Apakah maksud Hilman Idham berkata demikian?
Tidakkah beliau sedar bahawa Haziq Abdullah Abdullah Abdul Aziz sudah pun diambil tindakan pecat keahlian oleh PKR?
Lebih daripada itu, apakah Hilman lupa bahawa Haziq juga telah ditamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin?
Jadi, apa lagi yang Hilman mahu?
Apakah sebagai Setiausaha Politik kepada Azmin Ali, Hilman sebenarnya bermaksud agar Lembaga Disiplin turut segera mengambil tindakan yang sama kepada bossnya juga?
Sabarlah Hilman….walaupun tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin PKR terhadap Haziq bukan berkaitan hubungan seks sejenis yang diakui telah dilakukannya bersama Azmin, tetapi parti tidak boleh mendahului pihak polis dalam bertindak.
Hanya setelah pihak polis mengesahkan pelaku dalam video itu adalah Haziq dan Azmin serta kemudian dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan, maka barulah parti boleh mengambil tindakan susulannya.
Sementara siasatan polis belum selesai dan Peguam Negara juga belum mendakwa mereka di mahkamah, tentulah tidak adil bagi PKR yang bertunjangkan keadilan untuk mendahului dari segi tindakan.
Lagi pula, jika mengikut seperti apa yang diminta oleh Hilman agar Lembaga Disiplin bertindak, tindakan bukan saja mesti diambil kepada Haziq, bahkan juga kepada Azmin.
Bukankah hubungan seks melibatkan dua pihak?
Di mana keadilan jika hanya Haziq yang dirasakan wajar diambil tindakan berdasarkan pengakuannya, tetapi pasangannya yang juga diakui oleh Haziq dilepaskan begitu saja? (ShahbudinHusin 02/09/2019)


No comments: