
Pilihan Raya Negeri (PRN)
Melaka merupakan medan perjuangan demokrasi yang paling mencabar dalam sejarah
Malaysia.

Pilihan Raya Negeri (PRN)
Melaka merupakan medan perjuangan demokrasi yang paling mencabar dalam sejarah
Malaysia.

Rata-rata pengundi yang dilihat cenderung Pakatan Harapan (PH) melahirkan kebimbangan dengan sikap PH yang masih tidak berani menamakan calon Ketua Menteri.
Abd Rahman dari Dun Paya Rumput yang ditemui mencadangkan agar PH tetapkan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri.
“Bagi saya Adly Zahari (jadi pilihan) sebab dia bagus dan perform, tak banyak cakap” katanya.
Menurut beliau lagi, jika calon lain diketengah PH kemungkinan besar jumlah keluar mengundi bagi PH akan merosot teruk.
Hal ini menurut beliau, lebih baik Sulaiman sahaja yang jadi Ketua Menteri Melaka.
Sementara itu, pengundi cina di beberapa Dun melahirkan kebimbangan untuk turun mengundi.
“Jika kami turun mengundi kami terdedah Covid-19, tapi kami cuba jug auntuk menangkan Adly”, kata Chong yang ditemui di Dun Ayer Keroh.
“Tapi PH pun nampak sampai ada 3 calon, jika Adly Zahari tak dicalonkan saya dan keluarga tak perlu bazirkan masa keluar mengundi kali ini”, tambah beliau lagi.
Rata-rata pengundi yang ditemui memberi respon positif terhadap pentadbiran Adly walaupun hanya sempat menerajui Melaka selama 22 bulan.
Banyak polisi yang diperkenal Adly dilihat amat mesra kepada rakyat sehingga rakyat menaruh harapan terhadap tokoh dari Parti Amanah itu untuk kembali menerajui Melaka.
Pakatan harapan sehingga hari ini masih tidak mengumumkan calon Ketua Menteri sehingga timbul desas desus PKR sedang merancang untuk menobatkan Idris Haron sebagai calon Ketua Menteri.
Khabar angin bertiup kencang, seorang lagi calon PKR yang kini merupakan Ahli Parlimen bakal dinobat sebagai Ketua Menteri Melaka bagi PH.

Peraturan berkempen yang ketat dikenakan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya menyebabkan calon-calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak punya
banyak pilihan untuk berkempen.
Salah satu cara bertemu pengundi adalah 'sembang santai di warung', dan hal itu dilakukan oleh Pengerusi Pakatan (PH) Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon N23 DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sekitar pukul 7.00 pagi tadi.

Anwar tiba di warung Kenangan Ibu yang terletak di pekan Cheng itu bersama beberapa pimpinan KEADILAN yang membantu kempen. Beliau diiringi penyokong PH dan masyarakat setempat yang bersarapan pagi di warung berkenaan.
Kesempatan itu digunakan untuk memperkenalkan calon dan sembang santai mengenai perkembangan negeri Melaka.
Turut ditemui adalah ADUN Suka Menanti yang pernah menjadi Exco Kedah, Zamri Yusuf. Beliau memberitahu misi utama PH adalah meyakinkan pengundi bahawa keadaan pandemik Covid 19 terkawal dan tidak perlu khuatir untuk keluar mengundi pada 20 November ini.

YB Zamri Yusof
"Kita dah jumpa kawan-kawan di sini dan pengundi-pengundi.
"Nampaknya pengundi-pengundi mulanya agak takut untuk keluar mengudi kerana mereka rasa macam suasana belum selamat.
"Tetapi kita bagi tahu, kita dah capai imuniti kelompok, keadaan terkawal, SOP pengundian pun disusun dengan baik. Susunannya pun saya tengok kalau bergejala diasingkan. Jadi kepada semua pengundi marilah keluar mengundi, tunaikan hak anda, kembalikan mandat rakyat," katanya.

Calon BN bagi DUN Klebang, Datuk Lim Ban Hong dijemput berdebat
bersama calon DUN Pakatan Harapan (PH) Datuk Gue Teck, Sabtu ini.
Menurut Penasihat Bilik Gerakan Utama PH, DUN Klebang, Lee Chean Chung, satu surat telah dihantar kepada Datuk Lim untuk memastikan perjalanan demokrasi kekal sihat dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini.
"Saya bagi pihak Datuk Gue Teck mencadangkan satu sesi perdebatan pada Sabtu ini, pada pukul 8.30 malam untuk diwujudkan satu platform (debat) antara mereka.
"Hal ini boleh memberi lebih kesedaran kepada masyarakat supaya lebih mengenali calon
"Terpulang kepada maklum balas BN. Jika mahu buat online, kita buat secara online. Jika fizikal, hanya untuk dua orang dan kru media saja. Kita tak galakkan perhimpunan," katanya selepas menghantar surat jemputan di pejabat BN Tangga Batu.
Sementara itu bagi calon PN pula, Chean Chung berkata beliau akan menghantar surat sama ke Pejabat Pas Tangga Batu yang dijadikan pejabat utama PN.
"Untuk slot hari Sabtu dan Ahad, juga untuk calon PN. Untuk PN sehingga hari ini kami masih belum dapat temui calon secara fizikal, surat akan dihantar kepada pejabat Pas Tangga Batu bagi pertimbagan mereka," katanya.

Oleh BORHAN AHMAD / November
10, 2021
Berdasarkan tinjauan dan
analisis semasa, Barisan Nasional (BN) dijangka akan memenangi pilihan raya
negeri (PRN) Melaka kerana pengundi Cina yang menjadi penyokong tegar Pakatan
Harapan sebelum ini buat masa sekarang enggan keluar mengundi.
Penganalisis dari
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali yang sudah dua kali
berkampung di Melaka sejak PRN diumumkan berkata, peratusan orang Cina tidak
mahu keluar mengundi agak besar sekarang.
“Berdasarkan data ini,
saya rasa Barisan Nasional (BN) akan menang dan Pengerusi BN yang juga
Pengerusi Umno Melaka, Datuk Seri Rauf Yusoh bakal dinobatkan sebagai Ketua
Menteri Melaka selepas PRN nanti,” beritahu Mazlan ketika ditemui Malaysia
Dateline di Melaka.
Rauf yang sebelum ini adalah
Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bertanding mewakili BN di DUN Tanjung
Bidara, salah satu kerusi yang paling selamat untuk Umno di Melaka.
Dalam
pilihan raya umum lalu, calon BN Datuk Md Rawi Mahmud menang dengan Majaoriti
2,864 mengalahka calon PH.
Dalam
PRN ini, beliau akan bertembung dengan Datuk Mas Ermieyati Samsudin
(PN-Bersatu) dan Zainal Hassan (PH-PKR).
Menurut
Dr Mazlan, keputusan pengundi Cina untuk tidak turun mengundi sesetengahnya
kerana kekecewaan mereka apabila Pakatan Harapan tetap mengambil dua calon Umno
dalam pilihan raya lalu yang didakwa mereka sebagai pemimpin yang tidak ada
intergriti kerana ‘melompat’ parti.
“Bagi
mereka, kerana sikap lompat parti inilah yang menjadi punca kerajaan PH jatuh
dahulu. Jadi mereka tidak senang dengan tindakan ini dan mengambil keputusan
tidak akan keluar mengundi dalam PRN ini,” kata Dr Mazlan.
Menurut
Dr Mazlan, apabila orang Cina tidak keluar mengundi sedangkan Rauf dan Umno
pula mendapat banyak sokongan di kalangan orang Melayu terutama di
kampung-kampung, ia akan membolehkan BN menang dalam PRN ini.
Dr
Mazlan sebelum ini juga berkata, berdasarkan kajian beliau, dua pemimpin dan
Adun Umno yang diambil oleh PH sebagai calon mereka itu mempunyai pengaruh yang
besar di kalangan orang Melayu di Melaka.
Bagi
pemimpin Pakatan Harapan pula, kedua-dua mereka, iaitu Datuk Seri Idris Harun
dan Datuk Nor Azman Hassan yang menjadi calon PH dalam PRN ini tidak melompat
parti tetapi mereka hanya keluar dari menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri
Sulaiman Md Ali sebelum ini.
Selepas
itu, mereka telah dipecat oleh Umno kerana menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan
Sulaiman itu.
Selepas
tidak lagi menjadi ahli mana-mana partinya, PH menawarkan kerusi untuk
kedua-duanya dan menolak dua lagi rakan mereka yang menarik diri dari kerajaan
pimpinan Datuk Seri Sulaiman itu, kata mereka.
PH
menolak Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu -Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan
Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) yang terlibat menjatuhkan kerajaan PH sebelum ini
untuk menjadi calon mereka dalam PRN ini.

Permohonan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari unutk mencabar pembubaran DUN Melaka ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Memetik laporan Malaysiakini, Hakim Noorin Badaruddin berkata proses membuat keputusan untuk membubarkan DUN Melaka bukan perkara yang boleh dicabar di mahkamah.

“Sekiranya sesuatu perkara didapati tidak wajar, proses membuat keputusan yang membawa kepada perkara yang tidak wajar itu tidak seharusnya wajar.
“Pembubaran DUN adalah subjek yang tidak boleh dijustifikasikan dan semakan kehakiman tidak boleh diberikan” katanya.
Adly memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan pembubaran DUN pada 22 Okt lalu susulan tindakan empat Adun yang diketuai oleh wakil rakyat Umno Sungai Udang, Idris Haron, pada 4 Oktober lalu yang mengumumkan keputusan mereka untuk menarik balik sokongan kepada ketua menteri Melaka Sulaiman Md Ali.
Tiga yang lain ialah Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) sekaligus menyebabkan Sulaiman kehilangan majoriti dan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam membuat keputusan untuk membubarkan DUN, membuka jalan untuk pilihan raya negeri pada 20 November.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kini sedang berada di Indonesia untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke negara tersebut.
Turut bersama dalam rombongan lawatannya itu ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.
Keberadaan bekas Pengerusi Prasarana Berhad itu bersama Perdana Menteri itu menguatkan lagi khabar angin yang mengatakan beliau akan dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Sebelum ini sewaktu Ismail Sabri melawat Kedah selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu, beliau adalah antara beberapa Ahli Parlimen yang turut bersama menaiki jet eksekutif kerajaan dalam lawatan berkenaan.
Sejak itu, di samping sebelum ini beliau memang diketahui kuat menyokong Ismail Sabri, bukan saja dalam bersama mempertahankan kedudukan Mahiaddin Md Yasin, bahkan sejak Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi.
Lantaran itu, Tajuddin disebut-sebut akan diberi jawatan menteri sebagai balasan kepada sokongannya itu.
Begitu pun, Tajuddin tidak diberikan apa-apa jawatan, baik sebagai menteri atau timbalan menteri dalam susunan kabinet yang dibentuk Ismail Sabri.
Beberapa lama kemudian, nama beliau dikhabarkan akan dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia bersama Nazri Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas yang turut disebut akan dilantik sebagai Duta ke Switzerland.
Meskipun berita perlantikan itu agak senyap sejak kebelakangan ini, tetapi dengan beliau turut sama bersama Ismail Sabri dalam lawatan ke Indonesia ini, hampir pastilah jawatan itu akan diberikan kepadanya.
Kalau tidak, buat apa Ismail Sabri membawanya sekali ke Indonesia?
Nampaknya Ismail Sabri terus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai “Bapa Perlantikan” dengan melantik, melantik dan terus melantik lagi pemimpin-pemimpin UMNO ke jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan sebagai habuan dan untuk mengukuhkan kedudukannya.
Belum pun sampai 100 hari sebagai Perdana Menteri, sementara bayang kejayaan kerajaan dan menteri-menteri masih kabur, yang terserlah nampaknya hanyalah kemampuannya dalam memberi jawatan dan ganjaran kepada sekian ramai kelompok dalam UMNO.
Dalam kes Tajuddin, meskipun hak Ismail Sabri untuk melantiknya sebagai Duta Besar ke Indonesia, tetapi lantikan tersebut dengan jelas memperlihatkan Perdana Menteri tidak bijak dalam membuat pertimbangan.
Ini kerana, sebagaimana yang umum sedia tahu dan selalu terpapar di media, Tajuddin adalah seorang yang berwatak keras, kadangkala kasar, selalu cakap lepas, tiada diplomasi dan seolah-olah banyak bertindak menurut kata hati.
Baik dalam berbahas di Parlimen atau ketika memberikan sidang media, itulah kesimpulan yang mudah tergambar tentang dirinya.
Di lobi Parlimen, beliau juga pernah bergaduh dengan seorang Ahli Parlimen BN yang lain tidak lama sebelum ini.
Pendeknya, Tajuddin tiada watak seorang diplomat dalam dirinya, walaupun sebagai ahli politik, liku-liku perjalanannya banyak menghasilkan kejayaan.
Kalau mahu dibandingkan dengan Nazri Aziz yang dikhabarkan akan jadi duta ke Switzerland (ada khabar katanya Nazri sudah pun memulakan tugas) atau arwah Mohamed Rahmat (Tok Mat) yang pernah jadi Duta Besar ke Indonesia sebelum ini, watak Tajuddin dengan kedua-duanya amat jauh sekali.
Dengan perwatakannya itu, adalah dibimbangi perlantikannya akan tercetus pelbagai masalah yang tidak menyenangkan dalam konteks hubungan dua hala yang mesra dan seperti adik-beradik antara Malaysia dan Indonesia selama ini.
Apatah lagi, jika isu yang timbul itu nanti melibatkan mainan pihak media Indonesia yang memang kita ketahui amat ampuh serangan serta tajam penulisannya, tentulah kesannya lebih buruk lagi.
Siapa yang akan malu akhirnya?
Ismail Sabri dalam hal ini, kalau pun terlalu didorong oleh keinginan memberi jawatan kerana habuan atau ganjaran kepada seseorang yang pernah berbudi kepadanya, fikirkanlah sama soal kesesuaian dan hasilnya untuk negara.
Apakah tiada orang lain selain Tajuddin yang lebih layak dan berwibawa untuk dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia?
Tajuddin mungkin lebih sesuai diberikan jawatan jawatan lain, tetapi bukan sebagai duta.
Janganlah main bedal saja mengurus negara ini seperti mengendali syarikat sendirian berhad.
– ShahbudinHusin 10/11/2021.

Kontroversi mengenai penyerapan doktor kontrak sebagai kakitangan tetap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat keutamaan dalam sesi perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) bertanya berkenaan nasib 10,500 doktor kontrak yang baru-baru ini mengadakan hartal membantah layanan KKM yang enggan mengambil mereka sebagai kakitangan tetap.
“Minta Menteri Kesihatan menyatakan berikutan kegagalan kerajaan untuk memastikan perjawatan tetap kepada doktor kontrak yang terdapat di negara ini.
“Apakah langkah kerajaan dalam menghadapi gelombang kedua hartal doktor kontrak nanti, dan halangan kepada kerajaan dalam mengambil mereka ke jawatan tetap serta berapa implikasi tambahan kewangan kementerian jika kerajaan menyetujui pengambilan mereka,” katanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin menjawab bahawa keputusan kerajaan ialah bersetuju untuk meneruskan kontrak 10,500 kakitangan berkenaan untuk 2 tahun lagi.
Di samping itu satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji kaedah atau keperluan doktor berkenaan diserapkan ke jawatan tetap dengan meminda beberapa akta.
Bagaimanapun Anwar bangun sekali lagi kerana jawapan yang diberikan kurang lengkap.
“Menteri belum jawab soalan implikasi kewangan. Ada tak? Saya sebut implikasi kewangan,” katanya.
Khairy menjawab daripada 10,500 pegawai yang tamat tempoh wajib (konrak) 4,186 pegawai telah pun dinilai dan boleh diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk lantikan tetap dengan implikasi kewangan sebanyak RM337 juta.
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang menekankan perlunya 10,500 doktor kontrak tersebut diserapkan sebagai kakitangan tetap memandangkan jasa dan pengorbanan mereka sewaktu Covid 19 dan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.
“Saya mengalu-alukan ada keputusan dan kesungguhan untuk pelaksanaan. Cuma saya katakan di sini seluruh perisytiharan darurat dan belanjawan adalah terkait Covid 19. Belanjawan yang kita luluskan, termasuk belanjawan khas dan tambahan Covid itu mencecah puluhan bilion ringgit.
“Kelompok ini adalah kelompok barisan hadapan, keluhan mereka berlarutan. Sebab itu kita mendesak kerajaan supaya memberikan keadilan kepada mereka. Melantik mereka secara tetap dan implikasi kewangan itu saya tidak fikir menjadi satu alasan munasabah kerana ketirisan dan kebocoran dan perbelanjaan yang tidak berfaedah masih berterusan.
“Jadi saya ingin mendapat pengesahan daripada menteri, sementara ada sedikit kemajuan untuk pelantikan tetap, saya mahu jaminan menteri bahawa jawatankuasa ini menjamin melantik 10,500 (doktor kontrak ini) secara tetap,” tegasnya.
Menteri Kesihatan akhirnya berkata pendiriannya hampir sama dengan Ketua Pembangkang. Namun tidak dapat memberi penegasan kesemua kakitangan kontrak tersebut akan diserapkan.
Norshidah Mohd Daud
Mcm-macam yang kita dah nampak sejak 🐖 takeover gov tanpa mandat rakyat ni kan
Camtu jugak Kak Ani
Ketara sangat nampk sikap berpura-pura, munafik & hipokrit majoriti manusia kat fb ni
Dulu dia la konon pejuang bahasa Melayu
Pejuang bangsa Melayu
Pejuang tulisan jawi
Pejuang agama, kononnya agama Islam makin teruk bawah Mujahid
Pejuang ekonomi negara, kononnya Msia menuju kehancuran bawah LGE
Pejuang Covid
Apa yang kita nampaak sekarang...
Calon sendiri xleh cakap Melayu
Bukan takat xleh cakap, paham pun x
Bangsa Melayu dibodohkan takat dapat 5 hengget, bangsa Cina dpt 50 hengget..keh..keh...nampak sangat kemaruk duit dan kaki dedak...sedihhh.,..
Ehhh senyap masing--masing..mana tak senyapnya...sendiri buat dan sokong...Melayu ni mudah ja ...kalau umno kempen Melayu terancam...kalau Pas kempen Agma terancam...tengok tengok pemimpin dua dua parti ni mentekedaqah duit gaji buta ...walau dan macai naik honda cup macam biasa juga...kah..kah...
Tulisan jawi?
Pegi mati la 😏
PTPTN pun suh staff belajar bahasa Cina
Nape korang x menyalak?
Nak menyalak.,.p mampoih la nak menyalak..mana dia paham anak abang adik kena bayar...
Pejuang agama?
Malas nak cakap lebih-lebih
Zaman Mujahid semua pakat maki akibat perbuatan Sajat
Bila Sajat nak murtad zaman gov 🐖, semua pakat senyap..kah..kah..kah..woiii...tak bunyi atau tertelan taik?
Laporan audit dedahkan kerajaan 🐖 berhutang utk tutup hutang, sekor pun x berbunyi
Dahla antara hutang terbesar tu 1MDB
Diam membisu kan, asal dpt BSH
Dulu LGE bg 30 hengget je
Covid?
Dulu beria2 maki DSAI kononnya x sabar tunggu PRU utk dptkan kembali mandat rakyat
Alih2 sendiri bergadoh, sendiri buat PRN Melaka
Yg kena maki DSAI gak
Woi x rasa diri hipokrit ke?
Munafik?
Harap2 line Internet ok la, boleh baca post aku ni
Kalau rasa x ok, p tebang pokok sekeliling kawasan tu
MOHD MUKHLIS
Nak tanya Lebai Ustaz Kamarudin Sedik -N26 , dalam poster kata ada Sarjana Muda Syariah dari Al-Azhar, tapi kenapa dalam hansard Dun Melaka tulis hanya ada 4 sanawi untuk kelulusan Penasihat Agama Ketua Menteri pada 2020? Mana pi Sarjana Muda tu?
HAMDAN TAHA

Bagi saya percaturan yang penting bagi BN dan PN ialah mengurangkan kerusi DAP yang jumlahnya 8
UMNO/BN is dead
PAS lwn UMNO... berita buruk buat PH
BERSATU AKAN DIKHIANATI...
Ramai peminat politik tanahair melihat pertembungan antara PN
dan BN atau PAS terpaksa melawan UMNO merupakan satu berita yang sangat
mengembirakan. Tapi bagi saya ia malapetaka buruk buat PH menjelang PRU15
nanti.
UMNO ini memang terkenal dgn perangai penyamun dan pembohong
mereka tetapi mereka sgt bijak dari segi tektikal atau strategi politik. Sb itu
dari pembangkang mereka menjadi sebahagian kerajaan dan akhirnya kembali
menjadi kerajaan tanpa pilihanraya.
Walaupun hingga saat akhir PAS cuba memujuk UMNO utk bersama
BERSATU tetapi mereka tolak mentah2.... kenapa? UMNO tahu tindakan mereka itu
seperti menggantung diri sendiri tetapi keputusan itu diambil kerana mereka
melihat lebih jauh dari PRN Melaka.
PRN Melaka tidak membawa apa2 perubahan politik negara walaupun
mereka tewas. Menang hanya bonus tewas hampir pasti buat UMNO.
UMNO hanya menyulitkan sahaja utk menyerah baton. Tidak seperti
apa dilakukan oleh PH utk mengelak rakyat menjadi mangsa PH menyerahkannya
secara terhormat.
UMNO boleh hanya melibatkan 28 ahli Dewan Undangan Negeri dan
bukan mengorbankan hampir 500 ribu rakyat Melaka utk turun mengundi.
UMNO tahu tindakan mereka bergerak solo umpama bunuh diri tetapi
dgn hanya cara itu sahaja utk memisahkan perkahwinan BERSATU dan PAS.
PAS seperti kata Ku Li adalah pelacur dan seperti kata A Kadir
Jasin adalah gigolo. Parti itu mana ada maruah atau prinsip. Mereka akn bersama
hanya dgn parti-parti yang boleh memberikan mereka kuasa.
Ingat kata Tuan Ibrahim walaupun PAS curang (PRN Melaka bersama
PN) tapi mereka tidak akn meninggalkan Muafakat Nasional. Ibarat seorang suami
yg mengaku berselingkuh tetapi tetap tidak mahu menceraikan isterinya.
UMNO tahu PRN Melaka ini PN akn tewas teruk. Paling kuat PN
hanya mampu memperolehi 1 kerusi sahaja itu pun kerusi dimiliki BERSATU. Hanya
selepas itu sahaja atas faktor kekalahan tersebut mampu memusingkan
fikiranPresiden yg berkuasa itu utk PAS meninggalkan BERSATU dan kembali kpd
UMNO.
Dlm PAS kata2 Presiden ibarat wahyu yg tidak boleh disanggah.
Lihat pemilihan PAS baru2 ini. Mereka yg dilihat bukan dari team 'Presiden' akn
tewas.
Tuan Ibrahim berkata PAS tidak akn meninggalkan Muafakat
Nasional. Dia tahu Presiden agak uzur ketika ini. Hanya orang terdekat yang
mengetahui tahap keuzuran tersebut. Sy tidak berani menyebutnya biarlah
keluarga terdekat atau parti umumkan sendiri.
Andaikata Tuan Ibrahim mengambil kedudukan sebagai Presiden...
UMNO akn tersenyum lebar. Ia seperti sejarah di mana apabila TGNA meninggal
dunia... UMNO begitu mudah utk 'membuli' PAS. Anda tidak percaya tunggu nanti
bibit perceraian PAS dgn BERSATU.
Info terbaru dari rakan BN... BN atau UMNO boleh dikatakan mati pada PRN kali ini. Katanya Command Centre UMNO/BN sunyi dan mereka seperti tidak bersemangat. Yang datang pun katanya orang yang sama untuk makan sahaja.
NORMAN RADZUAN
