk mengikuti kuliah maghrib yang juga dibuat secara langsung di Facebook Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam.

Bagaimanapun, netizen mempersoalkan kehadiran aktivis politik Pas itu ketika Sultan Selangor menitahkan tauliah mengajar ditarik balik.

Titah Sultan agar tidak membenarkan Islam dipolitikkan dan dijadikan sebagai bahan politik oleh mana-mana pihak khususnya di masjid dan surau.

Pengguna Facebook Jamzuri Ardani berasa hairan macam mana ustaz yang cukup sinonim dengan ‘azab kubur’ boleh melanggar titah Tuanku Sultan.

“Aikkkk …. Macam mana dia ni boleh langgar titah Tuanku agar orang politik tidak lagi dibenarkan berkuliah di surau dan masjid?

“Ada double standard ke?

“ADUN dan MP dari PH di Selangor pun tak boleh kuliah, tetiba mamat ni selamba je langgar titah Tuanku.
Apa sudah jadi?” soal beliau.

Statusnya ini turut dikomen netizen yang mana meminta satu laporan polis dibuat terhadap ustaz tersebut.

“Power dia nie.. Setakat sultan apa kisah sgt… Petir pon terperlanting aje,” balas Sun Jun.

“Biar dulu, masa tgh perform tu cekup terus dgn ajk sekali. Ingkar arahan Sultan,” tulis Mohd Zakie.

Hasil tinjauan di Facebook Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam petadbir akaun Facebook ini telah membuat dua kali posting berkenaan kuliah daripada ustaz terbabit termasuk siaran langsung.

“Mohon jasa baik utk SHARE & TAG sahabat2 kita yg lain agar kita semua sama2 dapat mengambil manfaat drpdnya. Insha Allah,” tulis pentadbir Facebook masjid.

Namun ada juga netizen bertanya apakah AJK masjid melanggar titah Sultan.

“Langgar titah sultan ker ajk masjid,” tulis Yusdi Yahaya Mohd.

Mulai 1 Januari semua tauliah mengajar yang sebelum ini diberikan aktivis politik di Selangor terbatal dan akan ditarik balik dan tauliah untuk mengajar agama kepada individu yang terlibat aktif dalam politik juga tidak akan dikeluarkan lagi.

Pengerusi Mais, Abdul Aziz Mohd Yusof seseorang yang mengajar agama Islam tanpa tauliah merupakan kesalahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Jika disabit bersalah, katanya, seseorang itu boleh dihukum dengan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

PH gesa KPM, SPP segerakan proses serap guru interim sebagai guru tetap



Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) segera memanggil guru-guru interim untuk ditemuduga bagi memudahkan urusan mereka diserap sebagai pendidik.

Menerusi kenyataan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bersama tujuh anggota JKPPH, mereka memaklumkan menerima banyak aduan dari guru-guru interim yang dilantik sebelum ini, tidak dipanggil untuk ditemuduga oleh pihak SPP walaupun tempoh khidmat mereka hampir tamat.

Menurut JKPPH, apa yang berlaku ini merupakan penganiayaan kepada guru-guru sedangkan dalam surat tawaran telah dinyatakan bahawa mereka akan dipanggil untuk diserap sebagai guru tetap.

“JKPPH dimaklumkan yang dalam tempoh perkhidmatan sebagai guru interim, pihak SPP akan memanggil mereka untuk ditemuduga agar boleh diserap sebagai guru tetap selepas tamat kontrak mereka.

“Namun, keluhan daripada guru-guru interim ini, masih ramai yang belum dipanggil oleh SPP.

“Malah pengambilan secara one-off yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan tahun lalu untuk mengisi jumlah guru yang tidak mencukupi juga tidak melibatkan guru interim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JKPPH turut berpandangan, guru interim perlu diutamakan pengambilan mereka sebagai guru tetap selain graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Ini katanya, memandangkan guru interim telah berpengalaman bertugas di sekolah dan sudah mahir dengan situasi semasa di sekolah.

Kenyataan JKPPH dibuat bersama Maszlee Malik; Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom; Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching; Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Tangga Batu Rusnah Aluai; dan Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju Naidu.


Siapa nak jadi ‘poster boy’ Umno, angkat tangan!

 

Ada geng dalam Umno lantang mahu Ismail Sabri Yaakob jadi “poster boy” Umno (dan tentunya BN sekali) untuk PRU15. Ada pula geng dalam Umno yang mahu Ahmad Zahid Hamidi tetapi tidak atau belum menyatakan hasrat secara terbuka.

“Poster boy” ialah satu watak yang menggambarkan atau mewakili sesuatu kelayakan dan matlamat. Lantas ada “poster boy” yang dikaitkan dengan sesuatu negatif yakni lambang rasuah, kejahatan, dan kemalasan umpamanya. Tetapi ini dilakukan oleh pihak lain, bukan si “poster boy” sendiri mahu pun kawan-kawannya.

Oleh itu, lazimnya apabila bercakap mengenai “poster boy” ia mengenai orang yang boleh menjadi daya penarik untuk sesuatu perjuangan, objektif, dan sebagainya.

Dalam konteks Umno, “poster boy” ialah pemimpin mewakili parti secara mutlak tanpa dipertikai, yang melambangkan kepimpinan serta perjuangan parti, ada daya penarik kuat lalu diterima rakyat. Bahasa mudah “boleh jual”. Tujuannya untuk meraih sokongan dan menang pilihan raya. Kesimpulannya orang tengok “poster boy”, orang percaya, suka, dan sokong parti.

Bagi Annuar Musa, orang Umno yang duduk sebagai menteri dalam kerajaan Ismail yang juga orang Umno, poster boy Umno untuk PRU15 kelak ialah perdana menteri, yakni bosnya. Bagi Ahli Parlimen Ketereh itu, Ismail memiliki semua ciri-ciri “poster boy”.

Malah Annuar mendakwa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno tempoh hari “menunjukkan isyarat bahawa Ismail adalah ‘poster boy’ PRU15 sekali gus merupakan calon Perdana Menteri daripada Umno selepas PRU15 nanti”. Nampaknya Annuar begitu yakin Umno akan menang pilihan raya dan bentuk kerajaan.

Apa pun, Mohd Puad Zarkashi, yang juga anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, menyanggah dengan berkata “ada orang sudah mendahului keputusan parti dengan menamakan watak yang akan diangkat sebagai ‘poster boy’ Umno.”

Terus beliau menegaskan “poster boy” mesti boleh menjamin kemenangan parti dalam PRU. Dia dipilih kerana ketokohannya dan polisinya. Bukan lembik ikut cakap orang dan lambat buat keputusan.

Puad bagaimanapun tidak menamakan siapa yang beliau maksudkan? Siapakah yang lembik, ikut cakap orang, dan lambat buat keputusan? Oleh kerana Puad tidak menamakan orang itu itu, kita bebas untuk teka.

Mengikut tradisi, Presiden Umno ialah “poster boy” Umno dan BN. Ini pada masa Umno mengemudi pemerintahan BN. Oleh kerana Umno tunggak BN, Presiden Umno ialah juga Perdana Menteri. Begitulah zaman Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, Hussein Onn, Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, dan Najib Razak. Mereka menjadi presiden Umno dan juga Perdana Menteri. Lantas, apabila pilihan raya diadakan mereka diangkat sebagai “poster boy” untuk Umno, Perikatan, dan Barisan Nasional.

Itu cerita lama. Cerita baharu atau lebih tepat lagi cerita sekarang Presiden Umno bukan Perdana Menteri. Malah tidak duduk pun dalam Kabinet. Perdana Menteri sekarang pula walaupun datang daripada Umno, sekadar menyandang satu daripada tiga jawatan Naib Presiden.

Maka timbullah masalah atau polemik siapa jadi “poster boy” Umno pada PRU akan datang. Seperti dikatakan awal tadi ada geng mahu ikut tradisi. Berdasarkan itu mereka mahu Zahid selaku Presiden Umno dijadikan “poster boy”. Jika Umno menang Presiden Umno jadi PM. Senang cerita.

Tetapi Zahid, seperti kita tahu sedang menghadapi pelbagai tuduhan berkait rasuah dan pecah amanah di mahkamah. Sehingga artikel ini ditulis beliau belum disabit apa-apa kesalahan. Pun begitu imejnya sudah tercalar. Untuk menjadikan Zahid, “poster boy” Umno ketika kes mahkamah masih berjalan mengundang bahaya untuk parti. Saya rasa penyokong malah Zahid sendiri tahu akan hakikat ini.

Lalu siapa kalau bukan Zahid? Ada yang berpendapat Najib Razak calon terbaik “poster boy” Umno. Beliau masih bergerak bagai Perdana Menteri. Lihat sahaja lawatannya ke Batu Caves untuk perayaan Thaipusam beberapa hari lalu. Najib masih dihormati parti dan parti komponen BN. MIC contoh terbaik. Beliau dikatakan popular. Ada orang masih cium tangannya. Oleh itu, penyokong dan tentunya Najib sendiri merasa beliau watak utama untuk menarik sokongan rakyat kepada Umno dan BN. Walaupun sudah sabit kesalahan satu daripada kes yang dihadapi dan dijatuhi hukuman penjara.

Namun seperti lazim, dalam apa juga perkara, apabila ada yang suka, ada yang tidak. Begitu juga membabitkan Najib. Persoalannya jumlah mana lebih besar? Jumlah orang suka atau jumlah orang yang tak suka? Tidak suka akibat skandal SRC International yang mahkamah dapati Najib bersalah. Realitinya Najib sebagai “poster boy” boleh bawa padah kepada Umno-BN.

Khairy Jamaluddin bagaimana? Beliau dilihat satu-satunya menteri dalam Kabinet Ismail yang “perform”. Masih muda dan bergaya. Ciri-ciri menarik paparan poster. Mungkin satu tarikan buat golongan muda. Tetapi sejak kebelakangan pelbagai tuduhan dilempar bersabit vaksin. Tuduhan yang tidak disertai bukti, namun sedikit sebanyak imej tercalar juga.

Lagi pun dalam Umno ada puak yang tidak senang dengan Khairy dan anggapnya “pro-Bersatu pro-Perikatan Nasional”. Ada orang Umno yang tidak berkenan sejak masa “father-in-law” beliau Presiden Umno dahulu manakala tim Zahid tidak lupa Khairy bertanding jawatan Presiden pada pemilihan Umno 2018 walaupun berkata itu proses demokrasi.

Satu lagi nama yang dilontar ialah Hishamuddin Hussein. Ayahnya Perdana Menteri ketiga. Datuknya Onn Jaafar pengasas Umno. Hishamuddin banyak pengalaman dalam Umno dan arena politik. PR amat baik. Contoh terbaharu video beliau berlari untuk menemui orang dari kawasannya, siap beri topi yang beliau pakai kepada anak penyokongnya. Satu lagi video beliau mengikat tali kasut seorang pelajar sekolah. Kedua-dua video tular tempoh hari.

Akan tetapi, tidak pasti penerimaan masyarakat umum terhadap beliau. Dalam Umno dikatakan lebih ramai yang anti daripada yang pro-Hishamuddin terutamanya cara beliau “undur diri” apabila Umno kalah PRU14. Hubungan mesra dengan Azmin Ali dan pimpinan Bersatu juga sering diungkit oleh golongan anti-Hishamuddin.

Umno juga boleh meneliti Mohamad Hasan atau panggilan mesra Tok Mat. Beliau Timbalan Presiden yang popular dalam dan luar parti. Bagaimanapun ada dalam kalangan Umno melihat beliau sebagai arif dalam isu-isu nasional tetapi tidak cukup tegas atau lantang apabila diperlukan. Waullahualam.

Ingin saya bertanya adakah Umno bersedia ambil langkah “radikal” dengan menamakan Azalina Othman Said sebagai “poster girl”. Beliau dilihat sebagai pemimpin tegas. Ini akan lari daripada konvensional dan membuka lembaran baharu untuk wanita.

Siapa lagi yang boleh Umno pilih untuk dijadikan “poster boy”? Pasti ada pemimpin yang berkebolehan, berpelajaran, dan berwibawa. Cuma mereka tidak punya imej nasional. Tidak berprofil tinggi. Mereka dikenali hanya di kawasan masing-masing dan di kalangan Umno sahaja.

Masalah “poster boy” bukan remeh. Ia mesti diatasi segera demi menunjukkan Umno sudah cukup sedia, sudah bersatu, sudah satu hati, untuk menghadapi cabaran mendatang.

Ia memerlukan kesepakatan. Tanpa itu mungkinkah Umno terpaksa mengadakan pemilihan parti terlebih dahulu untuk memudahkan pencarian si “poster boy”?

Atau mungkin kah Umno akan hanya gunakan lambang BN tanpa “poster boy” untuk PRU kali ini?

 

Tidak pernah terima surat bubar DUN, Speaker Johor minta hentikan spekulasi

 


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat menafikan bahawa pihaknya ada menerima sebarang surat memohon agar DUN dibubarkan.

Perkara itu sekaligus menafikan dakwaan bahawa ada pihak yang memaklumkan berkenaan penghantaran surat tersebut yang sudah diterima Speaker DUN Johor itu.

Suhaizan ketika dihubungi Malaysia Dateline menyatakan bahawa spekulasi berkenaan dakwaan penerimaan surat dibuat hanya bertujuan politik setengah pihak.

“Ia dibuat untuk mempertajamkan lagi dakwaan berkenaan dengan pembubaran DUN Johor yang kini hangat diperkatakan orang ramai.

“Tiada surat yang diterima pihak kami dan kerajaan masih berjalan seperti biasa tidak ada sebarang pembubaran untuk berlaku pada 23 Januari ini.

“Saya juga meminta mana-mana untuk menghentikan sebarang spekulasi yang tidak betul ini agar ia tidak mengganggu pentadbiran yang sedia berlangsung,” katanya.

Sebelum ini dalam satu laporan berita memaklumkan bahawa spekulasi mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir pasti apabila DUN dikatakan akan dibubar Ahad ini.

Sumber dalaman Umno mengesahkan surat permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN.

Adakah Muhyiddin boleh bertahan pada PRN Johor?

 


Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan berdepan ujian berat terhadap popularitinya jika pilihan raya diadakan di Johor, menurut penganalisis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin mungkin berdepan situasi dan pilihan sukar jika pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan, menurut pakar.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Azmi Hassan berkata Umno mendesak PRN Johor diadakan ketika ini untuk menguji kekuatan dan sokongan Muhyiddin.

“Salah satu sebab utama adalah untuk menamatkan riwayat Bersatu dan meletakkan Muhyiddin dalam kedudukan yang janggal ketika PRU15.

“Sebab itu Umno mendesak pilihan raya negeri,” katanya kepada FMT.

Azmi Hassan.

Azmi yang meramalkan PRN Johor boleh diadakan sejurus selepas Tahun Baharu Cina berkata, ia akan menguji sokongan akar umbi Muhyiddin di negeri paling selatan itu.

“PRN Johor sama ada akan menenggelamkan atau memberi rangsangan politik kepada Muhyiddin. Kerjaya politiknya bergantung kepada PRN ini,” tambahnya.

Muhyiddin, 75, adalah Menteri Besar Johor dari 1986 hingga 1995.

Pada 2008, Ahli Parlimen Pagoh itu bertanding dan memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno dan pada tahun berikutnya beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Najib Razak.

Namun, beliau digugurkan daripada jawatan itu pada 2015 kerana lantang dan kritis terhadap kerajaan serta partinya berhubung skandal 1MDB.

Pada 2016, beliau bersama beberapa pemimpin lain menubuhkan Bersatu, yang menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) dan ketika itu PH memerintah selepas menang dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2018.

Beliau menjadi Perdana Menteri selepas PH tumbang pada Februari 2020 susulan Langkah Sheraton, tetapi disingkirkan 17 bulan kemudian selepas hilang sokongan, menjadikannya Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah negara.

Kenneth Cheng.

Bulan lalu, Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata beliau sedang mempertimbangkan mengadakan PRN selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diketuai Barisan Nasional hanya berkelebihan satu kerusi sejurus selepas kematian ADUN Kempas daripada Bersatu, Osman Sapian.

Penganalisis Kenneth Cheng berkata Umno mungkin merancang satu langkah taktikal untuk memusnahkan Bersatu di Johor. “Langkah Umno mungkin mahu mengaibkan Bersatu sebelum PRU15 diadakan,” katanya kepada FMT.

Semasa PRU14, beliau berkata PH mahu Bersatu bertanding seberapa banyak kerusi Parlimen dan DUN bagi mengukuhkan parti baharu itu kerana gabungan itu merasakan pembangkang mempunyai peluang lebih tinggi untuk memenangi kubu kuat Umno.

Tetapi kini, katanya Umno yakin dapat memenangi semula beberapa kerusi DUN yang dimenangi Bersatu.

“Muhyiddin kini dalam dilema,” kata Cheng. “Beliau akan dicemuh jika memilih untuk tidak bertanding dan berdepan dengan keadaan memalukan jika Bersatu tidak beraksi dengan baik kerana negeri itu dilihat sebagai kubu kuat beliau,” katanya.

Sivamurugan Pandian.

Disebabkan itu, beliau berkata walaupun BN Johor masih boleh mentadbir negeri itu dengan majoriti satu kerusi mereka mahu “merosakkan” Bersatu seberapa banyak yang mereka boleh sebelum pilihan raya umum.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pertaruhan bagi BN dan Bersatu adalah tinggi dan kedua-duanya mungkin cuba menjatuhkan satu sama lain “seboleh-bolehnya”.

Tetapi sebelum pilihan raya, beliau berkata akan ada beberapa pemimpin daripada PAS dan Bersatu berkemungkinan akan cuba mendapatkan semula kerjasama Umno.

Tambah Sivamurugan, PRN Johor akan menjadi “ujian pengaruh” untuk kerusi DUN Gambir yang dimenangi Muhyiddin.

“Ia (Gambir) telah menjadi kubu kuatnya dan jika PRN diadakan, ia akan mendedahkan sama ada beliau masih mendapat sokongan tempatan,” tambahnya.

NI PERLI KJ NI...


 

NAMPAKNYA MAIL SABRI KAKI KELENTONG JUGA YA DEMI NAK DAPAT SOKONGAN. INGAT MACAM DI BERA KAH ?






Fuiyoh! Dia punya tahap tak malu dah sama taraf dengan Najib dah ni.

Macamlah rakyat tak nampak. Dah berapa hari banjir baru nampak muka. Itu pun melambai dalam kereta je. Bila banjir dah surut baru turun dari kereta untuk ceduk lumpur satu skop.

Itu baru PM. Belum cerita menteri. Noh Omar pun menjelma setakat nak umumkan yang dia masih lagi pengerusi bencana negeri. Lepas umum terus hilang. Dah surut baru keluar lagi.

Azmin cuma tunjuk rajin sekejap. Lepas tu terbang ke luar negara. Ismail dah siap keluarkan arahan suruh batal cuti. Yang ada di luar negara, suruh balik segera. Tapi Azmin buat selamba je.

Yang turun padang pun Rina. Siap pakai kasut tumit tinggi la. Tapi takpe la. Janji datang. Lagipun itu sebab dia sempat tukar pakaian je. Dia tukar pakaian tanpa buka kasut.

Hebat

orangnya.

Tapi bagusnya Rina, ada juga cuci simen sekolah. Iyalah, walaupun simen tak berlumpur, setidaknya ada tahi cicak. Ada juga dia kemas meja. Kalau tak, tak, tak dapat murid di situ bersekolah.

Peja pun ada bantu. Dia buat majlis untuk umum bantuan banjir. Kali terakhir dilihat dia siap berbaju Melayu lengkap bersampin. Lepas tu dia pergi mana tak tahu. Jangan dia buat perangai Abang Jamil sudah la.

(Tambahan) Tak lupa Zafrul. Dia pun ada turun padang. Datang dengan bot penyelamat. Tapi bot penuh dengan jurukamera. Kalau nak selamatkan orang, tak tahu nak letak mana.

Menteri lain aku tak pasti. Zuraida, Radzi Jidin, Halimah Sadique, Hamzah Zainuddin, Tuan Ibrahim, Idris Ahmad dan ramai lagi. Aku tak kata tak bantu. Tapi mangsa banjir pun tak ada yang sebut nama-nama ni. Bantu ke tak, entahlah.

Di peringkat PH aku selalu follow post DS Anwar, YB Nurul Izzah, Yeong Safura, Dr. Maszlee, Steven Sim dan ramai lagi. Mereka jauh lebih awal daripada menteri dan YB kerajaan datang membantu mangsa banjir.

Sampai aku buat posting appreciation DS Anwar sebab tengok bersungguh benar beliau pusing satu negara sampaikan bantuan. Naik motor je. Bukan naik kereta dan block jalan orang sampai ambulans pun kena tunggu.

Ismail jangan nak mengarut sangat. YB PN/BN tak turun bantu rakyat aku tak adalah marah sangat sebab aku tahu mereka memang bukan jenis hirau kesusahan rakyat.

Tapi agensi kerajaan pun lambat bertindak. Sampai Angkatan Tentera pergi bantu mangsa tanpa arahan daripada NADMA. Dah tak sanggup nak tunggu. Lembab sangat.

Sudahlah gagal gerakkan jentera kerajaan untuk bantu mangsa banjir, YB kerajaan tak hiraukan mangsa banjir, boleh pula dia nak angkat diri. Lepas tu kritik orang tak tengok tempat.

Ismail tak tahu ke kewujudan media sosial? Ini bukan zaman dia masuk UM ikut merit dulu. Ini zaman ICT. Rakyat boleh scroll socmed dan nampak semuanya.

Rakyat nampak YB PH yang gigih membantu. Bahkan nampak juga bagaimana mereka dilarang membantu kerana kerajaan nak jual nama. Mana agaknya pergi maruah kamu wahai Ismail?

Paling pertama sampai adalah NGO dan diikuti YB PH. Bahkan Abang Viva yang bergerak solo jauh lebih awal daripada Nadma dan PM sendiri. Tak malu ke dia nak cakap begini?

Kalau ikut hati memang berbakul aku nak maki makhluk ini. Tapi tak payahlah. Biar Allah saja yang balas segala kejahatan, kezaliman dan penipuan yang dia buat.

Raja Gelap

 

OWH..PECAT TANPA SEBAB LA NI YA....WALAUN RAMAI KELIRU..

 




YB Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali At-Takiri adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat menyokong usaha-usaha bagi memulihkan hubungan PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) yang semakin suram cahayanya.

Apabila Datuk Seri Setiausaha Agung PAS dengan lantang menolak alasan pengguguran beliau daripada Jawatan Kuasa PAS Pusat atas faktor perselisihan antara MN dan PN, maka nyatalah ia adalah disebabkan hal lain. Ia masalah disiplin dalam parti.

Buah gugur bila sudah cukup masak atau ditiup angin kuat. Buah juga boleh gugur kerana dipotong atau dibedal dengan galah oleh budak-budak. Gugur mesti bersebab.

Jika masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada publik, bukan hanya kepada ahli parti sahaja. Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan kepada publik (jangan baca publika) secara rasmi oleh pimpinan parti PAS. Bukan bocor atau viral sahaja. YB Dato' Dr Mohd Khairuddin At-Takiri adalah antara figura utama pemimpin PAS. Beliau seorang bekas Menteri daripada parti PAS. Beliau juga adalah setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS.

Maka menjadi hak publik, bukan hanya ahli PAS untuk mengetahui sebab pengguguran tersebut. Pengguguran kerana isu disiplin adalah satu pencalaran kepada akhlak berjamaah. Tiga pihak yang akan terjejas atau rasa terhiris dengan pencalaran tersebut. Diri beliau sendiri, para penyokong beliau atau pastinya Majlis Syura Ulamak PAS juga. Beliau memegang satu jawatan besar yang termaktub dalam perlembagaan PAS.

Justeru, saya kira penjelasan rasmi harus diberikan segera. Ia boleh membina persepsi yang baik kepada parti PAS. PAS sekarang memerintah negara. Segala mesti telus apabila melibatkan ahli parti yang memegang amanah rakyat. Beliau adalah wakil rakyat Parlimen Kuala Nerus.

Apabila seorang orang besar parti mencabar beliau agar menyatakan alasan pengguguran, maka ia adalah buruk dan teruk. Macam tercabar, lalu marah dan tunjuk 'bekeng'. Logiknya Dato Khairuddinlah yang patut mencabar sebab beliaulah yang patut rasa tercabar atau marah kerana telah digugurkan dengan alasan disiplin jamaah yang masih belum diketahuinya secara rasmi sebagaimana telah dijelaskan dalam mesyuarat PAS Pusat.

Biasanya tindakan disiplin parti didahului oleh kebisingan di luar. Lalu orang ramai terutama orang surat khabar akan menunggu-nunggu apakah tindakan parti terhadap ahli parti yang buat bising-bising.

Contohnya UMNO. Dalam UMNO ada beberapa pemimpinnya yang acap mencabar Presiden partinya. Ia menjadi bising di luar. Macam besar sangat krisis bakal meletus. Lalu rakyat dan orang surat khabar menunggu-nunggu tindakan parti. Rumours atau desas desus berlaku dan viral. Tetapi UMNO nampak tenang dan buat 'donno' saja. Orang surat khabar jadi kecewa kerana tak boleh buat berita.

Cara PAS dan UMNO berbeza. Masing-masing ada cara.

Saya adalah sahabat rapat YB Dato Dr Mohd Khairuddin At-Takiri.

Nik Mohamad Abduh

 

Syed Saddiq: Mana Pergi Aset Yang Mahal? Kenapa Tidak Berjaya Mobilisasi...

ISU BANJIR, AZAM BAKI - KENYATAAN TERKINI ISMAIL SABRI CETUS KEMARAHAN N...

PM MAHU RAKYAT TERIMA KEPUTUSAN SIASATAN SC



Sebelum ini Azam menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa dirinya mempunyai kepentingan dalam skandal pembelian saham yang dikaitkan dengannya. “Saya telah menjelaskan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun saham saya digunakan oleh adik saya untuk membuat urus niaga beliau, dan saya tiada kepentingan atau mendapat faedah ke atas saham yang dibeli itu.

RENTASAN 1055 | GEMPAR!!! KINI KENYATAAN AZAM BAKI TERBUKTI BERCANGGAH D...




MENARIK DALAM RENTASAN 1055
1. RUMUSAN SC SEMAKIN PELIK 2. KE MANA PERGINYA WANG ROYALTI? 3. SALAH PAK BELANG, BUKAN PEMBALAKAN 4. PM MAHU RAKYAT TERIMA KEPUTUSAN SIASATAN SC





MENCARI MENTERI YANG HILANG. BILA ADA ISU..MENTERI MALAYSIA KERAP SENYAP DAN HILANG




 

KRITIK MENTERI SUPAYA RAKYAT SEDAR

Bila aku kritik menteri, ada yang kata aku anti Melayu. Saja nak tunjukkan orang Melayu tak reti memerintah. Nak malukan Melayu.

Padahal aku tak kira kaum. Jadi menteri, kalau bodoh semacam, aku bahan. Tapi sudah kebetulan majoriti menteri yang bangang tu Melayu. Aku nak buat macamana?

Ni contohnya. Zuraida kata Orang Utan bunuh manusia. Kalau dah tahap macam ni kenyataan dia, tak cukup bodoh lagi?

Dia bayang Orang Utan ni macam dalam filem Planet of the Apes agaknya. Boleh pegang senapang, boleh naik kuda, boleh bunuh orang...

Zuraida kata, kalau kita jumpa Orang Utan, sebelum kita bunuh dia, Orang Utan bunuh kita dulu. Susah nak jelaskan kedunguan dia dah sampai level berapa.

Mungkinlah, akibat makan duit hasil pendapatan daripada pengkhianatan, sebab itu otaknya semakin hari semakin mengecil.

Aku kata menteri bodoh. Bukan kata orang Melayu bodoh. Ada orang Melayu yang bijak macam Rafizi, Nurul Izzah, Dr. Maszlee dan ramai lagi.

Cuma sebab mereka ini cerdik, maka mereka tak mahu duduk sekali dengan puak bodoh ini. Kita beruntung kalau Melayu cerdik ini yang mentadbir negara. Tapi agak susah. Sebab pengundi bodoh tak suka dengan pemimpin yang cerdik...

Raja Gelap

 




ANWAR PERSOAL KENYATAAN PM BERKAITAN KETIADAAN PEMBANGKANG KETIKA BANJIR


 ANWAR Ibrahim berkata mempersoalkan ketiadaan pembangkang semasa banjir besar bulan lepas adalah hipokrit sedangkan ramai menteri tidak muncul, kata Anwar Ibrahim.

“Sesetengah menteri terpaksa diberitahu untuk pulang dari luar negara,” kata ketua pembangkang itu di Parlimen hari ini.




INI DIA PM KETIKA BANIR MELANDA




Senarai pemain termahal Liga M, Fernando Forestieri ungguli tempat teratas

 

Senarai pemain termahal Liga M, Fernando Forestieri ungguli tempat teratas


Takhta pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) terus bertukar ‘baton’ susulan kemasukan p3ny3rang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri musim ini.

Gelaran yang musim lalu menjadi milik bekas p3ny3rang Harimau Selatan, Gonzalo Cabrera kini menjadi milik bekas p3ny3rang Udinese dan Sheffield Wednesday itu apabila dianggarkan bernilai RM4.6 juta.

Nilai pasaran semasa pemain itu diperoleh menerusi semakan daripada laman sesawang terkenal bola sepak, transfermarkt.co.uk.

Situasi ini menyaksikan pemain kelahiran Argentina itu mengikut jejak langkah beberapa pemain skuad Harimau Selatan yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai pemain termahal Liga M seperti Cabrera yang bernilai RM2.93 juta, Jonathan Herrera (RM5.96 juta) dan Diogo Santo (RM4.8 juta).

Malah, pemain berusia 31 tahun itu pernah mencatat nilai pasaran tertinggi sebanyak RM36 juta ketika bersama Sheffield Wednesday pada 2018.

Semakan lanjut ke atas nilai pasaran pemain Liga M yang lain turut mendapati tiga lagi ‘muka baharu’ yang akan menyertai kancah bola sepak tempatan memasuki senarai lima teratas.

Tiga muka baharu terbabit berkongsi ‘harga’ yang sama iaitu RM2 juta membabitkan pemain dari posisi pertahanan, tengah dan peny3rang.

Pemain terbabit adalah David Mawutor yang akan beraksi bersama juara Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) serta dua pemain Selangor FC (SFC) iaitu Caion dan Yazan Al Arab.

Bagaimanapun, semakan dari transfermarkt turut mendapati penyerang Kedah Darul Aman (KDA), Ronald Ngah memiliki nilai RM2 juta namun tiada pengesahan rasmi daripada naib juara Liga Super itu mengikat pemain dari Cameroon terbabit buat masa ini.

Seorang lagi pemain JDT, La Vere Corbin Ong muncul sebagai pemain berdarah kacukan paling mahal apabila dianggarkan bernilai RM1.9 juta.

Nilai itu setara dengan dua lagi p3ny3rang iaitu penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun yang kini mewakili Melaka United serta peny3rang Terengganu FC (TFC), Kpah Sherman.

Dua pemain tempatan, Safawi Rasid dan Baddrol Bakhtiar serta seorang lagi pemain berdarah kacukan, Matt Davies melengkapkan senarai 11 pemain termahal Liga M setakat ini.

Biar semua orang tahu, kalau betul nak buka semua cerita, buka sampai bogel, tegas Nasir

 Biar semua orang tahu, kalau betul nak buka semua cerita, buka sampai bogel, tegas Nasir


Sejak beberapa minggu lalu nama kumpulan rock lagenda tanah air menjadi topik perbualan hangat terutama kepada peminat lagu rock era 80-90an.

Ia susulan kumpulan Search kini sudah berpecah menjadi dua kumpulan berbeza. Kdua-duanya menggunakan nama Search, yang beza cuma ‘line-up’ mereka.

Keakrab4n dan persahabatan bagaikan satu keluarga dibina selama 40 tahun membabitkan anggota kumpulan ikonik legenda itu kini lebur dan bertukar menjadi sengk3ta tiada berpenghujung.

BermuIa isu hak cipta nama Search diguna syarikat Home of Champions (HOME) demi kepentingan perniagaan sehingga melarat-larat kepada gandingan anggota asal iaitu Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal.

Menambahkn kekeIiruan apabila dua gitaris Search, Din dan Kid mengumumkan mempunyai vokalis baharu yang juga penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales yang diperkenalkan, baru-baru ini.

Situasi ini bukan sahaja menyebabkan kumpulan legenda ikonik yang popular menerusi lagu Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Fenomena itu terus dihambat kntroversi, malah, peminat setia turut berpecah-belah.

Meskipun dituduh punca kepada segala kemeIut berlaku, namun, vokalis Search, Amy tidak melihat apa yang dilakukannya sebagai satu kesilapan.

” Saya tak anggap apa-apapun terhadap segala kntroversi berlaku selepas lebih empat dekad dalam industri muzik. Saya tahu apa yang dilakukan dan hanya buat apa yang difikirkan terbaik buat diri dan rakan lain.

Amy kata dia tak buat ksaIahan

” Emosi tidak terjejas kerana saya tak melakukan kesaIahan. Semuanya bermula daripada mereka, jadi merekalah perlu bertnggungjawab atas segala kemeIut yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

Berhubung barisan baharu Search dianggotai Nasir, Hillary dan Man Kidal serta usaha untuk merakamkan single baharu yang didakwa menimbulkan kekeliruan, Amy berkata, perkara itu tidak sepatutnya dibangkitkan.

” Kenapa pula nak anggap timbul kekeliruan? Sepanjang empat dekad dalam bidang muzik, peminat tahu apa yang saya lakukan.

” Jadi, tak timbul isu kononnya gabungan baharu boleh menimbulkan kekeliruan kecuali jika ada yang sengaja mengambil kesempatan ke atas perkara ini.

” Lagipun, kami adalah perintis Search sejak 1981. Kami bersetuju bergabung bersama ahli yang juga pengasas iaitu Hillary, beliau jugalah individu yang bertanggungjawab memilih nama band ini sebagai Search.

” Kami bersetuju bergabung dengan Man Kidal. Kita tahu beliau gitaris hebat yang pernah bersama Search dari 1983 sehingga album Cinta Buatan Malaysia.

” Justeru, kami bersetuju dan bertanggungjawab memelihara serta meneruskan legasi Search.

” Sejujurnya, saya tak sabar mahu merakamkan single baharu. Bukan sahaja lagu, tetapi kami sudah menyusun pelbagai rancangan tahun hadapan. Kiranya, 2022 adalah tahun terbaik untuk saya dan Search,” ujar Amy.

Barisan baharu Search dianggotai Amy, Nasir, Hillary dan Man Kidal adalah perintis kumpulan legenda ikonik yang genap 40 tahun bertapak dalam industri muzik, tahun ini.

Ditanya kemungkinan konflik yang tercetus berakhir, penyanyi berusia 63 tahun ini, mengakui perkara itu agak mustahil berlaku.

” Kntroversi ini tidak akan berakhir selagi pihak sana terus membangkitkan isu hak, sedangkan saya sendiri tidak pernah buka mulut mengenai hak ataupun mempertikaikan hak orang lain. Ini kerana ia adalah hak bersama.

” Jadi, apabila mereka asyik bercerita soal hak, saya lebih selesa mendiamkan diri. Mereka tahu sebenarnya ia adalah hak bersama.

” Hak saya, arwh Yazit, Nasir dan hak sesiapa sahaja yang terbabit dalam rakaman album,” tegasnya.

Nasir mahu biar semua tahu

Mengulas tndakan undang-undang diambil oleh Amy, Nasir dan waris arwh Yazit ke atas individu bernama Mozylir Mokhtaruddin kerana didakwa menggunakan nama kumpulan Search tanpa kebenaran, pemain bass Search, Nasir pula merasakan perkara itu lebih baik diselesaikan mengikut landasan betul.

” Nak bergadvh dan bertvmbuk pun tiada guna. Negara ada undng-undng, jadi biarlah mhkamah menentukannya.

” Biar semua orang tahu, kalau betul nak buka semua cerita, buka sampai bog3I.

” Alang-alang kain sudah terbuka, biar terbuka sampai habis. Biar orang tahu siapa patut pegang nama Search dan siapa tak boleh pakai dalam Search ini.

” Kalau ada pihak merasakan ada hak, keluarkan bukti,” akhiri Nasir.


Janda lawa dua anak kerja ‘Guard’ jadi perdebatan netizen

 Janda lawa dua anak kerja ‘Guard’ jadi perdebatan netizen


Apabila memikirkan ada tanggungan yang perlu dijaga, soal memilih kerja perlu ditolak tepi asalkan dapat meneruskan kelangsungan hidup meskipun terdapat segelintir individu memandang rendah kononnya tidak sesuai dengan kelayakan.

Situasi seperti itu dihadapi oleh seorang wanita, Nurul Aisyah Imani apabila diminta untuk menukar pekerjaan yang lebih menjamin masa depan berbanding mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan.

Menerusi aplikasi TikTok, wanita berusia 23 tahun itu mempunyai sebab sendiri mengapa memilih kerjaya tersebut menerusi video reaksi terhadap salah satu pertanyaan pengikutnya.

Ibu tunggal dua cahaya mata itu berkata, tidak salah sekiranya menyarungkan uniform pengawal keselamatan daripada hanya duduk di rumah sekali gus tidak menjana sebarang pendapatan.

“Hina sangat ke kerja saya ni? Kerja mana-mana pun takpe, asalkan duit masyuk. Daripada duduk rumah goyang kaki, tak dapat hasil,” katanya.

Selain itu, Aisyah turut memaklumkan bahawa dia melakukan tiga pekerjaan termasuk bidang perniagaan demi menyara ahli keluarga apatah lagi memiliki anak-anak yang masih kecil.

“Kerja yang lebih baik macam mana? Macam ni, saya bekerja security sepenuh masa tapi dalam masa yang sama saya buat tiga pekerjaan, bisnes dan sebagainya,” ujarnya.

Video tersebut meraih 311,600 tontonan dan hampir 3,000 komen dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan jawapan sinis wanita itu.

Mereka berpendapat, gaji pengawal keselamatan kini lebih tinggi berbanding sesetengah pekerjaan yang dipandang ‘tinggi’ malah tidak sepatutnya menjadi isu asalkan halal.

Teruskan usaha! Yang penting halal

Kenapa nak pandang rendah? Kerja tak serabut

Saya mampu sara keluarga sampai sekarang

Member aku RM2600

Asalkan gaji berbaloi, member ‘sekepala’, majikan tak banyak ‘drama’, teruskan saja pekerjaan yang dilakukan. Hidup ni tak boleh nak puaskan hati semua orang kan!