PPBM nafi terima komisen RM500 juta Goldman Sachs

 


Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan menafikan parti itu menerima komisen untuk membantu kerajaan dalam penyelesaian dengan Goldman Sachs.

PETALING JAYA: PPBM menolak tuduhan konon parti itu menerima komisen RM500 juta untuk membantu kerajaan mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs.

Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan berkata, tuduhan yang tular di media sosial itu adalah fitnah untuk memburukkan parti berkenaan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Terkini timbul tohmahan mengaitkan PPBM melantik ejen untuk ambil komisen daripada penyelesaian kerajaan dalam kes 1MDB. Ada juga tuduhan bahawa kerajaan tidak telus dalam menangani kes 1MDB dan Goldman Sachs.

“Saya adalah ahli Biro Politik PPBM dan juga ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan PPBM. Saya tahu semua ini tidak berlaku. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini. Tidak ada ejen yang dilantik. Tidak ada komisen diterima. Ini bukan budaya kami dalam PPBM,” katanya dalam kenyataan.

Wan Saiful berkata, parti itu tidak terlibat dengan perbuatan kotor kerana sudah menjadi asas PPBM ditubuhkan antaranya memperjuangkan integriti dan tadbir urus yang telus.

“Komitmen kami ialah memastikan kes 1MDB diselesaikan segera, semua yang bersalah menerima keadilan dan dana negara yang dirompak dikembalikan untuk manfaat rakyat,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan bersabit tuduhan itu dibuat wakil rakyat Pejuang dan DAP sama ada wujud strategi gelap secara bersama antara dua parti itu.

Terdahulu, pejabat seorang ADUN Selangor membuat laporan menggesa polis menyiasat dakwaan RM500 juta dibayar kepada sebuah parti politik melalui seorang peguam berprofil tinggi bagi membantu kerajaan mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs.

ADUN Kuang Sallehudin Amiruddin berkata, ia tular di media sosial minggu lalu mendakwa wang berkenaan akan digunakan untuk pilihan raya umum ke-15, dan beliau mahu pihak berkuasa menyiasat kesahihannya sama ada wang itu sudah dibayar.

Julai lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dilaporkan berkata, Goldman Sachs akan membayar wang tunai USD2.5 bilion dan memberi jaminan pemulangan sekurang-kurangnya USD1.4 bilion yang dirampas kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada dana yang diseleweng daripada 1MDB.

Pembangkang sebelum ini mengkritik jumlah penyelesaian itu, dengan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan telah menuntut USD7.5 bilion daripada Goldman Sachs.



Polis panggil Najib langgar SOP di restoran

 

Tangkap layar video tular berdurasi satu minit 39 saat memaparkan bekas perdana menteri Najib Razak bersama beberapa individu hadir di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang tanpa membuat imbasan suhu dan mendaftar MySejahtera.

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan bekas perdana menteri Najib Razak susulan tular video yang memaparkan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata Najib didapati melanggar SOP di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dengan tidak menjalankan imbasan suhu dan tidak mendaftar MySejahtera di restoran itu.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

“Pihak polis akan memanggil kesemua yang terlibat dalam kes ini untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata, kertas siasatan kemudian akan diserah kepada pejabat pendakwa raya sejurus siasatan selesai dijalankan.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 39 saat memaparkan Najib bersama beberapa individu hadir di sebuah restoran untuk makan tanpa membuat imbasan suhu dan mendaftar MySejahtera yang diperlukan.

TAK NAK KERJA DENGAN PELACUR


Ibrahim Mat Isa


 Orang yang kononnya menyeru kepada perpaduan ummah, melontarkan rahsia hatinya yang semua orang sudah tahu tidak pernah jujur dalam mengikat perjanjian.



PEMANGSA UMNO, PKR SAMA – FAHMI


‘KERAJAAN PH – UMNO AKAN LULUSKAN AKTA LOMPAT PARTI’


PKR SELANGOR BERSIH PENGKHIANAT PRU 15


PENGKHIANATAN SATU HIKMAH, MUSUH DISINGKIR DIRI SENDIRI


Saman budak 17 tahun RM10 ribu boleh, nak bagi 18 tahun mengundi takut pulak, Nik Nazmi sindir Rais

 


Saman budak 17 tahun RM10 ribu boleh, nak bagi 18 tahun mengundi takut pulak, Nik Nazmi sindir Rais


Saman budak 17 tahun RM10,000 boleh, nak bagi 18 tahun mengundi takut pulak.

Nik Nazmi





Panas! Nurul Izzah pemimpin paling layak di calon PM ke-9

 

Panas! Nurul Izzah pemimpin paling layak di calon PM ke-9


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dinamakan sebagai pemimpin yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke-9.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kejutan menamakan bekas Naib Presiden PKR itu sebagai calon Perdana Menteri yang berada di dalam fikirannya ketika bersiaran di iG Live Sinar pada Khamis.

Pengacara program, Nazihah Khan ketika itu memberikan masa enam saat kepada Syed Saddiq memberikan tiga pemimpin yang dirasakan layak menggalas tugas pemimpin nombor satu negara itu.

“Boleh, YB Nurul Izzah. Datuk Seri (Mohd) Shafie Apdal dan Dr Dzulkefly (Ahmad),” katanya menerusi program berjudul Kompaun: Didik atau Hukum Rakyat?

Pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik (Muda)

itu kemudian ditanya mengapa memilih untuk menamakan seorang wanita untuk dicalonkan ke jawatan utama itu.

“Kita dapat lihat sebelum di bawah kerajaan Barisan Nasional, mereka mengangkat ‘iron lady’ iaitu Tan Sri Rafidah Aziz yang dikenali sebagai menteri yang sangat baik dan disegani,”

Mengulas lanjut, bekas Menteri Belia dan Sukan ini berkata, pengalamannya sendiri bekerja dengan wanita membuktikan golongan ini mampu menjadi pemimpin yang baik.

“Kita sebelum ini ada Datuk Seri (Dr) Wan Azizah dan saya sendiri diberi peluang untuk berkhidmat di bawahnya. Saya lihat betapa baiknya Datuk Seri Wan Azizah ini dari segi corak kepimpinannya dan saya rasa kita tidak ada masalah ada pemimpin wanita muda seperti YB Nurul Izzah untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, nama yang dipilih olehnya bukanlah daripada kumpulan yang sama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

“Mereka sudah berkecimpung dalam politik selama 40 tahun, 50 tahun barulah boleh diberikan peranan.

“Lihat di negara lain, mereka telah meremajakan pimpinan politik mereka. Kenapa di Malaysia berlainan pula?,” soalnya. 





BERDEPAN TIGA CABARAN, ZAHID HAMIDI PERLU SEGERA MENUKAR DIRINYA JADI PENDEKAR YANG BERANI

 


Sekurang-kurangnya ada tiga cabaran besar di depan Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung parti itu pada 27 Mac ini.

Pertama, melawan adanya cubaan yang dikatakan didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO sendiri untuk mengubah keputusan MT UMNO yang telah bersetuju untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.

Keputusan MT yang berdasarkan usul majoriti UMNO bahagian-bahagian itu telah dimaklumkan secara bertulis oleh Ahmad Zahid kepada Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Kedua, menangani tindakan curang dua Ahli MT UMNO yang dipercayai kerap membocorkan rahsia dan maklumat mengenai mesyuarat parti kepada pihak luar.

Ahli MT berkenaan, seorang lelaki dan seorang wanita sudah pun dikenalpasti hasil siasatan yang dijalankan oleh UMNO sendiri.

Ketiga, setelah sebelum ini Annuar Musa kerapkali melakukan serangan kepada Ahmad Zahid secara terbuka sebagai menunjukkan sikapnya yang pro Bersatu, cabaran baru kini muncul melalui seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Shahidan Kassim.

Shahidan yang juga Ahli MT UMNO dalam tindakan terbarunya, telah mengugut bahawa UMNO Perlis akan bergerak sendiri dan tetap menjalin kerjasama dengan Bersatu, sekali pun jika UMNO Pusat kekal dengan ketetapan putus hubungan dengan parti tersebut.

“Kalau Perlis buat keputusan, mereka nak buang Perlis, maka buanglah,” tegasnya.

Ketiga-tiga cabaran itu adalah ujian besar buat Ahmad Zahid, bukan saja kepada wibawanya selaku Presiden, tetapi juga kepada UMNO yang sedang dipimpinnya.

Selain ketiga-tiga perkara tersebut difahami bertujuan memalukan Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung akan datang ini serta untuk menghancurkan UMNO, ia juga amat jelas untuk memastikan Bersatu dan Muhyiddin terus kekal menguasai percaturan kuasa dalam politik negara melalui PN yang diketuainya.

Dengan yang demikian, mereka yang terkait dengan ketiga-tiga perkara itu tidak lagi mempunyai rasa sayang kepada UMNO dan pemimpinnnya, sebaliknya kecintaan mereka lebih kepada pihak luar yang akhirnya akan memusnahkan masa depan UMNO sendiri.

Cuba mengubah keputusan MT yang diputuskan berdasarkan usul majoriti bahagian-bahagian bukan saja tidak menghormati kehendak akar umbi UMNO, malah ia bermakna mahu membunuh masa depan parti.

Dengan mengubah keputusan MT itu dan menjadikan Muhyiddin, Azmin Ali serta Hamzah Zainuddin kekal berkuasa lagi, Bersatu hampir pasti akan menjadi pengganti kepada UMNO akhirnya.

Perbuatan curang membocorkan rahsia dan maklumat mesyuarat MT kepada pihak luar, selain tujuannya adalah sama untuk menghancurkan UMNO, perlakuan ini adalah kecurangan yang tidak boleh diterima dan dibiarkan berterusan lagi.

Eleman gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut dan api dalam sekam dalam apa perkara sekali pun adalah suatu pengkhianatan, bahkan dalam peperangan hukuman yang biasa kepada pelakunya adalah ‘tembak sampai mati’ atau ‘pancung kepala’.

Yang paling buruk sekali ialah adanya pemimpin UMNO sendiri yang terang-terang mula berani mencabar parti dan institusi kepimpinan demi kepentingan pihak lain.

Terutama perlakuan Shahidan yang mencabar parti dan ingin putus hubungan, sedangkan jawatannya sebagai Pengerusi UMNO Perlis pun lantikan, ini adalah suatu kebiadapan yang mesti diambil tindakan.

Sekarang ini yang ternampak menonjol melakukannya hanyalah Annuar dan Shahidan, tetapi jika dibiarkan dan tidak segera dibendung, pastinya kerana faktor diberikan dedak, jawatan atau habuan, tidak mustahil lebih ramai yang berani tampil menentang keputusan yang telah disepakati oleh parti.

Akhirnya, parti akan jadi huru-hara dan musnah begitu saja.

Maka dengan itu, Ahmad Zahid harus segera bertindak berani dan tegas dalam mendepani semua perkara tersebut.

Biar pun Ahmad Zahid diperhatikan sinonim dengan watak lemah lembut, berhemah, berhati-hati dan suka mengalah, sesuai dengan ciri-ciri darah Jawa yang mengalir dalam tubuhnya, namun sebelum lebih banyak cacing naik ke kepala, beliau mesti mengumpul segala kekuatannya untuk bertindak tegas menangani ketiga-tiga cabaran itu.

Ahmad Zahid wajib menzahirkan watak pendekar dan menukar dirinya menjadi pahlawan yang sebenar, walau sering dikata orang pendekar Jawa lazimnya suka meletakkan keris di pinggang belakang.

Kalau perlu gantung, pecat atau apa saja, jangan takut melakukannya kerana semua tindakan itu tidak lain adalah untuk kepentingan dan masa depan UMNO serta bagi mengelakkan parti dikuburkan oleh pihak lain.

Yakinlah, akar umbi UMNO akan bersama beliau kerana mereka pasti mahu UMNO kembali berkuasa semula selepas PRU15 akan datang, manakala yang beria-ia mahu memberi nyawa kepada Bersatu hanyalah segelintir kecil pengkhianat yang memikirkan laba jangka pendek saja.


 (Shahbudindotcom 20/03/2021)






MANA TAK SERIKNYA ..KENCING KAWAN..MANA ADA JAWATAN....

 

PAS dah serik kerjasama dengan PKR, kata Hadi

PAS dah serik kerjasama dengan PKR, kata Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu kekal dengan pendirian untuk tidak mengulangi kerjasama dengan PKR.

Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS mempunyai pengalaman bekerjasama dengan PKR dan tidak akan mengulangi langkah sama.

Tegasnya, PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang bermatlamat menyelamatkan individu atau kumpulan.

“(Kerjasama) PKR, DAP kita berpengalaman sejak 1998, 1999 hingga beberapa tahun, dalam 20 tahun, jadi cukup (kerjasama), dia (PKR) lemas, jadi biar dia selesaikan masalah mereka.

“Kita di Perikatan Nasional (PN) berada dalam keadaan selamat dan fokus kita untuk menyelamatkan rakyat dan negara menerusi kerjasama antara UMNO dan BERSATU menerusi PN.

“Kerjasama kita di PN semakin hari semakin kuat dan kerjasama kita yang baharu adalah BERSATU dan UMNO termasuk rakan-rakan di Sabah dan Sarawak serta parti-parti yang bergabung dengan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Ditanya kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, Abdul Hadi berkata, terpulang pada Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO.

“Itu terpulang pada dia, bukan parti saya kerana kita negara demokrasi dan dia boleh bekerjasama dengan mana-mana parti yang berdaftar,” katanya.







14 cawangan AMANAH di Kangar bubar?

 Panas! 14 cawangan AMANAH di Kangar bubar?


Dakwaan berkaitan pembubaran 14 cawangan Parti Amanah Negara (Amanah) di Kangar sudah dijangka, demikian reaksi Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis hari ini.

Menurutnya, keahlian Amanah sememangnya tidak kuat dan keputusan mereka untuk membubarkan sudah dapat dijangkakan.

“14 cawangan itu pun berapa kerat sahaja ahli dan kemungkinan kesemua ahli berkenaan memegang setiap jawatan,” katanya.

Tambah Azlan, Amanah boleh digambarkan seperti parti yang hanya wujud pada siang hari dan hilang pada waktu malam.

“Saya sendiri tak pasti siapa ketua dan ahli jawatankuasa parti berkenaan dan berkemungkinan cawangan yang ditubuhkan tidak sah.

“Keputusan untuk bubar itu saya rasa sangat elok dan kalau mereka nak masuk BN (Barisan Nasional) kita akan buat penelitian sama ada layak atau tidak,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan Amanah Kawasan Kangar berkemungkinan terbubar berikutan kesemua jawatankuasa parti peringkat cawangan bertindak membubarkan cawangan.

Bekas Ketua Amanah Kawasan Kangar yang juga Ketua Amanah Cawangan Kampung Syed Omar, Mokhtar Che Kassim berkata, tindakan itu dibuat selepas kesemua cawangan terbabit merasakan berlakunya penyelewengan dalam pemilihan semula Jawatankuasa Kawasan Kangar. 





KARTEL POLIS? BIAR BETUL!



Sebelum ini Transparency International Malaysia (TI-M) mendedahkan 71 peratus rakyat Malaysia berpendapat rasuah di pihak kerajaan adalah masalah serius. Presiden TI-M Dr Muhammad Mohan berkata bagi semua institusi awam, pendapat yang menyatakan Ahli Parlimen adalah korup adalah paling tinggi iaitu 36%, polis (30 peratus) dan pegawai kerajaan (28 peratus).





Bersiaplah - Inilah Tanda KIAMAT yang sudah terjadi di ARAB - PERBANYAK...



VIDEO DALAM LIVE STREAMING INI, *5 TANDA KIAMAT YANG SUDAH TERJADI SAAT INI *KELEMAHAN DAJJAL *JAZIRAH ARAB MENJADI SUBUR - PERTANDA AKHIR ZAMAN *MAHLUK AKHIR ZAMAN DABBAH AL ARDH / BUROQ / YAKJUJ DAN MAKJUJ *TANDA KIAMAT DI JAZIRAH ARAB *MIMPI QOSIM *DAJJAL SUDAH ADA SAAT INI? *DIBALIK ILLUMINATI ____________________________________________ Presented by : Madan Channel Supported by : Akhzan Akhir Zaman






RENTASAN 850 | GEMPAR!!! SANGGAH KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA, HAMZAH DA...





MENARIK DALAM RENTASAN 850

1. SEKARANG PARLIMEN SUDAH BOLEH BERSIDANG 2. KOMPAUN MACAM HARGA RUNTUH - DARI RM10,000 KE RM1,500 3. WAKIL RAKYAT LOMPAT JEJAS KESTABILAN POLITIK 4. APA HUBUNGAN KARTEL, POLIS DAN LANGKAH SHERATON?










[[LIVE]] 19.3.2021 Anwar terdesak Menurut Zuraida?



[[LIVE]] 19.3.2021 Anwar terdesak atau Zuraida sudah ketaq lutut? Rashid hasnon berlari keliling parlimen tapi tak berani bukak parlimen. Di mana integriti kerajaan? Pembangkang bertemu Isnin. Kebaculan kerajaan PN memalukan Melayu Islam






DAP Kedah gesa kerajaan negeri henti roboh kuil, tokong

 


Perwakilan DAP Kedah yang menghadiri konvensyen negeri di Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR: DAP Kedah menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhenti merobohkan rumah ibadat bukan Islam, sebagai sebahagian daripada 12 resolusi yang diluluskan di konvensyennya hari ini.

Ketua DAP Kedah, Tan Kok Yew berkata resolusi itu diluluskan kerana kuil Hindu ketiga bakal dirobohkan, kali ini di Bandar Mutiara, Sungai Petani.

Kerajaan negeri pimpinan PAS menyokong tindakan penguatkuasaan oleh PBT ke atas rumah ibadat yang dibina secara haram, dengan berkata ia bertujuan memastikan masa depan yang harmoni dan aman damai berdasarkan kedaulatan undang-undang.

Dua kuil Hindu dan beberapa tokong Cina dirobohkan tahun lalu kerana dibina secara haram.

“Saya menggesa kerajaan Kedah bertindak adil kepada masyarakat minoriti di negeri ini. Semalam, saya menerima satu panggilan memaklumkan sebuah lagi kuil Hindu akan dirobohkan di Sungai Petani.

“Saya menggesa negeri menghentikan kerja perobohan dan berunding dengan wakil semua agama,” katanya dalam ucapan dasar konvensyen negeri hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tan yang juga ADUN Derga, mempersoalkan bagaimana kerajaan Kedah mendakwa ia mengumpul pelaburan RM68 bilion sejak PAS mengambil alih pentadbiran negeri itu, sedangkan statistik rasmi setakat 3 Mac lalu menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan RM38.7 bilion.

Resolusi lain yang diluluskan termasuk menggesa Kerajaan Kedah memastikan bekalan air yang bersih dan tanpa gangguan, serta menggesa pucuk pimpinan Pakatan Harapan memperuntukkan kerusi DUN dan Parlimen bagi calon dari setiap parti komponen dalam pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Tan turut mengumumkan semua 15 calon yang bertanding untuk jawatankuasa DAP Kedah menang tanpa bertanding.

Tan kekal sebagai pengerusi negeri itu, dengan Siau Suen Miin menjadi timbalannya, manakala Zulhazmi Shariff dan Karunagaran Govindan sebagai naib pengerusi.

Teh Swee Leong, ADUN Kota Darul Aman, dilantik sebagai setiausaha, Liew Eng Wah menjadi timbalannya. Hanya Tan dan Teh yang merupakan wakil rakyat negeri itu daripada DAP.

Pelantikan lain:

  • Setiausaha Organisasi: Loke Chin Giap; Tan Kim Ping dan Koh Hui Im (timbalan)
  • Setiausaha Publisiti: Mohd Shubihi Muhamad Zain dan Ong Khor Jong (timbalan)
  • Pengarah pendidikan politik: Puvaneswary Kandasamy
  • Ahli jawatankuasa: Khoo Khim Han, Lee Keen Chong, Lee Weng Hong, Lim Yoke Pheng, Ooi Chong Maw dan Tok Chui Lai.

Tahun ini, terdapat 357 perwakilan, peningkatan sebanyak tiga kali ganda berbanding 2018, yang hanya dihadiri 120 perwakilan. DAP kini mempunyai cawangan di 13 kawasan Parlimen, kecuali Padang Terap dan Jerlun.




MB Kedah guna polemik bangsa, agama sembunyi kegagalan PAS, kata Guan Eng

 


Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng telah meminta Muhammad Sanusi Md Nor untuk menjelaskan ke mana perginya RM200 juta yang diberikan oleh PH pada Januari tahun lalu.

ALOR STAR: DAP menuduh menteri besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menggunakan retorik memecah belah dan menghina bangsa dan agama untuk mengalihkan perhatian dan menutup kegagalan PAS untuk menunaikan janji menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kedah.

Ketika merasmikan konvensyen parti di negeri asal pemimpin PAS itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pendekatan ‘menghasut’ ini telah melukai perasaan bukan sahaja rakyat Kedah tetapi seluruh rakyat Malaysia.

“Di antara kegagalan paling jelas yang cuba disembunyikan kerajaan negeri adalah masalah bekalan air, peluang pekerjaan dan perniagaan,” katanya, sambil menambahkan bahawa kerajaan “pintu belakang” Perikatan Nasional (PN) telah gagal menyalurkan sebarang dana khas untuk mengatasi masalah ini .

“Tidak seperti kerajaan PN, Pakatan Harapan (PH) berlaku adil kepada Kedah dengan meluluskan dana khas RM200 juta kepada kerajaan negeri pada Januari tahun lalu. Saya ingin bertanya bagaimana wang ini digunakan oleh kerajaan pimpinan PAS untuk menolong rakyat? ”

Ahli Parlimen Bagan itu berkata PH ingin menjadi kerajaan yang mewakili semua kaum dan agama, berjanji berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia berdasarkan prinsip keadilan sosio-ekonomi, kebebasan demokratik, kedaulatan undang-undang dan kemakmuran untuk semua.

Menyentuh perkara lain, Lim menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana gagal menyiasat menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Rina Harun, yang berjaya menyelesaikan hutang RM1.3 juta bagi membebaskan dirinya daripada diisytiharkan muflis.

“Rina melunaskan hutangnya walaupun pernah mengisytiharkan aset miliknya hanya RM72,000, dengan pendapatan bulanan RM34,000 pada 20 Nov 2019.

“Ia bertentangan dengan tindakan yang dilaporkan terhadap anggota parlimen yang menentang kerajaan PN ketika ini, yang cukup pantas,” katanya.

Rina melunaskan hutangnya kepada sebuah syarikat produksi program filem dan televisyen yang berpangkalan di Paris, kata seorang peguam yang mewakili firma Perancis itu kepada FMT pada 16 Februari lalu.

“Ketika kita mendengar SPRM merancang untuk bertindak terhadap mereka yang mengumpan wakil rakyat untuk melompat parti, ada menteri yang memiliki kekayaan luar biasa yang tidak dapat dijelaskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lim meminta anggota DAP untuk tidak bertindak bersendirian tetapi bersatu dengan semua parti pembangkang, dan melawan “musuh” mereka, PN.

Katanya, walaupun PN menggunakan jentera dan kuasa kerajaan sebagai satu kelebihan, kekuatan perpaduan pembangkang akan menjadi kunci utama melawan mereka .

“Walaupun DAP boleh memenangi kerusi yang ditandingi, apa gunanya jika rakan kita PKR dan Amanah tidak menang? Kita tidak akan cukup kerusi untuk membentuk kerajaan,” katanya.