KE ARAH MANAKAH NEGARA KITA KINI?

 MOHD MUKHLIS

Orang kata kalau time puasa ini jangan berpolitik nanti kurang pahala. Tapi macam mana kita boleh senyap kalau ekonomi makin teruk, ramai yang kena buang kerja, makin banyak gerai tumbuh bak cendawan tapi pembeli semua kurang, yang ada kuasa lepas tangan bagi negara jalan atas auto pilot. Pelabur lari, conference perubahan iklimpun kena sisih, apalah lagi ujian Allah nak bagi akibat dari pengkhianatan dan sertuan agawaman su'.

Kalau itulah cakna bab kemanusiaan pun di kira sebagai berpolitik waktu berpuasa, biarlah orang kata kurang pahala puasa sekalipun, kerna syurga itu bukan milik orang berkuasa dan kaya raya, tapi neraka itu sudah pasti memanggil mereka yang berkhianat dan melanggar perjanjian.

 

GINO MARVELA

Selamat menyambut ramadhan kpd kalian di sini. Tenang & aman apabila tidak berkarya seketika. Ada 3 perkara yg perlu di sampaikan.

1) Pertamanya kita sdg berusaha utk buka jalan melalui sang kuning. Ya benar, mereka bukan endah pun apa yg rakyat utarakan kepada umum. Nak suruh buka parlimen ja pun susah. Marah mcm mana rakyat pun dok buat pekak ja, tenang ja di sana pasai semua cara hidup dr hujung rambut & hujung kuku kaki terjamin. Harap mereka sedar akan peranan dan masalah kritikal yg melanda ekonomi negara.

2) Keduanya, sehari dua lepas mp Pagoh sdra Mahiaddin itu kata negara dh tidak ada wang & telah belanjakan RM600bilion ekoran situasi covid19.

Nak ada duit mcm mana, pelabur masuk pun puak tebuk atap pi sekat kunun kata pelabur yg di pilih (selective) saja layak masuk. Kemudian dgn segala perjanjian yg di meterai... cukup sangat berani guna pintu belakang guna Amla kununnya pengubahan wang haram.

Dan yg paling menyampah kami dengar, pihak pelabur di luar sana nyatakan Miti yg di pegang oleh sdra Azmin meletakkan syarat setiap kemasukan wang pelabur hanya akan di beri kelulusan bayaran keluar 10% berdasarkan kos kerja secara berkala.

Contohnya, kalau pelabur bawa masuk RM10bilion untuk buat projek pembangunan... kerajaan akan luluskan bayaran kewangan pelabur itu sendiri 10% berdasarkan progres kerja. Kemudian progres kerja capaai 20%, kerajaan luluskan lagi 10% pengeluaran.

Haramjadah apa yg kerajaan tebuk atap ni buat ?

Duit pihak pelabur asing sendiri, duduk di perbankan yg masuk melalui BNM... nak luluskan duit keluar milik mereka sendiri 10% berdasarkan setiap kali progres kerja ? Hoiii mangkuk, itu bukan dana kerajaan nak bayar kontraktor tempatan. Itu wang milik pelabur itu sendiri.

Dah tahu Malaysia kekurangan wang, yang hampa buat sekatan demi sekatan tu buat apa ?

Ya ada tesis journal mengatakan Malaysia negara pilihan pelabur. Perangkaan itu hanya bersifat sementara, sebaik saja sumber kewangan mereka mula masuk... kebanyakan antara mereka serta merta mula menyedari ketidakbijakan tebuk atap yg menyusahkan mereka di mana akhirnya mengalihkan ke negara jiran.

Rasuah adalah sebahagian kanser yg merebak lebih parah di zaman tebuk atap memerintah. Itu adalah fakta & salahsatu faktor yg nyata.

3) Ketiga, hal audio itu kalau benar pun bukanlah masalah besar sangat. Benar @ tidak itu urusan Anwar & Zahid yg perlu jawap.

Pokok utama yg kami sedia maklum ialah sdra Anwar sdg berusaha mengumpulkan sokongan utk persembahkan kpd MRR agar Parlimen itu di buka. Penjajaran yg pertama, ya suatu ketika beberapa bulan lepas Anwar berusaha utk ambil semula pentadbiran dr tebuk atap. Itu pun setelah saranan dari DAP & Amanah kpd Anwar utk berunding dgn sesiapa jalankan agenda. Ketika berunding, hat 2 orang yg jaga teloq tadi buleh pula bising dan serang kembali.

Itu yg GM tak berapa faham. Dia dh suruh, dah buat kenyataan media... pusing balik serang. Lani Mahathir dh mula cakap bukan2 pd DAP...baru dok tersedar koma.

Bukan sekali dua kami cakap PH yg ada Keadilan, Parti Tindakan Demokratik & Amanah ini perlu bersama kukuhkan dlm satu gabungan. Apabila 3 pimpinan dh kembali bersama, masih ada lg beberapa pimpinan bawahan yg berseteru kpd Mahathir cukup anti kpd usaha yg Anwar lakukan.

Banyak kali dh kata, kali ini PH yg lead. Bukan org yg takda parti & ranting itu yg nak lead sampai abg jamil mampoih! Description: 😒

Jika mereka yg tidak berparti nak masuk, mereka perlu terima syarat dan konsensus PH. Bukan sebaliknya berlaku. Menggelarkan abg besar itu tidak sepatutnya berlaku saat 2 pihak lg asyik dok pegang teloq yg di picit pihak lain. Buat kerja taknak, arahkan org lain kemudian serang balik pasai tak ikut keinginan hatinya. Pi lah jumpa YDPA & MRR usulkan Parlimen di buka... bukan cakap berdegar dalam media sosial & serang pimpinan lain dalam gabungan parti politik yg dirinya anggotai sendiri.

Cukup setakat ini dahulu...

Yang berkarya:

Gino Marvela

aka Gin Marvel.

 

 

'BUANG SAJA MENTERI, DUTA BERTARAF MENTERI YANG MAKAN GAJI BUTA'

 


BOB KELANANG


Rata-rata rakyat Malaysia menyarankan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) ‘membuang’ menteri dan timbalan menteri yang terlalu ramai tetapi tidak berguna.,

Kecaman warganet itu ekoran pengakuan Perdana Menteri bahawa negara sudah tidak mempunyai banyak wang.

Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kerajaan terpaksa membelanjakan wang bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Sehubungan itu, ramai yang mengaitkan pembaziran banyak wang negara akibat saiz XXL

Kabinet Muhyiddin dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri iaitu 70 orang keseluruhannya termasuk Perdana Menteri.

Malah, barisan Kabinet yang diumum Muhyiddin pada 9 Mac 2020 menyaksikan ada kementerian ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditugaskan kepada seorang menteri sudah dipecahkan kepada tiga.

“Buang saja Menteri dan Duta bertaraf Menteri yang makan elaun buta. Membazir duit rakyat saja,” selar pengguna Facebook, Saili Ismail.

Hal sama ditegaskan Zaha Dzul yang berpendapat peruntukan untuk membantu rakyat berdepan Covid-19 tidak seberapa jika dibandingkan belanja bagi menampung gaji puluhan ribu ringgit bagi seorang menteri.

“Menteri terlalu ramai dengan gaji puluhan ribu tapi tidak buat kerja. Itu sebab duit kerajaan makin susut. Bantu rakyat dan menghadapi Covid-19 itu tidak seberapa pun.

“Kalau sudah tak mampu nak uruskan kewangan negara berhenti saja jadi PM dan kerajaan bagi kepada mereka yang mampu mentadbir serta menguruskan kewangan negara,” sarannya.

Kerja bermatian

Sementara itu, Chew Kok Ming menganggap rakyat biasa yang terpaksa berhempas pulas mengumpul pendapatan berbanding menteri PN yang dilihat tidak membawa ramai pelabur ke negara ini.

“Bukan ada menteri dah bawa ramai pelabur? Apa mereka buat di luar negara? Semua boleh pergi cuti di luar.

“Yang tidak pergi cuti, tidur di rumah dengan gaji buta. Kita rakyat Malaysia yang kerja mati-mati untuk cari rezeki keluarga,” luahnya.

Untuk rekod, PN dengan banyak jawatan perlu diberi kepada parti komponen kerajaan turut menyaksikan tiga menteri memegang portfolio hampir sama sekali gus lebih tinggi kos ditanggung Putrajaya.

Tidak hairanlah, pernah dilapor kerajaan PN dengan Kabinet bersaiz besar itu perlu membelanjakan hampir RM10 juta setahun berbanding zaman PH kira-kira RM7.4 juta setahun.

Angka itu belum mengambil kira pelbagai jenis elaun yang disediakan seperti keraian dan rumah.

Oleh sebab itu, warganet terutama pengguna Facebook ‘menyerang’ kerajaan PN yang lebih banyak membuang duit kepada menteri-menteri yang sebahagiannya tidak buat kerja yang sepatutnya.

“Kerajaan bayar gaji menteri tidak ada fungsi pun sudah lebih 70 orang. Ada yang tidur. Ada yang bercuti.

“Ada yang tidak buat apa-apa pun tapi taraf menteri terutama sekali parti Islam yang kenyang makan habis keliling. Takdirrr,” seloroh Daniel Akmal.

Turut berkongsikan pandangan, Athar Ali yang menulis, “Sudah tahu tak ada wang, mengapa lantik menteri-menteri Kabinet paling ramai dalam dunia?”



May be an image of 5 people and people sitting


Najib belum diberi bukti berpotensi bebaskannya, walaupun perolehi perintah mahkamah

 

Pendakwa raya AS mendedahkan, Roger Ng mungkin memiliki keterangan yang berpotensi membebaskan Najib Razak daripada pertuduhan berkait skandal 1MDB.

PETALING JAYA: Bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng Kok Wah, mungkin memiliki keterangan yang berpotensi membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak daripada pertuduhan berkait skandal 1MDB, FMT difahamkan.

Perkara ini didedahkan pendakwa raya AS kepada Hakim Margot K Brodie dalam persidangan pada 23 Mac bagi prosiding jenayah terhadap Ng di daerah timur New York.

Dalam sidang tersebut, penasihat undang-undang kerajaan AS memberitahu Brodie, data yang terkandung dalam komputer pelayan Goldman Sachs telah dikeluarkan kepada pihak peguambela Ng, sebagai sebahagian dari proses penzahiran keterangan dalam prosiding jenayah terhadapnya.

Data berkenaan, dipercayai secara asalnya tersimpan dalam sekurang-kurangnya dua telefon bimbit milik bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner, boleh membantu membersihkan nama Najib, kata pendakwa raya.

Leissner menyerahkan alat peranti jenama Blackberry yang digunakan atas tujuan kerja kepada majikannya pada 19 Januari 2016.

Hakim turut diberitahu bahawa Goldman Sachs telah menghapuskan data dari telefon bimbit berkenaan dan menyimpannya dalam komputer pelayan.

Dalam surat bertarikh 12 Mac, firma guaman Brafman & Associates menuduh Goldman Sachs “dilindungi secara aktif oleh kerajaan AS”.

Peguambela Ng dalam surat berkenaan turut menuduh bahawa kerajaan AS sanggup campurtangan “menerusi mahkamah di sebuah daerah lain untuk menghalang Goldman Sachs dan Leissner mematuhi proses perundangan yang diarahkan oleh sebuah mahkamah lain, jelas membuktikan bahawa Goldman Sachs adalah sebahagian pasukan pendakwa raya”.

Menurut peguambela Ng, campurtangan itu adalah permohonan oleh pihak pendakwaan untuk menangguhkan perintah penzahiran keterangan yang berjaya didapatkan Najib daripada Hakim Katherine Parker dari mahkamah daerah selatan New York.

Perintah itu untuk sepina dikeluarkan terhadap Goldman Sachs dan Leissner bagi memperolehi dokumen dan keterangan yang berpotensi membantu Najib dalam pembelaannya terhadap kes jenayah yang beliau hadapi di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun pada 8 Feb, kerajaan AS memohon untuk mencelah dan menangguhkan prosiding penzahiran keterangan, sementara menunggu penyelesaian tindakan undang-undang berasingan terhadap Goldman Sachs, Leissner, dan Ng, serta ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho.

Sehingga kini, sesi pendengaran bagi permohonan kerajaan AS masih belum dimulakan.

Susulan perkembangan kes Ng , Najib mengemukakan untuk campur tangan dalam kes Ng bagi mendapatkan suatu perintah daripada Brodie, yang akan membolehkan peguam Najib mengakses keterangan yang disifatkan peguam sebagai berpotensi bersifat ekskulpatori.

Keterangan bersifat ekskulpatori adalah keterangan yang mampu membebaskan seseorang daripada sesuatu pertuduhan.

Permintaan itu, yang dibantah pendakwa raya AS dan Ng, ditolak Brodie minggu lepas, sekaligus menyebabkan Najib tiada akses kepada keterangan yang mungkin membersihkan namanya, walaupun Ng memiliki keterangan itu.

Ng dan barisan peguamnya dihalang mendedahkan keterangan berkenaan atas perintah Brodie sebelum itu.

Perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersambung 18 Mei ini , dengan 10 saksi dari pihak pendakwaan yang masih memberikan keterangan.

Bekas Perdana Menteri itu berdepan 25 pertuduhan , membabitkan salah guna kuasa ketika menyandang jawatan berkenaan melibatkan dana 1MDB bernilai RM2.6 bilion dan penggubahan wang haram.





JOM TONTON VIDEO : MEWAHNYA ROMBONGAN MENTERI AGAMA NIKAH KAHWIN KE RIYADH YA....SUKA GANG ....



WAH ....superrrrr....mewah juga ya bersama gang gang ke Riyadh. Berapa billion bawa balik....???
atau kemudiannya balik kerajaan kata tak ada duit....oooo kami faham..kami faham...kayangan memang la ada perbezaan dengan marhaen...






 

Azmin tidak perlu kaitan Anwar dengan pengkhianatan - Syed Badli

 


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman menempelak Menteri Kanan Azmin Ali kerana mengaitkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kisah pengkhianatan.

Kata Syed Badli, nama Anwar begitu harum untuk dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral, mengkhianati perjuangan.

"Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semakin tidak waras bila cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kisah pengkhianatan.

"Kelihatan begitu janggal sekali kerana seluruh dunia mengenali Azmin sebagai pemula Langkah Sheraton yang akhirnya mengkhianati Pakatan Harapan.

"Nama Azmin akan terpahat dalam sejarah sebagai Sikitol Moden dan pengkhianat seperti beliau akan kekal dibenci oleh masyarakat.

"Sedangkan rakaman audio yang tular terkait Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Zahid Hamidi hanyalah satu rekayasa jahat untuk menutup kebobrokan kerajaan yang gagal dalam mentadbir negara," katanya mengulas tindakan Azmin baru-baru ini kononnya berupaya mengesahkan suara mantan ketuanya dalam rakaman audio perbulan antara Presiden KEADILAN dan Presiden Umno.

Oleh itu, Syed Badli mengingatkan Azmin agar bermuhasabah diri dan bertaubat dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

"Sebagai salah seorang menteri yang gagal, Azmin seharusnya bermuhasabah diri dan seterusnya berundur dari dunia politik.

"Justeru itu, sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, saya doakan Azmin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan," katanya lagi.

Kelmarin, Azmin berkata, sebagai bekas setiausaha sulit kepada Anwar, beliau yakin audio yang tersebar itu adalah suara Ketua Pembangkang itu.

Malangnya, beberapa pemimpin Pakatan Harapan dan warga net meminta Azmin mengenal pasti audio serta imej dalam 'video kabur' skandal seks di Sandakan yang menggegarkan negara genap 2 tahun lalu.

 

Sarawak sewajarnya berstatus 'negara' bukan 'wilayah' - KEADILAN Sarawak



Perisytiharan Sarawak sebagai sebuah 'wilayah' oleh Kerajaan Persekutuan dianggap retorik semata-mata kerana tidak membawa banyak makna kepada negeri itu.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, perisytiharan tersebut tidak membawa apa-apa keuntungan kecuali mengembalikan taraf 'rakan kongsi setaraf' antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63).

"KEADILAN Sarawak mengajak warga Sabah dan Sarawak mengimbau kembali bahawa Sabah dan Sarawak adalah berstatus 'Negara' sebelum dan semasa menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 pada 9 Julai 1963.

"Semasa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, usul pindaan Perlembagaan Persekutuan seperti keadaan asal Perkara 1(2) untuk mengembalikan hak “equal Partner Sarawak” telah dibentangkan di Parlimen pada April 2019, malangnya tidak lulus kerana kurang 10 undi untuk mendapatkan 2/3, iaitu 148 undi. Kegagalan ini disumbangkan oleh wakil rakyat GPS Sarawak sebanyak 19 orang yang tidak menyokong.

"KEADILAN Sarawak menggesa wakil-wakil rakyat GPS dan Kerajaan Persekutuan untuk membuka Parlimen dan membincangkan usul-usul berkaitan pengisytiharan oleh Perdana Menteri sebagai “wilayah” sebelum kita menerima pengistiharan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Abun lagi, KEADILAN Sarawak agak terkejut dengan penerimaan mentah-mentah pengisytiharan itu oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, baru-baru ini.

Katanya, hal sepenting itu tidak boleh diputuskan oleh Ketua Menteri bersendirian melainkan di bawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu dan dibahaskan.

"KEADILAN Sarawak ingin bertanya kepada Ketua Menteri mengapa beliau menerima mentah-mentah pengisytiharan Perdana Menteri mengatakan Sarawak sebagai “wilayah”?

"KEADILAN Sarawak menggesa agar pengisytiharan sepenting itu dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN), sama ada boleh diterima atau tidak

"Kalau perbahasan belum dilakukan di Parlimen atau DUN Sarawak, maka perisytiharan ini umpama khabar angin yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat Sarawak dan Sabah," katanya.

Bagi Abun, KEADILAN Sarawak tidak boleh menerima perisytiharan wilayah itu kerana tidak membawa apa-apa keistimewaan bersamanya. Tidak sebagaimana terma rakan kongsi setaraf seperti yang diperjuangkan oleh PH dahulu.

"KEADILAN Sarawak belum boleh terima panggilan wilayah ini atas sebab tidak ada keistimewaan-keistimewaan yang turut dijanjikan bersama terma wilayah tersebut.

"Kami mendukung kenyataan awal Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu menyokong status Sarawak tidak sama taraf dengan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia (sebaliknya rakan kongsi Malaysia)," katanya lagi.

Pengumuman Sarawak sebagai wilayah juga dianggap mengelirukan dan dipertikai warganet. Mereka mempersoalkan apakah terma wilayah itu bermaksud sama sebagaimana kewujudan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang boleh meletakkan Sabah dan Sarawak di bawah seliaan Menteri Wilayah Persekutuan.




SAMAKAN DR MUJAHID DENGAN MENTERI NIKAH KAHWIN...INI BALASANNYA

 

MOHD MUKHLIS


Tahun 2019  Nazrul Nazir

samakan Dr Mujahid sebagai Menteri Nikah Kawin, lepas tu kowtow pada China bab Xinjiang.

Tapi hari ni Allah balikkan fitnah dia yang mana dia jadi sendiri pegawai pada Menteri Nikah Kawin a.k.a Menteri Liverpool, yang mana kerja dia pergi jemputan kawin, lepas tu langgar SOP berkali-kali tanpa rasa malu.

Tapi nak tanya, bab Muslim kat Xinjiang dah settle belum? Yela dah mula panggil China abang besar, tak pernah lagi maruah Malaysia sebagai negara berdaulat tunduk pada mana-mana kuasa besar selepas merdeka sampailah pada hari ni di bawah kerajaan Melayu Isley.

Betullah, Allah itu tidak pernah tidur, kebenaran itu lambat laun pasti akan muncul untuk orang-orang yang bersabar..


May be an image of 3 people, people sitting, headscarf and text that says "mn30_201 mn30 201 feeling naughty Bila Mentega a.k.a Menteri Nikah Kahwin berucap backup China Beijing tentang isu Xinjiang, mereka boleh pulak bersangka baik kenyataan Mentega berlapik, suruh faham maksud di sebalik ucapan blablabla. Tapi bila Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bercakap pasal politik beriman budiman, kenapa boleh bersangka baik kenyataan berlapik? Kenapa tak cuba faham maksud sebalik ucapan? Kenapa terus serang sampai salah konteks? Kata parti orang taksub lah walaunta lah, padahal.... Like Comment Send Mohd Hanif Ikhwan and 151 others Mar2 27 2021"





Kes Covid-19 melonjak, 1.5 peratus penduduk terima vaksin

 


Jangkitan Covid-19 melonjak di Malaysia dengan 1,449 kes baharu dilaporkan secara purata setiap hari, lapor Reuters.

Agensi berita yang bertapak di United Kingdom itu berkata, terdapat 31 jangkitan setiap 100,000 orang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh seminggu lalu.

“Terdapat 362,173 jangkitan dan 1,333 kematian berkaitan koronavirus dilaporkan di negara ini (Malaysia) sejak wabak itu bermula,” katanya dalam laporan dikemaskini pagi ini di laman khas Covid-19.

Dalam masa sama, Reuters turut melaporkan Malaysia telah memberikan sekurang-kurangnya 941,200 suntikan dos vaksin Covid-19 setakat ini.

“Dengan mengandaikan setiap orang memerlukan dua suntikan dos, itu sudah cukup untuk memberi vaksin sekitar 1.5 peratus daripada populasi negara,” katanya.

Jelas Reuters, data berkaitan suntikan vaksin itu mengikut jumlah dos vaksin Covid-19 yang diberi bukan jumlah orang yang telah divaksin.

“Sepanjang minggu terakhir yang dilaporkan, Malaysia memperoleh purata 28,502 dos setiap hari. Pada kadar itu, diperlukan 225 hari lagi untuk memberi dos yang mencukupi untuk 10 peratus populasi lagi,” tambahnya.

Untuk rekod, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilancarkan pada 24 Februari lalu menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, jenis Pfizer-BioNTech.








KES MABUK DAH SELESAI DAH KE?

 MOHD MUKHLIS MOH SYARIF


Nak tanya Firdaus Wong Wai Hung, kenapa kes mabuk tak settle lagi zaman kerajaan Melayu Isle? Bukan takat mabuk, sekali dengan kombo lawan arus dan langgar frontliner lagi. Kira level ini islam terancam tak? Atau khadam masih bincang ilmiah demi mencari redha MCA? Sejak angkat wee ka Siong jadi auliya, macam-macam "rahmat" turun dari langit.May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Kluster Mahkamah - Satu Perancangan Grandeur Mastermind

 

MOHD MUKHLID MOHD SYARIF


Saya agak malas nak menulis sebab tak ada apa-apa yang mampu mengubah scenario politik Malaysia sampai PRU15 nanti. Tapi saya tertarik untuk mengulas penulisan seorang pentaksub OT yang cuba membuat naratif buruk tentang Anwar.

Dia bersangka buruk dengan kata kalau Anwar jadi PM, Anwar akan deal dengan Zahid dan Najib untuk membebaskan mereka. Dulu SSST dari utara pun buat fitnah yang sama, siap tuduh Anwar rakus tapi hari ini Allah telah hinakan diri dia sendiri bila segala tuduhan yang dia tuduh berbalik pada diri sendiri. Hari ini bila SSST bersuara sikit sahaja dalam FB terus penuh kecaman dan hinaan. Begitulah balasan Allah bagi mereka yang menjual ayat Allah demi habuan dunia.

Bagi saya kalau Anwar itu korup dan sanggup tunduk pada kuasa, dia boleh sahaja jadi PM tahun lepas, tapi sampai sekarang masih lagi berpegang pada prinsip.

Dia sengaja buat sentimen ini sebab nak pressure Zahid resign atau buat pemilihan UMNO. Jadi bila ini terjadi dapat la depa hijack UMNO dengan install puppet H20 atau Nuar Muso. Inilah perancangan magnum opus mereka dari dulu tapi pandai cover sebab ada boneka yang tolong laksana.

Yang jenis tunggang prinsip demi matlamat ialah OT. Siapa yang trigger krisis kehakiman 1988 sampai Tun Salleh Abbas di anayai? Adakah Anwar yang tunggang institusi kehakiman atau OT?

Dalam politik, hanya 2 orang saya doa semoga terus panjang umur dan lihat kerosakan yang mereka lakukan selama ini. Kedua-kedua mereka ini menpunyai trait yang sama, narsisistik, perasan maksum, pengikut yang taksub , tak pernah mengaku salah dan tak pernah minta maaf atas kesalahan.

Dan bagi orang yang nasisistik macam ini, menjadi tidak releven adalah satu benda yang paling mereka takut sebab itu mereka cuba buat kontroversi untuk tarik perhatian. Yang satu itu kerjanya hanya melaga-laga kan orang lain untuk dapat sokongan, pendek cerita politik kebencian. Dia laga antara kaum untuk dapat sokongan Melayu dan sorang lagi laga agama untuk dapat sokongan Muslim.

Tapi ada baiknya bila dia tuduh DAP exterimis baru LGE nampak perangai sebenar dia. Dia tuduh macam itu untuk dapat sokongan Melayu, tapi bila ada kuasa dia sendiri yang hina Melayu dengan kata orang Melayu malas dan jangan harap bantuan kerajaan.

Bila LGE dah tulis macam itu, nampaknya DAP akan terus kukuh bersama PH dan ini amat penting, sebab itu ketetapan Port Dickson penting untuk PH move forward. Yang paling penting point no 1 ialah melantik Anwar sebagai calon PM.

Siapa yang nak join PH masih terbuka tapi kena ikut semangat reform dan ketetapan rakyat. ( baca kalau UMNO, Warisan atau nak Pejuang nak bersama boleh tapi kena ikut semangat reform otherwise you can go fly kite).

Kluster Mahkamah ni hanya sentimen yang di cipta oleh OT bila orang tu tak nak sokong dia. Zaman Zahid jumpa dia kat rumah waktu langkah Sheraton, tak pula da sebut kluster mahkamah. Bila orang tu tak sokong dia terus label kluster Mahkamah.

Sebab itu trait dia sama dengan Pawang Buaya. Bila dia kafirkan UMNO dulu, dia guna ayat jangan bersama dengan orang zalim. Bila dia bersama dengan UMNO dia guna ayat orang beriman kena bersama.

Pastu bila tulis Mahidin tak cakap dia tak sentuh kes mahkamah, rasa geli pula baca. Kes Takiri, Kes Musa Aman, kes Tender Air Suam semuanya NFA. Ini tak ada beza dengan OT. Zaman OT kes lebai 90 juta pun senyap sebab lebai tunduk bagi sokongan sampai habis penggal.

Pastu sempat lagi bermain sentimen kes liwat ( sungguh low class) padahal semua orang tahu kes liwat itu hanyalah tuduhan politik sebab Anwar tak nak succumb dengan kehendak OT. Itu yang Tun Musa echo, kalau dia lawan OT dia pun akan kena tuduhan seks juga.

Gutter politik ini semuanya berpunca dari OT. Jenis matlamat menghalalkan cara. Itu yang Mahidin ikut. Tunggang semua institusi sama macam OT buat. Bila tak jalan depa main isu dalam kain.

Harapan saya tak banyak PRU15. Kalau PH menang jadi kerajaan adalah satu bonus. Paling penting jatuhkan PN dan pengkhianat, dari geng kitul, bersatu dan juga mastermind PN. Lepas itu kita akan lihat sekor2 menteri PN ini akan beratur jadi kluster mahkamah; dan paling manis kalau di ketuai oleh Palpatine jika dia panjang umur.

 


KAH..KAH..KAH.....LEVEL MENTERI KESIHATAN?

 

Setahun maksimum boleh derma darah 4 kali ( 12 bulan / 3 bulan sekali); jadi kalau nak dapat vaksin awal, kena derma 50 kali darah yang mana paling cepat dalam masa 12 tahun setengah.

Cerdik menteri air suam kita, ini yang SSST kata kerajaan Melayu Isle dapat rahmat.


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


 May be an image of 1 person and standing




MU FAHAM KE TIDAK NIH?

 

Masalahnya wahai lebai Hadi, kerajaan tebuk atap yang kamu sokong

 itu langsung tiada majoriti. Bukan isu majoriti besar atau kecil. Mu tau

 ke tak ni Hadi??


W.FAUDZIN

May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini MEDIAO PRESIDEN 1EO BERITA Hadi: Apa guna k'jaan majoriti besar jika tiada integriti?"



DEMI PERMATANG PAUH. - SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

 May be an image of ‎1 person, headscarf and ‎text that says "‎2021 ١٤٤ ជាជ PAUH رمضك RAMADHAN KAREEM Selamat menyambut Ramadhan dengan seribu keberkatan Ikhlas Daripada, NURUL IZZAH ANWAR AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH‎"‎‎

Marhaban Ya Ramadhan! 🌙
Dengan limpah inayahNya, Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Kita telah melalui Ramadhan pasca pandemik yang amat berbeza, namun harus kita syukuri - dipinjamkan usia bagi meraikan dan melasanakan ibadah tahun ini.
Teruskan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. InshaAllah, semoga sinar baharu akan kembali semula dalam negara kita.
Selamat menunaikan ibadah puasa 1442H.
Mudah-mudahan segala amal ibadat kita diterima di sisi Allah SWT. Amin YRA.
Ikhlas,
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Permatang Pauh



Asmuni diterima mengadap Sultan Perak

 


Asmuni diterima mengadap Sultan Perak


Pagi ini saya mengadap ke bawah DYMM Tuanku Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghrfur-lah di Istana Perak Changkat Persekutuan.

Alhamdulilah banyak perkara untuk kebaikan rakyat Perak yang di bincangkan selama hampir 2 jam dengan DYMM Tuanku.Menjunjung kasih Tuanku Sultan di atas perkenan menerima mengadap patik pada hari ini.

Asmuni Awi



Yb Fadhli Shaari tak malukah sibuk dengan budu, etok tetapi parlimen ter...

Penerangan Isu Isu Semasa Bersama Zaharin Mohd Yasin

KENAPA SIASATAN AUDIO LIBATKAN PM AMBIL MASA TERLALU LAMA?



 Rakyat masih tertanya tanya ketulenan audio rakaman Perdana Menteri yang sudah lama viral.

FB pro Tun M paling awal memuat naik satu rakaman mirip suara PM. Rakaman itu katanya dibuat dalam mesyuarat MPT PPBM pada 23.2.2020 sebelum kejatuhan PH.

Pada 23.7.2020, SPRM telah hantar laporan awal kepada Peguam Negara. Rakaman audio mirip suara PM itu menjanjikan jawatan untuk mereka yang menyertai BERSATU.

Jawatan yang disebut ialah Menteri atau GLC. https://www.malaysiakini.com/news/535745

Datuk Azam Baki kata, SPRM akan siasat dua perkara. Pertama keaslian rakaman dan kedua apakah yang dijanjikan itu satu kesalahan.

Dalam rakaman itu, suara mirip PM berkata:….

“dan kita bagi jawatan. Tak jadi menteri, jadi chairman of GLC”.

Cara melantik menteri menteri dari UMNO memang menimbulkan kontroversi. Ia sama sekali tidak dibincang dan tidak mengikut hiraki parti UMNO.

Maka perlantikan itu dilihat ada muslihat politik. Hingga ke hari ini terdapat seorang dua kluster Menteri bertindak macam jurucakap PPBM.

Sudah hampir setahun rakyat menunggu penjelasan SPRM dan PDRM mengenainya. Kenapa terlalu lama. Jangan senyap begitu sahaja.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO

12 April 2021.




Pas Bakal Tewas Di Ganu? UMNO Menang Besar Tanpa Pas dan BERSATU?



Datuk Husam Musa mengulas tentang soalan hadirin mengenai nasib Kerajaan Pas di tiga negeri selepas PRU Ke15. Beliau juga mengulas bagaimana peluang UMNO untuk bangkit semula walaupun tanpa kerjasama daripada Pas dan PPBM.






Mana hasil siasatan klip audio kaitkan Muhyiddin, Puad tanya SPRM, polis

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata, pelantikan menteri dari Umno mencetuskan kontroversi kerana ia tidak mengikut hierarki parti dan tiada perbincangan dibuat mengenainya.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi meminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan hasil siasatan rakaman audio mengaitkan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin yang tular pada Mei tahun lalu.

Dalam klip tersebut, Muhyiddin didakwa menjanjikan jawatan kerajaan untuk menarik pemimpin Umno menyertai parti itu.

“Sudah hampir setahun rakyat menunggu penjelasan SPRM dan polis mengenainya. Kenapa terlalu lama? Jangan senyap begitu sahaja,” kata Puad dalam catatan Facebook.

Julai tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan berkata, agensi anti-rasuah itu menyerahkan laporan awal siasatan kes itu kepada Jabatan Peguam Negara dan sedang menunggu arahan lanjut.

Kata beliau, siasatan dibuat mengenai kesahihan rakaman audio itu dan sama ada apa yang dikatakan dalam klip itu satu kesalahan atau sebaliknya.

Klip audio berkenaan didakwa dirakam ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM pada 23 Feb tahun lalu, sehari sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi parti itu.

Susulan itu, PPBM meninggalkan Pakatan Harapan, sekali gus mencetuskan krisis politik negara yang akhirnya mendorong Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Fuad berkata lebih lanjut dalam catatannya di Facebook hari ini, pelantikan menteri dari Umno mencetuskan kontroversi kerana ia tidak mengikut hierarki parti dan tiada perbincangan dibuat mengenainya.

“Pelantikan itu dilihat ada muslihat politik,” kata beliau.





Mat Sabu: Sistem Negara Sudah Kucar-Kacir, Negara Dalam Keadaan Kelam Ka...