Kita hampir mengetahui bila tarikh PRU15
NORMAN RADZUAN

PH, UMNO dan Bersatu mendesak..siapa terdesak?
UMNO DESAK DAN TERDESAK
PH desak kerajaan buka Parlimen, UMNO desak MPnya letak jawatan,
Bersatu desak UMNO bersama PN dan Menteri UMNO desak pemilihan parti. Dalam
desakan ini siapa sebenarnya terdesak?
Pastinya PH kini fokus kpd PRU15... itu adalah arahan terbaru DS
Anwar utk tidak mengharap lagi pada SD. Maksudnya PH hanya mendesak dan bukan
terdesak dlm situasi skg.
Kini UMNO yg dilihat terdesak. Siapa sangka parti ulung yg
bertahan lebih 60 tahun ini kini mendesak tak terdesak. UMNO mendesak Menteri
dari MPnya meletakkan jawatan manakala Menteri MPnya desak UMNO diadakan segera
pemilihan parti.
Ini kali ketiga saya menulis bahawa PRU15 hanya akn berlaku
selepas UMNO 'dihijack'. Muhyiddin dan Azmin tidak sebodoh itu mengadakan PRU
tanpa melakukan sesuatu utk merampas UMNO menerusi Hishamuddin & Co.
Muhyiddin dan Azmin tahu tanpa grassroot dan penyokong UMNO
mereka tidak mampu membentuk kerajaan sekali lagi. Muhyiddin dan Azmin tahu
pembentukkan kerajaan PN ini adalah kerajaan 'palsu'. Hanya 18 Parlimen dari
PAS yg dianggap tulen dan yg lainnya adalah mencuri dari pengundi PH dan BN.
Kita tidak menyangka UMNO yg dianggap unsinkable kini menjadi
sebuah parti yg lemah. UMNO sendiri tidak yakin utk bertanding sendirian atas
nama BN bersama MCA & MIC jika tidak bersama PAS. Disebabkan itu walaupun
PAS telah mengistiharkan parti itu bersama PN... UMNO tetap menjadi seperti
peminta sedekah utk bersama PAS.
UMNO juga seperti sudah tidak dipeduli lagi oleh parti2 dari
Sabah dan Sarawak. Lebih mengejutkan MIC sendiri sudah berani mengugut UMNO.
UMNO bila hilang kuasa parti2 komponennya meninggalkan mereka. Lebih mengaibkan
apabila MP mereka sendiri tidak pedulikan arahan Presiden mereka sendiri.
Pada firasat saya... Zahid dan Najib akn dipadamkan karier
politik mereka utk memudahkan UMNO dihijack. Apabila jawatan Presiden hilang
kerana kes mahkamahnya dijatuhkan hukum... maka modus operandi meng'hijack'
UMNO lebih mudah.
Bergemarlah kembali slogan 'Perpaduan Melayu' utk menghalalkan
kerjasama Bersatu/PAS/UMNO. Bersatu akn terus menjadi Tuan kpd UMNO utk tempoh
seterusnya. Namun ada beberapa persoalan jika ia berlaku...
a) Jika UMNO berjaya dihijack ada dua kemungkinan berlaku....
Pertama kerajaan yg ada akn terus kekal sehingga berakhir tempoh
PRU14 iaitu 2023. Kedua...PRU akn paling awal penghujung tahun ini.
b) Persoalannya apa jadi jika Nov baru berlaku pemilihan parti (
UMNO ) sdgkan Darurat akn berakhir pada Ogos ?
Tidak mustahil Darurat akn bersambung sehingga pemilihan parti
UMNO berlaku. Bagaimana dgn Belanjawan 2022... saya tidak pasti dari sudut
undang2 Darurat bagaimana.
Jadi tidak perlu lagi kita berteka teki bila tarikh PRU15.
Selagi UMNO tidak di'hijack' jgn bermimpi ia berlaku. PN tidak akn mampu menang
tanpa UMNO.
c) Persoalannya pula adakah PN sukar ditewaskan jika ada
gabungan 3 parti tersebut?
Sememangnya sukar tetapi tidak mustahil berlaku undi sabotaj
dari akar umbi UMNO yg merasakan parti itu telah menjadi 'hamba' kpd Bersatu.
PN boleh menghijack UMNO tetapi belum tentu mereka boleh hijack pengundi UMNO.
Sebab itu saya katakan PRU jika berlaku paling awal Dis atau
tahun hadapan. Ini kerana PN perlu penjenamaan 'Perpaduan Melayu' itu benar dpt
didoktrinkan ke pemikiran Melayu UMNO di kampung2 utk bersama mereka.
Tapi hati kecil saya berkata jika dpt dihijack kemungkinan besar
Muhyiddin akn pertahankan kerajaan PN sehingga 2023. Atas alasan Muhyiddin dan
Azmin tidak mempercayai PAS dan UMNO walaupun jawatan dan kuasa telah diberi.
Rentetan dari situasi politik terkini... yg mendesak dan
terdesak adalah UMNO sendiri. Yg tenang PH dan yg akn senang lenang parti lebai
dan Sarawak.
KENALI BUAYA POLITIK SEBENAR.....NI LA...LEBAI FATWA.
MAN TOBA
Baru you all nampak, perpaduan Ummah hanyalah tagline yg
digunakan untuk mengabui mata rakyat.
Sebenarnya, ia adalah mengenai perebutan kuasa dan wang ringgit
oleh tokoh-tokoh Melayu yg pada awalnya melaung-laungkan agar umat Islam
bersatu.
Akhirnya, DAP juga yg akan dipersalahkan walaupun yg merebut
kuasa adalah orang Melayu dan yg menyamun pun orang Melayu.

AWALNYA ANNUAR MUSA BERKEMPEN..??
BOB KELANANG
Maaf cakap la... Ahli Parti UMNO memang bodoh... itu memang
kenyataan... bayangkan punya la depa cuba angkat pengkhianat parti untuk kekal
jadi pemimpin utama UMNO... pengkhianat yang pentingkan diri sendiri DAN
bukannya kepentingan parti...
Pengkhianat macam Annuar Musa yang sekarang ni dah mula
berkempen untuk kerusi pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO... https://m.malaysiakini.com/news/569003
Giler aaa... Annuar Musa sudah xder jati diri UMNO... lagi mau
sembang kononnya dia bakal pembesar baru UMNO... memang patut la dia ni
disingkirkan awal...
Tapi adakah ahli UMNO bersedia untuk betulkan kembali otak
depa?? Aku rasa tak... UMNO dengan duit mana boleh berpisah... Sure Annuar Musa
akan tabur wang banyak pada masa pemilihan nanti... apa susah... Muhyiddin
Yasin sure akan bantu Annuar Musa menang jawatan Presiden UMNO... duit xder hal...
small matter...
Yang penting darurat mesti sampai Ogos paling kurang... supaya
nak cekau duit jadi senang...
Muhyiddin Yasin apa dis kira... janji dia kekal pegang
jawatan... DAN seterusnya memperkukuhkan kedudukan politiknya... Azmin Ali pun
sama... sure akan bekap Annuar Musa...
Aku harap ahli UMNO boleh guna otak depa dan lihat apa benda
yang berlaku...

KAH....PERANGAI UMNO TAK BERUBAH...KALAH PUN SERABUT LAGI
HAMZAH RIE NA
Riuh rendah pung pang pung pang dlm dewan cakap pasal maruah,
silat gayung silat pulut..
Akhirnya tidak ada keberanian nak lepaskan jawatan didalam GLC..
Kalau letak jawatan nak makan apa ??!

OWHHH SIAPA HALANG KAMI...JADI YAHUDI....KAH....FATWA KE LAUT
Masa tengah susah selepas jadi kera sumbang, dapat berkawan
dengan Umno, cukup marah dia kalau siapa halang penyatuan Umno-Pas yang digelar
oleh Us Nasarudin Daud sebagai 'pengat taik' itu. Sanggup cop orang sebagai
Yahudi.
Hebat
!!
Tapi...bila dapat kesenangan, dapat kuasa sikit jadi duta khas
melalui kerajaan tebuk atap, siapa 'kekasih' Hadi sekarang? Di mana Umno di
mata Hadi? Sekarang ni, kalau sesiapa halang penyatuan Pas dan Bersatu/PN,
bukan setakat Yahudi lagi, mungkin Firaun atau Toghut kot....
Itulah lebai yg Umno mesti kenali....

UMNO CUMA RIUH SAHAJA, KATA KHALID SAMAD
RENTASAN 859 | GEMPAR!!! MOTIF SEBENAR KERAJAAN MUHYIDDIN ISYTIHAR DARUR...
KAH...NAK MENIPU PUN INGAT WALAUN KOT
AHMAD SHHRIL
Ko buat lawak apa ni
taki.....tak habis nk menipu rakyat...woiiii....mangkuk tingkat YDP Agung
bertitah blh adakan sidang parlimen.....guna alasan faktor umur data dan sains
konon....pirah,kerajaan tak pernah lari laksanakan sidang parlimen konon..nk
kata mabuk beer,beer dah tak memabukkan kata nuor musa...

NAK GUNA MODAL APA PADA PRU 15 NANTI ?
BABA KETITIR
parti isley nak buat modal
PRU ke neelofa
dah habis modal
RUU355 tak boleh nak jual
hudud tak boleh nak jual
PRU nanti apa lagi lobai nak jual
tak kan nak guna neelofa buat
modal tanya tanya walaun

Tempoh darurat lebih panjang? soal Guan Eng

PETALING JAYA: Pewartaan Ordinan Darurat baharu yang membenarkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa perlu melepasi Parlimen semasa tempoh darurat adalah petanda tempoh darurat berkemungkinan berlanjutan melangkaui 1 Ogos, kata Lim Guan Eng.
Bekas menteri kewangan itu menyifatkan pewartaan ordinan baharu itu sebagai satu jenaka “April’s Fool” yang kejam terhadap demokrasi dan sesuatu yang tidak perlu sekiranya darurat berakhir seperti dijadualkan.
“Kelulusan Parlimen bagi belanjawan tambahan boleh ditangguhkan mengikut undang-undang sehingga akhir tahun ini.
“Ini bermaksud segala belanjawan tambahan untuk perbelanjaan tambahan yang dibuat masih dapat diluluskan oleh Parlimen ketika darurat berakhir dan Parlimen dibuka semula selepas 1 Ogos 2021,” kata setiausaha agung DAP itu.
Beliau turut menyoal sama ada dengan “memancung” kuasa kewangan Parlimen, perdana menteri membayangkan darurat dan penggantungan Parlimen akan dilanjutkan melepasi 1 Ogos 2021.
Ordinan itu menghapus kebertanggungjawaban yang diberikan oleh Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Bagan itu, dengan menyebut pengurangan anggaran Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-KOM) daripada RM85.5 juta menjadi RM40.5 juta semasa perbahasan belanjawan yang lalu sebagai contoh pentingnya wacana dan perbahasan.
Katanya, jika dana tambahan memang diperlukan untuk memerangi Covid-19, tidak ada keperluan untuk memintas Parlimen kerana pembangkang kemungkinan menyokong peningkatan perbelanjaan tersebut.
“Tanpa pengawasan Parlimen, ada risiko tinggi bahawa setiap perbelanjaan baharu yang dibuat oleh kerajaan ini tidak akan dipertanggungjawabkan dengan baik, terutama bagi memastikan ia memberi manfaat kepada rakyat dan bukannya kroni.”
Panas! Najib tempelak menteri UMNO, reka pelbagai alasan, nak terus kekal sebagai menteri

April 1, 2021
Keputusan muktamad dalam PAU ialah untuk tidak bertanding bersama PPBM, Anwar dan DAP pada PRU15 dan memberi mandat kepada presiden dan MKT UMNO untuk tentukan masa tarik diri sokong PN.
Sebab itu, tiada keperluan untuk menteri-menteri UMNO letak jawatan selagi MKT UMNO belum putuskan tarik diri secara rasmi dan arahkan pemimpin UMNO untuk letak jawatan dalam kerajaan.
Ini terpulang kepada presiden dan MKT. Saya bukan lagi presiden atau ahli MKT.\
Namun, jika keputusan menteri UMNO untuk tidak letak jawatan adalah untuk bertanggung jawab kepada Rakyat agar imej UMNO tidak tercalar maka ada keperluan untuk mereka tidak lagi membisu apabila kerajaan membuat keputusan tak masuk akal yang jelas membelakangi atau merugikan Rakyat.
Antaranya termasuk:
1. Parlimen tidak bersidang sepanjang darurat dengan alasan bahawa terlalu ramai orang tua dalam dewan walaupun YDPA titah parlimen boleh bersidang dalam masa darurat.
Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang menggantungkan perlembagaan dan parlimen dengan alasan untuk membendung Covid.
2. Menangguhkan Undi18 ke Sept 2022 (iaitu 3 tahun 2 bulan selepas diluluskan sebulat suara dalam parlimen) dengan alasan SPR di bawah kerajaan perlu mendapat kerjasama dari JPN di bawah kerajaan.
(Bab ini, saya berpuas hati apabila membaca hasrat menteri KBS Reezal Merican dengan sokongon menteri sains Khairy akan membawa isu ini ke kabinet untuk asingkan proses Undi18 dengan pendaftaran automatik. Ini bermakna pengundi umur 18 tahun sekurang-kurangnya boleh mendaftar secara kendiri sebagai pengundi sebagaimana pemilih-pemilih lain walaupun pendaftaran belum lagi automatik.)
3. Ordinan darurat mengejut semalam yang mengetepikan kelulusan parlimen dan memberi kuasa untuk berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet dalam tempoh darurat.
Mana wujudnya negara demokrasi dalam dunia di mana kerajaan tidak perlu bertanggung jawab pada parlimen dalam hal perbelanjaan kerajaan?
4. Membawa usul ke parlimen untuk naikkan sekali lagi had hutang kerajaan apabila nisbah hutang sebanyak 62.2% pada akhir tahun 2020 sudah cecah paras 60% (yang dinaikkan dari 55% oleh kerajaan PN dalam parlimen pada bulan Ogos lalu) agar kerajaan tidak melanggar undang-undang sendiri.
5. Membatalkan projek HSR KL-Singapura dan menggantinya dengan projek HSR KL-JB yang kosnya agak sama. Akibatnya, kerajaan telah membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura dan menjejaskan keuntungan projek buat selamanya.
6. Menjual syarikat semikonduktor terbesar Malaysia kepada syarikat gabungan 60-40 Syarikat-China dalam masa darurat dan pada ketika industri semikonduktor dunia sedang berkembang pesat dengan harga RM273 juta. Duit dari penjualan ini tak cukup pun untuk membiayai kos pampasan RM320 juta kepada Singapura.
Jangan beri alasan nak bertanggung jawab pada Rakyat dan tidak mahu mencalar imej UMNO jika masih membisu tentang perkara-perkara di atas yang jelas salah.
Najib Razak

Pemuda UMNO dakwa Bersatu pujuk MCA dan MIC keluar BN

“Apabila kita telah bersama membentuk kerajaan PN, pada satu ketika mereka menarik (MCA dan MIC) di belakang Umno.
“Untuk menarik MIC ke ke dalam PN. Kita tahu, umum tahu… Mungkin ada sikit kekhilafan prosesnya, dan MIC menarik diri.
“MCA juga beberapa kali, saya rasa dua tiga kali kali dipujuk untuk memasuki PN di belakang Umno,” kata exco pergerakan itu Fadzmel Fadzil.
Fadzmel berkata demikian dalam program webinar bertajuk ‘Senario Politik Selepas Perhimpunan Agung Umno’, yang dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Fadzmel mewakili Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri mesyuarat parti.
Ahli panel lain ialah Naib Ketua Pemuda MCA Chua Hock Kuan dan Setiausaha Agung Gerakan Mak Kah Keong, dengan ketua eksekutif KLSCAH Ooi Heng sebagai moderator.
Ooi kemudian bertanya kepada Chua berkaitan dakwaan Fadzmel.
“Saya tidak dipujuk. Saya tidak tahu. Saya di tengah sahaja,” kata Chua.
Ketua MCA Kelantan itu berkata bahawa majlis jawatankuasa pusat MCA telah pun membuat keputusan untuk kekal bersama BN dan akan menggunakan logo gabungan itu pada PRU15.
Pada Ogos tahun lepas, MIC mengambil keputusan tidak menyertai PN.
Dalam perhimpunan agung Umno minggu lalu, beberapa pemimpin termasuk presiden parti Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, mendakwa bahawa Bersatu cuba memikat dan memberi rasuah kepada pemimpin Umno.
Sementara itu, mengenai Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15 yang akan datang, Chua berkata bahawa keputusan itu pasti akan mempengaruhi hala tuju BN pada masa akan datang.
“Pada saya keputusan yang Umno buat boleh dibuat, namun untuk BN, keputusan itu perlu balik kepada majlis tertinggi BN.
“Kalau dulu (kami) bertanding di bawah BN dan BN membuat keputusan en-bloc menyokong dan mendukung kerajaan PN, keputusan PAU perlu di bawah masuk mesyuarat BN dan dibuat keputusan bersama,” tambahnya.
Chua berkata, dia yakin perkara itu akan dibincangkan dalam pertemuan BN akan datang kerana Zahid juga presiden gabungan itu.
Pada PAU hujung minggu lalu, ahli Umno memberi mandat kepada Zahid dan majlis tertinggi Umno untuk memutuskan tarikh keluar dari kerajaan PN.
Zahid berkata parti itu akan menarik diri sekiranya Bersatu memutuskan untuk tidak memanggi; pilihan raya umum sehingga penggal parlimen sekarang berakhir pada 2023.
Dia juga memberitahu bahawa BN telah memutuskan untuk bertanding PRU15 secara solo.
Shamsul Anuar, Menteri UMNO pertama isytihar setia pada parti

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa kesetiaan beliau tetap pada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Shamsul dalam satu tulisan di Facebooknya pada Khamis berkata, beliau tidak rela hilang UMNO dan BN.
“Saya tidak rela hilang UMNO, BN yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara ini,” katanya.
Dalam tulisannya di Facebook juga, Ahli Parlimen Lenggong itu turut memaparkan tangkap layar berita pada Isnin yang bertajuk ‘Kejutan! Menteri UMNO dijangka bakal isytihar sertai Bersatu?’.

Pada Rabu, seramai 14 menteri daripada UMNO dilaporkan mencapai persepakatan untuk terus kekal berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan bersama menteri UMNO pada Isnin lalu.
BELUM TERLEWAT UNTUK ZAHID HAMIDI BERTINDAK .LAGI LEWAT UMNO UNTUK TINGGALKAN KERAJAAN ,LAGI BESAR MASAALAH DALAMAN UMNO AKAN BERLAKU.
Kenapa perbalahan dalam UMNO masih berterusan lagi seperti sekarang ini?
Kalau ikut logik, oleh kerana ketetapan putus hubungan dengan Bersatu dan kemudian UMNO akan bertanding sendirian atas tiket BN dalam PRU15 adalah kehendak akar umbi parti itu sendiri, tidak sepatutnya wujud sebarang masalah lagi apabila ketetapan itu sudah dimuktamadkan.
Keputusan tersebut seharusnya disokong penuh oleh semua pihak dalam UMNO, tidak kira oleh kluster mahkamah, kluster menteri atau kluster lain selain itu.
Lagi pun, bukankah hanya dengan bertanding atas tiket BN dan tidak terikat dengan PH atau PN saja yang membolehkan UMNO kembali dominan dan dapat semula jawatan Perdana Menteri?
Meskipun mungkin banyak sebab mengapa kekalutan sekarang berlaku dan lain orang lain hujahnya, tetapi tidak dapat tidak, harus diakui sebab utamanya ialah kerana UMNO lambat membuat keputusan memutuskan hubungannya dengan Bersatu.
Dengan keputusan putus hubungan sudah dimuktamadkan, tetapi terus kekal berada dalam kerajaan PN dan hanya akan meninggalkan kerajaan apabila Parlimen dibubarkan atau menjelang 1 Ogos apabila tempoh darurat berakhir dan PRU dianggap sudah boleh diadakan, ia dengan sendirinya memberi ruang sangat terbuka kepada banyak ‘virus jahat’ dan ‘hantu raya’ mengambil kesempatan.
Kiranya ketetapan putus hubungan yang dimuktamadkan melalui PAU Ahad lalu disekalikan dengan tindakan segera menarik diri daripada kerajaan PN, pasti apa yang terjadi sekarang tidak berlaku.
Ini kerana sudah tiada sebarang ruang untuk apa-apa ‘virus jahat’ dan ‘hantu raya’ untuk mengambil kesempatan lagi.
Meskipun majoriti UMNO bahagian-bahagian telah meluluskan usul putus hubungan dan kemudian ia dimuktamadkan dalam PAU, harus disedari ketetapan itu bukan perkara yang disenangi oleh Bersatu.
Bersatu sedar, tanpa kerjasama dan kesediaan berkongsi kerusi daripada UMNO, ia akan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kuasanya kerana akar umbinya berbeza langit dan bumi dengan UMNO.
Sukar Bersatu mengekalkan kuasa, bermakna sukar jugalah untuk Muhyiddin mempertahankan jawatan Perdana Menterinya.
Lantaran itu, berbekalkan kuasa Perdana Menteri yang sedang dipegangnya, Bersatu memang cuba berusaha sedaya upaya memaksa UMNO bekerjasama dengannya, sekaligus ini bererti memberi laluan lagi kepada Muhyiddin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Begitu pun, ketakutan paling besar bagi pemimpin UMNO yang waras jika Muhyiddin terus berkuasa ialah kemungkinan UMNO akan dimatikan dan Bersatu dijadikan penggantinya.
Melalui kuasa yang dimilikinya, Muhyiddin memperlihatkan ia telah berjaya menarik dan mempengaruhi beberapa sosok dalam UMNO untuk lebih memihak kepada Bersatu berbanding parti yang mereka sendiri menjadi ahlinya.
Menggunakan pelbagai slogan seperti perpaduan Melayu, demi kepentingan rakyat, untuk mengelakkan DAP berkuasa dan pelbagai lainnya, semuanya tidak lain adalah kata-kata manis yang bertujuan untuk mengekalkan lagi kuasa Muhyiddin semata-mata.
Ditambah lagi sejak UMNO hilang kuasa pada 2018 lalu dan kemudian diberikan jawatan dalam kerajaan atau GLC, terbukti ramai pemimpin UMNO jadi nanar dan tidak sedar diri sehingga sanggup melihat parti dibuli dan dikuasai oleh pihak lain.
Mahu menyalahkan kluster menteri seratus-peratus pun atas masalah yang berlaku dalam UMNO sekarang ternampak agak keterlaluan kerana sejak zaman berzaman lagi, harga sebuah perjuangan memang selalu kecundang dengan nilai kedudukan, habuan, jawatan dan keseronokan memiliki banyak wang.
Oleh itu, apalah nak dihairankan jika sekarang Presiden parti lain yang menjadi Perdana Menteri lebih dihormati dan didengar kata-katanya berbanding Presiden UMNO sendiri.
Dulu ketika Presiden UMNO adalah Perdana Menteri, kluster menteri bukan setakat mencium tangan, memberi tabik, sentiasa menyokong dan mengiyakan segala kata-katanya, malah puji-pujian juga tidak lekang daripada bibir mereka.
Apa pun, berdasarkan kemelut yang ada sekarang, lagi lama tempoh menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan terngaga begitu saja, UMNO akan terus berbalah dan berantakan sesama sendiri.
Berbalas kenyataan dan serang menyerang akan terus berpanjangan, bahkan yang diberi gaji, jawatan dan kedudukan dalam kerajaan akan lebih menyerlahkan keberanian, meski yang diserang, dicemuh dan dibelasah itu adalah pemimpin dan parti mereka sendiri.
Belum terlambat sebenarnya untuk Presiden UMNO, Zahid Hamidi berbuat sesuatu dengan segera, terutama di ketika barisan MT dan akar umbi masih ramai yang memihak dan menyokong kepimpinannya..
Bersama ketetapan putus hubungan dengan Bersatu yang telah dimuktamadkan dan dipersetujujo akar umbi, Zahid Hamidi harus mengadakan mesyuarat MT UMNO dengan segera bagi menetapkan keputusan keluar daripada kerajaan dengan serta-merta.
Perkara itu kini tidak boleh dilambatkan lagi kerana lagi lambat keputusan dibuat, lagi banyak masalah yang menghimpitnya akan timbul nanti.
Apabila banyak masalah timbul, harapan menang PRU15 turut jadi kabur.
Bahkan, dengan menyegerakan tindakan keluar kerajaan juga, yang tidak setuju dengan keputusan itu, termasuk sesiapa daripada kluster menteri, boleh saja diambil tindakan atau mereka memilih meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu.
Akhirnya, siapa musuh dan siapa kawan lebih mudah untuk dikenalpasti dan dikawal.
(Shahbudinditcom 01/04/2021)
KAH..KAH...KAH..PEJUWANG MELAYU TAKUT HILANG DUIT GAJI DAN JAWATAN
HAMZAH RIE NA
Riuh rendah pung pang pung pang dlm dewan cakap pasal maruah,
silat gayung silat pulut..
Akhirnya tidak ada keberanian nak lepaskan jawatan didalam GLC..
Kalau letak jawatan nak makan apa ??!

ADUHHH...PAS OH PAS...KENA HINA PUN KINI DAH MACAM DURI SEMALU...
AZHAR ISMAIL
Sehina-hina BERSATU dia x hegeh-hegeh macam PAS bila berunding dengan
UMNO... Walaupun ahli x ramai, tapi BERSATU boleh ugut UMNO lagi. Take it or
leave it. Kalo tengok komen-komen atau posting geng-geng BERSATU kat fb, mereka selamba jer bedal
UMNO...
PAS...? Katanya ahli ada 2 juta. Jangan kata nak ugut, berdecit
pun x berani. Tengku Razaleigh siap hina kata PAS ni pelacur pun PAS x berani nak
bersuara pertahankan maruah parti.Mana tidaknya pada PRU 13, dia belot sokong
Anwar mahukan KULI jadi PM..kianatnya lebai…
Kalo ada yang bersuara pun, nadanya sedih sangat. "Sanggup
terima hinaan demi perpaduan Melayu islam katanya (sambil mngesat air
mata)"... Pilu...! Syahdu...!
Padahal kalo dengar ceramah-ceramah lebai PAS dulu-dulu, macam
singa mengaum. Berdemping-demping. Berdentum-dentum. Dengar jer la Ssudin
Copong tu kalo ceramah. Petir pun keluar. Bukan cerita bohong ni. Berlaku depan
mata ni. Bukan cerita rekaan...!
Belum cerita Unit Anal dia lagi. Kalo pakai baju seragam tu,
bintang dia kalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Bnyk bintang dari butang.
Kalo tabik tu, lekuk dahi masing-masing kalo
Dato' Seri Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang
lalu dek jari yanng melekat kat dahi...
Nak cerita punya garangnya PAS tu. Bukan sembarang. Belum cerita
walaun-walaun dia lagi. Kalo takbir tu,
luruh bulu roma kita dengar. Keluar anak tekak masing-masing. Kalo disuruh makan
tahi pun diorang makan kalo disuruh lebai. Punya kental semangat juang mreka....
Tapi, bila kena hina dengan UMNO, PAS otomatik jadi mcm pondan
tua xda gigi...
Kenapa ntah.... kih..kih…kih
PILIH YANG BERKUASA KOT....UNTUNG SIKIT...
W.FAUDZIN
Pas kata, partinya akan pilih parti yang kurang mudharat untuk
bersamanya.
Masalahnya, parti Pas itu sendiri besar mudharatnya pada parti
lain. Tiada parti yang kekal lama berkawan dengan Pas sebab Pas ini akan tinggalkan
kawan bila mereka dah senang.
Itu fakta.









