ahmad shahril shahril
Ingatkan dah takde kes pemandu mabuk ni yelah kan parti suci ada dlm kerajaan skrg,walaun pun dah tak bising sal mabuk2 ni siap blh join skli dah skrg ni...memtimah bersama ulamak.
ahmad shahril shahril
Ingatkan dah takde kes pemandu mabuk ni yelah kan parti suci ada dlm kerajaan skrg,walaun pun dah tak bising sal mabuk2 ni siap blh join skli dah skrg ni...memtimah bersama ulamak.
[07:18, 11/01/2022] Anilnetto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebelum ni jelas kata:-
"Adik guna akaun saham saya untuk beli saham"
Siasatan Suruhanjaya Sekuriti pula kata sekarang:-
Azam Baki ada pemilikan dan kawalan keatas akaun saham
Keliru?
Tandatangan petisyen ini menggesa agar Azam Baki disiasat segera oleh Jawatankuasa bebas di Parlimen.
Rakyat berhak tau hal sebenar.
#SiasatAzamBaki
https://www.change.org/p/ismailsabri60-siasat-hubungan-perniagaan-melibatkan-ketua-sprm-siasatazambaki


[ENGLISH VERSION BELOW] Kami terkejut apabila mendapat tahu sarjana terkemuka, Dr Edmund Terence Gomez, meletak jawatan sebagai salah seorang panel perundingan dan pencegahan rasuah ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Ini semua merupakan langkah asas supaya SPRM dapat meraih semula kepercayaan umum sebagai sebuah badan bebas dalam usaha melawan rasuah.
Jawatankuasa eksekutif Aliran, aliran.com
Pautan: Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi ‘nanah’ dalam organisasi
Peningkatan harga bahan mentah seperti makanan akan menjejaskan kualiti kehidupan rakyat Malaysia pada masa hadapan.
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Farhash Wafa Salvador mahu Kerajaan Persekutuan meneliti perkembangan terkini bagi menghasilkan pelan tindakan segera.
"Peningkatan harga bahan mentah seperti ikan dan ayam meresahkan sebahagian besar rakyat Malaysia beberapa minggu lalu terutamanya mereka dari golongan yang berpendapatan rendah selepas pengeluar tidak lagi mempunyai kemampuan untuk memenuhi permintaan daripada pasaran.
"Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, harga barangan di kilang juga berlaku peningkatan secara mendadak dan ianya turut merangkumi harga minyak kelapa sawit yang kian meningkat pada ketika ini.
"Secara tidak langsung, ianya bakal memberi tekanan yang berlipat kali ganda terhadap ekonomi negara dan kos sara hidup rakyat yang pada hakikatnya masih lagi bergelut dalam proses pemulihan selepas mengharungi penderitaan panjang berikutan penularan wabak Covid-19," katanya.
Menurut beliau lagi, kerajaan BN perlu campurtangan bagi mengurangkan impak peningkatan harga makanan dan kos sara hidup tersebut.
"Keperluan amat mendesak bagi kerajaan campurtangan dalam menangani masalah tersebut dan sekurang-kurangnya meneliti semula beberapa dasar yang dirangka seperti Industri Agromakanan Negara supaya ianya memberi kesan yang lebih efektif," katanya.
Farhash juga meminta kerajaan BN melihat masalah kekurangan tenaga kerja yang timbul melibatkan buruh asing yang bakal memberi impak terhadap inflasi global jika berlanjutan dalam jangka masa yang lebih lama.
Katanya, kerajaan perlu mengakui Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai tahap kebergantungan tinggi terhadap tenaga kerja asing, dan kerajaan perlu mencari jalan bagi mengatasinya secepat mungkin.
Rakyat Kelantan tidak mendapat kelebihan biar pun Kerajaan Negeri menerima wang royalti petroleum RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan, sikap pemimpin Pas yang tidak mahu mengisytiharkan penerimaan, jumlah dan kegunaan wang royalti tersebut menaikkan kemarahan rakyat.
Katanya, tidak mustahil ada angin perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 menanggapi sikap pemimpin Pas yang gagal menjana kemajuan dan memperbaiki kualiti hidup rakyat Kelantan.
"Saya tengok rakyat di akar umbi memang mahukan perubahan. Mereka kata dah cukuplah Pas memerintah (selama lebih 20 tahun).
"Satu lagi mereka nampak rakyat tak berubah, tetapi wakil rakyat Pas yang semakin berubah. Dulu pakai kereta buruk sekarang pakai kereta mewah. Dulu rumah buruk sekarang rumah besar. Rakyat Kelantan nampak pemimpin berubah tetapi rakyat masih cara lama, konsep lama.
"Saya tengok suara rakyat memang mahu lakukan perubahan untuk negeri Kelantan ini," katanya kepada Suara Keadilan.
Bagaimanapun, tambah Zinda, Pakatan Harapan perlulah merangka strategi yang betul mendekati masyarakat dan membina pakatan yang ampuh menjelang PRU 15
Sekiranya hal itu berlaku, tegasnya, tidak mustahil kerajaan Pas akan tumbang.
Selain isu tiada kemajuan, kata Zinda lagi, rakyat juga tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri meneruskan aktiviti pembalakan walaupun telah menerima royalti minyak.
"Macam di Kuala Krai ada isu balak. Ada satu tempat dekat Cucu Puteri, sempadan Gua Musang rakyat marah kerana balak habis ditebang tetapi pemimpin komen, masalah banjir bukan kerana pembalakan.
"Juga video viral lori balak keluar (bawa kayu dari) Gua Musang, Kuala Krai. Habis hutan di situ.
"(Sekarang rakyat lihat pemimpin Pas) duit (royalti) dapat, balak pun dapat. Rakyat yang melopong," katanya lagi.
Masalah pembalakan di Kuala Krai dan Gua Musang juga dikaitkan dengan kematian Orang Asli dibaham harimau minggu lalu. Menurut warga maya tindakan menggondolkan hutan menyebabkan haiwan liar masuk ke penempatan manusia mencari makanan