Cadangan pelanjutan had umur persaraan kepada 65 tahun seperti dicadangkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hanya akan meningkatkan kadar pengangguran golongan muda di negara ini.
Datuk Samsuddin Bardan, Presiden Persekutuan Majikan Majikan Malaysia (MEF) berkata, Di sektor swasta, kira-kira 200,000 pekerja bersara setiap tahun.
Langkah melanjutkan had umur persaraan jelasnya hanya akan menyebabkan kira-kira satu juta peluang pekerjaan yang sepatutnya dikosongkan oleh mereka yang bersara pada umur 55 tahun telah luput.
Terdahulu, Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata meningkatkan had umur perlu dipertimbangkan kerana golongan pekerja di negara ini tidak memiliki simpanan mencukupi untuk menampung usia persaraan panjang.
Cadangan itu katanya dibuat dengan mengambil kira purata jangka hayat rakyat negara ini yang dijangka meningkat kepada 80 tahun.
Bagaimanapun tegas Samsuddin, langkah melanjutkan had umur persaraan telah dilaksanakan kerajaan terdahulu pada Julai 2013 dan hasilnya menyebabkan kadar pengangguran di negara ini meningkat.
“Bermula Julai 2013 hingga Jun 2018 ramai di kalangan pemuda tidak dapat pekerjaan sesuai dan kadar pengangguran adalah lebih tiga kali ganda.
“Jika umur bersara ditingkatkan kepada 65 tahun perkara sama akan berulang dan kadar pengangguran di kalangan pemuda akan menjadi lebih tinggi,” katanya dipetik laporan Sinar.
Dalam perkembangan terbahru, Kerajaan dilapor sedang meneliti cadangan tersebut yang telah di negara ini seperti yang dilakukan beberapa negara maju termasuk Singapura.
Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata peningkatan had umur bersara itu dilihat mampu memberi kebaikan kepada negara pada masa hadapan. – RF8 Media
Selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) lalu, pembangkang dilihat cuba memainkan pelbagai isu untuk mencemarkan imej pemimpin Pakatan Harapan (PH) di mata rakyat.
Gagal menjadi pembangkang yang baik, mereka mencipta pelbagai persepsi jahat bagi menarik kembali sokongan rakyat.
Terbaharu, Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan segelintir pembangkang bahawa pemilihan warna baju rasmi yang dipakai barisan exco kerajaan negeri sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 Peringkat Negeri Melaka seakan-akan seragam komunis.
Memetik laporan Melakakini, Adly Zahari menjelaskan, pemilihan warna itu berkait dengan semangat kemerdekaan dan ianya juga merupakan warna pakaian digunakan tentera Melayu terdahulu.
“Warna kita pilih berdasarkan semangat kemerdekaan, setiap warna yang kita pilih itu memang ada kena mengena dengan merdeka kita.
“Warna ini adalah salah satu warna tentera dahulu, sebab kalau kita lihat askar Melayu yang awal menggunakan warna ini, jadi warna ini sebenarnya memberikan gambaran bahawa semangat itu harus kita kekalkan,” katanya
Adly sementara itu menyifatkan tindakan segelintir pihak menyamakan pakaian digunakan itu dengan pakaian tentera komunis seoalah-olah cuba mencuit keharmonian yang dinikmati sehingga sekarang.
Terdahulu, Yang Dipertua Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersama barisan pimpinan kerajaan negeri hadir menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-62 di Memorial Kemerdekaan, Bandar Hilir pada 31 Ogos lalu.
Sebelum ini, seorang pemimpin mesra Umno, membuat permohonan maaf terhadap seorang pemimpin DAP kerana memfitnah pakaian digunakannya mirip pakaian diguna askar komunis.
Azwanddin Hamzah memilih penyelesaiaan luar mahkamah atas fitnah dibuatnya terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong. – RF8 Media
Semalam, 2 September adalah tarikh yang sentiasa diingati setiap kali kita memperkatakan tentang kebangkitan reformasi di negara ini.
Bermula 2 September 1998 di mana ketika itu Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian pada sebelah malamnya, keahlian UMNOnya pula dilucutkan yang bermakna semua jawatan beliau dalam parti itu gugur secara automatik, di situlah titik mula kebangkitan reformasi yang sehingga akhirnya BN berjaya ditumbangkan pada 9 Mei 2018 yang lalu.
Tanpa pemecatan Anwar, PKR tidak akan wujud dan kebangkitan reformasi juga tidak mungkin berlaku.
Tanpa pemecatan Anwar, tidak mungkin wujud sebuah gabungan pembangkang yang kuat yang setelah 20 tahun berjuang, berjaya menjadi kerajaan menggantikan BN.
Tanpa pemecatan Anwar, BN tentu saja masih jadi kerajaan sampai sekarang ini.
Tanpa pemecatan Anwar, Tun Mahathir Mohamad barangkali tidak keluar UMNO sampai dua kali dalam hidupnya.
Tanpa pemecatan Anwar, Tun Mahathir tidak mungkin menubuhkan Bersatu, berbaik dan bergabung semula dengan Anwar yang pernah dipecatnya semata-mata untuk menumbangkan BN yang pernah meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
Pendeknya, tanpa peristiwa pemecatan Anwar, banyak perkara tidak berlaku di negara kita ini.
Malah, jika kita sebagai rakyat merasa bertuah kerana kerajaan BN berjaya ditukar pada 2018 lalu, haruslah diingat segala-galanya bermula dengan beliau dipecat pada tarikh 2 September 1998 itu.
Tanpa pemecatan Anwar, tanpa beliau menubuhkan PKR dan kemudian menggabungkan parti-parti pembangkang serta sejak itu melaungkan reformasi dan perubahan, biar bagaimana besar sekali pun skandal yang dilakukan oleh sesiapa yang menjadi Perdana Menteri, BN tetap sukar untuk ditumbangkan.
Hanya kerana tapak untuk perubahan itu sudah tersedia sejak 2 September 1998, itulah yang sebenarnya memberi dorongan paling kuat untuk Tun Mahathir sedia berbaik semula dengan Anwar, bergabung, berpadu tenaga serta menggunakan logo PKR untuk menumbangkan BN pada PRU14 lalu.
Lantaran itu, mereka yang hari ini banyak menuai hasil perjuangan PH dengan pelbagai nikmat jawatan dan kedudukan dalam kerajaan, jangan sesekali lupa bagaimana semua yang ada ini bermula.
Jangan terlalu mudah lupa diri seolah-olah mereka telah berjasa besar kepada perjuangan dan perubahan ini, walhal peristiwa 2 September 1998 dan kerana yang dipecat itu Anwarlah yang memungkinkan semangat reformasi berterusan selama 20 tahun sehingga akhirnya era BN sebagai kerajaan dapat diakhiri.
Seperkara itu, meskipun pemecatan Anwar adalah atas tuduhan salah laku moral dan dakwaan liwat yang mana beliau kemudian dibebaskan di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 2004, realitinya penyingkiran beliau pada 1998 itu tidak lebih kerana soal kuasa dan bermotif politik semata-mata.
Mengapa dikata demikian?
Pertama, meskipun pernah memecat dan mengaibkan Anwar pada 1998, Tun Mahathir kemudian sedia berbaik dan berdamai semula dan setuju menamakan Anwar sekali lagi sebagai bakal penggantinya untuk jawatan Perdana Menteri ke-8.
Jika benar kerana isu moral itu menyebabkan tidak layaknya Anwar menjadi pemimpin sehingga dipecat pada 1998, bagaimana Tun Mahathir pada 2017 setuju kembali dengan konsensus menamakan Presiden PKR itu sebagai bakal penggantinya?
Keduanya, jika benar Tun Mahathir berpegang kepada isu moral dan dakwaan salah laku pemimpin sebagai asas tidak layak seseorang itu menjadi pemimpin, mengapakah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Azmin Ali yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku moral yang sama?
Apakah bezanya Anwar dengan Azmin?
Sudah tentu jawapan paling mudah ialah Azmin bukan ancaman kepada Tun Mahathir, maka sehingga ini setelah lebih dua bulan berlalu, bukan saja hasil siasatan masih tidak diketahui, malah beliau seolah-olah dilindungi dengan terus diberi peranan penting dalam kerajaan sama ada untuk tugasan dalam dan juga luar negara.
Untuk itu, mengenang tarikh 2 September 1998 yang genap 21 tahun usianya hari ini, ia bukan saja tentang perjuangan, perubahan dan kegigihan Anwar, tetapi juga membuatkan kita semakin mengenali siapa Tun Mahathir sebenarnya. (ShahbudinHusin 03/09/2019)
Kan dah kene lapor polis... takyah spin semalam kata ehh bukan boikot... kami kempen je. Yg korang tak nampak sape yg gerakkan 'kempen' ni ... antaranya blogger haprak omak kau ni.. Sori to say la... omak ko ni la yg korang percaya... bebetul kenal ke sape hanisah ni? Kalau org camni buat fitnah.. aku tak terkejut pun... takpe guys . runtuhkan je bisnes macam ecosave tu . Nanti pekerja melayu tu kene buang kerja.. apa ada hal... korang ambik la keje dgn korang. Kan korang suka benda camni. aritu sibuk nk berparang . ikut emosi.. kesan dia fikir tak.. anak ko jadi yatim.. bini ko jadi janda fikir ke.?.. Skrg nk boikot produk cina pulak... suka ati korang je kan.. korang mungkin dah kaya.. tp pernah fikir tak Islam ( saudara seagama) yg kerja kat econsave.. speedmart.. sri ternak.. kilang biskut jakob.. kilang kicap kipas. .. kilang minyak buruh ( dari proses ambik sawit sampai jual di kedai) bakal ilang pekerjaan sebab tindakan haprak ni. nk utamakan barang Islam tu bagus... tp nk tabur pasir dalam periuk nasik org tu bodoh... Agak2 kalau periuk nasik ko kene tabur nasib ape rasa?.. pahit.. kelat?.. Benda kat laman sosial ni.. nk share.. fikir 14 kali dulu bro..... buka. senang jari tu klik like... ni la antara fitnah akhir zaman.. nk jadi pembela bangsa konon.. tp tak sedar bunuh bangsa sendiri.
Tokoh Maal Hijrah 2019 Shaykh Abdallah Shaykh Al-Mahfoudh Bayyah menggesa agar rakyat Malaysia tidak memusnahkan kedamaian dan keharmonian dalam kalangan umat dan negara.
Presiden Forum Memperkasakan Keamanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu membuat gesaan sedemikian agar tidak timbul kekecohan dalam dunia semasa Islam tertutama dengan tersebarnya banyak fitnah akhir zaman melalui media sosial.
“Saya menyanjung tinggi usaha mempromosi kedamaian dan keamanan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia supaya kita dapat hidup aman dalam kepelbagaian agama serta bangsa secara harmoni.
“Kita tidak sepatutnya menyebarkan berita atau maklumat yang boleh mengancam ketenteraman serta keamanan umat Islam,” katanya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu.
Shaykh Abdallah turut mengingatkan firman Allah dalam surah Yunus ayat ke-25 bermaksud: “Allah menyeru manusia ke tempat yang aman, dan Dia memberi petunjuk kepada jalan yang benar. ”
“Sehubungan itu, kewajipan masa kini adalah kewajipan untuk memperjuangkan keamanan.
“Beberapa insiden hitam yang telah berlaku sejak kebelakangan ini, menuntut kita semua supaya bersama-sama mengembleng usaha dan tenaga demi memadamkan api peperangan yang sedang marak menyala.
“Seruan kami hanyalah satu iaitu seruan kepada keamanan dan bukannya peperangan. Seruan kepada keharmonian dan bukannya kebencian. Seruan kepada kasih sayang dan bukannya pergaduhan. Kami mencari jalan-jalan keamanan, bukannya mencari sebab-sebab pergaduhan dan peperangan jahiliah,” katanya
Terdahulu, dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Shaykh Abdallah memberikan pendapat tiada lagi kafir harbi dalam konsep bernegara yang moden, sesuai dengan pengiktirafan konsep kewarganegaan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Menurutnya dalam konteks sekarang, perjanjian dan kontrak yang dimaterai di bawah naungan PBB adalah satu perjanjian yang diiktiraf dalam Islam di mana setiap bangsa wajib mematuhinya. Setiap manusia pada zaman sekarang adalah warganegara bagi sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan peraturannya.
Setiap negara pula terikat dengan perjanjian di bawah PBB. Maka istilah yang paling tepat ialah seseorang itu disandarkan kepada negara mana dia menjadi warganegara atau muwatin, bukan lagi dzimmi atau harbi.
Berhubung konsep al-Walaa’ wal Baraa’ yang dijaja oleh sesetengah ustaz pembangkang kononnya tidak boleh melantik bukan Islam sebagai menteri Shaykh Abdallah berkata, hukumnya harus melantik warganegara bukan Islam berdasarkan maslahah sesebuah negara.
Hal itu tidak asing kerana Khalifah ‘Umar bin al-Khattab sendiri telah melantik kuttab (para pegawai penulis yang setaraf menteri pada zaman sekarang) dari kalangan orang bukan Islam.
Kerajaan Abbasiyah juga melantik ramai menteri dari kalangan orang bukan Islam. Semua itu tertakluk kepada keperluan dan maslahah sesebuah negara. – RF8 Media
Laskar (tentera upahan) siber pembangkang disaran berhenti menimbulkan ketegangan kaum lewat fitnah kononnya pemimpin DAP memberi kewarganegaraan kepada rakyat China melalui pendaftaran beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Terbaharu, JPN terpaksa membuat penafian atas dakwaan kononnya DAP Kepong merancang untuk mendaftarkan MyKad bagi pendatang haram China.
Dalam kenyataannya, JPN berkata satu video yang tular di media sosial baru-baru ini sebenarnya merupakan video lama pada 2018.
Ia kejadian di mana pemegang kad pengenalan sementara dan pemegang kad pengenalan Permastautinan Tetap berpusu-pusu hadir di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar status kewarganegaraan mereka kerana berlaku salah tafsir atas mesej yang sebelumnya disampaikan.
“Program pada penghujung 2018 tersebut hanya melibatkan sesi penerangan dan taklimat berhubung tatacara permohonan kewarganegaraan dan kad pengenalan oleh JPN.
“Tiada urusan permohonan dilaksanakan pada hari tersebut dan pihak JPN telah menasihatkan mereka yang hadir untuk pergi ke Pejabat JPN berhampiran bagi urusan permohonan kewarganegaraan dan kad pengenalan,” kata kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, JPN mengarahan orang ramai yang berkongsi atau menyebarkan video tersebut di media sosial milik mereka tidak lagi menimbulkan kekeliruan yang dibimbangi akan menyebabkan ketenteraman awam tergugat.
JPN berkata, pihak mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi penyebaran maklumat yang tidak benar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu reaksi balas mempersendakan laskar siber pembangkang yang tidak cerdik dalam ‘kelentong’ mereka sehingga membodohkan orang Melayu yang kononnya mereka bela dan pertahankan.
Tegasnya, video menghasut rakyat itu benar-benar tidak masuk akal kerana kelulusan untuk permohonan kerakyatan mesti melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya pejabat mana-mana Ahli Parlimen DAP sebagaimana yang terkandung dalam video fitnah.
“Ia merupakan taktik kotor dalam usaha pihak tertentu mahu mengambil alih kepimpinan negara daripada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Kalau mereka ini hendak menipu pun, carilah kaedah penipuan yang bijak sikit,” sinisnya. – RF8 Media
Hishamudin Rais adalah sahabat baikku. Kami macam adik beradik. Tetapi di dalam beberapa minggu ke belakangan ini, aku lihat sahabat baikku itu telah menulis di ruang media sosial sebanyak tiga kali yang kulihat menyerang Saudara Anwar Ibrahim secara tidak adil.
Aku berasa resah jika tidak menegur sahabat baikku ini. Tiga artikelnya yang bertajuk berkaitan keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, pada hematku, walaupun aku menghormati hak Hishamudin dalam prinsip kebebasan bersuara tetapi aku fikir sudah melangkaui garis fitnah dan inuendo yang tidak adil kepada Anwar.
Aku tertanya-tanya sebenarnya mengapa Hishamudin begitu membenci Anwar Ibrahim? Tidak suka Anwar menjadi Perdana Menteri tidak mengapa, tidak menjadi masalah kepadaku. Tetapi kenapa Hishamudin begitu taksub untuk menjatuhkan Anwar dari segi politik dan kehidupan peribadi dengan serangan karekter yang bertubi-tubi sehingga mengheret isteri dan anak perempuan Anwar sendiri untuk menjahanamkan Anwar.
Sebagai sahabat baik kepada Hishamudin dan juga kepada Anwar, aku tidak boleh terus membisu. Lalu di bawah ini aku ingin menyorot balik sejarah lampau untuk sahabatku Hishamudin renung dan bermuhasabah. Cukup-cukuplah menyerang Anwar. Bacalah coretan kisah lama ini yang merupakan sebahagian memoirku yang belum terbit:
” Tajuk Bab: Hishamuddin Rais Pulang Ke tanahair…
Akhirnya, selepas hampir 20 tahun menjadi pelarian politik, Hishamudin mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Ini dinyatakannya kepadaku melalui suratnya dari London.
Berita Hishamudin hendak pulang ke tanahair mendapat liputan akhbar dan televisyen. Misalnya TV3 beberapa kali membuat program di sebelah pagi tentang rancangan kepulangan Hishamudian seperti Countdown pula. Ada temuramah dan ulasan sehingga pihak yang mengarahkan program tentang kepulangan Hishamudin beranggapan seolah-olah kepulangan Hishamudin sebagai kepulangan seorang celebrity pula.
Kamarazaman Yacob teman rapat Hishamudin, Presiden PMUM (UMSU) dan anggota Kelab Sosialis mengambil inisiatif utama dalam membawa Hishamudin pulang ke tanahair dari London. Selepas bebas dari tahanan ISA selama dua tahun di Penjara Kamunting, Taiping, Perak, Kamarazaman Yacob telah pergi ke London pada satu ketika untuk bertemu Hishamudin Rais. Pada suatu hari di Kuala Lumpur Kamarazaman memberitahuku bahawa dia sedang berusaha untuk mengatur kepulangan Hishamudin dan ingin memastikan Hishamudin apabila kembali nanti, tidak akan ditahan di bawah ISA sebaik menjejakkan kakinya semula ke Malaysia.
Kamarazaman memberitahu rancangan untuk membawa Hishamudin pulang perlu ditunda dahulu sehingga Anwar Ibrahim berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam usaha Anwar untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO yang ketika itu disandang oleh Timbalan Perdana Menteri Encik Abdul Ghafar Baba.
Kata-kata Kamarazaman itu mencetuskan andaian dan anggapan padaku bahawa usaha untuk membawa Hishamudin pulang itu perlu mendapat restu Anwar Ibrahim apabila Anwar sudah menduduki kedudukan orang nombor dua di dalam UMNO dan di dalam kerajaan.
Tidak lama selepas Anwar berjaya mengalahkan Ghafar Baba di dalam Umno dan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Hishamudin berjaya pulang ke Malaysia.
Aku sahabatnya, antara yang menunggu Hishamudin Rais di Lapangan Terbang Subang. Hishamudin akhirnya sampai kembali ke tanahairnya….”
Demikianlah catatanku dalam Memoirku itu.
Sekian, terima kasih
31 Ogos 2019 Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 62 Tahun
Tidakkah beliau sedar bahawa Haziq Abdullah Abdullah Abdul Aziz sudah pun diambil tindakan pecat keahlian oleh PKR?
Lebih daripada itu, apakah Hilman lupa bahawa Haziq juga telah ditamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin?
Jadi, apa lagi yang Hilman mahu?
Apakah sebagai Setiausaha Politik kepada Azmin Ali, Hilman sebenarnya bermaksud agar Lembaga Disiplin turut segera mengambil tindakan yang sama kepada bossnya juga?
Sabarlah Hilman….walaupun tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin PKR terhadap Haziq bukan berkaitan hubungan seks sejenis yang diakui telah dilakukannya bersama Azmin, tetapi parti tidak boleh mendahului pihak polis dalam bertindak.
Hanya setelah pihak polis mengesahkan pelaku dalam video itu adalah Haziq dan Azmin serta kemudian dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan, maka barulah parti boleh mengambil tindakan susulannya.
Sementara siasatan polis belum selesai dan Peguam Negara juga belum mendakwa mereka di mahkamah, tentulah tidak adil bagi PKR yang bertunjangkan keadilan untuk mendahului dari segi tindakan.
Lagi pula, jika mengikut seperti apa yang diminta oleh Hilman agar Lembaga Disiplin bertindak, tindakan bukan saja mesti diambil kepada Haziq, bahkan juga kepada Azmin.
Bukankah hubungan seks melibatkan dua pihak?
Di mana keadilan jika hanya Haziq yang dirasakan wajar diambil tindakan berdasarkan pengakuannya, tetapi pasangannya yang juga diakui oleh Haziq dilepaskan begitu saja? (ShahbudinHusin 02/09/2019)
Selepas setahun empat bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, pembangkang Umno dan Pas sering kali mempersoalkan apakah yang berbeza daripada pemerintahan BN.
Kerajaan PH Johor muncul dengan jawapan. Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka berkuatkuasa 1 Januari 2020.
Penggunaan rasmi jawi itu juga diberitakan akan melibatkan kesemua anak syarikat di bawah JAINJ dan MAINJ.
“Pelaksanaan ini termasuklah di peringkat pejabat kadi, sekolah-sekolah agama dan digunakan dalam teks-teks ucapan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar, di Johor Bahru.
Tosrin berkata, untuk memartabatkan lagi tulisan jawi sebagai simbol agama Islam di negeri itu satu jawatankuasa juga akan ditubuhkan.
Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata beliau menyokong usaha menggunakan tulisan jawi kerana dapat memperkasakan lagi tulisan berkenaan di Johor.
“Semua di bawah jabatan agama Islam (termasuk MAINJ) mestilah menggunakan tulisan jawi untuk memperkasakannya.
“Kalau kita hendak mengaji, kita mesti tahu baca dan tulis jawi, jadi ia sedikit sebanyak dapat memahirkan kita untuk mengaji. Jadi saya harap seluruh masyarakat terutama orang Islam dapat menghayati dan belajar tulisan ini,” katanya dipetik.
Untuk rekod, pada 1960an, Umno yang berasal dari Johor secara rasmi memansuhkan tulisan jawi sebagai sebahagian pengantar pengajian bahasa Malaysia dalam buku teks sekolah kebangsaan. Sejak itu dua generasi Melayu Malaysia buta jawi dan akhbar bertulisan jawi yang diterbitkan Utusan Melayu Bhd ditamatkan edisinya pada hujung 1990an kerana tiada permintaan.
Dengan Johor negeri pertama menggunakan tulisan jawi sepenuhnya sebagai medium rasmi ehwal berkaitan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu, maka Umno bolehlah dianggap sebagai pengkhianat tulisan orang Melayu, sementara PH akan dikenang kerana mengembalikan maruah jawi dalam kalangan Melayu. – RF8 Media
Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu menerajui pentadbiran negara lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.
Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalaman HARAPAN mentadbir Selangor dan Pulau Pinang dengan sangat berjaya berbanding negeri lain ditadbir umnoBN sebelum ini.
Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Alam Sekitar negeri rakyat wajar menilai hakikat itu dan tidak seharusnya terpengaruh dengan khabar angin kebelakangan ini yang membayangkan kerajaan HARAPAN gagal.
Justeru peluang tegasnya wajar diberikan kepada pentadbiran yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk memulihkan negara seperti dijanjikan sebelum ini sesuai dengan mandat diberikan menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
“Malaysia baharu sudah lebih terbuka, jadi sampai masa boleh tukar kerajaan. Rakyat tentukanlah.
“Apa pun rakyat kena beri peluang kepada kerajaan HARAPAN yang merupakan sebuah parti yang bertanggungjawab,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Sambutan Ambang Merdeka di Taman Pengkalan Jaya di Ipoh baru-baru ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu turut menyindir bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang sebelum ini sering membuat kenyataan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang HARAPAN mengambil alih kerajaan dalam PRU lalu.
“Kerajaan dahulu momokkan kalau HARAPAN mentadbir nanti Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan lain-lain agensi Melayu akan dihapuskan.
“RAMD masih lagi ada, malah tak da kakitangan awam diberhentikan. Jadi cakap-cakap Najib sebelum ini tak betul,” tambahnya. – RF8 Media
Wahai Hilman !! Mengapa nak salahkan Biro politik dlm isu video semburit? Kisahnya Haziq mengaku beliau orangnya dalam video semburit tersebut dan Haziq sebut pasangannya adalah Azmin. Azmin tidak mengaku. Adakah kamu mahu parti menghukum Haziq atas pengakuan melakukan aksi semburit itu bersama Azmin? Adakah kamu mahu parti menghukum Haziq sahaja tanpa melibatkan Azmin? Azmin juga patut dihukum kalau kamu percaya pengakuan Haziq. Isu video semburit ini, parti telah serahkan kpd pihak polis untuk siasat yang sehingga kini kita tidak tahu apa kesudahan kes ini. Mana mungkin boleh hukum Haziq melakukan liwat bersendirian? Sebab itulah parti hanya memecat Haziq atas kesalahan beliau menuduh Azmin secara terbuka dengan perbuatan rasuah tanpa bawa bukti, bukannya atas kes semburit. Kalau kamu tidak sabar untuk mengetahui siapa pasangan Haziq, apa kata kalau kamu minta Azmin saman Haziq atau pihak yang melaporkan ujuan kesahihan video yang menyatakan Azmin terlibat? WFAUZDIN NS.
Kenyataan Dr Mahathir berhubung ‘ketiadaan tempat’ untuk Anwar Ibrahim dalam Kabinet mencetuskan perang mulut antara P Ramasamy dengan Zuraida Kamaruddin.
PETALING JAYA: Pemimpin DAP P Ramasamy hari ini membidas Zuraida Kamaruddin kerana menggesa beliau dan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain supaya melupuskan “mentaliti pembangkang” mereka selepas 2 pemimpin itu dikatakan mempersoal kepimpinan perdana menteri.
Terdahulu minggu ini, Dr Mahathir Mohamad berkata, “tidak ada tempat” bagi Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam Kabinet beliau pada masa ini kerana tidak ada menteri yang membayangkan mereka mahu berundur.
Ini menyebabkan Ramasamy meminta pimpinan PH menghormati perjanjian peralihan kuasa yang dibuat sebelum pilihan raya umum Mei tahun lepas.
Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin DAP, iaitu ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Anwar sepatutnya diberikan peluang.
Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan Zuraida menegur 2 pemimpin itu.
“Saya cadangkan semua pemimpin PH melupuskan “mentaliti pembangkang” yang diamalkan sejak sekian lama,” kata naib presiden PKR itu seperti dilaporkan portal berita tersebut.
Ramasamy bagaimanapun menafikan mempersoal kepimpinan Mahathir dengan berkata, beliau juga menyifatkan kepimpinan perdana menteri itu berperanan penting dalam kemenangan bersejarah PH mengalahkan Barisan Nasional (BN) tahun lepas.
“Sama ada Zuraida membaca pantas artikel kami atau salah memahami kandungannya atau kedua-duanya sekali.
“Saya tidak fikir saya mempersoalkan Mahathir, begitu juga Santiago,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru kata beliau, Zuraida tidak perlu bertindak mempertahankan Mahathir.
“Bagaimanapun jika Zuraida mahu pemimpin PH menjadi pengampu, elok cakap sahaja.
Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin dilaporkan sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO atas dakwaan salah laku.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali yang mengesahkan perkara tersebut, bagaimanapun memberitahu, belum ada cadangan atau syor dibuat oleh badan itu kepada UMNO.
“Setakat hari ini belum dibuat apa-apa syor. Selepas selesai siasatan baru kita akan buat syor, jika difikirkan perlu,” jelas Apandi.
Meskipun tidak disebut apa salah laku yang telah dilakukan oleh Hishammuddin, ia dipercayai ada kaitan dengan pertemuannya dengan Tun Mahathir, baru-baru ini.
Selain itu, bekas Menteri Pertahanan itu juga selalu diperkatakan ramai dengan dakwaan sedang dalam perancangan mengatur beberapa Ahli Parlimen UMNO untuk melompat menyertai Bersatu bagi mengukuhkan kedudukan Tun Mahathir.
Beliau didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Azmin Ali, malah pernah didapati bercuti bersama di Marakesh, Maghribi.
Pertemuan dengan Tun Mahathir baru-baru ini, selain dihadiri oleh Hishammuddin, turut disertai beberapa pemimpin Pas dan GPS iaitu parti pemerintah di Sarawak.
Pertemuan itu menimbulkan spekulasi Tun Mahathir sedang berusaha mengukuhkan kedudukannya, walaupun ia sebenarnya tidak perlu sama sekali kerana beliau terikat dengan konsensus untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas kira-kira dua tahun memegang jawatan tersebut.
Jika sudah mahu berundur, untuk apa lagi mengukuhkan kedudukan?
Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa bagaimanapun seperti cuba mempertahankan Hishammuddin dengan mengatakan tiada aduan dibuat kepada UMNO berhubung salah laku bekas Naib Presiden UMNO itu.
Katanya lagi, pertemuan Hishammuddin dengan Tun Mahathir baru-baru ini juga adalah atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili parti.
Tetapi, apa pun persoalannya, dengan pengesahan Apandi sendiri bahawa siasatan sedang dilakukan terhadap Hishammuddin, ia menunjukkan gerak-gerak bekas Naib Presiden itu sentiasa dalam pemerhatian kepimpinan UMNO.
Apa lagi, UMNO dan BN yang kini kembali dikuasai oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah, kedua-dua jelas tidak mahu wujudnya sebarang hubungan belakang tabir antara mana-mana pemimpin UMNO dengan Tun Mahathir.
Sejak pertemuan Hishammuddin dengan Tun Mahathir juga membuatkan UMNO menetapkan bahawa sebarang rundingan dengan pihak luar hanya boleh dilakukan oleh Presiden UMNO sahaja.
Yang nyata, dengan siasatan terhadap Hishammuddin, gerak-gerak beliau kini jadi terbatas dengan sendirinya.
Apa pilihan Hishammuddin selepas ini?
Mahu terus kekal dalam UMNO?
Jika mahu terus kekal bersama UMNO, Hishammuddin nampaknya tidak ada pilihan lain selain mesti setia sepenuh hati dan tidak lagi cuba melakukan apa-apa yang mencurigakan dengan pihak luar, khususnya Bersatu dan Tun Mahathir di belakang tabir atau secara sembunyi-sembunyi.
Jika itu didapati dilakukannya, pemecatan barangkali hukuman yang bakal menantinya.
Namun, jika benar Hishammuddin memang ada perancangan, sama ada untuk dirinya atau bersama beberapa Ahli Parlimen UMNO yang lain untuk melompat menyertai Bersatu, dengan siasatan Lembaga Disiplin ini tidak mustahil akan membuatkan beliau lebih cepat meninggalkan UMNO.
Apa lagi jika beliau dijanjikan jawatan dan masa depan oleh Tun Mahathir yang sukar ditolaknya.
Bagaimanapun, jika beliau keluar UMNO, maka lengkaplah tiga generasi – Datuk Onn, Hussein Onn dan Hishammuddin yang akhirnya lari meninggalkan medan perjuangan dan mati di luar UMNO. (ShahbudinHusin 01/09/2019)