MANIFESTO RAKYAT UNTUK PEMULIHAN EKONOMI – GRM

 

COVID SEMAKIN MEMBURUK, PN TIDAK MAMPU TANGANI KEADAAN

 Covid semakin memburuk, PN tidak mampu tangani keadaan

PN MENUJU KEJATUHAN, PEMIMPIN BERSATU PUN YAKIN DEMIKIAN

 



Melihat kemarahan netizen terhadap kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin sekarang sepertinya kerajaan PN ini sedang menuju kejatuhan dan bakal tumbang dalam PRU akan datang.

Meskipun Najib Razak juga pernah dibenci sebelum PRU14 lalu, tetapi apa yang berlaku kepada Mahiaddin ternampak lebih parah daripada itu.

Di media sosial, di mana lebih separuh daripada jumlah rakyat negara ini mempunyai akaun masing-masing untuk mereka menulis, meluahkan perasaan, berkongsi cerita dan memperolehi maklumat, luahan kemarahan itu jelas begitu ketara sekali.

Dalam Mahiaddin bertanya, adakah kerajaan zalim kerana tindakan-tindakan yang diambil itu, sedangkan kata beliau, tujuannya ialah untuk menjaga nyawa rakyat, tetapi bagi kebanyakan rakyat, ia memang ada ciri-ciri kezaliman yang nyata.

Ini kerana, sementara beberapa sekatan dikenakan untuk menyambut hari kemenangan umat Islam – Hari Raya Aidilfitri – mengapa larangan memasuki kedai, pasar dan pusat membeli-belah tidak pernah disekat atau dihadkan jumlahnya?

Apakah virus Covid19 hanya ada di masjid dan surau saja?

Dalam hal ini, apa salahnya jika dikekalkan saja jumlah jemaah yang boleh ke masjid dan surau seperti sebelum ini dengan terus mematuhi SOP ditetapkan, bukan dihadkan antara 20 hingga 50 orang sebagaimana diumumkan sendiri oleh Mahiaddin?

Di pihak UMNO, terutama Najib Razak dan beberapa pemimpinnya, lontaran di media sosial mereka lebih ke arah menambahkan lagi garam terhadap luka serta kemarahan rakyat kepada PN dan Mahiaddin, bukan menolong bantu memulihkan keadaan.

Seorang pemimpin Bersatu ketika berbual-bual dengannya, tanpa berselindung mengakui, kedudukan Mahiaddin dan kerajaan PN sekarang ini dalam keadaan yang sangat buruk.

Katanya, kerajaan ini ternampak bakal terbalik dan hakikat ia akan tumbang sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Menurut beliau, apabila rakyat sudah mula marah, sama seperti yang mereka tunjukkan kepada BN dalam era Najib Razak sebelum PRU14 dahulu, penyelesaiannya bagi mereka hanyalah dengan pertukaran atau pembentukan sebuah kerajaan baharu.

“Apabila kerajaan sudah dianggap gagal oleh rakyat, apa pun yang cuba dilakukan Mahiaddin untuk memperbaiki keadaan sudah tidak berguna lagi.

“Beliau sudah terlambat untuk memulihkan kepercayaan rakyat, sepatutnya ia dilakukan sejak dahulu lagi, bukan ketika keadaan sudah parah seperti sekarang ini,” tambah pemimpin berkenaan lagi.

Pemimpin Bersatu itu, selain menyalahkan Mahiaddin yang tidak agresif dan lebih banyak membisu dalam semua isu, turut meletakkan kesalahan kepada semua pemimpin Bersatu yang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan kerana gagal berfungsi dengan sebaiknya.


Dengan itu, rakyat kini memang memendam rasa dan hanya menunggu masa saja untuk menukar kerajaan yang dianggap tidak membina ini.

Ketika sambutan Hari Raya 1 Syawal semalam juga, luahan kemarahan terhadap Mahiaddin dan kerajaan gagal PN ini turut diserlahkan oleh sekumpulan anak-anak muda di Batu Pahat, Johor.

Tindakan menaikkan poster, kain rentang dan mengecat dinding dengan tulisan #KerajaanGagal bukan lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Sebagaimana ia meriah di media sosial, di pelbagai tempat di dunia nyata juga ia sudah mula dilakukan secara terang-terangan dan terbuka.

Lebih malang lagi, ketika ini juga seolah-olah tidak ada sesiapa yang mampu membela atau mempertahankan kegagalan kerajaan yang dicemuh dan dimarahi rakyat sepanjang masa, siang dan juga malam.

Daripada kalangan Bersatu sendiri, baik pemimpin, pemain media sosialnya atau pasukan media Perdana Menteri, semua mereka terlihat tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk menahan kemarahan rakyat itu.

“Jawatan yang mereka pegang dan gaji lumayan yang diterima tidak sepadan dengan sumbangan untuk mempertahankan kerajaan dan membela Mahiaddin,” tegasnya. 


(ShahbudinHusin 14/05/2021)





WALAUNCAI DIAM MEMBISU UNTUK HARI RAYA..

 


Hannah Rie Na

Bila Tahun Baru Cina hanya baru dikenakan SOP yang ketat sahaja, Naib Presiden MCA tempik suruh tukar.


Bila Hari Raya terus dikenakan PKP, Presiden PAS dan walaun pun diam membisu. Tak ada sekor pun ahli politik dari PAS bersuara.


Menunduk je jadi barua MCA.


SR








PULIS..PULIS....ADA YB BANGGANG AJAK ORANG KE RUMAH


Zulaifa Rahman




 Jiran lobai ni bolehlah buat report!!! 

"singgah" dn "jemput tetamu" ??terang-terang prmainkn undang-undang..bebal ???kebal???

Inilh bahana tebuk atap !!!menyusahkn rakyat marhein..!!!!



LEMBU JANGAN DIPAKAIKAN SONGKOK ATAU SAMPIN CUMA LAYAK DIBALUT BENDERA PARTI LEBAI



Tahniah, saya ucapkankan kepada Adun Dap di P.Pinang kerana pantas menyedari bahawa sesungguhnya lembu itu tidak boleh dipakaikan songkok atau sampin.
Songkok itu kemuliaan orang melayu yg penuh adab dan akhlak serta bijaksana, sedangkan lembu itu sering dikaitkan dengan kebodohan, contohnya bodoh macam lembu atau lembu ducucuk hidung. Maka, tak sesuai sangat lembu dipakaikan songkok.
Habis tu, apa yg sesuai untuk lembu? Hanya sesuai untuk puak2 yg tiada akhlak dan bodo, sering jadi alat pemerintah umpama lembu dicucuk hidung. Puak2 ini akan gunakan lembu sebagai promosi. Itu baru tepat dan sesuai.
WFAUZDIN NS


Luahan Rakyat Untuk " ABAH".. Keputusan "Last Minute" Buat Rakyat Kecewa..

((GEMPAR)) KISAH SILAM DATO KAMAL: JASA-JASA BESAR KU LI & ANWAR BATAL P...

PKP 3.0 tanda kerajaan gagal kawal Covid-19, kata bekas menteri kesihatan

 

Dzulkefly Ahmad berkata, kegagalan kerajaan menguruskan PKP 2.0 menyebabkan rakyat terpaksa menempuh PKP 3.0 kerana itu saja ‘cara mudah’ untuk membendung penularan Covid-19.

PETALING JAYA: Bekas menteri kesihatan, Dzulkefly Ahmad memberi amaran kepada kerajaan supaya mengambil tindakan dan langkah strategik berbeza dengan tidak menggunakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengakui kegagalan sendiri kerana jika ia terus mengambil tindakan sama, maka rakyat pada hakikatnya akan “terus dizalimi”.

“PKP memang berkesan dan boleh menurunkan angka jangkitan, tetapi kesannya sangat parah untuk ekonomi dan kehidupan rakyat, khususnya golongan yang tidak makan gaji seperti berniaga dan sebagainya.”

Katanya, kegagalan kerajaan menguruskan PKP 2.0 menyebabkan rakyat terpaksa menempuh PKP 3.0 kerana itu saja “cara mudah” untuk membendung penularan Covid-19.

“Dengar pandangan pakar kesihatan, jangan ambil mudah kata fasiliti kesihatan dah terbeban, senang-senang buat PKP.

“Kegagalan kerajaan mengurus PKP 2.0 menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan PKP 3.0,” katanya ketika dihubungi FMT.

PKP 3.0 di seluruh negara bermula semalam hingga 7 Jun, dengan sekolah ditutup dan aktiviti sosial, termasuk ziarah Hari Raya tidak dibenarkan, susulan peningkatan jangkitan Covid-19 yang kini melebihi 4,000 kes harian. Semua sektor ekonomi bagaimanapun dibenarkan beroperasi dengan arahan bekerja dari rumah dilaksanakan.

Dzulkefly menggesa kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memperkasakan strategi “finding” (kenal pasti), “tracing” (kesan), “testing” (ujian), “isolation” (kuarantin) dan “support” (sokongan) atau FTTIS seperti dituntut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Katanya, peranan sistem amaran awal kluster Covid-19 menerusi “Hotspot Identification For Dynamic Engagement” (HIDE) perlu diperluaskan dengan kerjasama daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta KKM.


MANA DIA LEBAI YANG NAK HAPUS SEKOLAH VANIKULAR?

 



Jamzuri Ardani


Mana lebai-lebai yang dulu melalak kata nak hapuskan SRJKC tu ... penat makan sagon dah ke? 


Dari isu Adib, RUU355, arak, judi ... sampailah ke isu SRJK ... semuanya temberang je.


Ada hati lagi nak bercakap pasal 'Melayu-Islam' ... boleh jalan laaa!!!




LAMA HILANG GANG TUNJUKPENUMBUK NI HILANG...DAH KE PALESTINE..KAH...,

 

Mukhlis Edie


Dapat khabar 6 orang anak muda dari Malaysia dah bergerak ke Palestin 😁




PERUNGKAIAN KEPERLUAN MORATORIUM AUTOMATIK



Eng Huat Koh

Hujahan menangkis kenyataan Moratorium pinjaman menyeluruh mungkin bukan penyelesaian terbaik bagi peminjam berikutan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, sebaliknya mereka harus berunding dengan pihak bank untuk membantu mereka memenuhi obligasi hutang mereka adalah kurang tepat. 


Pada hemah kami, di hari lembaran yang mulia dan penuh erti serta keinsafan, kami ingin menyeru pihak Institusi Kewangan agar mengguna pakai slogan “Kita Jaga Kita” era Convid ini.


Dari perspektif Institusi Kewangan, seruan slogan ini adalah bertujuan mengajak Institusi Kewangan agar lebih bertanggung jawab dan nyahkan pandangan dan nasihat mahupun menunggu arahan perlaksanaan. 


TEKADKAN  AZAM,  USAHAKAN PAKEJ MORATORIUM AUTOMATIK  DEMI NEGARA YANG  TERCINTA. 


Intipati seruan ini berlandaskan faktaX2 berikut:-


1. Slogan “Kita Jaga Kita” untuk institusi Kewangan bermaksud mereka bertanggung jawab menjaga Si Meminjam. Tanpa mereka mampukah Institusi Kewangan mengukuhkan kewangannya


2. Keperluan Moratorium bukan sesuatu yang sengaja diwar-warkan demi mengelak dari menunaikan obligasi kewangan 


3. Ikatan Kewangan diantara Para Peminjam dan Si Pemberi Pinjaman berlaku sebelum era Convid. KeduaX2 pihak tidak menyedari akan wujudnya situasi luar jangka yang mampu menghakis dan meranapkan punca pendapatan mereka


4.Ketidak mampuan menjana pendapatan bukan disengajakan dan ianya terhasil dari sikap keakuran terhadap perlaksanaan PKP. 


5. Moratorium hanya merupakan penanguhan pembayaran dan di sepanjang tempoh penangguhan, Institusi Kewangan tidak dihalang mengenakan kadar bunga keatas baki pinjaman


6. Persoalannya, mengapa tiada usaha untuk menurunkan Caj kadar bunga, sedangkan kos pinjaman sebagaimana  petunjuk kadar bunga yang di pengaruhi kadar pinjaman malaman diantara bank telah lama ditambat pada kadar 1.75%.  Mengapa tiada usaha untuk mengurangkan kadar bunga pinjaman. Perlu ditegaskan pengenaan kadar bunga berlebihan merupakan satu bentuk riba


7. Pengenaan kadar bunga keatas baki pinjaman secara tak langsung bermaksud para meminjam mendapat satu bentuk pinjaman baru jangka pendek. Oleh itu adalah kurang tepat kiranya terdapat pernyataan bahawa tanpa pembayaran ansuran, Institusi Kewangan tidak berpeluang memberi pinjaman 


8. Pra syarat kelayakan untuk moratorium adalah si meminjam harus tidak mempunyai ansuran tertunggak. 


9. Berdasarkan syarat ini, Institusi Kewangan sepatutnya tidak bermasalah membenarkan Moratorium. Alasan kekukuhan Institusi Kewangan akan terjejas kiranya Moratorium dibenarkan adalah kenyataan kurang bijak berbanding Moratorium tidak dibenarkan. Tegasnya dengan Moratorium, Institusi Kewangan tidak akan menghadapi kadar Non Performing Loan (NPL) yg tinggi berbanding dengan tiada Moratorium.


Berdasarkan hujahan diatas diharap Institusi Kewangan akan lebih prihatin dan dengan penuh keinsafan untuk lebih bertanggung jawab melaksanakan Pakej Moratorium secara automatik 🙏🙏🙏



WALAUN TEGAR PADAM POSTING BILA KENABALUN

 



Jamzuri Ardani


Korang tengok laa mamat lebai ni punya teruk ... orang bagi pandangan yang sangat munasabah, dia pulak yang sibuk nak politikkan. Memanglah lah ziarah kubur tu bukan tuntutan agama semasa hari raya ... tapi dah jadi budaya dan kebiasaan masyarakat Melayu ... macam bakar lemang dan rebus ketupat juga. 


Benda tu boleh je dibenarkan dengan SOP tertentu.


Ada yang baru kematian ahli keluarga terdekat mahu ziarah kubur ... kena faham juga perasaan mereka. 


Saya baca komen-komen dari netizens terhadap posting dia, memang lunyailaa kena belasah.



DAKI DUNIA PUN PULUN JUGAK...

 B A P A K   B O R E K . . .


Bapak dapat jawatan... ....


Tapi tak buat kerja... pastu tubuh satu sekretariat... bagi anak dia jadi pengerusi... huntung larrr... ini la perangai lobai...  xpakai...


Ini punya perangai, mengundang maki...


KOH KOH KOH... jilaker!!




GURU TOK USIN BAGI TEMPOH SEMINGGU

 




Tok sibuk membantu guru tok menyediakan peralatan perang bagi melawan Israel.  Guru tok beri tempuh seminggu untuk zionist berundur dari tanah Palestine, jika tidak guru tok akan istihar jihad seperti di Memali dulu.  Kami telah bersedia dgn roket buluh dan senapang patah guru tok


UCAPAN AIDILFITRI

 May be an image of one or more people and text that says "Selamat Hari Raya Aidilfitri"



ASSALAMULAIKUM 

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA RAKAN RAKAN MUSLIM YANG MENYAMBUT HARI KEMENANGAN PADA HARI INI.


MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. KERANA SELAGI ANDA BERADA DALAM POLITIK, ANDA HARUS TERIMA HAKIKAT BAHAWA ANDA AKAN DIKECAM OLEH RAKYAT DAN MASYARAKAT.


SAYA  HANYA MENYAMPAIKAN KELUHAN RAKYAT MELALUI PLATFORM BLOG INI KERANA INI SAHAJALAH SUARA YANG DAPAT DIKETENGAHKAN  SELAIN MEDSOS LAIN.

BLOG INI TIDAK MENGAMALKAN FITNAH, TETAPI MENGKRITIK TERBUKA DAN SEKIRANYA PEMIMPIN BIJAK, MEREKA AKAN MEMBACA DAN MENILAI UNTUK MEMPERBAIKI PENTADBIRAN .

SEKIRANYA GAGAL, RAKYAT BERHAK MENGKRITIK. KERANA ANDA BUKAN KERAJAAN PILIHAN RAKYAT.SALAM REFORMASI.


WRLR



BALASAN CHIN TONG PADA ZURAIDA YANG MENGATAKAN DAP MAHU JADI ABANG BESAR

 


Tiada lagi parti dominan, Zuraida harus cermin diri


Sekolah Seharusnya Menjadi Tempat Selamat Menimba Ilmu

 

Oleh: Fuziah Salleh



Sekolah seharusnya menjadi tempat selamat, bukan tempat guru dan pelajar lelaki menjatuhkan maruah pelajar perempuan serta menjadikan pelajar perempuan sebagai sasaran kepada gangguan seksual.

#MakeSchoolsASaferPlace

https://www.malaysiakini.com/news/572149

Merujuk kepada laporan di atas, susulan video yang tular sebelumnya yang memaparkan kisah seorang guru membuat lawak lucah dan mempersendakan isu rogol di hadapan pelajar perempuan, kini timbul pula kisah pelajar lelaki mengugut untuk merogol pelajar perempuan tersebut. Hal ini jelas mencerminkan situasi tidak sihat sedang berlaku di sekolah anak-anak kita.

Sebelum itu, masyarakat turut digemparkan dengan berita dan laporan media mengenai pelajar-pelajar perempuan yang diraba oleh guru, ustazah serta warden asrama sebagai cara mengesahkan mereka datang haid atau cuma berlakon untuk mengelak dari melakukan ibadah solat. Dari laporan tersebut, jelas bahawa insiden seperti ini bukan kes terpencil yang berlaku setakat satu dua kes, tetapi menunjukkan satu ‘pattern’ tertentu dan ternyata selama ini kes tersebut telah lama wujud.

Hakis kepercayaan terhadap integriti institusi pendidikan

Wanita KEADILAN ingin menegaskan bahawa semua insiden yang berlaku ini adalah tindakan yang bukan sahaja merosakkan nama baik guru, tetapi ianya juga menghakis kepercayaan orang ramai terhadap integriti institusi pendidikan secara keseluruhan dan sewajarnya insiden ini tidak patut dibenarkan berlaku di sekolah anak-anak kita. Seluruh rakyat Malaysia juga harus memandang serius hal ini kerana sekiranya kita tidak berbuat demikian, mempersenda maruah wanita akan menjadi suatu 'kelaziman' di negara ini.

Hari ini mungkin berlaku ke atas anak orang lain, satu hari tidak mustahil berlaku ke atas anak kita sendiri sekiranya gejala ini tidak dibendung. Bagaimana jika anak kita pula berada dalam situasi di atas?

Sekolah yang merupakan tempat menimba ilmu dan sepatutnya dipenuhi dengan kenangan manis untuk dibawa ke alam dewasa dan dijadikan bahan bercerita sewaktu usia tua tentu sekali berbeza jadinya jika insiden sebegini berterusan terjadi di sekolah.

Saya yakin ibu bapa yang mempunyai anak perempuan tentu amat khuatir tentang keselamatan anak mereka di tempat yang seharusnya selamat bagi mereka. Saya juga yakin ibu bapa tentu sekali khuatir sekiranya anak lelaki mereka pula mampu mengugut untuk merogol pelajar perempuan sedangkan mereka masih dalam usia muda dan dikategorikan sebagai ‘bawah umur’ (minor).

Gangguan seksual di sekolah, mengerikan

Seorang guru dewasa boleh membuat lawak lucah di hadapan pelajar perempuan di sekolah dengan selamba, tanpa merasakan ianya satu kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Hal ini adalah sesuatu yang amat mengerikan. Adakah berkemungkinan untuk guru tersebut melakukan perkara yang sama kepada wanita-wanita lain? Dalam keadaan negara kita yang ketiadaan undang-undang melindungi wanita dari gangguan seksual, situasi ngeri seperti ini boleh menjadi trauma yang mendalam bagi kaum wanita.

Pelajar lelaki yang mampu mengugut mahu merogol seorang pelajar perempuan, mungkin mampu juga mengugut wanita lain apabila dia dewasa kelak? Persoalan lebih besar ialah persekitaran anak-anak kita belajar dan membesar kini menjadi persekitaran yang menakutkan.

Pihak pemerintah iaitu kerajaan sedia ada wajar meneropong kepada isu lebih besar yang dibangkitkan di atas, iaitu pembentukan budaya adab sopan, serta hormat kepada wanita di sekolah dan dalam masyarakat. Di dalam keluarga seharusnya sudah bermula asas pendidikan adab sopan yang disambung serta diteruskan oleh guru-guru di tempat belajar. Seterusnya, dperkukuhkan pula norma-norma tersebut di dalam masyarakat. Kepincangan sistem ini akan menghancurkan generasi masa depan.

Budaya yang merupakan amalan sesebuah masyarakat memang sukar dibentuk kerana ia mengambil masa panjang. Akan tetapi parameter membentuk masyarakat tersebut bermula dengan penggubalan sistem dan undang-undang. Wajib dipersetujui bersama apa yang boleh diterima dan apa yang tidak boleh diterima sebagai sebahagian dari norma dan adab sopan di sekolah, dalam keluarga dan juga dalam masyarakat.

Gangguan Seksual BUKAN salah satu norma yang boleh diterima, malahan ianya wajib dikecam!

Kegagalan bentang Akta Gangguan Seksual

Kegagalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Menteri Pendidikan mengenalpasti isu ini sebagai satu isu yang amat besar adalah amat mengecewakan. Rang Undang-Undang Gangguan Seksual gagal dibawa ke Parlimen seperti yang telah dijanjikan sewaktu PH menjadi kerajaan. Menteri Pendidikan sunyi sepi seolah-olah mulut dizip mempamerkan sikap sambil lewa pihak Menteri dan kementerian memberi gambaran seolah hal ini merupakan perkara yang enteng.

Walaupun terdapat Akta Kanak-kanak dan peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Keseksaan serta beberapa undang-undang lain yang sedia ada untuk mengekang jenayah gangguan seksual, namun ia belum mampu menangani gangguan seksual secara spesifik. Sebab itulah kita memerlukan RUU Akta Gangguan Seksual dibentangkan dengan serta merta.

Saya juga menggesa agar kerajaan memperhebatkan pendidikan gender dan advokasi kesedaran gangguan seksual. Wanita KEADILAN bersedia menawarkan khidmat nasihat berkaitan dakwaan dan salah laku gangguan seksual yang berlaku dalam masyarakat.

_________________________________________________________________________________



Penulis merupakan Ahli Parlimen Kuantan dan Ketua Wanita KEADILAN

 

Vaksin Antara Darjat: AstraZeneca oh AstraZeneca

 

Oleh: Hassan Abdul Karim


Ini kes vaksin dalam masyarakat Malaysia berkelas-kelas yang mengamalkan sistem dua darjat.

AstraZeneca nasibnya tidak sama seperti Pfizer. 280,000 dos AstraZeneca sampai ke Malaysia tidak disambut macam selebriti seperti ketika Pfizer sampai di KLIA. Ada liputan khas secara langsung televisyen. Dua menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan hadir menyambut Pfizer. Kemudian Pfizer dibawa dari lapangan terbang dengan pengiring polis. Hebat layanan kepada vaksin kelas bangsawan ini.

Manakala ketibaan AstraZeneca bukan sahaja tidak disambut oleh VIP tetapi ketibaannya di bumi Malaysia ini disangsikan. Sekarang dunia tanpa sempadan. Berita beberapa negara di dunia menolak AstraZeneca untuk rakyat mereka dapat dibaca oleh rakyat Malaysia melalui internet.

Benarkah AstraZeneca selamat?

Dalam hal ini, saya angkat tabik hormat kepada Menteri Khairy Jamaludin yang peka terhadap kebimbangan rakyat terhadap tahap keselamatan AstraZeneca kepada penerima vaksin itu. Kata-kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bahawa kemungkinan risiko AstraZeneca adalah kecil berbanding manfaatnya tidak mudah diterima oleh rakyat. Anak-anak Malaysia bangkit dan bangun mencabar. Mereka tidak akan benarkan ibu bapa mereka, datuk nenek mereka yang tua berumur lebih 60 tahun itu disuntik dengan vaksin AstraZeneca.

Akhirnya dua orang menteri yang bertanggungjawab dalam program vaksinasi kebangsaan iaitu Khairy Jamaludin dan Adham Baba terpaksa tunduk dan mengalah. Mereka akhirnya bersetuju bahawa vaksin AstraZeneca itu tidak dimasukkan dalam program vaksinisasi kebangsaan. Syabas kepada Khairy dan Adham kerana sedia mendengar protes rakyat. Jika berdegil dan keras kepala mungkin padahnya besar dalam pilihan raya tak lama lagi yang akan tiba.

Tetapi kenyataan menteri Khairy yang menyatakan dia tidak mahu AstraZeneca itu membazir sahaja kerana telah dibeli maka dicipta satu program yang bernama "first come, first serve". Maksudnya kerajaan menjemput rakyat yang sanggup tampil kedepan untuk menerima vaksin AstraZeneca itu secara sukarela. Sekali pandang agak menasabah pendekatan menteri Khairy ini, tetapi jika ditimbang-timbang dan dibuat dua kali pandang, cadangan menteri Khairy ini semacam memperjudikan nyawa rakyat secara sukarela mereka. Ada persamaan seperti perjudian nyawa tembak pistol di kepala sendiri secara “Russian Roullette”.Tidakkah menteri Khairy menyedari bahawa terdapat Perkara 5(1) di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk hidup kepada rakyatnya? “Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya kecuali mengikut undang-undang.”

Berjimat tidak kena gaya

Saya menghormati sikap berjimat cermat menteri Khairy Jamaludin yang tidak mahu Vaksin AstraZeneca 280,000 dos itu terbuang membazir begitu sahaja. Vaksin itu dibeli dengan duit rakyat. Mungkin dari RM5 bilion yang diambil dari tabung Kumpulan Wang Amanah Negara yang kontroversi sekarang. Kerajaan sanggup membatalkan projek keretapi laju HSR dengan Singapura dan telah membayar sebanyak RM320 juta sebagai pampasan kepada republik itu. Bayaran pampasan itu juga satu jenis pembaziran. Projek HSR tidak diteruskan tetapi negara rugi RM320 juta. Bagaimanapun tidak ada nyawa yang jadi pertaruhan dalam kes pembatalan projek HSR. Tidak sama dengan vaksin AstraZeneca ini. Negara Denmark di Eropah hari ini tetap dengan keputusannya menolak vaksin AstraZeneca untuk rakyatnya.

Akhir kalam, AstraZeneca ini benar-benar menggambarkan cerminan masyarakat berkelas di Malaysia yang masih feudal.Vaksin pun ada kelas bangsawan dan kelas marhaen. Pfizer vaksin kelas bangsawan dan AstraZeneca vaksin kelas marhaen. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan kepada semua rakyatnya tidak terpakai dalam program vaksinasi melawan Covid-19.

Golongan tidak produktif dapat risiko?

Falsafah Charles Darwin yang mengkaji teori evolusi dengan memperkenalkan konsep "natural selection" dan "survival for the fittest" nampaknya digunapakai dalam program vaksinasi di Malaysia. Menteri Kesihatan Adham Baba dengan cepat sebelum ini menyatakan vaksin AstraZeneca akan disuntik kepada golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas. Kenyataan menteri itu mengundang tafsiran bahawa rakyat golongan tua yang telah bersara dan tidak produktif lagi dari segi ekonomi akan disuntik dengan vaksin yang berisiko.

Namun menteri itu lupa, rakyat Malaysia apabila ditekan-tekan mereka akan bangkit. Kini mereka bersuara lantang dan garang. Mereka menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan menentang keputusan Menteri Kesihatan Malaysia itu. Mereka tidak mahu ibu bapa, nenek dan datuk mereka yang tua itu, yang mereka sayang dan kasihi itu, dijadikan tikus makmal atau guinea-pig untuk disuntik dengan vaksin AstraZeneca yang penuh kontroversi itu.



_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 


SEMBANG LA PAK LONG...TAPI RAKYAT FAHAM DAN ANAK MUDA MENENTANG

 

Jangan sembang banyak sangat la Mail, denda kepada Mahiaddin, Hamzah Zainuddin dan beberapa kayangan lain yang gambar mereka melanggar SOP sudah bersepah-sepah di media sosial ini pun senyap sampai sekarang....


Kompaun terus sesiapa langgar SOP, tiada beza rakyat atau 'kayangan' - Ismail Sabri


astroawani.com
Kompaun terus sesiapa langgar SOP, tiada beza rakyat atau 'kayangan' - Ismail Sabri
Polis perlu mengeluarkan kompaun serta-merta terhadap mana-mana individu termasuk orang kenamaan seperti selebriti dan ahli politik yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kaw