Masjid, surau di Sandakan penerima terbesar sumbangan RM120,000


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melakukan lawatan pertama ke Sandakan selepas Pakatan Harapan meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 10 Mei lalu.

Dalam lawatan tersebut, beliau menyampaikan sumbangan dari kerajaan pusat berjumlah RM120,000 kepada 30 masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam dalam kawasan Parlimen Sandakan bagi membantu menampung kos operasi mereka.  

“Sumbangan ini menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk mempertahankan hak kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya seperti dipetik Bernama pada program penyampaian sumbangan tersebut yang turut dihadiri Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menjelaskan sumbangan itu diberikan supaya rakyat tidak tertunggu-tunggu bantuan yang dijanjikan memandangkan Vivian masih belum mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat dan perlu mematuhi prosedur sebelum mengeluarkan sebarang peruntukan.

“Kami menyedari ada prosedur yang perlu dipatuhi bagi membolehkan Vivian dapat melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat, antaranya peruntukan belum boleh disalurkan melaluinya selagi beliau belum mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen.

“Kami sedar beliau hanya akan mengangkat sumpah pada (sidang Dewan Rakyat) Julai depan. Jadi kehadiran saya membawa cek sumbangan kepada badan-badan agama adalah salah satu cara untuk memastikan rakyat tidak tertunggu-tunggu bantuan yang dijanjikan,” katanya.

Masjid dan surau menerima RM60,000, manakala Sandakan Inter Church, 22 tokong dan dua kuil serta tiga gereja masing-masing menerima RM30,000, RM26,000 dan RM4,000.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menzahirkan tekad untuk menunaikan semua janji PRK Sandakan, termasuk projek pembangunan yang diluluskan dalam Belanjawan Negara 2019.

“Dengan adanya sokongan daripada rakyat dan kerjasama berterusan antara kerajaan negeri dan pusat, kita akan dapat melihat wajah baharu untuk Sandakan yang boleh menjadi sebuah bandar dinamik semula,” katanya.

Maszlee teliti cadangan Ketua DAPSY berhubung isu matrikulasi


Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sedang meneliti cadangan yang dikemukakan Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Howard Lee kepadanya berkaitan isu matrikulasi.

Howard mengemukakan lima cadangan seperti berikut:

  1. Memohon Kementerian Pendidikan supaya menyelesaikan ketidaksamarataan yang besar dalam status quo di bawah sistem penapisan untuk Peperiksaan Matrikulasi, bagi memastikan peluang yang lebih adil untuk pelajar-pelajar STPM dan matrikulasi.
  2. Untuk menyelidik dan mengkaji semula sistem pengredan kokurikulum. Aktiviti kokurikulum bawah matrikulasi seharusnya mempungai nilai merit yang sama seperti STPM.
  3. Mempertimbangkan penyerapan tempat sebanyak 15,000 di Asasi-Asasi IPTA sedia ada sebagai sebahagian daripada program Matrikulasi. Tidak ada sebarang implikasi kos, isu staf akademik dan kemudahan prasarana.
  4. Mempertimbangkan kemasukan markah CGPA secara automatik bagi pelajar-pelajar STPM. Atau membuka 2,000 peluang kemasukan tambahan bagi 2,000 pelajar teratas mengikut markah CGPA tanpa kira kaum.
  5. Untuk menggabungkan peperiksaan, sebuah silibus dan sistem pengredan di antara STPM dan Matrikulasi diwujudkan menjelang 2020.

Cadangan-cadangan tersebut dikemukakan Adun Pasir Pinji itu dalam pertemuan yang berlangsung di pejabat Maszlee di Putrajaya beberapa minggu lalu.

Menurut Maszlee, beliau terbuka kepada sebarang cadangan bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Malaysia.

“Malah setiap cadangan yang diberikan oleh saudara YB Howard ini sedang diteliti dengan lebih lanjut oleh KPM.

“Perkara 1, 2 dan 5 misalnya sedang diusahakan pelaksanaannya. Manakala perkara 3 dan 4 sedang diperhalusi.

“Pandangan dengan idea konkrit dan bernas sudah tentu akan menggalakkan lebih banyak perbincangan bermanfaat untuk rakyat di negara ini dan usaha serta pemikiran rasional seperti saudara YB Howard akan membantu KPM memberikan yang terbaik buat semua anak-anak Malaysia,” ujarnya.

Katanya lagi, Howard juga tampil dengan penuh adab dan sopan semasa pertemuan empat mata tersebut.

“Saya amat meraikan gaya politik matang seperti yang ditunjukkan beliau,” ujar Maszlee.


INDIA MUSLIM TERBELA DI BAWAH PH – WAYTHA MOORTHY

BARU BIAN KETUAI JENTERA PKR SARAWAK HADAPI PRN

RAKYAT MAHU PH KURANGKAN PEKERJA WARGA ASING

BERGAMBAR: BEBERAPA PROGRAM ANWAR DI PORT DICKSON



Menunaikan solat Isya’ dan tarawih di Kg Sirusa, Port Dickson malam tadi. Saya turut menyampaikan tazkirah. Juga program moreh perdana bersama penduduk. Alhamdulillah.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan dalaman


Menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada para asnaf dan juga bersama dalam Majlis Iftar Perdana di Kg Sawah, Port Dickson malam tadi.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk, meja, luaran dan makananImej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk, orang ramai, meja dan dalamanImej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang duduk dan meja


Kunjungan ke #pasarramadhan PD Sunggala dan turut mengedar murtabak bersama Jabatan Penerangan Port Dickson sambil melihat juadah dan kuih muih yang dijual para peniaga. Alhamdulillah, semoga beroleh keberkatan.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri, luaran, makanan dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri, kanak-kanak dan makanan



TIBA MASA PH TUMPU KOS SARA HIDUP, TOL, PERUMAHAN – DAIM

UMNO BUAT PERATURAN, UMNO SENDIRI LANGGAR – EXCO PERAK

ANTARA TUNTUTAN ISLAM DAN KEGANASAN BERAGAMA