PENGKHIANATAN TERHADAP TABUNG HAJI SUDAH CUKUP BUAT PAS TINGGALKAN UMNO


Image result for skandal tabung haji




Terang lagi bersuluh. Satu demi satu kerajaan PH tunjukkan bukti dan fakta betapa Tabung Haji ini sebenarnya berada di dalam kerugian sejak bertahun yang lalu sehingga Bank Negara pernah menegur tata urus Tabung Haji waktu itu.
Sdr Rafizi Ramli II juga kerap kali membongkar isu di Tabung Haji ini namun waktu itu tiada sesiapa di kalangan Umno atau Pas yang percaya, bahkan Pas sendiri pernah menyatakan rasa puas hati mereka terhadap pengurusan Tabung Haji. Pendeposit di dalam Tabung Haji pula ramai yang yakin bahawa Tabung Haji berada di dalam keadaan baik kerana mereka mendapat 'hibah' yang tinggi diberi oleh Tabung Haji.
Alhamdulillah, penipuan mereka di dalam menguruskan tabung yang dijadikan tempat simpanan umat-umat Islam untuk menunaikan ibadah haji akhirnya terhenti dan berjaya dibongkar apabila Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya. Jika dahulu kita hanya sekadar menegur dan mengkritik, tetapi setelah kita menjadi kerajaan kita wajib dedahkan penipuan ini dengan fakta.
Di bawah pengurusan baru yang dilantik oleh kerajaan PH, Tabung Haji telah bertungkus lumus membetulkan keadaan. Bukan setakat itu sahaja, kita juga telah berjaya mengheret bekas Pengerusinya ke mahkamah. PH mahu Tabung Haji dibersihkan sepenuhnya mengikut peraturan dan undang-undang terutamanya di dalam memberikan 'hibah'. Setelah bertahun Tabung Haji ini rugi dan selama ini 'hibah' yang diberikan kepada pendeposit bukannya berasaskan kepada keuntungan Tabung Haji tetapi ianya diambil dari wang-wang simpanan pendeposit umpama "skim Pak Man Telo", kini kerajaan terpaksa mengambil risiko berat untuk menyatakan kepada rakyat terutamanya umat-umat Islam yang berurusan dengan Tabung Haji bahawa Tabung Haji tidak boleh terus menipu mereka.
Apa yang ada pada Tabung Haji mengikut yang sebenarnya, itulah untung ruginya Tabung Haji dan pendeposit harus terima hakikat 'hibah' yang mereka terima kali ini jauh mengecil. Kerajaan PH tidak mahu teruskan penipuan rejim terdahulu hanya kerana mahu popular di mata rakyat. Biarlah sekarang ini rakyat maki hamun kita asalkan kesucian Tabung Haji terpelihara. Lambat laun, rakyat akan tahu juga bahawa rejim celaka terdahulu telah menyebabkan institusi agama dan umat Islam ini tercemar begitu teruk.
Pelik bin ajaib, Pas sebagai sebuah parti Islam turut bersekongkol dengan puak-puak itu hanya kerana kepentingan politik. Sepatutnya parti itu lah yang harus ke depan di dalam isu yang melibatkan umat Islam ini. Malangnya, Pas masih tercari-cari dan tertanya-tanya mana bukti dan mana saksi. Sama juga di dalam isu skandal 1MDB, Pas terlalu lembab untuk memahami isu rompakan terbesar di dunia itu.
WFAUZDIN NS

HEBAHAN MEDIA-LAPORAN TERHADAP BEKAS MB N9



[HEBAHAN MEDIA]
Satu laporan polis akan dibuat bagi menyerahkan bukti baru pengakuan Datuk Seri Utama Mohammad bin Hasan (Tokmat) mengenai pindahan wang bernilai RM10 juta ke London.
Tarikh: 9 April 2019 (Selasa)
Masa: 12 tghari
Lokasi: IPD Seremban 2
Pertanyaan:
01118685019 Edy Noor
0183653677 Sani
Semua pengamal media dijemput hadir untuk membuat liputan.

LAPORAN AUDIT LTAT SATU PEMBOHONGAN



Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendakwa laporan audit yang diisytihar ke atas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada tahun 2018 adalah SATU PEMBOHONGAN.

“Audit yang diisytihar tahun 2018 dulu BOHONG. Siapa dalam tabung angkatan tentera? Melayu ke Cina? Siapa curi? Siapa tipu? Ini kamu curi, kamu rompak, kamu tuduh Cina."

Presiden Parti Amanah itu turut menjangkakan laporan audit khas LTAT akan diisytiharkan dalam masa terdekat.

“Sampai bila nak main politik macam tu? Macam kita tak ada maruah nak bela Melayu,” katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian semasa ceramah pada kempen PRK DUN Rantau di Kampung Mambau, Negeri Sembilan.

DI MANA TOK MAT DAPAT WANG RM10 JUTA ITU?


Menjawab berkenaan pemindahan wang RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang yang kini dilaporkan kembali kepada SPRM, calon BN PRK Rantau, Mohamad Hasan berkata, tiada kesalahan dilakukannya dalam urusan tersebut.
Katanya, SPRM sudah pun menjalankan siasatan dan beliau telah didapati tidak bersalah berkenaan pemindahan wang itu.
Menurut Mohamad atau Tok Mat, wang yang dipindahkannya itu adalah untuk membeli sebuah apartment di London.
Isu wang RM10 juta ini telah menjadi bualan ramai sejak bermulanya kempen PRK Rantau lagi dan terbaru, Speaker DUN Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diberitakan telah melaporkan sekali lagi kes itu kepada SPRM.
Dengan isu ini kembali menjadi bualan ramai serta telah dilaporkan sekali lagi kepada SPRM, adalah penting untuk pihak berkuasa pencegah rasuah itu segera menjalankan siasatannya.
Siasatan boleh dilakukan semula kerana ada keraguan dalam siasatan oleh SPRM di bawah era BN sebelum ini di mana hanya pengurup wang saja yang didapati bersalah dan dikenakan denda.
Jika Pejabat Peguam Negara mendapati pengurup wang bersalah, bagaimanakah Tok Mat yang merupakan pemilik wang boleh dilepaskan begitu saja?
Di manakah keadilan dalam hal ini?
Apakah Tok Mat dilepaskan semata-mata kerana BN yang berkuasa ketika itu?
Oleh yang demikian, kerajaan PH dan Malaysia Baru ini harus segera membuka semula kertas siasatan berhubung pemindahan wang RM10 juta tersebut.
Selain itu, SPRM juga hendaklah menyiasat di mana dan bagaimana Tok Mat memperolehi wang RM10 juta itu?
Tok Mat mula menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2004 dan tentu menghairankan jika hanya selepas empat tahun kemudian, beliau sudah memiliki wang RM10 juta untuk membeli sebuah apartment secara tunai di London.
Biasanya juga, jika seseorang itu sudah mampu membeli sebuah apartment secara tunai berharga RM10 juta, dia mungkin ada berpuluh juta lagi dalam akaun banknya.
Jadi, berapa sebenarnya jumlah sebenar kekayaan Tok Mat?
Sama ada wang tersebut merupakan pendapatannya semasa menjadi Menteri Besar atau perolehan sewaktu menyertai korporat sebelum itu atau jika melalui sumber-sumber lain, ia perlu disiasat dan hendaklah dijelaskan kepada umum.
Lebih-lebih lagi kepada pengundi Rantau sebelum 13 April ini, mereka tentu juga ingin tahu mengenainya.
Kiranya SPRM lambat menjalankan siasatannya, beranikah Tok Mat berterus-terang dan berlaku jujur kepada pengundi Rantau sebelum 13 April ini? (Shahbudindotcom 07/04/2019)

WARGA FELDA KENA FAHAM ISU INI, ANAK FELDA KENA BERITAHU IBU BAPA MEREKA SIAPA SELAMA INI YANG MENYUSAHKAN MEREKA

Imej mungkin mengandungi: tumbuhan, langit, rumah, pokok, luaran dan alam
RUMAH GEN 2 FELDA JENGKA 12-TAK SIAP
Imej mungkin mengandungi: langit, tumbuhan, rumah, pokok, awan, luaran dan alam
RUMAH GEN2 FELDA JENGKA 11
Imej mungkin mengandungi: pokok, tumbuhan, langit, luaran dan alam
RUMAH GEN 2 JENGKA 1
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan teks
KEMPEN BANTAH PEMBELIAN  EAGLE HIGHT PLANTATION.

GAMBAR  ASAL :WRLR
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Mengapa FELDA merudum? Ikutilah Sejarah FELDA di bawah kepimpinan DS Najib dan TS Mohd Isa- kroninya.

1 - Untuk memulakan pembangunan, FELDA pernah meminjam dari bank dunia dan bank pembangunan asia.
2 - Sebanyak RM 4.9 bilion pinjaman itu telah berjaya dibayar habis oleh FELDA pada tahun 1996.
3 - 1996- FELDA diperbadankan dan tidak perlu lagi memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan.
4 - Dengan erti kata lain, FELDA sudah boleh berdikari sendiri pada tahun 1996.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang

5 - Pada tahun 2001 hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM 1 bilion juga telah dibayar sepenuhnya.
6 - Awal tahun 2004, FELDA mempunyai dana tunai RM 4.08 bilion.
7 - DS Najib ambil alih jaga FELDA juga berlaku pada tahun 2004 dan bermula detik itu, tak sampai 5 tahun kemudian, dana tunai FELDA tinggal RM 1.35 bilion sahaja.
8 - Tak lama kemudian, FELDA dari sebuah syarikat yang berjaya tiba-tiba dana tunai hanya tinggal RM 1.035 bilion sahaja.
9 - Konon kos penanaman semula RM 2 bilion pada tahun 2009 sebagai punca merosotnya dana tunai Felda.
10 - Sepatutnya peneroka sekarang telah banyak memungut hasil selepas 9 tahun lamanya penanaman semula ini dilakukan.
11 - Apa yang berlaku didalam FTP/FELDA hingga ada yang masih gagal memungut hasil yang sepatutnya?
12 - Ladang bertukar menjadi hutan akibat penyelewengan didalam FTP/FELDA.
13 - Realiti semasa, peneroka masih terbeban dengan hutang kos penanaman semula dan masih terpaksa mengambil wang hutang sara hidup.
14 - Pada 2011, FELDA terpaksa pula meminjam daripada KWSP sebanyak RM 6 bilion.
15 - Sebelum tahun 2004, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) tidak pernah kurang memberi dividen kepada ahlinya antara 13% ke 15% setahun.
16 - Sekarang apa dah jadi?
17 - Kerugian FELDA pada tahun 2017 adalah sebanyak RM 4 bilion, hutang FELDA RM 8 bilion dan hutang kumpulan sebanyak RM 12 bilion.
18 - Pegangan FELDA di saham FGV sebanyak 33% dengan harga belian RM 4.55.
19 - Kini harga saham FGV tinggal 83 sen sahaja.
20 - Dengan pegangan melalui 2 buah anak syarikatnya berjumlah 1.227 bilion unit saham, kerugian pegangan saham FGV di pegang oleh Felda sebanyak RM4.49 bilion.
21 - Ini tak lagi termasuk pegangan saham FGV oleh peneroka melalui KPF iaitu sebanyak 5% daripada jumlah saham FGV.
22 - Nak jual balik saham FGV, dah lah harga saham FGV jatuh merudum.
23 - FGV juga rugi RM1bilion bagi 2017 dan FELDA juga rugi RM4bilion.
24 - Bayangkan begitu buruknya nasib FELDA ditangan DS Najib dan kroninya.
25 - “Gula-gula”yang beliau beri hanyalah ”umpan” untuk tutup apa yang telah DS Najib lakukan terhadap FELDA.
26 - Kemana sebenarnya duit FELDA ni pergi? Sama-sama kita tunggu pembentangan kertas putih FELDA di Parlimen tak lama lagi.
Sebarkan. Pemulihan FELDA hanya boleh berlaku bila semua penyelewengan dibongkar & dibetulkan.

SURAT DARI BEKAS GABENOR BANK NEGARA KEPADA NAJIB

Imej mungkin mengandungi: teksImej mungkin mengandungi: teksTiada penerangan foto disediakan.


PONDAN: ‘PEMBANGKANG TIADA MODAL, CACI KEJI SAJA’

STATUT ROME: ADA USAHA LAGAKAN KERAJAAN DAN RAJA MELAYU

Sheikh Mustafa al Bugha ziarah dan beramah mesra di rumah Anwar

Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang senyum, orang berdiri

Bersama Syeikh Mustafa Bugha, Syeikh Sayyed Muhammad Yahya dan teman-teman di rumah tengahari ini. Alhamdulillah.


Keistimewaan beliau ialah kepetahan dalam berkuliah dan sistematik dalam menulis kitab. 

 Sheikh Mustafa al Bugha, salah seorang Fuqaha Mazhab Syafie dan ulama' Hadith terkemuka dari timur tengah. Seseorang pendakwah menurut beliau perlu mempunyai hubungan yang "akrab" dengan Al-Qur'an kerana ia mengandungi pelbagai hikmah untuk diketengahkan kepada umat (menerusi dakwah). Fadhilatul Syeikh juga menggalakkan para hadirin untuk terus Istiqamah di atas jalan dakwah di samping tidak jemu menuntut ilmu hatta di kalangan golongan wanita.


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan jambang

Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, ruang tamu dan dalaman



Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman

MP: Kerugian RM10b TH pada 2017 tak direkodkan


Beberapa wakil rakyat PH mendakwa mereka diberi taklimat bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian tambahan sebanyak RM10 bilion pada tahun kewangan 2017 namun ia tidak dinyatakan dalam laporan badan tersebut.
Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir berkata dia terkejut kerana kerugian tersebut tiada dalam laporan mengenainya dibuat.
“Dalam taklimat ada diadakan, apabila saham Felda Global Venture (FGV) jatuh dan panduan dalaman diubah, ada kerugian tidak direkodkan dan sebenarnya duit itu sudah tidak ada.
“Pendedahan semalam (Rabu) memang mengejutkan.
"Kita tahu pada 2017 defisit TH ialah RM4.1 bilion tapi ada angka tak dimasukkan sebelum ini,” katanya seperti dipetik portal berita TMI.
Menurut ketua pemuda PKR itu, perkara terbabit dinyatakan dalam taklimat Penyata Kewangan Tabung Haji 2017 kepada wakil rakyat PH di Parlimen pada Rabu.
Tambah Akmal, kerugian yang tinggi itu menyebabkan TH tidak dapat membayar kadar hibah yang tinggi kepada pendepositnya.
TH tak payah berniaga
Selain itu, katanya lagi, kenaikan defisit TH turut disumbangkan oleh pemilikan saham FGV yang dibeli pada harga yang tinggi.
Sementara itu, Anggota Parlimen Sungai Petani Johari Abdul turut memaklumkan bahawa hampir semua urus niaga dan pelaburan TH menemui kegagalan.
Johari turut hadir dalam taklimat tersebut bersama kira-kira 40 anggota parlimen PH yang lain.
Mengambil contoh penjualan ladang kelapa sawit di Riau, Indonesia, Johari mendedahkan aset itu hanya dibeli pada harga 10 peratus daripada nilai sebenarnya sebanyak RM900 juta.
“Jadi saya rasa tak payahlah TH nak berniaga. Duit pendeposit tak payah dilabur untuk berniaga, (sebaliknya) masukkan dalam deposit tetap atau instrumen kewangan lain (sebab) hampir semua perniagaan TH rugi,” katanya yang turut terkejut dengan perkembangan tersebut.
Pada tahun lalu, sisasatan ke atas TH dengan turut melibatkan audit terhadap agensi itu untuk tahun 2017, yang dijalankan oleh firma PriceWaterhouseCoopers.
Audit itu mendapati TH membuat bayaran hibah bukan daripada keuntungan yang diperolehinya, sebaliknya daripada deposit ahlinya.
Satu laporan dibentangkan di parlimen pada Disember tahun lalu mendedahkan TH membuat dua perjanjian perniagaan yang menampakkan seolah-olah dividen dibayar menggunakan keuntungan dana, selain beberapa transaksi yang boleh dipersoalkan.
Selain itu, turut didedahkan bahawa TH sebenarnya menanggung kerugian sebanyak RM10.2 bilion dalam pelaburan saham dan tanggungannya telah melebihi aset sebanyak RM9 bilion.

Dalam taklimat Rabu itu juga, wakil wakyat yang hadir turut didedahkan dengan langkah penyelamatan berupa suntikan modal menerusi pemindahan aset TH yang tidak digunakan ke syarikat tujuan khas (SPV).
Kata Johari, suntikan dana tersebut juga melibatkan pengeluaran sukuk sebanyak dua kali dengan jumlah RM20,000 juta.
Terdahulu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mengumumkan kadar hibah TH sebanyak 1.25 peratus membabitkan agihan sebanyak RM913 juta untuk 2018.
Kadar itu merupakan yang terendah dalam sejarah sejak penubuhan TH pada 1963.
Pada tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun 2017.

Najib sudah di kandang tertuduh, Tok Mat masih tak tahu?


“Kalau betul 1MDB bermasalah, dakwalah Najib (Razak). Kamu kata dulu kertas pertuduhan dah siap, cuma belum tangkap. Sekarang kenapa tak tangkap?” kata Mohamad Hassan dalam ceramah di Rantau pada malam 3 April lalu.
Beberapa jam sebelum Mohamad Hassan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat mengeluarkan kata-kata itu, Najib sedang berada di kandang tertuduh menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB, berjumlah RM42 juta.
Tak mungkinlah Tok Mat yang dianggap sebagai bijaksana oleh ahli-ahli UMNO tidak tahu yang Najib telah dibicarakan pada hari sama dia meminta bekas bosnya itu ditangkap dan didakwa?
Meminjam jenaka pembangkang: Tak ada whatsapp group ke?
Sikap tidak ambil peduli Tok Mat mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, yang meminta Pemangku Presiden UMNO itu agar lebih banyak membaca surat khabar atau menonton televisyen supaya tidak terlepas mengikuti isu-isu semasa.
“Saya minta Tok Mat supaya pergi buka surat khabar dan baca, tengok TV dan kamu boleh pergi ke mahkamah menyaksikan kes perbicaraan di mana kita beri peluang kepada saksi-saksi memberi keterangan di sana.
“Dia tak tahu kah, kita sudah charged (dakwa) bawa Najib ke mahkamah,” kata Gobind dalam satu ceramah di Rantau, semalam.
Tetapi apa yang lebih menarik adalah kata-kata Tok Mat sendiri: “kalau betul 1MDB bermasalah, dakwalah Najib”.
Kini Najib sudah didakwa, beranikah Tok Mat untuk kata syarikat yang diasaskan mantan Perdana Menteri itu semenangnya bermasalah dan pihak yang bertanggungjawab harus dihukum – bukannya diheret untuk turun berkempen? 

ProGuam jawab kekeliruan masyarakat tentang UEC


Pertubuhan Pengamal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) tampil menjawab kekeliruan masyarakat berhubung Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang lulusannya diiktiraf untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).
Presidennya, Noorazmir Zakaria seperti dipetik Sinar Harian berkata, kekeliruan itu timbul ekoran sikap masyarakat yang cenderung memandang UEC dari sudut sentimen kaum semata-mata tanpa memahami apa itu UEC dan di peringkat mana.
“Pada hari ini masyarakat keliru dengan menganggap UEC seperti ijazah.
“Individu yang mahu menduduki peperiksaan (CLP) itu, mesti memenuhi syarat dan kemudiannya tetap mengambil ijazah dalam undang-undang di peringkat universiti pula,” katanya seperti dipetik akhbar berkenaan, hari ini.
Malah tegas Noorazmir lagi, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB) telah lama mengiktiraf lulusan UEC untuk menduduki CLP sejak – era pentadbiran Barisan Nasional (BN) – 20 tahun lalu.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa hanya kerajaan berhak mengiktiraf UEC.
Meskipun bersetuju dengan pandangan itu, Noorazmir menegaskan, dari sudut profesionalisme peguam ia adalah berbeza dan harus dilihat secara terperinci.
Jumaat lalu, Pengerusi LPQB, Tommy Thomas yang juga Peguam Negara dilaporkan berkata, mulai 1 Januari 2021, syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil UEC ialah memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian, termasuk Bahasa Melayu, di peringkat SPM / 0-Levels / setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama dan lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada peringkat Senior Middle 3 dan. 


ANWAR JUMPA MAHATHIR


Anwar Ibrahimn

Pertemuan selama 40 minit dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri hari ini menyentuh beberapa perkara.
Antaranya adalah memaklumkan Tun tentang perkembangan terkini kempen Pakatan Harapan di Rantau. Beliau juga mengulangi seruan agar para pengundi memberi sokongan dan dukungan kepada Dr S Streram.
Perdana Menteri juga menjelaskan beberapa keputusan penting kerajaan termasuk penarikan diri Malaysia dari meratifikasi Statut Rom. Selain itu, saya turut diberitahu mengenai langkah menyelamatkan institusi Tabung Haji dan Felda yang memerlukan perhatian dan tindakan serius pihak kerajaan.
ANWAR IBRAHIM


Tiada penerangan foto disediakan.