Tiada lagi pengeluaran KWSP, tegas Menteri Kewangan

 


Menerusi pelbagai pusingan pengeluaran sebelum ini, RM101 bilion telah
 disalurkan kepada tujuh juta pencarum KWSP.

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bertegas menolak pengeluaran tambahan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan berkata ia hanya akan membebankan generasi akan datang yang perlu menjaga warga emas tanpa simpanan persaraan.

Kerajaan membenarkan pencarum menggunakan simpanan KWSP sebagai langkah kecemasan untuk menghadapi kesan wabak Covid-19.

Dengan banjir teruk yang baru-baru ini melanda sebahagian negara, selain wabak yang berterusan, timbul seruan agar satu lagi pusingan pengeluaran dibenarkan.

Ini adalah program luar biasa yang “telah mencapai tujuannya dan mesti berakhir dengan muktamad”, kata Tengku Zafrul dalam kenyataan yang dilaporkan Malay Mail.

Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, kerajaan akan terus membantu mangsa banjir untuk bangkit, tetapi pengeluaran KWSP tidak akan menjadi sebahagian daripada bantuan berkenaan.

“Dalam kes KWSP, kita tidak boleh terus bersikap populis dengan mencari jalan mudah membenarkan pengeluaran tambahan, lebih-lebih lagi apabila kerajaan telah menyediakan pakej bantuan banjir terbesar dalam sejarah.

“Pertimbangkan akibat jangka panjangnya, khususnya kepada anak cucu kita yang bakal mewarisi bebanan menyara kehidupan warga emas di negara ini yang tidak mampu menanggung persaraan sendiri,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, bencana banjir bukan tidak pernah berlaku.

Pada 2014, apabila banjir teruk melanda beberapa negeri, termasuk Pahang dan Kelantan, kerajaan bertegas tidak membenarkan sesiapa menyentuh “satu sen sekalipun” daripada simpanan persaraan mereka.

Beliau juga menegur pihak yang menyeru agar pengeluaran tambahan dibenarkan dan cuba mendorong orang ramai untuk berbuat perkara yang sama.

“Biar saya jelaskan, kerajaan yang pertama sekali mengutarakan idea ini pada 2020, dan ia dibolehkan setelah dipertimbangkan secara berhati-hati dan melalui penilaian kewangan dan ekonomi yang teliti.

“Suara-suara yang kini mendorong rakyat dalam isu ini tidak pernah terlibat dalam keputusan itu, maka mereka tidak maklum mengenai pelbagai analisis komplikasi dan impak.

“Namun, pihak-pihak yang memprovokasi ini tekad mengeksploitasi situasi ini, dan ‘mengepung’ KWSP dan kerajaan.”

Menerusi pelbagai pusingan pengeluaran, RM101 bilion telah disalurkan kepada tujuh juta pencarum KWSP.

Ini mengakibatkan hampir separuh daripada pencarum, kira-kira enam juta, kini hanya ada kurang RM10,000 bagi persaraan mereka.

Selangor gagal tangani banjir, kumpulan pro Anwar gesa buat pendengaran awam SELCAT



Selangor tidak wajar menuding jari kepada Putrajaya untuk melepaskan
 diri daripada tanggungjawab membantu mangsa banjir, menurut
 kumpulan pro-Anwar.

PETALING JAYA: Kumpulan pro-Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Selangor mengadakan pendengaran awam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi mencari punca kegagalan negeri itu menangani bencana banjir.

Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, sebagai negeri termaju, Selangor tidak wajar hanya bergantung kepada bantuan Putrajaya dalam memberikan bantuan mengurus bencana banjir.

“Otai mengusulkan agar pendengaran awam SELCAT disegerakan untuk rakyat tahu di mana silapnya koordinasi bilik gerakan Unit Bencana Selangor di bawah seliaan Pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) gagal berfungsi dengan baik apabila ‘siren’ kecemasan di war-warkan oleh Jabatan Meteorologi di media arus perdana dan dilapangan air mula menenggelamkan kenderaan di Shah Alam dan Klang ketika itu.

“Sebagai negeri termaju di Malaysia adalah tidak wajar bergantung kepada Putrajaya untuk bantuan aset membantu pemindahan mangsa banjir. Sewajarnya Selangor sudah siap siaga dengan aset tersebut kerana seringkali berlakunya banjir kilat sebelum ini,” katanya kepada FMT.

Kumpulan itu juga mempertikaikan peranan Setiausaha Kerajaan, Haris Kasim semasa dan sebelum berlaku banjir besar di beberapa lokaliti di sekitar Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Sungai Buloh dan Kuala Selangor.

“Dato’ SUK gagal ‘mengaktifkan’ untuk menggerakkan aset-aset agensi kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), anak syarikat kerajaan negeri dan lain-lain pihak berkaitan untuk kerja-kerja memindahkan mangsa-mangsa banjir terlibat.

“Otai mempertikaikan kenapa bot-bot milik Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) contohnya tidak digerakkan ke kawasan yang teruk terjejas di Sri Muda, sedangkan Sri Muda hanya terletak kurang 4.5km dari ibu pejabat MBSA,” katanya sambil menggesa SUK membuat penjelasan berhubung isu terbabit.

Katanya, Selangor juga tidak wajar menuding jari kepada Putrajaya untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab membantu mangsa banjir.

“Sebagai ketua pentadbir negeri maka Menteri Besar juga patut pikul tanggungjawab ekoran bencana ini,” katanya.

ISMAIL SABRI DAN PEMANDU KERETA YANG MASUK LONGKANG


 Ramai kini bertanya, bolehkah urusan negara berjalan seperti biasa tanpa ada Perdana Menteri mengetuai kerajaan?

Apa sebenarnya keperluan Perdana Menteri kalau keberadaannya pun seperti tidak terasa apa-apa?

Selain hanya Ismail Sabri Yaakob sendiri yang hidupnya kini berbeza kerana diringi kereta dan motorsikal peronda polis untuk ke mana-mana, manakala kita sebagai rakyat sekadar merasai kehadirannya bila mendengar bunyi siren polis yang mengiringinya kebetulan lalu sejalan atau berselisih dengan kita, apakah kelebihan lain yang boleh kita nikmati?

Akan mati tiba-tiba atau pendek umurkah kita jika tiada Perdana Menteri mengetuai negara ini?

Secara umumnya, negara kita ini diurus dan dipastikan ia berjalan dengan baik ialah melalui kewujudan jabatan-jabatan kerajaan dan peranan kakitangan awamnya.

Di situlah ada pelbagai jentera untuk menjaga rakyat, penguatkuasa undang-undang bagi memastikan kehidupan teratur dan pelbagai keperluan lain dalam kehidupan.

Kalau diumpamakan negara ini ibarat sebuah kereta, jabatan dan kakitangan awam adalah umpama enjinnya, sementara Perdana Menteri melalui kabinet dan parti yang mengetuai kerajaan pula memegang sterengnya bagi mementukan ke mana hala tuju kereta itu hendak dibawa.

Kita sebagai rakyat adalah penumpang kereta tersebut yang akan dibawa ke mana saja kehidupan kita oleh sesiapa yang memegang sterengnya.

Sebab itu, ke mana halu tuju negara akan kelihatan berbeza apabila Perdana Menteri atau parti yang berlainan memegang kuasa.

Melalui kuasa memegang stereng, walaupun enjin adalah penting, pemandu yang cekap dan berwibawa jauh lebih penting sebenarnya untuk sesebuah kereta.

Kereta yang mahal boleh jadi akan masuk ke longkang atau kemalangan jika pemandunya tidak cekap, apa lagi jika langsung tiada kemahiran pemanduan.

Dengan peranan sebagai pemegang stereng, seseorang Perdana Menteri juga harus bersuara, bercakap, memberi arahan dan menenangkan fikiran penumpang yang kadangkala pelbagai karenahnya.

Tetapi, selagi pemegang stereng itu seorang yang diyakini kemampuannya dalam memandu serta jelas ke mana kereta hendak dibawa, arahan atau cakapnya pasti akan sentiasa didengar dan dipatuhi oleh penumpangnya.

Dalam konteks Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekarang ini, adakah kita merasai peranannya sebagai pemandu dan pemegang stereng yang berwibawa?

Dapatkah kita merasa ke mana kereta yang sedang dipandunya kini hendak dibawa?

Adakah kita juga selesa menaiki kereta yang sedang dipandunya?

Atau kereta yang sedang berjalan sekarang hanya menggunakan pemanduan automatik yang semata-mata ia dapat bergerak disebabnya enjinnya masih berfungsi dengan baik, walhal pemandunya sekadar bersenang-lenang, tidak berbuat apa-apa dan kereta cuma berpusing-pusing tanpa arah?

Sampai bila kita mahu ada pemandu yang menyusahkan jiwa dan hidup kita itu? ShahbudinHusin 31/12/2021.


MASJID PERLU BEBAS PENGARUH POLITIK, TITAH SULTAN HARUS DIJUNJUNG

 

Alhamdulillah dasar Masjid semasa pemerintahan PH adalah berlandaskan kepada konsep Ramah Aman Harmoni Mesra Aman dan Hormat atau singkatannya RAHMAH.

Kami telah melancarkan program Masjid RAHMAH di peringkat Persekutuan dan telah meyakinkan negeri-negeri betapa perlunya konsep ini dilaksanakan segera.

Sedari awal, Parti Amanah memahami bahawa Masjid perlu bebas politik kepartian dan menjangkau sebarang kepentingan kelompok dan puak.

Sebarang keterikatan puak atau kumpulan perlu ditinggalkalkan di luar pintu masjid.

Rumah Allah adalah tempat kita menyebut nama Allah dan sebarang aktiviti adalah untuk menyemai ketaqwaan serta kasih sayang sesama umat dan sesama insan.

Kebencian sesama umat Islam dan antara agama serta kaum dalam banyak hal disemai oleh sesetengah pihak melalui kuliah dan mimbar khutbah atas dorongan kepentingan politik.

Fitnah terhadap kebaikan yang diusahakan dicanang melalui kuliah-kuliah yang memakai wajah tokoh ‘ulamak’ dan para ustaz untuk meyakini pendengar.

Parti politik yang membolot nama Islam pada dirinya sahaja mendapati masjid dan surau tanah yang subur mengglakkan agenda politik mereka sekaligus menyebarkan kebencian sesama umat Islam dan rakyat secara umum.

Mereka adalah para penunggang agama yang jijik.

Pihak MAIS juga perlu mengambil tindakan tegas kepada Masjid dan Surau mahupun kenyataan individu yang tidak menghormati keputusan ini.

Golongan tegar ini seolah memekakkan diri kepada perlunya masjid menjadi tempat kesatuan umah khususnya dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Saya juga ingin menggesa Menteri Agama hari ini supaya terus memperjuangkan Masjid RAHMAH yang telah kami mulakan sejak 2018 bagi membersihkan masjid dari unsur politik kepartian.

Saya turut menggesa Menteri Agama dan Menteri-Menteri lain tidak menggunakan mimbar kuliah dan khutbah Jumaat atas kapasiti mereka kerana ia akan menjejaskan nama baik institusi

Masjid yang perlu dilihat bebas politik. Menteri Agama sepatutnya menyediakan dasar bukan berkhutbah mahupun berkuliah untuk platform politik.

Junjung Kasih ke hadapan DYMM Tuanku Sultan Selangor atas ketegasan ini dan patik mendoakan atas hikmah dan bijaksana Tuanku Masjid-masjid kekal memenuhi kehendak Syariat Islam supaya menjadi lambang Ketaqwaan dan Kesatuan Umat Islam sekaligus memakmurkan negara tercinta, Amin.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

Pengerusi PH Perak

30 Dis 2021.


ANAK MUDA TAK TOLAK PH. TAPI ANAK MUDA BOLEH MENILAI KERAJAAN YANG ADA HARI INI

 






Anak muda sudah boleh menilai parti mana layak mentadbir selepas melihat situasi PRU14 bila mana kerajaan silih berganti.

First of all, jangan salahkan lelaki dalam gambar. Prof Madya Dr. Rusdi dari UUM ini tak menyebut apa-apa tentang parti. Dia cuma kata, Undi 18 tak beri kelebihan kepada sesiapa termasuk PH. Tak kata PH ditolak pun. Tapi nampaknya Haramkah dah manipulate gambarnya...

Kalau betul anak muda lihat situasi PRU14, maka wajar anak muda tolak BN, PN dan PAS. Sebab apa? Sebab yang buatkan kerajaan bertukar ganti selepas PRU14 adalah parti-parti ini.

Langkah Sheraton diterajui oleh PPBM, puak Kartel Keadilan yang kini dalam PPBM, PAS dan UMNO. Memang direncana oleh Mahathir tapi tetap bukan PH yang terlibat. Takkan PH nak runtuhkan kerajaan sendiri. Kan?

Kemudian Mahiaddin dijatuhkan, bukan juga kerana PH. Ianya hasil perebutan kuasa oleh UMNO yang dikawal oleh kluster mahkamah dan juga PPBM. PH hanya duduk di luar.

Bahkan bagi menjamin kestabilan politik dan untuk memastikan nasib rakyat dibela, PH sanggup pula tandatangani MoU bersama pencuri mandat. Begitu politik PH. Meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan parti.

Kalau anak muda melihat situasi pasca PRU14, mustahil mereka akan memilih selain PH. Kerana yang merosakkan negara ini, yang mencipta derita rakyat adalah parti yang memegang kuasa di pusat sekarang ini.

Raja Gelap

 

RAKYAT MAHU MENTERI BERLAKON

 




                                               GAMBAR SEKADDAR HIASAN



Kita gelakkan menteri yang berlakon acah rajin tolak air dan tembak lumpur. Tapi kita kena tanya kenapa ada menteri yang buat perangai begitu.

Jawapannya, sebab itu yang rakyat mahu lihat! Cuba tengok bagaimana rakyat hargai para menteri yang berjaya stabilkan harga barang? Tiada!

Rakyat nak tengok menteri turun padang, buat kerja manual walaupun itu bukan tugas hakiki menteri. Biar menteri gagal dalam menjaga kebajikan rakyat.

Cuba lihat pentadbiran PH sebelum ini. Rakyat tak sebut tentang harga petrol RON95 yang dihadkan kepada RM2.08 pun. Sedangkan sebelum itu harga petrol boleh melambung sampai hampir RM3.

Juga rakyat tak sebut tentang harga tol yang telah turun sebanyak 18%. Yang disebut tak sudah RM30. Sedangkan itu hanya penggalak transaksi atas talian yang mana sangat berguna ketika PKP.

Memanglah janjinya tol percuma tapi 18% adalah permulaan. Janji akan ditunaikan dalam 5 tahun. Salahkan pengkhianat yang curi kerajaan sebelum janji dapat ditunaikan sepenuhnya.

Berbalik soal asal, minda sesetengah rakyat negara ini terutama orang Melayu gagal memahami tugas menteri. Mereka fikir menteri ni macam penghulu.

Maka tak hairanlah kalau orang dungu seperti Tajuddin Rahman dan Nazri Aziz masih mampu menang PRU walaupun perangai macam pelawak.

Sebab mereka ini walaupun gagal dalam dewan, mereka tak gagal hulur bantuan berbentuk wang ringgit ketika rakyat susah mahupun masa tak susah (faham-faham la maksud ayat ini).

Sebuah undang-undang, akta, dan enakmen tidak beri erti buat rakyat. Yang mereka mahu lihat muka menteri. Kalau ada beras dan kain pelikat akan dikira bonus. Kalau beri tunai itu lagi bagus.

Minda songsang rakyat yang ini yang perlu kita perbetulkan dahulu. Kena didik rakyat yang kerja menteri adalah membuat dasar. Bukan tolak lumpur atau sembur water jet.

Raja Gelap

 

KAH..KAH...KAH...TAK ADA TAUKE BALAK MELAYU...MELAYU NOREH GETAH SAHAJA....

 




‘Pemimpin Melayu Pahang rakus jadikan hutan, hasil bumi sebagai mesin ATM’



Oleh MALAYSIA DATELINE / December 31, 2021

 


Khaidir Ahmad

Belum reda kesedihan mangsa ‘banjir balak’ di Pahang, isi perut hutan terus diangkut keluar.

Bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad berkata, pembalak sudah berpesta ketika rakyat masih berduka apabila berduyun-duyun lori balak keluar membawa hasil dari Hutan Simpan Lakum sejak tiga hari lalu.

“Sungguh sedih, ketika lumpur di rumah mangsa banjir yang tenggelam masih lagi belum kering dan kayu balak yang menerjah sebahagian rumah mereka belum dialihkan; pembalak, pelesen dan kroni-kroni balak politik dan kayangan sudah mula memenuhkan semula saku mereka dengan hasil pembalakan.

“Mereka tanpa sedikit pun rasa bersalah di atas musibah yang melanda rakyat disebabkan kerakusan mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Sehubungan itu, Khaidir menyifatkan sebahagian besar pemimpin Melayu khususnya di Pahang lahap mengaut hasil hutan demi menimbun kekayaan.

“Inilah Pahang negeriku yang diperintah oleh pemimpin-pemimpin Melayu rakus yang hanya tahu menjadikan hutan dan hasil bumi sebagai mesin ATM untuk kekayaan peribadi, parti dan kroni,” tempelaknya lagi.

 

Peletakan jawatan Terence Gomez memperlihat masalah yang mengakar di SPRM






Aliran memuji tindakan berani dan berprinsip oleh Dr Edmund Terence Gomez yang meletak jawatan selaku panel konsultasi dan pencegahan rasuah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau meletak jawatan selepas merasakan ahli panel lambat dalam mengambil tindakan tegas terhadap tuduhan melibat ketua SPRM.

Terence mengatakan bahawa laporan dalam sebuah laman web menimbulkan persoalan yang cukup mengganggu berkaitan “hubungkait di antara perniagaan dan penguatkuasaan undang-undang” serta “percanggahan kepentingan” melibatkan pegawai tertinggi SPRM. Ia juga menimbulkan persoalan sama ada ketua SPRM sudah “mengisytiharkan pemilikan saham korporatnya seperti yang diperlukan oleh undang-undang”.

Ahli ekonomi dan politik ini menyatakan bahawa ia sesuatu yang mengejutkan dalam memetik beberapa laporan di mana bekas ketua pesuruhanjaya SPRM ini juga terlibat dengan keadaan percanggahan kepentingan.

Kelambatan SPRM dalam mengambil tindakan sungguh mengesalkan. Ia memperkuat lagi tanggapan bahawa suruhanjaya ini tidak berminat dalam memastikan kebenaran serta kebertanggungjawapan jika wujud pertuduhan melibatkan mana-mana pegawai atasannya.

SPRM sepatutnya tidak berdiam diri terhadap tuduhan yang dilaporkan ini. Ia sepatutnya bertindak cepat, dan mereka yang dituduh hendaklah disarankan bercuti sehingga penyiasatan selesai.

Justeru, sebuah penyiasatan perlu dijalankan secara mandiri.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Namun, jika pegawai atasan agensi pencegahan rasuah itu sendiri yang dituduh terlibat, bagaimana kita kemudiannya dapat menyiasat agensi itu?

Kami mencadangkan agar SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen berbanding kedudukan semasa di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia bagi membenarkan jawatankuasa terpilih, melibatkan wakil rakyat yang diundi, untuk memantau prestasi suruhanjaya serta memastikan pegawainya bertanggungjawab kepada orang awam.

Kita perlu memastikan SPRM benar-benar bertanggungjawab sebagai langkah penting bagai memastikan perlawanan terhadap rasuah dapat diteruskan. Tambahan lagi, proses pemilihan ketua SPRM hendaklah tidak ditinggalkan kepada perdana menteri semata-mata. Langkah pemilihan hendaklah diubahsuai.

READ MORE:  12 tahun kematian Teoh Beng Hock: Keadilan yang tertunda adalah ketidakadilan

 

Awal tahun ini, Bersih mencadangkan enakmen melibatkan lantikan pegawai awam serta undang-undang bagi mengawasi sebarang pelantikan ketua pegawai di jabatan atau agensi peringkat persekutuan seperti SPRM. Ia sepatutnya dikuatkuasakan terus bagi memastikan kebertanggungjawapan, ketelusan serta kebebasan.

Ironinya adalah apabila PM pada awal bulan ini menganugerahkan barisan kabinetnya dengan markah 90%. Jelas, bahawa kenyataan ini cukup menyimpang. Beliau sepatutnya menjelaskan bagaimana beliau memberi markah kepada dirinya sendiri, melihat kepada keadaan semasa melibatkan suruhanjaya yang diselia terus di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diketuainya.

Ahli Jawatankuasa Aliran
28 Disember 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 

GAGALIS: AYAM PUN TAK BOLEH NAK SELESAIKAN..KAH..KAH...KAH.....MEMANG CAP AYAM...CAP AYAM

 

Kerajaan gagal import ayam beku kerana kosnya lebih tinggi, kata pengeluar ayam

Kerajaan telah gagal untuk menurunkan harga ayam di pasaran dengan cara mengimport ayam sejuk beku apabila harga ayam di luar negara lebih mahal dari harga ayam tempatan.

Menurut sumber, bekalan ayam di luar negara juga tidak mencukupi di samping harga penghantaran yang tinggi serta nilai Ringgit Malaysia yang lemah.

Perkara ini dimaklumkan dalam mesyuarat antara para pengeluar ayam utama di negara ini beberapa hari lepas.

“Kebenaran pengimportan ini hanya akan dibenarkan dari negara dan loji penyembelihan yang telah diluluskan oleh kerajaan,” menurut kenyataan dikeluarkan MAFI itu lagi.

Ekoran itu, kerajaan melancarkan harga Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang berkuatkuasa pada 1/1 – 4/2/2022.

“Tindakan ini dibuat tanpa merujuk kepada mana-mana persatuan. Atau mana-mana penternak. Harga yang diberikan adalah dibawah kos penternak, pemborong dan peruncit,” kata sumber itu yang turut menyertai mesyuarat pengeluar ayam secara online itu.

Mesyuarat itu juga bersetuju, jika kerajaan masih berkeras dengan harga yang ditetapkan, semua pengeluar ayam akan mengurangkan pengeluaran ayam masing-masing secara perlahan-lahan sehinggalah harga kawalan ini diberhentikan.

“Ini kerana ramai yang sudah tidak mampu menanggung kerugian atas kenaikan kos pengeluaran dan kos operasi,” kata sumber itu yang merupakan seorang pemimpin sebuah syarikat pengeluaran ayam.

Mesyuarat juga membincangkan tentang adanya syarikat besar yang menjadi dalang untuk melingkupkan syarikat kecil.

Mereka akhirnya, akan memonopoli industri ayam dengan pihak kerajaan memudahkan proses mereka, kata sumber itu.

Mereka turut mencadangkan, jika harga ayam hendak dikurangkan di pasaran, kerajaan perlu memberikan sabsidi kepada penternak sebagaimana mereka memberikan harga sabsidi kepada minyak pek plastik.

INGAT DONIA SAJA KAH : Ketika rakyat berduka diuji dengan bencana banjir, Pas sibuk nak agih kerusi PRU15

 


Ketika rakyat berduka diuji dengan bencana banjir, Pas sibuk nak agih kerusi PRU15


Ketika rakyat berduka diuji dengan bencana banjir, Pas sibuk nak agih kerusi PRU15



Pas menegaskan akan terus memperkasa Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat agama serta negara.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dalam kenyataan berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam Muzakarah Majlis Syura ‘Ulama yang bersidang pada Rabu.

Ujar beliau, perundingan kerusi antara parti-parti Melayu Islam juga perlu dilaksanakan semaksimum mungkin bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bagi mendapat kemenangan dengan majoriti besar.

“Semangat Ta’awun Siyaasi dalam MN dan PN hendaklah sentiasa disuburkan pimpinan dan ahli parti-parti politik Melayu Islam dengan pertemuan bersemuka dan bermusyawarah secara berterusan.

“Masing-masing hendaklah sentiasa berlapang dada, saling memaafkan dan mengelak daripada menjadikan media terbuka termasuk media sosial sebagai medium perantaraan bagi menyelesaikan krisis dan pertikaian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.


AKHBAR YANG CUBA MEMPERBODOHKAN AHLINYA- LOGIK KAH TIDAK /





BUATLAH ROMBAKAN MACAMANA SEKALI PUN. KERAJAAN TETAP LEMAH BERMULA DARI KEPALANYA

 

Terkini! PM bakal buat rombakan kabinet bulan depan?

Terkini! PM bakal buat rombakan kabinet bulan depan?

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bakal mengumumkan rombakan Kabinet pertamanya sejak memegang jawatan utama itu pada Ogos lalu, yang mungkin menjadi ujian sejauh mana beliau berjaya dalam memimpin gabungan kerajaan itu ketika perbalahan antara Bersatu dan kumpulan Umno diketuai Najib Razak terus memuncak, MalaysiaNow difahamkan.

Difahamkan rombakan Kabinet itu mungkin berlaku seawal bulan depan walaupun satu sumber dalaman Umno berkata rombakan barisan anggota Kabinet tersebut tidak akan dilaksanakan secara besar-besaran.

Bagaimanapun tumpuan akan diberikan kepada Bersatu, menteri dan timbalan menteri dari Perikatan Nasional (PN).

Sebarang perubahan dari sudut keseimbangan parti-parti dalam Kabinet ketika ini perlu memastikan gabungan kerajaan itu tetap utuh walaupun perbalahan dan serangan terus berlaku terutamanya antara Umno dan Bersatu.

Dari sudut itu, sumber rapat dengan pentadbiran Ismail memaklumkan kepada MalaysiaNow usahanya untuk mengimbangi antara kedua-dua gabungan itu bagi mengekalkan kesatuan Kabinetnya lebih sukar daripada apa yang pernah dialami Dr Mahathir Mohamad.

“Dalam kes Mahathir, wujud perbalahan yang berterusan antara Bersatu dan PKR, namun semua itu didiamkan walaupun kesatuan yang ditunjukkan itu terbukti tidak kekal lama.

“Bagi Ismail pula, beliau perlu berdepan dengan pimpinan partinya yang berterusan menyerang menteri-menteri yang ada dalam Kabinet beliau. Kemenangan Umno di Melaka baru-baru ini menyebabkan tekanan semakin hebat terhadap Ismail untuk mengenepikan sekali gus meletakkan menteri-menteri dari PN ke jawatan yang lebih rendah,” kata sumber itu.

Baru-baru ini, Najib melancarkan serangan terbuka terhadap Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika bekas perdana menteri itu meningkatkan gesaan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Usahlah dengar nasihat menteri kewangan ketinggalan zaman PN,” kata Najib.

Akan tetapi mengenepikan parti-parti selain Umno adalah tindakan “bunuh diri” bagi Ismail ketika lebih 50 ahli Parlimen PN adalah antara yang menyokong dan sekali gus memastikan beliau memegang jawatan perdana menteri.

Satu sumber mengatakan walaupun Ismail menjadi “perdana menteri secara kebetulan”, beliau sedar kesan politik jika dilihat cenderung bersama atau bersekutu dengan Najib.

“Setakat ini, beliau berjaya tunjukkan dirinya tidak dengar apa yang diperkatakan Bossku,” kata sumber itu, merujuk gelaran yang digunakan Najib.

“Beliau juga hanya berikan peranan kecil kepada Najib sebagai penasihat ekonomi, sementara Muhyiddin yang merupakan musuh utama Najib diberikan kuasa besar dengan jawatan penting menangani pelan pemulihan pasca pandemik.

“Dengan nasib politik Najib, begitu juga Zahid dilihat malap ekoran perbicaraan kes rasuah mereka, Ismail tahu bagaimana untuk tangani suara-suara dari luar,” tambahnya.

Sama ada rombakan akan menjejaskan kedudukan PN dalam jawatan utama Kabinet hanya satu bahagian daripada isu itu.

Ismail juga perlu menguruskan kumpulan anti Najib yang wujud dalam Umno, kata sumber itu lagi.

“Mereka termasuk Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Shahidan Kassim, Annuar Musa, belum lagi pemimpin-pemimpin parti komponen (BN) yang sudah menunjukkan mereka tidak mahu dipimpin Najib dan Zahid.”

Kebanyakan anggota Kabinet Umno, MCA dan MIC menolak cadangan Najib dan Zahid untuk keluar daripada kerajaan yang dipimpin Muhyiddin ketika kemuncak kempen dua pemimpin Umno itu bagi menumbangkan kerajaan PN Julai lalu.

Dengan sabitan mahkamah bahawa Najib bersalah dalam kes rasuahnya, sementara Zahid juga dilihat bakal menerima nasib yang sama, Ismail memiliki peluang untuk meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum yang mesti diadakan dalam tempoh 17 bulan dari sekarang.

Sehingga saat itu, sama ada beliau akan menjadi perdana menteri paling singkat dalam sejarah masih belum dapat dipastikan.


TELUR SEBIJI ADA HASIL. JADI DUTA MAKAN GAJI BUTA BUAT APA

 

HAMZAH RIE NA


At least ayam bertelur sebijik tu tak khianat bang Hj duta oiiii! Kakak lagi hormat ayam dan telurnya tu!

Boleh juga buat briani ayam dgn telur! Korang yg khianat tu lagi tak ada faedah langsung buat rakyat! Bayar gaji tinggi tak dapat apa!

 




ORANG LAMA DAH KATA ..HANG SAJA BARU PERASAN PERANGAI PAK LEBAI DALAM PARTI NI. RAKAN SEKUTU PUN DIA LANGGAR TEMPAT BERTANDING










Panas! Pemimpin Umno dakwa Pas memang tidak boleh dipercayai

Seorang pemimpin Umno mendakwa perbincangan bagi menentukan hala tuju Muafakat Nasional (MN) di Kelantan asalnya digerakkan lebih awal oleh PAS.

Menurut Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, ia dipercayai dibuat kerana PAS berasa bimbang akan kehilangan kubu kuat mereka dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah, Nur Jazlan mendakwa kerjasama parti itu dalam MN selama ini pun hanyalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan PAS semata-mata, bukannya bersama Umno.

“Tindakan PAS mahu bincang dengan (Umno) Kelantan kerana mereka dah mula takut dan tindakan itu hanyalah untuk mempertahankan home ground (kubu kuat).

“Selama ini pun MN adalah untuk mengelak (PAS) bertembung dengan Umno dan mereka bimbang kalah di kubu kuat sendiri,” katanya kepada Malaysiakini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masa depan dan status MN khususnya di Kelantan. Selain di negeri Cik Siti Wan Kembang itu kedudukan kerjasama PAS-Umno juga dilihat tidak kukuh di Terengganu.

Sebelum ini PAS Kelantan mengesahkan mereka menerima surat jemputan  daripada Umno negeri itu untuk membincangkan hala tuju kerjasama mereka terutama ketika PRU ke-15 semakin hampir.

Hanya untuk kukuhkan PAS

Hari ini PAS Kelantan dilaporkan berkata mereka akan bertemu dengan Umno pada 22 Jan depan.

Dakwa Nur Jazlan, Umno Kelantan tidak pernah menghantar surat untuk meminta pertemuan diadakan, sebaliknya langkah tersebut dimulakan oleh PAS.

“PAS yang minta Umno Kelantan berunding bukan Umno Kelantan.

“Kita tak nak, tapi dia orang yang mulakan benda ini dan memang PAS tak setuju (Umno tolak kerjasama).

“Sepatutnya PAS bincang di peringkat pusat tapi selepas kekalahan di Melaka dan Sarawak mereka juga risau kalau kalah di kubu kuat mereka seperti Kelantan,” katanya.

Kata Nur Jazlan, perbincangan tersebut juga lebih kepada melihat kepentingan PAS, dan bukannya Umno.

“Perbincangan itu hanya bagi mengukuhkan kedudukan PAS untuk pilihan raya akan datang.

“Presiden (Umno) memang dah buat kenyataan bahawa PAS tak jujur. Jadi, di peringkat pusat pun saranan untuk kerjasama melalui MN ini pun dah tak wujud sebab PAS kata, kalau nak teruskan MN dia nak bersama Bersatu juga, dan Umno dah buat keputusan untuk tidak akan bersama Bersatu,” katanya.

Tambah Nur Jazlan berdasarkan kenyataan yang dibuat pemimpin kedua-dua parti itu, bolehlah dianggap MN sebenarnya sudah gagal.

Tambah Nur Jazlan, tindakan PAS yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini juga jelas memperlihatkan bahawa parti itu memang tidak boleh dipercayai.

“Masya-Allah, memang tak boleh percaya,” katanya berulang kali.

AZHAR IDRUS NI BAB LAIN TAK BERANI ..SETAKAT SIPI SIPI SAJA DIA HENTAM...CUBA HENTAM BAB LEBAI MAKAN GAJI BUTA...

 

Panas! Ustaz Azhar Idrus dikecam netizen kerana dakwa haram bersihkan rumah ibadat agama lain



Panas! Ustaz Azhar Idrus dikecam netizen kerana dakwa haram bersihkan rumah ibadat agama lain



Netizen membidas pendakwah selebriti Azhar Idrus atas ceramahnya mengapa umat Islam harus mengelak membersihkan rumah ibadat bukan Islam yang terjejas akibat banjir.

Dalam video yang disiarkan di akaun TikTok rasminya, Azhar merujuk kisah Nabi Ibrahim, yang pergi ke kuil di bandarnya untuk merobohkan berhala mereka.

“Lihatlah kisah Nabi Ibrahim. Adakah dia membersihkan (kuil) atau adakah dia ‘katok’ (bahasa Melayu utara untuk ‘pukul’)?

“Kita tidak boleh ‘menghentam’, kerana kita hidup dalam negara berbilang kaum. (Jika kami berkata demikian) ia akan menjadi fitnah, adakah anda faham?

“Jadi, jangan masuk campur. Ini urusan anda sendiri dan agama anda sendiri. Kepada penyembah berhala, kami tidak mahu (campur tangan).”

Dalam video berdurasi lebih seminit itu, Azhar berkata mereka yang beragama Islam hanya boleh membersihkan masjid dan surau, tetapi tidak boleh membersihkan rumah ibadat agama lain.

“Bolehkah orang Islam membersihkan kuil Hindu yang terjejas akibat banjir? Tiada apa yang perlu dibersihkan.

“Kita ada agama sendiri. Kita boleh membersihkan masjid dan surau, tetapi kita tidak mencuci berhala. Dan melalui itu, kita dapat membezakan orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman.”

Bagaimanapun, dia menambah bahawa “semasa zaman Nabi Muhammad, seorang lelaki berkulit gelap akan sentiasa membantu membersihkan masjid.”

“Pada zaman nabi, kita digalakkan untuk mencuci masjid. Sehinggakan seorang lelaki berkulit gelap, seorang N****, akan sentiasa membersihkan masjid.

“Dia tiba-tiba hilang pada suatu hari, dan nabi bertanyakan keberadaannya. Apabila nabi dimaklumkan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia, dia bertanya di mana kuburnya.

“Nabi berkata sangat mulia baginya untuk mencuci masjid, maka, baginda mendoakan baginda di atas kubur,” katanya.

Video itu, yang ditayangkan sejak semalam, telah mendapat kira-kira 33,200 suka dan 3,303 komen.

Semakan oleh The Vibes mendedahkan bahawa nasihat Azhar telah menimbulkan tindak balas, dengan pengguna platform media sosial menyorot pendakwah kerana tidak sensitif terhadap kesusahan yang dihadapi mangsa banjir.

Dalam respons kepada video tersebut, Rubha Raman Kutty menggesa pendakwah itu melihat sendiri masalah yang dihadapi umat Islam.

“Baiklah ustaz, saya terima (penjelasan). Lain kali jangan beri kuliah dan cuba lihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penganut agama anda sendiri. Terima kasih,” katanya.

Seorang lagi pengguna yang hanya dikenali sebagai Huhu berkata adalah jelas bahawa umat Islam “mementingkan diri sendiri dan tidak bertolak ansur kerana enggan membantu kaum lain dalam kerja-kerja pembersihan di rumah ibadat mereka”.

“Agama lain telah membantu kami membersihkan masjid kami, tetapi kami menunjukkan kepada mereka sikap ekstremis dan radikal.”

Sementara itu, Sakthiswaran Sakthis berkata ramai pendakwah Islam nampaknya hanya bercakap tetapi tiada tindakan.

Beliau mendakwa tidak pernah melihat mana-mana pendakwah turun padang menghulurkan bantuan kepada orang ramai.

“Ustaz sangat ramai dan apabila bercakap tentang ceramah, mereka adalah nombor satu.

“Tetapi apabila ia datang ke lapangan untuk membantu orang ramai, di manakah semua pendakwah ini?”

Pengguna TikTok Nallubaby Gunaliny menyatakan sentimen yang sama dan menggesa Azhar supaya mengambil kira kata-katanya.

“Adakah anda membantu rakyat? Apa masalahnya sekarang? Tolong perhatikan apa yang anda katakan, Ustaz. Tak guna macam ni.

“Tuhan sedang memerhati dan dia tahu apa yang kamu katakan,” kata Nallobaby.

Menjawab video yang sama, AizatonTikTok berkata dia masih akan menawarkan untuk membersihkan kuil, kerana dia berpegang kepada ajaran Islam, termasuk menghormati agama lain.

“Sebanyak mana orang lain membantu kami membersihkan masjid, saya akan membantu mereka membersihkan kuil. Hormat.”

Bagaimanapun, ada netizen yang bertentang mata dengan Azhar berhubung perkara itu.

Pengguna TikTok Nadraja@GK bersetuju dengan pendakwah itu, berkata: “Itu betul dan fakta. Itulah sebabnya apabila meminta bantuan daripada orang Islam, terdapat banyak batasan. Saya faham.”

Seorang lagi pengguna bernama Ayla berkata orang Islam tidak pernah menjadi orang yang berkira.

“Kami menghormati antara satu sama lain. Orang Islam tidak pernah menjadi orang yang berkira. Hanya kerana kami tidak dapat membantu membersihkan kuil, agama kami dihina.”

Sementara itu, seorang lagi pengguna, “sudip bin senduk”, berkata tidak salah untuk berbuat baik, tetapi apabila melibatkan perkara berkaitan agama, sebaiknya menjauhkan diri.

Beberapa hari lalu, video yang mendokumentasikan usaha sukarelawan muda, termasuk pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia membersihkan sebuah kuil Hindu di Klang tersebar di media sosial.

Video Nallan Dhanabalan mengenai acara menyentuh hati itu sejak itu telah mendapat lebih 65,700 suka di TikTok, dengan video itu turut dikongsi di Twitter oleh kartunis tempatan Zunar.

Sebelum ini, Nallan berkongsi video sekumpulan budak lelaki India membersihkan masjid berhampiran Klang yang terjejas akibat banjir.

Dalam video itu, sekumpulan budak lelaki India dilihat sibuk membersihkan masjid dengan tangan penuh dengan mop dan baldi.