NAK KHIANAT TAPI BODOH?

VIDEO TULAR Bersatu Tangga Batu bergolak? RAFIQ MOHAI DEEN DICARI PENGUNDI

Kenyataan Media



1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,  di atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Ke 8.

2. Apa jua percanggahan pendapat mengenai perlantikan Tan Sri, saya ketepikan sementara sebagai menjunjung titah DYMM Yang Di Pertuan Agung.

3. Walau bagaimanapun, naluri saya tetap berkata bahawa gabungan Perikatan Nasional hanya suatu bayangan kerana ianya tertubuh berdasarkan emosi semata-mata dan bukannya atas sebab-sebab yang objektif dan mulia.

4. Sememangnya Perikatan Nasional sebagai suatu gabungan tidak mempunyai sebarang struktur atau perjanjian asas. Sebagai contoh, sewaktu Mesyuarat MPT Khas pada 23.02.2020 dan 24.02.2020, ada beberapa soalan dibentang seperti apa kesannya penggabungan Negeri Negeri di tadbir Bersatu?

5. Nah, lihat natijahnya apabila tiada struktur perundangan asas. Kini semua kerajaan negeri jatuh kepada BN, dan Menteri Besar dilantik dari kalangan wakil BN.

6. Sampai hati Presiden Bersatu merestui penggabungan Bersatu dan UMNO, yang dianggap tindakan yang menggadai maruah bangsa seterusnya menyesatkan lagi bangsa Melayu!

7. Seeloknya YAB Tan Sri ingat kembali dan akur dengan keputusan di mesyuarat khas MPT pada 23.02.2020, dimana MPT dengan sebulat suara bersetuju dengan usul untuk keluar daripada PH untuk bergabung bersama Muafakat Nasional seterusnya menyerahkan kepada YAB Tun Dr Mahathir bagi menilai dan mempertimbangkan dengan teliti usul tersebut.

8. Saya tidak menafikan bahawa unjuran suatu perikatan gergasi khusus untuk bangsa Melayu mungkin dapat menyelesaikan kemelut politik bangsa bagi jangka waktu terdekat ini.

9. Namun begitu, lahirnya PN hasil dari pergolakan emosi yang tak terkawal, lambat launnya akan menimbulkan  perasaan syak wasangka di kalangan ahlinya. Kerana di sebalik tabir, landasan politik melayu sebenarnya berpecah kepada pelbagai ideologi dan falsafah yang kadangkala bercanggah.

10. Hakikatnya, walau kita sama-sama Islam, dan sama-sama Melayu, tetapi keadaan ekonomi kita terlalu jauh bezanya di kalangan Bangsa Melayu ini sendiri. Dan inilah sebenarnya yang membawa kepada konflik maruah Melayu - perbezaan darjat dan kekayaan.

11. Seharusnya YAB Tan Sri mengenang kembali bahawa  ahli parlimen Bersatu pada asalnya terdiri daripada 13 orang ahli penaja yang bersatu hati dan nekad mengembalikan maruah bangsa tanpa mengira perbezaan antara mereka.

12. Tiba masanya kita ke pangkal jalan.

13. Bersatu, Beramanah dan Bermaruah.

Tariq Ismail bin Mustafa
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Ahli no 0051
Parti Pribumi Bersatu Malaysia


JANGAN DAKWA PN YANG TURUNKAN HARGA...



Harga minyak turun disebabkan permintaan global menurun dan supply minyak mentah turun disebabkan corvid-19.Harga minyak mentah minggu lepas 56 USD minggu ni dalam 50 USD.. harga minyak dibeli dalam USD tapi dijual dalam RM.. 

Minggu ni RM jatuh berbanding dengan USD lebih teruk dari minggu lepas.. jadi harga pasaran minyak jatuh dan RM jatuh berbading USD minggu ni yang menyebabkan harga minyak di pam dijual rendah minggu ni..


HARGA MINYAK TURUN KERANA MASIH GUNA DASAR KERAJAAN PH 


Hari ini harga minyak dunia jatuh.  Maka, harga minyak petrol di negara ini pun turun.  Kerajaan pintu belakang sekarang masih guna formula dan dasar kerajaan PH kerana kerajaan pintu belakang sekarang ini belum pun membentuk Kabinet.  Menteri yang ada hanya seorang iaitu PM.  Tiada kabinet, tiada menteri termasuk menteri yg jaga minyak.  Terpaksalah ikut dasar kerajaan PH.


Ertinya, kalau hari ini kerajaan PH tidak dikhianati, maka harga minyak akan turun juga seperti sekarang.  Sebelum ini pun pernah turun juga kerana itulah formula yg diguna pakai.



Cuma, macai dan walaun yang tidak tahu apa2 terus mengaku harga minyak turun adalah kerana kerajaan pintu belakang yg ditentukan oleh hanya seorang PM.  Begitulah rendahnya pemikiran mereka..







PEMULIHAN EKONOMI SEDANG BERLAKU....NAMPAK.?



Semalam keluar berita, Khazanah catat untung operasi tertinggi dalam sejarah RM7.36 bilion.. Setelah tahun sebelum nya mencatatkan kerugian dan penstrukturan semula operasi dengan rosot nilai yang tinggi walaupun masih kekal Untung...Sudah pasti keuntungan Khazanah disumbang dari pendapatan anak syarikatnya... 

Dalam krisis politik ini, ramai yang terlepas pandang.. selain Khazanah, pada 21 Febuari yang lalu.. Telekom Malaysia hasil keuntungan bersihnya naik 400%... Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan keuntungan bersih RM632.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, melonjak lebih 400 peratus berbanding RM153.2 juta yang diraih tahun sebelumnya...

Manakala TNB mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan.. euntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 18.7 peratus kepada RM4.45 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (TK2019) berbanding RM3.75 bilion pada 2018...

Nampak tak..apa petandanya ?sebenarnya pemulihan ekonomi Negara sedang berlaku.. Penstrukturan semula telah membuahkan hasil.. Dan tidak lama lagi..Kita akan dengan pemulihan dan keuntungan dari tabung Haji.. bukan kah benar, Lim Guan Eng mengatakan kita perlukan masa 3 Tahun untuk pulihkan Ekonomi Negara..

Itu sebab rampasan kuasa perlu dipercepatkan Sebelum Kerajaan PH berjaya memulihkan Ekonomi..Sebelum ni aku dah tulis... UMNO cukup takut kalau ekonomi pulih.. jadi Kerajaan PH perlu dijatuhkan segera..

Sebagai contoh, Telekom..Ini hasil kejayaan Gobind Singh yang ramai tak nampak..ramai org nampak Gobind kerja dia hanya jaga RTM.. Dia lah yang beranii menstruktur semula operasi Telekom melawan kelompok Kapitalis.. 

Hasil dari pendapatan yang sebelum ini dirompak syarikat Kapitalis seperti MAXIS dan YTL dari kini dikembalikan kepada TELEKOM..  dalam keadaan harga Internet dikurangkan, Telekom meraih keuntungan yang tinggi..

Bayangkan siapa yang perasan.. Telekom hari ini mula menawarkan langganan telekomunikasi Mudah alih seperti UNIFI Mobile yang sebelum ini dibiarkan kepada kapitalis MAXIS dan YTL.. hari ini juga Telekom bersedia menjadi peneraju teknologi 5G, dimana lesen spektrum 4G,WIMAX sebelum ini  menganaktirikan syarikat kerajaan seperti telekom walaupun infrastruktur Telekomunikasi milik telekom..

Begitu juga dengan TNB,  Ini jasa Yeoh Bee Yin..sahabat aku antara yang terlibat dalam merangka, mengstruktur balik operasi TNB.. mereka akan membahagikan Operasi Retail TNB,meneroka bukan bidang bukan teras seperti perbekalan Internet.. termasuk IPP yang selama ini Keuntungan TNB dirompak oleh syarikat IPP seperti Genting,YTL..

Jadi faham tak kenapa rampasan kuasa ini penting.. Sebab ramai Kapitalis yang sudah marah marah dengan Kerajaan.. Sebab depa tak mudah untuk buat dan cetak duit dengan Projek projek kerajaan seperti 1Berstari net... Jadi Kerajaan PH yang pro rakyat perlu dijatuhkan...

Tapi biasa lah..Selepas ini kerajaan haram akan mendakwa ini kejayaan depa.. Tapi tu takkan belum dilantik Menteri nak mengaku ini hasil kerja mereka.. sama seperti Tok Lai nak mengaku..belum Menikah..tapi nak emngaku anak yang dilahirkan tu anak depa.. takkan anak haram... :)

Ipohmali

Khalid Samad: Yang Tolak Tun Mahathir Jadi Perdana Menteri Di Antaranya Adalah Azmin

TERKINI : Muhyiddin PM Untuk ‘Orang Melayu Sahaja atau Rakyat Malaysia?’ – Saifuddin Nasution


 
Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, punca utama kerajaan Perikatan Nasional (PN) menunda tarikh persidangan Dewan Rakyat adalah tanda Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berdepan kesukaran.

Menurut Setiausaha Agung PKR itu, Perdana Menteri kelapan itu dilihat menghadapi kesukaran kerana masih belum memutuskan senarai Kabinet baharu kepada umum. “Saya faham kesukaran yang beliau (Muhyiddin) alami sekarang.

Untuk menubuhkan jemaah menteri sehigga membawa kepada penangguhan Dewan Rakyat daripada 9 Mac ke 18 Mei, itu adalah gambaran yang menunjukkan beliau sukar untuk menjalankan proses kelompok yang pelbagai.

“Apa lagi rakyat sedang ternanti-nanti rupa sebuah kerajaan di mana wakil daripada bukan Melayu itu sangat kecil,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis apresiasi di kementerian itu hari ini.




BAKAL TPM TAK FAHAM DEMOKRASI



 FATHI ARIS OMAR

Saya fikir DS Hadi Awang tersilap faham asas Raja Berpelembagaan. Pertama, SPB Yang di-Pertuan Agong tidak campur (atau "above") politik. Kedua, baginda juga tertakluk di bawah Perlembagaan.

Agong hanya mengambil pandangan tentang "majoriti semasa" sewaktu perkara itu dipersembahkan kepada Baginda. Maka, baginda melantik TS Muhyiddin Yassin.

Apabila "majoriti semasa" berubah, kerana peralihan sokingan di Dewan Rakyat, maka Baginda akan mencapai keputusan baharu dan berbeza pula.

Maka, soal perbezaan sokongan kepada perdana menteri tidak boleh dikaitkan dengan Baginda. Soal ini SEPENUHNYA di tangan ahli-ahli Dewan Rakyat.



12 JAHANAM AKAN DISAMAN PKR


PKR mahu saman 12 bekas wakil rakyatnya setiap orang RM10 juta

PKR akan mengheret 12 wakil rakyatnya yang melompat parti baru-baru ini ke mahkamah dan menuntut mereka membayar RM10 juta setiap seorang, kata bendahari parti itu, Lee Chean Chung.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata saman oleh PKR itu berdasarkan dokumen undang-undang yang ditandatangani wakil rakyat berkenaan sebelum mereka diletakkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2018.

"Kami akan menghantar kepada mereka surat tuntutan minggu depan. Mereka perlu menjawab tentang bagaimana untuk membayar RM10 juta itu," kata Lee, yang juga Adun Semambu.


"Kegagalan berbuat demikian, kami akan dakwa mereka di mahkamah. Kami akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkannya selepas menghantar surat kepada mereka," katanya.

Menurut dokumen yang dilihat Malaysiakini, setiap wakil rakyat terbabit perlu membayar PKR sebanyak RM10 juta jika dipecat sebagai ahli, melompat ke parti lain atau meninggalkan parti tetapi kekal sebagai calon bebas.

Pembayaran itu perlu dilakukan dalam masa tujuh hari selepas seseorang wakil rakyat keluar atau dipecat daripada parti.

Beliau berkata PKR sedang berbincang dengan peguam untuk mengumpul semua maklumat yang relevan mengenai wakil rakyat yang berpaling tadah.

Seramai 12 wakil rakyat terbabit terdiri daripada sembilan anggota parlimen dan tiga Adun.

Anggota Parlimen terbabit adalah Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Santhara Kumar (Segamat) , Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Tiga Adun berkenaan pula ialah Adun Gombak Setia, Hilman Idham, Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis dari Melaka dan Adun Pemanis Chong Fat Full dari Johor.



PENGUNDI KECEWA PENGKHIANATAN AZMIN, ZURAIDA

UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN, HADI JANGAN KAITKAN AGONG



Parlimen adalah tempat di mana semua Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat di Parlimen masing-masing bersidang  dan membahaskan sebarang usul atau Rang Undang-Undang atau apa jua  yang melibatkan rakyat dan negara ini.

Sekiranya seseorang PM itu didapati oleh rakyat menjadi PM tanpa sokongan majoriiti Ahli-Ahli Parlimen yang mewakili rakyat, maka Parlimen adalah tempat rujukannya di mana Parlimen berhak menentukan samada seseorang PM itu mendapat sokongan majoriti ahli-Ahli Parlimen untuk melayakkannya menjadi seorang PM.

Hadi Awang tidak perlu kaitkan Tuanku di dalam isu ini hanya kerana ada cadangan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada PM kerajaan pintu belakang sekarang.  Bukankah Umno dan Pas juga pernah pertikaikan perlantikan Peguam Negara?  Bukankah Umno dan Pas pernah pertikaikan perlantikan seseorang Menteri?  Bukankah perlantikan Peguam Negara dan seseorang menteri itu juga medapat perkenan Agong?  Adakah boleh dikatakan waktu itu Umno dan Pas mahu melanggar kuasa Agong?

Kalau Umno dan Pas pernah pertikaikan perlantikan Peguam Negara oleh kerajaan PH sebelum ini dianggap bukan mempertikaikan kuasa Agong, mengapa di dalam isu PM sekarang mereka boleh kaitkan dengan Agong?  Begitu bersungguh Hadi mempertahankan PM kerajaan pintu belakang ini.  Inikah namanya parti Islam?  Memalukan.

WFAUZDIN NS



PN TANPA IDENTITI, MENIFESTO DAN TANPA WAWASAN

Perikatan Nasional – itulah khabarnya nama gabungan yang memerintah kerajaan sekarang ini.

Nama baru ini merupakan perubahan daripada Pakatan Nasional, nama yang digunakan sebelum ini.

Pakatan Nasional atau PN adalah nama ciplakan hasil cantuman Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional.

Oleh kerana nama Pakatan Nasional itu terlalu “direct” hasil cantuman Pakatan Harapan dengan Muafakat Nasional, maka ia kemudian ditukar kepada Perikatan Nasional.

Begitu pun, harus diakui munculnya nama tersebut adalah terlalu baru dan barangkali seiring dengan sempurnanya pengkhianatan yang berjaya meletakkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Walaupun demikian, Perikatan Nasional belum lagi merupakan sebuah gabungan yang sah dan berdaftar sebagaimana Pakatan Harapan atau Barisan Nasional misalnya.

Perikatan Nasional hanya merupakan nama sebutan yang dijaja yang menggabungkan kelompok Muhyiddin daripada Bersatu, puak Azmin Ali daripada PKR, UMNO, Pas dan juga GPS di Sarawak.

Tetapi, ia hanya ada pada nama saja. Selain masih tidak berdaftar, PN juga tidak ada carta organisasi, tiada struktur, tiada hala tuju perjuangan dan tiada manifesto untuk dinilai oleh rakyat.

PN juga tidak pernah dipilih rakyat melalui undi atau pilihanraya untuk menjadi kerajaan.

Siapa jadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Agung pun belum ada susunannya.

Dan kerana itu, siapa yang bertanggungjawab dalam PN ini tidak diketahui dengan jelas orangnya.

Pendek kata, segala-gala tentang identiti PN ini adalah kabur, mungkin sekabur “video Haziq” di mata pihak polis dan Jabatan Peguam Negara.

Begitulah kedudukan PN ini sebenarnya, tetapi ia tetap merupakan sebuah kerajaan buat waktu ini.

Disebabnya ketiadaan banyak perkara itu, PN ini adalah sebuah gabungan kerajaan yang merbahaya kepada rakyat kerana siapa yang bertanggungjawab dan apa yang mahu dilakukannya langsung tidak jelas kepada kita semua.

Kalaulah PN tidak melakukan apa-apa sekali pun, tiada siapa boleh marah kerana tiada dokumen atau apa-apa bukti yang pernah mereka tunjukkan sebelum ini tentang apa yang mahu mereka lakukan untuk rakyat negara ini.

Oleh kerana perjuangan dan manifesto PN adalah kosong, tiada apa-apa yang rakyat boleh harapkan sebenarnya daripada gabungan kerajaan ini.

Asas yang menjadikan semua pihak menggbungkan diri dalam PN ini pun, jika diperhati, tidak lebih semata-mata untuk mengejar jawatan, kedudukan serta menyelamatkan diri daripada pendakwaan yang sedang berjalan di mahkamah.

Maka, apakah rakyat mahu membiarkan PN ini menjadi kerajaan dalam tempoh yang lama?

Kecualilah, jika rakyat memang tidak mengharapkan apa-apa daripada kerajaan dan boleh hidup sendiri tanpa bantuan, malah seronok melihat muka-muka pengkhianat ini muncul di kaca tv setiap hari berlagak seperti pemimpin yang berkaliber dan ada visi, barangkali bolehlah PN ini dipertahankan mentadbir negara ini sekurang-kurangnya sehingga PRU15 akan datang.

Kalau tidak, menjelang sidang Parlimen pada 18 Mei depan pun tentunya sudah terlalu lama memberi peluang “petualang-petualang” ini memegang kuasa di bumi bertuah Malaysia ini. (ShahbudinHusin 06/03/2020)



EHHHH.....TERKEJUT.....SYARIKAT INI MILIK ANAK PM BARU ????


VIDEO PAGI INI : Pendirian dan sokongan ahli Parlimen Sabah kepada Tun M" - Shafie Apda

SEMUA INI SALAH MUHYIDDIN....



Selepas hilang jawatan Menteri Besar di Johor, Bersatu kini terus dirundung malang di negeri Melaka dan Selangor.

Di Melaka, berikutan ketamakan menagih jawatan ketua kerajaan negeri, dua Adun Bersatu akhirnya diketepikan daripada Perikatan Nasional atau PN yang mana Ketua Menteri baru dijangka akan mengangkat sumpah esok.

Dengan itu, wakil Bersatu yang sebelum ini berada dalam kerajaan negeri, kini dengan sendirinya teralih kedududukannya di barisan pembangkang.

Tiada lagi jawatan Exco dalam kerajaan negeri Melaka untuk Adun Bersatu selepas ini.

Tidak lama selepas kejadian di Melaka, PH Selangor pula mengenepikan Bersatu daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

Susulan pembentuan kerajaan PN di pusat, penyingkiran wakil-wakil Bersatu di Selangor adalah melibatkan semua jawatan di peringkat kerajaan negeri termasuk Exco, ketua kampung, pihak berkuasa tempatan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

Selain itu, peruntukan pembangunan kepada Adun Bersatu, termasuk untuk Azmin Ali dan Hilman Idham juga turut dibekukan oleh Menteri Besar Selangor.

Sebelum itu di Johor, berikutan keghairahan Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan sokongan daripada UMNO, beliau telah mengarahkan Adun Bersatu di negeri itu keluar daripada PH.

Berikutannya, kerajaan PH tumbang di negeri itu dan diambil alih oleh PN yang kemudiannya Adun Benut daripada UMNO, Hasni Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baru.

Dalam erti kata lain, dalam kes Johor ini Muhyiddin ibarat menggadaikan kuasa Bersatu di negeri itu kepada UMNO demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Bermakna, sehingga ini selain hilang jawatan Menteri Besar di Johor, Bersatu turut disingkirkan dalam kerajaan negeri Melaka dan Selangor.

Dua negeri lain yang berpotensi untuk Bersatu turut hilang kuasa selepas ini ialah di Perak dan juga di Kedah.

Siapa yang rugi akhirnya?

Dan siapakah penyebabnya?

Jawapan kepada dua persoalan di atas yang boleh diumpamakan seperti malang bertimpa-timpa kepada Bersatu itu tidak lain adalah kerana kerakusan Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri sehingga tanpa berfikir panjang, telah membawa keluar parti itu daripada PH.

Walaupun memang impiannya untuk melangkau menjadi Perdana Menteri tercapai akhirnya, tetapi ada jadi kepada parti yang beliau sendiri menjadi presidennya?

Selain hilang kuasa di banyak negeri dan berbalah dengan Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu, parti itu kini juga seperti terbelah dua tanpa haluan yang pasti.

Untuk PRU akan datang, dalam keadaan Bersatu yang caca marba seperti sekarang ini, apakah Muhyiddin dapat memberi jaminan parti itu akan terus mendapat sokongan pengundi?

Lebih daripada itu, bersama Tun Mahathir yang menggelarnya sebagai pengkhianat, pengundi-pengundi yang memenangkan PH dalam PRU14 lalu juga turut memanggilnya dengan gelaran yang sama.

Sebagai anak ulama yang agak dikenali ramai di Muar, tidak malukah Muhyiddin dengan gelaran yang diterimanya sekarang ini? (ShahbudinHusin 05/03/2020)


MUSIBAH MALAYSIA - HARI KE 11


SARIPAH SH ABDULLAH


Sebagai seorang Melayu Muslim saya dipaksa menerima pemimpin dari kalangan perasuah, perompak dan pedagang agama. Saya tidak redha dan bantah.

Saya belajar sesuatu dari apa yang berlaku. Seperti diawal posting saya mengenai, belum pernah Allah mengumpulkan semua penjenayah dalam satu rumah, tentu tidak sia-sia dan ada hikmah untuk dimuhasabah.

Orang Melayu Islam sudah jauh tersimpang dari mementingkan displin, maruah dan prinsip diri. Pemimpin Melayulah yang bertanggungjawab kerana gagal dalam amanah memimpin rakyat agar hidup berintegriti. Malah mereka menggalakkan rakyat untuk terus mengejar wang ringgit dan harta benda. Dalam mengejar kekayaan ini, cara mendapatkannya tiada lagi salah.

Dari penipuan sebesar-besar 1 MDB sampailah sekecil-kecil mencuri diperingkat rakyat dalam syarikat malah sanggup menikam downline dengan mengambil wang dan tidak diberi barang. Ia berlaku kerana mengejar pangkat dan wang semata-mata. Rakyat menjadi ghairah melihat pemimpin bermewah, maka mereka juga tidak mahu terlepas dari perlumbaan mengumpul kereta dan rumah.

Apabila mati satu pun tidak dibawa dan anak-anak pula telah dijamin rezeki mereka oleh Mak dan Ayah walaupun harta menggunung itu hasil dari wang rasuah atau jual beli tidak sah!

Datang pula yang beragama menyelit kekayaan Abdurrahman bin 'Auf sedangkan wang Abdurrahman bin 'Auf tidak pernah kekal bertimbun di dalam perbendaharaan.  Ia hanya singgah ditangan untuk diagih kepada yang memerlukan.

Jangan kita cemar nama sahabat-sahabat Nabi s.a.w. hanya untuk menghalalkan nafsu kita untuk mengumpul harta konon untuk berzakat. Islam BUKAN sekadar zakat apabila kamu dikurnia kekayaan! Membantu tahfiz dan anak yatim pun bermusim dengan bergambar sekadar mempertontonkan jiwa penderma.

Selagi orang Islam tidak mempunyai jiwa hamba kepada Tuhannya, selagi itulah nafsu tidak bertepi membisik dunia ditelinganya.

Rasulullah s.a.w. contoh terbaik orang kaya YANG BERJAYA menunduk nafsunya. Sedangkan kita nafsu gagal dikawal dan bermimpi ingin kaya dan terkaya di dunia.

Negara orang Islam satu demi satu tumbang BUKAN kerana miskin TETAPI kerana pemimpin tidak amanah dan tidak pernah kenyang dengan kekayaan dunia. Apabila nafsu sentiasa lapar dengan hidangan dunia, maka amanah menjaga rakyat tidak lagi menjadi agenda.

Mereka hanya ingin berebut ghanimah dunia BUKAN untuk mengurus negara jauh sekali membela nasib rakyat di bawah!

Sedihnya ada rakyat yang rela menjadi hamba manusia kerana ganjaran dapat dipegang dan dimiliki walau untuk sementara.

Kita dibimbing bahawa miskin itu derita dan berdosa. Kekayaan itu keseronokan dan bahagia. Sedangkan Allah memilih siapa dikalangan hambanya untuk kaya. Bila berniaga untung berganda, kerana bukan untuk mengumpul harta dengan bilangan rumah atau kereta TETAPI sebagai pelapis kepada Abdurrahman bin 'Auf yang berjaya mengurus harta Tuhannya.

TUN M ADALAH PUNCANYA. HAMDAN TAHA



Sehari dua ni saya mula membaca dan mendengar hujah hujah pimpinan politik PH antaranya dari parti Amanah seperti Dr Mujahid dan Khalid Samad dalam isu rampasan kekuasaan jika boleh guna ayat itu....atau perlantikan perdana menteri baru iaitu Tan Sri Muhyuddin Yasin...

Rujukan semua pimpinan PH ini ialah Tun Dr Mahadir dan mereka punya kepercayaan kepada Dr Mahathir berada di tahap luarbiasa. Ulasan semua dari mereka yakin dan percaya bahawa Tun Dr M tidak terlibat dan tak tahu apa apa.....sedar sedar terjadi sahaja dengan sendirinya...tampa ada di gerakan dari tun dr m sendiri sehingga tun dr m pun kena tipu dan jatuh sebagai PM malaysia ....

Bagi saya mudah sahaja,apa yang berlaku ini semuanya DI MULAKAN OLEH MANUSIA BERNAMA DR MAHATHIR MUHAMAD dia lah orang yang mengerakan semua ini untuk menyekat daripada Dato Seri Anwar Ibrahim memjadi PM malaysia. Antara asas paling besar ia di mulakan oleh Dr M ialah apabila selepas menang BERSATU menerima kemasukan tampa syarat Ahli Parlimen Larut Dato Seri Hamzah Zainuddin. Apabila dr M terima sahaja keahlian hamzah itu lah harinya bermula gerakan ini semua....dan hamzah membentuk satu pasukan khas di pejabat mereka di publika untuk mencari jalan menyekat Anwar menjadi PM....hampir dua tahun kerja ini berjalan dengan lengkap dengan segala kewangan dan kekuasaan....

Pasukan Hamzah menjadi lebih kuat bila ada campur tangan dari Tun Daim,Hishamudin dan Azmin Ali. Bayangkan semasa pemilihan parti PKR team ini terlibat merancang bersama untuk menangkan Azmin Ali dengan cara mereka...itu belum lagi jika kita kaji bagaimana tun melantik para menteri berdasarkan dengan NIAT mengurangkan kekuasaan berpusat seorang presiden parti...terutama parti PKR sehingga MPT tak perduli dengan presiden kerana Timbalan Presiden yang di lihat kuat....apakah ini tidak melibatkan Tun Dr M...sudah tentu terlibat....

Gerakan mereka menjadi lengkap apabila zahid Mat Arif setpol Tun M mendapat arahan Tun M supaya bersama mereka untuk membuat gerakan menyekat Anwar Ibrahim menjadi PM. Semua yang berada bersama mereka itu adalag orang yang sama pemikiran iaitu tugas utama menyekat anwar dari menjadi PM....itu sebab pasukan ini yakin mereka berjaya kerana setiap apa yang mereka buat di persetujui oleh tun m...apakah tun m tak dengar Pas akan membuat undi percaya kepada beliau...dari mana datangnya ideal itu....apakah Dr M tak dengar tiba tiba kecoh dari umno dan rakaman presiden umno dengan jelas menyebut mereka di pelawa untuk membentuk kerajaan baru...apakah Tun M  tak tahu dan tak dengar...semuanya dia dengar....dia tahu...dan dia siap beri komen komen lagi yang nampak menjurus kearah perkara yang di rancang....

Bagi saya dia meletakkan jawatan itu pun adalah strateji utama Tun M...cuma saya di beritahu oleh orang yang sangat dekat dengan pihak istana ketika Tun M menyerahkan surat perletakan jawatan itu dan bertemu yang di petuan Agung pada jam 5 petang. Agung telah menyebut perletakan jawatan di terima dan pihak istana bercadang memangil dato seri anwar mengangkat sumpah sebagai PM kerana PH ketika itu masih lagi parti BERSATU bersamanya. Tun meminta kebenaran untuk dia menjadi PM interim supaya dapat memperbetulkan keadaan yang sudah gawat dan tidak terkawal....apabila keluar istana Tun m memaklumkan kepada jenteranya Agung ingin melantik Anwar sebagai PM itu sesuatu yang mengejutkan dan bahaya. Terus mereka mendesak Muhyuddin membuat keputusan dan kenyataan supaya Bersatu keluar Ph...itu lah yang mereka buat....bila PH keluar menyebabkan agung tidak boleh melantik anwar ibrahim kerana blok parti itu telah tidak mencukupi perlantikan itu.....

Dalam krisis itu lah tun m masih cuba bermain politik selamat dengan cuba mengujudkan kerajaan perpaduan. Kerajaan perpaduan ini hanya muncul apabila kerja buat tun m telah jadi kucar kacir dan tidak menjadi...tapi beliau tetap mahu menjadi PM lagi....walaupun sudah letak jawatan. Entah mana silapnya kerajaan perpaduan itu gagal menarik sokongan sebaliknya menyebabkan semangkin kusut dan berpecah....tun m lagi menjadi tak karuan bila agung juga memanggil Tengku Razalie mengadap. Tun M ni tidak akan benarkan dua manusia ini jadi PM....Tengku Razalie dan Anwar....bila ku li di ajak berjumpa agung persepsi tun m sudah semankin berserabut....beliau tahu jika umno...pas..team muhyuddin tiba tiba mencalunkan kan ku li ini boleh merbahayakan beliau maka dia ubah lagi strateji sehingga berlakulah mesyuarat bersatu yang panas....dan akhirnya mesyuarat itu berjaya mencadangkan nama muhyuddin sebagai pM.....

Saya dah dapat maklumat muhyuddin nak jadi PM ini lebih kurang 3 bulan yang dulu...sehingga tan sri muhyuddin berani mengajak mat sabu dan amanah ikut beliau meninggalkan Ph. Tapi yang pasti muhyuddin yang pada mulanya telah di gelikan oleh team hamzah ini dengan jawatan TPM sahaja....itu pun muhyuddin dah cukup seronok...sehingga ada sahabat yang bertanya kepada beliau....tan sri tak perlu bimbang....apa keadaan pun tan sri akan jadi TPM selepas ini...Anwar dah tentu lantik Tan Sri....apa jawapan tan sri....saya suka jadi TPM kepada tun dr m....bukan Anwar.....sahabat itu tanya....Kenapa pulak.Tan Sri....dia jawap....jika jadi TPM kepada Anwar maka saya selamabya jadi TPM sahaja....kerana kami sebaya.....tapi jika jadi TPM kepada Tun M berbeza kerana saya ada ruang dan pelaung menjadi Penganti sebagai PM lagi pun umur Tun M itu bula ruang pada saya....maknnya memang beliau minat dan nampak jelas jika ada sikit pun peluang wajib di cuba....

Jadi kesimpulan saya semua ini berlaku kerana perkara pokoknya tun m tak mahu anwar ibrahim.sebagai PM. Juga tak mahu ku li bernafas dan hidup lagi dalam politik....itu sebab beliau masih mahu jadi PM.....tambahan pulak muhyuddin berjaya potong tun m dan anwar ketika pertarungan di corner bukan di jalan yang lurus....saya yakin tun dr m hari ni orang yang dia paling sakit hati adalah muhyuddin yasin....mr karpet...atau mr sejuk kata zahid mat arif....kita saksikan lakun tun dr memang hebat....masih orang puji beliau....luarbiasa

- Hamdan Taha -


Semua jawatan pimpinan Bersatu di Selangor dilucut serta-merta


 
MGF05032020_SIDANG-MEDIA-MB-SELANGOR_03
Reaksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada sidang media Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 05 MAC 2020
SHAH ALAM – Semua pimpinan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di setiap peringkat pentadbiran dalam Kerajaan Negeri Selangor akan dilucutkan serta-merta.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminudin Shari berkata, ia susulan daripada tindakan Bersatu mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu.
“Pimpinan tinggi PH telah memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa pentadbiran Selangor tidak lagi dianggotai Bersatu dan secara automatik bukan lagi dalam gabungan Kerajaan Negeri Selangor.
“Justeru, keterlibatan semua pimpinan dan ahli Bersatu adalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco), Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK).
“Ini termasuklah anak-anak syarikat kerajaan negeri serta seluruh rangkaiannya yang berkaitan sesuai dengan keadaan politik semasa,” katanya pada sidang media di kediaman rasminya, di sini, hari ini.
Dengan pengumuman itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari antara yang hilang jawatan sebagai Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, semua peruntukan kepada semua lima ADUN daripada Bersatu dan dua wakil rakyat bebas dibekukan.
“Dalam masa sama, kita membekukan semua peruntukan yang terlibat dengan mereka termasuk dua orang ADUN bebas atau Pas yang telah dipecat daripada parti di dalam Dewan Negeri Selangor,” katanya.
Menyentuh kedudukan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, kesemua tujuh ADUN daripada Bersatu dan bebas akan diletakkan dalam blok pembangkang pada persidangan 16 Mac ini.
“PH Selangor sekarang, kita mempunyai 43 wakil (kerajaan) dan pembangkang pula yang terdiri daripada UMNO, Pas, Bersatu dan bebas yang dinamakan sebagai Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada 13 wakil,” katanya.
Selain itu, pihaknya akan mengekalkan jumlah Exco seramai sembilan orang sahaja meskipun wujud kekosongan yang ditinggalkan oleh ADUN daripada Bersatu.
“Kita akan kekalkan sembilan Exco Selangor dan kita akan teruskan walaupun persidangan Dewan Negeri Selangor akan berlangsung pada 16 Mac ini.
“Kekosongan itu tidak akan menjejaskan persidangan itu kerana ketika zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pun boleh berjalan walaupun dengan empat Exco sahaja,” katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan jumlah wakil kerajaan dan pembangkang akan berubah dari semasa ke semasa.
“Kita juga menunggu sebarang perkembangan dan saya menjangkakan ada perkembangan lain dan kita akan maklumkan jika ada perkembangan,” katanya. – MG



Khalid Samad dakwa Muhyiddin tawarkan PH jawatan menteri


 
MGF04032020_MAJLIS-TEMU-RAPAT19
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian penduduk yang hadir pada Majlis Temu Rapat Khas Aktivis Pakatan Harapan Gombak bersama Pimpinan PH Peringkat Nasional di Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN Hulu Kelang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghubungi bekas menteri-menteri Pakatan Harapan untuk menawarkan jawatan menteri.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu mendakwa Muhyiddin membuat tawaran sedemikian jika bekas menteri-menteri PH menyokong beliau.
Dakwaan Khalid itu menyusul selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau pernah ditawarkan jawatan Perdana Menteri.
“Sekarang Muhyiddin dan pasukan dia dalam kerajaan ada hubungi bekas menteri Pakatan Harapan untuk tawarkan jawatan menteri dalam Kabinet.
“Tak sedia nak cari orang yang berintegriti dan bersih, dia nak tawarkan jawatan kepada kami,” katanya dalam majlis temu rapat khas aktivis PH Gombak bersama pimpinan PH peringkat nasional di Pusat Khidmat Peduli Masyarakat malam tadi.

Bagaimanapun, Khalid mendakwa tiada pemimpin PH yang menerima tawaran tersebut sehinggalah kerajaan baharu itu menggunakan taktik licik mengarahkan isteri masing-masing untuk merayu supaya mereka menerima tawaran berkenaan.
“Mereka lobi melalui isteri, cuba yakinkan dan pujuk suami anda (untuk sertai Kabinet Muhyiddin), terimalah jawatan,” katanya.
Awal hari ini, Anwar mendedahkan beliau ditawarkan jawatan Perdana Menteri jika bersetuju menerima UMNO secara en blok.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian menjawab laporan media tentang kenyataan Ahli Parlimen Titiwangsa yang mendedahkan tawaran tersebut dibuat sebelum krisis politik bermula minggu lalu.
Tawaran itu bagaimanapun ditolak Anwar.
Dalam pada itu, Khalid berkata pihaknya tidak menjangkakan langkah yang dibuat oleh pasukan Muhyiddin.
“Apa yang telah berlaku adalah Muhyiddin telah khianati bersama sokongan Azmin di mana benda ini kita pun tidak tahu.
“Tun Dr Mahathir sendiri pun tidak tahu, sebijak-bijak Tun sudah berpuluh-puluh tahun berpolitik, dia pun tidak boleh baca,” katanya lagi.
Minggu lalu, kerajaan PH yang hanya berusia 22 bulan tumbang apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan selepas mendapat sokongan daripada Barisan Nasional (BN), Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu dan beberapa bekas Ahli Parlimen PKR. -MG




VIDEO : Dari Mana Ku Nan Dapat Kekayaan RM800 Juta? - Anwar