JANGAN PERCAYA PAK LEBAI-TEORI SAJA LEBIH..TAPI HAMPAS....(VIDEO TUAN BRAHIM PENDEK NI ADA LAM YOU TUBE-MALAS NAK TONTON-TIPU KUAT)

 Panas! Pemuda ini persoal mana teori Tuan Ibrahim minoriti kawal majoriti untuk Islam?

Pemuda ini persoal mana teori Tuan Ibrahim minoriti kawal majoriti untuk Islam?

Ust Tuan Ibrahim kata dulu2 (merujuk video klip yg tersebar skrg), Pas akan guna teori minoriti kawal majoriti untuk Islam.

“Kalau tak laksana Islam kami tarik sokongan…” – mafhumnya!

Tu dulu2. Zaman blm berkuasa.

Hari ni, dia sendiri kata Pas tak boleh buat banyak. 3 menteri sikit sangat. Tapi jgn tuduh menteri Pas membisu katanya.

Nampak tak? Apa lagi kalau bukan nifaq? Ok katakan ia bukan nifaq, maka ia adalah bukti jelas Pas tak mampu jaga agama kerana memilih jaga kuasa.

Malah dah tak sebut Hudud dah. Kalau bukan bisu, apa?

Padehal boleh je tarik sokongan.

Nak hujah apa lagi utk korang tolak Pas?

Omar Mo Elbariti

Video Player










00:00
00:53

WOIIIII...ISLAM TERANCAM...TAKDIRRRRR.......Keuntungan bersih arak jenama Heineken Malaysia meningkat 30 peratus pada suku pertama 2021

 


Terkini! Keuntungan bersih arak jenama Heineken Malaysia meningkat 30 peratus pada suku pertama 2021

Heineken Malaysia Bhd mencatat kenaikan untung bersih 30% kepada RM73.54 juta untuk suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2021 (Q1FY21) daripada RM56.96 juta setahun sebelumnya kerana penjualan yang lebih tinggi, pelonggaran perintah kawalan pergerakan (MCO) dan kos langkah penjimatan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu mencatat kenaikan pendapatan 6% kepada RM547.74 juta pada Q1 berbanding RM515.89 juta sebelumnya.

“Sebagai perbandingan, peningkatan prestasi pada Q1FY21 berbanding Q1FY20 juga dikaitkan dengan MCO pertama yang mengharuskan kumpulan itu untuk menghentikan operasi sepenuhnya dari 18 Mac 2020,” kata Heineken Malaysia.

Untuk suku yang ditinjau, pendapatan sesahamnya berada pada 24.34 sen, lebih tinggi daripada 18.86 sen setahun yang lalu.

Pengarah Urusan Heineken Malaysia Roland Bala mengharapkan persekitaran perniagaan terus mencabar, terutama dengan pengenalan MCO ketiga pada Mei tahun ini dan juga disebabkan oleh kenaikan harga komoditi di peringkat global.

“Walaupun terdapat banyak tantangan yang ditimbulkan oleh pandemi Covid-19, kami mengucapkan terima kasih kepada pekerja kami, serta pelanggan dan pengguna kami atas ketahanan mereka yang memungkinkan kami meningkatkan prestasi kami untuk Q1 2021,” katanya..



ELAUN SUKARELAWAN KE MANA ?

 

JAMZURI ARDANI


Dalam bajet melawan Covid, diumum ada peruntukan 147 juta untuk elaun sukarelawan kesihatan.

Kenapa bila KKM keluar iklan cari sukarelawan, elaun tersebut tak ada?

Hilang pergi mana?

Kredit: Zain Abdullah



 

CUBA KERAJAAN SIASAT. ATAU SPRM SIASAT. ADA JUGA YANG BAGI PERUNTUKAN MELALUI NGO BELAAN.

 

Masyuk! NGO kaut keuntungan 30 peratus kutipan sumbangan orang ramai

Masyuk! NGO kaut keuntungan 30 peratus kutipan sumbangan orang ramai

Semakin ramai mengambil kesempatan dan ‘berselindung’  di sebalik tujuan asal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melakukan kebajikan, tetapi pada masa sama ‘terselit’ niat mahu mendapatkan ‘duit poket sendiri’.

Buktinya, sejak beberapa tahun ini, ada ‘lambakan’ NGO ditubuhkan umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Pengasas bersama Scrut, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin membongkar rahsia NGO yang tidak diketahui umum.

Katanya, NGO kini menjadi lubuk menjana wang oleh segelintir individu untuk memperoleh kesenangan hidup.

“Lebih-lebih lagi apabila Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan mana-mana NGO mengutip sumbangan awam boleh mengambil sehingga 30 peratus daripada dana itu sebagai caj pengurusan.

“Caj ini biasanya digunakan membayar gaji kumpulan NGO termasuk pengerusinya dan menampung kos operasi pertubuhan terbabit.

“Contoh, jika NGO berkenaan berjaya mengumpul dana RM100,000, maka RM30,000 digunakan untuk tujuan itu (membayar gaji dan menampung kos operasi),” katanya.

Menurut beliau, dalam erti kata mudah, ahli NGO ini seperti dibayar untuk melakukan kerja kebajikan dengan menggunakan wang orang ramai atau penyumbang lain.

Ahmad Aliff berkata, disebabkan peluang itu, ada yang  mampu hidup senang lenang  walaupun terbabit dalam NGO secara sambilan.

“Tidak kurang juga, ada yang sanggup berhenti kerja dan memilih melakukan aktiviti kebajikan NGO sepenuh masa. Kehidupan mereka lebih senang daripada ketika makan gaji.

“Ada kawan saya yang sebelum ini hidupnya agak susah, tetapi kehidupannya sekeluarga berubah selepas menubuhkan NGO. Tidak kurang juga ada yang mampu berpoligami,” katanya.

Menurut Ahmad Aliff, kebiasaannya, mereka yang menubuhkan NGO akan melantik diri sendiri sebagai ketua dan rakan-rakannya sebagai ahli jawatankuasa.

Katanya, ini memudahkan mereka menguruskan kewangan NGO itu mengikut citarasa sendiri.

“Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila ada NGO ketika ini sanggup menggunakan wang sumbangan untuk membeli iklan sama ada di media digital, papan iklan, televisyen dan akhbar, bagi mempromosikan aktiviti pertubuhan serta mendapatkan sumbangan yang lebih banyak,” katanya.

Menurut beliau, matlamat penubuhan NGO oleh segelintir pihak kini sudah berbeza. Dahulu, NGO ini dikenali sebagai tempat aktiviti sukarelawan dan kebajikan.

“Kebiasaannya, NGO yang mahu membantu pihak memerlukan ini  hanya bergerak menerusi sumbangan daripada ahli-ahlinya,” katanya.

Menurut Ahmad Aliff, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) perlu meletakkan syarat tegas iaitu tidak semua NGO boleh melakukan tugasan mengutip dana awam.

“Sebelum ini, saya dibesarkan dalam keluarga yang menyokong NGO sebuah parti politik dan melihat banyak kecacatan dalam pengurusan.

“Ada NGO diragui ketelusannya terutama berkaitan pengurusan dana,” katanya.

Menurut Ahmad Aliff, semua NGO seharusnya berani menerbitkan laporan audit NGO mereka secara terbuka di laman web rasmi masing-masing.

Begitu juga dokumen pengurusan akaun (MA), penyata bank dan laporan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Semua dokumen ini membolehkan masyarakat melakukan semak dan imbang terhadap penggunaan dana awam terutama bayaran gaji pengurusan atasan,” katanya.

Namun, katanya, ada banyak juga NGO yang sangat telus dan mengekalkan prinsip kesukarelawanan tanpa sebarang agenda peribadi.

“Biasanya NGO ini ditubuh dan dikendalikan oleh mereka yang sudah berjaya dalam karier, kehidupan dan perniagaan.

“Mereka menggunakan wang sendiri untuk pengurusan NGO yang ditubuhkan itu, tanpa mengambil dana awam,” katanya.

Ketelusan elemen terpenting

“Setiap NGO (pertubuhan bukan kerajaan) perlu menghantar semakan perbelanjaan tahunan yang disahkan oleh mana-mana pertubuhan juruaudit bertauliah.

“Kita di Muslim Care (Muslim Care Malaysia) juga terbitkan buku laporan aktiviti setiap tahun sekali gus mengamalkan prinsip pengurusan yang telus.”

Itu jelas Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Zulkifli Wahijan berhubung pengurusan perbelanjaan dana diperoleh.

Zulkifli turut mahu memaklumkan elemen ketelusan sangat penting berkaitan kegiatan serta pengurusan kewangan MCM.

Pada masa sama, beliau mengakui kewujudan beberapa NGO yang melaksanakan kutipan derma daripada orang awam, tetapi tiada aktiviti dilakukan.

Kegiatan itu menimbulkan 1,001 persoalan berhubung ke manakah wang kutipan berkenaan disalurkan atau ia digunakan untuk tujuan peribadi.

Zulkifli berkata, setiap NGO perlu mengemukakan laporan kewangan hasil daripada aktiviti tahunan dengan pengesahan mana-mana badan juruaudit bertauliah.

“ROS tidak menerima laporan kewangan sesebuah NGO yang tidak mendapat pengesahan juruaudit, ia sebahagian prosedur tahunan dan MCM tidak pernah gagal menghantar laporan kewangan berkenaan.

“Saya sendiri tahu ada beberapa NGO melakukan kutipan derma, tetapi tiada aktiviti dibuat dan keadaan itu memberi tempias kepada pertubuhan lain yang jujur.

“Kita di MCM melakukan kutipan derma berasaskan projek tertentu. Contoh, jika kita ingin memberi bantuan kepada asnaf, kita akan war-warkan di laman Facebook (FB) kami,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan MCM termasuk mengajak pihak berkepentingan yang menyalurkan bantuan dengan dana besar untuk bersama-sama turun padang merealisasikan sesebuah projek kemanusiaan.

Katanya, NGO berasaskan kepada misi bantuan ini memerlukan keyakinan orang awam dan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah NGO hanya akan menghilangkan keyakinan masyarakat.

Pantau NGO tak berdaftar

“Saya belum pernah dengar ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil sehingga 30 peratus daripada sumbangan awam untuk caj pengurusan,” kata pengasas NGO The 3rd Force, Raja Shamri Raja Husin.

Beliau berkata, semua NGO berdaftar dikawal selia perlembagaan dan undang-undang tubuh yang dipantau ketat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Katanya, namun ada klausa dalam perlembagaan tubuh NGO membolehkan mereka menggunakan sumbangan awam untuk pengurusan seperti yang diluluskan.

“Selagi NGO itu beroperasi dalam ruang lingkup perlembagaan dan undang-undang tubuhnya, maka Insya-Allah tak ada apa yang nak dirisaukan.

“Cuma apabila ada yang mengaku NGO tapi hakikatnya mereka tak berdaftar dan ambil kesempatan, contohnya ambil 30 peratus daripada sumbangan awam sesuka hati maka itu perlu dipantau,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan bahawa NGO boleh mengambil 30 peratus itu terlalu melampau.

“Sebagai NGO berdaftar, kita tetapkan klausa hanya boleh ambil RM10,000 untuk pengurusan. Itupun perlu melalui kelulusan jawatankuasa terlebih dahulu dan prosesnya bukan semudah yang disangka.

“Ada kalanya kita tidak ambil pun RM10,000 itu kerana sudah menerima sumbangan daripada pihak korporat atau usahawan dalam The 3rd Force sendiri. Kami juga gunakan wang poket sendiri sebagai penceramah dan syarikat perunding, juga untuk menampung kos pengurusan The 3rd Force,” katanya.

Malah, katanya, setiap tahun, semua audit dibuat juruaudit bertauliah akan diserahkan kepada RoS.

Jelasnya, sumbangan yang diamanahkan untuk diserahkan sepenuhnya kepada asnaf akan ditunaikan berdasarkan permintaan penyumbang.

“Adakalanya, penyumbang turut berniat menyediakan peratusan tertentu daripada jumlah keseluruhan sumbangan untuk sukarelawan. Ini kerana bukan semua sukarelawan ini orang senang.

“Ada situasi apabila NGO perlu keluarkan wang sendiri atau dapatkan bantuan rakan apabila sumbangan awam diterima tidak mencukupi bagi membantu pihak memerlukan,” katanya. .





Lembaga Pengarah 1MDB terbabit ‘sandiwara’ dana luar negara Umno

 

Lembaga Pengarah 1MDB terbabit ‘sandiwara’ dana luar negara Umno

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ahli lembaga pengarah syarikat itu terlibat sama dalam “sandiwara” untuk tidak memasukkan dalam laporan rasmi bahawa dana 1MDB di luar negara adalah milik Umno.

Mohd Hazem Abd Rahman, saksi ke-10 pendakwaan, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam mewakili Najib Razak, Wan Aizuddin Wan Mohammed, dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri itu berhubung penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Ketika ditanya sebab beliau tidak memasukkan dalam rekod semasa mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 27 Feb 2014 bahawa dana yang ada di luar negara itu milik Umno, Mohd Hazem, 49, berkata “itu merupakan rancangan jahat dan tidak sepatutnya dimasukkan dalam rekod.”

Wan Aizuddin: Kamu mendakwa konspirasi ini disertai oleh semua ahli lembaga pengarah?

Mohd Hazem: Ya

Wan Aizuddin: Kamu katakan bahawa apa yang dilaporkan dalam minit mesyuarat itu hanya sekadar lakonan?

Mohd Hazem: Mereka tahu apa yang menjadi taruhan.

Wan Aizuddin: Jadi, apa yang kamu katakan ialah apa juga yang dicatat dalam minit mesyuarat lembaga pengarah (untuk membawa pulang dana dari luar negara) itu hanya sekadar cakap. Adakah kamu kata semua itu satu sandiwara besar?

Mohd Hazem: Ya

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tidak ada satu sen pun wang yang dibawa balik dari luar negara tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank Umno.

Mohd Hazem juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau tidak pernah mendengar daripada mulut Najib bahawa dana itu kepunyaan Umno, namun hanya berasaskan pada kenyataan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, dan bekas ketua setiausaha sulit Najib, Allahyarham Azlin Alias.

Beliau berkata, berdasarkan minit mesyuarat 1MDB, pemegang taruh syarikat (Najib) sememangnya berhasrat untuk membawa balik wang di luar negara itu ke Malaysia.

Pada 6 Jan lalu, Mohd Hazem memberi keterangan bahawa 1MDB ditubuhkan bagi faedah Umno dan perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Low.

Najib, 67, yang menjalani pembedahan mata minggu lalu, dilihat duduk di dalam kandang tertuduh dengan berkaca mata hitam.

Beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.



BANG KHAI NAFI KENA TAHAN DAN BERSAMA SEORANG WANITA

 


Menteri nafi gosip kantoi berduaan dengan Mawar

Menteri nafi gosip kantoi berduaan dengan Mawar

KENYATAAN MEDIA

1. Saya akan membuat laporan polis esok, 28 Mei 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung beberapa dakwaan mengenai diri saya yang telah tular di media sosial hari ini.

2. Secara ringkasnya saya;

(1) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman hari ini.
(2) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Abdul Karim.
(3) MENAFIKAN berkahwin dengan Mawar Abdul Karim.

3. Saya akan keluarkan kenyataan penuh esok sejurus selesai membuat laporan Polis.

Sekian, terima kasih

PEMECATAN TAJUDDIN BELUM CUKUP UNTUK MEMBUATKAN RAKYAT MALAYSIA BENAR-BENAR GEMBIRA

 

Memang tidak dinafikan ramai yang bersorak dengan berita pemecatan Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannnya sebagai Pengerusi Prasarana Bhd baru-baru ini.

Tindakannya cuba bergurau secara berlebihan dalam sidang media berkaitan tragedi perlanggaran tren LRT bukan saja dilihat tidak wajar, malah dianggap mengarut.

Beliau seolah-olah tiada rasa simpati terhadap mangsa tragedi dan dengan itu disifatkan sebagai gagal sebagai peneraju Prasarana.

Tetapi, jika sikap Tajuddin yang mengarut dan dianggap gagal itu merupakan asas pemecatannya, kerajaan tidak seharusnya berhenti setakat ini saja.

Ramai lagi yang lebih mengarut daripada Tajuddin harus juga diambil tindakan pecat yang sama.

Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba sejak awal perlantikannya lagi sudah pun menunjukkan ciri-ciri mengarut dengan mencadangkan minum air suam untuk membunuh virus Covid19.

Petuanya itu kemudian disanggah oleh hampir semua doktor dan pakar kesihatan, malah oleh Ketua Pengarah Kesihatan sendiri, Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau seterusnya mengarut lagi dengan mengatakan negeri di Malaysia ada 15 buah dan jumlah negara di seluruh dunia adalah 500 semuanya.

Kalau mahu dibandingkan antara Tajuddin dengan Dr. Adham, siapakah yang lebih mengarut?

Menteri Agama, Dr. Zulkifli al-Bakri tidak kurang mengarutnya kerana didapati beberapa kali melanggar SOP PKP serta menjadi kecaman ramai berdasarkan gambar-gambarnya yang tular di media sosial.

Sebagai Menteri Agama yang sepatutnya menjaga soal dasar berkaitan kemajuan Islam di negara ini, Dr. Zulkifli juga dianggap mengarut kenapa lebih ghairah menikahkan selebriti dan menghadiri majlis tahnik anak artis ternama.

Perlakuannya itu membuatkan ramai yang menggelarkannya sebagai Menteri Nikah Kahwin sebagaimana watak yang pernah ditampilkan oleh Allahyarham Seniman P. Ramlee dalam filem Musang Berjanggut.

Selain itu, dengan telah didenda sebanyak RM2000 kerana melanggar SOP, ini dengan jelas membuktikan Dr. Zulkifli memang melakukan kerja yang mengarut, bukan saja atas kedudukannya sebagai menteri, bahkan atas perlakuan tidak menghormati peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan di mana beliau adalah salah seorang anggota kabinetnya.

Seorang lagi menteri yang dianggap mengarut di mata rakyat ialah Khairy Jamaluddin yang tidak kurang dilihat gagal dalam soal menguruskan pemberian vaksin .

Dengan peruntukan RM5 bilion yang disediakan daripada ambilan dana amanah KWAN, tetapi pemberian vaksin masih berdepan banyak masalah serta lambat berbanding bagaimana negara-negara lain menguruskannya, ini juga diperkatakan ramai sebagai mengarut dan suatu kegagalan yang tidak boleh diterima.

Haruslah diingat bahawa pemberian vaksin ini sepatutnya mesti diuruskan dengan telus dan cekap, tetapi mudah kerana pertaruhannya adalah 32 juta nyawa rakyat Malaysia.

Kalau mahu dianalisa satu persatu, sebenarnya ramai lagi menteri, timbalan menteri dan peneraju GLC yang lebih kurang mengarut juga perangai mereka dalam kerajaan pintu belakang yang tiada keabsahan ini.

Namun, tentulah yang paling banyak sekali mengarut ialah Perdana Menteri sendiri, Mahiaddin Md Yasin yang hari-hari menjadi bahan persendaan dan kebencian rakyat dalam memguruskan negara ini.

Selain mengarut dan gagal menguruskan negara ketika pandemik dengan beberapa perlaksanaan PKP yang entah bila ada kesudahannya, tahap mengarut beliau paling teruk sekali ialah apabila mencadangkan darurat dilaksanakan untuk memerangi Covid19.

Dengan fakta bahawa sebelum darurat angka Covid19 hanya sekitar 2000 kes sehari tetapi melonjak melebihi 7000 kes sehari setelah darurat dikuatkuasakan, tidakkah ini namanya mengarut kelas paling istimewa sekali yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin di dunia ini?

Sebab itu, sementara ramai yang bersorak dengan pemecatan Tajuddin, rakyat negara ini sebenarnya belum cukup gembira dengan tindakan setakat itu saja.

Sekurang-kurangnya jika tiada lagi tiga menteri mengarut sebagaimana disebut diatas, lebih-lebih lagi kalau Mahiaddin turut sama dapat disingkirkan, itulah sebenarnya paling menggembirakan sekali buat rakyat Malaysia.

Tiadanya lagi mereka itu pasti membuatkan ramai akan mengadakan kenduri kesyukuran bersama pulut kuning atau berduyun-duyun bersedekah pisang ke masjid-masjid pada hari Jumaat.

Kalau mahu dibuat perbandingan, kegembiraan rakyat dengan pemecatan tiga menteri itu, terutamanya Mahiaddin, adalah umpama orang miskin menang loteri atau ketika lelaki takut bini mendapat khabar diberi keizinan untuk kahwin satu lagi (ShahbudinHusin 28/05/2021)

 

KERAJAAN YANG MENYUSAHKAN RAKYAT

 May be an image of text

https://www.facebook.com/582359128946985/posts/1170230050159887/

PKP 3.0 di Malaysia telah banyak menyusahkan ramai pihak disebabkan syarat-syarat yang telah diumumkan oleh kerajaan. Terutamanya kepada peniaga-peniaga dan rakyat. Pengumuman kerajaan mengenai langkah dan syarat-syaratnya lebih kita lihat ingin menyelamatkan kerajaan berbanding rakyat.

Seperti kita sedia maklum, tempoh perniagaan telah disingkatkan kepada jam 8 malam. Dimana waktu itu adalah waktu kemuncak untuk para peniaga mencari rezeki dan waktu pembeli untuk membeli makanan atau keluar membeli barangan. Jadi, adakah ini dikira membantu rakyat dalam menjana ekonomi untuk kerajaan? atau sekadar syarat untuk tidak memberi bantuan sepenuhnya kepada rakyat kerana dengan alasan boleh berniaga?

Tindakan kerajaan ibarat "memberi sebuah kereta tanpa minyak" memberi kebenaran tetapi dengan syarat yang tidak relevan untuk para peniaga dan orang awam untuk mencari rezeki.

Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula waktu perniagaan para peniaga dan orang awam untuk menyelesaikan urusan harian mereka. Kami juga menggesa kerajaan untuk memberi bantuan penuh kepada setiap rakyat seperti bantuan pkp 1.0 dan pkp 2.0 sepanjang tempoh perlaksanaan pkp.


BANYAKNYA MENTERI YANG MAKAN GAJI BUTA

 

HAMZAH RIE NA


Sendiri cari pasal. Takde saper (rakyat) suruh kamu jadi PM. Rakyat tak pilih pun kamu.

Gaji elaun sampai cecah ratusan ribu ringgit nak pulak guna duit rakyat. Tapi nak jaga rakyat kamu mengelak ??!

Kebodohan apakah kamu ini?

SR

May be an image of 1 person and text that says "71 Menteri dan 3 Duta Khas Bertaraf Menteri tu buat apa? Semuanya dibayar gaji puluhan ribu ringgit setiap bulan guna duit rakyat Malaysia!! "Takkan saya nak jaga semua 32 juta rakyat Malaysia ?" Bicara Khas Bersama PM Ahad, 23 Mei 2021 SP"


VIDEO DAKWA DITAHAN ISRAEL | Wisma Putra Minta Bantuan Kesan 'Dr Nur'

Malaysia memalukan oleh Menteri yang gagal DUNIA SEDANG DALAM PROSES PEMULIHAN...

 

NORMAN RADZUAN


Tolak negara China yang saya anggap magic. Tak tahulah samada benar mereka yg mencipta virus dan mereka yang awal-awal  sudah ada formula vaksin hingga negara tersebut hampir sifar Pandemik. Pelik bermula di Wuhan tapi Shanghai dan Beijing biasa-biasa sahaja dan ekonomi berjalan dgn lancar.

Brunei sudah setahun tanpa Covid19. Semalam rakan di Merlbourne tunjukan gambar dia bersiar siar di Mall tanpa mask. Hari ini kawan saya di Adelaide, pula beritahu perkara yg sama mereka kini bebas tanpa mask walaupun katanya ramai di kalangan mereka tidak menjalani vaksinasi... mereka diberi pilihan samada mahu divaksin atau tidak.

Rakan FB Salina Denis di Paris memberitahu rakyat France boleh mendapat vaksinasi di Pharmacy, buat temujanji di klinik-klinik dan sebagainya. Kawan FB Cik Tie di Amerika pula memberitahu mereka boleh vaksinasi secara drive thru.

Kata Salina, "France ni antara negara yg kes COVITnya paling tinggi kat Europe....Restaurant’s yang ditutup lamatu gov bantu bagi subsidi. Manakala perkerja pulak utk mengelakan byk kes pembuangan . Setiap Compnay depa cut cost mana yang perlu. Dan gaji perkerja jugak dipotong berapa % utk cover up.

Tapi gaji yg dipotongan tu dibayar semula sepenuhnya lps keadaan beransur pulih (including gov ia). Mana kala yang dibuang kerja.. mereka still terima gaji bulanan mcm biasa, cuma dapat 1/2 dari gaji asal. Sampailah mereka ni dapat kerja yang lain (systemni dah lama wujud ia).

Companies besar/kecik jugak dibantu utk mengelakan close down. Semua peruntukan tu dibayar guna tax rakyat. Sebab tu jangan terkejut kenapa tax kat France ni tinggi gila Description: 😁. Dan kenapa ramai rakyat negara luar excited sgt nak tinggal DiFrance. Alhamdulillah minggu lps semua biz dah beroperasi mcm biasa lps covid kes mula menurun."

Di Israel mereka kini bebas tanpa mask walaupun penduduknya baru sekitar 60% divaksinasi dan begitulah juga beberapa negara Eropah. Taiwan pada Mac lalu istihar 222 hari tanpa sebarang kes.

Dlm negara lain menuju pemulihan di negara kita melucukan apabila kes meningkat paling tinggi di dunia, pembelian vaksin paling mahal, sistem pendaftaran paling mahal ( RM 70 juta ), tapi vaksin lambat sampai dan proses vaksinasi sgt lembab dan hanya menggunakan kaedah 'kuno'. Harapkan belajar Universiti hebat tapi otak tak hebat. Lebih memalukan vaksin negara dikawal oleh sebuah syarikat yg akhir boleh mendedahkan kpd monopoli atau salah guna kuasa.

Hari ini saya ingin nasihatkan rakyat dan kerajaan mesti mainkan peranan agar kita dpt hentikan virus ini dan ekonomi berjalan seperti biasa. Di Eropah atau negara Asia Timur berjaya adalah kerana gabungan kerajaan dan rakyatnya mampu bekerjasama.

Rakyat mestilah disiplin diri dgn memakai mask, disiplinkan diri jika sakit kuarantinkan diri seperti negara barat. Manakala kerajaan kena telus tetapi damage have been done. Sebab utama apabila berlaku kasta undang2 yg mengakibatkan rakyat protes utk mematuhi SOP.

Darurat ini utk apa jika sekadar menutup Parlimen. Sepatutnya ketika Darurat inilah tentera mengambil tempat membantu KKM yg kepenatan seperti mengawal kawasan kes meningkat selain mengawal pusat2 kuarantin yg hanya perlukan pelindungan. Jadi tidak perlulah 100% staff KKM di pusat kuarantin.

Selain klinik-klinik swasta, beratus atau beribu tentera boleh dilatih untuk proses vaksinasi. Ala setakat cucuk jarum tu ramai yang boleh... macam ramai pesakit diabetes yg cucuk insulin sendiri. Berikan khusus seminggu utk cucuk ini... kata anak buah saya senang saja Uncle.

Peringatan sahaja untuk kerajaan gagal ini... jangan sesekali kalian cuba mendapatkan talian hayat utk menutup Parlimen lagi dgn melanjutkan darurat... jika tidak rakyat akn langsung tidak percaya dgn kes Covid19 dan lebih percaya kpd teori konspirasi. Maka akn gagal lah untuk kita mengekang Pandemik ini.

Lepas ini Ketua Pengarah Kesihatan please la jgn buat muka sedih dan serius lagi dekat kaca TV. Dulu masa kes bawah 100 pun muka camtu. Please psikologi rakyat dengan senyuman tapi jangan sampai ketawa macam Pasir Salak. Please la tukar pula dengan dahulukan dengan kes penyembuhan. Maklumkan berapa jumlah vaksinasi yang dilakukan KKM semalam. Doc sibuk beritahu jumlah kes tapi dengan kerajaan Selangor data yang detail tak mahu beritahu...apa kes Doc?


MAAF TIDAK SEMPAT EDIT EJAAN YANG RINGKAS.PENULISAN YANG BAIK APABILA EJAAN TIDAK DIRINGKASKAN.

PERSOALAN YANG PERLU BANG KHAI JAWAP

 


ZUS DIN


Lebai KHAI Darling bertanggungjawab utk menjawap segala PERSOALAN yg ditimbulkan oleh SEDAR Malaysia ini. Ia sudah tular di Whatsapp Group dan FB mungkin juga di lain-lain platform SocMed.

KHAI mesti membersihkan dirinya dari terpalit dgn hal yg dikhuatiri punya unsur-unsur Salahguna kuasa dan Rasuah. Rakyat juga ingin tahu samada ia benar atau tidak.

PERJELASKAN pd Rakyat. Jangan pula...satu lagi skandal dlm KERAT - KERAjaan daruraT ini terbongkar? Apa hgpa dah buat ni?

Wallahualam

- Zus Din

27 May 2021

**********************************

SEBARKAN! SKANDAL TANAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA! YB MENTERI KHAIRUDDIN AT TAKIRI SILA JAWAB!

SEDAR Malaysia telah menerima satu doket yang dipenuhi maklumat mengenai dua skandal berkaitan tanah yang dimiliki oleh Lembaga Getah Malaysia. Kami menggesa YB Menteri Khairuddin At Takiri untuk memberi penjelasan.

Skandal pertama melibatkan tanah Lembaga Getah Malaysia Lot No 200013 (lot lama No 76) seksyen 88, Jalan Ampang. Telah diputuskan untuk dipajak selama 15+10 tahun kepada Al-Noor Foundation dengan harga pajakan tidak masuk akal sebanyak RM0.70 sekaki. Harga pasaran ialah dalam lingkungan RM2.50 sekaki. Surat jawapan Menteri bertarikh 18 Disember 2020 kami sertakan untuk tatapan anda.

YB Menteri kami ingin tahu -

1 - Betul atau tidak Al-Noor Foundation yang menaja lawatan YB ke Turkey yang menyebabkan YB kena kecam pasal tidak kuarantin?

2 - Apa hubungan YB dengan Al-Noor Foundation sehingga benarkan Al-Noor Foundation membayar harga pajakan yang tidak masuk akal dan merugikan Lembaga Getah Malaysia?

3 - Adakah betul dakwaan YB kutip duit komisen dari pajakan yang tidak masuk akal ini?

YB telah menghantar satu surat kepada Lembaga Getah Malaysia bertarikh 05/01/21 mengarahkan semua moratorium tanah dibatalkan dan lot tanah yang bersesuaian dicadangkan untuk dijual. Adakah YB sudah mempunyai niat untuk menjarah tanah Lembaga Getah untuk kepentingan diri sendiri?

Skandal kedua melibatkan tanah milik Lembaga Getah Malaysia di Lot bernombor 20012 dengan Nombor Geran 79145 juga di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar. Tanah ini juga dikatakan berstatus tanah warisan.

Pada 11/03/21 YB hantar lagi surat untuk tindakan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia. Surat itu YB panjangkan dengan surat dari Eurowhite Sdn. Bhd, yang membawa satu cadangan membeli tanah itu dengan harga begitu murah. RM1032.92 sekaki sedangkan harga pasaran dalam RM1400 sekaki.

Soalan kami,

1 - Kenapa YB suruh Ketua Pengarah untuk ambil tindakan susulan dengan tawaran yang tidak masuk akal itu?

2 - Apakah benar apa yang desas-desus YB mahu ambil komisen sebanyak RM50 juta jika tanah itu berjaya dijual?

Kami berharap YB memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang kami ajukan ini. Kerana dari dokumen yang kami terima, kami yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang sedang berlaku. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini kami mendengar ura-ura beberapa YB PAS terlibat dalam beberapa percubaan merompak aset negara demi mengumpul dana untuk menguasai pemilihan PAS dan ini sangat menakutkan.

- SEDAR Malaysia

 

FAMES LAGI MALAYSIA DENGAN ORANG BODO BODO . SIAP KAT UK LAGI

 May be an image of 1 person, outdoors and text

MENTERI RM 2K

 

ZUS DIN

Sejak awal aku dah kata dia ni Menteri PNongkat PNkhianat, PNyamun, PNyangak, PNipu dan PNebuk Atap.


May be an image of 2 people and text


MOHD MUKHLIS


Inilah dia contoh ilmu tanpa amal, mantan mutfi, sudah la jadi punca kluster bah kasturi, berkali-kali pula langgar SOP, siap ada audacity tulis buku pasal Fiqh Covid-19.

Yang kerja menteri macam desak RUU355 dia tak buat, sibuk ke sama sini jadi menteri nikah kawin ( pegawai khas dia juga yang kata pada Dr Mujahid dulu tapi Allah boleh balik pada diri sendiri)

Mungkin waktu belajar dulu dia tak jumpa ayat ini kut, biar saya yang tak berapa nak pandai ini bagi peringatan, kalau begitu banyak petanda-petanda dari Allah yang dia sengaja buat-buat tak nampak.

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Shaff: 2-3"

MENTERI-MENTERI YANG BODOH LAHIR DARI KETUANYA

 

Kenapa kita gagal dan terburuk rangking dunia?


May be an image of 1 person and text that says "m RAKYAT MALAYSIA LETAK JAWATAN serta-merta sebelum LEBIH RAMAI rakyat terkorban! #Muhyiddin OUT #TakNak"


ARIZ FAZRIF

Ini gambar terbaru sahabat FB saya Awan Ghazi yg menetap di Merlbourne, Australia. Di sana seperti beberapa negara mereka tidak perlu memakai mask lagi. Malah di England ribuan penonton boleh menyaksikan Liga EPL di dlm stadium walaupun mereka mempunyai varian baru yg lebih bahaya. Saya sebenarnya rindu utk berjalan jalan di kota raya tanpa memakai mask seperti kwn2 saya di bandaraya2 South Australia, NZ dan beberapa negara lagi.

Kenapa negara kita pula makin teruk dan lebih memalukan paling teruk di dunia hampir menyamai ranking indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa? Ini kerana pengurusan negara sgt teruk. Negara kita teruk kerana tiada ketelusan dan kerajaan terus bermain politik sehingga rakyat menjadi mangsa.

Kita parah seperti skg kerana kerajaan PN berpolitik ketika Pandemik apabila merampas 5 negeri, pengurusan tanpa check & balance apabila Parlimen ditutup, SOP double standard, tiada ketelusan harga vaksin yg mahal dari negara2 lain ( tiada keberkatan ), vaksinasi yg lembab, SOP yg berubah rubah, demi kuasa sanggup menggadaikan rakyat Sabah apabila berlaku PRN negeri hingga impaknya satu Malaysia kes meningkat dan terbaru hari ini sistem pendaftaran Vaksinasi gagal.

Masalah disiplin rakyat hanyalah sebilangan kecil menyumbang kpd peningkatan kes hari ini. Ia berpunca dari pengurusan kerajaan sendiri. Rakyat sudah bosan apabila mereka dihukum sdgkan kayangan dan selebriti bebas ke sana sini. Malah kerajaan tidak menyediakan dana khas utk penutupan ekonomi sehingga warganet teruk menghentam kerajaan saban hari dgn sindiran2 pedas.

SOP yg lemah...Contoh di Sabah kerajaan tidak benarkan rentas daerah atau Zon utk tempoh 7 hari. Namun bandaraya KK tetap sunyi sepi menjelang hari raya kerana puluhan ribu telah pulang dari tarikh tersebut. Bagi ipar saya, 7 hari memang cuti raya setiap tahun yg mereka ambil jadi tiada masalah utk mereka tetap pulang ke kampung masing2.

Kenapa negara ini gagal diuruskan dgn baik? Dahulu siapa yg menjadi Menteri adalah kalangan mereka yg benar2 diyakini mampu melakukan kerja2 mereka. Sebab itu mereka dihormarti dan nama2 mereka mudah diingati. Tapi zaman Najib dan terbaru Muhyiddin mereka melantik kalangan mereka yg mampu berhujah mempertahankan PM sekaligus kerajaannya. Pendek kata siapa kuat kipas dia akn dilantik.

Akhirnya muncullah org seperti Noh Omar Tajuddin, Nazri Aziz, Annuar Musa, Shahidan Kassim, Azeez Rahim dan ramai lagi. Di zaman Muhyiddin lebih teruk apabila lantikkan Menteri bukan kerana kepakaran apatah lagi integriti tetapi sekadar memenuhi kuota parti semata mata utk menyokong kerajaan pengkhianatannya. Hinggakan mereka yg kalah hilang deposit masih boleh dilantik sebagai Tim Menteri... sgt memalukan.

Lihatlah mereka yg menjadi Menteri, Tim dan Pengerusi GLC. Nampak mereka buat kerja? Tak hairan bila ramai kakitangan kerajaan komplen mengatakan Menteri skg tidak tahu buat kerja.

Malangnya rakyat kita tidak nampak kenapa kes kita meningkat mendadak. Mereka menyokong kehancuran buat negara. Ia kerana reverse psychology kerajaan menjadikan rakyat dikambing hitamkan apabila kes meningkat. Ya kerajaan berjaya menipu org kampung tapi bukan semua rakyat Malaysia boleh dibodohkan semudah itu.

Sdgkan 3 bulan rakyat sanggup berkurung, rakyat redha perniagaan ditutup, rakyat redha dibuang kerja... bantuan yg tiba hanya dari wang simpanan rakyat. Hanya sedikit dari kerajaan itu pun kpd kelompok tertentu. Ke mana perbelanjaan ratusan billion duit rakyat yg tanpa ditapis di Parlimen itu digunakan? Itu wang rakyat...!!!

Lihat hari ini rakyat atau warganet mengamuk apabila gagal mendaftar vaksinasi....salah siapa? Jgn alihkan isu rakyat lari dari vaksinasi... sdgkan berjuta yg sudah berdaftar masih gagal mendapat vaksinasi.

 

APA PESAWAT PENGINTIP ISRAEL BUAT DI RUANG UDARA KITA?

Viral !!! Mak Teh : Anti Vaksin ? - Ulasan dari Syeikh Faisol Hj Omar

RENTASAN 895 | PANAS!!! RAKYAT DIBERI SUNTIKAN VAKSIN KURANG DOS - AMARA...



MENARIK DALAM RENTASAN 895
1. HASIL MAINAN ‘SCHEME OF THING’ GAGAL 2. ADAKAH DOS VAKSIN JUGA DUA DARJAT? 3. INILAH HASIL BILA LANTIKAN POLITIK KUASAI GLC








SIRI 1- JAWAB AJARAN SESAT MOKHTAR SENIK