LEKEH PUNYA KUTBAH

 

W.FAUDZIN


TEKS KHUTBAH SIAP SEBUT PRU15....CERITALAH PASAL COVID KE...DARURAT KE...JUDI BERTAMBAH DARI 8 KALI KEPADA 22 KALI KE...RASUAH SEPERTI YANG DISEBUT OLEH BEKAS KPN TU KE....BANYAK LAGI ISU BESAR...

SIBUK PASAL PRU15 PULAK...SPR PUN TAK BERCAKAP PASAL PRU15..

SEMENJAK BILA NEGARA INI PERNAH DIPERINTAH OLEH KAUM CINA ATAU INDIA?

GUNA MIMBAR MASJID UNTUK MENGAMPU JE LAH....




Ini adalah Khutbah Kedua Jabatan Mufti Negeri Pahang pada bulan Mei 2021..

Terjemahan:

“Tidak lama lagi kita akan menghadapi Pilihanraya Umum ke 15. Oleh itu menjadi kewajipan Umat Islam untuk memastikan negara kita terus kekal berada di bawah pemberi tahan bangsa melayu Yang memelihara agama dan raja berpelembagaan.

Haram hukum ya jika negara di perintah oleh orang bukan Islam”

Khutbah ini bagi saya biasa je sebab memang sejak Merdeka bangsa melayu Islam Yang jadi kerajaan

Orang bukan Melayu Islam memang x pernah jadi Perdana Menteri pun.

Cuma ada beberapa isu:

1) Adakah haram meletakkan calon Kafir (bukan Islam ) dalam Pilihanraya ?

2) bagaimana Umat Islam yang berada di kawasan tiada calon Islam?

Saya cadang Majlis Fatwa Kebangsaan campurtangan isu ini..Dan satu fatwa kebangsaan dikeluarkan..

Mohon sebarkan hingga ke telinga Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan


SIAPA CALON PM UMNO? SIPA PULA CALON PM PAS ?

 

KAK IDA ABDULLAH


UMNO tak dak calon PM jika berlaku PRU. Teringat dulu masa depa gagah. Wah bukan main gah! Najib perli di PRU14. PH tak ada calon PM, siapa nak jadi? Tanyanya. Mat Sabu? Guan Eng? Wan Azizah? Banduan? disambut dengan hilai ketawa pengikutnya sombongnya.

Sekarang dengan kebanyakkan daripada pemimpin tertinggi UMNO terpalit dan tercalit dengan rasuah, mereka tiada calon. Walau diperli Najib suatu ketika dulu, Mat Sabu, Guan Eng, Kak Wan boleh saja dicalonkan tapi mereka angkat Atok. Terdiam Najib walau kami sedikit pun tidak bersetuju!

Sekarang UMNO sendiri tiada calon. PAS tiada calon oh ada tapi bukan ahli parti, Presiden depa sendiri pun depa tak berani calonkan! Siapa??

SEBULAT SUARA Description: 🗣️ANWAR IBRAHIM CALON PM YANG DINANTI²KAN walau ada jantung2 yang akan berhenti saat Anwar mengangkat sumpah sebagai PM.



May be an image of 1 person, sitting and text that says "theedgemarkets"




 

NASIHAT UNTUK SIAPA NI ?

 May be an image of 1 person and text that says "Abdul rani kulop sahaja Tangungjawab suami ni menegur bila isteri melakukan kan kesalahan...wa ditegur bila isteri melakukan sesuatu perkara yang salah dari sudut agama mahupun undang2 negara... Kalau setakat usung kopiah kehulu kehilir tapi laki bini langgar undang2,dar situ la akan timbul syawat sangka kau jadi penunggang agama... Kalau rasa tak boleh nak patuh undang2 tentu arah jer kau pakai boxer dengan bikini jer kehulu kehilir, dah tentu orang kata kau monyet belimbing..se yang tak peduli dengan undang2 ni binatang jer.. .tak payah nak tayang kau pakai kopiah berjubah bagai. malu agama jer... Pencetus huru hara lop///"

TREND TERBARU CARI PAHALA

 

NORMAN RADZUAN


Adakah trend baru cari pahala byk2 begini...?

"Alhamdulilah, saya patut tengah seronok ni, kumpul pahala banyak-banyak sepuluh malam terakhir ni. Kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ni....." ( Siti Nurhaliza ).

Pertama dosa dan pahala tu Tuhan sahaja yg tahu. .. Wallahualam. Kemudian nak tanya ajaran mana yg mengatakan bila ada pihak langgar SOP atau tidak sensitif dgn org lain boleh kumpul pahala banyak2? Kalau tanya Ustaz sampul surat skg ini 'undang'2 ana yg bikin. Ingat mengundang fitnah org ramai juga boleh kumpul dosa banyak2 juga... jgn seronok sgt.

Mudah la begitu kita buat yg tidak betul masukkan dlm FB, bila org kritik kita dpt pahala byk2... amboi amboi trend baru nampak. Guru2 dulu ajar kalau nak pahala banyak banyak ni buat amalan di bulan Ramadhan terutama 10 malam terakhir.

Bagus Siti jadi Ustaz Don Daniyal. Diam maka dia terlepas dari kritikan walaupun dia juga berada di situ. Bila kita salah mohon maaf itu lebih baik meredakan kemarahan rakyat yg begitu tertekan skg. Bila berjawab dgn cara sombong malah menyalahkan netizen mcm UAI...maka berjamaah juga hentaman dikenakan.

 

May be an image of 1 person, headscarf and text that says "mk malayslakini Malaysiakini (BM) @mkini bm 4h Siti seronok kumpul pahala percuma di penghujung Ramadan Siti seronok kumpul pahala percuma di penghujung Ramadan malaysiakini.com 59 72"





NAK TUNGGU LAGI.....

 

muhd mufiz ii

Tudiaa!! Teberang dah pecah !! Bajet 2021 sebanyak RM 65B untuk Covid19 + RM 5B yang di sakau daripada KWAN tu bawak lari masuk poket siapa, KJ ??


Bekalan vaksin mungkin tak cukup mulakan Fasa 3 - Khairy - UtusanTV

utusantv.com

Bekalan vaksin mungkin tak cukup mulakan Fasa 3 - Khairy - UtusanTV
Bekalan vaksin yang dimiliki negara sekarang mungkin tidak mencukupi untuk memulakan fasa ketiga pada bulan ini, kata Khairy Jamaluddin.


INI BARU BETUL CARANYA.....HARAP PAK LEBAI....LOKMAN ADAM MAKI BERKARUNG ...KAH...

 

HAMDAN TAHA

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua masjid dan surau di Perak supaya mengadakan solat hajat dengan membaca qunut nazilah selepas menunaikan solat Jumaat minggu ini.

Ia bagi memohon ke hadrat Allah agar memberikan perlindungan dan keselamatan daripada ancaman wabak COVID-19.

Dalam masa yang sama, baginda menasihatkan rakyat agar dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu semasa melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Baginda turut menasihatkan rakyat supaya menjauhkan diri berkunjung ke tempat yang terdapat perhimpunan yang ramai, dan mematuhi prosedur operasi menurut yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan KKM.

Baginda menzahirkan titah agar rakyat memohon sebaik-baik dan sebesar-besar pertolongan daripada Allah SWT.

Jabatan Agama Islam Perak

Ini baru betul caranya...

!

CARA CARI PAHALA IALAH DENGAN MEMBIARKAN DIRI DI KECAM...CARANYA UPDATE DI MEDSOS

 

HAMZAH RIE NA

Cara Cari pahala alaf baharu di 10 mlm terakhir ramadhan ker? Senang sungguh, langgar undang2 setelah di balun berjemaah komen dia ialah dia mengumpul pahala. Kalau dah mcm tu nak dapat pahala mudah, kami netizen pun nak pahala. Maka jom lah Kita ikut perangai2 kaum kayangan yg melanggar sop ni! Kami pun dahagakan pahala. Dah langgar sop update dlm medsos. Lepas tuuuu tunggulah maki hamun dari friends dari list kawan yg Kita ada. Tak pun viralkan lagi membuak buak pahala mcm Siti dapat. TERBAIKLAHHHHH


May be an image of 1 person, headscarf and text that says "mk malaysiakini Malaysiakini (BM) @mkini bm. 4h Siti seronok kumpul pahala percuma di penghujung Ramadan Siti seronok kumpul pahala percuma di penghujung Ramadan malaysiakini.com 68 59 72"


RAKYAT BUKAN SAHAJA MARAH...TETAPI RAKYAT MENUNGGU MASA UNTUK MENGHUMBAN KERAJAAN YANG ADA

 

PKP: Saya tahu rakyat marah, kata Ismail Sabri


Sinar Harian
PKP: Saya tahu rakyat marah, kata Ismail Sabri
Ismail Sabri menegaskan, usaha tersebut tidak lain bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan tahu rakyat marah khususnya berhubung pengumuman mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor bermula tengah malam tadi dan Kuala Lumpur pada 7 Mei.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun menegaskan, usaha tersebut tidak lain bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini.
"Saya tahu rakyat marah... tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) di Kem Perdana Sungai Besi di sini pada Rabu.
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Beliau turut menafikan pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepada kerajaan selepas pengumuman PKP itu menjelang perayaan Aidilfitri minggu depan.
Menurutnya, keputusan dibuat kerajaan berdasarkan sistem amaran awal iaitu 'Hotspots Identification for Dynamic Engagement' (HIDE) yang dibangunkan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandukan MySejahtera.
"Rakyat kena faham bukan tujuan kerajaan untuk menyusahkan. Kita tidak mahu Malaysia akhirnya menjadi seperti India selepas beberapa pemimpin negara itu mengisytiharkan menang dalam peperangan menentang COVID-19 dan mula memberikan kebebasan.
"Akibatnya, berlaku penularan COVID-19 di India sehingga kerajaan sudah tidak mampu mengawalnya," katanya.
Beliau mengambil contoh perkembangan COVID-19 di Kelantan yang berlaku secara mendadak sehingga hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) terpaksa membuka hospital sementara kerana katil hospital sedia ada tidak mencukupi.
"Perkara ini tidak mustahil berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan peningkatan kes yang mendadak," katanya.
Ismail Sabri berkata, pihaknya dimaklumkan melalui pembentangan KKM tidak mustahil selepas Aidilfitri kes COVID-19 boleh meningkat kepada 5,000 sehari jika masih gagal mengekang pandemik tersebut.
"Jika meningkat menjadi 10,000 kes, kita mungkin jadi macam India dan kerajaan tidak mahu melihat rakyat mati bergelimpangan seperti di negara itu.
"Disebabkan itu, intervensi perlu dilakukan dengan segera dan saya harap rakyat faham tindakan dilakukan untuk melindungi nyawa mereka," katanya.
Katanya, kerajaan tidak mahu menjadi kerajaan tidak bertanggungjawab jika keadaan itu berlaku dan atas sebab sayangkan rakyat, PKP merupakan jalan terbaik


MEMANG KERAJAAN INI GAGAL MENGAWAL COVID

 

JANGANKAN LANGKAH NEGERI, DAERAH PUN TAK LEPAS…

Tak boleh balik kampung, tak ada rumah terbuka tahun ini semasa Hari Raya Aidil Fitri, PKP yang diperbaharui di 6 daerah di Selangor adalah tempat yang hampir dengan PKP yang ketat tahun lalu. Peniaga tak mengeluh, dengan bazar Ramadan dan Aidil Fitri masih boleh beroperasi dengan syarat SOP kesihatan yang ketat. Lawatan ke rumah hanya untuk Hari Raya pertama di kawasan di bawah PKP yang dikenakan untuk maksimum 15 orang. Di kawasan PKPB/PKPP lawatan ke rumah dibenarkan untuk 3 hari pertama kata Menteri. - Melissa Goh

 

(LIVE) Anwar Ibrahim: Bicara Covid-19, Pandangan Ketua Pembangkang

[[LIVE]]5.5.2021 PKP bermula esok. Apa kita dapat belajar dari sini? Pen...

Saya Mahu KEADILAN Ampang Aktif Kembali


Aktivis KEADILAN, Hans Isaac berkata, beliau mahu menggerakkan kembali Cabang Ampang selepas sunyi akibat pengkhianatan Langkah Sheraton. Hans yang mengakui telah 40 tahun tinggal di Ampang menganggap kawasan itu adalah penghidupannya, keluarga dan kawan-kawan. Oleh itu beliau akan melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan di sana. Mengenai pergerakan politik, Hans berpuas hati berikutan inisiatif beliau dan rakan-rakan akar umbi di Ampang kembali aktif Katanya, makin lama makin ramai rakan dan ahli parti bersama pejabat beliau untuk bekerja di Ampang. #KEADILAN​ #SuaraKeadilan​ #DatukHansIsaac



RENTASAN 882 | PANAS!!! BEKAS KETUA POLIS NEGARA BERI AMARAN KERAS KEPAD...



MENARIK DALAM RENTASAN 882 1. LOMPAT PARTI BUKAN KESALAHAN, NETIZEN BERANG 2. ULAMA PAS - BERHENTI JADI LEBAI MALANG 3. RESTORAN MAMAK SELAMAT? 4. LAPORAN SUDAH DIBUAT, SILA SIASAT


#AWANI745 5 Mei 2021

APA NAK JADI ?

 May be an image of 2 people, people sitting and text that says "APA NAK JADI?!! APAKAH KERAJAAN PERIKATAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG? ntegi Sy AKTA POLIS 1976 (AKTA 344) TIDAK MEMBENARKAN MEMBEN MANA-MANA PEGAWAI POLIS BERSARA ATAU MELETAKAN JAWATAN DI WAKTU DARURAT"


Persoalan utama, apakah perletakan jawatan sdra IGP itu boleh dalam suasana darurat? Bagi kami, selagi darurat itu belum berakhir... sdra IGP masih mengekalkan jawatannya sehingga darurat di tamatkan. Itu adalah fakta dalam perundangan yang tak boleh disangkal. Menteri KDN itu, terlalu ghairah melantik IGP yang baru. Hal ini perlu disiasat, semak dan imbang.

Ya, kami kerap menyentuh isu negatif dalam agensi keselamatan PDRM. Kalau PDRM itu intergritinya melebihi dari apa yang dicakapkan, kami tetap akan hormat dan sanjung. Tapi jika bersekongkol dengan penjenayah, dapat habuan bulanan yang lumayan, membantu scammer meloloskan diri... saban hari kami menulis hal ini, ibarat nyawa kami pula di hujung tanduk. Begitulah rosaknya badan institusi dalam negara.

Agenda PH dari dahulu perjuangkan agar PDRM & SPRM diletakkan di bawah Parlimen. Siapa yang sengaja membantah ketika itu? Ahli parlimen korup dan dalam PDRM itu sendiri bersuara tidak perlu buat demikian! Akhirnya apa jua alasan dan tindakan serta keputusan, mereka hanya beri kepada Tuanku di mana mereka bertindak sebagai penasihat. Ibarat dah serupa cop mohor ja mereka perlakukan demikian. -

Gino Marvela

 

 

BILA ORANG SEMAKIN MENYAMPAH

 

Warganet suarakan rasa terkilan lihat majlis tahnik anak Siti



BOB KELANANG


Satu benda yang pasti ialah orang dah nak menyampah dengan tindak tanduk segolongan agamawan, selebriti, kayangan dan vip yang dengan selamba dan seakan tidak bersalah melanggar SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia... malah langsung tiada hukuman atau tindakan tuntas dari pihak kerajaan terhadap mereka-mereka ini.

Bagi orang-orang yang kerap melakukan kesalahan yang sama berulang kali seperti yang dibuat oleh Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri… ianya sesuatu yang menjelikkan...

Bukan sekali dia melanggar SOP Covid-19... tapi kalu dikirakan... lebih dari 10 kali... dan tiada satu tindakan pun yang dikenakan kepadanya... balik dari Sabah dan didapati positif Covid-19 tapi selamba je hadir pada satu program di Masjid Kayu Besut... sampaikan semua yang hadir pada masa tu terpaksa di kuarantin...

Dan banyak lagi kelakunya yang menjelekkan... tapi atas status beliau sebagai Menteri Agama... maka ianya cuba didiamkan... bab tak pakai pelitup muka memang banyak kali kantoi mamat ni...

Ini memang jilaker.... maaf cakap la...

 

BIAR LUKISAN BERBICARA




 May be an image of text




TERIMA SAHAJA DENGAN REDHA KERANA TANGAN- TANGAN RAKYAT JUGA MASIH DEGIL PILIH MEREKA!

 


May be an image of food and text


KAKIDA ABDULLAH


Marah? Kecewa? Lalui sahaja, memang tak boleh buat apa jika yang jahat berkuasa. Macam tak biasa pula. Puluhan tahun yang baik2 dok nasihat tapi buat pekak, buat buta. Semua kesalahan apabila diulang akan mencapai kemuncaknya.

Sekaranglah masanya kesalahan-kesalahan yang dilakukan rakyat yang enggan peduli, tidak ambil kisah kerana selfish penting diri, asal dapat apa yang dituntut dan dihajati tak apa la siapa orang itu. Perasuah, ala biasa la... Penipu, ala biasa la... Penindas, biasa la...

Jadi biasakanlah diri terima semua, tak payah cakap lagi, terima la. Biasakan.

Semua keboborokkan, kekusutan, kecelaruan BERPUNCA dari sistem pentadbiran yang rosak! Jabatan mana bersih? Siapa perosaknya? Hah siapa PM paling lama? 24 tahun 2 bulan! Dia la! Lebih tepat 40 tahun! Sebab walau siapa PM dia tetap di belakang mereka mencatur. Jika tak akur, dia akan kempen jatuhkan mereka. 40 tahun punya senario, sebagai rakyat jika kau buta, pekak dan bisu, elok mati saja!

Apa punya rakyat hal ehwal dalam negara sendiri tak tahu, tak mahu ambil tahu, tak reti, tak ambil peduli. Elok pindah je lain negara. P kerja balik kerja lepas beberapa tahun kaya. Dalam negara sendiri kau buat macam tu putus nyawa la jawabnya. Kalau tak kisah tapi kau sokong mereka adalah pendapatan boleh lah hidup walau sumber haram! Setakat nak sumber halal tapi buat bodo, jangan harap la... Setakat kau pergi kerja balik kerja jika tak sulam dengan MLM dan berniaga, jangan sembang kencang la...

Nak hidup dalam negara sendiri kalau tak buat 2, 3 kerja jangan mimpi la hidup selesa. Sedangkan yang merompak khazanah negara makan gaji buta, kau yang bagi lesen 5 tahun sekali kerja macam kuli batak saja!

Jangan dok mengadu barang mahal bagai! Beli saja. Bila tanya mung pangkah siapa, jawab semua sama! Ha rasa la... Mana boleh sama, kalau sama tak payahlah parti-parti bertanding di pilihanraya! Sebab kau yang dok beri undi pada parti yang sama INILAH HASILNYA!

Bila sebut nama

Anwar Ibrahim

ingatkan perasuah saja kecut perut, rakyat yang ikat perut pun takut??? Description: 😲Apa punya sewel! Woi Anwar TAK PERNAH jadi PM Malaysia daaa.... Sebab tu lah nasib kau semakin lama semakin sempit, terhimpit, semput dan sakit? Nak tahu kenapa? Sistem yang sengaja dirosakkan Mahathir untuk halang terus 1 orang sahaja yang mengakibatkan jutaan rakyat tersiksa! Berbaloi ka? Memanglah sistem rosak tu akan tolak Anwar, akan penjaranya, tapi kau tu bebas merdeka ka? Anwar tu baik sangat la... Nak peduli pasal rakyat, penjara rumah kedua. Diaib dinista, dicerca hanya nak bantu rakyat Malaysia. Elok dia pun p pindah dan kaya di negara orang pula!

Sepatutnya bila bebas tak payah lagi berjuang untuk betulkan sistem supaya hidup rakyat dapat diperbetulkan, diperbaiki, diangkat taraf, diangkat maruah! Tapi rakyat sombong, tak sedar diri! Eh kamu tu taraf paria sahaja tau tak kepada ahli politik yang kau dok beri undi! Pada setiap pilihanraya, kau sambung lesen rompakan mereka supaya terus kaya, kamu terus papa dan Anwar pula disumbat ke penjara! Dey! Berapa kali senario yang sama daa!! Bila mau bangun, bila nak sedar, tumpulnya minda!

Asahlah 5 tahun supaya tajam bila buang undi nanti. Yang tak ubah tu kamu! Pencuri kau bagi lesen dia curi saja la... Yang p jadi bodoh aniaya diri sendiri buat apa?

Nota Kaki: Iham tercetus hasil pergi beli barang dapor setelah lama duduk dalam rumah dan terdengar rungutan barang mahal!

 

KAH..KAH...SAMPAI KENA MAKI...NAK LETAK GRED BERAPA PULAK PN SEKARANG ?

 May be an image of 4 people, people sitting and text that says "FM Free Malaysia Today 16 Aug 2018 Saya letak dalam 27-30%, PH hanya berjaya gred D, kena ulang baliklah kertas peperiksaan tersebut. i About This Website FMT news FREEMALAYSIATODAY.COM Gagal tunai janji 100 hari, PAS beri PH 'gred D'"

Sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya Tutup #MFlash

VIDEO - TIBAI LOKMAN TIBAI ....HANG KAN KAKI TIBAI Lokman Adam Mengamuk Marahkan Wan Saiful Wan Jan Kata Najib Takde Moral...

[🔥SIRI 107🔥] "HAMID DAN HAMZAH - KE MANA NEGARA KITA DIBAWA?"

KEH..KEH...KEH WOIIII ULANG TAYANG BILA DUIT JUGA MAIN WAYANG ....MANA JANJI?SEMBANG LEBIH!JADI TAIK MEREMBAT JUDI PUNYA DUIT/PADU DATUK L...


[VIDEO] Lokman dedah rahsia PAS makan duit UMNO, muktamar PAS dulu siapa tanggung?

Adoi… Lobakman ni bagi walaunbodo angin satu badan…

Ingat Pas… Ingat Fulus…🤣🤣

We Are All Jebonesta







PKP Selangor: KPM perlu putuskan sekolah diteruskan atau tidak - PH

 

SETAHUN KPM DI BAWAH PH – PADU


Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ibu bapa pelajar.

Bagi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepatutnya mengumumkan keputusan sama ada meneruskan sesi persekolahan, menutup sekolah dan menjadual semula pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan penting di kawasan terlibat PKP.

"Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia masih belum memaklumkan tentang kedudukan sekolah-sekolah dalam

kawasan yang dikenakan PKP mulai 6 Mei 2021.

"Adakah sekolah-sekolah di bawah kawasan PKP akan ditutup serta-merta atau ia akan diteruskan sehingga cuti Hari Raya bermula?

"Pengumuman dengan kadar segera perlu dilakukan oleh pihak KPM memandangkan ada sekolah-sekolah yang sedang

melangsungkan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

"Pengumuman awal daripada KPM akan memudahkan urusan pihak sekolah untuk menyusun semula jadual peperiksaan dan

mengekalkan fokus para murid," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Menurut jawatankuasa itu lagi, pengumuman awal ini akan membantu pihak ibu bapa menyusun semula pengurusan keluarga memandangkan jika sekolah ditutup pastinya ibu bapa perlu mencari pihak yang akan menjaga anak mereka.

Persoalan seterusnya, kata jawatankuasa ialah bagaimana proses pergerakan murid yang akan pulang ke rumah dari asrama masing-masing.

"Kedudukan tutup atau buka sekolah ini menyebabkan proses pergerakan murid pulang ke rumah masing-masing juga kabur.

"Adakah ibu bapa yang perlu mengambil anak mereka dari asrama akan diberikan pelepasan merentas daerah dan negeri sempena

pelaksanaan PKP kali ini memandangkan PKP dikuatkuasakan di musim perayaan?

"Jika pihak kerajaan membenarkan ibu bapa mengambil anak-anak mereka, pihak Jawatankuasa Pendidikan PH mencadangkan supaya

hanya pihak sekolah sahaja mengeluarkan surat makluman pengambilan anak di asrama sebagai bukti apabila merentas daerah dan

negeri nanti.

"Penggunaan surat makluman itu membolehkan ibu bapa tidak perlu hadir ke balai polis untuk mendapatkan kelulusan rentas daerah

dan negeri memandangkan ia mengambil masa yang lama," kata mereka lagi.

Justeru, Jawatankuasa Pendidikan PH berharap KPM lebih bersikap proaktif dalam memaklumkan tentang pelbagai isu yang berbangkit bagi memudahkan urusan sekolah, murid dan ibu bapa.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP) dan Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah)

 

Tiada lagi puak-puak dalam KEADILAN, fokus kukuhkan parti

 



Abdullah Sani breached party ethics, says Zuraida's aide | Free Malaysia  Today (FMT)





Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan peristiwa Langkah Sheraton dan tindakan lompat parti beberapa ahli KEADILAN telah memberi kesan positif kepada parti yang diwakilinya.

Katanya, ia secara tidak langsung telah membersihkan segala puak dan warlord yang ada dalam parti sebelum ini, sehingga mengancam kedudukan parti dan memecah-belahkan ahli-ahli parti.

"Sudah tidak ada lagi dah. Dulu kan ada puak timbalan, puak presiden, puak ketua umum dan sekarang sudah tidak ada lagi. Sekarang satu sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi kita boleh fokus.

"Kita hendak fokus sekarang untuk pembangunan, apa yang boleh kita lontarkan di atas pengalaman Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apa yang kita hendak buat hari ini ialah kita hendak memperkukuhkan KEADILAN," katanya.

Pada masa sama, beliau KEADILAN sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana rakan dalam politik, selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.

"Sebab politik hari ini sudah tidak boleh terdesak dalam satu komponen, kita kena kepelbagaian dan acuannya sudah sebar luaskan tidak boleh satu acuan lagi, sebab itu jadi haru-hara.

"KEADILAN sentiasa bersiap siaga, berlapang dada dan tidak perlu khuatir. Kita tidak perlu gusar kerana ada dua perkara, satu kukuhnya keahlian dan kedua kita dapat banyak sukarelawan untuk mengambil sesuatu keputusan atau tindakan," katanya.

 

Ismail Sabri bagi jaminan, kali ini tiada keistimewaan kepada golongan ‘kayangan’ rentas negeri

 

Ismail Sabri bagi jaminan, kali ini tiada keistimewaan kepada golongan ‘kayangan’ rentas negeri

Dianggarkan 40,000 permohonan rentas negeri diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) setiap hujung minggu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kuasa memberi kebenaran rentas negeri sudah diberikan sepenuhnya kepada PDRM untuk membuat pertimbangan.

Katanya, tiada keistimewaan dan pengecualian diberikan kepada sesiapa saja termasuk selebriti atau orang ternama untuk mendapat kebenaran merentas negeri.

“Kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan seperti sakit, kematian atau kerja namun perlu mengisi borang.

“Kesahihan alasan untuk rentas negeri menyebabkan sesetengah permohonan tidak dibenarkan polis,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Sejak kebelakangan ini timbul pertikaian dalam kalangan masyarakat apabila individu terkenal seperti selebriti dan orang ternama diberi pelepasan merentas negeri.

Ia menimbulkan rasa kurang senang masyarakat yang menganggap arahan itu hanya tertakluk kepada rakyat biasa bukan golongan ‘kayangan’ seperti selebriti yang mendapat keistimewaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memutuskan SOP bekerja dari rumah untuk kakitangan awam manakala Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti) bagi kakitangan swasta.

“Keputusan berhubung operasi kakitangan awam dan swasta bekerja dari rumah akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. 





KAH..KAH..KAH...TUHAN MAHA ADIL ....TAK MUDAH BAGI PAHALA PADA KAYANGAN...

 


Isu majlis tahnik anak: Siti Nurhaliza seronok dapat pahala free di bulan Ramadan

Isu majlis tahnik anak: Siti Nurhaliza seronok dapat pahala free di bulan Ramadan

Meskipun dikritik warganet kerana isu mengadakan majlis tahnik yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan kekal positif.

Siti Nurhaliza malah meluahkan rasa terujanya kerana menganggap apa yang berlaku kini membolehkan dia menerima banyak pahala.

Tambahan pula katanya ia berlaku semasa Ramadan yang mulia menghampiri penghujungnya.

“Alhamdullilah saya patut tengah seronok ni, (dapat) kumpul pahala banyak-banyak 10 malam terakhir ini, kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini.

“Betullah ustaz, dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdullilah,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story malam tadi.

Baru-baru ini media sosial bergelora dengan rasa tidak puas hati orang ramai akan tindakan penyanyi Biarlah Rahsia itu dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa, yang mengadakan majlis untuk mentahnik anak keduanya.

Selain tahnik, Siti Nurhaliza turut menganjurkan majlis akikah dan maulid buat Muhammad Afwa pada 27 April lalu.

Menerusi beberapa keping gambar di akaun Instagram Siti Nurhaliza, majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad, dan tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

 

Susulan itu, pengguna media sosial mempersoalkan ketegasan pihak berkuasa mengenakan larangan dan pengawasan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) ke atas orang kenamaan dan selebriti.

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin pula mempertanyakan keutamaan yang wajar dibuat oleh pihak berkenaan, sama ada menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.

Namun pada 3 Mei lalu, Siti Nurhaliza menerusi satu kenyataan media, menyangkal dakwaan kewujudan pelanggaran SOP Covid-19 dalam majlisnya.

Azhar – yang berasal dari Terengganu – juga menjelaskan kehadirannya dalam majlis tersebut dengan menyatakan dia sudah lama berkawan dengan Khalid.

Ia berlaku ketika seorang lagi selebriti, Neelofa, dan suaminya menarik perhatian ramai apabila didakwa membeli-belah permaidani di Nilai, Negeri Sembilan dan menayangkannya di media sosial.

Ia bagaimanapun dipadamkan selepas itu.

Sementara itu, Siti Nurhaliza turut berkongsi reaksi positif salah seorang peminatnya yang menyifatkan dia telah menjadi mangsa tular.

Jelasnya peminat penyanyi terbabit dia juga percaya Siti Nurhaliza tidak akan melanggar sebarang SOP PKP sewaktu mengadakan majlis tersebut.

Peminat- terbabit – menggunakan akaun cucukrimbun.my – turut menyatakan tindakan orang mengkritik Siti Nurhaliza adalah kerana dia merupakan penyanyi nombor satu Malaysia.

“Rakyat biasa juga anjurkan majlis keramaian tetapi kerana dia Siti Nurhaliza dan jemputannya orang penting. Ramai yang kurang senang,” kongsi penyanyi itu di ruangan Instagram Story sambil membalas “Alhamdullilah.”