MP Padang Serai akui beberapa kali ditawar wang, jika sokong PN

 


Ahli Parlimen Padang Serai M Karupaiya mengakui beliau sudah beberapa kali ditawar wang jika bertindak keluar dari KEADILAN, malah digesa untuk sertai parti kerajaan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Paling terbaru, beliau mendakwa individu bernama Azhar menghubunginya dan berjanji akan menyalurkan peruntukan dan kontrak sekiranya beliau bersetuju untuk lompat parti dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).



“Ada orang ‘call’ saya dari Putrajaya, dia kenalkan diri sebagai Azhar. Saya tidak pasti nama samaran atau apa, saya tidak tahu.



“Dia ingin tawarkan saya sertai Bersatu. Dia kata akan bagi tawaran peruntukan yang lebih baik, kontrak dan sebagainya.



“Tetapi saya tolak, saya beritahu saya setia kepada parti,” katanya.



Malah Karupaiya berkata, ia bukanlah kali pertama individu berkenaan menghubunginya.



“Hari Ahad minggu ini, adalah kali kedua dia hubungi saya, pertama kali dia hubungi saya tidak berapa faham tentang apa yang dia katakan.



“Saya katakan saya tidak faham dan kena semak dahulu dengan Anwar berkenaan perkara ini,” katanya.



Karupaiya menjelaskan, beliau tidak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak dapat mengesahkan sama ada panggilan itu dibuat oleh individu sebenar atau hanya panggilan palsu.



“Siapa-siapa sahaja boleh hubungi kita, boleh juga hendak uji, saya tidak tahu.



“Bagi saya, sesiapa sahaja boleh uji dan sekiranya individu betul juga boleh uji saya.



“Saya setia kepada parti dan pengundi di kawasan. Saya tidak akan pindah walaupun bagi peruntukan atau tidak, saya masih jalankan tugas sebagai Ahli Parlimen,” katanya.



Karupaiya bagaimanapun bimbang sekiranya berlaku tindakan lanjut yang cuba memerangkapnya dengan gejala rasuah.



“Saya takut juga, nanti ada yang ugut. Letakkan satu beg dalam kereta saya dan kata saya sudah ambil rasuah.



“Sekarang benda ini boleh berlaku. Saya tidak mahu macam itu, apa-apa benda boleh berlaku pada kita, bila-bila masa,” katanya.



Walaupun sudah beberapa kali beliau menolak tawaran tersebut, anggota keluarganya pula menjadi sasaran.



“Semalam, ada yang hubungi anak lelaki saya selepas saya katakan tidak berminat sebelum ini.



“Mereka hubungi anak saya dan memintanya untuk hubungi saya. Anak saya katakan, sekiranya diberikan RM50 juta, saya tetap tidak akan berganjak.



“Saya tidak pasti bagaimana mereka dapat nombor telefon anak saya.



“Anak saya menetap di Kuala Lumpur dan sesetengah ahli politik tahu siapa beliau.



“Anak saya katakan bahawa ayahnya dalam keadaan stabil dan sekiranya dia tidak ada kemampuan kewangan, maka anaknya akan membantu,” katanya.



Karupaiya merupakan salah seorang daripada lima Ahli Parlimen KEADILAN yang sedang dipancing untuk menyokong kerajaan seperti didedahkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.



Empat yang lain adalah Ahli Parlimen Sg Siput, S Kesavan, Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari, Ahli Parlimen Miri, Michael Teo Yu Keng dan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

 

PN tidak selesaikan masalah rakyat, mengapa PH dipersalahkan?

 


Propaganda peringkat akar umbi penyokong Umno yang masih menamakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai Pakatan Harapan (PH) amat mengelirukan rakyat terutama di luar bandar.



Menggunakan sebahagian pimpinan PN dari Bersatu sebagai momokan, kononnya kerajaan masih dikuasai PH, propaganda seperti itu menipu orang kampung yang tidak sedar kerajaan telah pun bertukar pada Mac 2020 lalu.



Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Umno dan Pas perlu berlaku jujur mengenai kelemahan PN.



Katanya, sekiranya PN lemah maka jentera penerangan mereka tidak perlu mengaitkan kelemahan tersebut ke atas kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan.



"Sepatutnya apa yang diluahkan itu (kelemahan) mendatangkan kekesalan (ke atas mereka sendiri), dan terbukti bahawa kombinasi di antara Pas, Bersatu dan BN sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat," katanya ketika dihubungi.



Namun, Azan kesal ketidak berkesanan menteri-menteri Umno dan Pas cuba disembunyikan dengan licik dan penerangan di peringkat bawah menunding kepada bobroknya menteri-menteri Bersatu yang sebelum ini berasal dari kerajaan PH.



Sedangkan, kata Azan, PH telah mencuba sedaya upaya ketika memerintah untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke 14.



Katanya, pelbagai perubahan seperti memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sekiranya masih berkuatkuasa akan menyebabkan harga barang melambung pada hari ini, juga mewujudkan beberapa skim membantu golongan B40 seperti i-Suri, Peka40 dan lain-lain cuba ditutup rapat oleh propaganda pemerintah.



"Apabila PH mengambil alih, segala isu berkaitan rakyat seperti GST, harga barang, kos sara hidup (pembaikannya) dalam peringkat perlaksanaan pada tahun kedua pemerintahan, tetapi Umno BN, Pas dan PN terus merompak kuasa yang diambil secara pintu belakang.



"Segala perancangan untuk menstruktur semula ekonomi rakyat yang dicadangkan sebelum ini tergendala.



"Jadi bagaimana hendak dilaksanakan sedangkan mereka (PN) telah merompak dan menubuhkan kerajaan pintu belakang secara tidak demokratik dan mengikut undang-undang," katanya lagi.



Sehubungan itu, Azan menyeru agar jentera propaganda akar umbi Umno juga Pas lebih jujur dan mengakui kekurangan kerajaan PN.



Katanya, dalam keadaan pandemik Covid 19 adalah lebih baik digembeleng usaha bersama kerajaan dan pembangkang memulihkan ekonomi rakyat, daripada bermain politik dan propaganda murahan yang mengelirukan serta tidak menguntungkan sesiapa.

 

Kerjasama pelbagai parti trend politik semasa, berlaku di Johor - Nik Nazmi

 


Pro dan kontra kerjasama politik antara KEADILAN / Pakatan Harapan (PH) dan Umno disensasikan oleh media arus perdana yang menimbulkan kritikan daripada sebilangan penyokong akar umbi, terutama berkenaan rekod buruk Umno yang tidak harus dijadikan rakan politik.



Bagi Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, hubungan dengan parti pesaing sejak 1998 itu belum sampai ke peringkat kerjasama.



Bagaimanapun, beliau tidak menolak usaha ke arah itu kerana pada peringkat kerajaan, Umno telah pun bekerjasama dengan PH dalam pembentukan legislatif di Johor.



"(Soal kerjasama) boleh dibincang, bukan kita kata sudah pasti kerjasama, bukan ada persefahaman, belum ada. Memang wujud kebimbangan.

"Kita tidak mahu menghakis nilai-nilai yang kita bina sebagai KEADILAN. Kita juga mahu mempertahankan PH. Pada masa sama kita juga kena menerima hakikat bahawa konsep kerjasama parti tidak sama seperti dahulu



"Dulu kita lihat parti Perikatan; Umno, MIC, MCA dari awal letak satu calon bertanding dan kemudian mereka terus kerjasama lepas pilihan raya. Di peringkat kita, kita pernah ada Angkatan Perpaduan Umah, Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan PH.



"Tetapi adakah itu satu-satunya model? Di Jerman mereka bertanding semua (parti). Ada Green Social Party ada Christian Democrat. Tetapi selepas pilihan raya jika tak cukup bilang mereka akan cari kawan untuk membentuk kerajaan.



"Misalnya kita lihat (kerajaan) Johor (legislatif), Menteri Besar (MB) Umno, Speaker Amanah, Timbalan Speaker DAP. Di Perak dalam kemelut selepas jatuhnya MB Bersatu, timbul cadangan untuk DAP bersedia sekiranya perlu kerjasama dengan Umno.



"Bagi saya itu bukan suatu yang mustahil malah menjadi trend politik negara, kita bergerak ke arah itu," katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, semalam.



Bagaimanapun, Ahli Parlimen Setiawangsa itu memberi jaminan sekiranya hubungan lebih serius dianjurkan bersama Umno prinsip utama perjuangan Reformasi tidak akan dikompromi.



"Dalam isu rasuah, dalam isu salah guna kuasa, perkara-perkara itu tidak boleh ditolak ansur, KEADILAN juga berpegang kepada Perlembagaan mengenai agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah Sarawak, Raja-raja Melayu dan sebagainya. Tetapi kita juga menekankan kepentingan masyarakat lain. Rakyat Malaysia (kaum) lain sebagimana termaktub dalam Perlembagaan," katanya .



Mengulas mengenai struktur PH yang belum ampuh sebagaimana persediaan gabungan itu ketika melawan BN pada pilihan raya umum (PRU) 14 lalu dengan menetapkan calon PM, Tun Mahathir dan Timbalan PM Datuk Seri Dr Wan Azizah empat bulan sebelum PRU, Nik Nazmi berkata isu tersebut masih diperhalusi. Malah PH juga katanya, tidak membuat kabinet bayangan kerana beberapa perkara yang belum diselesaikan.



"Sebab itu saya dan beberapam pimpinan lain, kami yakinkan Presiden Datuk Seri Anwar, di peringkat Parlimen kita ada jurucakap (bagi membayangi kementerian pemerintah)



"Satu lagi (kabinet bayangan) cara pembentukannya tidak disepakati. Kita mahu fokus supaya ia efektif. Tidak guna ada kabinet bayangan tetapi tidak berfungsi.



"Di United Kingdom sistem shadow cabinet mereka ada peruntukan dipanggil Short Money, ia diberi khusus kerana parti pembangkang tidak ada akses yang sama kepada penjawat awam. Pembangkang ada peruntukan untuk penyelidik, penggubal dasar tetapi tidak ada di sini," katanya lagi.



Ura-ura pembentukan kerjasama antara KEADILAN/PH dan Umno menjadi tajuk utama media sejak wawancara akhbar Utusan Malaysia bersama Datuk Seri Anwar beberapa hari lalu, yang dianggap sebagai tindakbalas KEADILAN kepada 'pembelian' beberapa Ahli Parlimen parti itu menyertai kerajaan memerintah.



Namun dalam penjelasan Pengerusi PH pada 16 Mac lalu, penerokaan hubungan tersebut masih di peringkat awal dan belum ada sebarang kata putus dibuat.



Batalkan denda RM10,000 yang akan memiskinkan pekerja

 

Tarik balik peraturan kontroversi ini yang akan menambahkan jurang ketidaksamarataan pendapatan di Malaysia



Why Are Companies Asking Investors for Money? | Morningstar


Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan (LLRC) menggesa kerajaan membatalkan peraturan baru yang akan mengenakan denda RM10,000 ke atas sesiapa yang melanggar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Jumlah denda tersebut terlalu tinggi dan tidak munasabah. Sepuluh ribu adalah lebih kurang gaji minimum lapan hingga sembilan bulan seorang pekerja. Jika pekerja dikenakan denda tersebut, dia akan hidup berhutang hingga hujung tahun 2021, tidak mampu menyediakan makanan untuk keluarga dan akan mengganggu pendidikan kanak-kanak. Ia akan memiskinkan pekerja.

Peraturan ini haruslah dikaji semula kerana denda ini akan meningkatkan jumlah keluarga yang dikategori sebagai keluarga miskin tegar dan menggagalkan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

Mana-mana orang mungkin melanggar prosedur operasi standard tersebut secara tidak sengaja, seperti menteri-menteri yang dilaporkan bahawa tidak melaksanakan penjarakan fizikal. Tetapi menteri mampu membayar denda tersebut dengan separuh gajinya sahaja, ini amat berbeza dengan lapan hingga sembilan bulan gaji minimum seorang pekerja biasa.

Dengan ini, LLRC menyeru kerajaan menarik balik peraturan kontroversi ini yang akan menambahkan jurang ketidaksamarataan pendapatan di Malaysia. Malah gaji minimum pekerja harus dinaikkan lagi untuk memastikan gaji hidup yang wajar (decent living wage).

N Gopal Kishnam dan Irene Xavier ialah pengerusi bersama Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.



Kukuhkan kesepakatan blok pembangkang, tolak Perikatan dan kleptokrat

 

Oleh Ghafar NS

Blok pembangkang perlu bersama tunjukkan suri tauladan kepimpinan, dengan menyusun dasar dan inisiatif yang membantu rakyat, tatkala kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal zahirkan kemampuan mereka.

Dalam satu kenyataan, beberapa pemimpin pembangkang menyeru Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukuhkan blok besar pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat.

“Blok pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama dan kesepakatan sesama parti dan Ahli Parlimen bagi membawa satu agenda bersama untuk memulihkan Malaysia.

“Kita perlu menggembleng usaha dan menumpukan kekuatan bersama sebagai satu suara untuk mengangkat agenda rakyat demi kelangsungan hidup semua,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman; Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong; Pengasas bersama MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan wakil rakyat PSB, Baru Bian. 



AGAK AGAK KENAL DAK YB LOMPAT NIH ? KALAU TERIMA MEMANG PATUT KENA MAKI.

 Iswardy dedah ada ADUN PN bakal sertai PKR di Perak

Iswardy dedah ada ADUN PN bakal sertai PKR di Perak

Dengarnya ada YB Dun PN Perak yang khianat dari PH dulu skrg risik2 nak masuk PKR sebab takut lepas ni tak de temapt dlm PN nak jadi YB lagi. Kalau diterima jugak memang layak la sapa yang terima tu kena maki.

Klu. Dia dulu peluk piala.  – FB

RENTASAN 847 | LANGGAR SOP: RAKYAT DIMANGSAKAN, PEMIMPIN PAS CAKAP TAK S...



MENARIK DALAM RENTASAN 847 1. KHIDMAT GUAMAN BUAT MANGSA PELACURAN POLITIK? 2. APA ADA BILA BIGOTRY BERKUMPUL? 3. JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN





[[LIVE]] 17.3.2021 - Titik Perpecahan PH?





Anwar Ibrahim: Saya Bincang Kerjasama Dengan Tun Mahathir Dulu, Mengapa ...

RENTASAN 848 | EKONOMI NEGARA SAH SEMAKIN TENAT, AZMIN BANGGA DENGAN PEN...





MENARIK DALAM RENTASAN 848

1. ANTARA PELABUR EKONOMI DAN PELACUR POLITIK 2. UMNO-MCA ‘GILA’ BERI KHIDMAT GUAMAN KES KOMPAUN COVID-19 3. PENEMPATAN BUKIT MALUT LAGENDA BAHARU LANGKAWI? 4. GUNA ORDINAN DARURAT KEKANG BERITA TIDAK BENAR DIBANTAH




MENGAPA PULA ANWAR TIDAK LAYAK JADI PM?SEBAB BANYAK YANG SUSAH MAHU CARI MAKAN GAMAKNYA..

 

Vaksin Covid-19 buatan Vietnam dijangka siap suku ke-4

 

Vietnam bergantung kepada vaksin AstraZeneca setakat ini sejak pelancaran vaksinasi minggu lalu. (Gambar AP)

HANOI: Vaksin pertama Covid-19 yang dikeluarkan Vietnam sendiri, Nanocovax, dijangka siap pada suku keempat tahun ini dan mula digunakan tahun depan, kata Kementerian Kesihatan.

Pengumuman itu dibuat ketika lebih banyak negara berusaha mempercepatkan pembangunan vaksin sendiri disebabkan bekalan global yang terhad dan kebimbangan terhadap kemunculan varian baru virus.

“Pembendungan pandemik sebahagian besarnya bergantung kepada pembangunan vaksin,” kata kementerian itu dalam kenyataan.

Katanya, empat syarikat Vietnam terbabit dalam penyelidikan dan pengeluaran vaksin itu, dengan dua daripadanya melakukan ujian ke atas manusia, termasuk terhadap vaksin Nanocovax serta Covivac.

Setakat ini, Vietnam bergantung kepada vaksin AstraZeneca dan sejak pelancaran vaksinasi pada 8 Mac lalu, lebih 20,000 orang sudah divaksin.

Pegawai Kementerian Kesihatan semalam berkata, tiada rancangan untuk menghentikan penggunaannya selepas sesetengah negara Eropah menggantung penggunaannya kerana laporan pembekuan darah.

Semalam, Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Thanh Long berkata 1.3 juta dos AstraZeneca akan tiba di negara itu menjelang akhir bulan ini dan diagihkan ke seluruh negara.

Katanya, Vietnam sedang berunding untuk membeli vaksin daripada Pfizer-BioNTech, Moderna, Johnson & Johnson serta Sputnik V yang dihasilkan Rusia, serta ia mungkin mencapai perjanjian untuk mendapatkan 30 juta dos vaksin Pfizer tahun ini.

Kerajaan sebelum ini berkata, ia akan mendapatkan 150 juta dos vaksin secara keseluruhan, termasuk melalui pembelian terus daripada pengeluar dan skim perkongsian vaksin global, Covax.

Vietnam dipuji di peringkat global berdasarkan kejayaannya dalam membendung penularan virus itu tahun lalu melalui pengesanan kontak, ujian saringan besar-besaran dan kuarantin ketat, walaupun ia menghadapi lonjakan kes semula baru-baru ini.

Negara itu mencatatkan 2,560 kes Covid-19, dengan kira-kira 60% kes ialah penularan tempatan dan hanya melaporkan 35 kematian sehingga kini.