Isu gaji siswazah: Bekerja dengan gaji rendah sama teruk dengan tak kerja langsung – Steven Sim

 

Pada 

Oleh Aziera NH

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menyelar kenyataan dua orang menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung isu gaji siswazah sebelum ini.

Beliau menegaskan, bekerja dengan gaji yang serendah RM1,000 adalah sama teruk dengan tidak bekerja langsung kepada anak muda.

“Anak muda berasa kecewa dengan dua orang menteri Kerajaan Persekutuan yang gagal memahami cabaran ekonomi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini yang dilaporkan sebagai berkata bahawa siswazah patut bersyukur sekiranya mendapat kerja walaupun bergaji rendah.

Selain itu, Steven juga merujuk kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan yang dilaporkan sebagai menyuruh siswazah menerima gaji rendah daripada menjadi penganggur.

Steven berkata, berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, majoriti siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan pada 2020 menerima anggaran gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500 berbanding RM2,001 hingga RM2,500 pada 2019.

“Dalam kata lain, gaji permulaan siswazah telah mengalami penurunan sehingga 50 peratus.

“Jabatan Perangkaan juga melaporkan bahawa kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran, yakni siswazah yang terpaksa menjadi pekerja berkemahiran rendah, meningkat dari purata 32.7% (1Q2017 – 4Q2029) kepada 36.8 peratus pada suku ketiga 2020.

“Semua ini bermaksud, masalah guna tenaga tidak penuh sangat parah terutama di kalangan anak muda,” katanya.

Menurut Steven, menteri-menteri dari PN seakan-akan menafikan fakta bahawa kedua-dua isu pengangguran dan guna tenaga tidak penuh dianggap sebagai faktor negatif ekonomi.

“Menteri-menteri PN yang bergaji tinggi nampaknya melepas tangan mengabaikan kepentingan pekerja terutamanya anak muda dalam isu ini.

“Adakah mereka sedar bahawa tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada anak muda bahkan ekonomi negara kita sekarang sehingga 10 tahun yang akan datang?’ soalnya.

Steven turut mempersoalkan nasib inisiatif MalaysiaKerja yang dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam belanjawan 2020 yang memberikan subsidi kepada pekerja dan majikan bagi mewujudkan pekerjaan dengan gaji yang setimpal untuk anak muda.



Panas! Bila nak siasat kes rasuah ‘kartel menteri’, Guan Eng persoal SPRM

 


Panas! Bila nak siasat kes rasuah ‘kartel menteri’, Guan Eng persoal SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bersikap telus dan menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil terhadap 10 kes rasuah yang melibatkan menteri, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Jaminan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang tiada campur tangan politik dalam kes rasuah berprofil tinggi, dan tidak mampu menjaga nama baik dan integriti, jika tiada tindakan diambil terhadap ‘kartel menteri’ yang terdiri daripada pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 



[[LIVE]] 13.4.2021 Masa Mengumpul Numbers utk Yidi



[[LIVE]] 13.4.2021 Kes tertinggi di Sarawak walaupun kuarantin. Kenapa Yidin bagi wilayah dan tidak ada komen dari Ahli parlimen GPS? GPS berpecah dua. Digi dan Maxis akan bergabung. Apa kesannya kepada pengguna? Penghujahan peguam najib selesai untuk mengenepikan kes. Bulan puasa ini, masa untuk mengumpul numbers. Masa berjalan utk yidin kumpul sebelum bulan 8




Amir Hijaz Fans - 13 April 2021 - Negara Tenat Menteri Berpesta

RENTASAN 867 | GEMPAR!!! USAHA SINGKIRKAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN UM...


MENARIK DALAM RENTASAN 866
1. TIADA NEGARA MUFLIS KERANA MEMBELA RAKYAT 2. APA KAITAN AUDIO ANWAR-ZAHID DENGAN UMNO 3.0? 3. JANGAN HALANG KPN DISIPLIN ANAK BUAHNYA





Kasut mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia...

 


Semalam Kak Wan menghadiri majlis sempena Ramadhan di kawasan Parlimen beliau. Ia perkara biasa tapi yg luar biasanya lihatlah kasut Bata dan handbag beliau. Dia tak mampu.. ? gajinya dulu dekat RM 100 ribu sebulan. Gaji Parlimen dan elaunnya juga puluhan ribu... ia bukan soal berapa wang yang ada ia soal tawaduk semulajadi yang ada pada dirinya.

Dengan kasut Bata itu sahaja beliau Mesra Muslim ke sana sini bertemu pemimpin-pemimpin dunia. Jika melihat kasut itu kita dapat melihat ia sudah lama dipakai dan kerap dipakai. Gambar ini sempat dirakamkan oleh Pegawai Parti Cabang Pandan ketika kehadiran Kak Wan semalam.

Ramai yg tidak tahu dan cerita ini telah disampaikan sendiri oleh Pegawai Khasnya sewaktu menjadi TPM, Tuan Haji

Zamri Zainal Abidin

kpd saya ... Pegawai-pegawai TPM di Putrajaya yang beberapa bulan masih dalam proses penjawatan dan gaji dahulu ..Kak Wan telah dahulukan gaji mereka dengan duit poketnya sendiri tanpa dibayar kembali. Malah Kak Wan mahu pemberiannya dirahsiakan kepada Pegawai-pegawainya.

Saya hairan bagaimana insan dan keluarganya difitnah dan dihina kononnya beliau dan suaminya jika berkuasa tidak akan membela Melayu dan akan membuat agama ini terhina??? Yang peliknya kita boleh percaya dari pemfitnah yang mereka hidup bermewahan mewahan.

 


May be an image of 7 people, people sitting, headscarf and indoorMay be an image of footwear

BILA YB CINA SIBUK BERBUAT AMAL

 

Bila YB Cina sibuk berbual amal

YANG MELAYU TERHAYAL DI UDARA

Melihat MP Steven Sim Chee Keong perasaan bercampur baur. Pelbagai usaha kebaikkan dilakukan olehnya. Terharu kerana dia sudi membantu keluarga Melayu. Terbaru kerana dia ahli Parlimen pembangkang yg bajet disekat oleh kerajaan yg tidak profesional ini... beliau menggunakan wang peribadinya utk membeli motorsikal utk anak Melayu yg terpaksa membuat part time sebagai penghantar makanan Food Panda pada malam hari dgn berkayuh basikal.

Mana MP atau Menteri Melayu yg gaji dan elaun dkt berpuluh ribu ini????? Menteri Agama pula sibuk nak menikahkan artis dan beberapa kali melanggar SOP.

Terbaru tidak pastilah samada beliau layak menggunakan kapal terbang khas ke luar negara. Bersangka baik mungkin ditaja oleh sesiapa. Ada yg kata beliau bersama Taikun Travel... Entahlah. Yg pasti ku lihat pegawai2nya seperti org terkena kejutan budaya sampai spt dilihat pramugari nampak rimas melihat tingkah laku mereka di dlm kapal terbang tersebut. Harap pemergian Menteri ini mendatangkan hasil buat negara dan bukan menghabiskan duit rakyat.

Yg MP Lebai yg lain berlumba lumba memuji kerajaan khianat rakyat dan mengkhianati ahli2 Parlimen Pembangkang dgn menyekat bajet utk rakyat. Yg merana rakyat yg memilih.

Untunglah pemimpin2 Melayu sebab di Malaysia masih ada DAP. Buatlah apa sahaja sb org Melayu tak akan marah bila kamu zikir nama DAP...


 NORMAN RADZUAN




KISAH YANG PATUT DIJADIKAN TELADAN : KISAH YB SIM DAN FOOD RIDER (INI BUKAN KALI PERTAMA YB SIM BERBAKTI )

 


May be an image of 1 person, sitting, food and indoor


Hari ini Ramadan pertama.

Saya ditemukan dengan seorang rider food panda yang menginsafkan saya tentang nilai sebuah kehidupan.

Adik Mohamad mengayuh basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi, walaupun ketika berpuasa.

Apabila saya bertanya kepadanya, mengapa dia berbasikal dan tidak menunggang motorsikal seperti yang lain; dia jawab, dia tidak ada motorsikal.

Basikal pun dipinjam daripada kawan, itupun seat dia dan banyak yang dah rosak. Tapi demi mencari rezeki, dia redha.

Adik Mohamad berusia 22 tahun, merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk bekerja. Keluarganya tidak kaya tapi mementingkan pendidikan. Ada 10 orang adik beradik. Ayahnya seorang guru agama. Dia sendiri lulusan diploma kejuruteraan Poli, dengan keputusan cemerlang.

Tapi setakat ini gajinya hanya RM500 sebulan, nak makan pun tak cukup, sewa bilik dia tak bayar, atas ehsan kawannya. Adik Mohamad tidak merungut, malah bersyukur dengan peluang yang ada. Sebaliknya lepas kerja setiap hari, dia pinjam basikal kawan untuk jadi rider food panda. Lepas kerja, rehat satu jam, pi kayuh sampai 11 malam. Dapat RM20-30 sehari, cukup makan beberapa kali. Ada kala, makan nasi lemak tiap-tiap hari sebab nak jimat duit.

Saya tengok kedua-dua belah tangannya pun sudah terbakar dek terik matahari.

Mata masuk habuk mendengar kisah adik Mohamad.

Walaupun saya hormat Tun Dr Mahathir, saya dari dulu lagi tak setuju dengan stereotype Tun yang kata Cina kaya, Melayu malas. Ramai Cina yang bergelut demi mencari makan, ramai anak Melayu seperti adik Mohamad yang rajin berusaha demi kehidupan.

Bila saya tanya adik Mohamad apa pertolongan yang diperlukan, dia segan nak jawab.

Beginilah, saya tak pandai hal agama, tapi kawan-kawan ajar saya bulan Ramadan ini banyak berkat. Saya mohon berkat Ramadan, saya belikan adik Mohamad sebiji motor.

Asalnya adik Mohamad macam tak percaya.

Tapi bila saya bawa ke kedai motor kat Bukit Mertajam, dia terus terharu. Kita beli Honda. Saya bayar cash. Kalau orang kecam saya guna peruntukan kerajaan beli motor, saya nak habaq saya tak ada peruntukan nak guna. Saya sekarang Ahli Parlimen pembangkang. Ini saya beli guna wang gaji saya sendiri. RM4,500 termasuk road tax, insurans, settle penuh, minyak isi full tank, adik Mohamad boleh terus bawa motor ini tak payah bimbang. Bolehlah adik naik motor ke kerja (sekarang dia tumpang motor kawan) dan jika jadi rider, tak payah susah susah kayuh basikal. Usah risau lagi hujung Ramadan macam mana nak balik Kelantan jumpa mak ayah - kuda sudah ada. 

Kami juga pergi farmasi beli krim aloe vera dan krim sunblock. Saya peringat adik Mohamad agar wajib sapu krim setiap kali sebelum keluar buat food panda. Kita perlu jaga kesihatan diri. Kalau jatuh sakit, mak ayah juga yang akan bimbang.

Hari ini Ramadan pertama, saya belajar satu benda yang penting. Kita perlu banyak-banyak bersabar dalam menempuh cabaran hidup. Jangan putus asa walau susah macam mana sekalipun, dongipap kipidap! Setiap perkara ada hikmahnya, Tuhan tidak pernah mengabaikan kita. Adik Mohamad telah menginsafkan saya tentang perkara ini.

Iftar pertama tahun ini, saya buka puasa bersama adik Mohamad. Walaupun berjauhan dari keluarga dan terpaksa bekerja keras mencari rezeki, saya doakan Ramadan ini akan menjadi Ramadan yang lebih bermakna buat dirinya. 

 

MP CINA MEMALUKAN MP MELAYU YANG LAIN TERUTAMANYA YANG BERAGAMA

 

Melihat MP Steven Sim Chee Keong perasaan bercampur baur. Pelbagai usaha kebaikkan dilakukan olehnya. Terharu kerana dia sudi membantu keluarga Melayu.

Terbaru kerana dia ahli Parlimen pembangkang yang bajet disekat oleh kerajaan yang tidak profesional ini... beliau menggunakan wang peribadinya untuk membeli motorsikal untuk anak Melayu yang terpaksa membuat part time sebagai penghantar makanan Food Panda pada malam hari dengan berkayuh basikal.

Sumber:

Norman Radzuan

May be an image of one or more people, people sitting, people standing, motorcycle and outdoors



 

Hakim bicara silap rumus Najib bertanggungjawab atas dana SRC, hujah peguam

PAKATAN HARAPAN TETAP SOKONG ANWAR

KERAJAAN TAK BANYAK WANG, MENTERI MITI JANGANLAH TIDUR!!


 Maka apa penyelesaiannya. Kenapa teruskan dasar SST Kerajaan PH yang ternyata gagal.

Kerajaan PN patut timbang semula perlaksanaan GST.

Tidak perlu diulang ulang PN mengutamakan rakyat. Cari segera penyelesaian bagaimana mahu menambah hasil negara.

Jangan setakat berhutang dan jual aset negara.


Apakah kerajaan PN akan menaikkan lagi had hutang negara kepada 64.1% pada akhir 2021.

Itu melepasi paras 60% yang luluskan oleh Parlimen pada bulan Ogos 2020?

Kerajaan PN rancang berhutang sebanyak RM95B pada tahun 2021.

Bermakna hutang akan naik kepada RM975 bilion (berbanding RM687B sebelum PRU14).

Memang tidak salah kerajaan berhutang untuk bantu rakyat masa pandemik. Tetapi kerajaan perlu ada formula baru untuk tambah hasil negara.

Menteri kanan yang jaga MITI pula macam tidak kompeten untuk menarik pelabur asing. Minta Azmin jangan tidur.

Kerja luar sudah kurang. Parlimen sudah lama cuti. Itu pun ada Menteri yang tidak cukup tidur.

Dalam majlis boleh tidur nyenyak. Takkan nak potong gaji penjawat awam pula.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.



VIDEO : Mat Sabu: PH Bukan Dijatuhkan Oleh UMNO, Oleh PAS, Dijatuhkan Oleh Pengk...

SEMASA MENJAWAT DALAM PH PUN DIA TAK BUAT APA...

 


Kerajaan tiada duit, Azmin pula tidak kompeten tarik pelabur asing

Anthony Loke dakwa MCA dalang bantahan isu pembelajaran jawi pada masa pentadbiran PH

 

Anthony Loke dakwa MCA dalang bantahan isu pembelajaran jawi pada masa pentadbiran PH


DAP mendakwa MCA telah memanipulasi pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular, sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat dan kumpulan tenaga pengajar ketika Pakatan Harapan mentadbir negara pada 2019.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke mendakwa MCA telah menggerakkan lembaga sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara pada 2019.

“Kenapa pada ketika tu menjadi isu besar? Tentangan besar?

“Ia sebab MCA yang mainkan isu ni di belakang mereka,” katanya ketika sesi wawancara disiarkan secara langsung yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara.

“Ketika itu mereka menggerakkan semua lembaga pengelola dan PIBG sekolah Cina, setiap sekolah Cina buat kain rentang, berdemo dan sebagainya.

“Kononnya boleh mengubah karakter sekolah Cina, kalau bahasa Jawi masuk,” katanya.

Loke berkata MCA kemudian berdiam diri selepas parti itu turut menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan setelah kejatuhan PH.

Dah tak jadi isu bila PH bukan k’jaan

“Hari ni, mereka dalam kerajaan, tak timbul isu tu… Saya nak tanya adakah tulisan Jawi tiga muka surat itu dah hilang dah dalam buku teks sekarang,” soalnya.

“Maksud saya ia ada dalam buku teks kan, tapi hari ni ia tak menjadi isu walaupun sudah dicetak dalam buku teks tu.

“Ia tak menjadi isu kepada sebahagian masyarakat Cina lagi, dan tak timbul lagi Dong Jiao Zong keluar buat demonstrasi.

“Satu tahun saya tak mendengar isu ini. Padahal semasa kita (PH) menjadi kerajaan, inilah dijadikan isu.

“Isu ini menjadi double-edge sword kepada kita – di sebelah pihak ada mengatakan kita tak menjaga Cina tetapi di sebelah pihak kata tengoklah kalau DAP dalam kerajaan (cuma) tiga muka surat (pelajaran tulisan) Jawi dilaksanakan,” jelasnya pada masa sama terdapat pihak yang menggunakan isu itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

Bagaimanapun menurut ahli parlimen Seremban itu lagi, isu itu tidak lagi dibangkitkan apabila PH tidak lagi menjadi kerajaan.

“Itu menunjukkan bahawa isu-isu seperti ini ada orang yang memainkan. Kalau tak ada pemain politik yang nak menghidupkan atau nak mainkan isu seperti ini, ia tak menjadi isu.

“Kebanyakan polemik dalam negara ini, isunya dimainkan oleh orang politik untuk kepentingan politik… Kalau kita berhujah dengan rasional – menerangkan dengan baik, tak ada masalah bagi saya. Isu seperti ini tak sepatutnya menjadi masalah kepada kita,” katanya.

Pada pertengahan tahun 2019, didapati bahawa kerajaan PH ketika itu bersetuju untuk meneruskan pelan pentadbiran sebelumnya untuk memperkenalkan seni khat atau kaligrafi Melayu ke dalam subjek Bahasa Malaysia tahun 4.

Keputusan itu mendapat bantahan sekeras-kerasnya dari beberapa pihak bukan Melayu, kerana percaya tindakan itu berkaitan dengan Islamisasi dan akan membebankan anak-anak mereka.

Menteri pendidikan ketika itu, Maszlee Malik pada mulanya enggan mengalah dengan keputusan yang dibuat, dengan menjelaskan bahawa khat adalah sebahagian daripada warisan Melayu dan pelajaran hanya melibatkan enam halaman di buku teks.

Akhirnya, kerajaan PH berdepan dengan tekanan dan beralih daripada pengenalan kepada khat kepada pengenalan kepada Jawi, yang hanya melibatkan tiga halaman.

Sekolah vernakular mempunyai pilihan untuk memilih mempelajari ketiga-tiga halaman tersebut melalui jumlah sokongan daripada ibu bapa.

Pada Julai lalu, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin berkata kerajaan akan mengkaji semula perkara tersebut. – MK





MCA dakwa DAP munafik

 

Panas! MCA dakwa DAP munafik


MCA menyifatkan ucapan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu sebagai “membogelkan muka sebenar” DAP.

“Ini sedikit sebanyak telah membogelkan muka sebenar dan munafik DAP dan juga menyebabkan ramai pemimpin akar umbi dan penyokong DAP yang tulen dan percaya pada kecinaan DAP risau dan khuatir,” kata Naib Presiden MCA Ti Lian Ker.

“Maka Ronnie Liu yang juga orang kampung dan rakan sekolah saya di Raub cuma menzahirkan kekhuatiran penyokong tegar DAP yang mengharapkan DAP sebagai pejuang orang Cina selama ini yang camouflage atas politik kepelbagaian.”

Liu dalam ucapannya dalam bahasa Cina di Klang pada Ahad berkata (terjemahan):

“DAP adalah parti pelbagai kaum. Parti ini tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik kita.

“Kita harus memelihara budaya parti, serta semangat perlembagaan parti, perjuangan politik pluralistik dan demokratik.

“DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.

“Kamu tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dengan pendekatan ini.”

Setelah dikritik rakan seperjuangannya dalam DAP Tony Pua dan Hannah, Liu berkata kenyataannya yang dibuat dalam bahasa Mandarin itu disalah tafsir.

Liu bagaimanapun tidak menghuraikan maksud salah faham itu.



WAJIB DENGAR : ((BELASAH DAHSYAT)) DATO KAMAL:NETIZEN MENGAMUK SERANG FB PRESIDEN PAS! ...

BERITA VIDEO : MANA PELABURAN DARI TIMUR TENGAH?HADI SEMBANG KENCANG TAPI KOSONG


“Perubahan kerajaan daripada BARISAN NASIONAL dahulu dengan kelemahan pemerintahannya tidak mampu diubah oleh PAKATAN HARAPAN seperti yang dijanjikan, hanya indah khabar dari rupa dengan manifesto yang tidak mampu dikotakan. “Kali ini kami mengajak supaya peluang diberikan kepada PAS bersama gabungan politik Perikatan Nasional (PN) yang menjanjikan sebuah Negara Berkebajikan dengan agenda Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).”






Ahli Parlimen selesai diberi vaksin, bilakah sidang Parlimen akan dibuka?


Dalih terdapat banyak warga emas menjadi anggota Parlimen dan merisikokan kesihatan mereka dijangkiti virus Covid 19 tidak lagi relevan selepas hampir kesemua Ahli Parlimen disuntik vaksin dos kedua pada pertengahan April ini.

Bagi Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, tanpa alasan yang munasabah untuk terus menggantung Parlimen, maka lebih baik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengikut sahaja nasihat Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan persidangan dijalankan sewaktu darurat.

"Saya bercakap dengan banyak Ahli Parlimen dan majoritinya berkata telah menerima vaksinasi dos ke 2. Saya adalah beberapa Ahli Parlimen terakhir yang mendapat vaksin.

"Oleh itu, adalah selamat untuk mengatakan, menjelang 16 April, lebih daripada 90% anggota Parlimen telah mencapai kekebalan dan Parlimen dianggap selamat untuk dibuka semula.

"Justeru, saya mendesak Perdana Menteri untuk mengikuti nasihat Agong mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin. Tidak ada alasan yang baik untuk terus menggantung Parlimen lagi.

"Tan Sri Muhyiddin, sudah tiba masanya menghadapi dan menjawab semua (soalan) Ahli Parlimen yang dipilih secara demokratik," kata Sim dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menggesa rakyat agar segera mendaftar untuk mengambil vaksin memandangkan proses pendaftaran masih perlahan sejak sebulan lalu.

Beliau membawakan kisah saudara terdekatnya yang menetap di Amerika Syarikat (AS) murung menghadapi ketidaktentuan keadaan akibat jangkitan Covid 19 yang terlalu tinggi di sana dan proses vaksinasi yang lambat memandangkan saiz populasi di negara itu.

"Dua minggu lalu, saya membuat panggilan zoom dengan saudara terdekat yang tinggal di AS. Dia murung menghadapi Covid-19 sejak November 2020 yang tidak menentu selama berbulan-bulan lamanya.

"Saya sangat berharap (kita di Malaysia) tidak akan mengalami nasib yang sama seperti ahli keluarga saya.

"Oleh itu, saya minta semua yang belum mendaftar segeralah mendaftarkan diri di MySejahtera

"Pada zaman ini, vaksinasi adalah anugerah yang sangat baik bagi umat manusia. Ia melindungi kehidupan kita dan orang lain. Yang paling mustahak adalah, kita mendapatkan kembali kebebasan dan kehidupan normal, biar pun masih perlu memakai pelitup muka dan penjarakkan sosial (buat sementara waktu)," katanya lagi.

Sim telah mengambil dos pertama vaksin Covid pada 19 Mac lalu dan dos kedua pada 9 April.

Katanya, menjelang 16 April, iaitu selepas 28 hari dos pertama, beliau diberitahu akan mendapat imuniti sepenuhnya daripada jangkitan Covid 19.

 

MALU APA BOSSKU...RAMAI LAGI KAT LUAR SANA DOK BOSSLU..BOSSKU.....

 


Terkini! Peguam Najib masih berusaha merayu dengan macam-macam alasan

Terkini! Peguam Najib masih berusaha merayu dengan macam-macam alasan

Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak mengemukakan hujah dengan menuding jari kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang didakwa seperti ada keinginan untuk menyabitkan bekas perdana menteri itu dalam semua pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Peguam bela, Farman Read ketika berhujah hari ini berkata, penghakiman yang dibuat pada akhir kes pembelaan oleh Mohd Nazlan menampakkan ‘keinginan’ tersebut.

“Hakim seperti bermotivasi bahawa tertuduh bertanggungjawab. Hakim seperti mempunyai keinginan untuk mensabitkan Najib.

“Beliau (hakim) mempunyai motivasi untuk menyabitkan perayu, sebenarnya undang-undang jenayah tidak boleh digunakan untuk sabitkan beliau kerana hakikatnya beliau sudah disabit dengan kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika prosiding rayuan penyewelengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC) melibatkan bekas Perdana Menteri itu yang sudah masuk hari ke-6 hair ini.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah mendapati Najib bersalah.

Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang milik SRC.  

Rayuan tersebut didengar oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Pasukan pembelaan dijangka menggulung hujah mereka hari ini sebelum pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dalam prosiding rayuan ini membuat hujahan balas selama empat hari akan datang.

Prosiding sedang bersambung Farman masih lagi berhujah di hadapan tiga panel hakim ketika ini..




MENTERI NIKAH KAHWIN JANGAN LEPASKAN JUGA YA...SUDAH DUA TIGA KALI LANGGAR SOP

 


Langgar SOP: Polis keluar cadangan nak kompaun Neelofa dan lakinya

Langgar SOP: Polis keluar cadangan nak kompaun Neelofa dan lakinya

Kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali PU Riz sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya sudah mencadangkan supaya kompaun dikeluarkan terhadap pasangan terbabit.

“Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada didakwa atau sebaliknya dan kami sudah serahkan kertas siasatan.

“Polis memberi cadangan untuk dikompaun,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz.

Mohamad Zainal dipetik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 





PN BUAT APA ?

 May be an image of text that says "MANIFESTO HARAPAN HAR PAKATAN PAN YANG SUDAH DITUNAIKAN 1. HAPUSKAN GST 2. HARGA PETROL DISTABILKAN 3. INTERNET LAJU DUA KALI GANDA, DUA KALI LEBIH MURAH 4. PAS PENGANGKUTAN AWAM RM50 DAN RM100 5. TURUNKAN TOL SECARA BERPERINGKAT (18% SUDAH DITURUNKAN) 6. KWSP UNTUK SURI RUMAH (I-SURI) 7. PENJIMATAN BERBILION PROJEK MEGA (ECRL. MRT3, PAN BORNEO) 8. SKIM PEDULI SIHAT PEKA B40"

AHLI PARLIMEN SUDAH BERAPA KALI DERMA DARAH?

Live Datuk Zaharin 13/4/2021 : Apa Kata Malaysia

TUTUP MULUT 5 JUTA?SIAPA NIKA GEE & MUHYIDDIN/KENAPA AZMIN ALI DAN PAPAG...

KE ARAH MANAKAH NEGARA KITA KINI?

 MOHD MUKHLIS

Orang kata kalau time puasa ini jangan berpolitik nanti kurang pahala. Tapi macam mana kita boleh senyap kalau ekonomi makin teruk, ramai yang kena buang kerja, makin banyak gerai tumbuh bak cendawan tapi pembeli semua kurang, yang ada kuasa lepas tangan bagi negara jalan atas auto pilot. Pelabur lari, conference perubahan iklimpun kena sisih, apalah lagi ujian Allah nak bagi akibat dari pengkhianatan dan sertuan agawaman su'.

Kalau itulah cakna bab kemanusiaan pun di kira sebagai berpolitik waktu berpuasa, biarlah orang kata kurang pahala puasa sekalipun, kerna syurga itu bukan milik orang berkuasa dan kaya raya, tapi neraka itu sudah pasti memanggil mereka yang berkhianat dan melanggar perjanjian.

 

GINO MARVELA

Selamat menyambut ramadhan kpd kalian di sini. Tenang & aman apabila tidak berkarya seketika. Ada 3 perkara yg perlu di sampaikan.

1) Pertamanya kita sdg berusaha utk buka jalan melalui sang kuning. Ya benar, mereka bukan endah pun apa yg rakyat utarakan kepada umum. Nak suruh buka parlimen ja pun susah. Marah mcm mana rakyat pun dok buat pekak ja, tenang ja di sana pasai semua cara hidup dr hujung rambut & hujung kuku kaki terjamin. Harap mereka sedar akan peranan dan masalah kritikal yg melanda ekonomi negara.

2) Keduanya, sehari dua lepas mp Pagoh sdra Mahiaddin itu kata negara dh tidak ada wang & telah belanjakan RM600bilion ekoran situasi covid19.

Nak ada duit mcm mana, pelabur masuk pun puak tebuk atap pi sekat kunun kata pelabur yg di pilih (selective) saja layak masuk. Kemudian dgn segala perjanjian yg di meterai... cukup sangat berani guna pintu belakang guna Amla kununnya pengubahan wang haram.

Dan yg paling menyampah kami dengar, pihak pelabur di luar sana nyatakan Miti yg di pegang oleh sdra Azmin meletakkan syarat setiap kemasukan wang pelabur hanya akan di beri kelulusan bayaran keluar 10% berdasarkan kos kerja secara berkala.

Contohnya, kalau pelabur bawa masuk RM10bilion untuk buat projek pembangunan... kerajaan akan luluskan bayaran kewangan pelabur itu sendiri 10% berdasarkan progres kerja. Kemudian progres kerja capaai 20%, kerajaan luluskan lagi 10% pengeluaran.

Haramjadah apa yg kerajaan tebuk atap ni buat ?

Duit pihak pelabur asing sendiri, duduk di perbankan yg masuk melalui BNM... nak luluskan duit keluar milik mereka sendiri 10% berdasarkan setiap kali progres kerja ? Hoiii mangkuk, itu bukan dana kerajaan nak bayar kontraktor tempatan. Itu wang milik pelabur itu sendiri.

Dah tahu Malaysia kekurangan wang, yang hampa buat sekatan demi sekatan tu buat apa ?

Ya ada tesis journal mengatakan Malaysia negara pilihan pelabur. Perangkaan itu hanya bersifat sementara, sebaik saja sumber kewangan mereka mula masuk... kebanyakan antara mereka serta merta mula menyedari ketidakbijakan tebuk atap yg menyusahkan mereka di mana akhirnya mengalihkan ke negara jiran.

Rasuah adalah sebahagian kanser yg merebak lebih parah di zaman tebuk atap memerintah. Itu adalah fakta & salahsatu faktor yg nyata.

3) Ketiga, hal audio itu kalau benar pun bukanlah masalah besar sangat. Benar @ tidak itu urusan Anwar & Zahid yg perlu jawap.

Pokok utama yg kami sedia maklum ialah sdra Anwar sdg berusaha mengumpulkan sokongan utk persembahkan kpd MRR agar Parlimen itu di buka. Penjajaran yg pertama, ya suatu ketika beberapa bulan lepas Anwar berusaha utk ambil semula pentadbiran dr tebuk atap. Itu pun setelah saranan dari DAP & Amanah kpd Anwar utk berunding dgn sesiapa jalankan agenda. Ketika berunding, hat 2 orang yg jaga teloq tadi buleh pula bising dan serang kembali.

Itu yg GM tak berapa faham. Dia dh suruh, dah buat kenyataan media... pusing balik serang. Lani Mahathir dh mula cakap bukan2 pd DAP...baru dok tersedar koma.

Bukan sekali dua kami cakap PH yg ada Keadilan, Parti Tindakan Demokratik & Amanah ini perlu bersama kukuhkan dlm satu gabungan. Apabila 3 pimpinan dh kembali bersama, masih ada lg beberapa pimpinan bawahan yg berseteru kpd Mahathir cukup anti kpd usaha yg Anwar lakukan.

Banyak kali dh kata, kali ini PH yg lead. Bukan org yg takda parti & ranting itu yg nak lead sampai abg jamil mampoih! Description: 😒

Jika mereka yg tidak berparti nak masuk, mereka perlu terima syarat dan konsensus PH. Bukan sebaliknya berlaku. Menggelarkan abg besar itu tidak sepatutnya berlaku saat 2 pihak lg asyik dok pegang teloq yg di picit pihak lain. Buat kerja taknak, arahkan org lain kemudian serang balik pasai tak ikut keinginan hatinya. Pi lah jumpa YDPA & MRR usulkan Parlimen di buka... bukan cakap berdegar dalam media sosial & serang pimpinan lain dalam gabungan parti politik yg dirinya anggotai sendiri.

Cukup setakat ini dahulu...

Yang berkarya:

Gino Marvela

aka Gin Marvel.